proses fonologi bm dan transkripsi

Upload: abraza-ppg

Post on 03-Apr-2018

472 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    1/23

    BML 3043

    FONETIK DAN FONOLOGI

    Tajuk

    Proses-Proses Fonologi

    Bahasa Melayu dan Transkripsi

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    2/23

    Dengan berpandukan proses fonologi, transkripsi suatubahasa itu mudah dilakukan. Sebaliknya, jika kita melakukantranskripsi berdasarkan intusi kita sendiri, sudah pasti

    transkripsi tersebut tidak dapat dilakukan secara konsistenkrn intusi seseorang itu berbeza-beza antara satu sama laindan mudah dipengaruh oleh dialeknya sendiri.

    Antara proses fonologi yg penting dan terlibat secara

    langsung dengan transkripsi ialah pengglotisan,pengguguran /r/, geminasi, perendahan vokal tinggi,penengahan vokal, penyisipan hentian glotis [],penyisipan geluncuran [w, y] dan penyisipan faringgal [].

    Pengenalan

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    3/23

    Penglotisan ialah proses sesuatu fonem berubahmenjadi hentian glotis. Dalam BM, konsonan velar

    /k/ dan /g/ yang berada di posisi koda atau diakhir kata dalam suatu kata akan dioutputkansebagai konsonan hentian glotis. Contoh dalam

    perkataan /kakak/ [kaka

    ], /mak/ [ma

    ],/siksa/ [sis] dan /ragbi/ [rabi].

    Pengglotisan

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    4/23

    Pengguguran /r/

    Dalam BM, konsonan /r/ di posisi koda dan di akhir katatidak dibenarkan hadir pada struktur permukaan dan

    konsonan ini mengalami pengguguran. Contoh:

    /tukar/ [tuka] /bakar/ [baka]

    /trkena/ [tken] /prlu/ [plu]

    /brlari/ [blari] /cmrla/ [cmla]

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    5/23

    Geminasi

    Geminasi ialah proses satu konsonan menjadi duakonsonan yang sama secara bergugus. Dalam BM,geminasi ini berlaku di sempadan akhiran apabilakata dasar yang diakhiri konsonan menerima akhiran

    /an/ atau /i/. Contoh/jalan-i/ [jalanni]

    /tman-i/ [tmanni]

    /pulas-an/ [pulassan]

    /bawah-an/ [bawahhan]

    /masak-an/ [masakkan] [masakan] (/k/ di koda menjadi glotis)

    /tukar-an/ tukarran [tukaran]* (/r/ pertama digugurkan krntidak dibenarkan berada di posisi koda)

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    6/23

    Perendahan Vokal Tinggi

    Perendahan vokal ialah proses vokal tinggi menjadivokal rendah. Dalam BM, vokal tinggi /i/ dan /u/mengalami perendahan vokal kepada vokal [e] dan[o] apabila vokal tinggi itu berada pada suku katatertutup di akhir kata. Cth:

    /buluh/ [buloh] /susuh/ [susoh],

    /blum/ [blom] /pilih/ [pileh],/cicir/ [cice] /cantik/ [cante].

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    7/23

    Penengahan Vokal

    Vokal yang berubah menjadi vokal schwa [] dalam

    kata dikenali sebagai penengahan vokal. Dalam BM,vokal rendah /a/ akan berubah menjadi vokal tengah[] apabila vokal itu berada di akhir kata. Contoh:

    /saya/ [say] /mana/[man]

    /lama/ [lam] /ktawa/ [ktaw],/bahaya/ [bahay]

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    8/23

    Penyisipan Hentian Glotis

    Penyisipan konsonan hentian glotis dalam BM, berlakuapabila dua vokal berurutan dan penyisipan ini tidak berlakudalam kata dasar sebaliknya hanya berlaku di sempadan

    awalan, akhiran, kata ganda dan kata majmuk. Contoh:

    /diambil/ [diambel] /juruazan/ [juruazan]/gunaan/ [gunaan] /kaki ayam/ [kakiayam],

    /anai-anai/ [anaianai].

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    9/23

    Penyisipan Geluncuran

    [w] dan [y]

    Dalam BM, penyisipan geluncuran berlaku dalam urutan

    vokal apabila vokal pertama dalam urutan vokal itu terdiridaripada vokal tinggi /i/ dan /u/. Hal ini berlaku hanya dalamkata dasar dan kata dasar + akhiran /an/ dan /i/. Contoh:

    /buah/ [buwah] /diam/ [diyam]/kuah/ [kuwah] /dian/ [diyan]

    /guruan/ [guruwan] /tarian/ [tariyan]

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    10/23

    Penyisipan Faringgal

    Dalam BM, penyisipan faringgal [] berlaku di antara duaurutan vokal yakni dalam kata pinjaman bahasa Arab. Vokal

    yg mendahului faringgal itu menjadi nasal. Cth:

    /maaf/ [maaf ]

    saat/ [saat]

    /taat/ [taat]/said/ [saed]

    /muamalat/ [muamalat]

    /mualaf/ [mualaf]

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    11/23

    Penasalan Vokal

    Vokal menjadi nasal apabila menerima fitur nasal daripadajirannya. Dalam BM, penasalan vokal ini adalah boleh diramaldan berlaku apabila vokal mendahului konsonan nasal dalamkata dasar dan di sempadan imbuhan. Proses penasalan vokal

    dalam BM hanya berlaku secara progresif sahaja yakni vokalmenjadi nasal kerana menerima fitur nasal dari belakang ataudari sebelah kiri. Konsonan hentian glotis //, geluncuran/w, y/ dan frikatif /h/ adalah tranperen kepada penyebaranfitur nasal daripada konsonan nasal. Contoh;

    /mana/ [man] /ai/[ai]

    /maya/ [maya] /mawas/[mawas]

    /mahal/ [mahal] / una-an/

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    12/23

    Asimilasi Homorganik

    Asimilasi ialah proses sesuatu fonem berubah keranamengambil fitur jirannya. Jika asimilasi melibatkan fiturtitik artikulasi, asimilasi itu dikenali sebagai asimilasihomorganik. Dalam BM, asimilasi homorganik ini berlakudalam kata dasar dan kata morfologi yakni apabila

    konsonan nasal di sempadan awalan mengambil fitur titikartikulasi konsonan didepannya dan menyebabkankonsonan nasal // (diakhir kata prefik /m/ atau/p/) berubah menjadi nasal homorganik [m, n, , ].

    Ini dikenali sebagai asimilasi nasal homorganik. Contoh/pandan/ [pandan], /sampan/ [sampan],/m+pukul/mmpukul[mmukol], /p+tulis/mntulis [penules], /m+bawa/ [mmbaw],/mguris/ [mgures].

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    13/23

    Pengguguran

    Konsonan tidak Bersuara

    Dalam BM, konsonan mengalami pengguguran selepas prosesasimilasi nasal homorganik. Pengguguran ini berlaku hanyapada konsonan tidak bersuara di sempadan awalan sahaja.Sebaliknya, Jika konsonan yang mendahului nasal itu ialahkonsonan bersuara, maka konsonan bersuara itu tidakdigugurkan. Contoh pengguguran obstruen ialah

    /p+pukul/ pmpukol [pmukol],

    /p+tanda/ pntand [pnand]

    /p+kara/ pkara [para].

    /p+bawa/

    pmbawa

    [pmbawa]*

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    14/23

    Transkripsi Fonetik

    Pendahuluan

    Transkripsi - pmindahn bunyi bahasa kpd bentuk tulisn.Antara transkripsi tmasuklh transkripsi fonetik, transkripsifonemik dan transkripsi ejaan.

    Transkripsi fonetik - pmindahn bunyi bahasa atau dialek ke

    dlm bunyi ujarn sebenar (surface form / phonetic form)pcakapn. Utk mrepresentasikn output bahasa tsebut, lambangfonetik kurungn sesiku [ ] dgunakn. Cth [poko], [buwah],[diyam], [tuka], [say] dan [guna].

    Transkripsi fonemik - pmindahn bunyi bahasa yg belummgalami sbarang proses fonologi yakni bentuk input(underlying form) bunyi ssuatu bahasa. Utk mgambarkn inputbunyi bahasa itu, lambang kurungn miring / / dgunakn. Cth

    /pokok/, /buah/, /diam/, /tukar/, /saya/ dan /gunaan/.

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    15/23

    Transkripsi FonetikPendahuluan

    Transkripsi bguna kpd ahli-ahli fonetik dan fonologi utkmnerangkn tentang ujarn/pcakapn.

    Lazimnya transkripsi fonetik mlakukn pmindahn ujarn ataukata dlm bentuk ejaan (teks) atau bentuk fonemik.

    Dlm mtranskripsikn sistem yg tidak taksa (ambiguous) dlmpghasiln ujarn btujuan utk mbantu penulisn:

    # bentuk grafik yakni drp visual kpd auditori

    # mberi output sbenar ptuturn kpd pbaca/pgkaji

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    16/23

    Transkripsi Fonetik

    Keperluan Transkripsi

    Wujudnya pbezaan antara sistem abjad (pnulisn) dgn hasil sbenar bunyiujarn. Cth, bahasa Inggeris: cough [kof], tough [tf], knife [naiv] dll.

    Masalah ciri-ciri suprasegmental spt bunyi tekann ssuatu kata yg mbawapgertian yg bbeza mnimbulkn masalah pmahamn pdengar (pnutur jati).

    Cth: dlm BM standard, tekann blaku pd suku kata kedua trakhir(puneltimate syllable) spt:

    ma.kan ji.ka.lauas.sa.la.mu.a.lai.i.kum

    Ttp dlm dialek Terengganu, tekann blaku pd suku kata trakhir (ultimatesyllable) spt:

    ma.ka i.ka s.ko.lah

    Cth dlm bahasa Inggeris

    record re.k:d (noun) ri.k:d (verb)

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    17/23

    Transkripsi Fonetik

    Jenis-Jenis Transkripsi

    1. Transkripsi Tanggapan

    Bunyi-bunyi yg dhasilkn scara umum

    Keadaan yg dperlukn spt berikut:i. kajian suatu bahasa yg tidak tahu asal usulnya.

    - pola dan strukturnya tidak bsistematik

    - drp data dan transkripsi tenggapanlh baru boleh dciptatranskripsi yang lebih bersistematik

    ii. Bentuk ujarn yg tidak tratur dan myukarkn pkaji dlm mnentukn

    struktur dan sistem bahasa tsebut.

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    18/23

    Transkripsi Fonetik

    Jenis-Jenis Transkripsi

    2. Transkripsi Sistematik Mrujuk kpd ujarn dan bahasa ttentu shj.

    Lambang yg dgunakn bsifat ekonomik dan pjenisn bunyi yg sudahdkenali.

    Mgunakn dasar analisis fonemik yg lebih kompleks.

    Penting, trutama dlm mgajar/blajar pyebutn asing.

    Jenis transkripsi ini dgunakn dgn mluas dlm kajian nahu scaradeskriptif dan pnulisn kamus.

    Terdpt beberapa jenis transkripsi sistematik: transkripsi luas, transkripsisempit.

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    19/23

    Transkripsi Fonetik

    Transkripsi Sistematik

    a. Transkripsi luas

    Kurang mgunakn lambang dan tanda diakritik.

    Tujuannya: mhasilkn psembahn yg tidak taksa dlm bentuk penyebutn.

    Tanda miring / / dgunakn dlm transkripsi luas.

    b. Transkripsi sempit

    Mgunakn lambang yg khusus.

    Boleh dgunakn dlm apa jua bahasa.

    Lambang-lambang dan tanda diakritik dgunakn.

    Mgunakn kurungn [ ]

    Nota: Namun begitu dlm kursus ini, bentuk transkripsi sempit yg kitagunakn tidak perlu mgunakn tanda kurungn [ ].

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    20/23

    Transkripsi Fonetik

    Panduan Melakukan Transkripsi

    Dlm mlakukn transkripsi fonetik sama ada dari bentuk ejaan (ayat) ataubentuk fonemik, praturn berikut perlu diambil kira:

    Setiap pmindahn fonetik hendaklh dlakukn bdasarkn kpd proses-proses fonologi yg blaku.

    Semua huruf besar hendaklh dtulis sbg huruf/fonem kecil. CthAhmad ahmad Kulim kulem Si Tompoksitompo

    Semua bentuk huruf bganding dlm sistem ejaan seperti ng, ny,sy, gh dan kh hendak dtranskripsikn kpd fonem iaitu ng sbagai[], ny sbagai [], sy sbagai [], gh sbagai [] dan kh sbagai[x].

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    21/23

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    22/23

    Transkripsi FonetikLatihan.

    Berdasarkan contoh-contoh transkripsi di atas, jawab soalan di bawah:1. Perkataan manakah yang terlibat dengan proses fonologi berikut?

    a. Pengglotisan

    b. Perendahan vokal tinggi

    c. Penengahan vokal

    d. Pengguguran /r/

    e. Penyisipan hentian glotis

    f. Penyisipan geluncuran

    g. Penyisipan faringgal

    2. Perkataan manakah yang terlibat dengan perubahan huruf?

    a. Perubahan huruf besar kepada fonem (huruf kecil)

    b. Perubahan huruf kepada bunyi fonem

  • 7/28/2019 Proses Fonologi BM Dan Transkripsi

    23/23

    SEKIAN..

    TERIMA KASIH