uitm-adobe the future of...

36

Click here to load reader

Upload: lammien

Post on 08-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Edisi 3 JAN-JUN 2017

UiTM-ADOBE THE FUTURE OF

CREATIVITY

TARIKAN ART TOURISM

MEMBAWA DELEGASI UTeM KE GESTURZ

MuralInteraktif tambah seri Indian Street

Page 2: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Page 3: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

PenasihatProf. Dr. Hj D’Zul Haimi Md Zain (A.I.S)

Editor TamuKhairul Zikri Abdullah

Editor BersekutuIntan Natasha Abdul AzimNik Nor Azidah Nik Aziz

Editor & Konsep BuletinNurul Muzamel Rasidi

Penulis Bersekutu Nurul Muzamel RasidiAedie Azrul Ab AzizSyaza Marina RamliNurul Huda Mohd DinEzza Azira Abd RazakSiti Nurfazeera NgalwanFatin Nur Syamimi JesmaniInsyirah Mohd Hasyim

Pereka GrafikSiti Soleha SalamunInsyirah Mohd Hasyim

FotografiSiti Soleha SalamunAedie Azrul Ab AzizHazrul Mohammad RahimInsyirah Mohd HasyimUiTM Photo CentreRosmayni Jamali

Penyumbang Maklumat / FotoDr. Mumtaz MokhtarKapallorek Art SpaceNik Nor Azidah Nik AzizMursyidah Zainal AbidinNurul Huda Mohd DinFatimatuzzahara Mohd Kidin

Produksi & PenerbitanHazrul Mohammad RahimNurul Aida Mohd SohaimeInsyirah Mohd Hasyim

Teknikal & PentadbiranMohd Zamri RosliZairi RamliHafizul Haji IshakSalmah Hj IbrahimNurul Aida Mohd Sohaime

KARYA PILIHANTajuk ‘Construction (Cube)’Artis Muhammad Amirul RoslanMedia Campuran atas KanvasSaiz 178cm x 137cmTahun 2016

Pembangunan adalah agenda pemodenan sesebuah negara namun begitu kepesatan pembangunan seolah-olah seperti satu pesta liar tidak terancang tanpa menyedari impak kemusnahan terhadap kelestarian alam sejagat untuk generasi akan datang. Pelukis menggambarkan keadaan ini dalam suasana sindiran visual yang memaparkan objek-objek lazim dalam pembangunan seperti kren, batu-bata yang diadun dengan objek seperti belon dan pelangi yang memperlihatkan suasana kerancakan pembangunan tersebut yang akhirnya mengundang permasalahan. Objek-objek ini disusun atur dalam komposisi yang memaparkan kesibukan dengan kemeriahan warna yang memberi ekspresi terhadap keghairahan manusia dalam pembangunan yang tidak seimbang tanpa memikirkan natijahnya. Mendapat suntikan gaya surrealism seperti Salvador Dali, Joseph Cusimano dan Rudi Mantofani, kerisauan pelukis muda Muhammad Amirul Roslan dalam mesej karya yang dizahirkannya ada peringatan penting untuk kita renungkan bersama.

SOROTANMENARIKAcara

13TARIKAN ART TOURISM MEMBAWA DELEGASI UTeM KE GESTURZ

18 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LEVERAGES ADOBE CREATIVE CLOUD TO PREPARE STUDENTS FOR THE KNOWLEDGE ECONOMY

22KONSEP AUGMENTED REALITY DALAM PAMERAN TARIK MINAT HUFA VIETNAM

Pencapaian

06GHAZALI & NORWANI RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2016

07FKM DAN AD GABUNG TENAGA UNGGULI FORMULA SAE-ASEAN 2016

08PENSYARAH AD UNGGULI DUA KATEGORI DALAM PERTANDINGAN PIALA SERI ENDON 2016

AD Kampus Negeri

09PROJEK ‘SAMA-SAMA’ WARNAI KAPALLOREK ART SPACE DI PEKAN PARIT

17 ‘MURAL INTERAKTIF’ TAMBAH SERI INDIAN STREET

28 AD UiTM MELAKA JULUNG KALI TAMPILKAN MERGE 2017

Jelajah Komuniti dan Industri

10JPEG.i KONGSI ILMU FOTOGRAFI

20CURI TUMPUAN PENGUNJUNG MSAM 2017

30JEJAK WARISAN JELAJAH KELANTAN, PERAK DAN MELAKA

Page 4: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

4 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

GESTURZ quicknews edisi ketiga kali ini memaparkan pelbagai berita dan aktiviti menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. Saya tertarik dengan artikel “Mural Interaktif”,Alumni AD80 dan aktiviti “Jejak Warisan” yang menampakkan diversiti aktiviti di luar kuliah.

“Mural Interaktif” tambah seri Indian Street yang dihasilkan oleh pelajar dan pensyarah AD UiTM Sarawak telah menjadi satu fenomena di Bandar Kuching yang bertemakan unsur-unsur budaya dan identiti negeri tersebut. Tanpa kita sedari, lukisan mural sekarang sudah menjadi bualan dan tarikan masyarakat Malaysia yang dulunya hanya dihasilkan di dinding-dinding sekolah dengan tujuan berbentuk visual moral dan kesedaran tentang sesuatu perkara.

Alumni AD80 “Creative Legacy Showcase” yang berlangsung di Oasis Village, Ara Damansara secara keseluruhannya menunjukkan gabungan pelbagai disiplin seni yang tentunya menarik diperkatakan. Seni yang kini tanpa sempadan dengan merentasi ruang dan masa pengkarya di dalam pameran ini berpeluang berkongsi idea dan mesej yang pelbagai sejajar dengan perkembangan semasa.

Fakulti AD menyahut seruan Warisan Seni Negara dengan menganjurkan aktiviti Jejak Warisan menjelajahi tiga buah negeri iaitu Perak,Melaka dan Kelantan. Aktiviti ini julung kalinya melibatkan 238 pelajar dari pelbagai bidang bersama pensyarah pengiring yang semestinya menarik dan berkesan. Pembentukan kurikulum AD yang mahukan pelajar bersifat holistik tentunya mengambil kira semua aspek di mana kebergantungan tidak hanya kepada kelas, Kerja-kerja studio dan kuliah semata-mata. Program seperti ini perlu berterusan di mana amat perlu sifat keprihatinan dan sensitiviti terhadap apa yang berlaku di dalam masyarakat yang seterusnya menjadi guru kepada ilmu kehidupan.

Khairul Zikri AbdullahEditor Tamu

KATA

KAM

I

Page 5: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 5

Syukur di atas dorongan rakan – rakan, semangat dan kerjasama berpasukan yang tidak pernah luntur yang diberikan oleh team GESTURZ telah memungkinkan kesinambungan penerbitan GESTURZ Quicknews dan pada kali ini telah memasuki edisi yang ketiga.

Segalanya bermula dengan impian dan cita – cita, kata orang “the only way to do great work is to love what you do”. Persekitaran, pembacaan, permerhatian dan pergaulan telah memberi pelbagai inspirasi untuk saya tidak berputus asa dalam sentiasa membawa gesturz ke hadapan setanding dengan muzium/galeri khususnya di universiti – universiti awam di Malaysia.

Semoga penerbitan ini dapat menghubungkan kami dengan audien dalam berkongsi kisah – kisah menarik dari UiTM khususnya di bidang industri kreatif. Tambahan lagi, ia dapat mengeratkan silaturahim dengan rakan – rakan dari kampus cawangan apabila memperoleh berita – berita peristiwa atau kejayaan dari mereka.

Terima Kasih kepada penyumbang maklumat dan foto yang sudi menghantar kisah – kisah menarik untuk diterbitkan dalam GESTURZ Quicknews. Ia bukanlah sekadar perkongsian berita tetapi ia juga akan dijadikan sumber rujukan dan rekod dokumentasi bersejarah peristiwa yang berlaku.

Pada edisi keempat nanti kami telah merancang untuk membawa sedikit perubahan yang lebih dekat dengan selera pembaca muda terutamanya dari kalangan milenial. Aspek rekaan, visual dan lingo sedang kami usahakan supaya GESTURZ Quicknews dapat memasuki ke segmentasi pembaca yang baharu yang dapat menarik minat dan penglibatan generasi milenial. Mereka jugalah akan menjadi penyumbang bersama (co-creater) dalam kandungan penerbitan ini, kerana kami percaya menerusi engagement yang terbina ia akan melebarkan dimensi audien pembaca dan penyokong GESTURZ Quicknews. Selamat membaca kepada semua !

p/s Saya juga sedang menjiwai persuasive milenial lingo dari orang muda seperti ‘Potter’ .

Mel@Nurul Muzamel RasidiEditor

Sekalung ucapan tahniah kepada Gesturz untuk edisi ke-3 Gesturz Quicknews. Syabas kerana berjaya sekali lagi dalam usaha pengumpulan kisah-kisah kejayaan, pencapaian serta aktiviti yang melibatkan staf dan siswa-siswi AD untuk tatapan warga UITM.

Kunjungan delegasi dari Institut Seni Indonesia (ISI) ke Fakulti Seni Lukis (AD) ShAh Alam telah memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak dalam usaha menjalinkan kesepakatan melalui aktiviti-aktiviti berunsurkan ilmiah dan kesenian melalui platform MoU yang telah terjalin. Diharapkan dengan terjalinkan hubungan persahabatan antara pihak ISI dan AD menjadi pembuka jalan kepada inisiatif yang lebih besar serta dinamik dan memberi impak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di universiti masing-masing.

Penglibatan staf AD dalam Pameran Lakar Wanita serta kemenangan dalam Piala Seri Indon menyaksikan kehebatan kaum wanita dalam menampilkan kenikmatan estetika dalam dunia seni. Ternyata mereka berjaya mewujudkan karya melalui kehalusan pengolahan dan feminism dalam cara mengolah serta mempelbagaikan subjek kesenian mereka dalam berkarya.Sekali lagi ucapan tahniah Gesturz Quicknews untuk edisi yang ke-3!

Intan Natasha Abdul AzimEditor Bersekutu

Selepas beberapa edisi yang sebelum ini, edisi Gesturz Quicknews ketiga kekal menampakkan kesinambungan terdahulu dalam memaparkan artikel yang lebih berbentuk analatikal dan penelitian terhadap aktiviti pelajar di luar waktu kuliah. Penulis melihat novelti kepada tiga artikel ini iaitu “Konsep Augmented Reality”, “Perkongsian Ilmu Fotografi” dan Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM2017).

Konsep Augmented Reality adalah satu penggabungan “realtime” terhadap “digital content” telah diterapkan di dalam pameran yang melibatkan hasil karya koleksi tetap alumni dan siswa AD UiTM. Pameran ini begitu impresif dan mampu menarik minat HUFA Vietnam yang kebetulan membuat lawatan balas ke sini. Dengan adanya pameran ini, ia menjadikan visibiliti Gesturz sebagai Galeri Seni yang mempunyai koleksi seni yang tidak terhad kepada catan tetapi merangkumi semua aspek dan disiplin.

Knowledge Transfer melalui program JPEG.i “Joint-Venture Photography Expert Group.Intelligent” adalah kolaborasi di antara Jabatan Fotomedia Kreatif AD UiTM Puncak Alam bersama-sama dengan Telekom Malaysia (TM). Program ini berjaya menarik minat staf TM serta anak-anak staf di dalam meneroka ilmu fotografi secara intensif. Secara peribadi program ini menampakkan hasil positif berdasarkan kepada respon dari para peserta program.

MSAM2017 memberi peluang MIDF rakan MoU UiTM mempromosikan aktiviti industri kreatif kepada khalayak. Aktiviti yang berlangsung selama empat hari dengan sambutan yang begitu menggalakkan menerima kunjungan dari pelajar sekolah sekitar Temerloh dan masyarakat tempatan. Pengunjung mengambil peluang dengan melibatkan diri dengan aktiviti seni yang telah direncanakan seterusnya mendekatkan mereka kepada seni itu sendiri.

Edisi kali ini banyak memperlihatkan aktiviti kolaborasi bersama komuniti dan industri yang mana mampu melonjak nama fakulti serta universiti ke peringkat yang lebih baik.

Nik Nor Azidah Nik AzizEditor Bersekutu

Page 6: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

6 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

GHAZALI & NORWANI RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2016KUALA LUMPUR – Prof Dr Ghazali Daimin dan Prof Dr Norwani Md Nawawi telah diiktiraf menerima Anugerah Buku Negara 2016 pada 14 Disember 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah Buku Negara adalah merupakan satu anugerah yang menyasarkan kepada warga penggerak industri penerbitan buku negara dengan beberapa objektif utama antaranya untuk menyuntik semangat kepada para pemain industri untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti, selain memupuk minat dan memberi inspirasi kepada masyarakat umum untuk memilih kerjaya dalam bidang penerbitan buku. Anugerah telah disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.

BUKU LUKISAN DIGITAL TERBAIK Dipilih sebagai antara penerima Anugerah Buku Negara bagi kategori Buku Lukisan Digital Terbaik ternyata membangkitkan semangat Prof Dr Ghazali Daimin dan Mohd Hafizul Idham

untuk terus berjuang dalam menghasilkan buku akademik yang lebih bermutu. Buku bertajuk Teknik Asas Lukisan Digital hasil garapan pensyarah Seni Reka Grafik dari Fakulti AD, UiTM Puncak Alam ini dihasilkan khusus sebagai buku rujukan akademik di institut-institut pengajian tinggi.

BUKU KHAZANAH WARISAN TERBAIK Menerajui kategori Buku Khazanah Warisan Terbaik, Prof Dr Norwani Md Nawawi telah merangkul anugerah bagi kategori tersebut melalui penulisan bukunya iaitu Ikat Limar – The Ancient Malay Textile. Ideanya dicetus melalui seni tekstil warisan Melayu ikat limar yang dilihat semakin terhakis ditelan zaman. Prof Dr Norwani Md Nawawi mempunyai hasrat yang tinggi melalui penulisannya di dalam buku ini dalam mengembalikan kegemilangan seni tenunan ikat limar di persada tanah air ~ gesturz

Page 7: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 7

FKM DAN AD GABUNG TENAGA UNGGULI FORMULA SAE-ASEAN 2016KUALA LUMPUR – Satu kolaborasi antara para pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti AD, UiTM Shah Alam telah diadakan bersempena dengan pertandingan Formula SAE-ASEAN 2016 yang bertempat di Speedway Plus Circuit, USJ.

Pertandingan yang berlangsung dari 5 hingga 9 Oktober 2016 ini diinspirasikan daripada SAE International USA dan merupakan antara pertandingan rekacipta pelajar antarabangsa paling berprestij di dunia. Buat kali ini, Malaysia telah dipilih sebagai hos bagi Formula SAE-ASEAN 2016, menjadikannya sebagai negara ASEAN pertama yang menganjurkan pertandingan seumpamanya.

Diketuai oleh Noor Shahirah Binti Shahar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, kontijen UiTM yang dikenali sebagai BITARA Racing Team ini turut dianggotai oleh 34 orang siswa juga dari fakulti sama dan 6 orang siswa dari Fakulti AD yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam aspek rekaan kereta. Ternyata, hasil gabungan idea dari kedua-dua

fakulti berjaya membawa nama UiTM ke persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai kumpulan terbaik dari segi kos (Best Team Cost Score) bagi pertandingan Formula SAE-ASEAN 2016, sekaligus menewaskan beberapa universiti tempatan yang lain.

Produk mereka yang dinamakan sebagai OSCAR (One Seater Car Aspired for Racing) Formula Car dicipta khusus untuk pertandingan Formula SAE-ASEAN 2016, di mana rekaan dan fungsinya dicipta berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta mengolah kembali idea daripada pengalaman yang lalu.

Para pemenang dan peserta pertandingan Formula SAE-ASEAN 2016 seterusnya dianugerahkan trofi dan sijil penyertaan oleh pihak penganjur di Malaysian Automotive Institute, SAE International, Cyberjaya ~ gesturz

Page 8: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

8 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

KUALA LUMPUR – Dua pensyarah dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD) UiTM Shah Alam membuktikan bahawa hasil tangan mereka mampu bersaing di peringkat nasional apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori kemasan lembut dan kraftangan.

Penganjuran Pertandingan Piala Seri Endon telah dimulakan seawal tahun 2003 lagi oleh Allahyarhamah Tun Endon Mahmood bagi mencungkil bakat warga Malaysia dalam bidang pembuatan batik, selain menyediakan platform yang sesuai untuk menyokong, mengiktiraf dan menggalakkan perkembangan industri batik tempatan. Sejak dari itu, pertandingan ini terus mendapat perhatian daripada penggiat seni batik dari dalam mahupun luar negara, seterusnya mendorong pihak penganjur untuk mengadakan pertandingan ini secara tahunan sehingga kini. Bagi kategori kemasan lembut, Noor Hidawati Mohamed Amin dan Zuriati Mohamed Shaari yang merupakan pensyarah

program Pengajian Asas di Fakulti AD telah menampilkan produk bertajuk ‘The Sweet Blue’ yang diinspirasikan daripada motif geometrik dan berfungsi sebagai hiasan dalaman bagi bilik hotel. Kategori kraftangan pula menyaksikan kedua-dua peserta ini sekali lagi mengetengahkan motif geometrik pada produk mereka, ‘Geometrix Blue’ yang berfungsi sebagai corak bagi busana lelaki.

Gabungan idea Hidawati dan Zuriati di dalam dua kategori utama ternyata memikat hati para juri yang terlibat, seterusnya membolehkan mereka menduduki tempat ketiga dan membawa pulang trofi, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM5,000 bagi setiap kategori yang dimenangi. Pertandingan Piala Seri Endon 2016 yang berlangsung pada 4 Disember 2016 ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ~ gesturz

PENSYARAH AD UNGGULI DUA KATEGORI DALAM PERTANDINGAN PIALA SERI ENDON 2016Ezza Razak

Page 9: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 9

Mural yang berjaya disiapkan dalam tempoh tiga hari ini adalah yang pertama seumpamanya di Pekan Parit. Ia berdasarkan kepada perihal sosio-masyarakat setempat yang merangkumi budaya, warisan dan sejarah Pekan Parit itu sendiri. Melalui program ini, diharapkan Pekan Parit dapat menjadi salah satu tarikan destinasi pelancongan yang unik melalui pendekatan seni dan

budaya, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017. Dalam pada itu, beberapa catan mural lagi sedang dirancang untuk dihasilkan di sekitar negeri Perak terutamanya di Daerah Perak Tengah ~ gesturz

PROJEK ‘SAMA-SAMA’ WARNAI

KAPALLOREK ART SPACE DI PEKAN PARIT

SERI ISKANDAR – Sebuah projek komuniti dikenali sebagai SAMA-SAMA yang merupakan Projek Kerjasama Seniman Asia Tenggara telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 7 hingga 9 November 2016. Projek catan mural yang bertempat di Pekan Parit dan Sembang Seni di Kapallorek Art Space, Seri Iskandar Perak ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada HOM Art Trans, 1 Malaysia Community Art Tourism (1MCAT), Balai Seni Visual Negara, Majlis Daerah Perak Tengah, serta Fakulti AD, Universiti Teknologi MARA cawangan Perak.

Seramai 10 orang seniman dari 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina yang juga ahli alumni South-East Asia Group Exchange Residency (SAGER) telah mengambil bahagian bagi menyiapkan catan mural tersebut. Indonesia dan Filipina masing-masing telah diwakili oleh dua orang pelukis iaitu Didik Wahyu Setiawan dan Nugroho Heri Cahyono dari Jogjakarta, Indonesia serta Carlo ‘Caloy’ Gernale dan Mervin Pimentel dari Manila, Filipina. Manakala Malaysia pula diwakili oleh pelukis tempatan dari Seri Iskandar yang juga pensyarah di Fakulti AD, Universiti Teknologi MARA cawangan Perak, iaitu Fadly Sabran, Ashraf Abdul Rahaman, Nafis Saad, Muhammad Abdullah, Mahizan Hijaz dan Muhamad Sarip Abd Rahman.

Ezza RazakKapallorek Art Space

Page 10: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

10 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

KUALA LUMPUR – Seramai 47 orang pelajar Jabatan Fotomedia Kreatif, AD telah menganjurkan ‘Joint-venture Photography Expert Group.Intelligent’ (JPEG.i) iaitu sebuah program Khidmat Masyarakat berkonsepkan pemindahan ilmu di Pusat Konvensyen TM dengan koordinasi pensyarah kursus mereka, Puan Nik Norazidah Nik Aziz. JPEG.i telah dijalankan bersama-sama staf dan anak-anak staf Telekom Malaysia (TM) secara berperingkat, Fasa 1 yang berlangsung pada 11 Disember 2016 dan Fasa 2 pada 17 Disember 2016.

Fasa 1Fasa 1 JPEG.i telah dirasmikan oleh Cik Nuraini Ishak, Penolong Pengurus Kumpulan Komunikasi Penjenamaan TM Berhad. Fasa ini melibatkan pelajar-pelajar Jabatan Fotomedia Kreatif untuk berkongsi ilmu fotografi kepada anak-anak staf TM (kesemuanya dalam lingkungan 8-16 tahun). Mereka telah diberikan kelas khas intensif secara teori asas dan praktikal mengenai penggunaan kamera dan teknik-teknik dalam mencari komposisi yang baik serta pengenalan asas kepada kamera. Peserta dalam lingkungan usia 7-12 tahun dipantau oleh fasilitator dan disediakan aktiviti dalaman seperti ambiguous, hologram dan pinhole camera. Manakala, peserta yang berusia 13-17 tahun pula dibimbing fasilitator dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyertai aktiviti photohunt.

Pihak TM juga mengajukan permintaan kepada pelajar-pelajar Jabatan Fotomedia Kreatif untuk mewujudkan satu sesi bicara seni khas bersama staf TM berkaitan teknik-teknik asas fotografi yang turut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Fasa 2Fasa 2 JPEG.i melibatkan acara penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta dan pemenang yang terlibat pada Fasa 1 JPEG.i oleh Encik Izad Ismail, Ketua Tanggungjawab Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan Luar TM Berhad. Fasa 2 JPEG.i turut dihadiri oleh Prof Madya Alias Yussof, Timbalan Dekan HEP; serta pensyarah-pensyarah lain iaitu Encik Mohd Fadhil Kamarudin, Ketua Program Jabatan Fotomedia Kreatif; Encik Sabki Md Noh, Cik Nur Aniza Mohd Lazim, Puan Siti Norfatulhana Ishak, Encik Fadli Abdul Razak, Encik Mohd Shahrizal Mat Hussin, dan Cik Intan Natasha Azim.

Encik Izad Ismail di dalam ucapannya menzahirkan tanda penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur terutamanya pelajar-pelajar Semester 5, Jabatan Fotomedia Kreatif kerana berjaya menganjurkan program yang sangat baik dan bermanfaat kepada para peserta. “Saya berharap agar hubungan industri antara Telekom Malaysia dan Jabatan Fotomedia Kreatif ini dapat dikekalkan dan kita telahpun mempunyai beberapa perancangan yang akan diatur bersama dengan pihak Jabatan serta fakulti,” tambahnya lagi ~ gesturz

JPEG.i KONGSI ILMU FOTOGRAFI

Nik Norazidah Nik Aziz Syaza Marina Ramli

Page 11: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 11

SHAH ALAM – Tujuh wanita yang kesemuanya merupakan pensyarah dari Fakulti Senilukis & Seni Reka (AD) telah memaparkan karya seni mereka melalui Pameran Seni Lakar Wanita 2016 yang telah berlangsung di Galeri Shah Alam sepanjang 5 Disember 2016 sehingga 13 Januari 2017 dan dirasmikan oleh Dato’ Mahadzir Lokman.

Zuriati Mohamed Shaari, Noriza Arzain, Noor Hidawati Mohamed Amin, Siti Hajar Abd Rahman, Elliza Hashim, Norwani Md Nawawi dan Suhairi Marlina Shamsudin masing-masing telah menampilkan variasi karya yang unik dan pelbagai semasa pameran ini berlangsung, sekaligus memperlihatkan bakat dan kemahiran tinggi mereka dalam bidang seni. Setiap karya yang diketengahkan sepanjang pameran ini terbukti mampu menonjolkan kelainan yang menarik bagi penggemar seni kerana setiap artis yang terlibat menggunakan teknik dan pendekatan yang berbeza bagi menghasilkan karya mereka.

Bagi Zuriati Mohamed Shaari, beliau menggunakan gambaran kehidupan seharian sebagai sumber inspirasi bagi menghasilkan karya-karya seni beliau. Untuk pameran kali ini, Zuriati yang lebih selesa menggunakan teknik ‘line drawing’, kolaj dan bahantara akrilik di atas kanvas dan telah memilih kucing sebagai subjek utama karya-karyanya. Noriza Arzain pula tampil dengan pendekatan berbeza dengan menggunakan teknik kolaj dalam jurnal visual sebagai identiti karya beliau. Jurnal yang beliau pamerkan merupakan hasil himpunan dan cantuman data visual yang dikumpul setiap kali beliau melawat ke tempat-tempat pelancongan.

Berinspirasikan oleh ikan dan bunga sebagai subjek untuk mengekspresikan keindahan dan kewujudan alam semulajadi,

Noor Hidawati Mohamed Amin menggunapakai teknik jahitan mesin, jahitan tangan, cantuman kain perca dan stensil, selain garisan sebagai elemen utama penghasilan karya beliau. Siti Hajar Abd Rahman yang lebih cenderung menggabungkan kaedah kolaj dan jahitan pula menceritakan bahawa karya-karya yang dihasilkan melibatkan beberapa proses seperti melakar, melukis serta menjahit tampalan. Setiap karya yang ditampilkan dilihat sebagai satu siri dokumentasi yang menceritakan kisahnya tersendiri.

Berbeza pula dengan Elliza Hashim yang mengangkat rama-rama sebagai subjek primer untuk digandingkan dengan subjek wanita sebagai inspirasi karya-karya beliau, kecantikan wanita yang digambarkan seumpama rama-rama dizahirkan dengan menggunakan bahantara akrilik di atas kanvas serta warna dan stail Seni Pop. Bagi Norwani Md Nawawi, motif dan corak kraf, peralatan seharian serta tekstil menjadi pilihan untuk diterapkan ke dalam setiap karya yang dihasilkan. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui karyanya yang mengadaptasi motif dari songket dan kain limar sebagai subjek.

Dipengaruhi oleh karya-karya pelukis terkenal Singapura, Sarkasi Said, wanita bernama Suhairi Marlina Shamsudin meluahkan ideanya melalui kaedah membatik dengan menggunakan kaedah canting dan berus lukisan. Akuinya lagi, setiap karya yang dipamerkan menerusi pameran ini merujuk kepada lanskap sebagai subjek beliau.

Turut mewarnai Pameran Seni Lakar Wanita 2016 adalah barisan protégé kepada tujuh wanita hebat ini. Setiap anak didik yang terlibat di dalam pameran ini memaparkan karya seni yang diilhamkan daripada pendekatan yang digunakan oleh mentor masing-masing. Sebanyak sembilan karya hasil nukilan Cinta Qaseh Ryana Norjefri, Iman Daania Shamsul, Zahin Fariz Azmir, Fahad Fariz Azmir, Putera Rizq, Putera Ziqr, Ahmad Dhameer Abbas, Muhammad Zafree Azhar dan Muhammad Zachwan Azhar telah dipamerkan sebagai satu langkah untuk mendedahkan mereka kepada industri seni agar dapat membakar semangat untuk terus berkarya pada masa hadapan ~ gesturz

Lakar Wanita 2016 Papar Karya 7 Pensyarah ADEzza Azira Binti Abd Razak

Page 12: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

12 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

SHAH ALAM – Seramai 85 orang pensyarah dan mahasiswa Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta dan Fakulti AD, UiTM telah terlibat di dalam forum kesenian dan demonstrasi batik di atas blok kayu. Program yang disertai oleh pelajar dari peringkat sarjana dan sarjana muda ini telah berlangsung di Fakulti AD, UiTM Shah Alam pada 15 Disember 2016 yang lalu.

Prof Dr Hj D’zul Haimi Md Zain, Dekan AD telah merasmikan program tersebut dengan perbincangan ringkas bersama delegasi ISI dan pihak pengurusan tertinggi AD mengenai kesepakatan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti akademik dan kesenian berdasarkan MoU yang telah terjalin.

Seramai 12 orang wakil dari ISI dan 75 orang wakil dari UiTM telah terlibat secara aktif di dalam forum kesenian yang mengupas mengenai isu-isu seperti momentum industri batik masa kini, keupayaan teknologi dan kualiti penghasilan batik bermutu, serta persoalan yang seringkali dihadapi oleh pereka dan pengusaha seni batik sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia.

Para peserta didedahkan dengan demonstrasi pembuatan batik oleh mahasiswa dari ISI, mereka telah berkongsi memberikan lebih pemahaman dan pendedahan mengenai cara penghasilan batik dari segi asas, bahan dan teknik yang digunakan oleh warga ISI. Penghasilan batik di atas blok kayu merupakan salah satu teknik alternatif yang digunakan selain daripada penggunaan kain sebagai permukaan atau bahan untuk membatik yang telah memberi nilai tambah terhadap aspek komersial dan keusahawanan inovatif.

Selain forum kesenian dan demonstrasi batik, lawatan ringkas ke studio dan bengkel di AD turut diadakan bagi memberikan pendekatan yang lebih mendalam kepada peserta untuk melihat proses menghasilkan dan menyiapkan tugasan pelajar tahun akhir Fakulti AD yang sedikit berbeza dengan pembuatan yang diamalkan di ISI ~ gesturz

AD-ISI JALIN FORUM KESENIAN & DEMONSTRASI BATIK BLOK Fatimatuzzaharah Mohd Kidin,

Dr Mumtaz Mokhtar & Aedie Azrul Ab Aziz

Page 13: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 13

SHAH ALAM – Seramai 13 orang delegasi dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menyertai program GESTURZ Art Tourism pada 23 Februari 2017 yang lalu.

Memilih pakej korporat, kunjungan delegasi dari UTeM adalah bertujuan untuk mengadakan penandaarasan selain mendapat perkongsian maklumat mengenai pengurusan galeri dan seni arca.

Taklimat pengurusan galeri seni telah disampaikan oleh Kurator Kanan GESTURZ, Encik Nurul Muzamel Bin Rasidi yang turut memperkenalkan sistem i-AMS bagi pengurusan koleksi dengan sedikit demonstrasi ringkas oleh pasukan GESTURZ. Acara diteruskan dengan sesi ceramah oleh Prof. Madya Ramlan Abdullah, pensyarah Jabatan Seni Halus dan pengarca tersohor negara yang berkongsi pengalaman dengan pengisian yang informatif mengenai seni arca.

UTeM yang dalam perancangan untuk menwujudkan arca awam di dalam kampus sebagai menambahbaik persekitaran disamping memberi nilai tambah

keunikan dan tarikan kampus turut bercadang

untuk mengadakan pertandingan arca bagi merealisasikan projek tersebut, ujar ketua delegasi Encik Wahi Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat TNC (A&A), UTeM. Delegasi UTeM turut di bawa melawat ke Laman MIM untuk melihat arca MIM dengan lebih dekat disamping diberi penerangan proses penghasilannya. Hadir bersama dalam program ini adalah En. Mohd Suhaimi Tohid, Koordinator Program Seni Halus, Fakulti AD.

Semoga kunjungan delegasi UTeM bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim di antara rakan universiti awam malah dapat mengembangkan kerjasama di antara kedua – dua pihak berdasarkan kepada kepakaran masing – masing yang akan memberi manfaat kepada banyak pihak ~ gesturz

TARIKAN ART TOURISM MEMBAWA DELEGASI UTeM KE GESTURZ

Nurul Muzamel RasidiAedie Azrul Ab Aziz

Page 14: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

14 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

‘IMMERSION IN ISLAMIC ARTS’

KUALA LUMPUR- Seramai 21 mahasiswa dan pensyarah dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam dan Charles Sturt University Australia telah terlibat dalam program menyelami kesenian Islam IMMERSION IN ISLAMIC ARTS di bawah anjuran Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur Malaysia.

Program ini telah berlansung selama tiga hari bermula pada 23 Januari dan berakhir pada 25 Januari 2017 bertempat di muzium dan beberapa lokasi lain sekitar Kuala Lumpur. Penglibatan peserta adalah terdiri daripada 3 orang pelajar pasca Siswazah Senilukis dan Senireka serta 3 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA dan 10 orang pelajar dari Charles Sturt University Australia.

Pada hari pertama, aktiviti yang dikendalikan oleh pihak muzium adalah membawa para peserta melihat pameran di galeri senibina, Al-Qur’an dan manuskrip, perhiasan dan barang kemas, peralatan senjata, tekstil, ukiran kayu, kerjatangan logam dan tembikar.

Lawatan ini bertujuan untuk perkenalkan muzium dan koleksinya. Penerangan yang khusus mengenai artifak telah diberikan oleh kurator pameran iaitu Encik Zulkifli Ishak dan Puan Nurul Iman Rosli memberikan pemahaman tentang dunia Islam dalam alam semula jadi dan pencapaian manusia yang telah berubah dari masa ke masa. Pada sebelah petang, telah diadakan demonstrasi kaligrafi iaitu belajar huruf asas bahasa Arab, dan bagaimana untuk menulis dan menyebutnya. Aktiviti ini dijayakan oleh seorang pengkhatat yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Haji Moonir B. Nazir yang merupakan ahli dari Persatuan Seni Khat & Kraf Malaysia (PSKK).

Pada hari kedua, Friedrich Farid Zink (ketua pemuliharaan dan pusat penyelidikan IAMM) berkongsi pengalaman dalam memahami artifak dan kaedah mendapatkan maklumat yang berkaitan berdasarkan ciri-ciri fizikal artifak. Beberapa keping artifak untuk kajian telah dipilih untuk sesi ini. Pengalaman yang sangat berharga apabila para peserta di

Dr. Mumtaz Mokhtar, Nurul Huda Mohd Din

menyelami kesenian Islam

Page 15: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 15

bawa menjelajah ke bahagian konservasi untuk mengenali bagaimana konservator merawat dan memulihkan artifak bukan organik, organik dan penganalisaannya di dalam makmal.

Di sebelah petang, Scholar’s Library dibuka untuk para peserta program mengakses maklumat berkaitan artifak yang sudah dipilih untuk dibentangkan.

Pada hari terakhir, di sebelah pagi, peserta-peserta program diberi 10 minit untuk membentangkan kefahaman akan artifak yang telah dipilih. Setiap peserta telah berjaya memberikan persembahan dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan.

Pada sebelah petang, merupakan acara kemuncak bagi program IMMERSION IN SILAMIC ARTS iaitu dialog antara Universiti melibatkan lima pembentang semuanya. Program ini telah disempurnakan ucapannya oleh Dr. Angela Macdonald iaitu Timbalan Pesuruhjaya tinggi Australia. Dialog antara Universiti telah dimulakan dengan;

1. From Melaka to Marega: Islamic Art in Australia oleh Dr. Sam Bowker dari CSU

2. Contemporary Islamic Arts in Malaysia oleh Dr. Mumtaz Mokhtar, UiTM

3. Integration of Science and Art I Islamic Artistic Tradition oleh Assoc. Prof.Dr. Mandana Barkeshli, IIUM

4. Islamic Art and its Trans-religious Nature oleh Prof. Dr. Amir Zekgroo, IIUM

5. Art Projects Beyond the Whitecube (2002-2015) oleh Yap Sau Bin, MMU

6. Ekphrasis and Islamic Art oleh Dr. David Gilbey, CSU

Aktiviti selama tiga itu telah memberikan satu pengalaman baru dan luarbiasa kepada para peserta. Diharapkan aktiviti peringkat antarabangsa bersama universiti dari luar negara dan institusi kesenian seperti Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur akan lebih giat dijalankan. Komitmen Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur dalam menjayakan program menyemai kesenian Islam antara Universiti Teknologi MARA dan Charles Sturd University adalah membanggakan dan dihargai ~ gesturz

Page 16: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

16 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

‘Ikat Limar’ Terima Anugerah

SHAH ALAM- Pada 9 Mac 2017, telah berlangsungnya majlis Anugerah Akademik UiTM 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. Menerusi majlis tersebut, Prof. Dr. Norwani Md Nawawi yang juga merupakan pakar rujuk bagi seni reka tekstil khususnya songket, batik, tekat, kelingkan dan telepuk telah memenangi salah satu anugerah yang telah dipertandingkan.

Berkat usaha dan kesabaran Prof. Dr Norwani membuahkan hasil apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penerbitan Buku menerusi terbitan bukunya, Ikat Limar - The Ancient Malay Textile.

Dalam temuramah yang diadakan dengannya, beliau tidak menyangka akan meraih anugerah tersebut kerana beranggapan ramai calon yang hebat turut bertanding dalam anugerah tersebut.

Sebelum memenangi anugerah tersebut, beliau juga telah menerima Anugerah Buku Negara 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menerusi kategori Buku Khazanah Warisan Terbaik.

Buku tersebut yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah dilancarkan pada 22 Oktober tahun lalu di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang. Hadiah yang diterima seperti wang tunai RM5000, sijil penyertaan dan trofi telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM Shah Alam, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said ~ gesturz

Siti Nurfazeera Ngalwan

“Tidak sangka akan menang… Ini semua untuk AD”

Foto ehsan : Prof. Dr Norwani

Page 17: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 17

‘MURAL INTERAKTIF’ TAMBAH SERI INDIAN STREET

KUCHING- Dari lukisan gua di Lascausx hinggalah ke catan mural di dinding bangunan-bangunan, seni mural telah sekian lama wujud dan menjadi sebuah testimoni kehidupan sejak zaman pra-sejarah hinggalah kini. Masyarakat telah meninggalkan tanda atau simbol kewujudan mereka di merata tempat dengan membuat lakaran objek ataupun tulisan yang dipamerkan secara terbuka sebagai kenangan, rekod sejarah, dan penghayatan buat orang ramai. Kebiasaannya ia membawa mesej yang pelbagai seperti ideologi politik, sosial, keagamaan mahupun budaya dari pengkarya kepada masyarakat. Negara-negara maju seperti Australia, Amerika dan Eropah mula menerapkan hasil seni mural di negara sendiri untuk menceriakan bandar mereka, natijahnya lukisan seni mural telah menjadi trend dalam usaha untuk memelihara budaya dan sejarah tempatan sesuatu tempat.

Malaysia turut mengambil kesempatan ini dengan mempraktikan seni mural di bangunan-bangunan lama dalam mengembalikan keceriaan lanskap disekitar yang menjadikan ia sebagai tarikan pelancongan. Antaranya adalah seperti hasil kolaborasi yang ditampilkan di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Dewan Bandaraya Kucing Utara (DBKU) dan Electra House Sdn. Bhd dalam projek ‘Mural Interaktif’ di Indian Street, Bandaraya Kuching.

Usahasama ‘Mural Interaktif’ ini diketuai oleh Clement anak Jimel, pensyarah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD) UiTM Sarawak dengan kerjasama dari ahli-ahlinya yang juga merupakan pensyarah dari fakulti yang sama. ‘Mural Interaktif’ turut melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Fakulti AD yang bukan sahaja memberi pengalaman kepada mereka dalam mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran di luar studio atau bilik kuliah, malah bertindak sebagai satu platform dalam mengetengahkan kreativiti mereka sebagai siswa Seni Lukis & Seni Reka.

Bertemakan sosial dan kebudayaan ‘Mural Interaktif’ memaparkan visual aktiviti busking, perdagangan, dan pengangkutan awam selain memaparkan visual Burung Kenyalang dan Kucing yang menjadi identiti buat Bumi Kenyalang dan Bandaraya Kuching, malahan visual Orang Utan diaplikasikan dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai tentang kepupusan mamalia tersebut dan inisiatif pihak kerajaan dalam mewujudkan Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sarawak.

Projek ‘Mural Interaktif’ yang bermula sejak Disember 2016 dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2017. Projek ini turut mendapat sokongan dari Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dalam aspek penyediaan bahan dan peralatan bagi menghasilkan karya catan mural. Di atas sambutan positif terhadap ‘Mural Interaktif’ yang memberi impak terhadap pembangunan komuniti setempat, pihak UCTC telah memberi persetujuan dalam meneruskan sokongannya bagi merealisasikan projek kedua yang dikenali sebagai ‘Arca Infografik’ yang terletak di Taman Astana, Kuching Utara.

Melalui projek seumpama ini, secara tidak langsung ia dapat mendidik dan mengubah perspektif masyarakat terhadap seni mural yang dianggap sebagai aktiviti vandalisme dan seni yang menjurus ke arah kesan negatif. Sebaliknya mural memberi manfaat buat masyarakat setempat di dalam memberi nilai tambah terhadap lanskap persekitaraan dan bandar. Disamping itu juga dapat menarik minat orang ramai serta pelancong asing dan memberi manfaat ekonomi setempat, selain dapat menonjolkan identiti dan budaya tempatan melalui olahan karya catan mural yang mendapat sentuhan artistik dan kreatif dari AD UiTM Sarawak ~ gesturz

Mel, Insyirah & Syida

Page 18: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

18 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

Malaysia’s first public university to launch a campus-wide deployment of creative tools aims to empower students with industry-relevant tools and experience to drive the country’s economic growth.

MALAYSIA — April 12, 2017 — Malaysia’s largest higher education institution, Universiti Teknologi MARA (UiTM), today announced a long term strategic initiative in partnership with global technology leader Adobe. Over next three years, UiTM will deploy Adobe Creative Cloud at the main campus in Shah Alam, and across all 12 state campuses and 21 satellite campuses throughout Malaysia. This forward-looking move immediately positions UiTM as a leader in creative education, being the first of Malaysia’s public universities to deploy industry-leading creative tools on a campus-wide basis.

With the Malaysian government targeting RM33 billion from the creative content industry towards the Gross National Income (GNI) by 2020, creative careers are certainly on the rise in Malaysia. The decision to upgrade to Adobe Creative Cloud was driven by the objective of ensuring UiTM’s 165,000 students across all faculties, from Art and Design, Language Studies, Architecture, to Computer Science and IT, have relevant and up-to-date skills using industry-leading tools. The university’s 18,188 staff across all faculties will also benefit from having these tools at their disposal.

As universities around the world adopt real-world solutions to ensure that students have a competitive edge when entering the workforce, this move by UiTM ensures that the university is producing a generation of creatives and designers who are

working with the best technology right from the onset. Students will gain valuable experience in design and graphic tools that will benefit them throughout their careers.

“With creativity and design aptitude becoming almost a core requirement in today’s knowledge economy, UiTM recognises the importance of imparting design skills and design-led thinking to students,” said Vice Chancellor of UiTM,

Universiti Teknologi MARA leverages Adobe Creative Cloud to Prepare Students for the Knowledge Economy

Page 19: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 19

Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said. “To do so, we chose the industry’s best tools, Adobe Creative Cloud, to prepare our graduates for the working world and help them find employment or start their own businesses, wherever their career takes them.”

“Adobe is proud to partner with UiTM to realise its mission to produce world-

class graduates that will power the country’s economic growth in 2020 and beyond, in line with Malaysia’s National Transformation Agenda (TN50), as the country moves into the digital age with the vision of becoming a developed nation,” said Wayne Weisse, Education Director for Adobe Asia Pacific. “With technology innovation evolving faster than

any time in history, preparing students with the confidence and skills to join the knowledge economy and be successful continues to be a focus for Adobe. This partnership is a strong validation of Adobe’s market leadership in the creative space.”

The deployment of Adobe Creative Cloud has already begun at UiTM’s Shah Alam

main campus, and is expected to complete by April 2017 for all UiTM campuses nationwide. The deployment sees Adobe Creative Cloud installed on all on-campus devices, with UiTM staff being able to obtain off-campus access as well. Students can expect to obtain off-campus access at a later date.

Adobe Education Leaders and Campus Leaders Programs

Adobe is also delighted to welcome three of UiTM’s faculty members – Dr Sharkawi Che Din and Associate Professor Dr Azhar Abd Jamil to the Adobe Education Leaders (AEL) Program, and Dr Zainuddin Ibrahim to the Adobe Campus Leader (ACL) Program respectively. These programs are education community engagement initiatives to bring together the most senior educators across the world. They aim to highlight the contributions of innovative educators who are

effectively using Adobe tools and applications to promote excellence in the classroom.

Dr Sharkawi has contributed to the development of graphic design programs and other visual communication courses at UiTM, and is considered a national thought leader about creative industry education in Malaysia. On the other hand, Dr Azhar has been responsible for the setting up of graphic design programmes in Malaysian universities and colleges; while Dr Zainuddin has been involved in content development for digital learning experience at UiTM and undertakes graphic design program evaluations for colleges and universities nationwide. ~ gesturz.

Page 20: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

20 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

TEMERLOH – Pada 20 hingga 23 April yang lalu, delegasi UiTM telah menyertai program Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang berlangsung di Dataran Temerloh, Pahang. Bertemakan ‘Pelaburan 360 Hari’ dalam memperkasakan masyarakat tentang pelaburan dan perancangan kewangan, MSAM 2017 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak.

Penyertaan delegasi UiTM terdiri daripada siswa-siswi dari Fakulti AD dan pelatih dari FKPM di bawah seliaan para pensyarah Fakulti AD yang dikoordinasikan oleh GESTURZ. Penyertaan UiTM dalam MSAM bersama (Malaysian Industrial Development Finance Berhad) MIDF adalah merupakan kali yang keempat, iaitu di Perlis, Perak, Kelantan dan yang terbaharu pada tahun ini adalah di Pahang. MIDF adalah rakan MoU UiTM sejak tahun 2008 yang giat mempromosikan aktiviti industri kreatif khususnya dari

UiTM. Di MSAM 2017, GESTURZ telah memperkenalkan Laman Seni MIDF-UiTM yang menampilkan pelbagai aktiviti kreativiti yang menarik dan informatif seperti Studio Fotografi PixMe, Live Digital Caricature and Portraiture, ButtonMYButton, Art Market, Face Painting, pertandingan Kinetic Sculpture Race dan pertandingan Insta-Selfie Face Painting disamping selingan persembahan muzik dan demonstrasi teknologi Augmented Reality dalam

MSAM 2017

Curi Tumpuan Pengunjung

Page 21: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 21

persembahan dan peragaan karya seni kontemporari.

Menurut ketua delegasi Encik Nurul Muzamel Rasidi, Kurator Kanan GESTURZ, UiTM, “penglibatan siswa-siswi bukan sahaja dapat memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman dalam pengurusan acara malah menyuntik keyakinkan mereka untuk ketengahkan hasil kreativiti masing – masing yang berdaya saing untuk dikomersilkan disamping mempertajamkan lagi kemahiran komunikasi dengan khalayak dari

pelbagai latar belakang”.

Pengunjung yang hadir bukan sahaja berpeluang dapat melihat dengan lebih dekat hasil kreativiti yang unik dari UiTM malah dapat memperolehinya dengan pada kadar nilai yang berpatutan. Orang ramai terutamanya murid dan pelajar sekolah pula dapat merasai pengalaman dengan berpeluang mencuba sendiri menghasilkan pelbagai produk kreatif menerusi bantuan dan tunjuk ajar dari siswa-siswi UiTM.Selain dari lawatan penduduk tempatan, gerai MIDF dan Laman Seni MIDF-UiTM turut menerima kunjungan DiRaja dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj pada 23 April yang sudi bercemar duli melawat dan bermesra bersama petugas serta berkenan menandatangani lukisan potret khas yang dihasilkan oleh siswa UiTM sempena keberangkatan baginda.

Pada hari terakhir penyertaan delegasi UiTM, YBhg Datuk Mohd Najib Hj. Abdullah telah menyampaikan sumbangan peralatan digital dan mesin rekabentuk kepada GESTURZ bagi tujuan melonjakkan lagi kualiti pameran dan aktiviti kreativiti di masa hadapan. Ini adalah selaras dengan inisiatif MoUnya dalam meningkatkan apreasiasi

masyarakat terhadap seni disamping mempromosikan produk industri kreatif hasil dari UiTM kepada umum ~ gesturz

Page 22: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

22 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

KONSEP AUGMENTED

REALITY DALAM PAMERANTARIK MINAT HUFA VIETNAMSHAH ALAM – Seramai 4 orang delegasi dari Ho Chi Minh City University of Fine Arts (HUFA), Vietnam telah melawat Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) yang diketuai oleh presidennya iaitu Dr Truong Phi Duc. Kunjungan ini adalah merupakan lawatan balas terhadap lawatan delegasi dari Fakulti AD pada tahun 2016.

Delegasi diberikan taklimat dan lawatan berpandu oleh Kurator Kanan GESTURZ, Encik Nurul Muzamel Rasidi yang memberi penerangan mengenai pengurusan dan operasi GESTURZ disamping memperkenalkan karya seni dan produk yang dipamerkan dalam pameran.

Beliau turut memperkenalkan teknologi “Augmented Reality” (AR) dalam pameran karya seni dan seterusnya deligasi dibawa melihat karya-karya animasi, video, ilustrasi digital dan reka bentuk penjenamaan hasil karya alumni dan siswa AD. Sistem i-AMS bagi pengurusan koleksi dengan sedikit demonstrasi ringkas pengurusan koleksi oleh pasukan

GESTURZ turut dipersembahkan kepada deligasi HUFA yang kemudiannya diteruskan dengan lawatan pameran UiTM Art Collection – Selections from the Permanent Collection.

Presiden HUFA dalam tulisannya pada buku pelawat menyatakan perasaan gembira dan pengalaman menarik semasa melawat ke GESTURZ dan berharap agar dapat bekerjasama dengan GESTURZ pada masa akan

datang khususnya dengan galeri HUFA. Terdahulu rombongan delegasi telah menghadiri sesi taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Hj. D’zul Haimi Md. Zain,

Dekan di Fakulti AD UiTM Shah Alam. Antara pengisian lain semasa kunjungan HUFA adalah lawatan ke Fakulti AD, Kompleks Alam Bina Dan Seni Reka, UiTM Puncak Alam serta kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UiTM dan seterusnya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara HUFA dan UiTM bagi kerjasama akademik demi manfaat kedua-dua belah pihak ~ gesturz

Page 23: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 23

Karya Ikat Limar menjulang nama Profesor Dr. Norwani

AL-FATIHAH BUAT ARWAH

JOHAN NAWAWI

Nurul Muzamel

SUBANG JAYA - Al-Fatihah & Takziah di atas pemergian Allahyarham Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin. Allahyarham adalah komposer tanahair terkenal yang menggubah lagu ‘Selendang Limar Kain Pusaka’ nyanyian Nora.

Lagu tersebut ditulis liriknya oleh Prof Dr Norwani Md Nawawi profesor di UiTM dan Abbas Alias. Kedua mereka adalah kakak dan abang ipar kepada arwah.

Foto kenangan ini adalah selepas arwah bersama Nora buat pertama kalinya memperdengarkan lagu ‘Selendang Limar Kain Pusaka’ kepada umum di pelancaran Buku Ikat Limar

yang telah berlangsung di GESTURZ UiTM Shah Alam pada 20 Oktober 2016 yang lalu.

Menurut sumber media, arwah meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi Jumaat hari ini 24 Mac 2017.

Semoga jasa arwah di dalam perkembangan Industri Kreatif Negara menjadi inspirasi buat kita semua. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. ~ gesturz.

Foto kenangan arwah Johan no.4 dari kiri bersama Nora, Prof. Norwani, Prof D’zul Haimi dan Abbas Alias

KUALA TERENGGANU – Profesor Dr. Norwani Md. Nawawi telah meraih Anugerah Buku Ilmiah Popular menerusi karya bukunya berjudul Ikat Limar – The Ancient Malay Textile. Kemenangan di Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) – Kementerian Pendidikan Tinggi 2016 membolehkan beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.

Dalam temubual bersamanya, beliau menyatakan buku itu terhasil apabila beliau mengetahui adanya jenis songket yang bernama Kain Limar ketika melakukan kajian untuk pengajian diperingkat Sarjana.

Selepas itu, beliau terus tertarik untuk membuat kajian yang lebih lanjut

mengenai Ikat Limar dan berkeputusan untuk mendokumentasikan

seni reka Tekstil Melayu lama tersebut. Dengan sumber idea,

pengetahuan, penyelidikan dan ketekunan yang ada, maka terhasillah karya bukunya yang bertajuk Ikat Limar – The Ancient Malay Textile. Bagi memberi pengetahuan yang lebih jelas mengenai Kain Ikat Limar, Professor Jabatan Tekstil, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu turut menyelitkan penerangan tentang lima jenis kain limar iaitu limar biasa, limar bersongket, limar tenggarun, limar telepuk dan limar bersurat di dalam buku yang mengandungi 190 muka surat yang padat dengan maklumat dan visual yang menarik serta informatif buat pembaca. Selain daripada kerana minatnya pada Seni Reka Tekstil, penghasilan buku itu juga untuk dijadikan bahan rujukan ilmiah kepada generasi yang akan datang dan seterusnya membolehkan warisan tekstil kita terus kekal tidak ditenggelami oleh arus permodenan. Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia 2016 itu telah berlangsung dengan jayanya di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort, Terengganu dan hadiah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh kepada pemenang – pemenang anugerah ~ gesturz

Fatin Nur Syamimi

Page 24: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

24 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

terus dapat sokonganSHAH ALAM - GESTURZ Art Tourism telah diperkenalkan oleh Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2016 terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelawat-pelawat tempatan khususnya para pelajar dan pendidik dari institusi pendidikan serta pengajian tinggi dan juga pelawat antarabangsa.

Mel , Siti Nurfazeera Ngalwan

Melalui program ini, pelbagai aktiviti telah ditawarkan mengikut pakej-pakej yang bersesuaian dengan kategori kumpulan pelawat. Antara pengisian yang diberikan adalah seperti taklimat program akademik berteraskan bidang industri kreatif dan perkongsian mengenai prospek kerjaya sementara kumpulan pelawat dari organisasi korporat diberikan perkongsian mengenai pengurusan galeri seni bagi tujuan kajian penandaarasan atau kajian organisasi.

Selain berpeluang melihat dengan lebih dekat karya seni pelukis tersohor tempatan yang juga alumni Fakulti AD UiTM, peserta turut diberi penerangan khas menerusi sesi lawatan berpandu yang diadakan. Kumpulan pelawat atau peserta yang menyertai GESTURZ Art Tourism juga berpeluang untuk meninjau suasana dan persekitaraan kampus disamping dapat melihat sejarah dan perkembangan universiti yang dipamerkan di sekitar galeri dan laluan prima Menara SAAS UiTM Shah Alam. Kumpulan peserta yang memilih pakej aktiviti demonstrasi atau bengkel seni boleh merasai pengalaman menghasilkan batik, tenunan, sulaman, seramik, lukisan, catan, arca, rekabentuk produk, fotografi, rekabentuk digital, barang kemas, cetakan, dan pelbagai lagi. Malah peserta juga boleh memilih untuk mendapatkan latihan asas dalam pengurusan acara kesenian dan pameran ataupun penulisan kuratorial. Aktiviti ini diselaraskan bersama dengan jabatan – jabatan akademik berkaitan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD), UiTM dengan penglibatan bersama

ARTTOURISM

Page 25: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 25

staf akademik, staf pentadbiran dan siswa-siswi yang bertindak sebagai penceramah serta fasilitator.

Dengan menyertai program ini, peserta-peserta dari institusi pendidikan dapat menambah pengalaman ilmiah yang menyeronokkan disamping membangunkan kreativiti, memupuk bakat dan pastinya ia memberi nilai tambah terhadap tugasan sekolah atau kuliah mereka.

Buat para guru dan pendidik, program ini menawarkan pendekatan yang interaktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran menerusi aktiviti di luar bilik darjah atau bilik kuliah, tambahan pula teknik persembahan karya – karya seni yang dipamerkan turut dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi ‘augmented reality’ di mana akses terhadap pendidikan digital yang kolaboratif adalah relevan dengan generasi milenial pada masa kini. Sementara untuk peserta dari organisasi korporat, ia bukan sekadar memberi kebaikan terapi seni dalam menangani stress atau tekanan di tempat kerja malah ia turut membantu dalam menyubur dan menjana kreativiti para pekerja, bahkan mencetus ilham inovasi dikalangan pekerja demi kemajuan organisasi dengan kaedah pengisian aktiviti yang unik dan segar, yang akan memberi impak produktiviti dalam organisasi.

Di dalam program GESTURZ Art Tourism turut disediakan adalah reruai produk kreatif dari pensyarah dan siswa Fakulti AD yang boleh didapati pada nilai yang berpatutan sebagai tanda kenangan kunjungan ke GESTURZ, UiTM. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej menarik GESTURZ Art Tourism, sila layari website GESTURZ http://artgallery.uitm.edu.my/ atau laman facebook dan Instagram GESTURZ ~ gesturz

Page 26: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

26 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

Siti Nurfazeera Ngalwan, Mel

ALUMNI AD80 dalam CREATIVE LEGACY SHOWCASE

KUALA LUMPUR – Bertemakan AD80 Creative Legacy Showcase, Koperasi Seni Kreatif Selangor Berhad (KSKSB) telah melancarkan pameran yang pertama yang melibatkan bekas-bekas pelajar dari generasi 1980, Kajian Seni Lukis & Seni Reka (AD), ITM ( kini dikenali sebagai Fakulti AD UiTM). Pameran tersebut telah berlangsung dari 6 hingga 13 Mei 2017 di Oasis Village, Ara Damansara yang mempamerkan evolusi kreativiti mereka selama 37 tahun berkecimpung dalam industri kreatif.Acara ini telah mendapat kerjasama dari ahli-ahli KSKSB yang merupakan alumni AD80 seperti Hajah Fadilah Abdullah, Nizam Ambia, Dr. Ahmad Saifuddin, Totahah Muda, Dr Zahari Hamidon, Yusof Ahmad, Mazlan Latiff, Siti Zaharah, Sylvester Jussem, Halid Yunus

Page 27: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 27

dan juga Razak Aziz. “Setiap karya-karya yang dipamerkan adalah hasil daripada pelukis, pengkarya, pereka, penggiat filem & TV, usahawan kreatif dan juga para akademik.” - kata Halid Yunus yang merupakan Pengerusi KKSB. Rakan – rakan AD80 mempunyai pelbagai latar belakang bidang antaranya seperti Seni Halus, Grafik, Fotografi, Muzik, Seramik, Seni Reka Logam, Rekabentuk Perindustrian, Fesyen dan Tekstil. Justeru pelbagai hasil kerja kreatif telah dipamerkan di pameran tersebut contohnya karya dari Mazlan Latiff

yang mempamerkan hasil kerjanya dalam rekaan prop produksi untuk iklan TV dan filem yang dihasilkan untuk Maybank di bawah pengarahan arwah Yasmin Ahmad.

Karya dari Maslina Yusoff pula ditampilkan menerusi bukunya bertajuk ‘Mila’ hasil kolaborasi bersama dengan studio terkemuka di Korea Selatan.‘Creative Legacy Showcase’ yang mendapat kerjasama tajaan dari Oasis Village turut diberi pengisian aktiviti Bazar Buku dan Bengkel seperti Eco-Reka dan Cetakan oleh Razak Aziz, bengkel Produksi Filem oleh Khairul Anuar, Bengkel Cat Air oleh Dr. Zahari Hamidon dan Bengkel Pengarahan Filem oleh Halid Yunus.

Pada hari kedua pameran, Abdul Razak Abdul Aziz telah melancarkan bukunota pertama Malaysia yang bercirikan ‘Eco-Waterproof’ di mana kertas yang digunakan adalah 100% mesra alam, dakwatnya pula dihasilkan dari minyak sayur-sayuran yang boleh mengurangkan pelepasan sebatian organik. Buku kalis air ini boleh didapati pada harga RM41.00. Tujuan buku kalis air ini dihasilkan adalah untuk membolehkan penyelam merekod pengalaman mereka disamping mendokumentasi keindahan alam marin. Bagi Hajah Fadilah Abdullah yang ditemui ketika sesi temuramah diadakan, “ ‘Creative Legacy Showcase’ adalah satu sumbangan daripada kami kepada fakulti yang menyambut ulangtahun ke-50 pada tahun ini”. Beliau yang merupakan alumni AD80 yang kini berkhidmat di UiTM

sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti AD UiTM Puncak Alam. Rakan – rakan AD80 berharap acara seumpama ini dapat diperluaskan di masa akan datang dalam mewujudkan kegiatan yang bermanfaat buat ahli-ahli KKSB disamping berkongsi ilham kreativiti mereka kepada orang ramai ~ gesturz

Page 28: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

28 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

ALOR GAJAH – Pada 11 Mei yang lalu telah berlangsungnya perasmian Program Digital Graphic and Typography Exhibition (MERGE 2017) di UiTM Alor Gajah, Melaka. Pameran yang bermula pada 11 Mei dan berakhir pada 31 Mei 2017 itu telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Prof. Dr. Ahmad Haji Zainuddin, Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia. Dengan bertemakan ‘The Merging of Minds in One Journey’, pameran tersebut telah berjaya mendapat sambutan yang baik bukan sahaja daripada pelajar UiTM Alor Gajah itu sendiri malahan daripada pelajar dan pensyarah daripada institusi pengajian lain juga. Selain itu, MERGE 2017 turut mendapat penyertaan daripada pelajar – pelajar peringkat antarabangsa yang dianggap sebagai satu pencapaian dalam promosi pameran tersebut. Pameran MERGE 2017 ini telah mengacarakan dua kategori iaitu Grafik Digital dan Tipografi. Setiap kategori ini telah dipecahkan kepada dua lagi sub-kategori iaitu profesional dan pelajar di mana tiga karya terbaik akan dipilih daripada setiap sub-kategori. Majlis penghargaan kepada karya artis yang terbaik telahpun berlangsung pada 11 Mei yang lalu dengan penyampaian sijil dan juga plak sebagai tanda penghargaan pihak penganjur kepada bakat mereka.

Pameran yang mengabungkan senireka grafik digital dan tipografi ini merupakan satu pameran yang julung kalinya dibuat pada tahun ini. Pelajar AD UiTM Melaka yang diketuai oleh Puan Fatrisha Mohamed Yussof telah menjayakan pameran ini yang bermula dengan pendaftaran karya dan artis pada awal bulan Februari lalu dan disusuli dengan pameran karya sehingga hujung bulan Mei. Turut berlangsung pada awal hari pameran tersebut ialah bicara seni oleh wakil industri dan wakil dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diadakan pada 11 dan 12 Mei 2017. Disamping itu, pameran ini turut mendapat sokongan tajaan dari MyIPO, Nippon Paint, Syarikat Air Melaka Berhad, A’famosa, Cut-Out Animation, Kumpulan Utusan dan The Red Studio Media. Dalam temu bual yang diadakan, Puan Fatrisha selaku ketua projek penganjuran MERGE 2017, telah menyatakan hasratnya untuk pameran MERGE diteruskan lagi di masa hadapan bagi menggalakkan pertukaran idea di antara pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dengan pengkarya luar. Tambahnya lagi, beliau berharap pameran MERGE yang seterusnya akan mendapat penyertaan dan penghantaran karya daripada wakil industri kerana ia akan memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi idea serta berkerjasama dengan ahli industri dalam penghasilan karya ~ gesturz

AD UiTM Melaka julung kali tampilkan MERGE 2017Fatin Nur Syamimi

Page 29: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 29

Penyelidik AD UiTM Terima Dua Anugerah Emas

KUALA LUMPUR- Kumpulan penyelidik dari AD UiTM telah merangkul anugerah emas di ITEX 17 (28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 hingga 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ITEX merupakan acara tahunan yang diadakan dalam memberi peluang kepada pencipta dan pereka mempamerkan rekaan mereka untuk dikomersilkan. ITEX 2017 menghimpunkan lebih 1000 rekaan dan inovasi dari 24 buah negara seluruh dunia.

Mereka diketuai oleh Dr. Haszlin Shaharudin serta ahlinya Dr. Nadia Mustafa, Dr. Mohammad Azroll Ahmad, Profesor Dr. Norwani Md. Nawawi dan seorang pelajar Siti Maisarah Kamarul Bahrain dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka berjaya merangkul emas dalam kategori reka bentuk perindustrian.

Insyirah Mohd Hasyim

Produk rekaan mereka Biomimetic Concept Approach in Diabetic Footwear Design berinspirasikan lumut dari alam semula jadi, rekaan ini memberi fokus kepada pesakit diabetis yang menghadapi kesukaran mendapatkan kasut yang sesuai buat mereka disamping mementingkan faktor keselesaan, keselamatan dan reka bentuk kasut tersebut. UiTM juga turut menampilkan Profesor Madya Dr. Oskar Hasdinor Hassan yang berjaya merangkul pingat emas dengan teknologi rekaannya, A Green Route Of Graphene For Energy Harversting/Storage Devices And Printed Electronic.

Anugerah telah disampaikan pada 12 Mei 2017 oleh Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI). Tahniah dan syabas diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Oskar Hasdinor Hassan, Dr. Haszlin Shaharuddin dan pasukan serta semua peserta yang terlibat dalam ITEX 17 ~ gesturz

ITEX17di

Foto ehsan dari Dr. Haszlin dan Siti Maisarah

Page 30: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

30 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

SHAH ALAM – Sejajar dengan aspirasi fakulti untuk menganjurkan aktiviti yang berteraskan warisan seni negara, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD) dalam misi akademiknya telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program Jejak Warisan pada 14 sehingga 16 Mei yang lalu. Jejak Warisan melibatkan staf akademik dan pentadbiran dengan penyertaan seramai 238 orang siswa-siswi dari pelbagai bidang pengajian Seni Lukis & Seni Reka.

Jejak Warisan bertujuan mempromosikan program-program akademik peringkat diploma dan ijazah pertama yang ditawarkan di Fakulti AD kepada pelajar sekolah menengah terutamanya calon-calon yang bakal menduduki SPM dan STPM. Selain itu, Jejak Warisan turut memberi pengisian pendedahan kepada siswa-siswi fakulti mengenai Industri Kecil Sederhana (IKS) yang berteraskan Industri Kreatif, Seni Warisan Negara,

Karyawan dan Uahawan Seni Tradisional dan Kraf. Untuk siri pertama Jejak Warisan, tiga negeri telah dijelajahi iaitu Kelantan, Perak dan Melaka di mana tiga kumpulan telah dibahagikan yang terdiri daripada staf dan siswa-siswi.

Di Kelantan, pasukan Jejak Warisan telah berkesempatan mengunjungi Pasar Siti Khadijah, Kampung Kraf Tangan, Che Minah Songket di Kampung Penambang, pembuatan Wau di Pantai Cahaya Bulan dan Wakaf Che Yeh di samping lawatan di sekitar Bandar Kota Bahru dan kunjungan ke Fakulti AD UiTM Machang.

Sementara di Melaka, aktiviti dimulai dengan kunjungan ke Fakulti AD UiTM Alor Gajah yang kemudian disusuli dengan persiapan mengadakan pameran, demonstrasi, pasar seni dan taklimat promosi. Pasukan Jejak Warisan di Melaka turut berpeluang melawat ke

Bendang Studio di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah.

Di negeri Perak pula, pasukan Jejak Warisan telah mengunjungi Studio Pelukis di Seri Iskandar dan Fakulti AD cawangan di sana. Para siswa didedahkan dengan ‘studio life’ dan cara pelukis bekerja dalam menyiapkan karya.

Di sesi pagi hari kedua di setiap negeri, telah diadakan taklimat akademik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di kampus-kampus cawangan. Taklimat akademik ini bertujuan untuk mempromosikan program-program akademik fakulti kepada pelajar-pelajar sekolah khususnya pelajar tingkatan lima dan enam.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama pelajar-pelajar sekolah antaranya termasuklah sesi soal-jawab mengenai program, pameran dan demonstrasi. Kemudian di sebelah petang, pasukan Jejak Warisan meneruskan aktiviti lawatan menjejaki warisan seni di sekitar negeri yang dijelajahi ~ gesturz

Siti Nurfazeera Ngalwan

JEJAK WARISANJelajah Kelantan, Perak dan Melaka

Foto ehsan dari En. Syed Mohd Faisal

Page 31: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 31

KUALA LUMPUR – Pada 26 Mei yang lalu telah diadakan pertandingan Rekaan Logo Transformasi Nasional 2050 (Pertandingan Logo TN50) yang bertempat di The International Gallery, Bukit Kiara.

Dalam pertandingan tersebut, seorang pelajar Grafik dari UiTM, Muhammad Amzar Mohamed telah berjaya tersenarai sebagai salah seorang pemenang pertandingan tersebut. Muhammad Amzar membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000, dua tiket dan cenderamata eksklusif Kuala Lumpur SEA Games 2017 berserta sijil penyertaan. Hadiah bagi pemenang telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Dengan tempoh masa penyertaan selama dua minggu bermula 11 Mei sehingga 21 Mei, Muhammad Amzar berjaya menghantar karyanya yang bertajuk Transformasi Nasional Bumi Malaysia menjelang 2050.

Dalam temubual yang telah diadakan, Muhammad Amzar menerangkan bahawa setiap penggunaan teknik dan imej itu ada maknanya yang tersendiri. “Imej genggaman tangan mewakili aspek perpaduan di kalangan kepelbagaian kaum etnik yang ada di Malaysia. Manakala, motif flora dan burung yang terbang pula digunakan untuk melambangkan kekayaan sumber asli negara dan simbolik keamanan serta keharmonian negara. Sebagai lambang permodenan yang telah berjaya dikecapi, imej bandar Kuala lumpur turut dimasukan di dalam rekaan logo”, ulasnya.

Pelajar Grafik ini yang turut pernah memenangi Peraduan Mencipta Logo Harimau Malaysia pada tahun 2016, menyatakan sumber inspirasi dia dalam menghasilkan logo ialah berdasarkan karya ilustrasi Steve Simpson, Leo Natsume dan Matt Taylor.

Pertandingan Logo TN50 ini diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menzahirkan aspirasi dan idea tersendiri buat Malaysia menjelang tahun 2050. Bagi meramaikan lagi penyertaan, pertandingan ini tidak mempunyai sebarang peringkat umur dan membolehkan rakyat Malaysia menyatakan hasrat mereka menerusi seni lukis ataupun grafik ~ gesturz

Rekaan LOGO TN50 Muhammad Amzar terpilih sebagai pemenang

Foto ehsan dari Muhammad Amzar

Fatin Nur Syamimi

Page 32: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

32 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)

ADOBE EXPERIENCE CLOUD MENGUBAH LANSKAP DIGITAL UNIVERSITIMel & Siti Nurfazeera Ngalwan

SHAH ALAM - Kesinambungan dari kerjasama selama tiga tahun bersama peneraju teknologi global terkemuka Adobe menerusi strategik jangka panjang dalam tujuan mengimplementasi Adobe Creative Cloud di kampus induk, kampus negeri dan kampus satelit, UiTM sekali lagi bersama dengan pihak Adobe telah mengadakan lanjutan aktiviti pada 19 Jun yang lalu. Menerusi sesi Pocket-Talk yang diadakan di GESTURZ, pihak Adobe dengan wakilnya, Titu Minhas, Daisy Sentosa and Chin Wee Ko telah menyampaikan taklimat mengenai fungsi dan kelebihan Adobe Experience Cloud yang boleh membantu transformasi universiti dengan membawa perubahan terhadap lanskap digital universiti sejajar dengan usaha UiTM untuk melahirkan generasi yang kreatif dan berketrampilan

dalam persekitaran teknologi yang terbaik.

Menerusi Adobe Experience Cloud ia menawarkan teknologi yang akan melonjak penjenamaan, pengiklanan dan pemasaran sesebuah universiti di mana aplikasi tersebut hadir dalam tiga komponen iaitu analytics cloud, advertising cloud dan marketing cloud yang berperanan dalam kitaran yang efisien bagi membantu pengguna mencapai matlamatnya. Ia juga dapat diselaraskan bersama dengan aplikasi Adobe yang lain iaitu Creative Cloud dan Document Cloud bagi mengoptimumkan capaian sasaran secara berintegrasi, fleksible, efisien dan berfokus.

Sesi yang diadakan telah menarik minat dan perhatian para peserta yang hadir apabila sesi demonstrasi secara

‘live’ yang dikendalikan oleh Chin Wee Ko menunjukkan bagaimana Adobe Experience Cloud memberi impak terhadap penjenamaan sesebuah universiti dari aspek enrolmen tempatan dan antarabangsa yang juga dalam waktu yang sama dapat menarik penglibatan alumni dalam menyumbang kepada universiti.

Seterusnya penglibatan pelajar dalam menghasilkan kandungan digital juga diberi contoh di mana paparan khusus mengikut minat audien telah menghasilkan persona dan DNA yang dinamik dan seterusnya membentuk imej segar yang relevan dengan trend dan strategi pemasaran alaf milenial. ~gesturz

Page 33: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 33

KUALA LUMPUR - Bertempat di The Square, Publika, Solaris Dutamas telah diadakan Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) pada 24 April yang lalu di mana pelbagai kategori telah dipertandingkan antaranya adalah seperti kategori vokal, lakonan,tarian,muzik alternatif, model dan seni pelbagai.

Antara peserta yang menarik perhatian adalah Iskandar Zambri yang juga merupakan pelajar AD UiTM Perak yang kini di semester 3 pengajian Sarjana Muda (Kepujian) Seni Halus. Beliau telah berjaya meraih pingat perak dalam kategori seni pelbagai dengan mempertaruhkan kemahirannya dalam persembahan beatbox. Walaupun beliau berjaya meraih pingat dalam pertandingan tersebut dan berkelayakan untuk bertanding ke kejuaraan dunia di Hollywood namun rezeki tidak menyebelahi beliau kerana tidak terpilih untuk mendapatkan tajaan dan biasiswa dari pihak penganjur.

“Ini adalah satu pencapaian yang sederhana. Tetapi saya tidak kecewa dan menganggap ini sebagai batu loncatan untuk terus mara kehadapan dalam bidang seni”. Katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. Dengan tekad dan semangat yang tinggi, beliau turut mengimpikan untuk mencuba lagi pada tahun hadapan dengan sesuatu yang lebih unik. Pemilihan bagi pasukan Malaysia untuk kejohanan MCOPA telah mendapat sambutan

yang sangat hangat daripada mereka yang berbakat di dalam pelbagai kategori. Bagi mereka yang terpilih antara yang terbaik akan mewakili Malaysia untuk memenangi pingat di World Championships of Performing Art (WCOPA) pada 30 Jun sehingga 9 Julai 2017 di Long Beach, California. WCOPA telah ditubuhkan pada tahun 1997 di mana ratusan profesional dari pelbagai bidang mengadili kualiti bakat dan tahap kemahiran peserta yang hadir dari seluruh pelusuk dunia. Peserta yang menyertai turut diberi peluang untuk mengikut BootsCamp dan secara tidak langsung menjadi tiket untuk mereka melebarkan sayap ke Hollywood. Untuk maklumat lanjut mengenai WCOPA, layari laman web rasmi www.wcopamalaysia.com ~ gesturz

ISKANDAR SKILLZOW RAIH PINGAT PERAK DALAM MCOPA

Siti Nurfazeera Ngalwan

Foto ehsan dari Iskandar Zambri

Page 34: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

wholly managed byFaculty of Art & Design

join us at

+603 5521 1406http://artgallery.uitm.edu.my

UNLEASHYOUR

CREATIVITY

EXPLOREYOURINSPIRATIONTODAY

Your artistic journey starts here

guided tour | art demonstration | creative workshop | campus walkthrough

Page 35: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Page 36: UiTM-ADOBE THE FUTURE OF CREATIVITYartgallery.uitm.edu.my/main/images/quicknews03/MAG-gesturz-quick... · Media Campuran atas Kanvas ... menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

http://artgallery.uitm.edu.my

gesturz

Hak Cipta Terpelihara ©

Tidak dibenarkan menerbit semula dengan apa cara proses atau teknik tanpa permohonan dan kelulusan rasmi dari penerbit GESTURZ QUICKNEWS. GESTURZ QUICKNEWS adalah buletin yang diterbitkan secara berkala iaitu pada Jun dan Disember setiap tahun. Kumpulan Editorial GESTURZ QUICKNEWS berhak membuat suntingan terhadap artikel atau foto yang disumbangkan bersesuaian dengan konsep penerbitannya. Artikel atau foto yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat penerbit. Sebarang pertanyaan sila hubungi penerbit GESTURZ QUICKNEWS.

Penafian : Penelitian dan semakan terhadap kandungan penerbitan ini telah dibuat sebaik mungkin, walaubagaimanapun pihak penerbit memohonmaaf dan tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan teknikal yang tidak disengajakan serta tidak dapat dielakkan.