format membuat rumusan

2
Nota Intensif Kertas 2 - Rumusan Modul Intensif Rumusan Rumusan (Soalan 1) Pendahuluan – 2 Markah Isi Tersurat + Isi Tersirat – 16 Markah Kesimpulan – 2 Markah Bahasa 10 Markah Jumlah 30 Markah 1. Membina pendahuluan melalui petikan soalan. Punca = Faktor-faktor, sebab Masalah = Kekangan, halangan, kesulitan dan kerumitan. Kesan = Akibat, implikasi, natijah Langkah = Cara-cara, usaha-usaha, pendekatan, tindakan, strategi, mekanisme Kepentingan = Faedah, manfaat, kebaikan, kelebihan. Peranan = Tugas, tanggungjawab Contoh : Tulis satu rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa. Pendahuluan : Petikan membincangkan peranan ibu bapa mendidik anak-anak... Contoh : Tulis satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan bahasa inggeris dan manfaatnya kepada pelajar- pelajar. Pendahuluan : Petikan membincangkan cara- cara meningkatkan penguasaan bahasa inggeris... 2. Mengesan isi tersurat (Maksimum 12 Markah) - Lazimnya petikan rumusan – 3 atau 4 perenggan. - Kebiasaannya – isi tersurat berada i) Pada akhir perenggan pertama. ii) Pada perenggan 2 atau 3. iii) Pada permulaan perenggan akhir. - Kaedah menyalin perenggan. Berikan tumpuan kepada perenggan kedua @ ketiga. Cara: o Tulis permulaan ayat isi tersurat” Kepentingannya ialah Caranya ialah Masalahnya ialah Kesannya ialah Puncanya ialah Peranannya ialah - Kemudian salin perenggan petikan kedua@ ketiga @ keempat - Membuang perkataan/ayat-ayat dalam petikan (untuk mengurangkan jumlah perkataan) Panduan: o Buang ayat yang bermula dengan perkataan misalnya, seperti dll sehingga akhir ayat. o Buang ayat huraian yang bermula dengan perkataan yang, supaya, agar, bagi sehingga akhir ayat. o Dan perkataan-perkataan lain yang difikirkan perlu dibuang. 3. Isi Tersirat (Maksimum 4 markah) - Mencari jawapan berdasarkan arahan kedua dalam soalan. 4. Kesimpulannya (2 Markah) - Kesimpulannya kerajaan hendaklah........... ........supaya .............. - Selepas perkataan hendaklah, wajar diikuti oleh salah satu perkataan berikut: o Mengatasi Disediakan oleh Cikgu Md Hasrul (UPSI)

Upload: ayulashrul

Post on 19-Jun-2015

11.076 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ini adalah format membuat rumusan supaya kefahaman anda membuat rumusan lebih kukuh lagi sebelum membuat latihan modul yang saya sediakan...

TRANSCRIPT

Page 1: Format Membuat Rumusan

Nota Intensif Kertas 2 - Rumusan

Modul Intensif Rumusan

Rumusan (Soalan 1) Pendahuluan – 2 MarkahIsi Tersurat + Isi Tersirat – 16 MarkahKesimpulan – 2 MarkahBahasa – 10 Markah Jumlah 30 Markah

1. Membina pendahuluan melalui petikan soalan. Punca = Faktor-faktor, sebabMasalah = Kekangan, halangan, kesulitan dan

kerumitan.Kesan = Akibat, implikasi, natijahLangkah = Cara-cara, usaha-usaha, pendekatan,

tindakan, strategi, mekanismeKepentingan = Faedah, manfaat, kebaikan,

kelebihan.Peranan = Tugas, tanggungjawab

Contoh : Tulis satu rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa.

Pendahuluan : Petikan membincangkan peranan ibu bapa mendidik anak-anak...

Contoh : Tulis satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan bahasa inggeris dan manfaatnya kepada pelajar-pelajar.

Pendahuluan : Petikan membincangkan cara-cara meningkatkan penguasaan bahasa inggeris...

2. Mengesan isi tersurat (Maksimum 12 Markah)- Lazimnya petikan rumusan – 3 atau 4 perenggan.- Kebiasaannya – isi tersurat berada

i) Pada akhir perenggan pertama.ii) Pada perenggan 2 atau 3.iii) Pada permulaan perenggan akhir.

- Kaedah menyalin perenggan. Berikan tumpuan kepada perenggan kedua @ ketiga. Cara:

o Tulis permulaan ayat isi tersurat” Kepentingannya ialah Caranya ialah Masalahnya ialah Kesannya ialah Puncanya ialah Peranannya ialah

- Kemudian salin perenggan petikan kedua@ ketiga @ keempat

- Membuang perkataan/ayat-ayat dalam petikan (untuk mengurangkan jumlah perkataan) Panduan:

o Buang ayat yang bermula dengan perkataan misalnya, seperti dll sehingga akhir ayat.

o Buang ayat huraian yang bermula dengan perkataan yang, supaya, agar, bagi sehingga akhir ayat.

o Dan perkataan-perkataan lain yang difikirkan perlu dibuang.

3. Isi Tersirat (Maksimum 4 markah)- Mencari jawapan berdasarkan arahan kedua

dalam soalan.

4. Kesimpulannya (2 Markah)- Kesimpulannya kerajaan hendaklah........... ........supaya..............- Selepas perkataan hendaklah, wajar diikuti oleh

salah satu perkataan berikut:o Mengatasio Membanteraso Menanganio Memajukano Meningkatano Memelihara/mengawal.memantau

- Contoh – Kesimpulannya kerajaan hendaklah memelihara terumbu karang di Malaysia supaya....(Berdasarkan soalan arahan pertama)

Contoh soalan rumusan: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaan. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Pendahuluan = Rumusan membincangkan kebaikan terumbu karang di Malaysia.

Isi Tersurat = Kepentingan terumbu karang (1 Isi = 2 markah – maksimum 12 markah)

Isi Tersirat = Kaedah pemuliharaan (1 Isi = 2 markah – maksimum 4 markah)

Penutup = Kesimpulannya, kerajaan hendaklah menjaga dan memelihara proses pembiakan terumbu karang di Malaysia supaya haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.

Disediakan oleh Cikgu Md Hasrul (UPSI)

Peribahasa: Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau tidak dia akan kerugian.