faktor kelahiran dan kejayaan tamadun

17
1.0 FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN 1.1 Kedudukan politik yang kukuh Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan. 1.2 Kedudukan yang Strategik Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk lemperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor- faktor geografi telah .ilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan

Upload: syazwanie-mohamed

Post on 14-Feb-2015

741 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

1.0 FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

1.1 Kedudukan politik yang kukuh

Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat

sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan

Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem

hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal

dengan sistem beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan

Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah

mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang

Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di

Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan hayatnya

oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

1.2 Kedudukan yang Strategik

Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang

trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk

lemperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan

masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-

faktor geografi telah .ilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah

Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra,

tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil

dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan

Tamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini pada abad ke-

15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan

pelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun.

1.3 Rangsangan Keagamaan

Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan

eagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya

mendorong lanusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan sud

yang mendorong ,epada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang

menghayati kehidupan eragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan

Page 2: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

mereka menuju kepada :esempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan

ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-

bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu

dipengaruhi oleh rangsangan nilai aripada penghayatan cara hidup Islam yang

sempuma. Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari

zaman yang dikenali sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih

jahil tentang agama dan berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya

sering menindas golongan miskin dan wanita berada pada kedudukan yang hina.

Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan

ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam mula berkembang pesat

sehingga mencapai kegemilangan.

1..4 Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap

moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah

pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti

kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilainilai murni

yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat,

bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding

bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni seperti

penekanan konsep keadilan dalam pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh

tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung

Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-

Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

1.5 Pengalaman Kesengsaraan Hidup

Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi

kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk

bekerjasama mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada

belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah

masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan

mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali

dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam

Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan

Page 3: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil

usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang

maju dalam bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi

dunia.

1.6 Toleransi dengan Tamadun Lain

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap

sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi

antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan

bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain

menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada

tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun barn.

Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan

toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya

merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu astronomi

daripada tamadun Yunani.

Page 4: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

2.1 Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang

Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara

antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat

diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal,

terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan

golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak

untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah

orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan

maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang

bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai

tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan

Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad

Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

2.2 Penindasan dan Kezaliman

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan

diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila

sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan

sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-

618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta

bertindak kejarn ke atas rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina

istana-istana raja dan terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya

golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj.

Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman,

2001 : 23).

Page 5: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

2.3 Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat

Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan

pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang

murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun

Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai

terutama di kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah

perpecahan berlaku di kalangan puak Syi' ah dan Sunni kerana semangat

perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin mereka yang tidak

berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya.

Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan

politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj.

Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

2.4 Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan

Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi

perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial.

Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi

sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam

keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat

bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam

disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so

sial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima

perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah

walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.

2.5 Malapetaka dan Bencana Alam

Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara

besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan

sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk

menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me!

ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan

sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles

yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi mangsa wabak

Page 6: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat

perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali,

Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34).

KESIMPULAN

Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri

dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun

yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama namun sebaliknya terdapat

juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu

juga dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang

berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a bagi membina acuan tamadun

Malaysia itu sendiri.

Page 7: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SESEBUAH TAMADUN

Tamadun-tamadun yang lahir di dunia mempunyai latar belakang yang

tersendiri. Justeru setiap darinya mempunyai persamaan dan perbezaan antara

satu sama lain. Persamaan dan perbezaan di antara tamadun-tamadun ini dapat

dilihat dalam konteks wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi oleh

manusia dalam tamadun manakala perbezaannya dilihat dari unsur agama dan

budaya yang berbeza malah perbezaan yang paling asas dan ketara adalah dari

segi agama. Namun, terdapat juga persamaan antara tamadun-tamadun

tersebut. Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan

tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama,

kekeluargaan dan kemasyarakatan, alam sekitar, idea intelektual dan

pendidikan.

Aspek kekeluargaab dan kemasyarakatan menekankan nilai dan etika yang

baik dan bermula dari institusi kekeluargaan. Justeru, ia paling penting dalam

sesebuah masyarakat yang bertamadun. Dalam tamadun Cina, ajaran

Konfusianisme memberi penekanan kepada hubungan kasih saying hierarki

kuasa dalam hubungan sesame manusia. Kasih sayang antara manusia akan

mewujudkan ketenteraman dan harmoni dalam masyarakat. Selain itu, kesetiaan

dan pertalian yang erta merupakan konsep kekeluargaan yang pernting.

Pengabaian terhadap konsep kekeluargaab merupakan penafian hak seseorang

dan bertentangan dengan keadilan kerana keluarga merupakan unit asas di

dalam tamadun ini.

Lima jalinan hubungan sesame manusia diterapkan melalui konsep ‘li’ adalah

hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan

abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan

kawan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab

bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli

masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada

berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah

perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.

Page 8: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang

menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Seterusnya, tamadun Islam memberi panduan pembentukan keluarga sejak

dari peringkat asas bagi membentuk keluarga yang diingini seperti dalam agama

Islam. Perihat kekeluargaab juga disebut dalam Al-Quran dan Hadis. Hubungan

dengan setiap ahli keluarga adalah berasaskan hak dan tanggungjawab masing-

masing. Hak dan tanggungjawab dalam keluarga Islam adalah seperti hak dan

tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab isteri, hak dan tanggungjawab

bapa, hak dan tanggungjwab ibu dan juga hak dan tanggungjawab anak.

Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan

keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang

berbentuk fizikal dan kerohanian serta penurus kepada zuriat keturunan. System

kekeluargaan India menekankan bentuk kekeluargaan bersama. Ikatan kasih

sayang merupakan elemen yang penting walaupun hubungan darah yang dikira

dari anggota lelaki dari keluarga yang sama merupakan asas ikatan

kekeluargaan.

Dalam aspek kemasyarakatan, di dalam tamdun Cina, pembentukan

masyarakat Cina dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan yang berasaskan kuasa

lelaki dan bapa. Selain itu, sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darh

juga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Cin. Dalam

sistem ini, pemusatan kuasa terhadap bapa atau lelaki amat kuat dan unit

keluarga adalah penting walaupun masyarakat turut terpengaruh dalam

pembentukan identity individu. Sistem kelas dalam komuniti ditentukan

berdasarkan tahap pendidikan dan kemahiran.

Masyarakat adalah unit penting menurut tamadun Islam. Bukan sahaja

bersandarkan hubungan kerabatan bahkan hubungan sesama anggota manusia

dan hubungan sesama agama juga dititikberatkan dalam masyarakat. Ikatan-

ikatan ini juga merupakan asas hubungan individu dalam Tamadun Islam.

Masyarakat dalam tamadun Islam sangat luas dan tidak terbatas kepada sesuatu

bangsa tertentu sahaja dengan melihat kepada konsep ummah.

Page 9: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

Tamadun India pula mempunyai peraturan-peraturan yang ketat kerana

terutamanya dalam masyarakat tradisional. Tamadun ini menekankan sistem

kasta yang rigid dalam sistem sosial msyarakat dan juga penentuan kastanya.

Penentuan kasta individu adalah mewarisi nenek moyang. Sebelum itu, apda

awal perkembangan tamadun, sistem kasta ini jug turut menentukan jenis

pekerjaan serta layanan kepada individu dari kasta-kasta tersebut. Selain itu,

konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesame anggota

dalam sesebuah masyarakat. Konsep ini menggariskan fungsi dan peraturan

bagi menentukan semua perkara yang harus dilakukan oelh setiap anggota

masyarakat.

Justeru, ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasana

harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan msyarakat seperti Confucious

manakala tamadun India pula menekankan konsep perbezaan taraf ataupun

kasta antara individu dalam kemasyarakatan sedangkan agama Islam

matlamatnua jauh lebihb lagi dan lebih jelas iaitu untuk mendapatkan keredhaan

dan keberkatan Allah S.W.T.

Aspek alam sekitar dipersetujui oleh setiap tamadun-tamadun ini. Hal ini

kerana pada asasnya alam sekitar perlu dijaga agar tidak memudaratkan

kehidupan manusia di dunia. Sedikit perbezaan dari aspek ini adalah mungkin

dari segi ketelusan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan masyarakat yang

bertamadun sanggup merosakkan dan tidak memelihara alam sekitar kerana

rancak dengan perkembangan pesat arus kemodenan.

Seterusnya adalah melalui aspek teologi. Teologi adalah aspek tamadun

spiritual yang penting bagi sesbuah masyarakat. Kepercayaan kepada Tuhan

merupakan asas utama dalam agama Islam, Kristian dan Hinduisme. Namun

begitu, ia berbeza dari konsep Buddihisme. Manifesto konsep monoteisme bagi

agama-agama ini adalah berbeza. Dalam agama kristian konsepnya

diterjemahkan berdasarkan konsep trinity. Agama Islam adalah berdasarkan

Allah S.W.T yang satu dan tidak boleh disekutukan. Asosiasi nabi-nabi tertentu

juga berbeza dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi. Aspek-aspek tertentu

Page 10: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

seperti dari segi hidup selepas mati dan balasan di akhirat, konsep syurga dan

neraka, hari perhitungan dan pembalasan juga wujud persamaan. Agama Hindu

pula wujud agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi.

Buddhisme pula bukanlah satu agama tetapi merupakan ajaran moral dan etika.

Ia tidak membincangkan mengenai ketuhanan sebaliknya tentang perilaku-

perilaku yang perlu dicapai oleh manusia untuk mencapai tahap nirwana ataupun

hokum karma iaitu pembalasan setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.

Selain itu, semua agama juga mempunyai doktrin dan amalan-amalan

tertentu yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Malahan, setiap

doktrin agama ini terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama tersbut.

Seperti al-Quran bagi umat Islam, Old Testament bagi penganut Yahudi, New

Testament bagi penganut Kristian dan kitab-kitab Ved bago penganut Hindu.

Terdapat juga perbezaan dari aspek teologi antara tamadun-tamadun ini.

Konsep monoteisme dalam agama Hindu menggambarkan tuhan dengan

pelbagai bentuk dan juga penjelmaan dewa-dewa yang boleh disembah dalam

bentuk patung. Perbezaan antara agama Hindu dan juga Buddhisme adalah

seperti konsep reinkarnasi. Hanya dalam agama Hindu mempunyai konsep ini

ataupun lebih dikenali sebagai penjelmaan semula selepas kematian tetapi

dalam bentuk-bentuk berbeza dan tidak semestinya sebagai seorang manusia.

Setiap agama juga mempunyai institusi keagamaan sendiri yang mempunyai

peranan tersendiri dalam masyarakat iaitu sebagai tempat ibadah, pertemuan

dan juga upacara keagamaan.

Seterusnya adalah melalui aspek idea intelektual. Soal kerajaan, sistem

pemerintahan, masyarakat dan sebagainya juga mempunyai persamaan antara

tamadun-tamadun. Idea tentang penubuhan kerajaan dan sistem pemerintahan

yang baik iaitu demokrasi telah dilahirkan oleh tokoh Socrates dan Plato sejak

dari awal Tamadun Greek dan Yunani. Dalam tamaduna Cina, Kung Fu Tze,

tokoh falsafah telah memperkenalka kod 17 melalui ajaran Konfusionisme

sebagai satu kod etika atau panduan. Ini adalah bagi melahirkan pemimpin yang

baik dan bertanggungjawab. Idea yang terkandung dalam kod ini menyentuh

Page 11: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

aspek-aspek tanggungjawab golongan pemerintan dan pegawai kerajaan seperti

amanah, jujur, tidak mengamalkan rasuah dan sebagainya.

Tokoh Islam dari Tamadun Islam seperti Abu Nasir al-Farabi atau al-

Ghazali turut mempunyai idea melahirkan kerajaan yang baik dan

bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir al-Farabi, dalam bukunya Madianah al-

Fadhilah telah menggariskan cara-cara seharusnya pemerintah memainkan

peranan bagi mewujudkan sebuah pemerintahan yang baik. Ini adalah melalui

sikap pemimpin yang telus, amanah, jujur dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

Dalam tamadunIndia, Kautilya turut membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang

saksama dan adil.

Tokoh Islam dari Tamadun Islam seperti Al-Ghazali turut mempunyai idea

melahirkan kerajaan yang baik dan bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir Al-

Farabi dalam bukunya Madianah Al-Fadhilah telah menggariskan cara-cara

seharusnya pemerintah memainkan peranan bagi mewujudkan sebuah

pemerintahan yang baik. Ini adalah melalui sekap pemimpin yang telus, amanah,

jujur dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Dalam tamadun India, Kautilya turut

membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksam dan adil.

Kemajuan sesbuah masyarakat bertamadun adalah bergantung kepada

kemajuan pendidikan. Semua tamadun mementingkan pendidikan. Hal ini adalah

kerana ia bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu. Oleh itu,

tugas menyampaikan ilmu adalah satu tanggungjawab mulia. Manusia tidak

digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuan dirinya. Hanya

cara transformasi ini berlaku bereza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam

ajaran Islam, persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi

manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi

sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan

bertamadun, jelaslah bahawa teras kepada konsep kehidupan dan pencapaian

matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri

persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanua

Page 12: Faktor Kelahiran Dan Kejayaan Tamadun

berkaitan dengan aspek teologi, wujud perbezaan yang harus difahami.

Memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain seterusnya akan

mendorong untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian

sejagat. Justeru, mengetahui persoalan-persoalan berkaitan dengan ilmu

ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi

secara positif ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas

masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang

negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan

interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti

percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi.

Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu

meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan

yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal har