fakta sains menarik

11
FAKTA SAINS MENARIK (A) KUCING Kucing ialah haiwan kesayangan Rasullulah, dan juga beberapa sahabat yang lain. Kucing juga ialah antara haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah diurus. Disamping seringkali dijadikan sebagai teman dikala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja ia mempunyai beberapa fakta menarik yang menjadikannya lebih istimewa. Berikut ialah 25 fakta menarik mengenai kucing. 1. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit 2. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya 3. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing 4. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita 5. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia 6. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga 7. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan 8. Kucing bertindak balas terhadap panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki, 9. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C 10. Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang 11. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

Upload: noorsuwaibahsulaiman

Post on 12-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

y

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTA SAINS MENARIK

FAKTA SAINS MENARIK

(A) KUCING

Kucing ialah haiwan kesayangan Rasullulah, dan juga beberapa sahabat yang lain. Kucing juga ialah antara haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah diurus. Disamping seringkali dijadikan sebagai teman dikala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja ia mempunyai beberapa fakta menarik yang menjadikannya lebih istimewa. Berikut ialah 25 fakta menarik mengenai kucing.

1. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

2. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

3. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing

4. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

5. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia

6. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

7. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

8. Kucing bertindak balas terhadap panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki,

9. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

10. Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang

11. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

(B) ARNAB

1. Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan

2. Arnab tidak berpeluh

3. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga

Page 2: FAKTA SAINS MENARIK

4. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk

5.Arnab mempunyai 28 batang gigi

6.Terdapat 43 jenis arnab

7. Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku  - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan

8. Terdapat 5 warna mata arnab

10. arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh

11. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati

12. Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds

13. Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor

14. Terdapat 150 jenis warna arnab

15. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya

16. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya

17. arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama

18. arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.

(C) AYAM

1. Sebanyak 9 biji telur kuning pernah ditemui di dalam sebiji telur.

2. Ibu ayam memusing2 kan telurnya lebih kurang 50 kali sehari supaya telur kuningnya tidak

melekat pada kulit telur.

3. Bulu ayam akan gugur sekiranya ayam itu stress.

4. Sedara mara terdekat bagi ayam adalah Tyrannosaurus-rex. Atau nama manja nye T-rex.

Page 3: FAKTA SAINS MENARIK

5. Tahi ayam yang dihasilkan oleh seekor ayam sepanjang hidupnya boleh menjana elektrik dan

menyalakan sebiji mentol lampu 100 wat selama 5 jam.

6. Di atas muka bumi ini terdapat lebih banyak ayam berbanding manusia.

7. Semakin tua ibu ayam, semakin besar telur yang dia hasilkan.

8. Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.

9. Seekor ayam yang telah dipotong kepalanya dilaporkan telah bertahan selama 18 bulan hidup

tanpa kepala.

(D) ULAR

1. Ular tidak boleh mendengar seperti kita, mereka hanya mampu merasakan getaran disekitar mereka bukan mendengar sejelas yang kita dengar

2. Ular sangat membenci garam, karena garam membuat permukaan lidah mereka mengalami gangguan.

3. Piton dan Anakonda adalah ular paling besar4. King Cobra adalah ular berbisa terbesar.5. Mereka dapat tumbuh sampai sepanjang 18 kaki (6 meter) dan beratnya bisa lebih dari 10

kilogram.

(E) LEMBU

1. Lembu dan manusia mempunyai tempoh kehamilan yang lebih kurang sama iaitu 9 bulan.

2. Lembu boleh tidur dengan berdiri.3. Lembu boleh mengesan bau sejauh 5 batu.4. Lembu tiada gigi di bahagian atas, sebaliknya mereka ada lapisan tebal di rahang atas.5. Lembu tenusu minum di antara 20-50 gelen air setiap hari.6. Seekor lembu membuat 40 000 gerakan rahang dalam masa sehari.

Page 4: FAKTA SAINS MENARIK

MANUSIA

1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam.

Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.

3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.

4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.

5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.

6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.

7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.

8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.

9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.

10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.

11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.

12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.

13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.

14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.

15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.

16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.

17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.

18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.

19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.

20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.

Page 5: FAKTA SAINS MENARIK

21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.

22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.

23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.

24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.

25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.

26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

15 FAKTA MENARIK TENTANG SENYUMAN

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orangdewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Page 6: FAKTA SAINS MENARIK

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikansebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi sepertikemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

Page 7: FAKTA SAINS MENARIK

Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakansesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

PERBEZAAN LELAKI DAN WANITA

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

3. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki

4.Rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

5. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

6. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

7. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh (yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

8. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

9. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

Page 8: FAKTA SAINS MENARIK

10. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

11. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

12. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.