format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

8
Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah Tutorial : Minggu 1 Oleh : Fyqa.Izho.Owna.Payain.

Upload: dennis-ha

Post on 01-Oct-2015

313 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

  • Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

    Tutorial : Minggu 1Oleh : Fyqa.Izho.Owna.Payain.

  • 1.0Latar Belakang/ Pengenalan2.0Rasional3.0Nama,misi dan Visi Prasekolah4.0Objektif Penubuhan5.0Lokasi Tapak dan Bangunan6.0Pelan lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah7.0Kurikulum dan Program Pembelajaran8.0Aspek Pemakanan 9.0Aspek Kebersihan dan Keselamatan10.0Aspek Kesihatan11.0 Kos Penubuhan12.0Staf13.0Penutup

  • 1.0Latar Belakang/ Pengenalan

    Pengenalan melibatkan serba sedikit apa itu pendidikan di peringkat Prasekolah. Pengenalan juga menekanakan kepentingan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Motto Prasekolah juga dinyatakan iaitu Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim dan bertemakan Fun In Learning.Turut diterangkan ialah Dasar Prasekolah Kebangsaan yang menyatakan bahawa kerajaan menyediakan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 : Seksyen 2 menyatakan Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun.

  • 2.0Rasional

    Titik tolak mengapa perlunya prasekolah ini ditubuhkan.Rasional juga merupakan sesuatu yang difikirkan dimana pada akhirnya nanti semuanya akan beroleh manfaat.Antaranya ialah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak serta mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.

  • 3.0Nama,Misi dan Visi PrasekolahNama dipilih sebagai menandakan bagaimanakah sesebuah prasekolah itu akan menjalankan operasinya. Sebagai contoh, Cadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih adalah disebabkan maknanya iaitu agama dalam bahasa Arab dan hampir dengan sebutan dinar yang membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin dibina.Misi dan visi pula merupakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang proses pendidikan di prasekolah tersebut.

  • 4.0Objektif Penubuhan

    Objektif merupakan tujuan atau pun matlamat utama mengapa sesebuah prasekolah itu ditubuhkan.Antaranya ialah membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak serta membantu perkembangan sosial dan perhubungan serta melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif dan mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.

  • Lokasi Tapak dan BangunanLokasi Tapak dan Bangunan merupakan cadangan di mana tempat sesebuah prasekolah itu akan didirikan.Pelan lantai yang dicadangkan terdiri daripada 2 iaitu bahagian dalam dan luar.Pelan merangkumi keluasan kawasan, sekiranya disewa berapakah jumlahnya, bilik-bilik yang terdapat dalam premis tersebut, serta sudut-sudut pembelajaran.

  • 7.0Kurikulum dan Program Pembelajaran

    Kurikulum sebagai satu pelan atau program untuk segala pengalaman pembelajaran di bawah bimbingan sekolah.Terdiri daripada Kurikulum Utama (KSPK), Kurikulum Tambahan (Cth : Ilmu Fardhu Ain,Iqra,Muqaddam), Jadual Pembelajaran, Buku-Buku Khas yang digunakan, serta Program Tambahan seperti Sambutan Hari Kebangsaan.