fitur makna

9
Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu A.Sifat makna B.Kelas makna C.Lewah dalam makna A.Sifat makna Makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis-boleh berubah-rubah Evolusi-boleh berkembang Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna; 1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. 2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. 3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. 4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ; 1.perkembangan bahasa itu sendiri. 2.tanggapan penutur 3.perluasan makna 4.pembatasan/penyempitan makna 5.tujuan simbolik dan stilistik

Upload: ezzat-bakri

Post on 28-Oct-2015

258 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

semantik fitur makna bahasa Melayu yang sangat berguna

TRANSCRIPT

Page 1: fitur makna

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

A.Sifat makna

B.Kelas makna

C.Lewah dalam makna

A.Sifat makna

Makna bersifat dinamis dan evolusi.

Dinamis-boleh berubah-rubah

Evolusi-boleh berkembang

Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna;

1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak

ungkapan tersebut adalah tidak bermakna.

2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya

mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul

melalui konteks budaya.

3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur

semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu.

4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan

bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada

makna asal.

Terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ;

1.perkembangan bahasa itu sendiri.

2.tanggapan penutur

3.perluasan makna

4.pembatasan/penyempitan makna

5.tujuan simbolik dan stilistik

B.kelas makna

1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota

badan)

2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)

Page 2: fitur makna

3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang

didengar (cth;hei,lembu!)

4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen

(pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi)

5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 

6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur

mengikut kefahaman masing-masing.

C.lewah dalam makna

Lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna

kata.

Contohnya seperti :

-mereka semua

-kasut boot

-papa kedana

-demi untuk

Terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna;

1. Pengulangan

-mereka-mereka

-ibu bapa-ibu bapa

2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan

-memperbesarkan, sepatutnya memperbesar

-dipersetujui, sepatutnya disetujui

-diperhalusi, sepatutnya dihalusi

3.kata sendi yang berturut-turut

-demi untuk

-selain daripada itu

Page 3: fitur makna

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu 

Makna leksikal ialah makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya

dalam ayat).

Untuk memudahkan pemahaman, makna leksikal boleh dianggap sebagai makna

kamus; makna kata yang diperolehi daripada kamus. Terdapat beberapa bahagian

makna leksikal dalam tajuk ini untuk subjek BMM3111 iaitu:

A.sinonim dan antonim

B.hiponim dan homonim

C.polisem

A.sinonim dan antonim

Sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai

makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza.

Terdapat empat jenis sinonim iaitu:

1.sinonim pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan

tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini

dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas

pergaulan'.

2.sinonim konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang

berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. Contohnya [undang] digunakan

dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan.

3.sinonim laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi

berbeza mengikut peringkat atau status. Contohnya perkataan [penyanyi] dan

[biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang

mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara.

4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan

[banyak].

Page 4: fitur makna

Antonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata yang mempunyai makna

yang berlawanan. 

Terdapat tiga jenis antonim iaitu:

1.antonim pasangan komplemen-pasangan yang melengkapi satu sama

lain.contohnya tidur-jaga, hidup-mati, sihat-sakit.

2.antonim hubungan darjat/antonim berperingkat- contohnya seperti besar-

kecil,tebal-nipis,panjang-pendek.

3.antonim berhubungan- kata berlawanan yang mempunyai makna

setara.contohnya seperti beri-terima,jual-beli,majikan-pekerja.

B.hiponim dan homonim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Hiponim

juga bermaksud kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-

kata yang lebih khusus.

Contohnya:

Bunga - melur

          - orkid

          - kekwa

          - anggerik

Homonim pula merujuk kepada hubungan antara kata. Hiponim juga bererti dua kata

atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna.

Terdapat dua jenis hiponim iaitu:

1.homofon- kata yang sebutannya/bunyinya sama tetapi berlainan maksud.

Contohnya [mereka] boleh membawa erti bagi kata ganti nama orang dan juga boleh

bererti kata perbuatan/kerja mencipa sesuatu.

2.homograf- kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. Contohnya [sepak]

boleh bererti tendang dan juga tampar.

Page 5: fitur makna

C.polisem

Polisem ialah kata yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada

secara konseptual ataupun sedarjah.

Faktor kata mempunyai banyak makna ialah:

1.keadaan semula jadi (polisem tulen)

2.konteks (polisem konteks)

Contohnya polisem ialah seperti kata [bisa]-boleh/sakit sangat

Contoh seterusnya kata [tentang] - lawan/kata bantu yang membawa maksud

berkaitan sesuatu perkara

Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung

dan makna tersirat.

Makna Tersurat

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang

tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa

lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok.

Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita

menganggapnya sebagai betul.

Page 6: fitur makna

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.

Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang

dihormati.

Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana

perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat

2. Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah

‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar

atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat

tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam

fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:

3. Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan

pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang

demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di

sekolah kami.

Makna Tersirat

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau

diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Page 7: fitur makna

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan

menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu

disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa

dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk

pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo

dan bentuk simpulan bahasa.