fokus kajian

4
Fokus Kajian Dalam bahagian ini, saya akan menerangkan dan membincangkan mengenai tinjauan masalah murid yang berlaku di sekolah dan analisis masalah kajian tindakan yang akan saya jalankan. Tinjauan Masalah Kajian yang akan saya jalankan ini adalah berkaitan dengan nombor. Saya akan menggunakan kaedah penulisan berulang dan plastisin. Seperti yang kita tahu, kita menggunakan nombor di sepanjang hidup kita dan setiap hari kita akan menggunakan nombor. Nombor ialah satu perkara penting di dalam hidup kita. tnpa nombor kita tidak dapat menguruskan kehidupan seharian kita dengan baik. Dari pemerhatian saya terhadap penulisan nombor di buku tulis mereka, saya dapati terdapat beberapa orang murid telah menulis nombor dengan salah dan ada yang terbalik. Antara sebab kesalahan mereka ini adalah kurangnya pendedahan mengenai cara penulisan nombor. Guru di sekolah berkemungkinan tidak menekankan penulisan nombor dan lebih kepada operasi. Ini membuatkan saya berasa tidak senang dan ingin membetulkan tulisan mereka. Antara sebab lain mereka tidak boleh menulis nombor dengan betul ialah kurangnya latihan terhadap cara penulisan mereka. Dengan cara dan kaedah saya ini, saya harap boleh menolong murid untuk menulis nombor dengan betul. Kaedah saya ini membolehkan murid

Upload: haslan-hassan

Post on 16-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rt

TRANSCRIPT

Fokus KajianDalam bahagian ini, saya akan menerangkan dan membincangkan mengenai tinjauan masalah murid yang berlaku di sekolah dan analisis masalah kajian tindakan yang akan saya jalankan.

Tinjauan MasalahKajian yang akan saya jalankan ini adalah berkaitan dengan nombor. Saya akan menggunakan kaedah penulisan berulang dan plastisin. Seperti yang kita tahu, kita menggunakan nombor di sepanjang hidup kita dan setiap hari kita akan menggunakan nombor. Nombor ialah satu perkara penting di dalam hidup kita. tnpa nombor kita tidak dapat menguruskan kehidupan seharian kita dengan baik.

Dari pemerhatian saya terhadap penulisan nombor di buku tulis mereka, saya dapati terdapat beberapa orang murid telah menulis nombor dengan salah dan ada yang terbalik. Antara sebab kesalahan mereka ini adalah kurangnya pendedahan mengenai cara penulisan nombor. Guru di sekolah berkemungkinan tidak menekankan penulisan nombor dan lebih kepada operasi. Ini membuatkan saya berasa tidak senang dan ingin membetulkan tulisan mereka. Antara sebab lain mereka tidak boleh menulis nombor dengan betul ialah kurangnya latihan terhadap cara penulisan mereka.

Dengan cara dan kaedah saya ini, saya harap boleh menolong murid untuk menulis nombor dengan betul. Kaedah saya ini membolehkan murid untuk mengingat cara untuk menulis nombor dengan pengulangan yang berterusan. Kaedah plastisin juga membolehkan mereka bermain sambil belajar. Ini sangat membantu murid yang mempunyai masalah tulisan terbalik. Yang saya maksudkan di sini ialah penulisan nombor 9 yang menjadi huruf p, atau pun nombor 3 yang menjadi seperti huruf E. Dengan kaedah yang saya gunakan ini, saya berharap saya boleh memulihkan kelemahan yang mereka hadapi terhadap nombor. Pada pandangan saya, dengan kaedah saya ini saya dapat memberikan kesenangan kepada murid saya dan menyenangkan pengajaran guru di sekolah. Ini selaras dengan hasrat sekolah yang ingin muridnya untuk mencapai prestasi tertinggi di dalam pelajaran.

Analisis MasalahSaya telah memerhati hasil kerja murid saya di sekolah. Ini adalah dengan memberikan mereka latihan serta meminta mereka menulis nombordi papan tulis. saya juga telah meminta murid untuk menulis nombor daripada 0 hingga 9 dan meminta mereka menulis secara berulang.

Daripada ujian yang saya laksanakan, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat menguasai cara penulisan nombor dengan betul. Saya dapati nombor 9 serta nombor 3 di tulis secara terbalik dan tidak betul. Nombor lain juga telah di tulis secara salah dan tidak betul.

Saya ada beberapa kali menegur dan meminta mereka membetulkan kesalahan mereka. Akan tetapi kesalah yang dilakukan tetap sama. Ini memberikan saya peluang untuk membuat kajian saya ini.