format bilik gerakan

Upload: onenita-zuriah

Post on 16-Jul-2015

205 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Garis Panduan Pengoperasian Bilik Gerakan KSSROleh:

Unit Pengurusan Komunikasi Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum

1.0

Pengenalan1.1 LatarbelakangKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi berlandaskan perkembangan dan tuntutan semasa serta keperluan bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran Abad ke 21. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Pelaksanaan KSSR menuntut penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak di KPM secara bersepadu dan sistematik. Adalah penting satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan kerjasama ini dapat diaktifkan dan maklumat dikongsi bersama. Pelaksanaan KSSR adalah satu proses yang berjadual. Di setiap peringkat pelaksanaannya, mungkin terdapat isu-isu berbangkit yang memerlukan tindakan. Tindakan secara bersepadu mampu memberi impak yang lebih berkesan. Selaras dengan saranan kerajaan supaya saluran penyampaian maklumat bagi dasar-dasar utama kerajaan ditingkatkan kepada masyarakat umum, banyak pendekatan telah dicadangkan dan dilaksanakan. Salah satu pendekatan ialah dengan pengoperasian bilik gerakan di pelbagai peringkat khusus bagi mendekatkan lagi hubungan antara kementerian dengan masyarakat. Pendekatan ini juga boleh memastikan sesuatu program diurus dengan cekap dan berkesan.

1.2

Bilik GerakanBilik Gerakan merupakan premis khusus yang menjadi nadi bagi merancang, mengoperasikan dan memantau pelaksanaan sesuatu dasar atau program penting. Peranan bilik gerakan juga meliputi menyebar dan mengurus maklumat program yang sedang dalam pelaksanaan atau yang memerlukan pemantauan khusus serta berterusan. Bilik ini juga boleh digunakan sebagai bilik komunikasi, bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, bilik pameran atau bilik sumber.

1

1.3

Bilik Gerakan KSSR (BGKSSR)Bilik Gerakan KSSR yang diaplikasi daripada Blue Ocean Strategy, disarankan penubuhannya bagi memastikan pelaksanaan KSSR dapat diuruskan dengan cekap oleh bahagian, jabatan dan agensi KPM yang berkaitan.. BG ini menjadi pusat operasi KSSR yang memainkan peranan penting dalam menguruskan dan memantau aktiviti pelaksanaan secara komprehensif, menerima data dari pelbagai sumber, menyebarkan maklumat serta sebagai pusat perhubungan dan komunikasi. BGKSSR memain peranan penting menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa mengikut keperluan atau arahan dari pihak atasan. BGKSSR juga boleh menjadi pusat yang menguruskan pelbagai aduan atau isu tentang pelaksanaan KSSR di peringkat masing-masing.

1.4

Objektif Bilik Gerakan KSSRObjektif utama BGKSSR adalah sebagai pusat setempat bagi pelbagai maklumat dan data khusus untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan KSSR bagi disalurkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

1.5

Ciri utama Bilik Gerakan KSSR Kondusif - Pembinaan BG perlu mengambilkira kesesuaian ruang fizikal yang boleh disusun atur bagi membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti khidmat nasihat, pameran, perbincangan, perhubungan, penyimpanan data dan bahan. Selamat Ciri-ciri selamat yang dimaksudkan merujuk kepada elemen yang boleh memastikan keselamatan petugas, bahan, data dan aktiviti yang dijalankan di dalamnya. Mesra Pelanggan Ciri mesra pelanggan bermaksud sebuah bilik yang mudah akses dari segi lokasi dan perkhidmatan. Fungsi utama BG adalah sebagai pusat setempat dimana pelanggan boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan program yang sedang dalam pelaksanaan sebaik mungkin. Sistematik Pengoperasian BG perlu dilakukan secara sistematik dari segi pelaksanaan aktiviti, penyelarasan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Untuk itu setiap BG disyorkan supaya mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) masing-masing. Operasi BG juga perlu dijadualkan bagi mengoptimumkan peranannya. Informatif Data dan maklumat perlu dibangunkan, diselaras, disimpan disebarkan secara berterusan. Setiap BG perlu menekankan perkara ini 2

supaya data dan maklumat yang terdapat di dalamnya boleh memenuhi pelbagai keperluan.

2.0

Penubuhan2.1 KonsepKonsep pengoperasian BGKSSR yang diperkenalkan ini bertujuan memperkasakan pelaksanaan KSSR di setiap peringkat dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan, pelaporan, pengumpulan serta penyebaran maklumat, pengurusan aduan dan juga peningkatan terhadap pengurusan KSSR secara menyeluruh. Kewujudan BGKSSR ini bukan sahaja dapat memastikan aktiviti dan maklumat KSSR dapat diurus dengan cekap malah boleh dikongsi bersama pihak-pihak berkepentingan lain. BGKSSR diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat komunikasi setempat diperingkat masing-masing yang menguruskan pelbagai aktiviti dan maklumat berkaitan pelaksanaan KSSR.

2.2

Penubuhan JawatankuasaBagi memastikan pengoperasian secara optimum dan berterusan dicadangkan beberapa jawatankuasa ditubuhkan. JK ini mempunyai peranan penting dalam membuat keputusan dan memastikan pelaksanaannya. Jawatankuasa yang perlu diwujudkan adalah seperti berikut: i. ii. iii. Jawatankuasa Bertindak BGKSSR Jawatankuasa Pengoperasian BGKSSR Jawatankuasa Audit BGKSSR

Semua ahli perlu dimaklumkan mengenai: Konsep dan Skop Operasi Matlamat dan Objektif Fungsi Pengisian Proses Penubuhan Peranan setiap ahli

2.3

FungsiFungsi BGKSSR perlu ditetapkan mengikut objektif, kemudahan dan tenaga kerja sedia ada berdasarkan peringkat di mana BG itu beroperasi. Semua pihak yang akan menubuhkan BG perlu mengambil maklum bahawa fungsi BGKSSR adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan agensi berkenaan. Penetapan fungsi akan menentukan bagaimana BG akan ditubuhkan dan dioperasikan. 3

2.4

Faktor Yang Perlu Diambilkira Apabila Menubuhkan BGKSSR2.4.1 Lokasi Pemilihan lokasi BGKSSR haruslah menitik beratkan perkara berikut: Ruang sedia ada Mudah Akses Kemudahan Telekomunikasi/Internet Keselamatan Kondusif 2.4.2 Reka Bentuk dan Susun Atur Perlu menitik beratkan perkara berikut: Ruang Pameran Ruang Perbincangan Ruang Perhubungan Ruang Penyimpanan Data Ruang Kerja 2.4.3 Peralatan 2.4.5 Talian Telefon hotline, sms Peralatan TMK Komputer,Pencetak, Mesin Fotokopi Peralatan Audio-Visual Panel Pameran Rak Buku Meja dan Kerusi Penghawa Dingin/Kipas Alat Pemadam Api Kawalan haiwan/serangga perosak Kabinet/Almari fail Papan Kenyataan Papan Putih Peti Kecemasan

Jangka Masa Tidak ada jangka masa yang ditetapkan apabila menubuhkan bilik gerakan Usaha ini banyak bergantung kepada keperluan, kemudahan sedia ada, saiz fizikal, konsep dan skop operasi. BGKSSR boleh ditubuhkan dalam masa yang singkat jika keperluan asas telah diambilkira. Sebaik-baiknya sesebuah bilik gerakan itu ditubuhkan sebelum sesuatu program utama dilaksanakan.

4

2.4.6

Sumber Kewangan Bagi tujuan penubuhan BGKSSR, Bahagian, jabatan atau agensi perlulah mengambil inisiatif merancang keperluan dan menjana sumber kewangan. Pihak jabatan atau agensi boleh menggunakan sumber kewangan sedia ada dan berusaha mempertingkatkan kemudahan serta operasi BG dari masa ke masa mengikut keupayaan dan keadaan kewangan semasa. (Tiada sumber peruntukan daripada agensi pusat yang disalurkan bagi tujuan penubuhan BGKSSR pada ketika ini.)

2.4.7

Sumber Manusia Bagi mengaktifkan operasi BGKSSR tenaga petugas berikut adalah diperlukan: Pegawai Penyelaras Pegawai Operasi

3.0

Pengisian3.1 Bahan Pameran Kekal Maklumat Umum Poster Pekeliling Pelaksanaan Soalan Lazim Gambar Aktiviti Data Tahunan

3.2

Bahan Pameran Berkala Data Semasa Carta Pelaksanaan Penyebaran Gambar aktiviti Keratan akhbar

3.3

Bahan Cetak Dokumen Standard semua mata pelajaran Modul semua mata pelajaran Buku teks KSSR semua mata pelajaran Buku penerangan KSSR Brosur Laporan Data Surat khabar harian 5

Peta zon/daerah/negeri Poster, risalah, leaflets Senarai alamat , nombor telefon, email - personal, Bahagian dan agensi pelaksana

3.4

Bahan TMK/Digital CD Dokumen Standard semua mata pelajaran CD Umum KSSR CD Power Point Presentation Pangkalan data

3.5

Pangkalan DataPerlu mempunyai sekurang-kurangnya satu work station yang menghimpunkan semua data dan maklumat berkaitan pelaksanaan KSSR yang diperolehi dari pelbagai sumber dalaman dan luaran. Pangkalan data KSSR perlu dibangunkan dan uruskan secara sistematik.

3.6

Organisasi TugasMemerlukan perancangan, penjadualan tugas secara sistematik bagi memastikan operasi BG berjalan dengan berkesan meliputi aspek aktiviti, kewangan, kemudahan, tenaga kerja, pembinaan pangkalan data, komunikasi dan penambahbaikan.

3.7

JaringanPerlu mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan pihak pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan KSSR. Rujuk lampiran.

4.0

Pengoperasian4.1 Peranan Ketua Jabatan Membentuk Jawatankuasa Penubuhan Bilik Gerakan KSSR(BGKSSR) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan BGKSSR Membuat keputusan-keputusan mengenai penubuhan BGKSSR Menyelaras penyediaan sumber peruntukan Memantau penubuhan dan pengoperasian BGKSSR Memberi motivasi dan sokongan dalam penubuhan BGKSSR.

4.2

Peranan Pegawai Jabatan

Menyokong pengoperasian BGKSSR Menyediakan dan menyalurkan data serta laporan pelaksanaan KSSR di peringkat masing-masing 6

Menyalurkan maklumat mengenai aktiviti pelaksanaan KSSR di peringkat masing-masing Membantu menyediakan maklumbalas isu-isu KSSR yang berbangkit

4.3

Peranan Pegawai Penyelaras

Merancang, menyelaras, mengoperasi dan memantau aktiviti BGKSSR Mendapatkan, menerima, mengurus, menyediakan dan menyalurkan maklumat/data/ laporan pelaksanaan KSSR mengikut keperluan atau arahan pihak atasan Mengurus isu dan aduan KSSR yang berbangkit Membangunkan pangkalan data pelaksanaan KSSR Mendokumentasi aktiviti pelaksanaan KSSR untuk tujuan rujukan dan pembacaan Membangunkan fizikal BGKSSR berdasarkan matlamat dan objektif

4.4

Peranan Pegawai OperasiBergantung kepada fungsi dan kapasit, Pegawai Operasi boleh ditugaskan dalam kalangan pegawai sedia ada ( seorang atau lebih ). Tugas boleh dilaksanakan tugas secara berjadual mengikut keadaan. Peranan Pegawai Operasi adalah seperti berikut: Membantu perancangan, penyelarasan, pengoperasian dan pemantauan aktiviti BGKSSR Membantu pencarian, penerimaan, pengurusan, penyediaan, penyebaran dan penyaluran maklumat/data/ laporan pelaksanaan KSSR mengikut keperluan atau arahan pihak atasan Membantu pengurusan isu dan aduan KSSR yang berbangkit Membantu menjawab panggilan telefon atau pertanyaan berkaitan pelaksanaan KSSR Membantu pendokumentasian aktiviti pelaksanaan KSSR untuk tujuan rujukan dan pembacaan Membantu pembangunan pangkalan data pelaksanaan KSSR Membantu pembangunan fizikal BGKSSR berdasarkan matlamat dan objektif

4.5

Fungsi Pusat RepositoriFungsi ini berbentuk sebagai pusat pencarian, penerimaan, pengurusan dan rujukan maklumat/data/laporan/ isu/aduan pelaksanaan KSSR. Satu sistem repositori perlu diwujudkan dan dioperasikan dengan cekap. Seluruh anggota organisasi perlu digerakkan bagi sama-sama memain peranan bagi pengoperasian fungsi ini.

4.6

Fungsi Pusat KomunikasiFungsi ini berbentuk sebagai pusat yang merancang, melaksana dan memantau aktiviti penyebaran maklumat pelaksanaan KSSR melalui: 7

Media Cetak Media Elektronik Taklimat/Dialog Pameran Hotline

4.7

Fungsi Pusat ArkibData, laporan, maklumat, bahan KSSR ini boleh dikategorikan kepada hard-copy dan soft-copy. Bagi tujuan rujukan dan pembacaan di masa akan datang, BGKSSR perlu menyediakan fungsi pusat arkib. Fungsi ini perlu dibangunkan dan diurus dengan sistematik dan cekap.

5.0

PenutupAplikasi kaedah project management melalui pengoperasian bilik gerakan mampu memberi impak yang berkesan dari aspek penyelarasan, pelaporan, penyebaran dan perkongsian maklumat. Menubuhkan dan mengoperasikan BGKSSR memerlukan perancangan dan komitment menyeluruh oleh semua anggota Bahagian, jabatan atau agensi yang berkaitan. Setiap komponen dalam satu-satu jentera Bahagian, jabatan atau agensi tersebut mempunyai tanggungjawab tersendiri sama ada secara langsung atau tidak dalam memastikan sesebuah bilik gerakan itu terus berfungsi serta mampu menyumbang kepada keberkesanan dasar atau program yang dilaksanakan. BGKSSR yang dioperasikan secara sistematik dan cekap boleh membantu keberkesanan pelaksanaan KSSR secara menyeluruh di setiap peringkat.

Draf Pertama 25 Januari 2012

8