fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia hubungan ... antara gaya keibubapaan dengan... ·...

24
HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon Kota Samarahan 2008 Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Upload: lamnga

Post on 21-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA

ANAK

Rozalina Binti Kitingon

Kota Samarahan

2008

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Page 2: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DENGAN SELF ESTEEM DI

KALANGAN ANGGOTA POLIS DI BALAI POLIS PETALING JAYA,

SELANGOR

NORSHILA BINTI ABDUL LATIFF

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Kaunseling)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2008

Page 3: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

Projek bertajuk ‘Hubungan antara Tekanan Kerja dengan Self Esteem di Kalangan

Anggota Polis di Balai Polis Petaling Jaya, Selangor’ telah disediakan oleh Norshila Binti

Abdul Latiff dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Kaunseling).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(FATAHYAH YAHYA)

Tarikh:

GRED

Page 4: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

i

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Syukur kehadrat Ilahi atas rahmat dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan

kajian ini pada masa yang ditetapkan untuk memenuhi syarat bergraduat bagi Ijazah

Sarjana Muda Kaunseling. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia saya iaitu Puan Fatahyah Yahya yang banyak membantu

dalam memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan

dalam menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya jasa beliau amat besar dan amat saya hargai.

Ucapan terima kasih ini juga ingin saya tujukan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling

Jaya atas kesudian memberikan kerjasama dalam kajian saya ini dengan membenarkan

saya menjalankan kajian ke atas anggota polis di Balai Polis Petaling Jaya.

Tidak dilupakan buat keluarga terutama kepada ibu bapa saya, Abdul Latiff bin Abu

Bakar dan Mishah Yeop Muhayiddin yang turut memberikan bantuan dan semangat

kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Tanpa sokongan daripada mereka, pasti sukar

untuk saya meneruskan perjuangan saya dalam menyiapkan kajian ini.

Turut saya hargai buat rakan-rakan seperjuangan terutama yang melakukan tajuk kajian

yang sama dengan saya. Sesungguhnya kalian sangat memahami dan saling memberi

sokongan dan bantuan yang tidak dapat saya balas dengan kata-kata. Sokongan dan

bantuan kalian berikanlah yang telah memberikan nafas kepada saya untuk turut berusaha

dalam perjuangan menyiapkan kajian ini.

Kepada rakan-rakan lain, para senior, semua pensyarah di Jabatan Kaunseling, staf

sokongan dan semua yang terlibat memberikan bantuan sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung, saya ucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya jasa kalian

amatlah saya hargai.

Page 5: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

ii

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan i

Jadual Kandungan ii

Senarai Jadual v

Senarai Rajah vii

Senarai Lampiran viii

Abstrak ix

Abstract x

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan 2

1.1 Latar Belakang Kajian 4

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif 10

1.3.1 Objektif Umum 10

1.3.2 Objektif Khusus 10

1.4 Kerangka Konseptual 11

1.5 Hipotesis 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Definisi Istilah 13

1.8 Limitasi Kajian 15

1.9 Kesimpulan 16

BAB 2: SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan 17

2.1 Sorotan Kajian Lepas 18

2.1.1 Kajian berkaitan Tekanan Kerja 18

2.1.2 Kajian berkaitan Self Esteem 20

2.1.3 Kajian berkaitan Tekanan Kerja dengan Self Esteem 21

2.1.4 Kajian Bebanan Kerja dengan Self Esteem 22

2.1.5 Kajian Persekitaran Fizikal Kerja dengan Self Esteem 23

2.1.6 Kajian Pendapatan dengan Self Esteem 24

2.1.7 Kajian Latar Belakang Pendidikan dengan Self Esteem 26

2.1.8 Kajian Jantina dengan Self Esteem 28

2.2 Teori berkaitan 30

2.2.1 Teori Lazarus 30

2.2.2 Teori Motivasi-Hygiene 31

2.2.3 Teori Identiti Sosial 32

2.2.4 Model Vitamin Warr 33

2.2.5 Kesimpulan Teori 36

2.3 Kesimpulan 37

Page 6: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

iii

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 38

3.1 Reka Bentuk Kajian 39

3.2 Lokasi Kajian 39

3.3 Persampelan Kajian 39

3.4 Instrumen Kajian 40

Bahagian A: Faktor Demografi 40

Bahagian B: Tekanan Kerja- Occupational Stress Inventory

Revised Edition (OSI-R) 40

Bahagian C: Rosenberg Self Esteem Scale (RSE) 42

3.5 Teknik Pengumpulan Data 43

3.5.1 Data Primer 43

3.5.2 Data Sekunder 43

3.6 Teknik Penganalisaan Data 43

3.6.1 Analisis Deskriptif 44

3.6.2 Ujian- t 44

3.6.3 Ujian Pekali Pearson 44

3.7 Rumusan Penganalisaan Data 45

3.8 Kesimpulan 45

BAB 4: PENGANALISAAN DATA DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 46

4.1 Taburan Demografi Responden 47

4.2 Dapatan Hipotesis 50

4.2.1 Hubungan Tekanan Kerja dengan Self Esteem 50

4.2.2 Hubungan Bebanan Kerja dengan Self Esteem 52

4.2.3 Hubungan Persekitaran Fizikal dengan Self Esteem 53

4.2.4 Hubungan Faktor Demografi Terpilih dengan Self Esteem 54

4.2.4.1 Hubungan Pendapatan dengan Self Esteem 54

4.2.4.2 Hubungan Latar Belakang dengan Self Esteem 56

4.2.4.3 Hubungan Jantina dengan Self Esteem 57

4.3 Rumusan Keputusan Ujian 59

4.4 Kesimpulan 60

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 61

5.1 Rumusan Kajian 62

5.2 Cadangan 63

5.2.1 Anggota Polis dan Pihak Pengurusan Balai 63

5.2.2 Bidang Kaunseling 64

5.2.3 Pengkaji akan Datang 65

5.3 Kesimpulan 66

Page 7: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

iv

BIBILIOGRAFI 67

LAMPIRAN 71

Page 8: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

v

SENARAI JADUAL

Jadual 1

Jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) 40

Jadual 2

Skor Kiraan Markah bagi Setiap Item 42

Jadual 3

Rumusan Penganalisaan Data 45

Jadual 4

Taburan demografi responden 47

Jadual 5

Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi hubungan 50

tekanan kerja dengan self esteem

Jadual 6

Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi hubungan bebanan 52

kerja dengan self esteem

Jadual 7

Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi hubungan persekitaran 53

fizikal kerja dengan self esteem

Jadual 8

Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi pendapatan dengan 54

self esteem anggota

Jadual 9

Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi latar belakang 56

pendidikan anggota dengan self esteem

Page 9: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

vi

Jadual 10

Keputusan perbezaan antara jantina dan self esteem 57

Jadual 11

Rumusan dapatan Hipotesis 59

Page 10: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

vii

SENARAI RAJAH

Rajah 1

Kerangka Konseptual 11

Rajah 2

Teori Motivasi- Hygiene 32

Page 11: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

viii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Borang Soal Selidik

Lampiran B Surat Permohonan Menjalankan Kajian

Lampiran C Surat Pengesahan Kebenaran Menjalankan Kajian

Page 12: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

ix

ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DENGAN SELF ESTEEM DI

KALANGAN ANGGOTA POLIS DI BALAI POLIS PETALING JAYA, SELANGOR

Norshila Binti Abdul Latiff

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tekanan kerja dengan self esteem.

Disamping itu, fokus kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara dua daripada

enam faktor tekanan kerja iaitu bebanan kerja dan persekitaran fizikal kerja dengan self

esteem. Turut dikaji adalah hubungan antara faktor demografi iaitu latar belakang

pendidikan dan pendapatan dengan self esteem. Manakala faktor demografi jantina pula

melihat kepada perbezaan antara jantina dengan self esteem. Sampel kajian ini adalah

terdiri daripada 58 orang anggota polis yang telah berkahwin dari Balai Polis Petaling

Jaya. Instrumen yang digunakan ialah Occupational Stress Inventory Revised Edition

(OSI-R) dan Rosenberg Self Esteem Inventory. Oleh kerana kajian ini adalah berbentuk

kuantitatif, maka borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang

faktor demografi responden, tekanan kerja dan self esteem. Data yang diperolehi

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0.

Ujian Korelasi digunakan bagi mengukur dan menginterpretasi semua pemboleh ubah

yang dikaji kecuali jantina. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan jantina

dengan self esteem. Hasil keputusan mendapati, tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara semua pemboleh ubah yang dikaji dengan self esteem. Ini termasuklah jantina iaitu

tidak terdapat perbezaan antara jantina dengan self esteem.

Page 13: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

x

ABSTRACT

CORRELATION BETWEEN WORK STRESSES WITH SELF ESTEEM AMONG

POLICE OFFICERS IN BALAI POLIS PETALING JAYA, SELANGOR

Norshila Binti Abdul Latiff

The purpose of this study is to distinguish the relationship between work stress and self

esteem. A part from that, this study also focusing on to distinguish the relationship

between two out of six work stress factors that consists of workload and physical

environment towards self esteem. Also to be study in this paper is demographical factors

such as educational level and income with self esteem. Whereas for gender, this study is

looking forward to distinguish the difference between gender and self esteem. There are

58 married officers from Balai Polis Petaling Jaya, Selangor involve as participants in

this study. The instruments uses are Occupational Stress Inventory Revised Edition (OSI-

R) and Rosenberg Self Esteem Inventory (RSE). Due to it is a quantitative study,

therefore questionnaires are distribute to gather data from the respondents regarding

demographic factors, work stress and self esteem. Software of Statistical Package for

Social Science (SPSS) version 15.0 is use to analyze all the data. Pearson correlation is

use to measure and interpret all variables except gender where t-test is use to distinguish

the difference between gender and self esteem. From the result, it shows that there are no

significant relationships for all the variables with self esteem. This also includes gender

where there is no significant difference between gender and self esteem.

Page 14: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

1

BAB 1

PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan

masalah dan objektif kajian berhubung salah satu punca tekanan iaitu tekanan kerja dan

mengaitkannya dengan self esteem ke atas individu yang berkahwin. Turut termasuk

dalam bab ini ialah kerangka konseptual kajian, hipotesis, kepentingan kajian, definisi

istilah dan limitasi kajian.

Page 15: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

2

1.0 Pengenalan

Dunia globalisasi hari ini menyaksikan manusia semakin rakus dalam persaingan

mengejar kemewahan. Dalam proses persaingan ini manusia tidak dapat lari daripada

tekanan. Ini kerana sekalipun berjaya dalam persaingan tersebut tekanan tetap berlaku

kerana semakin ramai yang cuba menghimpit kejayaan yang dikecapi. Sekiranya tewas,

tekanan pula adalah pengaruh daripada emosi sendiri atas kegagalan yang dialami.

Menurut Yeo (1996), tekanan ialah sebarang jenis desakan yang memberi kesan kepada

kehidupan seseorang sama ada daripada segi fizikal, mental atau emosi atau ketiga-

tiganya. Kesan daripada desakan ini mungkin baik atau buruk bergantung kepada tindak

balas seseorang terhadap faktor-faktor tekanan.

Terdapat pelbagai punca tekanan. Antaranya ialah kewangan, kesihatan, pengurusan

masa, kehidupan berkeluarga, pekerjaan dan kehidupan sosial. Kesan daripada tekanan

melampau akan mengakibatkan masalah kesihatan, emosi dan juga mental kepada

individu (Turkington,1998). Self esteem ialah sebahagian daripada kesan kepada masalah

emosi akibat tekanan.

Branden (1969) dalam James dan Nightingale (2005) mendefinisikan self esteem sebagai

keyakinan seseorang dalam kebolehan untuk berfikir dan menghadapi rintangan dalam

hidup. Selain itu beliau juga menyatakan self esteem bermaksud perasaan keupayaan

seseorang dalam merasai hak untuk berasa gembira dan merasai kejayaan dalam hidup

serta menikmati kepuasan mencapai segala kehendak dan kemahuannya.

Alexander (2001) telah membahagikan self esteem kepada beberapa elemen. Elemen-

elemen tersebut adalah (1) unconditional self-acceptance; (2) sense of capability or

efficacy; (3) sense of purpose; (4) appropriate assertiveness; (5) experience of flow and

fulfillment; (6) sense of responsibility and accountability; (7) sense of safety and security;

(8) sense of belonging dan (9) sense of integrity.

Page 16: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

3

Unconditional self acceptance atau penerimaan diri tanpa syarat adalah elemen self

esteem yang menekankan keupayaan individu itu dalam mengenali dan menerima

dirinya. Ini termasuklah kelemahan dan kelebihan dirinya. Sense of capability or efficacy

pula merujuk kepada keupayaan diri untuk mengetahui kemampuan atau

ketidakmampuan diri dalam melakukan sesuatu perkara.

Elemen self esteem sense of purpose pula membawa maksud kelebihan seseorang dalam

memiliki matlamat atau tujuan hidup dan keupayaannya dalam merealisasikan matlamat

tersebut. Elemen ini turut berkait dengan elemen self esteem yang seterusnya iaitu

appropriate assertiveness iaitu perasaan mampu untuk bertindak mengikut matlamat

yang ingin dicapai.

Seterusnya elemen yang kelima iaitu experience of flow and fulfillment pula membawa

maksud adanya perasaan kepuasan dan bangga dengan apa yang dilakukan dan

menghargai apa yang telah dilakukan. Walaupun wajar ada rasa puas dan bangga, namun

begitu sekiranya ada masalah yang berlaku, individu itu juga perlu bertanggungjawab

atas tindakan yang telah dilakukan. Ini seperti yang telah ditegaskan dalam elemen yang

keenam iaitu sense of responsibility and accountability.

Turut termasuk dalam elemen self esteem ialah sense of safety and security yang mana

seseorang itu perlu ada rasa percaya terhadap diri sendiri dan orang lain dan berasa

senang dan selesa dengan kehidupannya. Dengan ini secara tidak langsung elemen ke

lapan iaitu sense of belonging atau rasa dipunyai dapat dipenuhi.

Self esteem ini turut merujuk kepada integriti atau maruah seseorang. Seperti yang

ditekankan oleh elemen yang kesembilan iaitu sense of integrity, individu yang

bermaruah adalah individu yang menjalani hidup mengikut nilai dan kepercayaan yang

dipegang dan bertindak mengikut apa yang difikirkan betul.

Berdasarkan penerangan daripada komponen elemen-elemen self esteem ini Alexander

(2001) percaya ketidakseimbangan terhadap mana-mana elemen ini akan menyukarkan

Page 17: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

4

seseorang untuk mengawal tahap self esteemnya. Apabila self esteem ini gagal dikawal

kecenderungan untuk mengalami tekanan adalah tinggi. Dikatakan individu yang

mempunyai self esteem rendah, kecenderungan untuk dirinya tertekan adalah tinggi jika

dibandingkan individu self esteem tinggi.

1.1 Latar belakang kajian

Dunia pekerjaan adalah dunia yang penuh dengan cabaran dan tidak terlepas daripada

tekanan. Menurut Leka, Griffiths dan Cox (2003), tekanan kerja ialah sejenis keadaan

tegang yang dialami oleh seseorang berhubung kehendak tugasan yang tidak setimpal

atau mencabar kemampuan dan keupayaan diri. Ini turut disokong oleh Mohd. Taib dan

Hamdan (2006) yang mendefinisikan tekanan di tempat kerja sebagai tindak balas fizikal

atau dimensi negatif yang timbul apabila tuntutan tidak sepadan dengan kebolehan

pekerja.

Tekanan boleh berlaku berpunca daripada banyak faktor dan selalunya menyebabkan

seseorang berasa sangat terbeban apabila gagal mengawal tugasnya. Ini terutama yang

bergelar pekerja kerana kurang sokongan dan dorongan daripada majikan dan rakan

sekerja. Mohd. Taib dan Hamdan (2006) pula menyatakan tekanan di tempat kerja boleh

berlaku disebabkan perubahan struktur organisasi, pertukaran tempat kerja, gaji yang

tidak sesuai, sikap atau layanan majikan dan meningkatnya bebanan kerja.

Ini menunjukkan tekanan kerja adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan kerana

kehendak dan suasana kerja. Adakalanya tekanan boleh membuatkan seseorang lebih

peka, bermotivasi, dapat bekerja dan belajar. Namun ada juga yang boleh membuatkan

seseorang menjadi kurang berfungsi, lemah semangat, rendah diri dan putus asa. Ini

semua bergantung kepada individu kerana tidak semua orang boleh bekerja dalam

keadaan bertekanan. Justeru benar bahawa tekanan adalah terdiri dua iaitu tekanan positif

dan tekanan negatif. Bagaimanapun jika tekanan yang melampau, ini akan

membahayakan kesihatan dan menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Page 18: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

5

Menurut Greensberg (2002) , terdapat enam faktor tekanan yang berkaitan dengan

pekerjaan. Faktor tekanan tersebut ialah 1) faktor intrinsik; 2) peranan dalam organisasi;

3) perhubungan di tempat kerja; 4) pembangunan kerjaya; 5) struktur organisasi dan

budaya kerja dan 6) hubung kait kerja dan rumah tangga. Turut dinyatakan faktor

perbezaan sifat diri ataupun personaliti sebagai salah satu faktor tekanan.

Faktor intrinsik ialah merangkumi persekitaran fizikal kerja yang kurang memuaskan,

bebanan kerja yang melampau, kekangan masa dalam menyelesaikan kerja dan ancaman

bahaya semasa bekerja. Peranan dalam organisasi pula membabitkan ketidakjelasan

tugas, konflik peranan dan organisasi dan tanggungjawab ke atas organisasi.

Turut menimbulkan tekanan semasa bekerja ialah daripada segi perhubungan di tempat

kerja. Apabila terdapat masalah komunikasi antara pekerja dengan majikan ataupun

sesama pekerja, ini akan mewujudkan suasana kerja yang tegang. Perlaksanaan tugas

juga akan menjadi sukar.

Bagi faktor pembangunan kerjaya, perkara yang menyumbang ke arah tekanan ialah isu

kenaikan pangkat. Ada pekerja yang terlalu mudah untuk naik pangkat dan ada juga yang

terlalu sukar untuk naik pangkat. Manakala pekerja yang bekerja secara kontrak pula,

mereka terbeban dengan tiada jaminan untuk kekal bekerja dalam sesuatu organisasi.

Dari segi struktur organisasi dan budaya kerja, perkara yang memberi tekanan kepada

pekerja ialah mereka kurang atau tidak mendapat hak untuk terlibat dalam membuat

keputusan bagi organisasi. Ini berpunca daripada permainan politik ataupun birokrasi

yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Segala keputusan berkaitan organisasi hanya

ditentukan oleh pihak atasan tanpa mengambil kira pendapat para pekerja sekalipun isu

yang timbul berkait dengan pekerja

Seterusnya untuk faktor yang terakhir iaitu faktor keluarga . Tekanan ini boleh berlaku

dalam dua keadaan sama ada tekanan kerja menjadi penyebab kepada tekanan di rumah

ataupun tekanan di rumah yang menyumbang kepada tekanan kerja. Keadaan ini berlaku

Page 19: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

6

terutama bagi pekerja yang berkeluarga dan kedua suami isteri bekerja. Menurut Mohd.

Taib dan Hamdan (2006), tekanan yang diterima oleh pekerja yang sudah berkahwin

agak tinggi berbanding yang masih bujang kerana mereka terpaksa bekerja dan dalam

masa yang sama, mereka perlu menguruskan rumah. Suami isteri yang mempunyai

bilangan anak yang ramai perlu bekerja bagi menampung keperluan hidup. Ada kalanya

kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat terpaksa dibawa pulang ke rumah. Apabila ini

berlaku masa menguruskan anak-anak dan keperluan rumah tangga menjadi terhad.

Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan pada emosi dan suasana di tempat

kerja.

Mohd. Taib dan Hamdan (2006) turut memasukkan faktor demografi seperti umur dan

jantina sebagai salah satu punca tekanan kerja. Mereka menyatakan pekerja yang

berumur melebihi 45 tahun biasanya mudah berasa penat dan tidak cukup rehat

berbanding pekerja muda. Hasil kerja mereka juga kurang berkualiti dan kebarangkalian

dipecat oleh majikan adalah tinggi. Pekerjaan seperti jururawat dan guru mendatangkan

tekanan kepada pekerja yang berumur kerana keadaan kerja yang sibuk dan meletihkan.

Seterusnya daripada segi jantina pula, mereka mengatakan terdapat beberapa pekerjaan

yang tidak sesuai dengan perwatakan perempuan yang lembut seperti jurutera, buruh,

juruterbang kerana pekerjaan ini memerlukan kekuatan fizikal yang mantap dan tenaga

yang mencukupi sedangkan perempuan mempunyai jiwa yang lemah lembut. Oleh itu,

bagi pekerja wanita yang bekerja di bawah sektor-sektor yang berat, mereka berhadapan

dengan tekanan bagi melaksanakan pekerjaan itu dengan baik. Mereka terpaksa bersaing

dengan pekerja lelaki.

Page 20: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

7

1.2 Pernyataan Masalah

Bidang kepolisan sebagaimana yang diketahui umum adalah kerjaya yang mencabar dan

amat terdedah kepada persekitaran yang tidak menentu dan berbahaya. Sifat kerjaya polis

yang sedemikian dimaklumi mengundang kepada tekanan dalam kehidupan. Ini

dibuktikan oleh Mohd.Taib dan Hamdan (2006) yang melihat hasil kajian oleh University

of Manchester Institute Science and Technology, mendapati kerjaya polis menduduki

tangga kedua sebagai pekerjaan yang paling memberikan tekanan di United States.

Pekerjaan yang menduduki tangga teratas ialah pelombong dan diikuti oleh polis,

pegawai penjara dan buruh.

Di Barat kajian yang mengaitkan tekanan kerja dan self esteem memang telah lama dan

banyak dilakukan. Antara responden yang biasa terlibat dalam kajian seperti ini ialah

pelajar, jururawat, guru dan pekerja pejabat. Contohnya dalam kajian yang bertajuk

Stress and Self Esteem oleh Caruthers (1998). Dalam kajian ini responden yang terlibat

adalah di kalangan pelajar. Perkara yang diuji dalam kajian ini sekadar ingin melihat

korelasi tahap self esteem seseorang dan bagaimana tanggapan seseorang tentang

tekanan.

Selain itu kebanyakan kajian tekanan kerja dan self esteem juga adalah tertumpu kepada

mengaitkan faktor demografi seperti jantina, latar belakang pendidikan, pangkat dan gaji

dengan self esteem. Tidak banyak kajian yang mengkaji elemen faktor tekanan kerja itu

sendiri untuk dikaitkan dengan self esteem. Seterusnya kajian juga banyak yang didapati

mengaitkan personaliti sebagai cabang induk kepada self esteem. Begitu juga terhadap

kajian tekanan kerja yang mana para pengkaji lebih gemar mengaitkan kepuasan kerja

dengan self esteem dan bukannya tekanan kerja dan self esteem. Agak sukar menemui

kajian yang menjurus secara terus tentang perkaitan elemen faktor tekanan kerja dan self

esteem terutama bagi kerjaya polis tanpa mengaitkan elemen personaliti ataupun

kepuasan kerja.

Contoh kajian terbaik bagi merangkumi masalah-masalah di atas ialah kajian bertajuk

Human Resource’s Self Esteem across Gender and Categories: A Study oleh Kundu dan

Page 21: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

8

Rani (2007). Kajian ini jelas memperincikan kajian hubungan self esteem dengan jantina.

Dalam kajian ini responden yang terlibat ialah pelajar, pelatih, pengurus dan usahawan di

India. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan dan perhubungan jantina dan

kategori kerjaya terhadap tahap self esteem individu berhubung dunia kerjaya sama ada

kepada yang bakal menempuh alam pekerjaan dan sedang dalam alam pekerjaan.

Dalam kajian ini tiada unsur perkaitan tekanan kerja yang dikaji sebaliknya kepuasan

kerja dan self esteem terhadap jantina dan kategori kerjaya. Elemen yang turut

mempengaruhi kajian ini ialah personaliti dan motivasi bagi jantina dan kategori kerjaya

tersebut. Ini jelas menunjukkan amat sukar menemui kajian yang menghimpunkan dan

memfokuskan elemen faktor tekanan kerja dan self esteem semata-mata tanpa mengaitkan

elemen motivasi, personaliti atau kepuasan kerja terutama kerjaya polis.

Bagi kajian kerjaya polis, pengkaji banyak menemui kajian yang menjurus kepada

tekanan kerja ataupun self esteem semata-mata. Banyak juga kajian tentang hubungan

kepuasan kerja dengan motivasi atau kepuasan kerja dengan personaliti ataupun tekanan

kerja dan personaliti. Contohnya kajian oleh Gerber (2001) dalam bukunya yang bertajuk

Women and Men Police Officer: Status, Gender and Personality. Dalam kajiannya,

beliau telah memfokuskan kepada tiga perkara iaitu status yang membawa maksud

pangkat; jantina iaitu antara polis lelaki dan wanita dan jenis personaliti yang dimiliki

oleh anggota polis tersebut. Unsur self esteem turut dikaji dalam kajian ini iaitu dengan

mengaitkan jantina dan status pangkat anggota dengan tahap self esteem yang dimiliki.

Namun begitu bagi jantina dan status pangkat ini, unsur yang dikaji lebih kepada faktor

perhubungan sosial sesama rakan sekerja dan anggota polis yang berpangkat tinggi dan

berlainan jantina. Tidak dilibatkan faktor tekanan kerja seperti bebanan kerja, peranan

ataupun persekitaran kerja dalam kajian tersebut. Kajian tersebut adalah lebih menjurus

kepada jenis personaliti bagi status dan jantina anggota polis yang berbeza.

Justeru atas kesukaran dan juga kekurangan kajian tentang perhubungan elemen faktor

tekanan kerja dengan self esteem, maka pengkaji mengambil inisiatif untuk melakukan

Page 22: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

9

kajian ini dan menjalankannya pada konteks Malaysia. Pemilihan anggota polis sebagai

sampel pula adalah kerana sebagaimana kita tahu anggota polis terdedah dengan unsur

bahaya dalam pekerjaan mereka. Maka pengkaji berminat untuk mengetahui adakah

unsur bahaya ini memberi tekanan yang hebat kepada mereka dan adakah tekanan ini

memberi impak terhadap self esteem mereka.

Tambahan pula kajian yang dilakukan di Barat adalah dalam suasana kadar jenayah yang

tinggi. Ada kemungkinan perbezaan kadar jenayah di Malaysia dan di Barat boleh

mempengaruhi keputusan kajian pengkaji. Selain itu, kurang pengetahuan dan

pemahaman berkenaan self esteem di kalangan rakyat Malaysia berbanding orang Barat

berkemungkinan besar mempengaruhi keputusan kajian.

Page 23: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

10

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

Mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara tekanan kerja dengan self esteem

di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.

1.3.2 Objektif Khusus

1. Mengkaji adakah terdapat hubungan bebanan kerja dengan self esteem di

kalangan anggota polis yang telah berkahwin.

2. Mengkaji adakah terdapat hubungan persekitaran fizikal tempat kerja

dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.

3. Mengkaji adakah terdapat hubungan faktor demografi terpilih iaitu jumlah

pendapatan dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah

berkahwin.

4. Mengkaji adakah terdapat hubungan faktor demografi terpilih iaitu latar

belakang pendidikan dengan self esteem di kalangan anggota polis yang

telah berkahwin.

5. Mengkaji adakah terdapat perbezaan antara faktor demografi jantina

dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.

Page 24: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN ... ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN... · HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK Rozalina Binti Kitingon

11

1.4 Kerangka Konseptual

Pemboleh ubah tidak bersandar Pemboleh ubah bersandar

Rajah 1: Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual ini dibina bagi memudahkan pengkaji untuk melihat dan

mengenalpasti bentuk hubungan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu faktor tekanan kerja

dan faktor demografi dengan pemboleh ubah bersandar iaitu dan self esteem. Daripada

kerangka ini didapati bahawa pemboleh ubah tidak bersandar berhubung secara terus

kepada pemboleh ubah bersandar dan tidak mempunyai perantara (mediator).

Faktor Tekanan Kerja

Bebanan Kerja

Persekitaran Fizikal

Tempat Kerja

Self esteem

Faktor Demografi

Pendapatan

Latar Belakang Pendidikan

Jantina