faktor penglibatan siswi dalam sukan wanita

11

Click here to load reader

Upload: unie-onie

Post on 12-Aug-2015

226 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

1.0 Pengenalan

Menurut Noresah Bt Baharom (2010), sukan boleh ditakrifkan sebagai segala jenis

latihan gerakan badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Di

Malaysia, pihak kerajaan telah membuka banyak peluang kepada kaum wanita bagi

melibatkan diri dalam sukan terutama bagi penuntut wanita di universiti. Contohnya, di

peringkat universiti turut menggalakkan pelajar yang aktif bersukan untuk mewakili

universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohana Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia

(MASUM). Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan

Sukan Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk memupuk semangat

motivasi dan menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Penubuhan Sukan

Wanita Kebangsaan ini dilancarkan bagi menangani masalah kekurangan penglibatan

wanita dalam aktiviti kesukanan. Oleh itu, dengan adanya Sukan Wanita Kebangsaan

dan juga MASUM ianya dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan.

Terdapat pelbagai jenis aktivti sukan yang boleh diceburi oleh golongan wanita

seperti berenang, olahraga, futsal, tenis dan juga badminton. Aktiviti- aktiviti sukan

tersebut menberi banyak manfaat kepada setiap individu dari pelbagai aspek terutamanya

kesihatan fizikal dan juga mental. Malahan, sukan dijadikan sebagai instrumen untuk

mencapai pelbagai tujuan khususnya kepada diri seseorang individu. Berdasarkan jurnal

yang saya kaji, terdapat beberapa faktor yang mendorong penglibatan siswi di dalam

sukan seperti minat dan sikap ingin mencuba sukan baru, menonjolkan bakat dan potensi,

kewangan dan ganjaran, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, dan mengisi

masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Selain itu, saya juga mengulas mengenai

faedah- faedah yang diperoleh apabila menyertai aktivti sukan seperti meningkatkan

displin diri, pengurusan masa yang baik, membentuk fikiran yang positif dan memupuk

perasaan perpaduan dan juga langkah bagi menggalakkan penglibatan siswi dalam sukan

seperti dasar kerajaan, peranan ibu bapa, penyediaan kemudahan sukan dan mengadakan

kempen.

1

Page 2: Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

2.0 Faktor- faktor penglibatan siswi di dalam sukan wanita

Penglibatan siswi di dalam sukan wanita adalah disebabkan oleh faktor minat dan sikap

ingin mencuba sesuatu sukan baru. Ia menjadi pendorong kepada individu untuk

bersukan. Berdasarkan kajian jurnal ini, seramai 26% mengakui bahawa penglibatan

wanita dalam sukan wanita adalah kerana minat yang mendalam terhadap sukan. Selain

itu, kepelbagaian yang ada dalam sukan itu sendiri telah menjadi penarik kepada wanita

untuk mengaktifkan diri dengan mencuba sukan baru. Dengan itu, mereka akan berasa

seronok dan juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Menurut Yahya Buntat & Norervina

(2005), seseorang individu yang minat terhadap sesuatu perkara adalah daripada

dorongan secara intrinsik yang wujud dalam jiwa setiap individu itu sendiri. Malahan,

seseorang yang bermotivasikan intrinsik ini cenderung melibatkan diri dalam sesuatu

aktiviti tanpa mengharapkan sebarang hadiah dan juga paksaan daripada mana- mana

pihak.

Seterusnya,penglibatan siswi di dalam sukan wanita juga disebabkan oleh faktor

menonjolkan bakat dan potensi. Berdasarkan kajian ini, seramai 13% bersetuju dengan

faktor tersebut menyebabkan wanita menceburi diri dalam sukan. Seseorang individu

yang yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya akan memngambil peluang untuk

menyertai aktiviti sukan. Tambahan, mereka ini mempunyai cita- cita yang tinggi bagi

meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penglibatan ini juga

secara tidak langsung mampu menggilap bakat dan potensi yang ada bagi meningkatkan

lagi pencapaian diri individu dalam sukan yang diceburinya. Elemen ini juga penting

dalam melahirkan atlet wanita yang berkualiti dan seterusnya menggalakkan penyertaan

wanita dalam sukan.

2

Page 3: Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

Kewangan ataupun ganjaran juga menjadi faktor penarik kepada wanita

terutamanya bagi yang sedang belajar di universiti. Menurut Mohd Samri & Anizu

(2006), sukan boleh menjamin masa depan seperti mendapatkan pekerjaan, biasiswa, dan

kenaikan pangkat. Ganjaran yang diperolehi dalam bentuk wang mampu membantu

meringankan beban kewangan mereka. Selain itu, Ganjaran ini juga dapat membantu

membangunkan semangat mereka untuk terus giat aktif dalam aktiviti sukan.

Selain itu, penyertaan individu dalam sukan boleh meningkatkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik. Menurut Noresah Bt

Baharom (2010), kemahiran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian

melakukan sesuatu. Dengan adanya ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang sukan, kita

dapat mengetahui dan menggunakan ilmu sukan dari segi teknik, kemahiran pergerakan

dan juga taktik. Selain itu, pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan juga mampu

membantu kita dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana semasa

pertandingan kita akan melihat taktik, teknik dan kemahiran yang ada pada pihak lawan.

Melalui pengalaman tersebut, kita boleh meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan

dengan melakukan penambahbaikan dalam setiap pergerakan untuk sesuatu permainan.

Faktor penglibatan siswi dalam sukan wanita adalah disebabkan mereka ingin

mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Bersukan merupakan satu aktiviti

yang boleh mengisi masa lapang mereka bersama- sama dengan rakan- rakan. Bagi

wanita, mengisi masa lapang dengan sukan dapat membantu mereka meningkatkan

kualiti kehidupan mereka secara sihat. Selain itu, penglibatan mereka dalam aktiviti

sukan dapat mengelakkan diri daripada membazir waktu daripada melakukan sebarang

aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada diri dan juga menimbulkan masalah sosial

yang akan memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Manakala,

penglibatan wanita dalam sukan adalah kerana ingin mengekalkan kesihatan badan dan

juga kecantikan tubuh badan. Dengan bersukan juga, badan akan sihat dan melahirkan

minda yang aktif, menghilangkan rasa malas, dan juga menghindarkan sebarang pesakit

dalam badan serta membawa kepada kecemerlangan bagi seseorang pelajar. Malahan,

berdasarkan kajian Zaini Arshad (2003), beliau memetik penyataan Byrd (1982), yang

menyatakan bahawa penyertaan sukan secara aktif dapat mengelak atau melewatkan

serangan pelbagai penyakit.

3

Page 4: Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

3.0 Faedah- faedah melibatkan diri dalam sukan

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian

kerana aktiviti sukan sangat berfaedah kepada pelajar. Mahasiswi yang melibatkan diri

dalam sukan akan mendapat manfaat iaitu sukan dapat meningkatkan disiplin diri

seseorang individu. Individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mempunyai disiplin

yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan perlu mematuhi arahan, menepati

masa, dan sentiasa berlatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk

disiplin pelajar tersebut bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam pelajaran.

Seterusnya, seseorang pelajar yang menyertai sukan juga dapat memperolehi

faedah dari segi pengurusan masa yang baik. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan

akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan teratur. Hal ini dikatakan demikian kerana

murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap

sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang pelajar yang menyertai

pasukan universiti perlu mempunyai jadual latihan sukan dan jadual belajar yang

seimbang. Oleh itu, seseorang pelajar yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam

pelajaran.

Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berfikiran positif. Menurut

Yahaya Buntat & Norervina Jailani (2005), mengatakan bahawa melalui kegiatan dan

aktiviti bersukan sikap dan sifat sosial yang positif seseorang pelajar dan individu boleh

di lihat melalui latih tubi dan permainan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif

bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak

cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun

gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik. Oleh itu, sukan penting dalam

melahirkan pelajar yang berfikiran positif.

4

Page 5: Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

Sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan perpaduan sesama

rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama individu akan berlaku kerana sukan

memerlukan setiap ahli untuk saling bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut.

Menurut Zaini Arshad (2003), sukan dapat membina dan mengukuhkan perhubungan

sosial dikalangan ahli komuniti kerana instrumen palling mudah dan berkesan untuk

berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan antara satu sama lain. Maka, perpaduan

antara kaum boleh dicapai menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam

aktiviti sukan,. Tambahan pula, kita akan dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa

mengira umur, bangsa mahupun agama. Contohnya, ketika kita menyertai aktivti sukan di

pusat sukan, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini

akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

5

Page 6: Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

4.0 Langkah menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan

Penglibatan wanita dalam sukan dilihat kurang menyerlah. Oleh itu, bagi menggalakkan

penyertaan golongan wanita dalam sukan. Terdapat beberapa inisiatif yang boleh

digunakan bagi menarik wanita untuk menyertai sukan. Langkah- langkah untuk

menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan ialah Dasar kerajaan iaitu dasar 1Murid

1Sukan. Berdasarkan petikan akhbar, Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin

menyatakan bahawa dasar ini perlu bagi memupuk minat terhadap bidang sukan tersebut

di kalangan kanak-kanak. Bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah dari rebungnya” iaitu

kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika ia masih muda supaya mudah diasuh.

Oleh itu, penglibatan awal kanak- kanak khususnya wanita, dalam bidang sukan amat di

digalakkan supaya mereka mengetahui jenis- jenis sukan yang ada dan memilih sukan

yang mereka gemari. Dasar ini juga dapat membantu untuk menerapkan semangat

kesukanan di kalangan mereka bagi menunjukkan bakat dan potensi masing- masing.

Selain itu, ibu bapa perlu memberi sokongan moral dengan menghantar anak-

anak mereka ke tempat latihan ataupun menemani mereka semasa sedang menjalankan

latihan di padang. Dengan cara tersebut, anak- anak mereka khususnya perempuan akan

lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Di samping itu, Ibu bapa juga

boleh memberi galakkan dengan cara membelikan anak- anak mereka peralatan sukan.

Peralatan sukan yang lengkap dan sesuai dapat memberi semangat dan mengembangkan

minat mereka untuk menyertai bidang sukan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan

ibu bapa penting bagi mengalakkan penyertaan anak- anak dalam bidang sukan.

Seterusnya, penyediaan kemudahan sukan yang lengkap juga memainkan peranan

yang penting dalam menarik minat wanita untuk menyertai sukan. Contohnya,

kemudahan- kemudahan sukan seperti swimming pool, gelanggang tennis dan gelangang

bola jaring. Dengan adanya kemudahan- kemudahan tersebut di tempat- tempat yang

mudah dikunjungi membolehkan golongan wanita menggunakannya pada bila- bila masa.

Tambahan pula, prasarana yang lengkap membantu mereka untuk berlatih dalam keadaan

yang selesa dan efektif.

6

Page 7: Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

Langkah seterusnya yang boleh diambil bagi menggalakan penglibatan wanita

dalam sukan adalah dengan mengadakan kempen. Kempen mengenai kepentingan sukan

dan faedah sukan boleh didedahkan khususnya kepada golongan wanita bagi

menyedarkan mereka bahawa sukan mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan

dan juga mental. Sehubungan itu, pihak media perlu memberi kerjasama dengan

menyiarkan program televisyen mengenai sukan wanita. Hal ini secara tidak langsung

boeleh menarik minat mereka untuk mencuba sukan tersebut.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, sukan merupakan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua

golongan sama ada wanita mahupun lelaki. Dengan bersukan, kita dapat menyihatkan

tubuh badan, mengunakan masa dengan baik dan juga berkenalan dengan semua kaum.

Selain itu, pelbagai pihak seperti pihak kerajaan, swasta dan juga badan NGO boleh

berkerjasama dalam membantu menyediakan lebih banyak lagi kemudahan bersukan

untuk kegunaan awam. Dalam masa yang sama, pihak media massa juga turut

memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai wanita untuk menyertai aktivti

sukan. Contohnya dengan mengadakan kempen. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan

Sukan juga boleh menawarkan lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat

dalam sesuatu aktiviti sukan untuk menceburinya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi

bagi menyerlahkan bakat mereka seperti atlit puteri renang iaitu Nurul Huda dan Sylvia

Ng iaitu atlit sukan badminton.

7