faktor british di india

Upload: ayuniza-furzani

Post on 04-Jun-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    1/17

    1

    PENGENALAN

    England telah mengalamai perubahan yang pesat dari aspek politik dan ekonomi Sejak abad

    ke-16 lagi sehingga boleh membentuk sebuah negara bangsa yang bersaing dengan kuasa-kuasa

    besar di Eropah seperti Sepanyol, Perancis1, Jerman, Portugal

    2 dan Belanda. Perubahan ini

    berkaitan dengan dasar ekonomi yang diamalkan oleh British3 iaitu mekantalisme yang

    membawa maksud satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. Oleh

    itu, British harus memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan

    matlamat dan kepentingan negara.

    Secara geografinya, India merupakan salah sebuah tamadun awal dalam peradaban manusia

    apabila munculnya tamadun Indus di lembah Indus, India yang terbentuk daripada semenanjung

    setiga ke arah lautan Hindia.4India disempadani oleh Pakistan, Nepal, Bhutan, Tibet dan China

    disebelah utara, Bangladesh, dan Sri Lanka di selatan.5

    Pengaruh dasar ekonomi ini hanya berlaku sehingga abad ke-18, setelah berlakunya revolusi

    perindustrian yang menuntut British mengubah dasar ekonomi sehingga mendesak negaranya

    untuk melakukan pencarian kawasan dan bahan mentah baru di luar kawasan Eropah. British

    telah melaksanakan dasar campur tangan ke atas negara lain iaitu menjadi kuasa kolonial yang

    1Perancis pula menubuhkan La Compagnie des Indes Orientales dan bertapak di Poncherry pada 1674. Perancis

    menjadi pilihan kuasa-kuasa tempatan untuk mendapatkan bantuan dari segi teknikal, peperangan, senjata dan

    sebagainya. Lihat Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.

    258.2Portugis merupakan antara kuasa Eropah yang berjaya merintis jalan ke Afrika Barat dan Selatan. Sejarah Portugal

    di India bermula pada tahun 1498 apabila Vasco De Gama sampai di Calicut pantai barat daya India diikuti oleh

    Cabral sekitar tahun 1500. Lihat T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.

    Jodjakarta : Balai Pustaka. Hlm. 68.3 Pada tahun 1612, EIC mendapat keizinan untuk aktiviti perdagangan di Surat (Gujerat). Di sinilah bermulanya

    pertapakan kuasa British di India. British secara perlahan-lahan meluaskan pengaruh mereka di India melalui cara

    pengilhakan. Proses ini melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick (1825-1835), zaman Lord

    Ellenborough (1836-1846) dan zaman Lord Dalhousie (1846-1856). Sekitar tahun 1856, kebanyakan India tertakluk

    di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Inggeris dan menjelang abad ke-17 British sudah berjaya menguasai

    beberapa tempat penting di sekeliling India. Lihat Lihat T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan

    Kebangsaan.Hlm. 70.4Bushra Afzal Abbasi. 1997. Geography Of South Asia. Pakistan: Sang-e-Meel. Hlm 35Ibid.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    2/17

    2

    berlayar keluar ke kawasan Asia untuk memenuhi tuntutan ekonomi. Maka, ekspedisi ke Timur

    telah menjadikan India sebagai destinasi untuk mendapatkan bahan mentah dan barang

    dagangan. Misalnya, British telah melakukan perdagangan di Gujerat pada tahun 1612 lagi yang

    menunjukan bahawa mereka telah sampai di Asia pada pertengahan abad ke-17 sebelum

    memaksa British melakukan ekploitasi ke atas India.6 Oleh itu, perbincangan ini akan

    mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan British berjaya menguasai India dan kesan

    kedatangan British ke India pada abad ke-19.

    FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN BRITISH MENAKLUKI INDIA

    Faktor Dalaman

    Kelemahan Pemimpin

    Dinasti Mughal merupakan sebuah dinasti yang agung yang diperintah oleh pemimpin

    Islam dan telah berkuasa selama 300 tahun yang lalu, namun kerjaaan ini telah berakhir pada

    zaman Bahadur Shah (Zafar II) 1837-18577. Mughal merupakan kerajaan Islam Islam yang

    penting terhadap perkembangan peradaban Islam selain Kerajaan Turki Uthmaniyah dan

    Kerajaan Safawi. Pada zaman pemerintahan Aurengzeb, Islam dijadikan agama rasmi negara.

    Aurangzeb mengamalkan dasar yang keras terhadap orang Hindu dan Sikh kerana tidak

    berkrompomi dengan masyarakat bukan Islam.8 Banyak sumbangan dan peranan dinasti ini

    dalam memastikan tamadun India berkembang menjadi sebuah tamadun yang masih dapat dilihat

    6Kumar Suresh Singh. 2002.People Of India Gujarat, Part 1. Mumbai: Popular Prakashan Pvt,Ltd. Hlm 67William Dalrymple. 2006. The Last Mughal: The Fall Of Delhi, 1857. London: Bloomsbury Publishing Inc. Hlm

    4758Herman Kulke & Dietmar Rothermund. 2004. A History Of India 4thEdition. Hlm. 194.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    3/17

    3

    hingga ke hari ini. Namun, kelemahan-kelemahan dinasti Mughal ini yang memerintah India

    telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan British berjaya bertapak di benua kecil itu.

    Kelemahan yang pertama ialah kelemahan Aurangzeb sebagai pemimpin yang tidak

    menekankan hubungan di antara Islam dan Hindu yang ada di India.9 Pengabaian hubungan

    yang baik di antara kedua-dua penduduk ini telah menyebabkan konflik yang tidak sudah dalam

    pentadbiran. Misalnya muncul golongan Hindu yang anti-Aurangzeb seperti Mahrattas, Jats dan

    Rajput yang mulai melakukan pembebasan terhadap wilayah yang diperintah oleh mereka

    daripada kerjaaan Mughal10

    .

    Dasar-dasar Aurangzeb bagaikan anti-Hindu dikesan melalui pengenalan semula bayaran

    jizyah. Penganut Hindu yang ingin mengelak daripada pembayaran jizyah terpaksa memeluk

    Islam. Dalam satu peristiwa, beribu-ribu penganut Hindu membuat bantahan terhadap

    pelaksanaan cukai jizyah ini namun mereka diarahkan untuk bersurai dalam masa satu jam.

    Sekiranya ingkar dengan arahan tersebut, mereka akan dibunuh.11

    Baginda juga dikecam kerana

    meruntuhkan kuil sebagaimana di Amber dianggarkan sebanyak 66 buah kuil dimusnahkan.12

    Hal ini menyebabkan orang-orang Hindu termasuklah Rajput, Jat dan Mahratta mengumpulkan

    kekuatan untuk melancarkan pemberontakan.13

    Corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh

    beliau secara tidak langsung merenggangkan hubungan antara penganut Hindu dan orang Islam

    khususnya.

    Masalah kebangkitan tempatan daripada masyarakat Hindu seperti orang Mahratta, Jats,

    Rajput dan Sikh telah melakukan pemberontakkan secara terbuka dengan tujuan untuk

    9Scott C. Levi. 2002. The Indian Diaspora In Central Asia And Its Trade: 1550-1900. United Kingdom: BRILL

    Publishing. Hlm 13110Michael OWwyer. 1988.India As I Knew It..New Delhi: A Mittal Publication. Hlm 41511Vidya Dhar Mahajan. 1965. Muslim Rule in India. New Delhi: S. Chaud & Co. Hlm. 176.12Ibid. Hlm 713Azharudin Mohd Dali, 2004. Tamadun India. Hlm.247.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    4/17

    4

    membebaskan diri daripada kepimpinan Mughal.14

    Hal ini adalah kerana mereka sudah tidak

    mempercayai ketelusan dan kekuatan Mughal sebagai kerajaan yang mampu melindungi mereka

    seperti dahulu. Contohnya, kebangkitan kerajaan kecil tempatan seperti Rajput di Rajasthan,

    orang Mahratta di Jodhpur, dan orang Sikh di Punjab telah melemahkan lagi kerajaan Mughal

    yang memerintah pada masa itu.15

    Hal ini adalah kerana elemen agama yang dijadikan sebagai

    modal kepada persengketaan ini oleh setiap puak yang ada di India sehinggakan peperangan ini

    telah dianggap suci untuk menegakkan agama masing-masing. Kelemahan pemerintah mengawal

    kebangkitan rakyat membolehkan British bermain serampang dua mata kepada hubungan yang

    dingin ini.

    Setelah kewafatannya pada tahun 1707M, kerajaan Mughal di India mengalami

    kemerosotan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku perebutan takhta antara putera-

    putera Aurangzeb.16

    Kesinambungan tersebut telah menyebabkan berlakunya perang saudara di

    antara anak-anak raja pada tahun 1707 antaranya ialah Bahadur Syah yang memenangi

    peperangan tersebut.17

    Konflik perebutan takha di antara anak-anak raja Mughal berlarutan yang

    melibatkan generasi selepas Bahadur Syah seperti anak lelakinya Putera Azum ush-Syah,

    Jahandar Syah, Rafi ush-Syah dan Jahan Syah yang merebut takha. Turut tidak ketinggalan pada

    masa tersebut ialah para pembesar di wilayah Wizurah dan Deccan juga turut terlibat sama dan

    ini telah merumitkan lagi pemerintahan Mughal dibawah pimpinan Jahandar Syah.18

    Keadaan ini

    telah melemahkan kepimpinan dalaman kerajaan Mughal. Terdapat pemimpin yang tidak cekap

    mentadbir kerajaan dan suka menghabiskan wang perbendaharaan negara. Oleh hal yang

    demikian tidak hairanlah tahap ekonomi empayar Mughal mengalami kemerosotan yang ketara.

    14Asep Burhanudin. 2005. Ghulam Ahmad: Jihad Tanpa Kekerasan. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. Hlm 20515Ibid.16Burton Stein dan David Arnold. 2010. A History of India, (Edisi Kedua). Hlm. 164.17Ibid. Hlm 482.18John F.Richards. 2001. The Mughal Empire. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 198.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    5/17

    5

    Golongan Mansabdari yang bertanggungjawab terhadap pungutan cukai negara bertindak

    menyelewengkan wang untuk kepentingan peribadi semata-mata.

    Serangan daripada luar turut melumpuhkan keadaan di India pada abad ke-18.

    Ketegangan hubungan luar dimana empayar Safavid dari Iran telah berjaya merampas dan

    memenangi peperangan ini di antara kedua-dua belah pihak.19

    Empayar Safavid yang diperintah

    oleh Nadir Syah terkah berjaya menawan Lahore dan kemudiannya Delhi pada tahun 1739. Ibu

    kota Mughal ini telah dihancurkan dan banyak barang yang berharga telah dirampas oleh tentera

    Iran terutamanya ialah singgahsana merak yang menjadi keagungan kerajaan Mughal dari zaman

    ke zaman.

    20

    Kekalahan seperti ini telah melemahkan ketenteraan Mughal sehinggakan mereka

    hanya menerima kekalahan tersebut yang mengakibatkan banyak kerugian untuk kerajaan

    Mughal membangunkan semula. Oleh itu, kemunculan British sebagai kuasa penjajah pada abad

    ke-19 telah menyebabkan situasi yang tidak stabil di India pada abad yang sebelumnya telah

    memudahkan mereka menguasai India dengan sewenang-wenangnya.

    Faktor luaran

    Ketenteraan

    Dasar ketenteraan British merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada

    kejayaan British menguasai India berbanding kuasa- kuasa Barat yang lain iaitu Portugis,

    Belanda, dan Perancis. Hal ini demikian kerana British merupakan kuasa besar yang tidak dapat

    ditandingi oleh mana- mana kuasa Barat lain terutamanya dalam bidang ketenteraan kerana

    19 Jos J.L. Gommans. 2002.Mughal Warfare: Indian Frontiers And High Roads To Empire: 1500-1700. London:

    Routledge Taylor & Francis Group. Hlm 81.20Ibid.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    6/17

    6

    mereka mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih dan pemimpin ketenteraan yang

    berkaliber serta disiplin ketenteraan yang ketat.21

    Gerakan ketenteraan yang sistematik dan

    terancang merupakan perkara yang sangat penting kepada British sebagai usaha untuk menakluki

    dan menguasai India khususnya terhadap negeri yang lemah atau telah dilemahkan. Keadaan

    inilah yang akan menyebabkan pemerintah tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menyerah

    kalah kepada British.22

    British telah mula mengambil inisiatif untuk mempersiapkan ketenteraan mereka supaya

    dapat mewujudkan dasar ketenteraan yang lebih kuat dan mantap berbanding Perancis. Hal ini

    kerana British menganggap Perancis sebagai pesaing utamanya dari segi kekuatan ketenteraan

    dalam mendapatkan India. Dalam memastikan kehebatan ketenteraannya berbanding Perancis,

    British mula menggunakan dan membina kapal- kapal perang yang baru dan menubuhkan satu

    skuadron pasukan tentera laut yang kuat.23

    Akhirnya, usaha yang dilakukan British tidak sia- sia

    apabila British telah berjaya mengalahkan Perancis dengan mengusir Perancis dari Mauritius

    sekaligus melemahkan kepimpinan ketenteraan Perancis dan kedudukan mereka di India.

    Selain itu, British mempunyai ketenteraan yang terbahagi kepada dua pasukan iaitu

    tentera laut dan darat. Keanggotaan British terdiri daripada orang Eropah dan Sepoi yang telah

    dilatih dengan latihan ketenteraan yang sempurna dan dilengkapi dengan alatan senjata yang

    terbaik dan canggih.24

    Sepoi ialah golongan askar dari kalangan penduduk tempatan dan

    mendapat layanan istimewa daripada pihak British. Di samping itu, Sepoi merupakan golongan

    yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang penting kerana mereka dianggap sebagai

    21Percival Spear . 1978. The Oxford History of Modern India, 1740- 1975, (Edisi Kedua). Delhi: Oxford University

    Press. Hlm.. 2-1022Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 26123Ibid. Hlm. 26224Ibid. Hlm. 263

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    7/17

    7

    golongan yang berani dan berdisiplin semasa di medan perang dalam memperluaskan kuasa

    British di India.25

    Selain itu, pihak British dikatakan berjaya bertapak di India disebabkan oleh kemunduran

    India dalam semua segi kehidupannya termasuklah ilmu pelayaran, ketenteraan, ilmu

    pengetahuan, dan sebagainya. Kemunduran inilah yang menyebabkan British dapat mengatasi

    India dalam semua bidang sekaligus berjaya menakluki India.26

    Manakala menurut pendapat

    Jawaharlal Nehru yang menyatakan bahawa British lebih berjaya memperluaskan kekuasaannya

    di India disebabkan oleh pihak British bijak mempergunakan golongan pembesar feudal dengan

    mengeksploitasi golongan ini yang hampir pupus supaya bangun berkongsi kuasa dengan

    mereka.27

    Jelaslah menunjukkan bahawa pihak British mempunyai kekuatan ketenteraan melalui

    bantuan yang diberikan oleh golongan feudal ini.

    Dasar Diplomasi British

    Robert Clive datang ke India sekitar tahun 1743 ketika usianya baru sahaja menginjak 19 tahun.

    Pada mulanya ia hanyalah seorang pegawai rendah di dalam East India Company (EIC) yang

    ditempatkan di Madras. Kecekapannya hanya dilihat selepas kemampuannya menumpaskan

    kerajaan Perancis di India. Setelah mempunyai kedudukan yang kuat, Clive seterusnya berusaha

    memperkukuhkan kedudukan British di India dengan memperluaskan kuasa ke Benggala

    (Bengal) sebelum ke Sungai Ganges. Namun begitu jalannya bukan mudah kerana raja Benggala,

    Nawab Suraj-ud-dowlah sama sekali tidak menyukai British.28

    25Ibid. Hlm. 26426C.H Philip. 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm. 3827Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 26528T.S.G Moelia. 1949.India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.Hlm. 71.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    8/17

    8

    Nawab tersebut tidak menyukai British atas beberapa sebab yang mana sebab utamanya adalah

    ekonomi. Pihak British yang telah bertapak di Bengal sejak abad ke-17 mula memperluaskan

    pengaruh mereka dalam bidang ekonomi. Peningkatan eksport tekstil dari Bengal dari tahun

    1690 hingga 1740 serta keuntungan yang diperoleh oleh pihak British dalam perdagangan antara

    India, China, dan Britain telah menjadikan Calcutta sebagai pusat penting kepada Syarikat

    Hindia Timur Inggeris (SHTI/EIC). Bagi pihak Suraj-ud-dowlah, pengaruh EIC ini begitu besar

    dan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada British.29

    Oleh sebab itu, Nawab bertindak merebut benteng British yang paling jauh dari laut iaitu

    Kasimbazar dengan menghantar lima puluh ribu soldadu yang sekelip mata menumpaskan dua

    ratus orang soldadu British di sana. Kota itu menyerah dalam masa enam hari iaitu pada bulan

    Jun 1756. Kesemua tawanan tersebut dimasukkan ke dalam ruangan penjara yang besarnya tidak

    lebih daripada 200 meter persegi. Menurut berita, keesokan harinya kesemua tawanan tersebut

    mati dibunuh oleh penjaga penjara tanpa arahan daripada nawab.30

    Namun begitu terdapat pula

    pendapat yang mengatakan bahawa angka sebenar tawanan adalah seramai 146 orang warga

    British termasuk seorang wanita dan tentera yang cedera. Daripada jumlah itu, seramai 23 orang

    sahaja yang hidup. Semua ini terjadi secara mengejut kerana keyakinan pihak British begitu

    tinggi bahawa masyarakat tempatan tidak berani menentang mereka.31

    Pembunuhan ini dinamakan oleh orang British sebagai the tragedy of the black hole.

    Sebahagian pendapat pula mengatakan bahawa teragedi ini terkenal dengan gelaran Black Hole

    of Calcutta yang mengambil nama tempat peristiwa ini terjadi. Hal ini menyebabkan Clive

    merasa sangat tercabar dan akhirnya pergi ke Calcutta bersama-sama angkatan lautnya. Dalam

    29Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 268-269.30T.S.G Moelia. 1949.India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.Hlm. 71.31Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 269.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    9/17

    9

    masa sepuluh bulan kota itu jatuh semula ke tangan British pada tahun 1757.32

    Apabila British

    mengukuhkan semula kuasanya, Clive mengadakan perjanjian dengan Mir Jafar salah seorang

    menteri kepada Nawab yang berdendam kerana sering dihina oleh raja. Clive bersetuju

    menjadikan Mir Jafar sebagai Nawab yang baru sekiranya beliau bersetuju memberikan

    keterangan yang palsu kepada Nawab sedia ada tentang susunan dan kekuatan tentera British

    dalam pertempuran akan datang. Selain daripada itu, Clive telah melakukan sogokan kepada

    tentera di bawah pimpinan Suraj-ud-dowlah. Sebilangan besar tentera menjual senjata mereka

    dan ada pula yang sanggup mengkhianati tentera mereka semasa di medan pertempuran dan tak

    kurang pula yang mengundurkan diri. Akhirnya, semasa pertempuran berlangsung, Nawab

    tersebut melarikan diri dan meninggalkan askar-askarnya yang banyak terdiri daripada orang

    Perancis. Seperti yang dijanjikan Jafar naik menjadi Nawab yang baru sementara Nawab yang

    lama dibunuh oleh orang ember semasa mencari tempat perlindungan. Tindakan Clive ini turut

    mendapat kritikan oleh pemimpin Kongres, Jawarhalal Nehru.

    Pengasingan Wilayah Bengal

    Hingga awal abad ke-18, tiga wilayah di India mula terbentuk di egara India iaitu Bengal Barat,

    Bihar dan Orissa serta egara Bangladesh merupakan satu gabungan perikatan yang longgar yang

    dikenali sebagai Anjung Timur dalam empayar Mughal. Pada tahun 1765, penguasaan serta

    kekuasaan empayar Mughal terhadap Bengal, Bihar dan Orissa secara formal telah berpindah

    hak milik kepada British melalui SHTI dan menjelang tahun 1820-an, wilayah ini telah menjadi

    32T.S.G Moelia. 1949.India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.Hlm. 72.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    10/17

    10

    Anjung Timur bagi empayar British di India. Peralihan kuasa dari Mughal kepada British

    sering diatkan kepada peralihan India ke era pemodenan dan sejarah India dan Bengal.33

    Bengal merupakan sebuah wilayah yang subur kerana diari oleh Sungai Ganges bahkan

    menerima hujan lebat serta banjir yang kerap kali berlaku dan memberi kesuburan yang tinggi.

    Kesuburan tanah menyebabkan kegiatan pertanian seperti penanaman padi dapat dijalankan

    dengan baik. Petani tempatan dan penyewa tanah berusaha untuk memanipulasi peralihan saluran

    sungai untuk kelebihan terbaik adalah semata-mata untuk plot tanah.34

    Keadaan ini juga

    membolehkan wilayah ini menjadi kawasan penanaman padi terbaik dan terbesar di India.

    Hingga abad ke -18, empayar Mughal secara teorinya merupakan sebuah sistem imperial yang

    menggabungkan wilayah-wilayah tertentu. Kesemua wilayah tersebut menjadi kerajaan kecil

    yang bertanggungjawab terus kepada kerajaan pusat di Delhi. Kerajaan ini ditadbir oleh ketua

    yang dilantik oleh pemerintah pusat.35

    Pembesar wilayah mempunyai kuasa yang terhad

    bergantung pada hubungannya dengan pusat. Mereka akan dihukum sekiranya melakukan

    sebarang kesalahan. Dalam masa yang sama, pembesar wilayah terbahagi kepada beberapa

    golongan iaitu Nawab, Nazim dan Diwan.36

    Penentangan mula berlaku di Punjab yang diwakili oleh golongan Sikh. Pada mulanya,

    Guru Sikh ke-10 iaitu Guru Govind Singh melebarkan tali persaudaraan dengan Delhi dan beliau

    telah diangkat untuk mengepalai angkatan Mughal bagi penyelesaian krisis di Deccan namun

    tidak sempat kerana beliau telah meninggal dunia.37

    Oleh yang demikian, di bawah kepimpinan

    Lachman Das iaitu Banda, Orang Sikh telah bertindak melakukan serangan terhadap wilayah-

    33Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 266.34Robert Travers. 2007. Ideology and Empire in Eighteenth-Century India: The British in Bengal. United Kingdom.

    Cambridge Press. Hlm. 89.35Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 267.36Ibid.37W. Stanley. 2004. Great Mughal Glory, Dlm. A New History of India . 7thed. New York : Oxford University

    Press. Hlm. 162.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    11/17

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    12/17

    12

    Sementara itu, yang Nawab inovasi egara dan ketara yang dicapai, dan nilai yang dinilai daripada

    hasil Bengal meningkat sebanyak 40 peratus antara 1722 dan 1756.43

    Bengal mengalami kekacauan politik yang hebat bermula tahun 1740 sehingga 1750-an.

    Hal ini disebabkan oleh kelemahan empayar Mughal yang menyebabkan para pembesar wilayah

    mula bertindak untuk melepaskan diri dari pengaruh Delhi. Kalangan Zamindar mula bergerak

    bebas. Situasi ini menjadi bertambah parah apabila Alivardi Khan terpaksa menghadapi

    ancaman-ancaman daripada orang Mahratta.44

    Kebangkitan puak Maratha melalui

    pemberontakan yang dijalankan secara menyeluruh di seluruh India telah membawa kepada

    pembentukan Empayar Martha yang besar dan kuat pada abad ke-18. Di bawah pimpinan

    Raghuji Bhonsia dan Balaji Rao, Mahratta telah melancarkan serangan terhadap Bengal. Pada

    tahun 1756, Alivardi meninggal dunia dan tempatnya digantikan oleh Siraj-ud Daula. Beliau

    merupakan pemimpin yang agresif dan tidak bersedia menerima kuasa yang semakin terhad dan

    telah bertindak menyediakan pasukan tentera yang kuat. Siraj-ud Daula mula mengatur tentera

    yang kuat dan akhirnya berjaya mengalahkan British di Calcutta pada Jun 1756.45

    Namun begitu, penguasaan Nawab tidak lama kerana British mendapat bantuan dari

    Bombay dan Madras. Dalam perang Battle of Plasse atau Pertempuran Plassey pada Julai 1757,

    tentera Siraj-ud Daula telah tewas. Kekalahan ini bukan menunjukkan bahawa pasukan British

    adalah kuat tetapi disebabkan mendapat bantuan oleh Mir Jaafar dan kemudiannya dilantik

    sebagai Nawab oleh pihak British.46

    Kemenangan ini telah menjadi titik tolak kepada perluasan

    kuasa British di Bengal khasnya dan India umumnya. Kejatuhan Bengal pada kali ini dilihat

    sebagai satu peluang bagi pihak British kerana mereka dapat mengawal seluruh bahagian utara

    43Ibid.44Ibid. hlm.8845Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 269.46Ibid. Hlm.270.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    13/17

    13

    India. Kemudian Clive memasang Nawab baru di ibu egara wilayah Murshidabad, dan

    memperoleh geran daripada raja ini wilayah baru semata-mata untuk hasil cukai di seluruh

    Calcutta.47

    Rentetan dari peristiwa itu jelas menunjukkan SHTI mula bertindak dalam mengawal dan

    menguasai perdagangan di Bengal. Antara barangan utama yang dikuasainya ialah seperti garam,

    indigo, dan pinang. Selain itu ia berfungsi menguruskan pelaburan komersial di rantau ini,

    seperti kapas dan produk sutera, serta mengumpul hasil wilayah dan menjaga keamanan.48

    [l]

    Pengaruh politik mereka juga begitu luas sehingga Nawab hanya dijadikan seperti boneka.

    Bengal akhirnya mengalami masalah kebuluran yang teruk pada tahun 1769 hingga 1779.

    Impaknya telah menyebabkan kematian satu per tiga daripada jumlah penduduk di Bengal. Hal

    ini disedari oleh Mis Kasim yang menggantikan Mir Jaafar sebagai Nawab Bengal yang baru.49

    Kesan monopoli SHTI ini menyebabkan Mis Kasim menghadapi krisis kewangan yang teruk.

    Akhirnya beliau mengambil jalan dengan bergabung dengan wazir dari Awardh bagi menentang

    British. Beberapa pertempuran berlaku di Buxar pada Oktober 1764.50

    Kekalahan ini membolehkan Robert Clive mengadakan Perjanjian Allahabad yang

    menunjukkan SHTI berkuasa di pada 1765. SHTI mula dipertanggungjawabkan dalam urusan

    pentadbiran hal yang berkaitan pengutipan cukai. Keadaan ini terus mengubah tradisi Diwan

    yang sebelumnya dijawat oleh orang perseorangan, namun pada tahun 1765, jawatan tersebut

    dikuasai oleh sebuah organisasi asing.51

    Situasi dapat disimpulkan bahawa lemahnya kedudukan

    kerajaan Mughal di Bengal yang membolehkan pengaruh British mampu menguasai Bengal.

    47 Robert Travers. 2007. Ideology and Empire in Eighteenth-Century India: The British in Bengal.Hlm. 448Ibid. Hlm.8749Ibid.Hlm.42.50Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 271.51Ibid.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    14/17

    14

    Keadaan ini menjadi titik tolak kepada kedudukan SHTI yang semakin kukuh dan ia mula

    meluaskan pengaruhnya ke seluruh India.52

    Pada Oktober 1905, Lord Curzon telah mengumumkan mengenai pembahagian Bengal

    kepada dua wilayah yang berasingan. Hal ini demikian untuk memudahkan pihak British

    menjalankan pentadbiran dengan berkesan. Sebenarnya, pembahagian Bengal adalah bertujuan

    untuk menempatkan golongan Muslim di sebuah wilayah yang majoritinya terdiri daripada

    orang-orang Islam. Hal ini adalah disebabkan oleh kesetiaan yang telah ditunjukkan oleh orang

    Muslim terhadap pentadbiran British.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, usaha British untuk menaluki India telah tercapai selepas abad ke-19 apabila

    berjaya menguasai lebih banyak wilayah di India berbanding persaingannya. Faktor-faktor

    seperti penolakkan British keluar dari Eropah dalam mencapai 3G (Gold, Gospel, Glory) telah

    menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan pelayaran ke Asia. Kebetulan pada masa

    tersebut, benua kecil India mengalami pelbagai konflik dan pergolakkan yang tidak mampu

    dibendung oleh pemerintah pada masa tersebut yakni kerjaan Mughal. Pergolakkan dan konflik

    tersebut telah menjadi faktor penarik kepada British untuk menjajah India sebagaimana Afrika

    Selatan yang sebelum ini telah dijajah oleh mereka.

    Kedatangan British,telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku didalam India baik

    dari aspek politik, sosial, dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh British ini telah

    membawa banyak implikasi yang baik dan buruk terhadap masyarakat India yang berada di

    bawah jajahan British. Namun, sepanjang perbincangan di atas, kita dapat melihat bahawa

    kedatangan British lebih banyak membawa musibah terhadap India sendiri kerana perubahana-

    52Ibid.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    15/17

    15

    perubahan tersebut telah menyebabkan masyarakat India menurut kehendak British semata.

    Contohnya, kejatuhan kerajaan Mughal merupakan salah satu kesan negatif hasil penjajahan

    British yang menghapuskan sistem feudal selamanya. Keadaan ini juga sama semasa British

    menjajah negara kita. Banyak perkara yang kurang menyenangkan apabila British menguasai

    tanah air kita sehinggakan bangkitnya nasionalisme dalam negara.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    16/17

    16

    BIBLIOGRAFI

    Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd.Dali, et al. 2005. Sejarah Asia Tenggara, Asia

    Selatan dan Asia Timur 1800-1963, (Edisi Kedua). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

    Asep Burhanudin. 2005. Ghulam Ahmad: Jihad Tanpa Kekerasan. Yogyakarta: LKiSYogyakarta.

    Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Burton Stein dan David Arnold. 2010. A History of India, (Edisi Kedua).Oxford:Blackwell.

    S.M.Sen. 2006.History Modern India(Edisi Ketiga). New Delhi: New Age International

    (P) Limited.

    Bushra Afzal Abbasi. 1997. Geography Of South Asia. Pakistan: Sang-e-Meel.

    C.H Philip. 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

    Edgar Thrope, et al. 2011. The Pearson CSAT Manual 2011. New Delhi: Dorling Kindersley

    (India) Pvt. Ltd., License of Pearson Education in South Asia.

    Edward Thompson, Edward.T dan G.T Garratt. 1999. History of British Rule in India. Edisi

    Kedua. New Delhi: Atlantic Publishers and Dist.

    Herman Kulke & Dietmar Rothermund. 2004.A History Of India 4th

    Edition. New York:Rouledge.

    John F.Richards. 2001. The Mughal Empire. United Kingdom: Cambridge University Press.

    Jos J.L. Gommans. 2002.Mughal Warfare: Indian Frontiers And High Roads To Empire: 1500-

    1700. London: Routledge Taylor & Francis Group.

    Kumar Suresh Singh. 2002.People Of India Gujarat, Part 1. Mumbai: Popular Prakashan

    Pvt,Ltd

    Martin Kitchen. 1996. The British Empire and Commonwealth. A Short Story. London:

    Macmillan Press Limited.

    Michael OWwyer. 1988.India As I Knew It..New Delhi: A Mittal Publication.

    O.D.P Sihombing. 1953. India: Sejarah dan Kebudayaan.Bandung: W.van Hoeve Ltd.

  • 8/13/2019 Faktor British Di India

    17/17

    17

    Percival Spear . 1978. The Oxford History of Modern India,1740- 1975, (Edisi Kedua). Delhi:

    Oxford University Press.

    Radhey Shyam Chaurasia. 2002. History of Modern India, 1707 A.D. to 2000 A.D.New Delhi:

    Atlantic Publishers and Dist.

    Robert Travers. 2007. Ideology and Empire in Eighteenth-Century India: The British in Bengal.

    United Kingdom. Cambridge Press.

    Scott C. Levi. 2002. The Indian Diaspora In Central Asia And Its Trade: 1550-1900. United

    Kingdom: BRILL Publishing.

    T.S.G Moelia. 1949.India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan. Jodjakarta : Balai

    Pustaka.

    Vidya Dhar Mahajan. 1965. Muslim Rule in India. New Delhi: S. Chaud & Co.

    William Dalrymple. 2006. The Last Mughal: The Fall Of Delhi, 1857. London: Bloomsbury

    Publishing Inc

    W. Stanley. 2004. Great Mughal Glory. Dlm. A New History of India . 7th ed. New York :

    Oxford University Press.