folio kt thun 5 14.docx

19
PENGENALAN KONSEP PENJAJAHAN Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung. 1

Upload: norazuinmohdsahar

Post on 26-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGENALANKONSEP PENJAJAHAN

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini.

Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

KEDATANGAN KUASA LUAR.KUASA LUAR DAN KAWASAN YANG DIKUASAI.Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah. Negara kita terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar untuk menakluki negara kita.Kuasa-kuasa luar yang menjajah Melaka:1. Portugis- Portugis mula datang berdagang di Melaka pada tahun 1509.- Menawan Melaka pada tahun 1511 untuk menguasai perdagangan rempah dan entreport.- Bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian.

2. Belanda- Belanda telah bertapak di Betawi semasa Portugis menguasai Melaka.- Mahu memonopoli perdagangan di Selat Melaka.- Mahu menguasai rempah dan biji timah.- Menakluk Melaka pada tahun 1641.

3. British- Mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786.- Ingin menguasai kawasan bijih timah.- British menduduki Melaka pada tahun tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris - Belanda.

4. Jepun

KRONOLOGI KEDATANGAN PENJAJAH.TAHUNHURAIAN

1942Penduduk Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

1882British menguasai Sabah.

1841British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.

1824Menerusi perjanjian Inggeris-Belanda, British mendapat hak mmeluaskan pengaruhdi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

1786Briitish berjaya menduduki Pulau Pinang memalui perjanjian dengan Sultan Kedah.

1641Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.

1511Portugis menakluki Melaka.

TUJUAN KEDATANGAN KUASA LUARKuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.FAKTOR HURAIAN

PerdaganganPemerintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah

KemegahanNegara-negara Eropah bersaing untuk menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.

Penyebaran AgamaAgama Islam sudah berkembang luas di Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara.

Keperluan Bahan MentahSelepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah.

Peluasan Tanah JajahanBritish dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

TUJUAN KEDATANGAN PENJAJAH BRITISH DAN JEPUNKita telah mengetahui bahawan British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786. Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942. Mari kita bandingkan tujuan kedatangan British dan Jepun ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.BRITISHJEPUN

Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan bijih besi bagi kilang di negara mereka.Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan getah untuk kilang di Jepun.

Pasaran bahan kilang.Pasaran bahan kilang.

Menunjukkan kemegahan dan kuasa.Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara dengan slogan Asia Untuk Asia.

Bersaing dengan kuasa Barat yang lain untuk mendapatkan tanah jajahan.Membentuk sebuah empayar yang kuat di Asia.

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh itu, muncul pemimpin-pemimpin dan tokoh tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah.

Pemimpin dan Tokoh TempatanPenjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut.

Sultan Mahmud Shah menentang Portugis

Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan kota A Famosa oleh Portugis.

Raja Haji menentang Belanda.

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.

Dato Maharajalela menentang British.

J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membuuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.

Rentap menentang British.

Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke.

Mat Salleh menentang British.

Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambil hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB juga bertindak memusnahkan kampung Mat Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju untuk berdamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900.

Anggota Force 136 menentang Jepun.

Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.

Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun

KESIMPULANMALAYSIA IALAH NEGARA YANG MEMPUNYAI PENDUDUK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA. WALAUPUN PERNAH DIJAJAH OLEH KUASA BARAT DAN JEPUN SELAMA LEBIH EMPAT ABAD, NAMUN HARI INI MALAYSIA BERDIRI SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERDAULAT. PADA HARI INI KITA MEMPUNYAI HAK DAN KUASA SEPENUHNYA ATAS URUSAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA KITA SENDIRI. HAL INI BERMAKNA KITA TIDAK PERLU MENGIKUT TELUNJUK MANA-MANA KUASA BESAR BAGI MENENTUKAN ARAH DAN HALA TUJU NEGARA SAMA ADA DARI SEGI POLITIK, EKONOMI MAHUPUN SOSIAL.DARI SEGI POLITIK MISALNYA, KITA DIKATAKAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI TETAPI TIDAKLAH SERATUS PERATUS MENGIKUT SISTEM DEMOKRASI BARAT ATAU MANA-MANA NEGARA LAIN DI DUNIA. DEMOKRASI YANG DIAMALKAN DI NEGARA KITA TELAH DIUBAH SUAI MENGIKUT ACUAN, KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN MASYARAKAT BERBILANG AGAMA DAN BUDAYA YANG KITA WARISI SEJAK DAHULU. HAL INI ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MENJAGA KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.KEDAULATAN NEGARA IALAH SUATU YANG PERLU DIJAGA DAN DIKEKALKAN. NEGARA YANG MASIH DIJAJAH SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG OLEH KUASA ATAU PEMIMPIN ASING MENGAMBARKAN KELEMAHAN MASYARAKAT DAN PEMIMPIN NEGARA TERSEBUT. HAL INI MENUNJUKKAN KERENDAHAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA TERSEBUT PADA MATA DUNIA. NEGARA YANG DIJAJAH BUKAN SAHAJA DIPANDANG HINA BAHKAN TIDAK DAPAT MENJAGA KEPENTINGAN RAKYATNYA KERANA SUMBER KEKAYAAN NEGARA AKAN DIKUASAI OLEH PENJAJAH ATAU ORANG ASING. HAL INILAH YANG TELAH BERLAKU SEMASA NEGARA KITA DIJAJAH OLEH PORTUGIS, BELANDA, INGGERIS DAN JEPUN PADA MASA DAHULU. BUKAN ITU SAHAJA, BAHKAN BANYAK KEKAYAAN WARISAN BUDAYA SENI DAN SASTERA NEGARA KITA TELAH DIBAWA KELUAR OLEH PENJAJAH KE NEGARA MEREKA.MENJAGA DAN MENPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK TERMASUK PEMERINTAH, MASYARAKAT DAN SETIAP INDIVIDU YANG MENGAKU DIRINYA WARGANEGARA MALAYSIA.

17