fonologi (bahagian awal)

14
SISTEM BAHASA MELAYU * Morfologi * Fonologi * Sintaksis * Semantik

Upload: norzila-nasir

Post on 22-Jun-2015

551 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fonologi (bahagian awal)

SISTEM BAHASA MELAYU

* Morfologi

* Fonologi

* Sintaksis

* Semantik

Page 2: Fonologi (bahagian awal)

FONOLOGI * Definisi – Cabang ilmu bahasa yang

mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa (Bunyi Bahasa)

* Kajian terbahagi 2:i.Fonetik

ii.Fonemik

* Fonetik – mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat pertuturan

manusia dan memberikan lambang kepada bunyi tersebut

Page 3: Fonologi (bahagian awal)

* 3 pendekatan dalam kajian fonetik ;i.Penyebutan

ii.Pendengaraniii.Sifat bunyi

* Pendekatan penyebutan – meneliti cara bunyi bahasa dihasilkan oleh alat artikulasi

-Turut disebut sebagai fonetik artikulasi

* Pendekatan pendengaran – melibatkan alat-alat yang canggih untuk mengkaji

pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa

Page 4: Fonologi (bahagian awal)

* Pendekatan sifat bunyi – alat seperti palatogram, letromiografi dan laringoskopi

digunakan untuk mengkaji sifat fizikal bunyi bahasa.

- Dikenal juga sebagai fonetik akustik

* FONEMIK – cabang fonologi yang menganalisis sistem sesuatu bahasa secara

sinkronik.-Tujuannya untuk mengenal pasti fonem dalam sesuatu bahasa dan menghasilkan

sistem tulisan atau ejaan bagi bahasa tersebut

Page 5: Fonologi (bahagian awal)

*Dalam bidang fonologi aspek yang perlu difahami ialah konsep;

i.Bunyiii.Fonemiii.Huruf

iv.Suku kata

*BUNYI – tidak semua bunyi yang dihasilkan dikaji, yang dikaji hanya bunyi bahasa

* Bunyi bahasa bermaksud bunyi yang bermakna dalam pertuturan

Page 6: Fonologi (bahagian awal)

* Dalam pertuturan bunyi yang diucapkan adalah berentetan (tidak terputus-putus)

* Dalam kajian fonologi, bunyi tersebut dipenggalkan menjadi unit kecil – disebut

bunyi penggalan atau fon

* Dalam penulisan, fon ditulis dalam kurungan [ ] yang menandakan fon itu

merupakan bentuk bunyi bahasa.Sebagai contoh ; kata pagi terdiri daripada

bunyi atau fon [p], [a], [g], [i]

Page 7: Fonologi (bahagian awal)

* Dalam B. Arab pula unsur kepanjangan membezakan makna antara na’iimun yang bermaksud bahagia dangan kata naa’imun

yang bermaksud lembut atau licin

* Dalam bahasa tertentu, terdapat bunyi yang tidak dapat dipenggalkan. Bunyi ini disebut

bunyi suprapenggalan-Sebagai contoh dalam BI unsur kepanjangan membezakan makna antara sit [sit] dengan

seat [si:t]

Page 8: Fonologi (bahagian awal)

* FONEM – unit bahasa yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Juga disebut

sebagai bunyi bahasa

* Fonem berfungsi membezakan makna kata.Sebagai contoh; kata pagi dan padi

mempunyai makna yang berbeza disebabkan perbezaan bunyi [g] dan [d]

- Oleh itu, bunyi [g] dan [d] dianggap sebagai dua fonem yang berbeza. Pasangan kata itu

pula dikenal sebagai pasangan terkecil berkontras

Page 9: Fonologi (bahagian awal)

* Dalam BM, terdapat fonem yang ciri fonetiknya sama tetapi berlainan bunyinya

apabila hadir pada kedudukan yang berbeza. Sbg. cth – bunyi [p] yang hadir di awal kata

paku dihasilkan sbg bunyi letupan yang sempurna tetapi apabila hadir di akhir kata

spt pada kata tutup bunyi letupan tidak disempurnakan.

- Varian fonem yang berdasarkan kedudukan dikenali sebagai alofon

* Tanda kurungan [ ] akan berubah menjadi tanda / / untuk menunjukkan status fonem

Sbg. cth. [p], [a], /g/, [i][p], [a], /d/, [i]

Page 10: Fonologi (bahagian awal)

* HURUF – lambang yang diberikan kepada fonem . Lambang ini menghasilkan bahasa

dlm btk tulisan

* Perbezaan fonem dengan huruf ialah, FONEM merupakan bunyi, HURUF merupakan

tulisan

* Dalam Sistem Ejaan Rumi BM terdapat 26 huruf Rumi yang melambangkan 26 bunyi

konsonan dan 6 bunyi vokal

* Bunyi konsonan – 21 huruf tunggal dan 5 huruf gabungan atau digraf

(gh, kh, ng, ny, sy)

Page 11: Fonologi (bahagian awal)

* 6 bunyi vokal dilambangkan oleh 5 huruf iaitu a, e, i,o,u. Huruf e melambangkan 2 fonem (bunyi) iaitu e pepet dan e taling

* Terdapat juga 3 fonem diftong yang dilambangkan oleh 3 pasangan huruf vokal

iaitu ai, au, dan oi

* SUKU KATA – pecahan pd sesuatu kata yg terdiri drpd satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Sbg cth, kata anak terdiri

drpd dua suku kata iaitu a dan nak

Page 12: Fonologi (bahagian awal)

* Suku kata hanya akan terbentuk dgn adanya bunyi vokal

* Dlm BM, suku kata terbahagi 2;i.Suku kata terbuka – berakhir dgn vokal

ii.Suku kata tertutup – berakhir dgn konsonan

* cth suku kata terbuka - cuba terdiri drpd dua suku kata iaitu cu dan ba atau berpola KV +KV

* cth suku kata tertutup - sampan terdiri daripada dua suku kata iaitu sam dan pan

atau berpola KVK + KVK

Page 13: Fonologi (bahagian awal)

* Terdapat 11 pola suku kata dalam BM;i.V – anak, dia

ii.VK – unta, diamiii.KV – kapal, asli

iv.KVK – lampu, pasangv.KKV – program, dramavi.KKVK – blok, ekspres

vii.VKK - eksperimenviii. KVKK – bank, injunksi, saspens

ix.KKVKK - kompleksx.KKKV – skru, stratifikasi

xi.KKKVK- spring, infrastruktur

Page 14: Fonologi (bahagian awal)

* 4 pola yang pertama merupakan pola umum suku kata dalam BM manakala 7 yang

berikutnya merupakan pola pinjaman drpd BI

* Terdapat 4 pola suku kata terbuka dan 7 pola suku kata tertutup