folio psk .docx

10
SEJARAH PENUBUHAN SMK SERI KENANGAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan Segamat, sebuah sekolah yang tersergam indah terletak di pekan kecil Batu Anam dan kurang 20 kilometer dari Bandar Segamat. Idea penubuhan sekolah ini tercetus apabila Tuan Haji Kassim Bin Md Noh ingin mewujudkan sebuah sekolah elit untuk anak-anak Segamat. Nama SMK Seri Kenangan Segamat diambil bersempena nama sebuah kampung yang terdapat di sekitar sekolah ini iaitu Kampung Kenangan, Batu Anam. Bangunan sekolah mula dibina pada tahun 2002 dan siap dalam masa 2 tahun. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mula dilaksanakan pada Januari 2005 dengan 256 orang pelajar dan 18 orang guru menjadi penghuni pertama SMK Seri Kenangan Segamat. Pelajar-pelajar dipilih melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2004 dengan memperolehi keputusan 5A dan 4A 1B. Encik (sekarang Tuan Haji) Yusof Bin Embot menjadi Pengetua pertama mengemudi bahtera pentadbiran sekolah. Majlis Penyerahan Surat Membuka Sekolah Baru disempurnakan oleh Tuan Haji Ali Bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada ketika itu pada 3 Januari 2005. Majlis ini membuka lembaran baru bagi pendidikan di daerah Segamat khususnya dan di negeri Johor amnya bagi memberikan persaingan yang lebih sihat antara sekolah-sekolah lain. Infrastruktur dan kemudahan di SMK Seri Kenangan Segamat juga setaraf dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Selain mempunyai bangunan akademik, Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup dan surau, sekolah ini mempunyai trek balapan yang sesuai untuk acara-acara sukan dan seringkali digunakan untuk acara sukan peringkat daerah dan negeri. SUKSES menerima penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 7 dengan kebitaraan Bahasa Melayu dalam bidang akademik dan Inovasi dan Rekacipta dalam bidang bukan akademik pada 5 April 2013. Penganugerahan ini telah diterima oleh En Jamil Sajuri, Pengetua SMK Seri Kenangan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Putrajaya.

Upload: afandi-maelah

Post on 17-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio PSK .docx

SEJARAH PENUBUHAN SMK SERI KENANGAN

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan Segamat, sebuah sekolah yang tersergam

indah terletak di pekan kecil Batu Anam dan kurang 20 kilometer dari Bandar Segamat. Idea

penubuhan sekolah ini tercetus apabila Tuan Haji Kassim Bin Md Noh ingin mewujudkan sebuah

sekolah elit untuk anak-anak Segamat. Nama SMK Seri Kenangan Segamat diambil bersempena

nama sebuah kampung yang terdapat di sekitar sekolah ini iaitu Kampung Kenangan, Batu

Anam.

Bangunan sekolah mula dibina pada tahun 2002 dan siap dalam masa 2 tahun. Sesi Pengajaran

dan Pembelajaran (P&P) mula dilaksanakan pada Januari 2005 dengan 256 orang pelajar dan 18

orang guru menjadi penghuni pertama SMK Seri Kenangan Segamat. Pelajar-pelajar dipilih

melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2004 dengan memperolehi keputusan

5A dan 4A 1B. Encik (sekarang Tuan Haji) Yusof Bin Embot menjadi Pengetua pertama

mengemudi bahtera pentadbiran sekolah.

Majlis Penyerahan Surat Membuka Sekolah Baru disempurnakan oleh Tuan Haji Ali Bin Ismail,

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada ketika itu pada 3 Januari 2005. Majlis ini

membuka lembaran baru bagi pendidikan di daerah Segamat khususnya dan di negeri Johor

amnya bagi memberikan persaingan yang lebih sihat antara sekolah-sekolah lain.

Infrastruktur dan kemudahan di SMK Seri Kenangan Segamat juga setaraf dengan Sekolah

Berasrama Penuh (SBP). Selain mempunyai bangunan akademik, Makmal Sains, Makmal

Kemahiran Hidup dan surau, sekolah ini mempunyai trek balapan yang sesuai untuk acara-acara

sukan dan seringkali digunakan untuk acara sukan peringkat daerah dan negeri.

SUKSES menerima penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 7 dengan

kebitaraan Bahasa Melayu dalam bidang akademik dan Inovasi dan Rekacipta dalam bidang

bukan akademik pada 5 April 2013. Penganugerahan ini telah diterima oleh En Jamil Sajuri,

Pengetua SMK Seri Kenangan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Putrajaya.

Page 2: Folio PSK .docx

LOKASI SMK SERI KENANGAN

SMK Seri Kenangan Segamat Batu Anam 85100 Segamat

PELAN smk seri kenangan

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN INFRASTRUKTUR

Page 3: Folio PSK .docx

I) Program Pengantarabangsaan di RiauPada 1 – 4 Jun 2014, delegasi dari SUKSES di bawah kebitaraan Bahasa Melayu telah ke Riau Indonesia

bagi Program Pengantarabangsaan dalam konteks satu jaringan dan jalinan bersama SMA  Negeri  Plus

Provinsi Riau dan Universiti Islam Riau (UIR) untuk mempromosi Bahasa Melayu ke nusantara. Program

ini diketuai oleh Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan SUKSES iaitu Dr Hj Abdullah Zawawi

Ahmad Hairani dan  delegasi ini diketuai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Mokhtar Mustaffa.

Antara program yang yang dijalankan ialah pertukaran kebudayaan dan kesenian oleh pelajar SUKSES

dengan persembahan tarian dan sketsa Puteri Gunung Ledang di SMAN Plus Provinsi Riau. Manakala di

UIR sesi pembentangan telah dijalankan oleh Dr Hj Abdullah Zawawi, Pn Azwati Mahmud, Prof Madya

dr Ahmad Nawawi Yaakob dan dua orang wakil pelajar iaitu Nur Irsalina dan Nur Madihah Aqish.

SUKSES mengucapkan terima kasih kepada Kepala SMAN Plus Provinsi Riau, Bapak Drs Hj Basri, Mpd

dan Bapak Drs Nadzirun M.Ed dari Fakulti  Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universiti Islam Riau.

Sesungguhnya kunjungan ke Riau memberikan seribu pengalaman yang tidak ternilai.

II) Inovasi SUKSES di Los Angeles, USPada 11-16 Mei 2014, pasukan inovasi sekolah telah menyertai Pertandingan INTEL ISEF peringkat

antarabangsa di Los Angeles, US. 3 orang pelajar yang mewakili SUKSES dan seterusnya mewakili

Malaysia berikutan kemenangan yang telah diraih iaitu tempat pertama individu, tempat pertama dan

kedua berkumpulan di pertandingan INTEL ISEF peringkat kebangsaan yang telah diadakan di

Gambang  Resort City tahun lepas. Tahniah SUKSES kerana telah menempa nama di Peringkat

Antarabangsa.

Page 4: Folio PSK .docx
Page 5: Folio PSK .docx

III) Program Pengantarabangsaan SUKSESPada 3 Mei – 10 Mei 2014, rombongan dari Sekolah Bambroongsasna, Songkhla, Thailand telah

membuat lawatan kunjung balas dalam program Kembara Ilmu (mempelajari Bahasa Melayu, budaya

dan cara hidup di Malaysia) di mana pada tahun lepas rombongan dari SUKSES telah berkunjung ke

sekolahnya. Dalam lawatan kali ini banyak program telah diatur oleh SUKSES. Antaranya ialah bengkel

penulis muda, malam kebudayaan, memasak makanan seperti tomyam dan somtam, lawatan ke

Melaka dan banyak lagi program-program di asrama.

Page 6: Folio PSK .docx

JUMLAH Guru , staf sokongan dan murid

Page 7: Folio PSK .docx

Visi dan misi sekolah

VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

PEraturan sekolah

Page 8: Folio PSK .docx

Pencapaian sekolah dalam bidang akademik

Pencapaian akademik pada usia sekolah yang baru berusia setahun jagung amat membanggakan. Anak sulung SMK Seri Kenangan Segamat menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan apabila seramai 54 orang mendapat keputusan semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 dan menduduki tempat kedua di daerah Segamat. PMR 2007 juga menyaksikan sekolah tersenarai sebagai antara 10 sekolah yang mendapat keputusan 100 peratus lulus di negeri Johor. Nur Ezzati Binti Mohd Sobran diangkat sebagai Pelajar Terbaik PMR Negeri Johor pada tahun yang sama.

Page 9: Folio PSK .docx

Pencapaian akademik semakin menunjukkan peningkatan apabila sekolah tersenarai sebagai sekolah menengah harian terbaik peringkat kebangsaan untuk PMR 2009.

Pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum

Pencapaian kokurikulum juga tidak menghampakan. Pelbagai pertandingan dimenangi sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun

kebangsaan. Antaranya tempat pertama Pertandingan Dramatari Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan, pemenang hadiah

utama dan pemenang kategori Persembahan Terbaik Pertandingan Eco Youth Toyota, Anugerah Merit Pertandingan Rekacipta Muda Peringkat

Kebangsaan, dan diumumkan antara 15 koperasi terbaik bertaraf 4 bintang dalam menjayakan Sambutan Hari Koperasi Sekolah.