faktor kebangkitan nasionalisme

6
FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN NASIONALISME 2.1 Pendudukan Jepun Dan Reaksi Masyarakat Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu. Kekalahan British di tangan Jepun bukan sahaja mengubah suasana politik di Tanah Melayu bahkan memberi bukti bahawa bangsa Asia mampu menentang kuasa Eropah. Selepas Perang Dunia Kedua, kebangkitan semangat nasionalisme dan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu amat ketara dan semakin kukuh sehingga mewujudkan sikap anti-penjajah. Namun begitu, kehadiran tentera Jepun telah memporak- perandakan keadaan ekonomi dan politik Tanah Melayu sehingga rakyat mengalami kesengsaraan. Walaupun Jepun mengutarakan satu slogan yang berbunyi Asia untuk Orang- Orang Asia namun rakyat Tanah Melayu telah mengalami penderitaan akibat keganasan tentera Jepun. Jepun memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan dan ala ketenteraan. Pada zaman pemerintahan Jepun juga, Tanah Melayu menghadapi berbagai-bagai masalah ekonomi. Industri getah dan bijih timah musnah kerana pengurusan yang kucar-kacir. Penduduk-penduduk Tanah Melayu pula menghadapi krisis kekurangan makanan. Inflasi menyebabkan harga barangan melambung tinggi dan ekonomi Tanah Melayu pada zaman Jepun terus lumpuh. Konklusinya, zaman pendudukan Jepun merupakan satu tempoh waktu yang sangat penting terhadap sejarah tanah air. Meskipun Jepun hanya memerintah Tanah Melayu selama tiga

Upload: miszja29

Post on 23-May-2017

226 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: faktor kebangkitan nasionalisme

FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN NASIONALISME

2.1 Pendudukan Jepun Dan Reaksi Masyarakat

Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam

sejarah negara kita. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita

berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari

1942 hingga 12 September 1945. Perubahan besar yang berlaku

sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat

nasionalisme dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu.

Kekalahan British di tangan Jepun bukan sahaja mengubah

suasana politik di Tanah Melayu bahkan memberi bukti bahawa bangsa

Asia mampu menentang kuasa Eropah. Selepas Perang Dunia Kedua,

kebangkitan semangat nasionalisme dan kesedaran politik dalam

kalangan orang Melayu amat ketara dan semakin kukuh sehingga

mewujudkan sikap anti-penjajah.

Namun begitu, kehadiran tentera Jepun telah memporak-

perandakan keadaan ekonomi dan politik Tanah Melayu sehingga

rakyat mengalami kesengsaraan. Walaupun Jepun mengutarakan satu

slogan yang berbunyi “Asia untuk Orang-Orang Asia” namun rakyat

Tanah Melayu telah mengalami penderitaan akibat keganasan tentera

Jepun. Jepun memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan dan ala

ketenteraan.

Pada zaman pemerintahan Jepun juga, Tanah Melayu

menghadapi berbagai-bagai masalah ekonomi. Industri getah dan bijih

timah musnah kerana pengurusan yang kucar-kacir. Penduduk-

penduduk Tanah Melayu pula menghadapi krisis kekurangan makanan.

Inflasi menyebabkan harga barangan melambung tinggi dan ekonomi

Tanah Melayu pada zaman Jepun terus lumpuh.

Konklusinya, zaman pendudukan Jepun merupakan satu tempoh

waktu yang sangat penting terhadap sejarah tanah air. Meskipun

Jepun hanya memerintah Tanah Melayu selama tiga setengah tahun,

tetapi ia telah meninggalkan pelbagai implikasi politik, ekonomi dan

Page 2: faktor kebangkitan nasionalisme

sosial yang cukup penting kepada penduduk di tanah Melayu

khususnya kepada orang Melayu, Cina mahupun orang India.

2.1 Penubuhan Malayan Union

Rancangan dan pentadbiran Malayan Union yang diperkenalkan

pada tahun 1946 merupakan satu peristiwa yang sangat penting dalam

sejarah negara Malaysia kerana peristiwa ini telah membangkitkan dan

menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu. Ia juga

merupakan titik permulaan perpaduan orang Melayu untuk

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 telah

menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit

menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah

membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Maka,

Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Febuari 1948.

Ini merupakan kejayaan penting kepada orang Melayu untuk

mengembalikan semula kedudukan politik dan maruah mereka di

Tanah Melayu

2.3 Gerakan Pemulihan Islam Di Mesir

Gerakan ini dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid

Jamaluddin Al-Afghani yang memperjuangkan konsep Pan-Islamisme

atau pemulihan Islam yang telah disebarkan dalam Majalah Al-Manar di

Kaherah, Mesir.

Akibat galakan daripada pemerintah Inggeris di Tanah Melayu,

kebanyakan pelajar Islam telah melanjutkan pelajaran ke luar negara

khususnya di Timur Tengah iaitu di Mesir. Di sana mereka telah

didedahkan dengan idea Pan-Islamisme yang diperjuangkan oleh

Syeikh Muhammad Abduh beserta golongan al-Manar di Kaherah.

Mereka telah mula menyebarkan idea ini melalui Gerakan Islah-

Islamiah untuk memperjuangkan kepentingan agama Islam dan bangsa

Melayu. Kemunculan gerakan Islah-Islamiah menandakan bermulanya

Page 3: faktor kebangkitan nasionalisme

kebangkitan nasionalisme awal di Tanah Melayu yang diilhamkan oleh

Gerakan Reformis Islam di Mesir.

2.4 Pengaruh Gerakan Turki Muda

Kebangkitan nasionalisme Melayu juga dipengaruhi oleh

kebangkitan nasionalisme di Turki, kerana Sultan Turki dianggap

sebagai Khalifah iaitu pemimpin umat Islam di dunia. Gerakan Pan-

Islamisme di Timur Tengah berusaha menyatukan semua umat Islam di

dunia di bawah kekuasaan Empayar Turki atau Empayar Uthmaniah.

2.5 Perang Rusia-Jepun 1904-1905

Pada tahun 1904-1905, Jepun telah berjaya mengalahkan Rusia

dalam Perang Rusia-Jepun. Kekalahan Rusia (kuasa barat) di tangan

Jepun (kuasa timur) semakin jelas membuktikan kekuatan Jepun.

Kemenangan Jepun pada tahun 1905 telah membuka mata dan

minda orang-orang Melayu serta mencetuskan ilham untuk menentang

penjajahan kuasa barat. Kejayaan ini sekali gus telah menghapuskan

tanggapan bahawa orang-orang timur lemah dan orang-orang barat

kuat dan sukar dikalahkan. Kemenangan Jepun ini telah menyedarkan

orang Asia terutamanya orang-orang Melayu bahawa negara yang

maju dalam bidang pendidikan dan teknologi barat serta bersatu-padu

seperti jepun dapat menjadi kuat untuk menentang penjajahan barat

jika Jepun dapat menewaskan Rusia, maka tidak mustahil bagi orang

Melayu untuk menewaskan pemerintah Inggeris serta menuntut

kebebasan dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada Inggeris.

2.6 Pengaruh Dari Indonesia

Kemunculan nasionalisme Melayu juga dipengaruhi oleh

nasionalisme yang berlaku di Indonesia. Ini kerana Tanah Melayu dan

Indonesia mempunyai hubungan yang rapat serta mempunyai ciri-ciri

persamaan dalam banyak perkara. Kedua-dua negara mempunyai

persamaan dari segi agama, bahasa, keturunan darah dan nilai-nilai

budaya.

Page 4: faktor kebangkitan nasionalisme

Oleh yang demikian, perkembangan nasionalisme Melayu telah

berkembang sejajar dengan pergerakan nasionalisme Indonesia.

Kedua-dua negara saling mempengaruhi di antara satu sama lain untuk

menjayakan impian politik masing-masing. Yang jelas, perkembangan

nasionalisme di Indonesia telah berjaya menyuntik semangat baharu

dan mencetuskan pemikiran politik yang lebih optimis di Tanah Melayu

untuk menggerakkan wawasan nasionalisme.

2.7 Agama

Agama Islam banyak memberi sumbangan penting dalam

membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang-orang

Melayu. Di Tanah Melayu, isu agama Islam digunakan sebagai alat

kemajuan yang bertanggungjawab menyedarkan masyarakat Islam

tentang punca kemunduran orang-orang Melayu. Sebagai contoh,

gerakan reformis Islam seperti yang diperjuangkan oleh Syed Sheikh

Ahmad al-Hadi telah menjadikan agama Islam sebagai asas

perjuangan dalam Gerakan islah-Islamiah. Golongan ini menegaskan

bahawa punca kemunduran orang-orang Melayu disebabkan gagal

mengikut ajaran agama Islam yang sebenar. Selain itu, beliau juga

menyeru masyarakat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang

sebenar berasaskan al-Quran dan al-Hadis.

Kesimpulannya, dalam konteks agama yang menjadi faktor

kebangkitan nasionalisme ini, isu agama telah berjaya membangkitkan

kesedaran dan memberi perangsang kepada umat Islam untuk

menerima perubahan. Di samping itu, melalui agama Islam juga,

semua suku kaum di Tanah Melayu dapat disatukan dan dari sinilah

lahirnya kekuatan dan semangat untuk menentang pihak penjajah di

Tanah Melayu berdasarkan ungkapan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

2.8 Bahasa Dan Kesusasteraan

Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan karya

penulisan sebagai medan utama untuk memperjuangkan nasib bangsa

Melayu. Pena merupakan alat penting untuk membangkitkan

Page 5: faktor kebangkitan nasionalisme

kesedaran perjuangan bagi menuntut keadilan dan kebebasan dari

penjajah Inggeris. Hasil karya sastera bukanlah untuk hiburan semata-

mata, tetapi yang lebih penting ialah menimbulkan sentimen

nasionalisme untuk membela nasib bangsa Melayu. Antara hasil-hasil

karya sastera yang diterbitkan ialah novel, cerpen dan puisi seperti

syair, sajak, pantun dan lain-lain.

Malahan itu, bidang kesusasteraan telah menyedarkan orang

Melayu tentang perjuangan golongan intelektual untuk melindungi

agama Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Matlamat ini tidak

akan tercapai tanpa bantuan dan kerjasama dari seluruh rakyat di

Tanah Melayu.

2.9 Kewartawanan

Bidang kewartawanan juga tidak kurang pentingnya dalam

membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu di Tanah

Melayu. Penerbitan akhbar dan majalah telah membuka minda orang-

orang Melayu agar memperjuangkan hak mereka dalam aspek politik,

ekonomi mahupun dari aspek sosial. Sebagai contoh yang boleh kita

lihat ialah melalui akhbar Majlis yang memainkan peranan penting

dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar

bergiat cergas dalam pergerakan politik.

Umumnya, bidang kewartawanan memainkan peranan penting

dalam mencetuskan kesedaran dan idea nasionalisme dalam kalangan

bangsa Melayu di Tanah Melayu sepanjang abad ke-20.

2.10 Sistem Pendidikan dan Kebangkitan Golongan Intelektual

Pemerintahan Inggeris telah memberi satu perkembangan

baharu dalam bidang pendidikan di Tanah Melayu. Masyarakat Melayu

terutamanya golongan bangsawan digalakkan melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

Akibatnya, telah lahir satu golongan intelektual yang merupakan

golongan menengah Melayu yang berpelajaran tinggi. Mereka

Page 6: faktor kebangkitan nasionalisme

memberi sumbangan penting dalam membangkitkan gerakan

nasionalisme di Tanah Melayu.

3.0 REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAH