fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia pekerja orang kurang upaya... · fakulti sains...

24
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia PERSEPSI PEKERJA ORANG KURANG UPAYA TERHADAP PERKEMBANGAN KERJAYA DI DALAM ORGANISASI Mohd Safiq Bin Latip (37134) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (pembangunan Sumber Manusia) HV 2015 1568 M697 2015

Upload: lebao

Post on 30-Jan-2018

258 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PERSEPSI PEKERJA ORANG KURANG UPAYA TERHADAP PERKEMBANGAN KERJAYA DI DALAM ORGANISASI

Mohd Safiq Bin Latip

(37134)

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (pembangunan Sumber Manusia)

HV 2015 1568 M697 2015

Page 2: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade:

Please tick (...J)

Final Year Project Report [0 Masters D I PhD D

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ...... :t...~ ....day of...... .Out...2015

Student's Declaration:

I MOHD SAFIQ BIN LATIPI 371341 FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA hereby declare that the work entitled, PERSEPSI PEKERJA ORANG KURANG UPAYA TERHADAP PERKEMBANGAN KERJAYA DI DALAM ORGANISASI is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor's Declaration:

I------------Al-?i\~J~---~-J!.lL~------------ (SUPERVISOR'S NAME) hereby certifies that .- t1.t' ..3. J 'l - (the work entitled, -------------------------)--K:;)-"'- ~"--.---------------------------------\TITLE) was

prepared by the above named student, and was submi\tj'li, to the "FACULTY" as a * partial/full fulfillment for the conferment of -----------b~~---t1.I~~Q----------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work

Received for examination by: Date:

I

Page 3: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

I declare this Project/Thesis is classified as (Please tick (-.J» :

D CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* DRESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where ~ / research was done)* lJ.J"OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:

• This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitise the content to for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the ProjectlThesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes sole property of UNIMAS.

• This ProjectlThesis or any materia]' data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

~ Student's signature ~ Supervisor's signature: (Date) 2..(,. 10.')..0 IS (Date) 2-' lib ILO Ir-

Current Address: LOT 1622, LORONG B18, KAMPUNG MUHIBBAH, 95000 S~I AMAN, SARA W AK.

Notes: * If the ProjectlThesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument was duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

11

Page 4: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Pusat Khidrnat Maklomat Akademil< UNIVE JTI ! ArSJA SARAWAK

TAJUK LAPORAN PROJEK T AHUN AKHIR

PERSEPSI PEKERJA ORANG KURANG UPAYA TERHAOAP PERKEMBANGAN KERJAYA 01 OALAM ORGANISASI

MOHO SAFIQ BIN LA TIP

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2015

111

I I

Page 5: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

-- ---- ------------------------

------------- ---- ----------------

Projek bertajuk '(Persepsi Pekerja Orang Kurang Upaya Terhadap Perkembangan Kerjaya di dalam Organisasi)' telah disediakan oleh (Mohd Safiq bin Latip) dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia).

Diterima untuk diperiksa oleh:

a. "U;~(lr Azzahrah bt Annuar)

Tarikh:

1 rjlu f 1. v 1\-

Gred

IV

Page 6: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Penghargaan

Alhamdullillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kumia dan keizinanNya dapat saya menghasilkan disertasi ini. Ketika menyiapkan disertasi ini, saya mendapat bantuan, bimbingan dan kerjasama yang tidak temilai daripada pelbagai pihak. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan. Setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih saya tujukan kepada peyelia utama Dr Azzahrah Anuar, kerana memberi nasihat, bimbingan dan galakan yang berterusan dan sangat bermakna sejak bermulanya pengajian sehinggalah tesis ini dapat disempumakan.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada pemeriksa pembentangan cadangan penyelidikan iaitu Dr. Fathahyah Yahya di atas sebarang penambahan cadangan yang amat bermakna. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak kerana bantuan dan bimbingan sepanjang pengajian saya.

Teristimewa sekali buat ayahanda terkasih Latif bin Suhaili dan bonda Rabiah binti Haji Arshad dan adik-beradik yang sentiasa menyokong dan membantu secara tidak langsung serta dirakamkan penghargaan yang sangat tinggi di atas kesabaran, pengorbanan dan sokongan yang tidak kunjung padam di sepanjang pengajian sehingga terhasilnya tesis ini. Sesungguhnya segala bimbingan, bantuan, pengorbanan, galakan dan sokongan yang amat bermakna dalam usaha menyempumakan disertasi ini hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

v

Page 7: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNlVERSm MALAYSIA SARAWAK

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan ladual Kandungan Senarai 1adual Senarai Rajah Abstrak Abstract

BAB 1 - PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Penyataan Masalah I.30bjektifKajian 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Limitasi Kajian 1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Persepsi 1.7.2 Kerjaya 1.7.3 Perkembangan Kerjaya 1.7.4 Orang Kurang Upaya

1.8 Rumusan

BAB 2 - KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 2.1 Konsep Perkembangan Kerjaya Orang OKU 2.2 Konsep Persepsi 2.3 Teori Yang Berkaitan 2.4 Dapatan Kajian Lepas

2.4.1 Hubungan Faktor Organisasi 2.4.2 Hubungan Faktor Dalaman Pekerja

2.5 Rumusan

BAB 3 - METODOLOGI KAHAN

3.0 Pengenalan 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Populasi, Sampel & Persampelan

VI

Muka surat V

vi IX

X

Xl

Xll

1 5 7 8 8 9 9 10 10 11 11 11 11

12 12 14 15 15 15 17 19

20 20 21

I

Page 8: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

3.3 Instrumen 21 3.4 Kajian Rintis 22 3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 22 3.6 Etika Kajian 23 3.7 Proses Pengumpulan Data 24 3.8 Proses Analisis Data 24 3.9 Rumusan 25

BAB 4 - BASIL KAJIAN

4.0 Pengenalan 26 4.1 ladual Profil Demografi Informan 26 4.2 Objektif 1: Memahami persepsi pekerja orang 29 kurang upaya terhadap perkembangan kerjaya dari segi faktor organisasi (majikan) di dalam organisasi

Objektif 2: Memahami persepsi pekerja orang 34 kurang upaya terhadap perkembangan kerjaya dari segi faktor dalaman pekerja OKU di dalam organisasi. 4.3 Kesimpulan 37

BAB 5 - PERBINCANGAN, RINGKASAN KAHAN, CADANGAN, RUMUSAN

5.0 Pengenalan 38 5.2 Perbincangan 39

5.1.1 Objektif 1: Memahami persepsi pekerja 39 orang kurang upaya terhadap perkembangan kerjaya dari segi faktor organisasi (majikan) pekerja OKU di dalam organisasi.

5.1.2 Objektif 2: Memahami persepsi pekerja 44 orang kurang upaya terhadap perkembangan kerjaya dari segi faktor dalaman pekerja OKU di dalam organisasi. 5.2 Ringkasan Kajian 47 5.3 Kepentingan Kajian 48 5.4 Limitasi Kajian 48

5.4.1 Metodologi Kajian 48 5.4.2 Skop Kajian 48 5.4.3 Tempat Kajian 49

5.5 Cadangan Kajian 49 5.5.1 Cadangan kepada individu (pekerja OKU) 49 5.5.2 Cadangan kepada organisasi 49 5.5.3 Cadangan kepada pengkaji akan datang 50

5.6 Kesimpulan 50

Vll

Page 9: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Rujukan 51

Lampiran 57 Lampiran 1 58 Lampiran 2 59 Lampiran 3 60

Matrik Analisis 62

Vlll

Page 10: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

,.

SENARAI JADUAL

Jadual 1.0.1 Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)

3-4

Jadual4.1 Jadual Profil Demografi Informan

26

IX

Page 11: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

SENARAI RAJAH

Rajah 4.1 Bentuk sokongan yang majikan berikan

29

Rajah 4.2 Peluang untuk terlibat dalam aktiviti organisasi

31

Rajah 4.3 Kesesuaian kerja

32

Rajah 4.4 Minat terhadap pekerjaan

34

Rajah 4.5 Motivasi untuk melakukan peketjaan

35

Rajah 4.6 Perancangan ketjaya di masa hadapan

36

Rajah 5.1 Bentuk sokongan yang majikan berikan

39

Rajah 5.2 Peluang untuk terlibat dalam aktiviti organisasi

41

Rajah 5.3 Kesesuaian kerja

43

Rajah 5.4 Minat terhadap peketjaan

44

Rajah 5.5 Motivasi untuk melakukan pekerjaan

45

Rajah 5.6 Perancangan ketjaya di masa hadapan

46

x

Page 12: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Abstrak

PERSEPSI PEKERJA ORANG KURANG UPAYA TERHADAP PERKEMBANGAN KERJA Y A DI DALAM ORGANISASI

Mohd Satiq bin Latip

Golongan orang kelainan upaya (OKU) merupakan golongan minoriti yang semakin mendapat perhatian atas beberapa kejayaan yang telah dicipta. Masyarakat juga semakin memberi perhatian terhadap golongan ini. Kejayaan mereka telah membuka mata masyarakat akan kekuatan dalaman luar biasa yang mereka ada. Mereka telah mempamerkan prestasi yang baik di dalam kerjaya. Dalam erti kata lain, OKU juga berkebolehan untuk melakukan pekerjaan dan ia berkait rapat dengan keadilan dalam organisasi tempat OKU bekerja serta persepsi keterbatasan OKU itu sendiri. Kajian ini bertujuan untuk memahami persepsi golongan OKU yang bekerja terhadap perkembangan kerjaya mereka di dalam organisasi khususnya di Malaysia. Kajian ini cuba mengkaji dan mengenalpasti dua pembolehubah iaitu 1) faktor organisasi dan 2) faktor dalaman OKU terhadap persepsi perkembangan kerjaya OKU di dalam organisasi. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kualitatifyang melibatkan lima orang informan OKU yang berkerjaya. Sesi temubual mendalam dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dapatan yang diperoleh menunjukkan rata-rata informan OKU yang bekerja didapati memainkan peranan penting dalam meningkatkan perkembangan kerjaya mereka. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada OKU, masyarakat, majikan dan pihak berkuasa.

Xl

Page 13: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Abstract

Perception ofDisability Employees Towards Career Development In An Organization

MOHD SAFIQ BIN LA TIP

Class of persons with disabilities (PWDs) is a minority that has received increasing attention over some successes that have been created. People are also increasingly paying attention to this group. Their success has opened the eyes of the public will be incredible inner strength that they have. They have performed well in careers. In other words, the disabled are also able to do the job and it is closely related to justice in organizations where disabled people work and perception of disabled people themselves limitations. This study aimed to understand the perceptions of people with disabilities who are working on the development of their careers within the organization, especially in Malaysia. This study attempts to examine and identify the two variables, namely 1) the relationship between the organization factor and 2) the relationship between internal factors perception of disabled people to the career development of disabled people in the organization. The study was conducted through qualitative methods involving five informants working disabled persons. In-depth interviews conducted to obtain the necessary information. The results showed an average informant working disabled persons found to play an important role in enhancing their career development. The study concludes with some suggestions from researchers submitted to the disabled, community, employers and authorities.

XlI

Page 14: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

II

,... ,I

BABI

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Pekerjaan merupakan sesuatu yang amat penting bagi segenap lapisan masyarakat di

seluruh pelusuk dunia. Pekerjaan yang dilakukan adalah bergantung kepada individu

yang terlibat sarna ada bertujuan untuk mencari sumber kewangan, memenuhi minat,

mencari kepuasan diri, memupuk sumber sokongan sosial, membina identiti dan harga

diri serta sebagai sumbangan yang berharga kepada agama, bangsa dan negara. Menurut

pandangan Islam pula, pekerjaan merupakan satu ibadah. Firman Allah S.W.T dalam

surah (Ar-Jumuah, 11) yang bermaksud " ... maka bertebaranlah di atas muka bumi, serta

carilah rezeki dari kurniaan Allah." Super (1957) pula menegaskan bahawa kerjaya

termasuklah persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaaan dan peranan-peranan

lain yang patut dilakukan selepas seseorang itu bersara daripada perkhidmatan.

Bagi golongan OKU juga, mereka tidak terlepas dalam mempunyai kerjaya dalam

hidup. Hal ini kerana, mereka juga memerlukan kerjaya bagi memenuhi keperluan dan

kehendak hidup mereka. Melalui kemudahan pekeIjaan, golongan OKU dapat

menyumbang kepada ekonomi negara, tidak terpinggir dan ketinggalan dalam

masyarakat. Walaubagaimanapun, golongan OKU sebenarnya tidak terkecuali daripada

menyumbang bagi meningkatkan perubahan dalam bidang politik, ekonomi, sosial,

sains dan teknologi serta teknologi maklumat. Golongan berkeperluan khas ini juga

seperti insan lain yang memerlukan pekerjaan supaya tidak hanya bergantung harap

kepada keluarga dan menunggu ihsan dari orang lain untuk memenuhi keperluan

seharian (Suhaida & Masitah, 2013).

1

Page 15: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Cabaran pekerjaan lebih hebat bagi golongan kelainan upaya (OKU). Hal ini adalah

demikian kerana pelbagai cabaran terpaksa diharungi oleh golongan ini disebabkan

kecacatan yang mereka alami. Social Model of Disability yang menjadi rujukan kepada

OKU di seluruh dunia jelas menyatakan bahawa OKU bukan semata-mata dipinggirkan

kerana kecacatan yang dihadapi, sebaliknya turut dipengaruhi oleh elemen persekitaran

seperti kekurangan kemudahan pendidikan, halangan kepada akses bangunan,

kekurangan pengangkutan yang sesuai malah halangan daripada aspek mendapatkan

pekerjaan.

Kajian Ilona (2010) turut mendapati bahawa terdapat tiga cabaran utama dalam

mengintegrasi pekerja OKU dalam organisasi ialah bagaimana untuk menarik minat

OKU untuk supaya cenderung bekerja, bagaimana hendak menyediakan persekitaran

tempat kerja yang kondusif dan bagaimana hubungan interpersonal di antara pihak

majikan dan pekerja OKU itu perlu berlaku kerana halangan-halangan yang pelbagai.

Golongan OKU yang cuba ingin menempatkan diri dalam pasaran buruh, diskriminasi

dan eksploitasi merupakan dua cabaran utama yang dihadapi oleh pekerja OKU dalam

organisasi (Khoo & Tiun, 2013). Akan tetapi golongan masyarakat merupakan entiti

yang berpengaruh dalam memberikan impak daripada pelbagai aspek kehidupan OKU.

Persepsi dan mentaliti segelintir masyarakat yang masih lagi di takuk lama telah

menyukarkan golongan OKU untuk terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti harian

dalam meningkatkan kualiti kehidupan.

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah merupakan sebahagian daripada kelompok minoriti

dalam masyarakat kita. Terdapat banyak definisi serta makna untuk OKU ini . Antaranya

dipetik dari Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU tennasuklah mereka yang

mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria

yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh

dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta Orang Kurang Upaya, 2008). Dari

pandangan Mohd Hafiz Abdul Rahman pula, OKU adalah orang yang mengalami

keterbatasan mobilisasi merujuk kepada jenis kecacatannya, sarna ada fizikal (anggota)

mahupun mental (ringan, sederhana, dan berat), penglihatan, dan pendengaran (Mohd

Hafiz Abd Rahman, 2009). Definisi perspektif oleh Zinaida Ariffin pula mengatakan

bahawa, OKU merupakan individu yang tidak berupaya menentukan sendiri sebahagian

keperluan dirinya atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu

kekurangan sarna ada dari segi fizikal ataupun mental dan memerlukan bantuan

daripada orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka (Zinaida Ariffin, 2006).

2

Page 16: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

Secara urnurnnya, golongan OKU dapat dipecahkan kepada dua kurnpulan urn urn iaitu

mempunyai kelainan upaya secara kekal dan kelainan upaya secara sernentara. Antara

contoh kelainan upaya secara kekal adalah golongan yang rnernpunyai cacat anggota,

cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala kelornpok kelainan

upaya secara sernentara adalah seperti individu yang cedera, sakit dan perernpuan yang

rnengandung. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah rnenyenaraikan enarn

kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu kurang upaya fizikal, penglihatan,

pendengaran, mental, rnasalah pernbelajaran dan selebihnya lain-lain (rujuk Jadual 1.1)

1.

2.

Kurang Upaya Pendengaran

Kurang Upaya Penglihatan

Individu yang tidak dapat rnendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa rnenggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat rnendengar langsung walaupun dengan rnenggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:

Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB) Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)

Teruk 90 Individu yang tidak dapat rnelihat atau rnengalarni penglihatan terhad sarna ada di sebelah atau di kedua­dua belah rnata walaupun dengan rnenggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin rnata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dirnaksudkan boleh dibahagi kepada:

Buta (Blind) Penglihatan kurang daripada 3/60 pada rnata yang lebih baik walaupun dengan rnenggunakan alat bantu penglihatan atau rnedan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;

Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted) Penglihatan lebih teruk daripada 6118 tetapi sarna dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan rnenggunakan alat bantu penglihatan at au rnedan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal Seseorang yang rnengalarni ketidakupayaan anggota badan sarna ada kehil . atau tidak

3

Page 17: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

mempunym satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan Inl akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu Jan tangan, lumpuh, spina bifida, muscular I

dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.

4. Masalah Pembelajaran Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, aut is me, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) , masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).

5. Kurang Upaya Pertuturan

Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.

6. Kurang Upaya Mental Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sarna ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jems-Jenis penyakit mental tersebut adalah Skizojrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

7. Kurang Pelbagai

Upaya Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.

Jadual 1 Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) (sumber : http://www.spa.gov.my/PortaIJKategori_OKU)

Pada masa kini masih lagi terdapat golongan OKU di dalam negara kita khususnya di

Malaysia yang seringkali dipandang rendah dan dipandang remeh, walhal mereka masih

berkeupayaan untuk bekerja disamping turut mempunyai pencapaian yang amat

membanggakan. Ini kerana terdapat segelintir masyarakat masih memikirkan golongan

OKU ini sebagai amat menyusahkan dan membebankan mereka di dalam kehidupan.

4

Page 18: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

fusat Khidmal MaKJUIIJltt AkadcmH, VNlVERSm MALAYSIA SARAWAK

Walhal golongan minoriti ini sarna sahaja kehidupan seperti manusia yang normal,

tetapi mereka hanya perlu diberi perhatian yang sewajamya dalam membantu

meningkatkan taraf kehidupan mereka.

1.1 LATARBELAKANG KAJIAN

Kajian ini mengkaji tentang persepsi perkembangan kerjaya OKU pada masa kini. Ini

kerana OKU telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tertentu seperti orang

biasa juga dan membolehkan mereka dapat meningkatkan kerjaya mereka ke tahap yang

mereka ingin capai. OKU pada masa kini telah mempunyai kelayakan seperti diploma

dan ijazah serta sebilangan golongan OKU juga telah mampu memegang jawatan tinggi

di dalam organisasi, antaranya seperti jawatan pensyarah, penyelidik serta menjadi

pegawai-pegawai di dalam sektor kerajaan. Antara contohnya adalah Allahyarham Prof.

Datuk Dr. Ismail Md. Salleh yang menjadi Senator pertama di negara ini daripada

golongan orang kurang upaya (OKU) pada tahun 2007. Allahyarham juga merupakan

Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT) (Utusan

Malaysia, 2007).

Terdapat juga golongan OKU yang berjaya menceburi dalam bidang-bidang yang

mereka minati termasuklah bidang perubatan, undang-undang, pemiagaan, psikologi,

pendidikan, dan seni dan sains. Disebabkan pada masa kini dunia telah mengalami

banyak perubahan dan cabaran pada abad 21, golongan OKU juga telah mengalami

impak dalam kehidupan sosial mereka agar mereka dapat hidup dalam mencari rezeki.

Oleh itu, OKU telah diberikan atau ditempatkan untuk bekerja sarna ada di sektor awam

dan sektor swasta. Di zaman yang serba moden dan mencabar ini, golongan OKU patut

diberi peluang berdiri sarna tinggi untuk memperolehi kerjaya mereka ke lebih tinggi.

Sehingga 15 Mei 2012, hanya 20.7% bilangan OKU yang berdaftar berjaya mendapat

pekerjaan dan menerima Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang melibatkan

peruntukan sebanyak RM 6.0 bilion (Jessica Jawing, 2012).

Untuk mengetahui apa itu perkembangan kerjaya, konsep perkembangan kerjaya amat

penting untuk difahami terlebih dahulu. Perkembangan kerjaya merupakan suatu

pendekatan formal yang digunakan oleh organisasi untuk membantu individu

mendapatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjayakan pekerjaan masa kini dan

juga pada masa hadapan (Zafir & Fazilah , 2003). Maksudnya disini adalah kebanyakan

orang mencari persekitaran yang dapat membolehkan mereka menggunakan kemahiran

5

Page 19: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

dan kemampuan mereka, di samping mengambil persekitaran yang menyeronokkan

serta pelbagai peranan yang digunakan.

Melalui kajian ini, hubungan faktor organisasi adalah berkaitan dengan aspek sokongan

dari pihak atasan yang merangkumi pengiktirafan, sokongan dan penglibatan pekerja

dalam perancangan ke arah sesuatu kerjaya. Pengiktirafan dan sokongan yang diberikan

oleh pihak majikan akan dapat membantu meningkatkan motivasi pekerja dalam

tugasan yang mereka lakukan (Nelson, 2004). Bagi golongan OKU pula, sememangnya

mereka amat memerlukan perhatian serta sokongan daripada majikan agar mereka tidak

disi ihkan serta diberi peluang bagi menunjukkan tahap pencapaian yang mereka telah

lakukan. Ini secara tidak langsung akan turut memberi mereka lebih berusaha untuk

melalukan setiap apa sahaja tugasan yang diberikan dengan baik serta memperolehi

pengiktirafan dan sanjungan kerana mereka telah menunjukkan kemampuan mereka

yang sebenar.

Faktor dalaman pekerja pula adalah merangkumi aspek-aspek seperti minat seseorang

pekeIja terhadap tugasan atau kerja yang dilakukan serta usaha pekerja tersebut untuk

meningkatkan kemahiran mereka. Beach (1995) menyatakan bahawa setiap individu

yang mempunyai minat yang tinggi serta keinginan yang kuat dalam mempunyai

perancangan terhadap perkembangan keIjaya mereka di samping turut mempelajari

mengenai peluang kerjaya mereka di dalam organisasi. Dalam kajian ini, golongan

OKU sememangnya mereka mempunyai azam yang tinggi untuk mempunyai

pencapaian di dalam kerjaya mereka. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, tetapi

itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bekeIjaya.

Oleh itu, pelbagai isu terhadap golongan OKU ini mencambahkan minat pengkaji di

seluruh dunia bagi mencari solusi terbaik. Kajian yang dijalankan penyelidik ini salah

satunya cuba mengupas isu mengenai apakah persepsiperkembangan keIjaya OKU di

dalam organisasi khususnya di Bandaraya Kuching, Sarawak. Pembolehubah yang

dikaji adalah mengenai persepsi pekeIja OKU dari segi faktor organisasi dan faktor

dalaman mereka terhadap perkembangan keIjaya mereka di dalam organisasi.

6

Page 20: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

1.2 PENYA T AAN MASALAH

Pada masa kini, golongan OKU telah ada yang berjaya menceburi bidang-bidang yang

mereka minati . Terdapat organisasi yang telah mengambil golongan OKU bekerja

memandangkan OKU sekarang mempunyai pengetahuan, kemahiran serta keupayaan

endiri. Ini telah dibuktikan bahawa sehingga Mac 2007, sebanyak 6,799 daripada 9,070

OKU yang berdaftar telah mempunyai pekerjaan (Rosmawati Sulaiman, 2008). Menurut

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim

pula, pada tahun 2013 sejumlah 1754 orang 0 KU berdaftar telah bekerj a di sektor

awam manakala sebanyak 9074 orang OKU berdaftar telah berjaya ditempatkan bekerja

di sektor swasta sejak labatan Buruh memperkenalkan pendaftaran pekerjaan secara

dalam tali an dan sistem padanan yang dikenali sebagai Sistem Penempatan OKU

(Utusan Malaysia, 1754 OKU berdaftar di Sektor Awam, 2013). Serajul Haq (2003)

pula menyatakan bahawa, dalam tahun 2003, hanya keseluruhan jumlah OKU yang

mendapat pekerjaan adalah sebanyak 5.24%.

Tetapi permasalahan berlaku apabila jika terdapat pekerja OKU di dalam organisasi

tersebut mempunyai kelayakan seperti diploma dan ijazah, seharusnya mereka dapat

berpeluang untuk mengembangkan kerjaya mereka ke tahap yang mereka ingin capai.

Terdapat segelintir majikan masih berat sebelah dan prejudis yang tidak betul serta

kurang memahami keperluan golongan OKU, disamping tidak memberi peluang kepada

individu OKU yang bekerja untuk bersaing dengan pekerja yang lain dalam bekerjaya

(Khoo & Tiun, 2013). Seharusnya golongan OKU patut diberi peluang seperti pekerja

yang lain dalam meningkatkan kerjaya mereka yang mereka ingin capai. Dalam kajian

luar negara yang telah dibuat oleh Yelin (1996) yang menyatakan bahawa dalam sektor

professional dan pengurusan, sebanyak 1.6 juta atau 10.7% daripada pekerja wanita

adalah dari golongan OKU berbanding dengan 1.3 juta atau 9.2% lelaki yang OKU. Ini

bermakna, semakin ramai golongan OKU yang telah berjaya mencapai jawatan tertinggi

di dalam organisasi.

Sehubungan dengan itu juga, Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen terhadap

meningkatkan kualiti kehidupan golongan OKU dengan adanya Pelaksaan Dasar Satu

Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul

Karim berkata, kerajaan telah memperkenalkan dasar tersebut pada tahun 1988 bagi

membantu golongan OKU yang berkelayakan, bekerja dan memegang jawatan yang

7

Page 21: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

sesuai dalam sektor awam (Utusan Malaysia, 1754 OKU berdaftar di Sektor Awam,

201 3).

Walaubagaimanapun, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM) adalah seramai 359,203 orang sahaja. Walaupun kerajaan Malaysia telah

mengambil kira pelbagai faktor untuk menggalakkan golongan OKU bekerja, tanpa

sistem levi yang ketat, keberkesanan inisiatif ini dianggap rendah. Khor (2002) berkata,

daripada 1% kuota yang telah diperuntukkan hanya 538 OKU yang berjaya ditempatkan

dalam sektor awam. Di dalam kajian Khor pada tahun 2010 pula mendapati bahawa

hanya 581 OKU sahaja yang berjaya ditempatkan dalam sektor awam dan selebihnya

seramai 6,000 orang dalam bidang swasta.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum :

Untuk mengkaji persepsi pekerja orang kurang upaya terhadap perkembangan kerjaya di

dalam organisasi.

Objektif khusus :

i) Untuk memahami persepsi pekerja orang kurang upaya terhadap

perkembangan kerjaya dari segi faktor organisasi (majikan) di dalam

organisasi.

ii) Untuk memahami persepsi pekerja orang kurang upaya terhadap

perkembangan kerjaya dari segi faktor dalaman pekerja OKU di dalam

organisasi .

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Berikut antara persoalan-persoalan kajian yang ingin dikaji :

1) Apakah persepsi pekerja orang kurang upaya terhadap perkembangan kerjaya

mereka dari segi faktor organisasi (majikan) di dalam organisasi?

2) Apakah persepsi pekerja orang kurang upaya terhadap perkembangan kerjaya

mereka dari segi faktor dalaman pekerja OKU di dalam organisasi? 8

Page 22: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil dari kajian ini am at penting bagi mengetahui persepsi pekerja OKU mengenai

perkembangan kerjaya di dalam organisasi. Hasil daripada kajian ini akan memberi

manfaat kepada:

I. Golongan OKU : Hasil kajian ini juga diharap dapat memotivasikan lagi insan

lain yang senasib dalam individu dengan golongan OKU sendiri . Di samping itu,

dapatan kajian ini akan menunjukkan hasil yang berguna untuk mereka

memajukan diri dalam kerjaya yang diminati masing-masing.

11. Kerajaan: Diharapkan dapatan hasil kajian ini dapat dijadikan maklumat

penting kepada pihak kerajaan untuk merangka lebih banyak program yang

dapat membantu golongan OKU dalam mencapai matlamat kehidupan mereka.

iii. Pihak Majikan : Hasil dari kajian membolehkan majikan dapat menilai

golongan OKU ini setaraf dengan pekerja biasa berdasarkan pengetahuan,

kemahiran serta keupayaan mereka disamping pengalaman golongan OKU

dalam bekerja.

iv. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) : Dapatan hasil kajian ini juga boleh

dijadikan rujukan kepada badan-badan bukan kerajaan untuk memberikan

pembelaan yang sewajamya kepada golongan ini dan juga memberikan bantuan­

bantuan sampingan.

v. Masyarakat : Kelompok masyarakat pula akan cuba mampu mengubah persepsi

golongan OKU ini sebagai golongan tidak mampu untuk bekerjaya serta

memberi kesedaran dan sikap keperihatinan terhadap golongan minoriti tersebut.

1.6 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Bandaraya Kuching, Sarawak. Kajian telah memilih responden

secara rawak dan tidak mengkhususkan jawatan yang dipilih untuk dijadikan sebagai

responden. Selain itu juga, responden yang pengkaji pilih menggunakan kaedah Snow Ball.

Kesemua respond en akan diedarkan satu set borang soal selidik dan" daripada data yang

diperoleh, pengkaji akan menggunakannya sebagai data primer dalam kajian ini. 9

Page 23: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

1.7 DEFINISI ISTILAH

Istilah-istilah yang terdapat dalam kajian ini seringkali banyak ditunjukkan dan setiap

istilah tersebut adalah penting memandangkan kajian ini berdasarkan terhadap

perkembangan kerjaya OKU di organisasi. Setiap definisi atau maksud istilah ini

merangkumi perkaitan dengan kajian yang dijalankan.

1. 7.1 Persepsi

Terdapat ramai saIjana yang takrifan frasa persepsi itu mengikut pengalaman dan latar

belakang pendidikan mereka. Antara beberapa definisi persepsi yang telah dikemukakan

oleh para sarjana adalah:

Persepsi merupakan satu proses yang kompleks untuk memahami diri sendiri, orang lain

atau persekitaran. Di dalam membuat persepsi penerimaan maklumat dan penganalisaan

maklumat adalah penting. Proses ini melibatkan kreativiti dan penginterpretasian

(Pearson et aI., 1995). Menurut Robbins (1999) pula, persepsi didefinisikan sebagai satu

proses di mana seseorang merancang dan mentafsir deria-deria yang dapat memberi

makna kepada persekitaran. Hashim Fauzy (2001) pula menyatakan persepsi ialah

proses kesedaran terhadap objek atau kejadian termasuk terhadap diri sendiri. Ini kerana

etiap persepsi seseorang terdapat kesedaran dan reaksi manusia terhadap rangsangan

yang berkait dengan perasaan dan deria.

Dalam kajian ini, persepsi membawa maksud tanggapan atau pandangan golongan OKU

yang bekerja dalam aspek hubungan faktor organisasi serta hubungan faktor dalaman

mereka terhadap perkembangan kerjaya mereka di dalam organisasi. Hubungan faktor

prganisasi meliputi peluang yang majikan berikan, bentuk sokongan yang dibantu serta

kesesuaian keIjaya mereka. Manakala hubungan faktor dalaman pula meliputi minat

seseorang pekerja OKU di dalam pekerjaan yang dilakukan, motivasi mereka serta

perancangan kerjaya mereka di masa hadapan.

10

Page 24: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pekerja orang kurang upaya... · Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ... kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai

1.7.2 Kerjaya

Ketjaya merujuk kepada kerja yang dipilih oleh individu sepanjang kehidupannya dan

juga akan berubah akibat perubahan teknologi serta keinginan individu untuk

melakukan sesuatu yang berbeza (Mondy et aI., 2002). Oleh sebab itu, seseorang

individu berhak untuk memilih jenis kerjaya yang diminatinya berdasarkan kelayakan

dan kemampuan dirinya sendiri. Jika individu mempunyai kerjaya, maka individu

tersebut mampu mengubah nasib serta taraf hidup untuk menikmati kehidupan yang

lebih baik dari sebelumnya.

1. 7.3 Perkembangan Kerjaya

Menurut Baer, Manuel, Luft dan Simmons (2008) yang menyatakan bahawa

perkembangan kerjaya seseorang individu adalah proses seumur hidup yang

merangkumi proses pertumbuhan dan perubahan dari zaman kanak-kanak, pendidikan

kerjaya formal di sekolah, dan proses pematangan yang terus sepanjang masa dewasa

ketja seseorang hingga ke alam persaraan.

1.7.4 Orang Kurang Upaya (OKU)

Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan seseorang yang terhalang fungsi

pergerakannya yang memerlukan kemudahan yang direka bentuk khas seperti

bangunan, peralatan dan kelengkapan serta susunan luar kawasan bagi mengatasi

halangan pergerakan mereka itu (Reuter, 200 I).

1.8 RUMUSAN

Secara keseluruhannya dari unit pengenalan ini, diharap pemahaman mengenal

pencapaian perkembangan kerjaya OKU di organisasi dapat dicapai dan seterusnya

membolehkan segenap golongan masyarakat ~apat mengetahui kriteria-kriteria apa yang

: ingin golongan OKU capai. Kajian ini juga diharapdapat membantu para majikan­

majikan di organisasi untuk memberi lebih maklumat yang benar terhadap golongan

OKU.

11