buku program - majlis penganugerahan bintang, pingat & sijil pengakap raja ppm

36
 1 MAJLIS PENGANUGERAH BINTANG, PINGAT DAN SIJIL PENGAKAP RAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG  TAHUN 2014

Upload: persekutuan-pengakap-malaysia-daerah-balik-pulau

Post on 09-Oct-2015

796 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

Buku Program - Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat & Sijil Pengakap Raja PPM

TRANSCRIPT

  • 1

    MAJLIS PENGANUGERAH

    BINTANG, PINGAT DAN

    SIJIL PENGAKAP RAJA

    PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

    NEGERI PULAU PINANG

    TAHUN 2014

  • 2

    (Gambar Pingat 1)

  • 3

    Tuan Yang Terutama

    Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

    Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas

    D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P.,

    D.M.P.N., D.J.N.

    Yang Amat Berbahagia

    Toh Puan Dato Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff

    D.U.P.N.

    PENAUNG

    PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

  • 4

    Kata Alu-Aluan Ketua Pengakap Negara Assalamualaikum Warahmarullahhi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Pengakap. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja 2014. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam buku cenderamata ini.

    Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis kali ini. Majlis ini selain daripada memberikan penghargaan kepada ahli-ahli yang telah banyak berjasa kepada pergerakan kita, saya juga penuh yakin bahawa majlis ini akan memberikan memori manis dan bermakna kepada anak-anak Pengakap yang bakal dianugerahkan Sijil Pengakap Raja pada kali ini. Sesungguhnya kejayaan mencapai anugerah tertinggi hasil penat lelah, pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan juga dengan semangat serta motivasi tinggi telah membolehkan anak-anak semua berada di majlis kali ini. Hanya yang terbaik dan yang terpilih sahaja akan berada di majlis penganugerahan ini. Anda adalah sebahagian yang terpilih, yang terbaik dan yang berprestij.

    Saya juga percaya, kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas akan dapat menyuntik semangat kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang serta ahlinya untuk mencatat kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Kepada semua penerima anugerah bintang dan pingat, saya ucapkan tahniah dan syabas. Semoga penglibatan anda dalam kepengakapan akan berterusan.

    Sesungguhnya generasi muda Malaysia khususnya di Pulau Pinang dahagakan sumbangan ikhlas anda dalam pergerakan berteraskan kemanusiaan dan kesukarelaan ini. Kepada penerima Sijil Pengakap Raja, tahniah sekali lagi saya ucapkan di atas kejayaan anda. Kekalkan kesetiaan anda kepada pertubuhan ini, sebarkan semangat kesukarelaan ini kepada rakan sebaya anda dan akhir sekali saya berdoa agar anda akan menjadi warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara dan dapat membantu memacu kemajuan Negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

    Ucapan penghargaan juga ingin saya rakamkan kepada Jawatankuasa Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Pulau Pinang 2014. Semoga usaha ini memberikan impak yang besar kepada generasi akan datang. Sekali Berpengakap Terus Berpengakap. Sekian, terima kasih.

    TAN SRI DATO SERI PADUKA DR. HAJI SHAFIE BIN MOHD SALLEH Ketua Pengakap Negara

  • 5

    Kata Alu-Aluan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

    Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmarullahhi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Pengakap. Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izinnya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dapat sekali lagi menganjurkan Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja 2014 pada kali ini. Sesungguhnya majlis seperti ini merupakan satu medium untuk menunjukkan penghargaan kepada ahli-ahli Pengakap di Pulau Pinang. Syabas diucapkan kepada semua penerima bintang dan pingat pada kali ini, semoga sumbangan anda berterusan demi melahirkan insan dan warganeagara Malaysia yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara. Kepada penerima Sijil Pengakap Raja, tahniah saya ucapkan kerana berjaya meletakkan diri anda di pencapaian paling tinggi dalam kalangan ahli Pengakap. Sesungguhnya kejayaan anda menunjukkan bahawa anda adalah seorang ahli Pengakap yang gigih, cekal dan juga bersemangat tinggi kerana anda sendiri tahu kesusahan dan kepayahan untuk mencapai tahap anda sekarang. Sesungguhnya anda adalah sebutir intan terpilih yang berjaya digilap oleh para pemimpin anda. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja 2014 kali ini. Sesungguhnya usaha gigih anda memberikan kesan yang sangat besar kepada para penerima. Semoga Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan terus berjaya dalam usaha mendidik anak-anak bangsa dan semoga tuhan merestui dan memberkati usaha anda. Pengakap Mentrasformasi Generasi Sekian, terima kasih.

    DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

  • 6

    Kata Alu-Aluan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dapat sekali lagi mengadakan Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja tahun 2014.

    Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan disampaikan dari hati yang tulus ikhlas kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas kerana sudi hadir untuk menyempurnakan majlis ini serta menyampaikan anugerah kepada penerima.

    Penganjuran majlis ini adalah satu komitmen Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang bagi menzahirkan kesepakatan dan kerjasama padu di antara semua ahli. Majlis ini juga merupakan impak daripada kesungguhan dan kegigihan pemimpin-pemimpin Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dalam merealisasikan matlamat untuk melahirkan warganegara yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara

    Tidak lupa juga, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat membantu usaha Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dalam semua aktiviti dan program yang dianjurkan. Semoga kerjasama antara kita dan komitmen ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

    Kepada semua pemimpin dan ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang, pilihan sebenarnya berada di tangan anda. Anda yang menentukan kecemerlangan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang. Sekiranya kita dapat bekerja dalam satu pasukan yang padu, cabaran dan halangan mudah kita tangani dan organisasi kita pasti akan mencapai kecemerlangan.

    Kepada Jawatankuasa Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja 2014, saya ucapkan syabas dan tahniah kerana telah berjaya merealisasikan majlis kali ini. Terima kasih kepada semuanya, semoga usaha ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT. Kepada semua penerima anugerah Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja kali ini sekalung tahniah diucapkan, anugerah ini bukan penamat terhadap pengiktirafan sumbangan tuan kepada pergerakan Pengakap tetapi diharapkan dapat menjadi pencetus atau pemangkin kepada sumbangan yang lebih besar dan bermakna lagi pada masa akan datang. Semoga anda terus bersemangat dan setia dengan perjuangan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang.

    Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Pengakap. Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap. Sekian, terima kasih.

    HAJI ZULKAFLI BIN KAMARUDDIN DJN., PKT., PJK. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

  • 7

    Kata Alu-Aluan Pengerusi Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat & Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang Tahun 2014 Assalamualaikum Warahmarullahhi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Pengakap Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat menganjurkan Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat PPM dan Sijil Pengakap Raja Negeri Pulau Pinang. Dengan majlis penganugerahan ini menunjukan Persekutuan Pengakap Malaysia menghargai jasa dan bakti pemimpin-pemimpin pengakap yang telah memberi khidmat kepada pergerakan kepengakapan di Pulau Pinang.

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung bagi menjayakan Majlis Penganugerahan pada hari ini. Sesungguhnya usaha yang berterusan di kalangan pemimpin-pemimpin pengakap harus menerima pengurniaan sebagai tanda terima kasih pengakap di atas sumbangan bakti yang telah dicurahkan kepada pergerakan pengakap di peringkat kumpulan, Daerah, dan Negeri Pulau Pinang khasNya.

    Pencapaian Pengakap Raja adalah satu pencapaian yang tertinggi bagi ahli pengakap di peringkat sekolah menengah. Penerima anugerah ini sudah semestinya telah melalui suatu skim latihan yang berterusan dan intensif. Untuk mencapai ke tahap Pengakap Raja perlulah bermula di peringkat Pengakap Muda sehingga Pengakap Remaja.

    Saya merakam setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah Bintang, Pingat PPM dan Sijil Pengakap Raja pada tahun 2014 ini. Saya akui bahawa Bintang, Pingat PPM ini belum memadai dengan jasa bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada ahli-ahli pengakap di sekolah-sekolah, Kumpulan, Daerah dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang.

    Semoga para penerima anugerah Bintang, Pingat PPM dan Sijil Pengakap Raja akan terus menabur bakti serta khidmat selaras dengan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

    Sekian, wassalam Selamat Berpengakap

    ROZHAN BIN HJ. YAHAYA PJK., PJM. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau, merangkap Pengerusi Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia, dan Sijil Pengakap Raja Negeri Pulau Pinang Tahun 2014

  • 8

    Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia BINTANG PAHLAWAN (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.

  • 9

    BINTANG SEMANGAT PADI KELAS PERTAMA EMAS (BSP I) (Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )

    Bintang Semangat Padi Kelas Pertama Emas (BSP I) adalah anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri dan negara.

    Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini adalah dari kalangan Ketua-Ketua Negara dan Negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha

    Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara kesemua tokoh pemimpin ini merupakan Penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Penaung Utama kepada pergerakan Pengakap di negara ini.

    Selain dari tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau Pengakap dari kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas status Kehormat.

    Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

    Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).

  • 10

    BINTANG SEMANGAT PADI KELAS KEDUA PERAK (BSP II) (Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )

    Bintang Semangat Padi Kelas Kedua Perak (BSP II) adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah banyak berjasa.

    Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini adalah Ketua-Ketua Negara, Negeri dan pemimpin-pemimpin

    Pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas status Kehormat.

    Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

    Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).

    Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 05 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara).

  • 11

    BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS PERTAMA EMAS (BSR I) (Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )

    Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama Emas (BSR I) adalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.

    Dengan Penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-

    pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.

    Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.

    Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 10 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara).

  • 12

    BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS KEDUA PERAK (BSR II) (Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)

    Bintang Semanagat Rimba Kelas Kedua Perak (BSR II) adalah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.

    Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas status Kehormat.

    Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.

    Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 20 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara).

    PINGAT JASA PENGAKAP (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Pingat ini diperkenalkan bermula tahun 2010, dan terletak di bawah Kategori Darjah dan Bintang serta Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia.

    Pingat Jasa Pengakap (PJP), dianugerahkan kepada individu dan pemimpin-pemimpin serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan pengakap pada peringkat kumpulan, daerah, negeri dan Negara. Anugerah pingat ini boleh disampaikan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengakap Negara, dimana yang difikirkan perlu.

    Pemimpin yang telah berkhidmat dengan cemerlang sekurang-kurangnya selama tiga tahun boleh dicalonkan untuk penganugerahan ini.

  • 13

    PINGAT PERKHIDMATAN GEMILANG (PPG) (Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)

    Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang atas perkembangan kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyi sifat dan sikap taat setia serta mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.

    Pingat Perkhidmatan Gemilang (PKG) ini boleh juga dianugerahkan kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

    PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC) (Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)

    Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.

    Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini boleh juga dianugerah kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan Kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

    Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 45 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara).

  • 14

    PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS) (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang dari 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia.

    Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan-jawatan Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan peringkat negara melebihi 15 tahun.

    Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 65 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara).

    PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB) (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), daerah, negeri dan negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing- masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang dari 5 tahun.

    Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 75 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara).

  • 15

    PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL) (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang dari 20 tahun di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia.

    SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN) (Bentuk : Sijil dan Ribben )

    Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) daerah, negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.

    PINGAT PERINGATAN SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Dizahirkan pada 1 Ogos 2008 bersempena sambutan 100 tahun kepengakapan di Malaysia (1908-2008), telah diputuskan oleh Majlis Pengakap Malaysia dengan tujuan untuk mengenang penghargaan, mengenang jasa, mengenang sumbangan, inisiatif, serta kenang-kenangan dan dokongan, moral kepada penerima-penerimanya dimana samakan kepada penerima mengikut tafsiran Jawatankuasa Anugerah Induk, pada peringkat negeri dan daerah pula mengikut tafsiran Jawatankuasa Anugerah Peringkat Negeri (bilangan yang dikeluarkan dan terhad hanya sebanyak 2000 buah dan bilangan tidak akan ditambah lagi walau ada permohonan).

    Pingat ini adalah terhad, riben yang dipakai dalam susunan adalah terakhir selepas riben bar Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

  • 16

    PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Pingat ini diilhamkan oleh Y Bhg. Dato' Seri Paduka Ketua Pengakap Negara dan dizahirkan pada tahun 2009. Ianya merangkumi 6 kategori: i) Ijazah, ii) Diploma, iii) STPM, iv) SPM, v) PMR, vi) UPSR

    Pingat ini diletakkan sebagai satu Penghargaan dan memberi penghormatan yang tinggi, kepada ahli-ahli yang "outstanding" bukan sahaja dalam kepengakapan, tetapi juga dari segi akademiknya. Kriteria pemilihan ini dibuat pencalonan oleh pemimpin dan diputuskan di peringkat negeri, sementara di peringkat Negara pula, Jawatankuasa Anugerah akan bersidang untuk memutuskan penerimanya dan upacaranya boleh dibuat di majlis-majlis sama bersendirian ataupun ditumpangkan dalam upacara-upacara atau mesyuarat-mesyuarat peringkat Negara atau Negeri.

    Keistimewaan Pingat ini, membawa satu pengenalan khas yang mana riben pingat yang tertulis tahap pencapaiannya tertera dan dipakai seperti riben-riben anugerah yang lain, dan boleh dipakai sehingga menjadi pemimpin seterusnya tersusun selepas riben pingat 100 tahun.

    PINGAT PERSAHABATAN (Bentuk : Sijil dan Pingat )

    Emas Perak Gangsa

  • 17

    Sijil Pengakap Raja

    Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi bagi budak-budak Pengakap. Seorang Pengakap Remaja yang berjaya menerima anugerah ini akan diberi lencana Pengakap Raja dan Sijil Pengakap Raja.

    Anugerah Baden-Powell

    Setelah Ahli Pengakap Kelana memenuhi perkara-perkara dan syarat dalam Skim Latihan Pengakap Kelana, ianya akan dianugerahkan dengan Anugerah Baden-Powell (B-P Award) dan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kelana mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia

  • 18

    Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang Tahun 2014/2015

    Penaung

    Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas

    D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N.

    Yang Dipertua Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

    Naib Yang Dipertua Encik Ong Seng Huat

    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin DJN., PKT., PJK.

    Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang Encik Beh Hong Thiew PJK., PJM.

    Setiausaha Kehormat Encik Stephen Kam Woi Chee PJK.

    Bendahari Kehormat Encik Ooi Soo Ghee PJM.

    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Encik Heng Soo Peng PKT., PJK., PJM.

    Pentadbiran, Penerbitan & Persaudaraan Pengakap Raja

    Encik Chew Ching Yee PJM. Unit Pengakap Kelana & Antarabangsa

  • 19

    Encik Abu Bakar bin Awang PJK., PJM. Latihan & Sumber Dewasa

    Encik Ong Beng Soon PJM. Program

    Encik Tan Su Cheng PJK., PJM. Pentarafan Pengakap Raja

    Puan Norhayati binti Mohamad Unit Pengakap Kanak-Kanak Puan Khoo Poh Sen PJK.

    Unit Pengakap Istimewa & BP Guild

    Encik Hazlisham bin Hj. Hanafiah PJM. Tugas-Tugas Khas (Pengurusan Program & Koperasi)

    Encik Neoh Dian Bin PJK. (Tugas-Tugas Khas (Warden Wisma, Kedai Pengakap & Khidmat Masyarakat)

    Cik Hajjah Noraini binti Puteh Hal Ehwal Wanita

    Encik Heng Teik Chuang Tugas-Tugas Khas (Pendaftaran & Rekod)

    Cik Ong Shy Hann Tugas-Tugas Khas (Pengurusan Latihan & Pengakap Kelana)

    Pesuruhjaya Pengakap Daerah

    Encik Rozhan bin Hj. Yahaya PJK., PJM. Daerah Balik Pulau

    Encik Mohammad Sabhi bin Othman PJM. Daerah Butterworth

    Encik Oi Siou Hean PJK., PJM. Daerah Georgetown (Selatan)

    Encik Tan Sow Sung PJM. Daerah Bukit Mertajam

    Encik Nazarudin bin Shaari PJM. Daerah Nibong Tebal

    Encik Lee Kok Wah Daerah Georgetown (Utara)

  • 20

    Encik Mohd Hafife bin Abdul Halim Daerah Bayan Lepas

    Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri

    Encik Wong Kok Nian Tugas-Tugas Khas (ICT, Dokumentasi & Teknologi Maklumat)

    Encik Ong Kai Xuan Tugas-Tugas Khas (Seranta & Warden Wisma Bukit Bendera)

    Encik Chan Hong Wai PJM. Unit Pengakap Remaja

    Encik Tan Peng Chong Unit Pengakap Muda

    Encik Ramesh a/l Sabapathy Munisamy Tugas-Tugas Khas (Pengurusan Risiko & Kelestarian Hijau)

    Cik Yeoh Mooi Lee Tugas-Tugas Khas (Hal Ehwal Wanita & Pembangunan Kepengakapan)

  • 21

    JAWATANKUASA PELAKSANAAN MAJLIS PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT

    DAN SIJIL PENGAKAP RAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2014

    Penaung Y.Bhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Haji Shafie Bin Haji

    Mohd Salleh Ketua Pengakap Negara Malaysia Y.Bhg. Dato Dr. Mohammad Shahrom Bin Othman Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia

    Penasihat Y.Bhg. Tuan Haji Zulkafli Bin Kamarudin DJN,PKT,PJK Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Beh Hong Thiew PJK,PJM Pengerusi majlis Pengakap negeri Pulau Pinang

    Pengerusi En. Rozhan Bin Haji Yahaya PJK,PJM Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau

    Timbalan Pengerusi En. Heng Soo Peng PKT,PJK.PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Naib Pengerusi 1 EN. Hazlisham Bin Haji Hanafiah PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Naib Pengerusi 2 En. Tan Su Cheng PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Setiausaha Majlis En. Mohd Hafife Bin Abdul Halim Pem. Pesurujaya Daerah Bayan Lepas En. Stephen Kam Woi Chee PJK Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Bendahari En. Ooi Soo Ghee PJM Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang

  • 22

    En. Neoh Dian Bin PJK Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Protokol /Pengurus Pengacaraan

    En. Hazlisham Bin Haji Hanafiah PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang Hajjah Noraini Bte Puteh Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Mohammad Fadzli Bin Abu Hassan Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth

    Seketeriat / Urusetia En. Heng Soo Peng PKT,PJK.PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Heng Teik Chuang Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Oi Siou Hean PJK,PJM Pesuruhjaya Pengakap Daerah Georgetown (S)

    Cik Yeoh Mooi Lee Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Mohd Izzat b. Izman Kakitangan tetap Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Sambutan / Jemputan En. Abu Bakar Bin Awang PJK,PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Chew Ching Yee PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang Puan Khoo Poh Sen PJK Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang

  • 23

    Cik Ong Shy Hann Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Tan Sow Sung PJM Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bukit Mertajam En. Nazarudin Bin Shaari PJM Pesuruhjaya Pengakap Daerah Nibung Tebal En. Lee Kok Wah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Georgetown (U) En. Ong Kai Xuan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Buku Program / Multimedia & Dokumentasi

    En. Chan Hong Wai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Wong Kok Nian Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Jamuan / Makanan Puan Norhayati Bte Mohamad Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Ong Beng Soon PJM Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Publisiti/Media/ Dokumen Tasi

    En. Ramesh a/l Sabapathy Munisamy Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pulau Pinang En. Tan Peng Chong Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pulau Pinang

    Cenderamata En. Teoh Ken Lin Pen. P/jaya Pengakap Daerah Nibung Tebal / PIP Kebangsaan

    Juruacara majlis En. Norhisham Bin Mohd Nor Pemimpin pengakap SMK Telok Kumbar 2

  • 24

    Pn. Norazimah Binti Lokma @ Lokman Pen. Pemimpin Pengakap SMK Seri Balik Pulau Pembaca Doa En. Mohammad Sabhi Bin Othman PJM

    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth

    Fotografi En. Tan Yoke Khoon Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bukit Mertajam

  • 25

    MAJLIS PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT

    DAN SIJIL PENGAKAP RAJA

    PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

    TAHUN 2014

    Bunga selasih harum baunya,

    Menghias Laman milik puteri,

    Adat berjasa ada hikmahnya,

    Disebut nama seluruh negeri.

  • 26

    ATUR CARA ISTIADAT MAJLIS PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT

    DAN SIJIL PENGAKAP RAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2014

    26hb Oktober 2014

    Hotel Vistana, Bayan Lepas, Pulau Pinang

    11:00 am Pendaftaran penerima Bintang & Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia, dan Sijil Pengakap Raja serta jemputan

    11:30 am Raptai Istiadat

    2:15 pm Penerima Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia, dan Sijil Pengakap Raja mengambil tempat

    2:40 pm Ketibaan tetamu jemputan / dif-dif jemputan

    2:45 pm Ketibaan Y. Bhg. Dato Dr. Mohamad Shahrum Bin Osman Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

    2:50 pm Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Dato Seri Paduka Dr. Hj. Shafie Bin Hj. Mohd. Salleh Ketua Pengakap Negara

    3:00 pm Ketibaan T.Y.T. Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

    3:05 pm Negaraku / Untuk Negeri Kita / Lagu Pengakap Persetiaan Pengakap Doa Ucapan Y. Bhg. Tan Sri Dato Seri Paduka Dr. Hj. Shafie Bin Hj. Mohd. Salleh Ketua Pengakap Negara

  • 27

    Istiadat Penyampaian Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia, dan Sijil Pengakap Raja Oleh T.Y.T. Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

    5:00 pm Negaraku / Untuk Negeri Kita Sesi bergambar dan jamuan ringan

    5:20 pm T.Y.T. Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang meninggalkan majlis

    5:45 pm Bersurai

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  • 28

    Negaraku Negaraku

    Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup

    Bersatu dan maju,

    Rahmat bahagia; Tuhan kurniakan, Raja kita; Selamat bertakhta,

    Rahmat bahagia; Tuhan kurniakan. Raja kita; Selamat bertakhta

    Untuk Negeri Kita

    Selamat Tuhan kurniakan

    Selamat Pulau Pinang Negeriku yang mulia

    Kutaat dan setia Aman dan bahagia

    Majulah jayalah Negeriku yang kucinta Bersatu dan bersama

    Untuk negeri kita

    Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia; Harapan nusa dan bangsa;

    Berikrar setia; Pada pertiwi tercinta

    Melatih generasi muda; Menjadi insan yang berguna; Persetiaan pengakap; Teras dipegang bersama

    Menolong orang setiap masa; Menabur bakti di mana sahaja; Demi Tuhan, Raja dan negara

    Berbudi, bersaudara; Taat, menurut perintah; Kami bangga junjung cita-cita; Pengakap Malaysia

    Kami bangga junjung cita-cita; Pengakap, Pengakap Malaysia

  • 29

    Senarai Penerima Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia

    Bintang Semangat Rimba Emas

    2012 YAHAYA BIN AHMAD (DATUK HAJI)

    Bintang Semangat Rimba Perak 2010

    LIP KOK CHAI (ENCIK)

    Pingat Perkhidmatan Gemilang 2010

    HAMZAH BIN MD ALI (ENCIK)

    2012 ABU BAKAR BIN AWANG (ENCIK)

    AHMAD TARMIZI BIN KAMARUDDIN (DATO HAJI)

    Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2010

    BEH HONG THIEW (ENCIK) MD ALI BIN ISMAIL (HAJI)

    2012 ABDUL GHANI KANESAN BIN

    ABDULLAH (PROF. MADYA DR.) CHEW HOCK PHENG (ENCIK)

    HENG SOO PENG (ENCIK) MOHD. JAMIL BIN OTHMAN (ENCIK)

    Pingat Perkhidmatan Setia 2010

    ANUAR BIN SHAARI (ENCIK) HAZLISHAM BIN HANAFIAH (ENCIK)

    MOHAMMAD SABHI BIN OTHMAN (ENCIK)

    MOHD ZUBER BIN ALI (ENCIK) NOOR ZAIMY BINTI YAAKUB (PUAN)

    ROZHAN BIN YAHAYA (ENCIK)

    2012

    CHEW CHING YEE (ENCIK) CHUA TEIK SOON (ENCIK)

    DAVID KHOO CHON-YI (ENCIK) HANIFAH BIN ABDUL MAJID (HAJI) MOHD NOR BIN HASHIM (ENCIK)

    NOORHANISAH BINTI ABDUL KADIR (PUAN)

    ONG TAI HSIAN (ENCIK) TAN KIM TONG (ENCIK)

    TAN SOW SUNG (ENCIK) TAN SU CHENG (ENCIK)

    Pingat Perkhidmatan Baik 2010

    CHAN HONG WAI (ENCIK) GOH SAY LEONG (ENCIK) GOH THEAN YU (ENCIK) HO CHEE KEAN (ENCIK)

    IBRAHIM BIN KASA (ENCIK) JAYA PRAGASAM A/L SUPPIAH (ENCIK)

    MOHD FADZLI BIN ABU HASSAN@HASHIM (ENCIK)

    MOHD ZAIDI BIN HASSAN @ OTHMAN (ENCIK)

    NG CHENG WEI (ENCIK) OI SIOU HEAN (ENCIK)

    ROSANIZA BINTI ABDUL KALIM (CIK) TAN CHOOI POH (ENCIK)

    TAN YOKE KHOON (ENCIK) TEOH KHENG LIN (ENCIK)

    YAP YAN CHEU @ YEAP EAN CHOH (ENCIK)

    ZULKHAIRY BIN GHAZALI (ENCIK)

    2012 ALIAS BIN DIN (ENCIK)

    BASIR BIN HASHIM (ENCIK) CHE ASMAH BINTI ABDUL RAHIM

    (PUAN) CHANDRAKUMAR A/L SIRIPAL (ENCIK)

    GOH CHEAH FENG (PUAN)

  • 30

    HENH ZIN MOON (ENCIK) KHAIRUDDIN BIN NURUDDIN @

    NORDIN (ENCIK) MOHD. AKIFFADZIL BIN ABDUL

    RAHMAN (ENCIK) MOHD. RIJAL BIN OTHMAN (ENCIK) MOHD. RIZAL BIN ISMAIL (ENCIK) NAZARUDIN BIN SHAARI (ENCIK)

    ONG SHY HANN (CIK) ROSNI BINTI SAMSUDIN (CIK) TEOH CHERN ZHONG (ENCIK)

    WOO SOON HIN (ENCIK) ZURAMIN BIN ABU BAKAR (ENCIK)

    Pingat Perkhidmatan Baik (Kehormat)

    2012 LAU KWAN-HUNG (ENCIK) MUI CHI KEUNG (ENCIK) WONG LUI SHEK (ENCIK)

    Pingat Perkhidmatan Lama 2010

    ABD. MALEK BIN KHALID @ TALIB (ENCIK)

    KOMALA DEVI A/P KARUPAYAH (PUAN)

    Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara

    2010 AHMAD SUHAILI BIN AHMAD TAJUDDIN

    (ENCIK) ANDRIAN SANI BIN SAHIMI (ENCIK)

    AZAHAIRI BIN ABD AZIZ (ENCIK)

    CHANG WEI YAN (ENCIK) CHOY KER WOON (CIK)

    EDWIN TOOLSERAM (ENCIK) FATIMAH BINTI AZALI (CIK)

    HAZIAH BINTI MOKHTAR (PUAN) LEE KOK WAH (ENCIK)

    LEE TOONG LEON (ENCIK) LIAU CHUN MENG (ENCIK)

    LOO CHIN CHOONG (ENCIK) MOHAMMAD SYAFIQ BIN ALI (ENCIK)

    NG CHOOI YAO (ENCIK) OOI YUEN WEI (ENCIK)

    REDZUAN BIN RUSLAN (ENCIK) TAN WENG SON (ENCIK) WONG KOK NIAN (ENCIK)

    2012

    AZMAN BIN AHMAD (ENCIK) GOH CHEAH FENG (PUAN)

    GOH SZE YING (PUAN) KOH SUCK LIN (PUAN)

    LIM TAT CHONG (ENCIK) MOHD. RIJAL BIN OTHMAN (ENCIK) MUAZ RAZIN BIN MOHAMAD PUZI

    (ENCIK) NORAINI BINTI PUTEH (HAJJAH)

    NUR ELIYAWATON BINTI MOHD ALIAS (PUAN)

    ONG KAI XUAN (ENCIK) ROSLINA BINTI ROSLI (PUAN) ROSNI BINTI SAMSUDIN (CIK) TAN PENG CHONG (ENCIK)

    TAN YAN HONG (ENCIK) TAN YEONG SHING (ENCIK)

    TEOH CHERN ZHONG (ENCIK) YEOH KEAN KEONG (ENCIK)

    YEW CHEE LAM (ENCIK)

  • 31

    Senarai Penerima Pengakap Raja

    Tahun 2011

    GARY POH KWOR XIANG SMJK HENG EE 21 GTS

    HEAH JUN JIE SMJK JIT SIN 23 BM

    JEREMY CHEANG JENN REN SMJK HENG EE 21 GTS

    LAI JIN XIANG SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    NG KHAI WEN SMJK JIT SIN 06 BM

    ONG WEI YEE SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    OOI WOOI KEONG SMJK HENG EE 21 GTS

    OOI ZI SHENG SMJK HENG EE 21 GTS

    PUAH PERNG PING SMK SIMPANG AMPAT 24 NT

    PUAH PERNG YANG SMK SIMPANG AMPAT 24 NT

    TAN KEN NORD SMJK JIT SIN 06 BM

    TAN KHAI SHIANG SMJK JIT SIN 06 BM

    TAN ZI JIAN SMJK JIT SIN 06 BM

    TANG YEE MEI SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    VICTORIA TAN PHOOI KHEI SM SRI PINANG (SWASTA) 17 GTU

    YEAP SHANG YUAN SMJK HENG EE 21 GTS

    YEOH QI JUN SMJK JIT SIN 06 BM

    ZHUO SHIK MING SMJK JIT SIN 06 BM

    Tahun 2012 JORDAN A/L IRUTHEEYANATHAN SMK ST. MARK 10 BW

    MAIYUNIZA BINTI MAZLAN SMK SRI MUDA 18 BW MUHAMAD AMIRUL AIZAD BIN AB MALEK SMK DATUK HAJI AHMAD SAID 41 BW

  • 32

    NOOR ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN SMK SRI MUDA 18 BW

    NOR AZIRA BINTI MD RADZI SMK SRI MUDA 18 BW NOR FATIHAH BINTI ABD RAZAK SMK SRI MUDA 18 BW

    NOR SHUHADA BINTI JASMI SMK SRI MUDA 18 BW NUR SYUHADA BINTI ABDUL RAZAK SMK SRI MUDA 18 BW

    NURSYAHIRAH IZZATI BINTI KHAIRIL SMK SRI MUDA 18 BW

    NURUL SYAZWANA BINTI MOHD ZIN SMK SRI MUDA 18 BW

    SALIMAH BINTI MOHAAMED DESA SMK SRI MUDA 18 BW

    SYAHIDATUL HUSNA BINTI MOHAMMAD SABHI SMK SRI MUDA 18 BW

    UMMI SOFIA BINTI ABD. RASHID SMK SRI MUDA 18 BW

    Tahun 2013

    ANG CHOW SHENG SMJK CHUNG LING BUTTERWORTH 54 BW

    CHAN WEI YANG SMJK CHUNG LING 11 GTS

    CHEW MING CHAN SMJK CHUNG LING 11 GTS

    CHEW WEI LOON SMJK HENG EE 21 GTS

    CH'NG KHAI YUEN SMJK HENG EE 21 GTS

    KOAY ZHI XI SMJK CHUNG LING 11 GTS

    LIM BEI SHENG SMJK HENG EE 21 GTS

    LIM WEI HANG SMK SIMPANG AMPAT 24 NT

    ONG YU SHEN SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    OOI YEONG SHENG SMJK CHUNG LING 11 GTS

    QUAH FU YONG SMJK CHUNG LING 11 GTS

    SAW SZE WEI SMJK HENG EE 21 GTS

    TAN JING KAI SMK BERAPIT 40 BM

    TAN PEI SENG SMJK CHUNG LING 11 GTS

    YEOH LENG WEI SMJK HENG EE 21 GTS

  • 33

    Tahun 2014

    CHE ZUHAIRI BIN CHE SHOWPI SMK SRI MUDA 18 BW

    CHONG FOONG LOONG SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    DANIEL ONG ZHONG KIONG SMJK HENG EE 21 GTS

    DWAY LI DE WEI SMJK HENG EE 21 GTS

    IVAN KOK CHENG JIN SMJK HENG EE 21 GTS

    KANG KIAH TIAN SMJK JIT SIN 06 BM

    KOR YING ZHENG SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    LAI JIA YONG SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    LEAN LI JIE SMJK HENG EE 21 GTS

    LEE CHIA CHIE SM JIT SIN (PERSENDIRIAN) 29 BM

    LIM CHUN XIAN SMJK JIT SIN 06 BM

    LIM WEI LUN SMK TAMAN PERWIRA 68 BM MOHAMAD NASRI BIN AHMAD BUKRI SMK POKOK SENA 78 BW

    MUHAMAD AMIRUL AMIN BIN AZHAR SMK DATO KAILAN 70 BW

    MUHAMMAD AMMAR BIN HASHIM SMK POKOK SENA 78 BW

    MUHAMMAD AZRUL FARIZAL BIN MOHD RASHID SMK SRI MUDA 18 BW

    NG WAI JIAN SMJK JIT SIN 06 BM

    OOI JIN FU SMJK JIT SIN 06 BM

    TAN HOOI MIN SMK BERAPIT 40 BM

    TAN KEAN AN SMK BERAPIT 40 BM

    TAN KUN WEI SMK JALAN DAMAI 20 BM

    TAN SIA CHIAN SMK JALAN DAMAI 20 BM

    TAN YING XIN SMJK SACRED HEART 04 BP

    TEH JUN SHENG SMJK HENG EE 21 GTS

    THEU ZHI YAO SMJK JIT SIN 06 BM

    THOR HOCK WELL SMJK JIT SIN 06 BM

    Catatan Singkatan Nama Daerah: BM-Bukit Mertajam, BP-Balik Pulau, BW-Butterworth, GTS-

    Georgetwon (Selatan), GTU-Georgetown(Utara)

  • 34

    Setinggi-tinggi Tahniah dan Penghargaan

    Persekutuan Pengakap Malaysia

    Negeri Pulau Pinang

    dengan sukacitanya merakamkan

    setinggi-tinggi penghargaan

    kepada semua pihak yang telah membantu

    menjayakan

    Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat

    & Sijil Pengakap Raja

    Persekutuan Pengakap Malaysia

    Negeri Pulau Pinang

    Tahun 2014

  • 35

    (Bintang)

  • 36

    Bar

    isan

    Had

    apan

    : Nor

    aini

    Bin

    ti Pu

    teh,

    Moh

    d H

    afife

    Bin

    Abd

    ul H

    alim

    , Roz

    han

    Bin

    Yah

    aya,

    Zul

    kafli

    Bin

    Kam

    arud

    din,

    Hen

    g S

    oo P

    eng,

    Haz

    lisha

    m,

    Neo

    h D

    ian

    Bin

    B

    aris

    an T

    enga

    h: M

    oham

    mad

    Fad

    zli B

    in A

    bu H

    assa

    n, O

    ng B

    eng

    Soo

    n, L

    ee K

    ok W

    ah, T

    an S

    ow S

    ung,

    Naz

    arud

    in B

    in S

    haar

    i, N

    orha

    yati

    Bint

    i M

    oham

    ad, O

    ng S

    hy H

    ann,

    Yeo

    h M

    ooi L

    ee

    Bar

    isan

    Bel

    akan

    g: M

    ohd

    Izza

    t Bin

    Izm

    an, N

    orhi

    sham

    Bin

    Moh

    d N

    or, T

    eoh

    Khe

    ng L

    in, T

    an Y

    oke

    Kho

    on, W

    ong

    Kok

    Nia

    n, H

    eng

    Teik

    Chu

    ang