format kertas kerja program sbt

Upload: nor-fuzaihan

Post on 15-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

belajar

TRANSCRIPT

Sekolah Kebangsaan Infant Jesus ConventJalan Yahya Awal,80100

Johor Bahru

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

KERTAS KERJA

PAMERAN DAN KONSERT KILAUAN PERMATA CONVENT1 NOVEMBER / KHAMIS1:00 P.M 5.30 P.MDEWAN SK INFANT JESUS CONVENT, JOHOR BAHRU

FORMAT ASAS PENYEDIAAN KERTAS KERJA :-1.0LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini merupakan satu aktiviti yang diadakan bagi pelajar-pelajar sesi petang ( Tahun 1,2, dan 3 ). Tujuan utama konsert diadakan adalah untuk meningkatkan gaya persembahan dan keyakinan pelajar. Konsert ini adalah lanjutan daripada aktiviti kelab kreatif dan konsert ini merupakan acara kemuncak bagi aktiviti kelab-kelab kreatif. Selain itu ia juga untuk menggalakkan pelajar-pelajar mengembangkan bakat dan potensi diri dari pelbagai aspek. Program ini juga dirancang bagi menimbulkan rasa seronok dalam diri pelajar-pelajar disamping membiasakan mereka dengan persembahan pentas.

I. Meningkatkan gaya persembahan dan keyakinan serta motivasi dalam diri murid untuk berhadapan dengan penonton luar sekolah serta masyarakat setempat.

II. Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain terutama murid-murid yang berlainan bangsa dan agama.

III. Membantu pelaksanaan program membudayakan PBS kepada pelajar-pelajar tahap 1 dan warga sekolah.

IV. Membantu perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

V. Memberi keseronokan untuk menonjolkan bakat terpendam para pelajar.

2.0OBJEKTIF

Objektif Pameran dan Konsert bagi Kelab-kelab Kreatif ini adalah :

i. Melahirkan murid-murid yang mempunyai sikap kerjasama.

ii. Membantu murid-murid supaya menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.

iii. Membantu murid-murid Tahap 1 memupuk minat, memperkembangkan bakat serta membina keyakinan diri yang teguh.

iv. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

v. Membantu dan menggalakkan guru-guru agar lebih kreatif dan inovatif dalam mendidik pelajar-pelajar kearah perkembangan potensi diri yang holistik dan mampu berdaya saing.

vi. Membantu pelaksanaan rintis dan membudayakan PBS kepada pelajar tahap 1.

3.0JUSTIFIKASI

Diharapkan dengan adanya program ini, murid-murid Tahap 1 SK IJ Convent Johor Bahru lebih berkeyakinan, aktif, berpeluang menunjukkan bakat serta dapat merapatkan jurang perbezaan bangsa dan agama.4.0STRATEGI PELAKSANAAN

i. Mewujudkan Jawatankuasa Induk

(Jawatankuasa Induk Pengurusan SBT SK Infant Jesus Convent)ii. Merangka dan Melantik Jawatankuasa Kerja)5.0JAWATANKUASA INDUK (Lampiran A)6.0JAWATANKUASA KERJA (Lampiran B)

6.1 Nama Agensi/Konsultan Yang Mengendalikan Program

(sekiranya dikendalikan oleh pihak luar yang bukan dari organisasi yang sama)6.2 Jawatankuasa Kerja di peringkat organisasi7.0SASARAN PESERTA PROGRAM (Lampiran C)8.0PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1Sumber Kewangan

Peruntukan Khas Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 3 2012.

8.2Butiran Anggaran PerbelanjanBilButiranKos (RM)Jumlah (RM)

1.Cenderamata

415 Murid x RM104150.004150.00

2.Aksesori Persembahan Murid, CD,2905.002905.00

3.Makanan dan Minuman murid

415 X RM31245.001245.00

JUMLAH8300.00

9.0PERINCIAN PENGISIAN PROGRAM/JADUAL PROGRAM (Lampiran D)10.0PENUTUP/KESIMPULAN

Semoga dengan wujudnya program yang murni ini dapat membantu pelajar-pelajar memperkembangkan potensi yang ada dalam diri mereka. Bagi menjayakan Program Kelab Kreatif ini, kerjasama dan sokongan semua pihak amat diperlukan. Program seperti ini dapat mengembangkan kreativiti murid-murid disamping memberi keyakinan dan keseronokan kepada mereka. Program ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan serta masyarakat yang berlainan bangsa. Diharapkan dengan adanya program ini, akan membantu perkembangan kognitif dan emosi murid secara seimbang seterusnya membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah.DISEDIAKAN OLEH ;

......................................................

NAMA (PENYELARAS PROGRAM)PENYELARAS PROGRAM

SK INFANT JESUS CONVENT

JOHOR BAHRU

DISAHKAN OLEH ;

......................................................

NAMA (GURU BESAR)

GURU BESAR

SK INFANT JESUS CONVENT

JOHOR BAHRU

DOKUMEN/BORANG

ANJURAN : KO KURIKULUM

PENGURUSAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

SEKOLAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT

JOHOR BAHRU