faktor-faktor inflasi dan kesannya terhadap kumpulan · pdf file662 nurazidah mashan, salmy...

12

Click here to load reader

Upload: phamlien

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2 (2013) 661 - 672

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP)

Nurazidah Mashan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Salmy Edawati Yaacob

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Sanep Ahmad

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Mat Noor Mat Zain

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Zamzuri Zakaria

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Aisyah Abdul Rahman

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Azlin Alisa Ahmad

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Suhaili al-Ma‟amum

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

Hafizi Abdul Majid

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email :[email protected]

ABSTRAK

Kadar inflasi di Malaysia pada hari ini adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan ketara

bermula tahun 2010 sehingga ke hari ini. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia adalah sebanyak 3

peratus hingga 4 peratus setahun kecuali pada tahun 2008, di mana peningkatan kepada 5 peratus.

Menurut pandangan sesetengah penganalisis ekonomi, masalah inflasi sentiasa melanda Malaysia

disebabkan krisis kewangan yang berlaku dalam sistem monetari dunia.Hal ini memberi kesan negatif

terhadap institusi penyimpanan wang (Ringgit Malaysia) terutama untuk jangka masa yang panjang

seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana penyusutan nilai ringgit berlaku dalam

jumlah yang besar tanpa disedari.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berlakunya

Page 2: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri

Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid

inflasi di Malaysia dan kesannya dalam KWSP. Hasil kajian mendapati bahawa simpanan wang

pekerja dalam KWSP akan menyusutkan nilai benar pendapatan atau tabungan dalam KWSP. Keadaan

ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar

kenaikan tabungan individu setiap bulan. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah

dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Implikasi kajian ini menunjukkan

keperluan kepada satu alternatif untuk membentuk mekanisme lindung nilai yang berkesan

terutamanya dalam aspek kewangan Islam untuk mengurangkan kesan inflasi agar tabungan pekerja

dalam KWSP akan terjamin. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian

perpustakaan. Kajian mencadangkan pembentukan mekanisme penggunaan emas dalam KWSP yang

mana merupakan salah satu instrumen kewangan Islam sebagai alat lindung nilai semasa.

Kata kunci: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Inflasi, Nilai Benar Wang, Krisis Ekonomi,

Kestabilan Ekonomi.

ABSTRACT

Inflation in Malaysia today is disquieting when there is a significant increase from year 2010 up to the

present day. The average inflation rate in Malaysia is 3 percent until 4 percent per year except in

2008, which increased to 5 percent. According to some analysts, the inflation tricky will always hit

Malaysia due to the financial crisis that has always happened in the world monetary system. This

negative impact on institutions handling money (Ringgit Malaysia) especially for long periods of time

such as the Employees Provident Fund (EPF) as the depreciation of the ringgit occur in large numbers

in unnoticed. Therefore, this study aims to examine the factors of inflation in Malaysia and its effect on

the fund. The study found that employees in EPF savings would diminish the value of real income or

savings in the EPF. The situation becomes serious if the rate of prices increase or inflation rates

higher than the rate of increase in individual savings every month. This is because during inflation,

real interest rates are low and possibly negative compared to the situation without inflation. The

implications of this study indicate the necessity alternative to forming an effective hedging mechanism

in reducing the effects of inflation. So that workers in EPF savings will be assured. This studies use

qualitative method using library research approach. This studies also suggest the formation

mechanism of the gold in EPF as the current hedging tool and Islamic finance instrument.

Keywords: Employees Provident Fund (EPF), Inflation, Real Value of Money, Economic Crisis,

Economic Stability.

PENGENALAN

Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara,terutamnya negara yang

mengamalkan ekonomi pasaran bebas.Inflasi merupakan fenomena kenaikan harga secara menyeluruh

dan berterusan dalam pasaran, Mansor Jusoh (1990).Manakala kadar inflasi pula diukur berdasarkan

perubahan indeks harga pengguna sesebuah negara dan pada masa tertentu. Pada tahun 1960-an, kadar

inflasi berada dalam lingkungan 2 peratus. Jika kadar inflasi melebihi nilai tersebut, maka ekonomi

dianggap mendesak. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia mencatatkan nilai sebanyak 3 peratus

kecuali pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5 peratus.Kadar inflasi yang semakin meningkat memberi

impak yang besar kepada kuasa beli penduduk dan mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi

sesebuah negara.Kesannya,nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil dan berlaku lambakan

mata wang dalam pasaran semasa.

Hampir semua negara-negara seluruh dunia pernah mengalami pengalaman menghadapi

inflasi.Antaranya, Inflasi hiper (hyperinflation) di Negara Weimer Republic of Germany pada tahun

1920-1923 Zimbabwe sejak tahun 2003, Argentina pada tahun 1975-1983 dan Bosnia-Herzegovina

pada tahun 1992-1993. Stagflasi (inflasi dan kemerosotan ekonomi) berlaku pada pertengahan 1970-an

di kebanyakkan negara seluruh dunia, yang juga memberi kesan kepada Malaysia. Sekali lagi, pada

tahun 1997/1998, stagflasi berlaku di beberapa Negara Asian ekoran daripada krisis matawang Asia

Timur.Bagaimanapun, Malaysia rata-rata boleh di anggap sebuah negara yang tidak dibebani dengan

masalah inflasi. Antara tahun 1973 hingga kini kadar inflasi tahunan purata di Malaysia adalah

sebanyak 3.75 peratus, walaupun pernah mencapai kadar tertinggi 23.90 peratus setahun pada Mac

1974 dan terendah -2.40 peratuspada Julai 2009, Mansor Jusoh (2013).

Page 3: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 663

Krisis mata wang 1997 menyaksikan lambakan mata wang Asia sehingga menjatuhkan nilai

mata wang tersebut secara mendadak.Menurut Mahathir Mohamad (2000) krisis mata wang Asia ini

disebabkan oleh serangan spekulatif ke atas mata wang Negara-negara Asia dengan kegiatan jualan

singkat oleh pedagang-pedagang mata wang.Serangan spekulatif ini telah menjatuhkan nilai mata wang

ringgit Malaysia, bath Thailand dan rupiah Indonesia. Rentetan itu, inflasi yang teruk telah berlaku

kerana inflasi akan meningkatkan kos pengeluaran dan akan menyebabkan kejatuhan nilai (Saiful

Azhar & „Imad Rafiq Barakat 2002). Salmy Edawati Yaacob (2011)

Rentetan itu, akan berlaku penyusutan nilai ringgit Malaysia sebanyak 3 peratus setiap tahun.

Walau bagaimanapun,perkara sebaliknya berlaku dengan nilai emas yang sentiasa meningkat. Menurut

Ketua Strategi Pelaburan Standart Chartered Bank, Steve Brice, harga emas dunia dijangka meningkat

mencecah AS$1,975 (RM 5,925) seaun pada suku keempat tahun 2012 (Utusan Malaysia 3 Febuari

2012). Purata kenaikan harga emas adalah sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus setahun (Kitco 2012)

dan ini berlaku sejak emas dihapuskan dalam sistem monetari dunia tahun 1971. Justeru, terdapat

impak yang besar terhadap simpanan wang (ringgit Malaysia) terutama dalam jangka masa yang

panjang seperti simpanan wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana akan berlaku

penyusutan nilai ringgit tanpa disedari. Justeru, kita akan mengkaji mengenai faktor-faktor inflasi dan

kesannya terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

DEFINISI INFLASI

Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabla berlaku kenaikan harga secara menyeluruh

dan berterusan hingga beberapa suku tahun. Bernstein (1968), inflasi bermaksud kenaikan tingkat

harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu atau kenaikan

berterusan tingkat harga umum (James 1986).Manakala Jefferson (1977) mentakrifkan inflasi sebagai

kenaikan tingkat harga umum akibat daripada ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan

pergerakan wang.Manakala Harriss (1975) mendefinisikan inflasi sebagai:

“The sense of a rise in the general level of prices has occurred time and again, all

over the world. Inflation deals not with particular prices or the relations among

prices but with the general price level, a drop in the purchasing power of the dollar.

The general price level goes up when money demand rises more than the goods and

services available for buying. Money demand goes up when the quantity of money

rises or when velocity, the rate of turnover, rises- or some combination of the two”.

Dalam istilah Arab, Jarwan al-Sabiq, (1970) mentakrifkan inflasi sebagaibertambahnya

permintaan wang terhadap penawaran barang dengan pertambahan yang tidak terduga.Kemudian ianya

bukan hanya kenaikan yang bersifat sementara, tetapi kenaikan yang berterusan dan sentiasa

bertambah. MA. Mannan, (1970) pula menyatakan bahawa, inflasi bermaksud kenaikan dalam tingkat

harga umum yang biasanya diakibatkan oleh pertambahan dalam penawaran wang yang tidak diikuti

oleh pertambahan dalam permintaan. Menurut Professor Pigou, “Inflasi wujud apabila pendapatan

wang bertambah melebihi kadar aktiviti yang menghasilkan pendapatan” dan ini mengakibatkan

kenaikan harga. Apabila kenaikan harga disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan emas, kita dapati

inflasi emas, jika ia disebabkan oleh matawang, wujud inflasi matawang, dan apabila berpunca

daripada pengembangan kredityang berlebihan, istilah inflasi kredit digunakan.

Secara ringkasnya, inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum secara

berterusan.Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang

mengakibatkan kejatuhan nilai kuasa beli wang.Oleh itu, berlaku lebihan wang dalam pasaran yang

mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar penggangguran, penurunan

pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang mengundang kepada suasana ekonomi yang

negatif.

FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN INFLASI

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi. Antaranya ialah :

I. Inflasi dari aspek permintaan

Page 4: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

664 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri

Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid

Dari sebelah aspek permintaan, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya inflasi,

iaitu terlebih permintaan dan terlebih bekalan wang.

Terlebih permintaan

Inflasi berlaku apabila jumlah permintaan melebihi penawaran barang mengikut harga semasa.Lebihan

dalam permintaan ini memberikan tekanan kepada ekonomi. Inflasi akan muncul kalau permintaan

bertambah tetapi barang-barang dan perkhidmatan tidak bertambah selaras dengan pertambahan

permintaan itu. Hal ini membawa kepada peningkatan harga, disebabkan reaksi daripada orang ramai

dalam meningkatkan pembelanjaan mereka kerana mereka bimbang akan berlaku kenaikan harga

barang dan barang-barang akan habis di pasaran.Oleh itu, inflasi ini dikenali sebagai Inflasi tarikan

permintaan( demand-pull inflation). Inflasi ini terjadi disebabkan oleh faktor-faktor di sebelah

permintaan yang mana jumlah wang yang ingin dibelanjakan bertambah dengan cepat melebihi

pertambahan barang dan perkhidmatan yang di tawarkan di pasaran.Dalam hal ini dikatakan bahawa,

pertambahan permintaan agregat menarik harga supaya meningkat tinggi.Hal ini disebabkan oleh,

lebihan wang yang dipegang oleh pengguna yang menyebabkan mereka meningkatkan perbelanjaan

barangan dan perkhidmatan.Namun agak sukar untuk menambah barang dan perkhidmatan dalam masa

yang cepat, maka wujud lebihan permintaan yang memaksa peningkatan harga.

Selain itu, menurut teori Keynesian, peningkatan dalam pengeluaran produk domestik akan

meningkatkan permintaan pengguna. Apabila jumlah peningkatan permintaan terhadap barangan ini

meningkat, sekaligus berlaku kenaikan tingkat harga umum dan permintaan terhadap barangan yang

melebihi jumlah maksimum daripada pengeluaran yang biasa dihasilkan oleh buruh, maka wujud

jurang inflasi (Inflationary Gap) dan menyebabkan berlakunya inflasi.

Terlebih bekalan wang

Inflasi juga akan berlaku apabila daripada lebihan bekalan wang di pasaran. Hal ini mengakibatkan

kenaikan harga barang.Bekalan wangberlebihan ini berlaku melalui dua cara iaitu berlebihan dalam

melaksanakan perbelanjaan kerajaan. Keadaan inflasi yang amat kritikal berlaku disebabkan oleh

pertambahan dalam bekalan wang.Hal ini demikian kerana, wang diperlukan unuk membiayai

perbelanjaan kerajaan yang melebihi kutipan cukai.Kerajaan perlu memungut cukai selaras dengan

keperluan perbelanjaannya jika hendak mengatasi masalah inflasi.Kutipan yang dilakukan kepada

rakyat berkemungkinan ada atau tidak bergantung kepada kestabilan ekonomi.Oleh itu, kerajaan

terpaksa melakukan pinjaman wang daripada bank untuk membiayai perbelanjaannya.Peminjaman ini

bererti, kerajaan menambah wang baru dalam bentuk kredit.Manakala perbelanjaan daripada pinjaman

wang ini merupakan pertambahan perbelanjaan dalam ekonomi.Oleh itu, output barang dan

perkhidmatan perlu ditingkatkan supaya harga barang menjadi stabil di pasaran. Namun, jika

pengeluaran tidak ditambah, iniakan menaikkan harga barang.Kesannya, kerajaan terpaksa membuat

pinjaman semula bagi membiayai perbelanjaan kerajaan. Hal ini sekaligus, menimbulkan desakan

inflasi dan harga barangan serta perkhidmatan akan terus meningkat.

Selain itu, infasi juga mungkin terjadi jika kerajaan membelanjakan wang untuk pembangunan

Negara.Wang pembangunan ini biasanya diperoleh daripada bank-bank dalam atau luar negeri secara

hutang. Keadaan ini sekaligus menambahkan jumlah wang dalam pegangan kerajaan, namun

pengeluaran atau output barang tidak lagi dihasilkan dalam ekonomi supaya inflasi dapat diatasi,

terutamanya dalam peringkat-peringkat awal pembangunan sesebuah negara. Akibatnya, banyak

Negara sedang membangun mengalami inflasi. Ditambah lagi dengan perbelanjaan yang terlalu besar

untuk kelengkapan tentera, dan kurang untuk mendirikan projek yang menguntungkan dari segi

ekonomi, akan mengakibatkan kenaikan inflasi secara terus –menerus.

Kedua adalah disebabkan oleh lebihan dalampembinaan kredit dalam Institusi Perbankan.Jika

kredit bank bertambah, maka akan bertambah kuasa beli, dan ini akan menaikkan harga barang-barang.

Maka, bank akan menambahkan kreditnya jika terdapat permintaan untuk meminjam daripada orang

ramai. Menurut Husain bin Mahmud (1967), inflasi jenis ini tidaklah seberat inflasi yang dilakukan

oleh kerajaan iaitu melakukan pinjaman wang dengan institusi perbankan.

II. Sebab inflasi daripada aspek pengeluaran barang-barang

Daripada sebelah aspek pengeluaran barang-barang, terdapat beberapa kemungkinan dan keadaan

semasa yang menyebabkan berlakunya inflasi, seperti dalam masa melambung dan kos bertambah

sedangkan daya pengeluaran berkurang.

Page 5: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 665

Masa melambung

Dalam masa melambung menjadi terlebih penanaman modal (over investment).Para pengusaha

berlumba-lumba memulakan perusahaan-perusahaan baru.Oleh itu, permintaan terhadap bahan-bahan

mentah juga bertambah.Harga barang-barang yang dibuat dar bahan-bahan mentah tersebut ikut

naik.Akhirnya penanaman modal yang lebih ini mengakibatkan terlebih pengeluaran barang-barang

dan berikutnya ini menyebabkan pula turunnya harga barang-barang tersebut.

Kos bertambah, daya pengeluaran berkurang

Produktiviti para pekerja mungki berkurang, tetapi gaji mereka masih serupa dahulu ataupun pekerja-

pekerja tidak mahu bekerja kalau gaji mereka tidak dinaikkan.Oleh itu, gaji pekerja terpaksa dinaikkan.

Untuk mendapatkan keuntungan yang sama seperti sebelumnya, pengusaha juga terpaksa menaikkan

harga barang-barang keluarannya, dan inflasi pun muncul. Inflasi ini adalah akibat kenaikan gaji yang

menaikkan pula harga barang., kerana kos pengeluaran bertambah. Inflasi ini dinamakan inflasi tolakan

kos ( cost push inflation) (Raja Mohd. Affandi, 1975).

Selain itu, ada 3 sektor yang boleh menjadi sebab timbulnya inflasi. Antaranya ialah,sektor

import-eksport. Jika eksport sesebuah negara lebih besar daripada importnya maka akan ada tekanan

inflasi yang diakibatkan oleh semakin besarnya jumlah wang yang beredar dalam Negara kerana

penerimaan hasil dari luar Negara.Manakala yang kedua ialah, sektor simpanan- pelaburan. Kalau

pelaburan sesebuah negara lebih besar daripada simpanan, sehingga untuk membiayai pelaburan yang

lebih besar daripada simpanan tersebut perlu dikeluarkan wang baru,maka akan timbul tekanan

inflasi.Seterusnya yan ketiga, sektor penerimaan dan pengeluaran Negara. Jika perbelanjaan sesebuah

Negara mengalami deficit iaitu perbelanjaan kerajaan lebih besar daripada penerimaannya, maka untuk

menutupi pengeluaran yang lebih besar itu perlu dikeluarkan wang baru, dan perkara ini akan

mengakibatkan adanya tekanan inflasi. Inflasi sesungguhnya tidak akan terjadi jika ketiga-tga sektor

tersebut saling imbang-mengimbangi (Drs. M. Manullang, 1969).

Dalam sistem kewangan Islam pula, jika dikaji punca munculnya inflasi sebenarnya bermula

daripada sistem riba.Inflasi berhubungan secara positif dengan kenaikan bunga bank. Apabila bank

meawarkan kadar bunga yang tinggi, orang ramai tertarik menabungkan wang di bank dengan harapan

mendapat pulangan yang tinggi, hasil daripada penggunaan modal dalam sektor industri dan

perniagaan. Kerana pada amalannya bank tidak dapat berbuat begitu, maka bank melaburkan kumpulan

wnag orang ramai itu dalam bentuk pembelian sekuriti kerajaan, pertukaran bayaran tunai dan aktiviti

lainnya yang kurang produktif. Dengan itu, wang-wang yang boleh digunakan untuk tujuan produktif

mengurang akibat kadar bunga yang tinggi. Penyaluran modal-modal kepada yang tidak produktif

mengakibatkan inflasi, penggangguran dan kemelesatan ekonomi pada amnya (Sobri Salamon, 1988).

III. Sebab Inflasi menurut al-Maqrizi

Al- Maqrizi membagi inflasi menjadi dua, inflasi yang disebabkan berkurangnya persediaan barang

atau natural inflation dan inflasi akibat kesalahan manusia.Inflasi jenis pertama iniah yang terjadi pada

zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa‟ Al-Rasyidin, iaitu disebabkan kerana faktor kekeringan atau

peperangan.Sedangkan inflasi jenis kedua, menurut al-maqrizi disebabkan oleh 3 hal iaitu pertama,

rasuah dan sisitem pentadbiran yang buruk.Kedua, cukai berlebihan yang memberatkan petani dan

ketiga, jumlah wang yang berlebihan.

LATAR BELAKANG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah syarikat yang berperanan sebagai

pengurus simpanan ahli/pencarum secara cekap, adil dan telus dan ditubuhkan dibawah Akta

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 1952).KWSP bangun dengan visi untuk menjadi

organisasi keselamatan bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik untuk rakyat

Malaysia dan bermisikan sebagai sebuah institusi yang menyediakan skim simpanan persaraan yang

terbaik.Tujuan ini selaras dengan objektif korporat iaitu untuk menyediakan manfaat persaraan yang

mencukupi bagi setiap pekerja melalui skim simpanan KWSP supaya skim KWSP dapat membantu

pekerja selepas bersarantuk menyediakan pendapatan dan boleh mengekalkan kehidupan yang

munasabah kepada para peserta caruman.

Sumber-sumber kewangan KWSP yang diperolehi daripada sumbangan oleh majikan dan

pekerja. Oleh itu, majikan perlu memastikan bahawa pekerja-pekerja mereka menyimpan sebahagian

Page 6: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

666 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri

Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid

daripada gaji mereka, dan memastikan majikan mereka memberi sumbangan kepada KWSP.Dari aspek

pelaburan, KWSP akan memastikan bahawa sumbangan dilaburkan dalam cara yang terbaik. Dalam

sistem kewangan Negara, KWSP berfungsi untuk mengumpul sumbangan daripada majikan dan

pekerja, untuk melabur dalam dana, dan mengagihkan simpanan terkumpul kepada ahli apabila syarat-

syarat pengeluaran dipenuhi. Oleh itu, KWSP dapat dilihat sebagai sebuah organisasi keselamatan

sosial yang menyediakan faedah persaraan serta institusi kewangan yang memiliki dana yang besar

untuk melakukan pelaburan.

KWSP menguruskan ahli-ahlinya/ pencarum-pencarum KWSP sebanyak 13.42 juta orang

(KWSP 2012) yang terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam

dan menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi

tanggungjawab undang-undang mereka serta kewajipan moral untuk mereka mencarum kepada KWSP

bagi pihak pekerja mereka.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terdiri daripada ahli lembaga pengarah yang

mana pada tahun 2013, ia dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman. Ahli lembaga pangarah ini

terdiri daripada wakil kerajaan, wakil majikan, wakil pekerja, wakil professional dan ex-

officio.Terdapat 3 jawatan kuasa yang penting dalam struktur organisasi KWSP, antaranya ialah

Jawatankuasa Audit Lembaga, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga dan Ketua Pegawai

Eksekutif.Selain itu, terdapat lagi jawtankusa kecil yang terpenting dalam Namun dalam Ketua

Pegawai Eksekutif, antaranya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Operasi) dan Timbalan

Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan).

Bahagian pelaburan merupakan bahagian yang amat penting dalam operasi KWSP dimana ia

meletakkan 10 bahagian yang menguruskan aktiviti pelaburan di KWSP. Antaranya ialah Jabatan

Pengurusan Perolehan Bekalan, Jabatan Penyelidik Ekuiti, Jabatan Pasaran Persendirian, Jabatan

Ekonomi & Pasaran Modal, Jabatan Ekuiti Domestik, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Ekuiti Luar

Negara, Jabatan Pasaran Modal, Jabatan Kuantitatif & Analisa Prestasi dan Pejabat Pengurusan

Program.

Kekuatan struktur organisasi KWSP yang selaras dengan visi dan misi yang jitu membolehkan

KWSP mngurus dan mengendalikan wang simpanan persaraan rakyat Malaysia dengan cekap dan

efektif. Tadbir urus yang baik (Good Governance) serta prestasi yang memberangkan yang dipamerkan

oleh KWSP menjadikan ia sebagai Institusi kewangan yang dipercayai di Malaysia dan seluruh dunia.

KESAN INFLASI TERHADAP KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang

Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah

persaraan kepada ahlinya (pencarum) melalui pengurusan simpanan yang cekap dan boleh dipercayai.

Wang simpanan ini, menjadi tabungan jangka panjang kepada pencarumnya yang boleh digunakan

selepas bersara atau semasa kecemasan.Simpanan dalam jangka panjang ini memberikan pulangan

dividen yang berpatutan kepada ahlinya, namun nilai wang dalam simpanan ini boleh berubah

disebabkan oleh faktor semasa dan juga faktor yang amat membimbangkan iaitu “Inflasi”.

Terdapat dua cara untuk menilai kesan inflasi ke atas pelaburan KWSP. Antaranya kesannya

ialah tabungan, campuran portfolio pelaburan dan kadardividen / pulangan.

a) Tabungan / Dana Simpanan

Dana bermaksud sejumlah wang yang boleh digunakan untuk membeli aset atau untuk pelaburan, iaitu

sebelum digunakan untuk membeli aset atau menyimpannya sebagai deposit tetap dan membuat

pelaburan. Semasa berlakunya inflasi, nilai benar dana ini pasti akan merosot. Misalnya dana RM 1

juta akan mengalami kemerosotan nilai benar sebanyak 3% dalam setahun jika kadar inflasi tahunan

adalah 3%, maka nilai wang RM 1juta ini akan berkurang sebanyak RM 30,000 menjadi RM 970,000.

Jadi, Tindakan rasional adalah untuk membentuk portfolio aset-aset yang mungkin terdiri daripada

wang seperti deposit tetap di bank, aset kewangan seperti bil perbendaharaan, sekuriti dan bon dan

ekuiti atau aset benar seperti hartanah dan emas boleh dilakukan. (Mansor Jusoh 1990)

Tabungan merupakan satu langkah yang pragmatik untuk memastikan bekalan dana

mencukupi bagi membiayai pelaburan. Russell Davidson & James G. MacKinnon (1982) menyatakan

bahawa, kadar inflasi cenderung dikaitkan dengan kadar yang tinggi daripada simpanan peribadi atau

tabungan. Pada waktu inflasi berlaku, nilai benar mata wang akan berkurangan melalui masa. Wang

hari ini akan semakin berkurangan berbanding wang pada masa dahulu. Justeru, kadar inflasi

menghakis kuasa membeli wang.

Page 7: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 667

Berikut merupakan rajah yang menunjukkan hubungkait antara inflasi dan simpanan tetap

dana persaraan di KWSP.

Berdasarkan Rajah1, simpanan tetap dana persaraan KWSP adalah mendatar pada tahun 2003

hingga 2007. Pada masa ini, kadar inflasi wang bergerak secara turun naik. Sehinggalah pada tahun

2008,kita dapati kadar inflasi mencapai tahap yang paling tinggi sebanyak 5.4 peratus dengan simpanan

tetap mencatatkan kejatuhan yang amat ketara dan akhirnya pertumbuhan ekonomi bangkit semula

pada tahun 2009 dengan peningkatan simpanan pencarum KWSP. Kita dapati, bermula pada tahun

2009 hingga 2012, simpanan tetap menunjukkan peningkatan dengan kadar inflasi yang tidak menentu.

Justeru, dapat disimpulakan bahawa, kadar inflasi yang berlaku, sama ada dalam jangka

panjang, pendek atau secara tidak menentu akan mempengaruhi simpanan tetap pencarum di KWSP.

Akibatnya, nilai benar wang akan semakin berkurang. Maka, alternatif instrumen kewangan lain boleh

diaplikasikan agar menjamin nilai benar wang simpanan persaraan pencarum KWSP agar boleh

digunakan dengan efisyen pada masa persaraan pencarum.

b) Pergerakan campuran portfolio pelaburan KWSP

Pergerakan campuran portfolio pelaburan KWSP dan kadar inflasi bagi tempoh 2007-2011 adalah

seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

Berdasarkan jadual 1, kita dapati kebanyakan portfolio pelaburan adalah semakin

meningkat.Peningkatan yang paling tinggi yang boleh kita lihat adalah pada pinjaman/bon dimana

peningkatan pelaburannya adalah sebanyak 42 peratus daripada tahun 2007 ke 2011.Seterusnya ialah

portfolio dalam ekuiti yang mencatatkan kenaikan dalam pelaburannya iaitu sebanyak 15 peratus.Disini

kita dapati bahawa portfolio pinjaman/bon dan ekuiti, kedua-duanya mengatasi pelaburan Sekuriti

Kerajaan Malaysia iaitu sebanyak 10 peratus.Berdasarkan analisis ini, kita dapati bahawa pinjaman/bon

meningkat kerana dalam tempoh inflasi yang tinggi. Dalam teori wang, terdapat peningkatan yang

berkaitan dalam kadar faedah. Oleh itu, apabila hasil yang semakin meningkat, pilihan yang rasional

akan memberi pinjaman jangka pendek daripada panjang untuk mengambil kesempatan ke atas

kenaikan seterusnya dalam kadar faedah. Hasilnya, campuran portfolio bertukar lebih berat ke atas aset

pendek tempoh.

Berkenaan kesan inflasi pada pendapatan pelaburan, secara teorinya, terdapat peningkatan

yang sepadan dalam pendapatan bukan upah seperti sewa, keuntungan dan penerimaan faedah

semasa.Ini menunjukkan bahawa KWSP perlu mengekalkan campuran aset rasional kerana aset ini

dapat mengekalkan dan meningkatkan pendapatan pelaburan dalam tempoh inflasi yang tinggi. Walau

bagaimanapun, masih ada kemungkinan bahawa apabila kadar faedah penurunan dengan kadar inflasi

yang sederhana. Ini boleh dielakkan dengan meningkatkan wajaran ekuiti portfolio kerana pulangan

yang semakin meningkatwalaupun jumlahnya adalah sedikit. Namun, jangkaan sebenar dalam ekonomi

menyatakan bahawa, kadar dividen sebenar adalah lebih rendah jika berlaku peningkatan dalah inflasi.

c) Kadar Dividen atau Pulangan

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen sehingga ahli berumur 75 tahun. Dividen ini

dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%. Dividen yang diberikan kepada pencarum adalah

berdasarkan baki bulanan dan baki tahunan.Kadar dividen adalah berkait rapat dengan pelaburan

simpanan KWSP.Kadar dividen diberikan setiap tahun kepada pencarum berdasarkan pelaburan yang

dilakukan. Dalam jangka pendek, inflasi memberi manfaat kepada firma iaitu keuntungan yang

meningkat dari aspek kadar upah buruh. Namun, sekiranya kadar inflasi berlaku terlaulu tinggi dan

disertai dengan kadar pemeruapan yang tinggi, ini boleh menyebabkan firma menangguh untuk

melakukan pelaburan dan ini menjejaskan pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi negara.Namun di

Malaysia, kadar inflasi masih berada dalam paras selamat iaitu 3.5 peratus yang mana kadar ini boleh

membawa kepada peningkatan dalam kadar pertumbuhan ekonomi (Mansor Jusoh 2013). Oleh itu

dapat disimpulkan bahawa, apabila inflasi meningkat, kadar bunga akan jatuh, pulangan pelaburan

akan menurun dan kadar dividen yang diberikan kepada pencarum adalah sedikit.

Berdasarkan jadual dibawah, kadar inflasi Malaysia meningkat dalam tempoh 12 tahun yang

lalu dengan mencatatkan kadar tertinggi sebanyak 5.4 peratus setahun pada tahun 2008 ketika harga

bahan api meningkat secara mendadak. Selepas mencatat pada paras serendah 0.6 peratus pada tahun

2009, kadar inflasi Malaysia kembali normal pada paras 3.2 peratus pada tahun 2011 dan menurun

pada tahun 2012 kepada 1.7 peratus.Namun, kadar dividen bagi pencarum KWSP mengalami arah

aliran yang tidak stabil iaitu meningkat dan menurun dari tahun 2000 hingga 2012. Kadar pulangan

nominal yang tertinggi adalah pada tahun 2012 yang mencatatkan peratusan sebanyak 6.15. Hal ini

demikian kerana, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar faedah selaras dengan

Page 8: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

668 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri

Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid

pemulihan ekonomi Malaysia. Manakala kadar dividen yang paling rendah ialah pada tahun 2008

sebanyak 4.50 peratus. Hal ini demikian kerana, berlakuya krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa, apabila inflasi meningkat, contohnya

pada tahun 2010 sebanyak 1.70 peratus kepada 3.20 peratus pada tahun 2011, kadar bunga akan jatuh,

dan menyebabkan pulangan pelaburan akan menurun dan kadar dividen sebenar yang diberikan kepada

pencarum adalah sedikit iaitu sebanyak 4.10 peratus kepada 2.80 peratus.Berikut Merupakan jadual

yang menunjukkan kadar dividen KWSP yang diberikan kepada pencarum KWSP dari tahun 2000

hingga 2012 dan pulangan nominal berbanding sebenar yang dipengaruhi oleh inflasi.

Cadangan & Rumusan

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, maka dapat kita simpulkan bahawa inflasi memberi kesan

kepada dana persaraan KWSP samaada kepada golongan kaya ataupun miskin. Kadar kenaikan inflasi

yang tidak menentu boleh mempengaruhi nilai benar mata wang yang akhirnya akan memberi kesan

yang amat besar kepada simpanan dana KWSP. Namun, satu alternatif dicadangkan supaya agar nilai

simpanan wang ini tidak jatuh.Antaranya ialah penggunaan dinar emas (Salmy Edawati 2011).

Berikut merupakan keterangan ringkas mengenai instrumen yang akan dicadangkan agar

simpanan pencarum KWSP berada pada nilai tetapnya.

a) Akaun Pelaburan Emas

Akaun Pelaburan Emas adalah sejenis akaun simpanan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk

membuat simpanan wang seperti akaun simpanan biasa.Bezanya, akaun ini tidak mencatatkan jumlah

simpanan dalam bentuk nilai ringgit, sebaliknya dalam unit gram emas. Melalui akaun simpanan emas,

pembeli seolah-olah akan membeli emas secara fizikal dalam kiraan gram daripada pihak bank.

Namun, pembeli tidak akan menerima emas tersebut sebaliknya hanya catatan dalam akaun sahaja

menyatakan yang kita memiliki sejumlah pegangan emas pada bank tersebut.Oleh kerana simpanan

emas kita dinyatakan dalam nilai emas, maka jumlah wang kita berubah seiring dengan perubahan

harga pasaran emas semasa. Apabila harga emas meningkat, jumlah wang kita turut meningkat, namun

jumlah gram emas pembeli tetap sama. Begitulah sebaliknya jikalau harga emas menurun (Saat

Hukami 2011).

Tambahan lagi, berdasarkan kepada rajah di bawah,dapat kita lihat bahawa nilai emas

berkadaran dengan kadar semakin meningkat. Ini sekaligus dapat kita simpulkan bahawa, emas boleh

dijadikan alat lindung nilai kepada dana simpanan KWSP.Rajah yang menunjukkan kadar kenaikan

emas dalam pasaran semasa dari tahun 2000 hingga 2013.

CADANGAN/USAHA MEMBANGUNKAN DANA PERSARAAN DILABURKAN

MENGGUNAKAN EMAS

Kajian mendapati bahawa terdapat usaha daripada pelbagai Negara-negara di seluruh dunia untuk

mejadikan emas sebagai alat lindung nilai Negara mereka. Namun terdapat beberapa Negara seperti

Malaysia dan Indonesia yang mengkaji bagi mengaplikasikan penggunaan emas dalam dana pencen

atau persaraan Negara mereka.

i. Malaysia

Kajian yang dilakukan oleh Salmy Edawati 2011 mengenai penggunaan emas ada mencadangkan

beberapa cadangan yang menyatakan supaya emas dijadikan alat lindung nilai bagi simpanan persaraan

di Malaysia khususnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

ii. Indonesia

Kajian dilakukan oleh Jabatan Dana Pensiun Indonesia untuk mengaplikasikan penggunaan emas

sebagai alat pelaburan dan alat lindung nilai bagi menjamin simpanan dana pensiun rakyatnya. Namun

hingga kini, kajian masih lagi dijalankan untuk mlelihat keberkesanan penggunaan emas.

Page 9: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 669

CADANGAN MODEL MEKANISME PENGGUNAAN EMAS DI KWSP

Berdasarkan kepadarajah 3 iaitu Model Mekanisme Penggunaan Emas di KWSP kita dapati bahawa

terdapat dua operasi penting yang berlaku dalam pengurusan dana simpanan dan aset pemilikan KWSP

yang ditanda sebagai I dan II.

Operasi I menyatakan bahawa, KWSP akan melaburkan aset pemilikannya dalam portfolio

pelaburan yang boleh menjana keuntungan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman/bon,

ekuiti, instrument pasaran wang dan pelaburan hartanah. Pulangan yang diperoleh daripada pelaburan

ini akan diagihkan kepada ahli/pencarum KWSP yang dikenali sebagai dividen.Dividen ini dijamin

oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%. Dividen yang diberikan kepada ahlinya adalah berdasarkan

baki bulanan dan baki tahunan.

Manakala dalam operasi yang ke-II pula menyatakan, caruman atau sumbangan bulanan yang

diberikan oleh majikan dan pekerja akan disimpan oleh KWSP sebagai dana simpanan persaraan.

Kadar caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000 dan ke bawah

dinaikkan 1 peratus daripada 12 peratus kepada 13 peratus, manakala kadar caruman syer pekerja kekal

pada kadar 11 peratus.Dalam operasi ini, akaun KWSP dibahagikan kepada dua iaitu Akaun I dan

Akaun II mengikut pecahan dengan 70% untuk Akaun I dan 30% untuk Akaun II.Akaun I bertujuan

untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan sahaja.Pelaburan yang dilakukan adalah mengikut

kerelaan pencarum atas sebahagian wang simpanannya dalam instrumen pelaburan yang mereka

kehendaki.KWSP akan melantik institusi-institusi kewangan yang lain untuk menjadi Institusi

Pengurusan Dana (IPD) bagi mengurus kewangan ahli mereka.

Berdasarkan kajian diatas, penulis mendapati bahawa operasi ke-II ini membolehkan emas

digunakan dalam instrumen pelaburan dalam akaun I melalui IPD dan simpanan emas fizikal daripada

akaun II. Dengan ini kita dapat menjadikan emas sebagai aset yang menjadi alat lindung nilai yang

“kalis inflasi”. Penulis mencadangkan supaya IPD baru dilantik oleh KWSP iaitu Kuwait Finance

House (KFH) dalam mengaplikasikan pelaburan emas dalam KWSP.Hal ini selaras dengan pendapat

Lutfi M. Hamidi (1997) menyatakan bahawa penggunaan emas boleh diaplikasikan dalam organisasi

berasaskan simpanan wang.Pelaksanaan ini terbukti berkesan apabila dilakukan oleh Ongkos Naik Haji

(ONH) Indonesia.Kejayaan ONH dalam membuktikan bahawa emas sebagai alat penyimpan nilai

malah dapat meningkatkan lagi nilai simpanan pelanggan dari tahun ke tahun.Jemaah haji yang

menyertai ONH ini terlibat dengan simpanan dan pelaburan dinar emas melalui Gold Accumulation

Plans Scheme (GAPs). Dengan GAPs ini, penyimpan akan memperoleh keuntungan daripada

peningkatan harga semasa emas. Wang simpanan penyimpan akan diterima dalam bentuk rupiah,

namun akan disimpan di dalam bank mengikut nilai emas. Simpanan tersebut akan dilaburkan

mengikut prinsip syariah untuk membayar perbelanjaan haji yang dikenali sebagai Tabungan Haji

Investatif (THI) (Salmy Edawati 2011).

Manakala simpanan emas fizikal daripada akaun II ini dilaksanakan dengan hanya

menggunakan sebahagian wang daripada jumlah wang di akaun II, contohnya sebanyak 10peratus

daripada 30 peratus, yang mana tertakluk kepada kehendak pencarum, untuk dijadikan sebagai emas

fizikal atau jongkong emas supaya diakhir pengambilan wang KWSP ini nanti, pencarum akan

memiliki emas fizikal yang boleh digunakan sebagai aset atau alat pelaburan yang boleh mengaktifkan

kegiatan ekonomi dan kewangan Islam.

RUJUKAN

Mansor Jusoh. (1990). Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi).Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian

Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur , 1-140.

Saat Hukami. (2011). Pelaburan Emas ( Kaedah, Pendekatan dan Strategik). PTS Profesional

Publishing Sdn. Bhd, 57-63.

Yasin Salimibeni, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim &Mansor Jusoh, 2012. Inflation and

Relative Price Variability: Further Evidence from Malaysia. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1, 65

– 71.

Primawan Wisda Nugroho, Maruto Umar Basuki.(2012). Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Inflasi Di Indonesia Periode.Diponegoro Journal Of Economic, 1-10.

Russell Davidson & James G. MacKinnon.(1982). Inflation and the Savings Rate.Queen’s Economics

Department Working Paper No. 49, 1-16.

Vaibhav Chaturvedi, Brajesh Kumar, Ravindra H. Dholakia. (2009). Inter-Relationship Between

Economic Growth,Savings and Inflation in Asia. Journal of International Economic Studies,

1–22.

Page 10: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

670 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri

Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid

Toh Kit Siang, Mansor Jusoh & Tamat Sarmidi.(2010). Nilai Ufuk Inflasi dan Pertumbuhan Ekonomi

di Malaysia.Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V), 83 – 97.

Salmy Edawati Yaacob, Mohd Al Adib Samuri, Mohd Izhar Arif Mohd Kashim, Ezad Azraai Jamsari,

Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari. (2011). Dinar Emas Sebagai Mata Wang Dan

Komoditi Di Beberapa Negara Terpilih.Jurnal Melayu,147 – 172.

Salmy Edawati Yaacob & Sanep Ahmad. (2012). Prospek Penggunaan Dinar Emas Sebagai Mata

Wang: Analisis Berdasarkan Teori Monetari. Jurnal Pengurusan 36, 161 – 171.

Salmy Edawati binti Yaacob.(2009). Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang

Dunia.Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 107 – 127.

Salmy Edawati Yaacob (Dr.). (2012). The Reality Of Gold Dinar Application In Malaysia. Original

Article Advances in Natural and Applied Sciences, 6(3), 341-347.

Mansor Jusoh. (2013). Inflasi dan Kesannya Terhadap Dana Simpanan.Pembentangan Roundtable

Discussion “ Inflasi, Simpanan wang dan Keistimewaan Emas”.

Ahamed Kameel Mydin Meera. (2013). World Economy 2012/2013 and Gold.Pembentangan

Roundtable Discussion “ Inflasi, Simpanan wang dan Keistimewaan Emas”.

Laporan Tahunan 2011 Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

http://pertanianselangor.wordpress.com/category/krisis-makanan/

http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home

Lukmanul Hakim Abdul Latif. (2000). Polisi fiskal dalam mengatasi masalah inflasi: kajian

perbandingan antara sisten ekonomi Islam dan Konvensional. Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.

Dr Roslan A. Ghaffar& Rita Benoy Bushon .(1994). The Effect On Inflation On Provident Funds And

Measures To Prevent Erosion In The Real Value Of Their Assets: A Case Of Employees

Provident Fund Of Malaysia.Issa 14th

Meeting Of The Committee On Provident Fund.

Sumber : Roundtable Discussion “Inflasi, Simpanan Wang & Keistimewaan Emas”2013

RAJAH 1: Kadar Dividend dan Simpanan Tetap KWSP

JADUAL 1: Campuran Portfolio dalam Pelaburan KWSP Tahun 2007-2011

PORTFOLIO 2007 2008 2009 2010 2011

Sekuriti Kerajaan

Malaysia

19.5 19.1 19.7 20.4 21.5=10%

Pinjaman dan Bon 16.8 18.3 19.7 21.3 24.0=42%

Ekuiti 11.5 15.3 17.5 26.7 29.1=15%

Instrumen Pasaran

Wang

19.2 19.0 23.1 24.0 15.0

Hartanah 20.6 18.8 18.0 21.6 21.1

Kadar Inflasi 2.0 5.4 0.6 1.7 3.2

Sumber : Laporan Tahunan KWSP, 2011

Page 11: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 671

JADUAL 2: Kadar Dividen KWSP dan Pulangan Nominal berbanding Sebenar

Tahun

Peratus (%)

Inflasi

Kadar Pulangan Dividen 12 bulan

Nominal Sebenar

2000 1.60 6.00 4.40

2001 1.40 5.00 3.60

2002 1.80 4.25 2.45

2003 1.10 4.50 3.40

2004 1.40 4.75 3.35

2005 3.00 5.00 2.00

2006 3.60 5.15 1.55

2007 2.00 5.80 3.80

2008 5.40 4.50 -0.90

2009 0.60 5.65 5.05

2010 1.70 5.80 4.10

2011 3.20 6.00 2.80

2012 1.70 6.15 4.45

Purata (2001-2012) 2.40 5.70 3.33

Sumber :Laporan Tahunan 2011 LembagaKumpulan Wang Simpanan Pekerja

Laporan Pembentangan Roundtable Discussion “Inflasi, Simpanan Wang & Keistimewaan Emas” Prof

Kameel Mydin Meera 2013

RAJAH 2: Kadar Kenaikan Emas dalam Pasaran Semasa dari Tahun 2000 hingga 2013

Page 12: Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan · PDF file662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin

672 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri

Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid

RAJAH 3: Cadangan Model Mekanisme Penggunaan Emas di KWSP

Dividen

1

3

2

1

Keuntungan

Diagihkan

kepada

peserta

I

II

Sekuriti Kerajaan Malayisa

Bon/ Pinjaman

Ekuiti

Instrumen Pasaran Wang

Hartanah