fasa bulan 2

9
Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, tetapi mendapat pembalikan cahaya daripada matahari. Matahari sentiasa menyinari sebahagian daripada bulan, oleh itu sebahagian lagi daripada bulan akan menghadap bumi. Disebabkan kita yang berada di bumi dapat melihat amaun berbeza bahagian bulan yang disinari, kita dapat melihat kitaran bulan melalui fasa- fasanya. Fasa bulan merujuk kepada bahagian bulan yang terang yang dilihat oleh manusia dari bumi. Fasa ini berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi. Terdapat lapan fasa bulan iaitu bermula dengan anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan selepas purnama, bulan separa tua dan bulan sabit tua. Bulan terbit di timur dan terbenam di barat sama seperti matahari. Tidak seperti matahari, terbit dan terbenam bulan tidak mematuhi aturan yang ditetapkan seperti waktu terbit mestilah di siang hari dan terbenam adalah mesti di malam hari. Hal ini kerana kadangkala bulan terbit pada malam hari dan terbenam pada siangnya dan pada masa yang lain pula, terbit dan terbenam bulan adalah sama dengan matahari iaitu terbit di siang hari dan terbenam di malam hari. Masa terbit dan terbenam bulan adalah bergantung kepada fasa- fasa bulan itu sendiri. Bulan akan terbit di antara 30 minit atau 70 minit daripada hari sebelumnya setiap hari. Pada fasa Pengenalan…

Upload: adnin-nadhirah-abd-malik

Post on 30-Nov-2015

172 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

fasa buln

TRANSCRIPT

Page 1: FASA BULAN 2

Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, tetapi mendapat pembalikan

cahaya daripada matahari. Matahari sentiasa menyinari sebahagian daripada bulan,

oleh itu sebahagian lagi daripada bulan akan menghadap bumi. Disebabkan kita

yang berada di bumi dapat melihat amaun berbeza bahagian bulan yang disinari,

kita dapat melihat kitaran bulan melalui fasa-fasanya. Fasa bulan merujuk kepada

bahagian bulan yang terang yang dilihat oleh manusia dari bumi. Fasa ini berubah

secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi. Terdapat lapan fasa bulan iaitu

bermula dengan anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan hampir purnama,

bulan purnama, bulan selepas purnama, bulan separa tua dan bulan sabit tua.

Bulan terbit di timur dan terbenam di barat sama seperti matahari. Tidak

seperti matahari, terbit dan terbenam bulan tidak mematuhi aturan yang ditetapkan

seperti waktu terbit mestilah di siang hari dan terbenam adalah mesti di malam hari.

Hal ini kerana kadangkala bulan terbit pada malam hari dan terbenam pada

siangnya dan pada masa yang lain pula, terbit dan terbenam bulan adalah sama

dengan matahari iaitu terbit di siang hari dan terbenam di malam hari.

Masa terbit dan terbenam bulan adalah bergantung kepada fasa-fasa bulan itu

sendiri. Bulan akan terbit di antara 30 minit atau 70 minit daripada hari sebelumnya

setiap hari. Pada fasa anak bulan, bulan terbit dan terbenam hampir sama dengan

masa terbit dan terbenam matahari. Apabila hari demi hari menyusul, di mana fasa

bulan berubah kepada anak bulan,bulan sabit, bulan separa, separa purnama dan

hampir kepada bulan purnama, bulan terbit pada waktu siang (selepas matahari

terbit) dan masa terbit bulan meningkat setiap hari sama ada 30 minit atau 70 minit

kemudian seperti rajah di bawah. Seterusnya, bulan terbenam pada waktu malam

dan semakin lambat setiap malam dengan peningkatan 30 minit atau 70 minit setiap

malam

Pengenalan

Page 2: FASA BULAN 2

BARAT

Bulan terbit Matahari terbit

Bulan terbenam Matahari terbenam

Tengah hari

Tengah malam

Perubahan fasa bulan dari anak bulan, bulan sabit, bulan separa, separa purnama

TIMUR

Page 3: FASA BULAN 2

Pada bulan purnama, bulan ini terbit pada waktu petang di mana matahari terbenam

dan bulan terbenam pada masa matahari terbit. Apabila peralihan fasa kepada bulan

selepas purnama, bulan separa tua, dan bulan sabit tua, bulan mula terbit pada

waktu malam selepas matahari terbenam dan waktu terbit meningkat 30 atau 70

minit setiap malam dan terbenam di siang hari setelah matahari terbit seperti rajah di

bawah.

Perubahan fasa bulan dari bulan selepas purnama, bulan separa tua, bulan sabit tua.

BARAT

TIMUR

Tengah hari

Tengah malam

Bulan terbenam Matahari terbit

Bulan terbit Matahari terbenam

Page 4: FASA BULAN 2

Jadual di bawah merupakan anggaran masa bulan terbit dan terbenam.

Fasa bulanAnggaran masa bulan

Terbit Terbenam

Anak bulan 6 pagi 6 petang

Bulan sabit 8.00 – 10.00 pagi 9.00 – 10.00 malam

Bulan separa 12.00 tengah hari 12.00 tengah malam

Bulan separa purnama 2.00 – 3.00 petang 2.00 – 3.00 pagi

Bulan purnama 6.00 petang 6.00 petang

Bulan selepas purnama 8.00 – 10.00 malam 8.00 – 10.00 pagi

Bulan separa tua 12.00 tengah malam 12.00 tengah hari

Bulan sabit tua 4.00 – 5.00 pagi 4.00 – 5.00 petang

Jika kita perhatikan bulan pada malam-malam yang berbeza kita hanya dapat

melihat permukaan bulan yang sama setiap masa. Fenomena ini terjadi apabila

Bulan beredar dan berputar mengelilingi bumi pada tempoh yang sama. Kedua-dua

pergerakan pada masa yang sama ini , menyebabkan permukaan bulan yang sama

dapat dilihat pada setiap masa.

Bulan juga berubah mengikut fasa-fasanya dari hari ke hari. Tempoh masa

yang diambil untuk berubah dari satu fasa ke fasa yang adalah lebih kurang dua hari

ke tiga hari seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Oleh itu, kita dapat

melihat perubahan fasa-fasa bulan semasa mencerap bulan.

Page 5: FASA BULAN 2
Page 6: FASA BULAN 2

Pemerhatian dan analisis data…

Page 7: FASA BULAN 2

Tarikh : 30/1/2012 - 12/2/2012

Masa : 8.00 MALAM – 10.30 MALAM

Tempat :Kawasan Letak Kereta IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Peralatan :Astrolabe, kompas, jadual data, cermin mata pelindung sinar UV.

Astrolabe kompas

Prosedur :

1. Langkah pertama adalah untuk memilih tempat pemerhatian dan tempat yang

dipilih merupakan kawasan tempat letak kereta ipg kampus pendidikan

teknik.

Prosedur pencerapan bulan..

Page 8: FASA BULAN 2

2. Kemudian, memilih tempat pemerhatian bulan di mana bulan tidak dilindungi

oleh bangunan dan menandakan kawasan supaya dapat mencerap bulan

ditempat yang sama untuk mengelakkan kecelaruan data.

3. Pilih masa yang sesuai iaitu memilih pencerapan pada masa 8.00 malam

sehingga 10.30 malam.

4. Untuk mengambil altitude bulan, astrolabe digunakan dengan melihat melalui

penyedut minuman, bulat bulan tersebut kemudian membuat bacaan pada

‘protractor’. Azimuth pula dapat dilihat dengan meletakkan kompas di bawah

astrolabe untuk mendapatkan bacaan yang jitu.

5. Untuk mengambil bacaan altitude dan azimuth ketinggian pengukur di ambil

kira dan ditetapkan untuk memastikan tidak mempengaruhi bacaan data.

6. Data juga di ambil selang selama 5 minit untuk melihat perubahan kedudukan

matahari ini.