faktor-faktor yang mendorong pelajar sekolah … · hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian...

22
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MEROKOK : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongxuyen

Post on 07-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH MEROKOK : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU

ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH MEROKOK : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU

ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan
Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

iii

DEDIKASI

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya

terhasillah laporan PSM ini yang menemui titisan ayat terakhir.

Khas buat, Ayahanda & Bondaku yang tercinta

Zakaria Bin Jaafar & Zaharah Binti Abdul Rahman Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah

Tiada kata-kata yang mampu menafsir.... Menafsir segala pengorbananmu

Doa dan nasihatmu menjadi sumber inspirasi perjuanganku Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.

Kekanda yang disayangi, Abang Fendy dan Kak Za & Abang Nazree dan Kak Ta

Kata-kata mu sumber inspirasiku Semangat dan dorongan yang diberikan amat kuhargai

Terima kasih di atas segalanya Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga

Sahabat Seperjuangan, Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian...

Akan kuabadikan ....Bersama kita menegakkan Apa yang sebenarnya perlu kita tegakkan...

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur al-Hamdulillah, dengan limpah kurnia serta hidayah-Nya akhirnya

dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini bagi memenuhi

sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam).

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

ikhlas dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Kilani Bin Mohamed selaku

penyelia projek ini di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang

tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak ketinggalan juga kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan

Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana memberi kelulusan kepada saya untuk

menjalankan projek ini. Tidak lupa juga kepada emak dan ayah serta sahabat-sahabat

yang sering memberi sokongan dan galakan kepada saya. Jutaan terima kasih saya

ucapkan. Begitu juga dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya,

Johor Bahru kerana mengizinkan saya menjalankan kajian ke atas sebilangan pelajar

di sekolah tersebut.

Akhirnya, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung didoakan semoga sumbangan ikhlas anda diberkati dan dirahmati Allah

dunia dan akhirat.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai faktor-faktor yang mendorong pelajar sekolah

menengah merokok. Kajian ini melibatkan seramai 95 orang pelajar Tingkatan 4

yang terdiri daripada lelaki dan perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan

Permas Jaya. Kajian ini adalah berbentuk deskrptif dan ditafsir secara kuantitatif.

Pengkaji mendapat maklumat melalui pengedaran borang soal selidik kepada

responden yang di pilih secara rawak. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah yang berkaitan

dengan latar belakang responden. Manakala bahagian B pula menghendaki

responden menjawab soalan berdasarkan Skala Likert iaitu Sangat Setuju (SS),

Setuju (S), Kurang Setuju (KS), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS).

Berdasarkan analisis dapatan kajian, terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca

pelajar sekolah menengah merokok seperti faktor keluarga, rakan sebaya dan diri

sendiri. Dengan adanya kajian ini, diharap semua pihak yang terbabit dapat

memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini agar tidak

berleluasa.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

vi

ABSTRACT

This research is about smoking habit for the secondary school’s students.

This research was conducted 95 girls and boys students from form four of Sekolah

Menengah Kebangsaan Permas Jaya, Johor Bahru. It was conducted by

descriptively and data’s collected was interpreted quantitatively. The data was

obtained by answering the questionnaire. The questionnaires have two parts, Part A

and Part B. Part A is about respondent’s personal data. Then Part B, respondents

must answer the Likert Scale. There area Very Not Agree, Not Agree, Not So Much

of Agree, Agree and Very Agree. From the analysis, there are varieties of factor’s

smoking, such as family factor, friends and also personalizes. Hopefully, from this

research, all people must take a part to solve this problem before it becomes the

worst.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Konsep Dan Istilah 9

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Apakah Itu Rokok 13

2.3 Pandangan Islam Tentang Rokok 14

2.4 Bahaya Merokok Kepada Pelajar 19

2.5 Faktor Keluarga 22

2.6 Faktor Rakan Sebaya 27

2.7 Faktor Diri Sendiri 31

2.8 Kesimpulan 33

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 36

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Analisis Data 39

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Bahagian A 41

4.3 Bahagian B

4.3.1 Faktor Keluarga 45

4.3.2 Faktor Rakan Sebaya 52

4.3.3 Faktor Diri Sendiri 59

4.4 Kesimpulan 61

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

ix

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Perbincangan

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 63

5.2.2 Faktor Keluarga 64

5.2.3 Faktor Rakan Sebaya 66

5.2.4 Faktor Diri Sendiri 67

5.3 Rumusan 68

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

SENARAI RUJUKAN 75

LAMPIRAN 80

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

x

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 : Tingkatan 41

4.2.2 : Jantina 41

4.2.3 : Bangsa 42

4.2.4 : Agama 42

4.2.6 : Pekerjaan Bapa 43

4.2.7 : Pendapatan Bapa 43

4.2.8 : Pekerjaan Ibu 44

4.2.9 : Pendapatan Ibu 44

4.3.1.1: Saya suka menghabiskan masa lapang bersama keluarga 45

4.3.1.2 : Ayah saya adalah seorang perokok 45

4.3.1.3: Kebanyakan ahli keluarga saya merokok 46

4.3.1.4 Ibu bapa saya tahu saya merokok 46

4.3 1.5 : Ibu bapa saya tidak melarang saya merokok 47

4.3.1.6 : Saya membeli rokok menggunakan wang yang 47

` diberi oleh ibu bapa saya

4.3.1.7: Hubungan saya dengan keluarga rapat 48

4.3.1.8 : Kesibukan ibu bapa bekerja tidak menghalang kami 49

menghabiskan masa bersama

4.3.1.9 : Ibu bapa sering meluangkan waktu apabila saya memerlukan 49

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

xi

4.3.1.10 : Ibu bapa sentiasa memberi nasihat dan kasih sayang 50

kepada saya

4.3.1.11: Ibu bapa tidak mengambil endah/tahu setiap 51

pergerakan saya

4.3.1.12 : Saya suka berkongsi masalah dengan ibu bapa saya 51

4.3.2.1 : Saya suka menghabiskan masa lapang bersama rakan-rakan 52

4.3.2.2 : Kebanyakan rakan saya adalah perokok 52

4.3.2.3 : Saya mula belajar merokok kerana ajakan rakan 53

4.3.2.4 : Apabila saya bersama-sama rakan, mereka akan 53

mengajak saya merokok

4.3.2.5 : Saya dipaksa merokok oleh rakan 54

4.3.2.6 : Saya selalu merokok apabila bersama rakan-rakan 54

4.3.2.7 : Saya tidak suka berkawan dengan rakan yang merokok 55

4.3.2.8 : Saya akan menegur/menasihati rakan saya yang merokok 55

4.3.2.9 : Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan 56

4.3.2.10 : Saya berasa seronok setiap kali berkumpul 56

bersama rakan-rakan

4.3.3.1 : Saya pernah mencuba-cuba untuk merokok 57

4.3.3.2 : Saya merokok sekadar suka-suka 58

4.3.3.3 : Saya merokok bila saya tension/stress 58

4.3.3.4 : Saya merokok setiap hari 59

4.3.3.5 : Saya mengeluarkan belanja sendiri untuk membeli rokok 59

4.3.3.6 : Saya tahu merokok membahayakan kesihatan 60

4.3.3.7 : Saya berasa seronok bila merokok 60

4.3.3.8 : Saya tidak merasakan merokok boleh 61

merugikan diri sendiri

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

xii

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

Borang Soal Selidik 80

Surat kebenaran mengadakan kajian dari Kementerian 85

Pendidikan Malaysia

Surat kebenaran mengadakan kajian dari Jabatan 87

Pendidikan Negeri Johor

Surat kebenaran mengadakan kajian dari Fakulti 88

Pendidikan, UTM, Skudai

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di

tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan

melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru.

Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di

bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk

merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis

dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin

merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam

daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Menurut Hairunnaja Najmuddin (2003,14) dari sudut psikologi, masa remaja

adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan

mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi,

perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami

krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara-

perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

2

merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau

orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok

walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika

dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan

disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja

merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta

memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan

negatif bermula dari peringkat awal lagi.

1.2 Latar Belakang Kajian

Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya

boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan

kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh

menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu

kerja dan sebagainya. Namun begitu, menurut Julie Roshana (2003, 37) terdapat

juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti

sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit.

Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan

dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada

kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan

membahayakan diri mereka serta orang lain.

Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak

memberi kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya

meningggalkan perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan

orang lain. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said

al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi :

قال ) ص(عن أبي سعد بن مالك بن الخدري رضي اهللا عنه أن رسول اهللا ال ضرر وال ضرار:

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

3

Bermaksud :

Dari Abi Sa’id bin sa’d bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah

SAW bersabda : “Tidak ada kemudharan dan tidak boleh berbuat kemudharatan”.

(Riwayat Ibn Majah dan al-Daruqutni)

Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak

halal dan tidak memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang

mana ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi

dan lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan

diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan. Firman

Allah SWT :

Bermaksud :

“Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapatdi bumi

dan janganlah kamu mengikut langkah-langkakh syaitan; kerana sesunguhnya

syaitan itu musuh kamu yang nyata”.

(Surah al-Baqarah 2 :168)

Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh

meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi

kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan merokok.

Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di

perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk

mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara sebeginilah

yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini

berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras ugut, ponteng

sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

4

Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan

perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana

pada usia ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh

perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-

mana pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah. Pada usia ini juga, mereka mudah

terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh

golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan

sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan “Apa yang ditegah itulah yang suka

dilakukan”. Contohnya. Amalan merokok di kalangan remaja sekolah yang telah

menjadi trend dan kebiasaan di era globalisasi ini.

Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar sekolah begitu

membimbangkan. Pada bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri

Musa Mohammed telah melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul

Rahman (STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut tersebut, beliau telah mendapati

banyak puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama pelajar sekolah

tersebut. (Harian Metro, 29 Ogos 2003:16).

Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit

seperti pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya

masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah

menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan

larangan merokok.

Dalam surat pekeliling iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua

Pengarah Pendidikan Malaysia kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri

menyatakan bahawa semua premis sekolah sama ada di kawasan terbuka atau di

dalam bilik atau di tempat terselindung adalah termasuk dalam kawasan larangan

merokok. Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini

dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan

pelajar ?

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

5

Y.B Datuk Mohd Ali Rustam, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

di dalam teks ucapan perasmian sempena pelancaran Minggu Tanpa Tembakau

Kebangsaan 1999 mengatakan bahawa kadar merokok di kalangan remaja (18 tahun

ke bawah) secara keseluruhannya pada tahun 1996 ialah sebanyak 16.7%. Kadar

merokok di kalangan remaja lelaki ialah 30.7% manakala pelajar perempuan pula

ialah 4.8%. Menurut beliau lagi, satu soal selidik telah dijalankan di salah sebuah

sekolah menengah di Selayang pada Mac 1999. Soal selidik itu menunjukkan kadar

merokok secara keseluruhan pelajar sekolah menengah berkenaan ialah 18.2%.

Kadar merokok di kalangan pelajar lelaki ialah 29% manakala di kalangan pelajar

perempuan ialah 7%. Berlaku peningkatan kadar merokok di kalangan remaja lelaki

pada tahun 1996 iaitu sebanyak 30.7% berbanding pada tahun 1986. Manakala

peningkatan pada remaja perempuan pula ialah sebanyak 4.8% pada tahun 1996

berbanding pada tahun 1986.

Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan

terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula,

ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu

sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari

merokok.

Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis

penyakit yang membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan

sebagainya. Menurut kajian doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat

daripada orang yang tidak merokok. Di dalam buku Rokok dan Keharamannya,

Terjemahan ‘Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (199,1), Doktor Hajar b. Ahmad ada

menyatakan bahawa perokok itu umurnya akan hilang atau berkurang dari 8 hingga

12 tahun.

Di samping itu, ‘Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (1995, 40) menyatakan

bahawa merokok juga boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses

kematangannya. Dengan kata lain, ianya merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan

perkembangan akal menuju kematangan dan kesempurnaannya (sebagai makhluk

yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan seseorang. Rasulullah SAW

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

6

bersabda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud

dari Ummu Salamah :

نهي رسول اهللا صلي اهللا عليه وسلم عن آل مسكر ومفترBermaksud :

“Rasulullah SAW melarang (umat Islam) menggunakan setiap yang memabukkan

(memeningkan) dan yang melemahkan (tubuh dan fikiran)”.

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud juga As-Sayuti)

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok

dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan.

Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan

memberi kesan negatif yang besar. Masalah penagihan dadah adalah berpunca

daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak

dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah

penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok

adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian

yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih

90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk

membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan

para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan

menjadi trend masa kini.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH … · Hanya ucapan terima kasih yang ... sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah ... merupakan generasi pelapis yang akan

7

1.4 Objektif Kajian Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian

memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan

kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah menetapkan

beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:-

1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah

menengah untuk merokok.

1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana

pengaruh rakan sebaya

1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah

menengah merokok

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada

beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan

tersebut adalah :-

1.5.1 Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah

merokok?.

1.5.2 Adakah pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah

untuk merokok?

1.5.3 Adakah diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan

pelajar sekolah menengah ?