fakulti seni

Upload: norhasni-bt-mohd-yusof

Post on 19-Jul-2015

557 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI : SMP SEMESTER/TAHUN : SEMESTER 4 2012 KOD KURSUS : HBAE1103 TAJUK KURSUS : PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NO. MATRIKULASI NO.KAD PENGENALAN NO.TELEFON E-MAIL

: 811217045226001 : 811217-04-5226 : 012-6908466 : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, MELAKA NAMA PENSYARAH : PN.NURULHUDA BINTI MOHAMED

PENGENALAN

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau plan dengan garisan. Lukisan awal telah wujud sejak zaman batu pada dinding-dinding gua seperti Gua Lascaux di Perancis, Gua Niah di Sarawak. Karya lukisan yang dihasilkannya biasa menggunakan media jenis kering dan tidak menggunakan warna kecuali warna daripada alat lukis seperti pensel warna dan karyon. Lukisan biasanya dihasilkan secara spontan mengikut gerak hati dan perasaan pelukis masingmasing. Justeru setiap lukisan dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan gaya persembahan pelukisnya. Setiap pelukis mempunyai gaya tersendiri dalam memaparkan hasil karya mereka. Picasso telah membuat 45 lukisan pendahuluan sebagai sumber ilham, kajian, dan rujukan sebelum beliau memulakan catan Guernica.

(contoh lukisan pensil Potret Diri oleh Picasso, 1898)

Menurut Picasso,1898 lukisan bukan gurau atau kelakar. Lukisan merupakan proses yang serius dan ghaib. Dengan menggunakan garisan sahaja kita dapat mencipta rupa dan bentuk yang mirip objek sebenar serta gambaran visual keseluruhannya. Ini adalah keajaiban lukisan. Oleh itu, saya anggap setiap lukisan yang dilakukan mengandungi titik-titik darah saya.

(contoh potret seorang tua berumur 93 tahun. Hasil karya Albrecht Durer,1471-1528)

Seni lukis ini merujuk kepada seni halus yang diterjemahkan daripada perkataan Inggeris Fine Arts yang membawa maksud apresiasi dan penghargaan terhadap objek seni seperti lukisan, catan, cetakan, arca dan sebagainya. Manakala definisi Apresiasi Seni ialah melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuhan dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dari binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikir dan dirasa. Selain itu apresiasi seni juga boleh didefinasikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, factor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema atau subject matter serta gaya dan stail mereka. Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek aspek kognitif. Ia juga merupakan sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia juga boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apreasiasi seni ini memerlukan : logical operation such as defining, valuing and explaining Di mana ia bermaksud, pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) : if treatart if it were only a matter of learning acts and mastering technique, we deny its value and character Dimana kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apreasiasi seni karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Dari segi kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya. OBJEKTIF APRESIASI a. b. c. d. e. Memahami dan bertindak dalam aspek seni Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan Menghasilkan karya (produk seni) Memahami seni dan hubungannya Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

PROSES APRESIASI SENI/ PENILAIAN KRITIKAN SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses Apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa

c) Tafsiran d) Penilaian A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk,rupa,jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. B. MENGANALISA i.Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan stuktur ii.Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii.Menghuraikan stail sesuatu karya.

C. TAFSIRAN i.Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii.Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

D. PENILAIAN i.Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii.Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Tujuan apresiasi seni Ada beberapa tujuan dalam apresiasi seni. Antaranya ialah ia membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ia nya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membantu keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. Jika dirujuk kepada sejarah seni di Malaysia, seni halus Malaysia ini bermula pada 1930-an dengan terciptanya karya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdulla Ariff. Pada ketika itu, pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada tradisi atau aliran agung dari Barat. Manakala pada awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Catatan perkembanagan seni halus moden Malaysia ini telah jelas menunjukkan keluasan cabang kesenian yang telah dan sedia wujud di Negara ini. Walaupun minat dan kecenderungan setiap pelukis kepada media, teknik, prinsip, dan stail persembahan berbeza, namun usaha dan tenaga setiap individu telah menyumbang kea rah kemantapan dan perkembangan seni visual di Malaysia. Karya-karya ini merupakan telah menjadi factor penyumbang keseluruhan seni lukis Malaysia. Di sini saya lampirkan dua orang karya Malaysia dalam apresiasi seni. Salah seorang yang ingin diperkenalkan ialah Dr. zakaria bin Ali. Beliau dilahirkan di Kampung Batu Rembau Negeri Sembilan. Pada tahun 1946. Beliau melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan Seni di: a. University Southwestern, Texas pada tahun 1968-1971 b. University Stephen F. Austin State Texas pada tahun 1972-1973 c. University De Las Amerika Mexico MA pada tahun 1974-1976 d. Institution Smithsonian Washinton tahun 1981-1982 e. University Harvand Massaschusetts tahun PhD tahun 1984-1988

Dr. Zakaria bin Ali telah melakukan banyak pameran-pameran sepanjang beliau berkarya. Beliau mengadakan pameran secara solo dan kumpuan.Antara pameran solo yang telah dipamerkan ialah: a. Pan Art Gallery Huostan pada tahun 1969 b. USM Art Gallery USM pada tahun 1982 c. Art Gallery Penang pada tahun 1999 Manakala pameran secara berkumpulan : a. Cita Rasa Malaysia Indah 1997 b. Pameran Seni Lukis USm 1997c. In Praise In Hope Art Gallery Penang 1998

Beliau juga pernah mendapat beberapa penghargaan. Antaranya ialah : a. Hadiah sastera perdana 1998 b. Litery award of The Sabah Foundation / GAPENA 1991 c. Aga Khan Travel Grant University Harvard 1990 d. Foga Museum of Art Grant 1988

Contoh karya yang dihasilkan oleh beliau :

WIND 1991

Lukisan ini telah dihasilkan oleh Dr. Zakaria bin Ali pada tahun 1991. Beliau telah menggunakan cat minyak. Saiz lukisan 51x38cm.

CERITA DI SEBALIK WIND 1991 Lukisan ini menggambarkan bukit batu kapur di Perlis. Beliau telah terjumpa sebuah gua yang didiami oleh seorang pertapa. Pertapa disini bermaksud kononnya watak seorang yang berkuasa menjadi ghaib , bertukar menjadi harimau, si bongkok atau bunian. Peristiwa ini telah berlaku pada waktu zohor dan pada ketika itu mereka sedang melakukan solat berjemaah. Seimbas pandang pada karya beliau seolah berada di kawasan berbatu-batan yang keadaan bertingkattingkat. Kawasan tersebut telah ditumbuhi oleh dua batang pokok yang sederhana tinggi di celahcelah batu-batu dan sedikit rumput yang kering. Manakala keadaan batu-bata kelihatan diseliputi oleh lumut dibahagian bawah yang menunjukkan bahagian tersebut sentiasa lembab dan basah.

Manakala bahagian lantainya pula berbatu tinggi dan rendah mengikut pelbagai saiz dan silingnya pula hitam ditutupi jelaga. Justeru tempat mereka solat terdapat anak gua yang diterangi oleh lampu picit. Catan yang digunakan melambangkan realistic dan simbolik. Suasananya redup dan sejuk seolah-oleh ada sesuatu yang tersembunyi. Dalam gambaran ini kita boleh lihat bahawa ada terselit rasa takut dan kesunyian memandangkan pemandangannya samar-samar. Dr. Zakaria bin Ali menerangkan secara simboliknya bahawa, Tangan pertapa yang besar dan kuat, angina yang menderu, tebing yang curam, sepi yang menebal Dari segi warna pula, kombinasi warna yang dihasilkannya agak gelap. Warna yang jelas boleh dilihat ialah warna hijau, hitam putih dan coklat. Warna yang digunakan untuk membahagikan ruang warna hitam dan coklat. Contohnya gambaran ruang pintu masuk pintu gua dan celahan baru yang besar. Campuran warna pula adalah warna yang sejuk dimana tempat yang terselindung dari cahaya matahari. Gambaran sunyi dari sudut pandangan situasi di dalam hutan atau di atas bukit yang agak tinggi dan terpinggir. Dari sudut garisan dapat dilihat dengan jelas pada rumput kering dicelah-celah batu. Ia juga dapat dilihat pada dinding baru dan pepohon di celah batuan. Ranting kecil dan batu di bawah pokok turut Nampak garisan. Garisan juga dapat dilihat untuk menunjukkan kesan hakisan dan bentuk fizikal batu yang tajam. Manakala struktur pokok-pokok kecil kelihatan condong sedikit ke kiri. Terdapat kehadiran cahaya matahari masuk di celah tersebut. Daun-daun berwarna kekuning-kuningan. Terdapat seolah tiupan angina yang menampakkan kesan pergerakan pada dedaun tersebut. Angina yang menderu itu yang dipilih sebagai tajuk atau dalam bahasa Inggerisnya Wind. Alirannya bersandarkan realistic. Iaitu melukis apa yang dilihat. Jika dilihat dari segi kelainannya dalam karya ini tiada unsur manusia langsung. Tetapi beliau pernah bertemu pertapa. Peristiwa itu memberi kesan teruja untuk melukis gambar pintu gua dan batu-batan. Hasil karya ini mengajak kita menghayati lukisan sambil bermain dengan perasaan. Di sini juga dapat kita rasa banyak gerak rasa yang menyentuh hati dan perasaansedih, terharu, seram, marah,

takut, gelisah, malu dan sebagainya. Lukisan ini mudah difahami walaupun ia berbentuk simbolik. Hasil karya beliau ini memberi peluang kepada kita untuk meninkmati alam semulajadi yang berkaitan dengan manusia dan kehidupan. Ia juga menjadikan kita orang yang mengagumkan dan menghargai alam dan kehidupan. Hasil karya pelukis Malaysia yang kedua ialah Yong Mun SEn (1896-1962). Beluai berasal dari Kuching Sarawak. Beliau menerima pendidikan di Kwangtung China. Beliau merupakan seorang jurugambar dan pelukis separuh masa. Beliau telah membuka Tai Koon Art Studia di Jalan Chulia, Pulau Pinag pada tahun 1922. Pada tahun 1930 studio beliau telah dipindahkan ke Jalan Penang dan diberi nama baru Mun Sen Studio. Beliau juga salah seorang pengawas Penang Chinese Art Club. Contoh hasil karya yang dibuat oleh beliau ialah, Pohon-pohon Kelapa 1951. Media yang digunakan oleh beliau ialah cat air. Tema beliau hasilkan ialah menggambarkan suasana di pantai laut. Gaya atau teknik yang digunakan ialah gaya teknik cat air lut sinar. Ia bagi memperlihatkan nilai-nilai catan Cina. Hasil nilai karya beliau ini menggambarkan nilai suasana tempatan yang damai melalui gaya catan impresionis.

(pohon-pohon kelapa-1951)

Selain dari itu ada juga hasil karya yang dihasilkan oleh beliau. Antaranya Rumah Atap di Tepi Pantai-1960. Media yang digunakan oleh beliau ialah cat air. Tema beliau menggunakan tema menggambarkan suasana rumah melayu di tepi pantai. Gaya dan teknik beliau gunakan ialah, teknik wash dan lut sinar. Ia nya mirip karya catan Victoria yang tidak mementingkan keteperincian objek atau bentuk. Sebaliknya menumpukan kepada kesan alunan serta pergerakan sapuan berusnya. Nilai-nilai yang dapat dari karya beliau ialah, ianya mencerminkan kehidupan kampong tepi pantai yang indah, aman dan damai.

(Rumah Atap di Tepi Pantai,1960)

KARYA / PELUKIS MALAYSIA YANG LAIN Din Omar Kepelbagaian Beliau merupakan salah seorang pelukis Malaysia yang menonjol dan bersifat inovatif dalam mengemukan simbol dalam karya media campuran. Dalam karyanya, persoalan gaya tidak terbatas dalam lingkaran permasalahan bentuk, tetapi meliputi aspek makna seperti tema dan

subjek, sama ada secara representasi mahupun perlambangan. Karya media campuran Din Omar yang bertajuk Kepelbagaian ini pernah dianugerahkan hadiah kecil dalam pertandingan seni lukis Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1990. Dalam karya ini, Din Omar mengungkap kesatuan hidup masyarakat majmuk Malaysia menerusi imej nasi bungkus yang menjadi simbol yang memusnahkan perbezaan bangsa dan warna kulit. Nasi bungkus bersifat keMalaysiaan, diterima dan digemari oleh berbilang bangsa. Apa yang menarik dalam karya ini , beliau mengambil suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan lalu dipersembahkan dalam bentuk kesenian. Subjek Din Omar adalah berkaitan dengan objek budaya pemakanan seperti nasi bungkus, pinggan mangkuk, sudu garpu dan cawan. Apa yang paling nyata menonjol ialah imej dan bentuk nasi bungkus yang diolah sama ada secara papar ataupun dalam bentuk 3 dimensi. Usaha Din mengungkap mesej budaya dan kemasyarakatan pastinya berbeza daripada kencenderungan kebanyakan pelukis catan alam benda yang turut menampilkan objek budaya pemakanan, tetapi hanya berminat pada nilai keindahan yang tersurat semata-mata. "Kepelbagaian" serta karya lain daripada siri nasi bungkus itu cukup menarik dan menyegarkan, mencerminkan sensitiviti pelukis terhadap unsur biasa dalam persekitaran mereka yang dapat digarap sebagai simbol budaya. Pendekatan Din Omar dalam karya kepelbagaian ini mungkin bertalian dengan seni popular, tetapi pemilihan motif dan subjeknya bersifat tempatan. Pemindahan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya memperkaya penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia seni moden Malaysia di samping mengetengahkan isu-isu budaya tempatan. Mohd Fauzin Mustafa The Lost Horizon Mohd Fauzin Mustafa antara pelukis Malaysia yang gemar menggunakan media campuran dalam berkarya. Karya-karya beliau banyak merujuk kepada alam sebagai subjek dan sumber inspirasi yang kaya. The Lost Horizon merupakan antara karya beliau yang terkenal. Dalam karya ini beliau menggunakan pelbagai campuran mediaseperti perca, kepingan timah, emas, kolaj dan akrilik. Tema yang cuba ditonjolkan oleh beliau dalam karya ini merujuk kepada alam flora dan fauna sebagai motif ukiran kayu dan batik. Motif pucuk rebung dan awan larat mengandungi makna simbolik yang kuat tentang

peribadi dan kesopanan Melayu iaitu satu bangsa yang menghormati pemimpin serta tunduk kepada suruhan Tuhan. The Lost Horizon mempamerkan beberapa perbezaan dari segi pendekatan, pengolahan bentuk rakaman, dan terjemahan bahasa visual. Ini menjadikan karya beliau ini berbeza dengan pelukis lain. Karya Mohd Fauzin ini terbentuk menerusi pengolahan yang tidak mengongkong dan menyarankan alternatif baru terhadap eksploitasi media dan bahan. Pelbagai mdia campuran yang digunakan berjaya mengungkap kemungkinan yang mencabar dalam proses berkarya. Beliau menggunakan ciri semula jadi bahannya dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan kesan yang diidamkan. Warna perca yang sememangnya sudah menyerupai alam semula jadi dengan corak bebunga diperelok menerusi sentuhan dan campuran bahan yang lain. Hasilnya, kesan yang padu dapat dihayati dalam imej yang yang lebih menyerupai lanskap dan struktur bumi. Media-media ang digunakan berjaya menyerlahkan simbol yang merujuk kepada budaya tempatan. Tema dalam The Lost Horizon merupakan satu penghayatan dan penghargaan pelukis kepada alam ciptaan Tuhan. Karya ini melukiskan rakaman penghayatan beliau yang bersifat luaran dan dalaman. Menurut Mohd Fauzin sendiri, alam perlu dihayati zahir dan batinnya iaitu segala yang tersurat dan yang tersirat. Melalui penghayatan terhadap alam, akan mendorong kita mengenali kebesaran Tuhan. Ruzaika Omer Basaree 1981 Sri Dungun Media Campuran

Karya ini menggabungkan motif seni bina ukiran Melayu tradisi dalam catan-catannya yang juga bersifat kearcaan. Pendekatannya telah memperluaskan pengertian catan yang lazimnya ditakrifkan sebagai aturan warna di atas permukaan dua dimensi semata-mata kepada karya yang bersifat tiga dimensi. Pelukis mendalami nilai-nilai estetika Islam dan menterjemahkan kefahamannya itu menerusi karya-karya yang selama ini dirujuk oleh pelukis yang memiliki makna tersirat yang berkaitan dengan Islam. Kedua-dua konsep yang terjelma dalam kesenian tradisi seperti seni ukiran kayu dan seni bina Melayu tradisi seterusnya meletakkan kesenian yang berkontekskan galeri seni.

Pendekatan seperti ini sebenarnya berupaya mengetengahkan kesenian-kesenian tradisi itu sebelum memindahkannya dalam pengolahan yang baru. Ketidakfahaman terhadap makna asas serta prinsip-prinsip yang tersurat hanya akan merosakkan keindahan dan ketulenan seni tradisi apabila ia diucapkan dalam bahasa visual yang baru. Dalam karya di atas menggunakan bahan berupa kayu dan arkalik dimana kayu yang digunakan untuk membentuk daun pintu dan ukiran diwarnakan dengan arkalik. Pelukis menggunakan warna yang lembut dan kombinasi warnanya yang menunjukkan gambaran warna sewarna menyebabkan hasil ini nampak menarik dan teratur. Warna yang lebih gelap digunakan dibahgian tepinya un tuk menunjukkan pemidang pada hasil karya ini. Ia juga dapat menimbulkan bentuk 3 dimensi yang hendak di utarakan. Selain dari itu pelukis dapat menunjukkan ukiran yang mempunyai ukuran semetri dimana ukuran setiap ukiran adalah sama dan seimbang. Daun pintu juga mempunyai ukuran semetri dimana daun pintu itu itu boleh dibuka. Ciri-ciri tradisi melayu dapat ditonjolkan pada karya beliau. PENUTUP Kesimpulannya, hasil karya yang dihasilkan oleh pelukis tanah air kita tidak kurang hebat dengan barisan pelukis antarabangsa. Apresiasi seni ini amat penting dalam berkarya menghasilkan seni lukis. Ia dapat menceritakan sepenuhnya tentang lukisan atau hasil karya yang dihasilkannya. Penghasilan tanpa kritikan atau apresiasi ini tidak mendatangkan kebaikan malah hasilan ini dapat menambah dan memberi pandangan dan pada kita semua. Ia juga memberi semangat dan membangun dalam berkarya untuk mendapat hasilan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

RUJUKAN : Zikrihusaini.com.my Pahitmaniskehidupan-ellyah.blogsport.com Sitihayatimohdyusoff.blogsport.com Wikipedia.org Seni-lukis.blogsport.com Penerbitan pelangi sdn.bhd.fokus sukses spm tingkatan 4&5.kathleen chee