dasar utama fahaman liberalisme agama · pdf filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut...

37
67 PERCATURAN LICIK ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME Lebai Kacak 2015 DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA Kebebasan Berfikir atau Sapere Aude Asas kepada pemikiran Liberalisme Agama ini ialah kebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa memerlukan bantuan dan panduan sesiapa pun, walaupun di dalam hal-hal yang berkaitan dengan Agama termasuk ‘Aqīdah, Syarī‘ah, Akhlāq dan hidup berbudaya. Fahaman mereka itu adalah didasarkan kepada fahaman dan falsafah bahawa manusia mempunyai hak mutlak ke atas diri mereka sendiri yang orang lain tidak boleh mencampurinya walaupun di dalam kefahaman yang berkaitan dengan Agama termasuk Agama Islām. Mereka namakan perkara ini sebagai Hak Asasi Individu atau Hak Asasi Manusia. Dengan pendirian semacam ini, sebenarnya mereka telah menafikan bahkan menolak Hak Allāh SwT ke atas diri mereka. Fahaman Hak Asasi Individu atau Hak Asasi Manusia ini adalah berpunca daripada fahaman kebebasan mutlak atau Liberalisme dan Libertarianisme. Kata mereka, setiap manusia bertanggungjawab ke atas diri masing-masing dalam semua perkara. Mereka membebaskan diri daripada ikatan autoriti agama bahkan menolaknya seperti yang telah disebut. Masing-masing ada ‘aqal yang boleh berfikir sendiri walaupun di dalam perkara berkaitan dengan Agama, kata mereka. Fahaman semacam ini dinamakan fahaman atau falsafah Liberalisme jalur Relativisme atau faham Kenisbian. Fahaman Liberalisme jalur Relativisme ini adalah produk daripada fahaman Pasca Modernisme yang dipengaruhi oleh

Upload: dangtruc

Post on 02-Feb-2018

337 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

67

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME

AGAMA

Kebebasan Berfikir atau Sapere Aude

Asas kepada pemikiran Liberalisme Agama ini ialah

kebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere

aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir

sendirian tanpa memerlukan bantuan dan panduan sesiapa pun,

walaupun di dalam hal-hal yang berkaitan dengan Agama

termasuk ‘Aqīdah, Syarī‘ah, Akhlāq dan hidup berbudaya.

Fahaman mereka itu adalah didasarkan kepada fahaman

dan falsafah bahawa manusia mempunyai hak mutlak ke atas diri

mereka sendiri yang orang lain tidak boleh mencampurinya –

walaupun di dalam kefahaman yang berkaitan dengan Agama –

termasuk Agama Islām. Mereka namakan perkara ini sebagai Hak

Asasi Individu atau Hak Asasi Manusia. Dengan pendirian

semacam ini, sebenarnya mereka telah menafikan bahkan

menolak Hak Allāh SwT ke atas diri mereka.

Fahaman Hak Asasi Individu atau Hak Asasi Manusia ini

adalah berpunca daripada fahaman kebebasan mutlak atau

Liberalisme dan Libertarianisme. Kata mereka, setiap manusia

bertanggungjawab ke atas diri masing-masing dalam semua

perkara. Mereka membebaskan diri daripada ikatan autoriti agama

bahkan menolaknya seperti yang telah disebut. Masing-masing

ada ‘aqal yang boleh berfikir sendiri walaupun di dalam perkara

berkaitan dengan Agama, kata mereka. Fahaman semacam ini

dinamakan fahaman atau falsafah Liberalisme jalur Relativisme

atau faham Kenisbian.

Fahaman Liberalisme jalur Relativisme ini adalah produk

daripada fahaman Pasca Modernisme yang dipengaruhi oleh

Page 2: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

68

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

falsafah Illuminisme kaum Illuminati. Atas fahaman dan falsafah

ini, ia memberi kebebasan penuh kepada setiap individu untuk

berbuat apa sahaja atas kehendak hati dan ‘aqalnya dengan syarat

tidak mengganggu individu lain. Berdasarkan kebebasan mutlak

ini, semua orang boleh memberi tafsiran kepada apa sahaja

termasuk tafsiran mengenai ajaran Islām, walaupun dalam perkara

dan ajaran yang jelas bersifat qaṭ‘i, thawābit dan sudah

diIjmā‘kan. Menurut fahaman ini, sesuatu yang dikatakan benar

oleh seseorang, belum tentu benar menurut orang lain. Sebab itu,

seorang Liberalis-Pluralis Melayu, Khalid Jaafar, menulis di

dalam kata pengantar buku Apa Itu Pencerahan? terbitan IKD

berbunyi:“…membebaskan tenaga pikiran manusia...penggunaan

akal sebagai alat untuk menyoal siasat sistem……amalan

beragama....”. Irshad Manji yang mengaku dia seorang lesbian

daripada keluarga Islām juga berpendirian demikian.

Atas pendirian dan prinsip “…menyoal siasat

sistem....amalan beragama...” kaum Liberalis secara umumnya

tidak mengiktiraf golongan ‘Ulamā’ bahkan mereka menyerang

para ‘Ulamā’. Bukan sahaja para ‘Ulamā’ yang mereka serang

tetapi para Ṣaḥābat Nabii ṣ.‘a.w juga mereka serang bahkan diri

Nabiy ṣ.‘a.w sendiri. Yang menyerang para Ṣaḥābat r‘aa dan

Nabiy ṣ.‘a.w itu bukan Liberalis dari kalangan bukan Islām tetapi

dari kalangan yang mengaku masih beragama Islām! Walaupun di

Malaysia puak Liberalis ini tidak menyerang diri Nabiy ṣ.‘a.w

seperti sesetengah rakan mereka di Indonesia itu tetapi ada

diantara mereka ini ada yang menolak percakapan Nabiy dan

perbuatan Nabiy ṣ.‘a.w atau al-Sunnah. Mereka ini sebahagiannya

digelar sebagai kumpulan Anti Hadith. Kumpulan Anti Hadith

adalah Liberalis tingkat tinggi yang boleh membawa mereka

kepada murtad. Na‘ūzubillāh. Dan Anwar pula membuat parti

politik yang tidak menjadikan al-Sunnah Nabi sebagai dasar dan

falsafah perjuangan.

Page 3: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

69

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Puak Liberalis sekarang kleim bahawa mereka membawa

pemikiran baharu di dalam dunia pemikiran dan intelektual, pada

hal sebenarnya fahaman Liberalisme agama ini sudah pun ada

kira-kira lebih 1000 tahun dahulu di dalam masyarakat Islām.

Ketika pemikiran liberalisme ini muncul - liberalisme sebagai

fahaman ‘Aqīdah dan Syarī‘ah - ‘Ulamā’ Islām Ahli Sunnah wa

al-Jamā‘ah dengan keras menolak fahaman ini dengan hujjah-

hujjah al-Qur'ān dan al-Sunnah serta mantiq yang tinggi dan

kukuh. Fahaman ini bukan baru di ‘Alam Islām bahkan ia sudah

semacam mati, tetapi ia dibangun dan digerakkan semula oleh

golongan Illuminati-Freemasonry-Zionis-Kristian zaman ini

kerana mereka melihat kesungguhan33 ṭoifah mina ’l-muslimīn

berjihad mahu mendaulatkan Islām secara kaffah dan kebangkitan

Islām yang sebenar semakin beransur-ansur cerah dan mula

mendapat momentum baru, justeru mereka, kaum Illuminati-

Freemasonry-Zionis itu mahu menghancurkan Ummah dan ajaran

Islām daripada dalam.

Fahaman Liberalisme Agama ini yang oleh para

pengusungnya dikleim sebagai berdasarkan kepada peristiwa

dialog antara Nabiy ṣ. ‘a.w dengan Sayyidina Mu‘az bin Jabal r‘a

ketika beliau hendak dihantar ke Yaman sebagai Gabernor oleh

Nabiy ṣ.‘a.w; dan juga sifat Sayyidina ‘Umar al-Khaṭṭāb yang

beberapa kali bertanya dan memberi pendapat kepada Rasul ṣ.‘a.w

mengenai sesuatu perkara yang pada hematnya ada suatu

pemikiran atau pandangan lain; dan juga daripada sabda Nabiy

ṣ.‘a.w kepada petani korma dengan sabdanya yang masyhur:

antum a‘lamu bi umūri dunyākum34. Liberalis menggunakan

Ḥadīth-Ḥadīth ini untuk mewajarkan fahaman bebas berfikir

mereka tanpa merujuk kepada konteksnya yang sebenar serta

kualiti dan kriteria ‘aqal seseorang untuk merumuskan sesuatu

ق 33 HR Muslim, Aḥmad, Abū Dāwūd, Tirmizi .ل ت زال طآئيفة م ن أ متي ظاهيريين على الح

dll. Ada lafaz yang berbeza tetapi maksudnya sama. 34 Ḥadīth riwayat Imam Muslim; ibn Khuzaymah dan ibn Ḥibbān.

Page 4: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

70

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

berkaitan Syarī‘at. Mereka berandaikan bahawa kriteria yang

diberi oleh ‘Ulamā’ dalam penggunaan ‘aqal, sebagai sekatan

kepada kebebasan berfikir yang disuruh al-Qur'an, malah mereka

mengandaikan bahawa ‘aqal sewajarnya diletakkan paling atas di

dalam hierarki dan piramid pemikiran Islām, bahkan mengatasi

Waḥyu dan Ijmā‘.

Mereka menempelak para Uṣūliyyīn atau Teolog dan

‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah yang menurut mereka,

merendahkan ‘aqal manusia dan meletakkan dikotomi Īmān dan

Waḥyu tanpa pilihan epistemologis. Mereka mengkritik ajaran

Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah kerana meletakkan Waḥyu di atas

atau mengatasi ‘aqal. Mereka amat naif di dalam memahami

metodologi Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah di dalam wacana

keilmuan. Di samping meletakkan Waḥyu paling tinggi, Ahli

Sunnah wa al-Jamā‘ah juga meletakkan ‘aqal di atas, sebab itu di

dalam wacana keilmuan Islām, ‘ilmu naqli dan ‘ilmu ‘aqli

bergandingan. Mereka tidak sedar bahawa kaedah bayānī atau

interpretasi teks di dalam wacana Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah

menggunakan ‘aqal yang tajam dan tinggi yang di dalam ‘ilmu

Kalam disebut sebagai mantiq. Mereka yang Liberalis itu

menekankan bahawa ‘aqal lebih dahulu ada daripada Waḥyu

justeru bagi mereka ‘aqal lebih tua daripada Waḥyu sehingga

‘aqal secara relatif harus diutamakan daripada Waḥyu. Itulah logik

diabolik mereka. Bagi golongan Liberalis, kelahiran Mu‘tazilah,

kemudian failasuf rasional yang lain adalah merupakan proses

liberalisasi yang wajar di dalam pemikiran Islam35.

Dengan sintesis bayānī dan ‘irfānīy oleh ‘Ulamā’ Ahli

Sunnah wa al-Jamā‘ah, golongan Liberalis merasakan bahawa

35 Mereka mengatakan Imam Abū Ḥanīfah dan Imam Syāfi‘i adalah liberalis.

Lihat Dr. H. Miftahur Rohim; Konflik Pemikiran Imam Abu Hanifah dan

Imam Syafi‘i Melahirkan Konflik Radikalisme dan Liberalisme. 2008.

Kenyataan ini adalah fitnah terhadap dua Mujtahīd ini.

Page 5: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

71

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

pintu Ijtihād sudah tertutup rapat, justeru mengunci rapat

kebebasan berfikir di dalam skema pemikiran Islām. Maka

respons kepada andaian pintu Ijtihād tertutup itu, muncul gerakan

‘membuka pintu Ijtihād’ yang antara lain, di zaman kita ini,

dipelopori oleh Fazlul Rahman36, Kasim Ahmad, Nurcholish,

Dawam dan banyak lagi.

Daripada huraian di atas, maka dasar kepada fahaman

Liberalisme Agama ialah sebuah pandangan yang membebaskan

diri dari autoritarianisme agama [bukan politik] iaitu yang

berbentuk ortodoks - ortodoks di dalam ontologi dan epistemologi

‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamaā‘ah - sebagai hasil dari

himpunan konsensus-konsensus besar di dalam pemikiran Islām di

bidang Fiqh, Kalām, Filsafah, Tafsir dan Taṣawwūf yang

mendasari kehidupan keber-Agama-an Ummah Islāmiyyah. Hasil

daripada fahaman dan falsafah Liberalisme ini, wujudlah beberapa

Illuminatus, Liberalis dan Libertarian Sosialis Melayu di Malaysia

mengusung konsep civil society37. Bahkan pada suatu peringkat ia

dipanggil sebagai civil religion atau agama sivil oleh pemikir

Pluralisme Agama.

Pemikir Liberalis berandai bahawa natijah daripada ‘pintu

ijtihād telah tertutup’, akan mengakibatkan end of history dengan

meminjam Francis Fuyukama atau seperti kata Ulil Absar,

seorang pemikir Liberalisme Agama Indonesia, akan memfosilkan

pemikiran agama dan menjadi monumen sejarah dan agama itu

36 ...it has accepted certain key liberal social values from the modern West and

has interpreted the Qur'an to confirm those values. Fazlur Rahman, Islam

and Political Action dalam Cities of Gods (Greenwood Press, NY 1986:

153-165, 160). 37 Civil society yang diterjemah sebagai masyarakat madani adalah tidak betul.

Terjemahan yang betul ialah masyarakat sivil. Madani mempunyai konotasi

Islām pada hal konsep dan doktrin civil society langsung bercanggah dengan

Islām baik dari segi lafzan makna lahiriyyah apatah lagi dari segi

rūḥiyahnya.

Page 6: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

72

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

sendiri akan jumud dan beku. Justeru, Ummah Islām tidak akan

dapat mengalami proses renaissance atau kebangkitan dan

enlightenment atau pencerahan, bahkan kekal terperosok di dalam

kegelapan. Bagi mereka, ‘aqal adalah sebagai mekanisme

demonstrasi kebenaran empiris. Kata mereka yang Liberalis itu

lagi, aktiviti-aktiviti ‘aqal terencat kerana terikat kepada teks atau

yang bersifat tekstual, justeru pilihan yang benar ialah

menggunakan ‘aqal dan fahaman rasionalisme atau burhāni

sendiri yang individualistik, kerana pendekatan burhāni atau

rasional argumentatif ini, adalah pendekatan yang mendasarkan

diri pada kekuatan rasio yang dilakukan melalui dalil-dalil logik.

Maka seperti kata Prof. Dawam, seorang pemikir Liberalis-

Pluralis Indonesia, menolak liberalisme bermakna bertentangan

dengan asas kebebasan, yang pada beliau, Islām membenarkan

kebebasan seperti yang diidamkannya.

Bagi Liberalis di kalangan yang masih mengaku Islām,

liberalisasi dalam konteks Liberalisme Agama terjadi di dalam

dua bidang. Pertama bidang agama dan kedua di bidang

pemikiran. Dalam agama, ia merangkumi isu-isu ‘Aqīdah yang

berkaitan dengan ke-Tuhan-an dan Īmān; Syarī‘at dan Hukum

hakam serta Akhlāq. Di dalam bidang pemikiran pula ia

merangkumi falsafah, ontologi, epistemologi dan aksiologi.

Dalam bidang ‘Aqīdah dan Īmān, bagi golongan Liberalis,

‘Aqīdah dan Īmān adalah persoalan individu. Ia memiliki

autonomi ke atas dirinya sendiri dan ini menjurus kepada autoriti

individu untuk bebas beragama dan memilih agama yang

disukainya seperti kenyataan dua beranak - Anwar dan anaknya

Nurul Izzah - Ahli Parlimen Melayu tidak lama dahulu yang

mewajarkan orang Melayu-Islām murtad. Bagi puak Liberalis ini,

kerajaan tidak boleh campur tangan dalam hal ini kerana dengan

berbuat demikian bererti mengganggu Hak Asasi Individu yang

disebut sebagai HAM. Bagi mereka yang Liberalis ini, konsep

Page 7: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

73

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

‘Aqīdah dan Īmān itu amat mudah iaitu sesiapa sahaja yang

percaya kepada adanya tuhan atau tuhan-tuhan, hal ini sudah

mencukupi untuk menandakan yang dia adalah orang beragama

yang benar dan diterima oleh Allāh SwT. Ini pendirian mereka,

termasuk Anwar.

Bahkan sesetengah mereka yang Liberalis itu berhujah

bahawa al-Qur'ān itu boleh dipertikaikan akan kesohihan atau

otentisitinya. Bagi mereka, Muṣḥaf ‘Uthmān yang ada di tangan

kaum Muslimīn sekarang adalah tercemar oleh kerana campur

tangan manusia. Fikiran mereka diracuni oleh kaum Illuminati-

Masonik-Zionis. Bahkan ada di kalangan mereka yang Liberalis

itu mencadangkan supaya Ummah Islām memahami dan

menafsirkan al-Qur'ān secara hermeneutik diabolik sebagaimana

orang Kristian memahami Bible mereka. Bagi Ahli Sunnah wa al-

Jamā‘ah, kita meyakini bahawa Muṣḥaf ‘Uthmān adalah benar

dan sohih dan tiada campur tangan manusia sedikit pun di

dalamnya.

Di dalam hal ehwal Syarī‘at yang terkandung di dalamnya

hukum agama, mereka yang Liberalis itu berpegang kepada

kebebasan berIjtihād, walau pun dalam perkara yang bersifat qaṭ‘i,

thawābit dan sudah diIjmā‘. Kata Anwar Ibrahim, seorang

Liberalis-Pluralis Melayu ketika berceramah di hadapan orang

bukan Islām di London School of Economics beberapa tahun

dahulu bahawa hukum-hakam Islām bukan terpahat di atas batu.

Bagi mereka, sesiapa sahaja boleh berIjtihād tanpa perlu memiliki

apa-apa kualiti pun. Maknanya, hukum-hakam Islām itu boleh

dirungkai dan diubah oleh sesiapa sahaja menurut kehendak dan

kefahaman masing-masing yang relatif dan subjektif itu. Mereka

itu sebenarnya melawan Syarī‘at dan perlaksanaannya seperti

yang telah disebut terdahulu. Bagi mereka, negara tidak berhak

campur tangan dalam urusan perlaksanaan Syarī‘at walaupun

dalam lingkungan hidup peribadi secara total atau pun partial.

Page 8: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

74

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Mereka yakni Liberalis Melayu Malaysia lebih rela dan selesa

hukum Sekular Barat dilaksanakan seperti ternyata di dalam buku

terbitan mereka: Hukum Barat Pun Islam. Buku ini diterbitkan

oleh Middle-Eastern Graduate Centre (MEGC) organisasi jaringan

IKD dengan kerjasama Konrad Adenauer Foundation (KAF).

KAF adalah organisasi Kristian yang aktif memberi promosi

fahaman Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisme Agama melalui

badan-badan berjenama Islām.

Dalam Akhlāq pula, mereka yang berfahaman Liberalisme

ini menganut fahaman new morality yang berbasiskan deontology

of ethics atau deontologi etik atau deontologi Akhlāq. Bagi

mereka, Akhlāq adalah bersifat subjektif dan nisbi. Ia berdasarkan

kepada suasana semasa atau lingkungan budaya, sebab itu kita

lihat ada Liberalis Melayu tidak segan silu dan rasa malu38

melakukan aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Akhlāq Islām,

seperti Anwar yang menari dengan wanita Cina yang bukan

mahram di khalayak ramai, mera'ikan program keagamaan Syirik

Hindu yang bercanggah dengan akhlāq Islām dengan memakai

tanda-tanda atau Syi‘ar syirik di badan dsb. Di dalam Islām,

ajaran Akhlāq telah diberi ontologi dan epistemologi serta

aksiloginya oleh Nabiy ṣ.‘a.w sendiri. Justeru ia tidak bersifat

subjektif seperti sangkaan Liberalis itu malah sudah pun

disistemitasi dan distrukturkan. Mereka mahu wujudkan secular

morality yang bersifat Jāhiliyyah itu!

Di dalam bidang pemikiran pula, golongan Liberalis

berpendapat, pemikiran dan falsafah Islām Klasik, gagal

menghadapi dan menyelesaikan isu-isu semasa seperti demokrasi,

HAM, kesetaraan gender, hubungan antara agama, konflik agama

dsb yang menyangkut kehidupan manusia dan kemanusiaan.

38 Ḥadīth Nabi ṣ.‘a.w: مياني ياء مين الحي Terjemahan: Malu adalah sebahagian .الح

daripada īmān. Riwayat Bukhāri.

Page 9: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

75

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Mereka mahukan liberalisasi pemikiran yang tidak lagi terikat

pada paradigma lama yang bersifat struktural dan tidak terikat

pula kepada teks-teks yang tidak berubah dan tidak mungkin

diubah. Mereka percaya pada kemampuan mutlak ‘aqal budi

manusia sebagai anugerah Tuhan di dalam merumus dan memberi

solusi terhadap masalah-masalah dan isu-isu kontemporari itu.

Golongan ini berhujah, yang melihat legitimasi Waḥyu

telah ditinggal dan ditolak oleh sebahagian orang dan diganti oleh

hukum masyarakat, maka demi - kononnya - untuk menjaga

legitimasi Waḥyu supaya masih releven, maka perlu ada

liberalisasi berkaitan pemikiran Islām dalam konteks untuk

memahami teks al-Qur'ān dan Waḥyu yang menyangkut kepada

perubahan epistemologi bahkan aksiologi supaya agama Islām

masih releven. Inilah kleim kaum Liberalis yang batil. Mereka

menempelak keras ‘Ulamā’ Islām kerana mengandaikan bahawa

‘Ulamā’ mengongkong Ummah daripada menggunakan ‘aqal

seperti yang telah disebut.

Atas nama kebebasan ‘aqal, justeru mereka

menggunakannya sebebas-bebasnya. Mereka telah menafsirkan

ayat al- Qur'ān semahu-mahunya. Seorang Liberalis dan Pluralis

Melayu, Anwar Ibrahim, di dalam ceramah-ceramah di hadapan

khalayak bukan Islām sering menekan dan menghuraikan

perkataan sawa’ di dalam al-Qur'ān, sebagai tuhan yang sama

yang disembah oleh orang bukan Islām juga. Dia inilah juga yang

bermati-matian memperjuangkan supaya orang bukan Islām dapat

menggunakan kalimah Allāh. Beliau menafsirkan perkataan

lita‘ārafū di dalam Surah al-Ḥujurāt ayat 13 secara liberal bagi

mewajarkan fahaman Pluralisme Agama. Demikian juga, beliau

menyatakan bahawa keselamatan di Akhirat yakni masuk ke

Syurga adalah hak semua penganut agama yang percaya kepada

Tuhan.

Page 10: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

76

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Golongan Liberalis Melayu Malaysia, walaupun mereka

mendakwa mahu membebaskan diri dari terikat kepada cara

berfikir orang lain, tetapi pada kenyataannya, mereka amat terikat

kepada cara berfikir orang bukan Islām. Perkara ini amat nyata

dalam tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan mereka. Sebagai contoh,

Anwar seorang Liberalis Melayu Malaysia ini menggunakan

tulisan John Hick sebagai dasar pemikiran dan bingkai fahaman

keagamaannya.

Di dalam isu kebebasan berIjtihād pula, mereka

berpegang bahawa hukum Islām adalah menurut konteks

masyarakat semasa walaupun di dalam perkara thawābit yang

jelas larangannya di dalam al-Qur'ān dan telah putus hukumnya

secara Ijmā‘ ‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah. Di dalam buku

Kahwin Campur Antara Muslim Dengan Non- Muslim,

[MEGC-KAF, 2006. Buku ini biayai oleh KAF sebuah badan

evangelis Kristian yang berpejabat di Jerman] memberi fatwa

membenarkan perkahwinan silang agama itu tanpa pasangan yang

bukan Islām perlu menukar agamanya kepada agama Islām

terlebih dahulu. Alasan ‘aqal liberal yang mereka beri menurut

buku tersebut ialah tidak ada tegahan yang jelas di dalam al-

Qur'ān39 dan Sunnah dan mempertimbangkan yang erti Islām ialah

penyerahan diri kepada Tuhan dan masing-masing agama

mempunyai kitab suci. Di Indonesia, Dr. Zainun Kamal,

pensyarah Uṣūlu ’d-dīn, giat menikahkan pasangan Islām dengan

yang bukan Islam. Perkara begini ditakuti berlaku secara senyap-

senyap di Malaysia. Dan secara terangan-terangan pula kita sudah

pernah melihat sembahyang bersama antara orang bukan Islām

dengan yang Islām. Dan ketika sebuah rumah ‘ibadat orang bukan

Islām hendak diruntuh untuk tujuan pembangunan, ada aktivis

parti Islām menyertai orang bukan Islām berdu‘a bersama-sama di

39 Al-Baqarah: 221. Ayat ini adalah hukum qaṭ‘i melarang orang Islām

berkahwin silang atau beza agama.

Page 11: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

77

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

tokong tersebut memohon supaya rumah ‘ibadat orang bukan

Islām itu diselamatkan daripada diroboh.

Atas dasar kebebasan atau liberal di dalam berIjtihād,

Liberalis Indonesia misalnya, telah berIjtihād membolehkan

perlakuan liwat dan lesbian; boleh bersolat dalam bahasa apa

sahaja; wanita boleh menjadi imam ṣolāt jamā‘ah kaum lelaki;

harta pesaka perlu diberi sama banyak antara lelaki dan wanita;

wanita boleh menceraikan suami; waktu menunaikan Haji boleh

di luar waktu haji yang telah diIjamā‘kan; boleh mencemarkan

tulisan Lafẓ al-Jalalah dan banyak lagi. Ini adalah kesan daripada

sikap liberal dalam beragama akibat daripada fahaman

Liberalisme yang bertunjangkan falsafah Illuminati itu.

Sebenarnya, projek liberalisasi yang ditaja oleh kaum

Illuminati-Freemasonry-Zionis itu bertujuan mahu mengubah

penafsiran al-Qur'ān; membongkar ontologi dan epistemologi

‘Aqīdah supaya Ummah Islām meragui akan kesempurnaan dan

kemuktlakan Kitab Suci mereka, al-Qur'ān, sebagaimana kaum

Kristian meragui otentisiti Bible. Dan juga mereka mahu

mewujudkan di kalangan penganut Islām orang yang akan

meragui al-Ḥadīth dan al-Sunnah Nabiy ṣ.‘a.w sebagai sesuatu

yang wajar menjadi dasar dan panduan serta penyuluh kehidupan

serta menjadi hukum-hakam Agama di dalam rangka dan upaya

membina tamadun dan negara. Projek liberalisasi pemikiran di

dalam semua aspek ini menjurus kepada pembentukan gagasan

dan konsep agama baru iaitu Liberalisme Agama. Kemudian ia

akan bergerak lagi ke hadapan kepada penyatuan semua agama di

dalam satu entiti yang dinamai mereka sebagai Agama Pluralisme

atau Pluralisme Agama.

Anwar Ibrahim benar-benar menepati ciri seorang

Liberalis Agama seperti kriteria Charles Kurzman, apabila beliau

berkata: “…the discource on religious pluralism must deal with

Page 12: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

78

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

fundamental question of freedom of religion and by association

the freedom of conscience (Kebebasan Dhomir)”. Perhatikan:

kebebasan dhomir bermakna liberalisasi dhomir.

Ciri Liberalisme Agamanya ternyata di dalam

kenyataannya itu apabila dia menekankan betapa perlu ada

pemikiran dan kefahaman bebas alias liberal mengenai kebebasan

hidup dan kebebasan memilih agama. Katanya, kebebasan jenis

ini mestilah dimulai dengan adanya freedom of conscience atau

kebebasan dhomir terlebih dahulu. Ini sama seperti gesaan

Illuminati-Masonik yakni perlu ada kebebasan di dalam hati atau

jiwa yang berani tidak terikat kepada rasa takut kepada sesuatu -

yang dalam konteks ini ialah hukum Agama. Justeru, perlulah

dirungkai ikatan keagamaan tersebut daripada lubuk hati setiap

Muslim supaya mereka menjadi bebas alias liberal dan ‘berani’.

Sifat dan sikap liberal ini, perlu ditanam dengan mantap di

dalam lubuk hati setiap orang demi menjayakan agenda

Liberalisme dan Pluralisme Agama yang diusungnya itu. Memang

benar, fahaman Liberalisme perlu ditanam dahulu sebagai

muqaddimah dan persediaan untuk menerima kemasukan fahaman

Pluralisme Agama nanti. Jika dhomir seseorang itu masih kukuh

berpegang kepada fahaman lama yakni berpegang kukuh kepada

konsep Syarī‘at yang diIjmā‘kan, menurut Anwar, hal itulah yang

menjadi penghalang besar dan gendala utama kepada agenda

penyebaran fahaman Illuminisme, Liberalisme dan Pluralisme

Agama yang diusungnya itu. Jika pada dhomir seseorang sudah

tertanam fahaman Liberalisme Agama, maka dari sinilah ia dapat

bergerak kepada fahaman Pluralisme Agama yang kemudian

kedua-dua ini akan menjadi satu dan padu. Justeru, dia

bersungguh-sungguh memperjuangkan supaya adanya freedom of

conscience atau kebebasan dhomir atau kebebasan jiwa di dalam

diri setiap individu Muslim di Malaysia ini di kalangan orang

Melayu Islām.

Page 13: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

79

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Fahaman Liberalisme Agama pada dasarnya seperti kata

kaum Liberalis, adalah suatu fahaman yang meletakkan ajaran

agama di dalam dinamika sejarah. Bagi mereka, tidak ada ajaran

agama yang bersifat tetap kerana ia harus tunduk kepada idea

kemajuan iaitu progresif yakni bergerak ke depan, malah ia perlu

digandingkan bersamanya progresiviti politik semasa. Pemikiran

Anwar ada keserasian dengan pemikiran Barukh Spinoza (m

1677) tokoh liberal Yahudi yang mengkritik kitab suci mereka

menggunakan kaedah historical critical method yang kemudian

disebut sebagai Higher Criticism of the Bible yang berpusat

kepada sains empiris dan rasionalisme pemikiran per sé seperti

saranan Réné Descartes (m 1650) itu untuk mencapai ‘kemajuan’

di dalam beragama. Inilah premis pergerakan pemikiran dan

pencerahan Anwar. Ia persis konsep pencerahan pemikiran Moses

Mendelssohn seorang liberal Yahudi juga, yang memasukkan

agama Yahudi ke dalam plastik sampah Modernisme Barat yang

sebelumnya dengan jelas Anwar mengakui menghayati liberalisasi

pemikiran sapere aude alias pencerahan Kant dan seperti ternyata

di dalam buku-buku terbitan badan pemikirnya, IKD. Dasar ini

sejajar dengan falsafah Illuminisme tajaan kaum Illuminati-Zionis.

Agaknya, pencerahan jenis inilah yang menyebabkan

Anwar melaksanakan konsep Tahaluf Agama seperti

perbuatannya membongkok semacam ruku‘ kepada abu mayat

Beng Hock dan Karpal Singh ketika upacara ‘penghormatan’

terakhir kepada mereka. Selain daripada itu, atas fahaman

liberalisme agamanya, beliau dengan rela hati memakai tanda-

tanda keagamaan dan budaya Hindu pada dirinya. Hal seperti ini

tidak pernah dibuat oleh mana-mana orang Islām awam pun

sepanjang sejarah Islām kecuali Maharaja Akbar di India yang

Liberalis dan Pluralis Agama itu. Akbarlah yang membuat agama

campuran bernama Dīn Ilāhi. Anwar semacam mahu mengangkat

budaya Syirik yang dilarang Syara‘: Man tasyabbaha bi qawmin

fa huwa min hum seperti sabda Nabiy ṣ.‘a.w [terjemahan]: sesiapa

Page 14: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

80

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

(berbuat) menyerupai sesuatu kaum (dalam kepercayaan dan

budaya – P) maka dia adalah sebahagian daripada mereka.

[Ḥadīth riwayat Abū Dāwūd dan Ibn Abi Syaibah daripada Ibn

‘Umar r ‘ahuma]. Kesan daripada ajaran freedom of conscience

Anwar ini, akan menjurus kepada dan terbentuknya horizontal

inequality di dalam demografi agama atau religio-politik yang

merupakan api di dalam sekam bagi Ummah Islām Malaysia.

Bagi Anwar, Ummah Islām terganggu dan terhalang untuk

berubah dan maju ke arah menghayati falsafah Illuminisme,

Liberalisme dan Pluralisme Agama kerana tidak ada kebebasan

untuk berbuat demikian sebab dipasung dan dipahat mati oleh

pemikiran dan hukum-hukum kuno Tradisionalisme Ahli Sunnah

wa al-Jamā‘ah. Katanya, satu-satunya jalan yang berkesan untuk

merealisasikan cita-cita Liberalisme dan Pluralisme Agama itu

ialah dengan memberi kesedaran dalaman bersifat kejiwaan atau

di dalam ungkapannya disebut sebagai kebebasan jiwa atau

freedom of conscience. Maka conscience yang selama ini terikat

dengan rasa takut yang bersifat keagamaan di dalam jiwa itu perlu

dirungkai ikatannya dan diberi kebebasan penuh kepada jiwa atau

dhomirnya itu untuk membuat pilihan dan keputusan tanpa

memerlukan pandangan dan tunjuk ajar Agama dan daripada

sesiapa jua pun.

Dalam konteks kebebasan memilih agama bagi seseorang

itu, Anwar berkata, ia terhalang oleh adanya peraturan hukum-

hakam Islām yang melarang perlakuan keluar daripada Agama

Islām. Anwar faham akan perkara ini iaitu mereka yang mahu

murtad daripada Agama Islām itu takut akan dibunuh kerana di

dalam Syarī‘at Islām hukuman kepada orang yang keluar daripada

Agama Islām dihukum bunuh. Justeru Ḥadīth yang mulia: man

baddala dīnahu faqtulūhu [HR Bukhāri, Abū Dāwūd, Tirmidzi,

An-Nasā'ī, Ibnu Mājah, Aḥmad] iaitu [terjemahan]: sesiapa yang

menggantikan/menukar agamanya (dengan agama lain, yakni

Page 15: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

81

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

murtad) bunuhlah dia, perlu dilupakan sahaja atau diberi

pengertian baru atau diubah hukumnya sesuai dengan fahaman

Liberalisme Agama dan falsafah Illuminisme. Walaupun Ḥadīth

ini sohih dan ‘Ulamā’ Islām telah Ijmā‘ mengenai hukum murtad

bagi seseorang Islām iaitu dibunuh, tetapi dengan pendirian

sapere aude dan logik diabolik serta pure reason-nya, Anwar

mencadangkan supaya dicari suatu mekanisme yang

membolehkan pemurtadan.

Pendapat di atas beliau luahkan di dalam suatu interview

dengan stesyen tv BBC berkaitan isu pemurtadan Lina Joy yang

mahu murtad. Beliau berkata: “is her rights”40. Demikian juga

dalam satu wawancara dengan Australian Broadcasting Channel

(ABC) pada 25 Mac 2007, yang merujuk kepada kebebasan

beragama, beliau berkata dan menegaskan bahawa kepercayaan

keagamaan adalah diputuskan oleh individu “ …not by the state,

not by the legal process….”. Inilah yang diperjuangkan oleh

Anwar supaya di dalam dhomir atau hati-jiwa seseorang Muslim

itu tidak ada rasa takut dan bersalah yang bersifat keagamaan serta

tidak terikat kepada peraturan-peraturan dan hukum-hakam Islām.

Jika sudah tertanam kefahaman kebebasan itu di dalam dhomir,

maka ia tidak boleh dibiar terpendam begitu sahaja di dalam lubuk

hati dan dhomir mereka itu. Justeru tidak menjadi kesalahan jika

dizahir dan dilaksanakan serta dibuktikan di dalam tindakan dan

perbuatan seperti kehendak hati tadi atas dasar kebebasan dhomir

seperti dalam kes Lina Joy itu.

Kenyataannya itu amat jelas bukan lagi bersifat implisit,

Anwar menyarankan supaya peraturan menghalang kebebasan

beragama alias murtad seseorang itu diteliti dan hukuman serta

peraturan sesuatu agama tertentu tidak boleh diterima pakai

dengan gagasannya bahawa hukum Fiqah Islām tidak terpahat

40 Jawapan beliau itu adalah respons kepada pertanyaan moderator dalam

wawancara dengan BBC.

Page 16: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

82

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

mati di atas batu. Ini adalah cocok dengan saranan kaum

Illuminati-Masonik di dalam The Protocols seperti yang telah

lalu disebut.

Pada hakikatnya, di dalam ajaran Islām Ahli Sunnah wa

al-Jamā‘ah, tidak ada kebebasan dhomir dalam diri manusia

bahkan seluruh diri manusia itu pun tidak ada kebebasan. Manusia

secara zahiriyyah terikat kepada hukum-hakam yang lima dan

hukum sah dan batal. Pada paras dhomir atau dalam diri pula,

Islām mengenakan peraturan-peraturan yang mengikat seperti

hukum berkaitan dengan hati yang berkaitan pula dengan niyat.

Mungkin kelihatan pada zahir, seseorang itu nampak semacam

wara‘ atau soleh tetapi pada dhomirnya berniat untuk mengaburi

orang ramai atau berniat untuk menipu pengikut atau bersikap

riya‘ atau berdendam hendak membunuh dsb, maka sifat dhomir

seperti itu dilarang yakni tidak bebas kerana dia disekat dan

terikat kepada bukan sahaja hukum dan peraturan rūḥāniyyah

Ilāhiyyah tetapi juga hukum zahir Fiqhiyyah. Maka daripada

perspektif ini, sebenarnya ia tidak bebas daripada hukum Allāh

walaupun secara zahiriyyah dia tidak menerima apa-apa hukuman

di dunia ini.

Demikian juga di dalam mengesahkan status keĪmānan

dan keIslāman seseorang. Ia bergantung kepada dhomir seseorang.

Jika dhomirnya menerima secara ikhlas - bukan terpaksa - akan

Rukun Ῑmān seperti di dalam Ḥadīth Bukhari itu (bukan Rukun

Ῑmān di dalam ajaran Syī‘ah!), maka ia tergolong sebagai seorang

Islām dan berῙmān. Tetapi dari sisi lain, jika dhomir seseorang

yang secara dalaman hatinya mengingkari kebenaran al-Qur'ān

atau sebahagiannya atau menolak mana-mana satu daripada

Rukun Ῑmān dan mengingkari salah satu daripada Rukun Islām,

walaupun secara sosiologikal dia kelihatan dan dikategori sebagai

seorang Islām, namun secara doktrinal, dia sudah tidak dikira

sebagai Islām. Maka dalam konteks ‘Aqīdah, bermakna tidak ada

Page 17: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

83

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

kebebasan dhomir yang jika kebebasan itu bercanggah dengan

hukum ‘Aqīdah dan Syarī‘at. Adakah Anwar benar-benar seorang

Liberalis dan Pluralis serta pengikut fahaman Illuminisme dengan

fahaman kebebasan dhomir ini? Seperti yang disebut terdahulu,

dengan pendirian kebebasan dhomir ini, bermakna ia

membenarkan pemurtadan. Sekali lagi contoh Lina Joy menjadi

rujukan. Apalah makna kebebasan dhomir, jika tidak boleh

berbuat menurut kehendak hati, seperti yang dia kehendaki dan

perjuangkan itu.

Secara vertikal, yakni di dalam hubungan khusus dengan

Allāh SwT, seseorang Muslim bebas sebebas-bebasnya boleh

beramal sebanyak mana yang dia mahu dan larat - dzikran

kathīran – memetik istilah al-Qur'ān. Secara horizontal pula yakni

berkaitan hubungan dengan sesama manusia, dia juga bebas

berbuat kebajikan kepada mereka sebanyak mana yang dia suka.

Namun, kebebasan yang diberi kepadanya hanyalah di dalam

lingkungan ḥudūdu ’llāh, ertinya dia tidak boleh keluar melepasi

ḥudūdu ’llāh ini kerana ia disekat oleh beberapa peraturan hukum.

Inilah kebebasan di dalam ontologi dan epistemologi Ahli Sunnah

wa al-Jamā‘ah yang bertepatan dengan Ḥadīth riwayat Imam al-

Bukhāri rḥ yang sabda Nabiy ṣ.‘a.w berbunyi: al-dunyā sijnu ’l-

mu’min ertinya dunia ini adalah penjara bagi orang Islām.41

Maknanya, mereka tidak bebas bertindak sesuka hati kerana

disekat daripada berbuat sesuatu yang bertentangan dengan Irādah

Allāh sebab terikat kepada peraturan dan hukum-hakam Syarī‘at

yang telah diIjmā‘kan.

Berkaitan dengan kebebasan dhomir ini, Anwar

menekankan konsep Tiada Paksaan Dalam Agama. Beliau

jadikan ayat 25642 surah al-Baqarah sebagai sandaran. Baginya,

ن الحمؤحميني 41 جح ن حيا سي الدراه في الد يني 42 ل إيكح

Page 18: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

84

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

tiada paksaan bermaksud tiada sesiapa pun boleh memaksa

sesiapa untuk melaksanakan peraturan agamanya dan semasa

ceramahnya di LSE itu, beliau lantas memberi contoh kes di

dalam agama Zoroasterian atau Majusi, yang negara tidak

memutuskan atau memaksa hukum Islām berlaku kepada mereka.

Anwar ternyata terlalu amat naif memahami Fiqh Jināyat Islām

dan Fiqh Siyāsah bahkan politik kenegaraan Islām. Contoh yang

diberi amat salah dalam konteks tiada paksaan dalam beragama.

Pemerintah Islām memang tiada kuasa mencampuri urusan

hukum-hakam dan peraturan-peraturan di dalam agama-agama

lain bahkan di dalam mazhab-mazhab yang berbeza di dalam

Islām pun. Urusan agama bukan Islām diurus oleh mereka sendiri.

Contoh yang diberi Anwar itu, di dalam kaedah Agama Islām,

disebut sebagai qiyās ma‘a ’l-farīq atau kias sayong! Nampaknya,

tujuan sebenarnya beliau memberi contoh tersebut ialah ia mahu

menunjukkan kepada audiensnya yang bukan Islām di LSE itu,

bahawa ajaran Islām teramat sangat liberal kerana tidak ada

paksaan untuk memaksa hukum Islām berlaku kepada yang bukan

Islām bahkan kepada penganut yang dikategori sebagai Islām

juga. Dia silap!

Maksud tiada paksaan di dalam agama seperti di dalam

Surah al-Baqarah, ayat 256 itu ialah tidak boleh memaksa

seseorang yang bukan beragama Islām memeluk Agama Islām.

Jika mereka memeluk Islām kerana dipaksa, sedangkan hati

mereka tidak rela, maka keIslāman mereka tidak sah kerana di

antara syarat sah Ῑmān dan Islām ialah menerima pengakuan di

dalam hati secara sukarela di samping berikrar secara lisan. Sebab

itu orang-orang Munāfiqūn berada di kerak Neraka kerana

mengingkari Ῑmān dan Islām secara senyap dan tersembunyi di

dalam hati, walaupun mereka ternyata ṣolāt bersama Rasūlullāh

ṣ.‘a.w. KeIslāman seseorang yang asal bukan beragama Islām

adalah persoalan pilihan [Nota: sebenarnya dia tidak boleh

memilih untuk kekal di dalam kekafiran] dan jika dia memilih

Page 19: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

85

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

memeluk Agama Islām, maka peraturan dan hukum-hakam Islām

‘terpaksa’ akan berlaku kepadanya. Daripada perspektif ini,

seseorang itu memang ‘kena paksa’ melakukan perkara-perkara

yang wajib kena buat seperti ṣolāt, puasa dll dan ‘kena paksa’

meninggalkan yang dilarang seperti jangan berbohong, tidak

boleh memakan sembelihan yang tidak ikut sembelihan menurut

piawai Syara‘, tidak boleh meminum arak, tidak boleh meliwat,

tidak boleh berkahwin silang agama dsb yang secara qaṭ‘i dilarang

termasuklah ‘dipaksa’ kena bunuh apabila keluar meninggalkan

Agama Islām. Hakikatnya, mereka tidak bebas seperti sangkaan

Anwar yang Liberalis dan Pluralis itu. Atas fahaman agamanya

semacam inilah, beliau mengkritik hukuman sebat kepada

peminum arak satu ketika dahulu dan memperleceh usaha

memperketatkan undang-undang LGBT serta mengkritik keras

pengendalian isu murtad Lina Joy oleh pihak berkuasa.

Dari satu perspektif lagi seperti jelas di dalam ayat itu

bahawa, apa yang hendak dipaksakan kepada orang yang bukan

Islām itu lagi, kerana Agama Islām sudah cukup terang dan jelas

akan Kebenarannya, sebab bersambung dengan ayat lā ikrāha fi

’d-dīn itu, Allāh SwT nyatakan seterusnya bahawa: qad tabayyana

’r-rusydu mina ’l-ghay yakni sudah terang Kebenaran ajaran

Islām yang dibawa oleh Rasul-Nya Muḥammad ṣ.‘a.w itu dengan

bukti-bukti yang cukup nyata berdasarkan kepada Kitab-Kitab

Suci mereka sendiri - apa lagi hendak dipaksakan - maka

terpulanglah kepada pilihan mereka, sama ada mahu memilih

berĪmān kepada Risālah Muḥammadiyyah itu dan memilih untuk

menolak kekufuran dan kesyirikan yakni: yakfur bi ’ṭ-ṭāghūt atau

mahu beriman kepada Taghut itu. Di sinilah pentingnya

mempelajari ‘ilmu sibāq dan siyāq di dalam memahami Naṣṣ!.

Fahaman kebebasan atau liberalisme memilih agama dan

kebebasan dhomir serta sikap beliau terhadap Lina Joy untuk

murtad, bermakna ia benar-benar meredhai pemurtadan. Inilah

Page 20: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

86

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

kerangka berfikir Illuminisme kaum Illuminatus untuk dipaksakan

kepada kaum goyim seperti Anwar itu. Suatu kaedah di dalam

ajaran Islām ialah: al-riḍo bi ’l-kufri kufrun43, redha kepada

kekufuran adalah suatu kekufuran. Bukankah sikap liberalisme

yang mewajarkan memilih agama selain Islām sebagai memilih

murtad dan justeru mewajarkan kekufuran?

Atas konsep dan prinsip Illuminisme, Liberalisme dan

Libertarianisme yakni kebebasan mutlak di dalam semua perkara,

adakah Anwar mengiktiraf siri-siri program Oklahoma

Freethought Convention? Seksualiti Merdeka? Nampaknya, di

atas prinsip tersebut dia bersetuju.

Liberalisme Akhlāq, Deontologi Etika atau Deontology of

Ethics

Selain memperkenal falsafah sapere aude, Kant juga

memperkenal falsafah deontologi etika atau deontology of ethics.

Kedua-duanya saling berkait. Anwar yang mengaku menghayati

falsafah sapere aude Kant, juga menghayati falsafah Liberalisme

Akhlāq yang di dalamnya terdapat prinsip deontologi etika atau

deontology of ethics yang mana inilah agenda kaum Illuminati-

Masonik untuk merosakkan goyim atau orang-orang bukan

Yahudi.

Deontologi etika atau deontology of ethics ialah suatu

falsafah etika atau akhlāq yang bebas daripada konsep, dasar dan

sistem akhlāq yang telah distrukturkan di dalam sistem akhlāq

sesuatu agama. Fahaman ini bermakna merungkai dan sekaligus

menolak sistem dan wacana akhlāq di dalam ajaran Tradisional

yang di dalam konteks ini ialah Agama Islām, kepada suatu sistem

ر 43 الر ضا بيالحكفحري كفح

Page 21: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

87

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

dan bentuk akhlāq baru yang berpaksikan kepada ‘rasa’ di dalam

hati dan pandangan ‘aqal yang amat individualistik dan subjektif.

Sikap ini benar-benar bercanggah daripada ontology akhlāq Islām

kerana akhlāq Islām terikat ketat kepada ‘the real’ di dalam

ontologi dan epistemologi serta aksiologinya.

Kesan langsung daripada fahaman dan falsafah

Liberalismenya itu ialah dia benar-benar merealisasikannya di

dalam bentuk perlakuan terbuka. Siri-siri perlakuan yang

disengajakannya itu, adalah untuk membuktikan kepada umum

yang dia memang serius dan benar-benar memperjuangkan

fahaman Libertarianisme dan freedom of consience di dalam

semua aspek termasuklah aspek akhlāq dan moral serta etika

melalui falsafah deontology of ethics dan budaya hidup sensate.

Suatu masa ketika di dalam kerajaan, dengan ranggi, dia menari

bersama seorang wanita Cina keluarga tauke judi di khalayak.

Pada kempen Pilihan Raya Kecil Ijok pula, dia menari penuh ceria

bersama penyokong-penyokong Indianya di pentas terbuka yang

disaksikan dengan penuh gembira oleh Dr. Muhammad Nur

Manuty bekas pensyarah di Fakulti Islām, UKM dan bekas

Presiden ABIM. Pada suatu ketika lain, beliau terhibur dengan

pakaian dan tanda-tanda keagamaan dan kebudayaan Hindu pada

dirinya. Dalam kesempatan lain lagi, dia menyanyi-nyanyi kecil

sambil bergurau senda di atas pentas dalam ceramah-ceramah

politik. Semuanya ini mencerminkan bahawa dia benar-benar

menghayati Liberalisme akhlāq persis falsafah deontology of

ethics Kant itu. Nampaknya dia amat yakin, persoalan moral atau

akhlāq adalah persoalan interpretasi dan amat subjektif bahkan

amat bersifat personal atau peribadi yang tiada kaitan dengan

ajaran akhlāq Islām. Justeru, dia tidak mempedulikan norma-

norma akhlāq di dalam masyarakat Islām Ahli Sunnah wa al-

Jamā‘ah yang bertunjangkan Sunnah Nabawi.

Page 22: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

88

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Di dalam ajaran akhlāq Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah,

akhlāq tidak bersifat bebas dan liberal bahkan bukan persoalan

interpretasi dan subjektif. Justeru, dalam kebejatan akhlāq

Jahīliyyah, Nabiy ṣ.‘a.w datang mengajar konsep, membina

struktur dan sistem akhlāq bersekali dengan kayfiyat

perlaksanaan. Baginda ṣ.‘a.w bersabda: “innama bu‘ithtu

liutammima makārima ’l-akhlāq” [Ḥadīth riwayat Mālik di dalam

al-Muwaṭṭō’, Aḥmad dan Khurāiṭiy] yakni (terjemahan):

“Sesungguhnya saya diutuskan demi menyempurnakan akhlāq

yang mulia” yang Nabiy ṣ.‘a.w sendiri memberi contoh di dalam

kehidupan berbudayanya. Ini bermakna isu moral atau kedudukan

akhlāq bukan sesuatu yang bebas nilai dan bersifat interpretatif

dan subjektif tetapi sesuatu yang dikonsep, disistematisasi dan

distrukturkan serta sudah dikristalisasikan.

Konsep akhlāq Islām adalah berteraskan al-Qur'ān dan

manhaj Nabawiy. Ia amat bersifat Ilāhiyah dan mempunyai

aksiologi yang murni kepada pelakunya yang berbeza daripada

falsafah moral kaum Pasca Modernis dan konsep deontology etika

Kant dan kaum Kuffār yang lain. Akhlāq menjadi paksi kehidupan

bahkan ia merupakan al-dīn seluruhnya atau al-akhlāqu huwa ’d-

dīn kerana ia dibina dan diikat kepada prinsip dan dasar malu atau

ḥayā’ di dalam semua dimensi, taraf dan kosmologi hidup. Sebab

itulah Nabiy ṣ.‘a.w menekankan bahawa jika tidak ada sifat dan

perasaan malu, maka buatlah sekehendak hati seperti di dalam

riwayat Imam al-Bukhāriy: idzā lam tastaḥi faṣna‘ ma syi’ta

kerana al-ḥayā’u mina ’l-īmān, yakni malu itu sebahagian

daripada Ῑmān. Justeru, jika berbuat sesuka hati tanpa panduan

Agama yang diajar oleh Nabi ṣ.‘a.w seperti di dalam falsafah

deontology akhlāq Kant itu, maka akan rosaklah Ῑmān dan

runtuhlah Agama pelakunya. Oleh kerana tidak ada sifat ḥayā’

inilah, manusia menjadi rosak dan seluruh ‘alam akan turut rosak

sama. Atas prinsip dan dasar inilah, seseorang Muslim akan

Page 23: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

89

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

menjaga murū'ah yang merupakan salah satu dasar Agama Islām

dan pilar utama Maqāṣid Syara‘.

Pemikiran deontologi akhlāq beliau, dapat juga dikesan

melalui sikapnya terhadap isu LGBT. Ketika serangan virus

LGBT di Malaysia diperkatakan oleh semua orang, Anwar tidak

bersungguh-sungguh menyanggahnya sepertimana dia

bersungguh-sungguh berusaha mahu merebut Putrajaya. Memang

beliau ada mengeluarkan kenyataan sebagai respons kepada

soalan-soalan media, tetapi sepanjang yang direkodkan, beliau

tidak secara tuntas dan tegas menolak aktiviti mungkar tersebut

sepertimana beliau nyatakan pendiriannya dengan tegas dan

terbuka meminta diperkukuhkan keselamatan entiti haram Israel.

Oleh kerana sikap dinginnya kepada penularan virus LGBT itu,

parti politik pimpinannya PKR, tidak menjadikan agenda besar

untuk melawan penularan virus LGBT ini dan menawarkan

antidot kepada virus tersebut secara konkrit dan holistik.

Sebaliknya secara sinikal, dia mempersoal dan

memperlecehkan cadangan untuk memperkemaskan undang-

undang anti liwat dan lesbian. Malah secara terbuka ia

menempelak program anjuran sebuah jabatan kerajaan di Johor

yang mahu menerangkan bahaya LGBT kepada pelajar-pelajar

sekolah. Semasa wawancara dengan stesyen radio BFM 89.9,

beliau tidak menjawab secara tuntas dengan menolak dan

menafikan dengan keras yang beliau seorang homoseksual apabila

ditanya oleh moderator wawancara tersebut. Sikap-sikap beginilah

yang membuat ramai orang tertanya-tanya: adakah Anwar adalah

penganut deontologi akhlāq dan pro aktiviti songsang

homoseksual? Malah yang lebih meyakinkan lagi ialah kenyataan

Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam Malaysia, yang

percaya perkara liwat Anwar tersebut berlaku. Anwar tidak pula

menyaman Leong!

Page 24: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

90

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Aktivis Liberalis dan deontologi akhlāq Indonesia yang

sebahagiannya rakan Anwar, secara terang-terangan mewajar dan

menghalalkan perbuatan songsang homoseksualiti, liwat dan

lesbian. Bagi mereka, perbuatan itu adalah bersifat ‘alami dan

diwajarkan oleh ajaran Islām. Di Malaysia, IKD belum lagi berani

menurut jejak langkah sifu Liberalis mereka dari Indonesia itu

dalam isu menghalalkan perlakuan homoseksual secara terbuka.

Tetapi dalam isu berkahwin beza agama antara orang Islām

dengan pasangan yang bukan Islām, IKD badan pemikir Anwar

itu, sudah berani secara terbuka mengikut langkah sifu mereka

dari Indonesia dengan memberi ‘fatwa’ terbuka bahawa halal

bagi seseorang Islām berkahwin dengan orang yang bukan Islām.

‘Fatwa’ mereka ini jelas terpampang ditulis di dalam buku terbitan

mereka bertajuk Islam dan Kawin Beza Agama dan edisi Bahasa

Inggeris bertajuk Islam & Interfaith Marriage [2006, MEGC-

KAF]. Anwar tidak segera memberi respons kepada pemikiran

mungkar agama dan kufur ini sepertimana dia segera memberi

respons negatif kepada program membanteras aktiviti LGBT satu

ketika dahulu. Bukankah contoh-contoh ini mencukupi untuk

menegaskan yang Anwar menganut falsafah deontology of Ethics?

Hukum larangan haram berkahwin beza agama adalah

bersifat qaṭ‘i. Larangan ini jelas di dalam Surah al-Baqarah ayat

221, Allāh SwT melarang lelaki Muslim menikahi wanita Musyrik

dan demikian juga lelaki Musyrik dilarang menikahi Muslimah.

Lanjut ayat ini, mereka yang Musyrik itu mengajak ke Neraka.

Maknanya, pasangan yang Musyrik itu akan mempengaruhi

pasangannya yang Muslim atau Muslimah tadi supaya menganut

agama Musyriknya ataupun paling tidak, perlakuan itu adalah

dosa besar kerana diklasifikasikan sebagai mengizinkan atau

menghalalkan perzinaan. Bahkan jika dianggap perbuatan itu

sebagai halal di sisi Syara‘, maka ia sudah termasuk di dalam

perbuatan mengubah hukum dari yang haram kepada halal, justeru

membawa ke Neraka.

Page 25: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

91

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Ketika pelbagai tuduhan jenayah Syara‘ dilemparkan

kepadanya, Anwar tidak menggunakan dengan baik mekanisme

Syarī‘at untuk membersihkan namanya sebagaimana yang lazim

dibuat oleh orang Islām. Beliau enggan menggunakan hak asasi

dirinya secara Syar‘ī dan sebagai seorang Islām yang dikenali,

menggunakan masjid sebagai platform, membela maruah dirinya

dengan bersumpah - selain menggunakan mekanisme Mahkamah -

walaupun didesak oleh ramai orang Islām - seperti perlakuan

Sayyidina ‘Uthmān r‘a bersumpah membersihkan dirinya di

mimbar Masjid Nabawiy, menafikan fitnah nepotisme kepadanya.

Anwar menolak ajaran akhlāq Islām di dalam urusan sebegini

penting. Sekali lagi contoh ini nampaknya membuktikan yang dia

menghayati falsafah deontologi akhlāq Kant secara sempurna.

Seperti yang termaklum di dalam Islām, ajaran akhlāq

Islām terlalu luas - seluas Agama itu sendiri - menjangkau semua

lapisan kosmologi hidup duniawi dan Ukhrawi. Ini termasuklah

akhlāq kepada Allāh SwT dan akhlāq kepada Rasul-Nya

Muḥammad ṣ.‘a.w. Adalah menjadi sesuatu yang amat tidak

berakhlāq, apabila ajaran akhlāq yang datangnya daripada Allāh

seperti termaktub di dalam al-Qur'ān, dijatuhkan martabatnya

dengan ditolak kedudukannya yang paling atas ke paras paling

bawah seperti di dalam pemikiran dan falsafah Pasca

Modernisme. Ini adalah kerana mereka menjadikan agama milik

Allāh SwT yang dibawa oleh Pesuruh-Nya Muḥammad ṣ.‘a.w

sebagai sama taraf dengan agama-agama batil dan mungkar, pada

hal Allāh SwT menolak fahaman tersebut. Dalam konteks ini, dia

menerima konsep deontology akhlāq Kant yang tidak peduli

kepada ajaran akhlāq dari Tuhannya atau morality without god

[baca: Allāh] dan fahaman Libertarianism tulen yang di dalamnya

terdapat doktrin free to choose, maximum freedom dan no morals

legislation.

Page 26: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

92

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Anwar kelihatan benar-benar menolak ontologi dan

epistemologi akhlāq Islām dan dia lebih menerima bahkan

menghayati teori moral evil pemikir-pemikir Barat tajaan kaum

Illuminati. Sikap ini telah menjerumuskannya ke dalam gaung

Secular Moral atau Secular Ethics yang sangat parah dan dalam.

Berkaitan dengan ajaran akhlāq, Imam Al-Ghazzāliy rḥ telah

membicarakan konsep akhlāq ini dan menghuraikannya dengan

panjang lebar, cukup halus dan sempurna dalam skema dan

taṣawwūr psikologi rūḥāniyyah berdasarkan al-Qur'ān dan Sunnah

serta perjalanan Salaf al- Ṣālih. Tujuannya ialah untuk mengajar

manusia erti kehidupan yang sebenar-benarnya dan membentuk

mereka menjadi manusia sempurna dalam ontologi dan

epistemologi serta aksiologi Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Bagi pemikir-pemikir etika atau moral Barat seperti Hume,

Kant atau Descartes atau lain-lain, konsep al-Ghazzāliy rḥ ini

tidak logik kerana bagi mereka tidak ada moral perfection. Sebab,

kata mereka, fenomena moral adalah amat bersifat empirikal,

eksperimental dan sentimental. Maka dalam konteks falsafah

moral mereka, aksiologi fenomena moral itu juga amat subjektif

dan nisbi. Anwar sepatutnya mengulang kaji dan berkomunikasi

kembali dengan kitab al-Iḥyā’ berkali-kali, kerana dia pernah

hadir di dalam kelas pengajian kitab al-Iḥyā’ yang diajar oleh

Ustaz ‘Uthmān el-Muḥammady rḥ pada awal tahun-tahun 70-an

dahulu dan semasa di dalam tahanan ISA di Kemunting pun, dia

dibekalkan oleh kawannya dengan terjemahan al-Iḥyā’ bahasa

Indonesia.

Jika dicermati, virus Liberalisme dan Libertarianisme yang

Anwar usung itu, benar-benar menjarah hampir semua sel-sel

otak, urat-saraf, daging-darah, hati dan jantung, ruang berfikir

serta seluruh sendi-sendi kehidupannya. Fahaman ini

menatijahkan suatu fahaman lagi yang membelit beliau iaitu

fahaman dan falsafah Relativisme Agama.

Page 27: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

93

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Relativisme Agama

Oleh kerana dasar dan falsafah hidup dan fahaman

keagamaan beliau adalah Liberalisme dan Libertarianisme yang

berpaksikan sapere aude dan deontologi itu, maka fenomena

inilah yang menjadi asas dan premis yang menggerak dan

seterusnya melahirkan pemikiran dan fahaman Relativismenya.

Fahaman Relativismenya bukan hanya setakat di dalam persoalan

pemikiran sosio-politik sahaja akan tetapi merangkumi semua

dasar-dasar dan sendi-sendi kehidupan yang melibatkan cara

hidup, akhlāq atau moral, konsep kebenaran, konsep keselamatan,

makna ‘Aqīdah dan Īmān bahkan segala-gala yang terangkum di

dalam ajaran Agama Islām. Menurut doktrin dan konsep

Relativisme ini, ‘ilmu, Kebenaran dan akhlāq yang berlaku,

selalunya berkait dengan budaya, masyarakat ataupun konteks

sejarah bahkan yang paling asas ialah kefahaman sendiri atau

sapere aude dan pengalaman peribadi dan justeru ia tidak bersifat

mutlak dan qudus atau sakral.

Atas premis berfikir begini, bagi beliau, kebenaran dan

agama itu adalah bersifat relatif atau nisbi. Katanya: “...that

certain religious groups hold that only certain fundamental

doctrines may lead to salvation...”. Ungkapan ini amat jelas dan

tidak memerlukan kepada takwilan lagi bahawa dia menerima

bahawa konsep Kebenaran itu amat relatif menurut interpretasi

masing-masing individu dan kumpulan, justeru ia menolak

Kebenaran [k huruf besar] yang haqiqi itu hanyalah milik

eksklusif Agama Islām sahaja. Dia benar-benar mengikut jejak

Liberalis-Pluralis Barat Paul Knitter yang berkata: “All religion

are relative…” seperti kehendak fahaman Illuminisme juga.

Anwar bahkan memandang serong dan sinikal kepada seseorang

yang membela Agama Islām sebagai bersifat eksklusif pada hal

itulah sifat sejati dan murni al-Islām [Āli ‘Imrān: 19]. Beliau

yakin seluruh Kebenaran yang diajar oleh Agama Islām itu juga

Page 28: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

94

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

bersifat relatif. Baginya, segala-gala yang berkaitan dengan

sesuatu, baik yang bersifat fenomena mahupun yang noumena

adalah berkaitan dengan persoalan persepsi dan interpretasi

semata-mata bukan persoalan yang mutlak atau haqiqi seperti

yang diajar di dalam Agama Islām. Berdasarkan kepada kata-

katanya: “...membuat dakwaan yang eksklusif tentang mereka

memiliki kebenaran yang kekal abadi...” jelas menunjukkan beliau

menghayati fahaman Relativisme Agama yang akut dan sekaligus

menolak Kebenaran yang bersifat thawābit di dalam ajaran Islām

sebagai satu-satunya yang mutlak dan haqiqi. Keyakinan Anwar

ini persis pegangan Liberalis-Pluralis Knitter apabila beliau

berkata: “To hold that any religions is intrinsically better than

another is felt to be somehow wrong, offensive, narrow minded”

[P. Knitter, No Other Name].

Anwar cuba mengaplikasikan silogisme, padahal silogisme

bukan sepadan dengan Kebenaran Ilāhiyyah. Di dalam ajaran

Islām, Kebenaran [k huruf besar] adalah bersifat mutlak dan

haqiqi kerana ia datang daripada Allāh seperti yang telah disebut

dan datangnya daripada lidah Nabiy-Nya ṣ.‘a.w. Oleh yang

demikian, tidak timbul lagi persoalan ketidakmutlakan alias

kenisbian ontologi dan epistemologi Kebenaran yang telah pun

diIjmā‘kan itu. Bahkan dari satu sisi, boleh dikatakan bahawa di

dalam persoalan hal-hal yang bersifat ijtihadiyah pun, di situ,

masih terdapat kemutlakan dalam ontologi dan epistemologi. Ini

adalah kerana dasar yang dipakai oleh ‘Ulamā’ ketika membuat

istinbāṭ itu adalah al-Qur'ān dan al-Sunnah dan tidak terkeluar

daripada bingkai dan dasar serta prinsip ontologi dan epistemologi

Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Di tempat lain dalam ucapannya di LSE itu, Anwar

berkata: “...it is morally unacceptable to say to people of other

faiths: We believe in our God and we believe we are right; you

believe in your God, but what you believed in is wrong”. Daripada

Page 29: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

95

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

ucapan ini, jelas sekali beliau tidak yakin yang Agama anutannya

itu adalah satu-satunya Agama yang benar. Di dalam istilah al-

Qur'ān, orang seperti ini tidak tergolong ke dalam kelompok mina

’l-mūqinīn. Seseorang Muslim perlu sedar mengenai rintihan

Kuffār di dalam Neraka yang memohon agar mereka

dikembalikan oleh Allāh SwT ke dunia supaya mereka menjadi:

inna mūqinūn [al-Sajdah: 12] kerana semasa di dunia mereka

ingkar kepada ajaran al-Qur'ān dan al-Sunnah seperti yang

dihuraikan oleh ‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah. Bahkan

beliau amat meyakini bahawa semua agama adalah sama benar

belaka sebab itu beliau berkata: “...tidak boleh diterima dari segi

moral” seseorang yang meyakini Agama Islām adalah satu-

satunya Agama yang benar dan menolak agama lain sebagai palsu

dan tidak benar, kerana baginya, di luar Agama Islām pun ada

Kebenaran dan Keselamatan juga. Maknanya, beliau ragu akan

firman Allāh SwT, yang menyebut hanyasanya Agama Islām

sahaja yang diterima-Nya: Inna ’d-dīna ‘inda ’llāhi ’l-Islām.

Perkataan al-Islām di dalam ayat ini merujuk kepada Agama atau

Dīnul-Islām yang dibawa oleh Nabiy Muḥammad ṣ.‘a.w bukan

selainnya. Artikel alif lam di awal perkataan Islām merupakan alif

lam ma‘rifah yakni merujuk kepada perkara tertentu atau khusus

yang di dalam konteks ayat ini ialah merujuk kepada Agama

Islām yang dibawa oleh Nabiy Muḥammad ṣ.‘a.w bukannya

Agama Islām yang dibawa oleh Rasul-Rasul sebelum Baginda

ṣ.‘a.w.

Menurut fahaman dan falsafah Relativisme, sesuatu

perkara menjadi benar oleh kerana ia dipengaruhi oleh lingkungan

budaya dan fahaman keagamaan masing-masing yang diwarisi.

Bahkan dari satu sisi, mereka yakin kepada kebolehan dan

kemampuan ‘aqal mereka mempunyai kekuatan mutlak untuk

membentuk fahaman sendiri seperti yang telah disebut terdahulu.

Anwar keliru, kerana di dalam ajaran Islām, Kebenaran yang

bersifat ontologikal itu sudah ditetapkan oleh Allāh SwT melalui

lidah Rasul-Rasul-Nya seperti firman Allāh: al-ḥaqq min rabbik.

Page 30: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

96

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Oleh itu tidak ada sifat relativistik di dalam perkara dasar dan

fundamental Agama. Menurut Anwar, fahaman Kebenaran

sesuatu ajaran itu mesti dilihat daripada kacamata seseorang

individu dan juga dari luar lingkungan mereka sendiri atau pun di

luar sesuatu agama – dalam konteks ini, Agama Islām. Benar bagi

seseorang, belum pasti benar kepada orang lain atau benar di

dalam ajaran Islām belum tentu benar di dalam ajaran agama lain

atau pun kesemuanya benar belaka seperti fahaman Perennialis

Fritjhof Schuon dan sami Hindu Sri Ravi Shankar. Dengan

fahaman Relativisme Agamanya itu, ia sebenarnya tidak faham

atau pun dia menolak atau pun tidak mengiktiraf mengenai

kedudukan hierarki manusia di dalam skema ajaran Islām. Ajaran

Islām menolak fahaman Egalitarianisme kerana ‘aqal manusia

tidaklah sama kualiti dan sifatnya serta kekuatannya justeru perlu

menta‘ati uli ’l-amri atau amīr al-mu’minīn di dalam ‘ilmu yakni

ahli ‘ilmu yang rāsikh dalam perkara-perkara berkaitan dengan

memahami ajaran dan Kebenaran keAgamaan.

Sebagai seorang Islām, Kebenaran di dalam Islām

mempunyai ontologi dan epistemologi yang tersendiri. Seorang

Muslim sejati yang murni, tidak mempedulikan kliem-kliem yang

pelbagai di luar Agama Islām, termasuklah kliem kebenaran milik

bersama. Hal ini ada kaitan dengan kedudukan dan sifat ‘aqal

seseorang. Secara perbandingan, ‘aqal seorang pelajar tadika

tidaklah sama dengan ‘aqal pelajar tingkatan tiga. ‘Aqal seorang

filasuf seperti Immanuel Kant yang menjadi kebanggaan

pengusung sapere aude itu dan juga ‘aqal Anwar, tidaklah sama

dengan ‘aqal Dāwūd al-Faṭōniy atau Aḥmad al-Faṭōniy. Seperti

juga dengan konsep keadilan di dalam Islaām. Ia berbeza sama

sekali dengan konsep keadilan di dalam ajaran kaum Kuffār

seperti misalnya dalam soal hak perwarisan dan talak-cerai dsb.

Maka di sini terpampang jelas bahawa ‘aqal para Kuffār itu tidak

akan sampai kepada Kebenaran Ilāhiyyah kerana ‘aqal mereka

tersekat oleh ẓulumāt yang berlapis-lapis berbanding dengan ‘aqal

Page 31: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

97

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Muslimīn terutamanya para ‘Ulamā’ yang dipenuhi oleh Cahaya

Ilāhiyyah. Ini amat jelas sekali ternyata di dalam al-Qur'ān, jika

seseorang Muslim menekuni al-Qur'ān dan al-Sunnah secara

tertib.

Maka ‘aqal mungkar Anwar yang memahami Agama

secara fahaman Relativisme ini, benar-benar membawa kepada

fahaman Dekonstruksionisme Agama. Sekiranya ia dipasangkan

ke dalam Agama Islām, maka ajaran ‘Aqīdah, Syarī‘ah dan

Akhlāq Islām akan mengalami pengurangan dan kemerosotan. Hal

ini kemudiannya akan menyebabkan seluruh sistem dan struktur

ajaran Agama Islām itu akan runtuh dan hancur berkecai.

Oleh kerana fahaman Relativismenya, Anwar tidak

meyakini ‘Ulamā’ yang rāsikh, justeru beliau menolak al-Ijmā‘.

Memang pun, di dalam pemikiran dan falsafah Illuminisme,

Liberalisme dan Pluralisme, mereka menolak adanya autoriti

‘Ulamā’ dalam hal-hal berkaitan keagamaan. Bagi mereka autoriti

‘Ulamā’ identik dengan regim autoritarianisme dan

totalitarianisme kekuasaan politik. Pendiriannya persis pendirian

Kant dan penganut Kristian Liberalis-Pluralis yang menolak

autoriti keagamaan.

Di dalam isu Keselamatan di Akhirat misalnya, Ijmā‘

‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah menyepakati bahawa orang

Islām yang menta‘ati ajaran al-Qur'ān dan al-Sunnah serta

beberapa prinsip yang sohih sahaja yang akan dapat memasuki

Syurga Allāh tetapi dengan fahaman Relativisme Agamanya,

Anwar berkeyakinan, penganut agama syirik juga memiliki

kebenaran ketuhanan, justeru membolehkan mereka masuk ke

dalam Syurga Allāh bersama-sama kaum Muslimīn. Pendiriannya

itu jelas di dalam kata-katanya “...that certain religious groups

hold that only certain fundamental doctrines may lead to

salvation...”. Ternyata Anwar tidak memiliki kefahaman tepat

Page 32: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

98

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

serta benar alias salah dan sesat di dalam memahami konsep,

ontologi dan epistemologi Keselamatan seperti yang dijelas di

dalam al-Qur'ān dan al-Sunnah dan seperti yang dihuraikan oleh

‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Sistem dan struktur ‘Aqīdah yang dimiliki dan difahami

Anwar, di dalam isu Keselamatan Akhirat ini ialah dia

mencampur-adukkan konsep keselamatan di dalam ajaran kaum

Kuffār dan Musyrikīn dengan konsep Keselamatan di dalam

ajaran al-Qur'ān dan al-Sunnah, walaupun beliau mendakwa

sebagai seorang Ahli Sunnah wal Jamā‘ah. Oleh kerana kesilapan

fatal inilah beliau mengungkap: “The blessed and the sanctified

are those who remain absorbed in Truth” dengan merujuk kepada

perkataan di dalam ajaran yang katanya daripada kitab agama

Sikh, Guru Granth Sahib. Sikap begini menimbulkan satu lagi

sifat bebal dan heretik beliau kerana dia tidak membezakan antara

Īmān dengan Kufur; Tawḥīd dan syirik; ḥaq dan bāṭil dan sohih

dan mungkar dst. Inilah virus kecelakaan fahaman Liberalisme

dan Libertarianisme Agama yang menjarah Anwar sehingga dia

sanggup menolak autoriti ‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah di

dalam perkara al-Ijmā‘, padahal di dalam ajaran Agama Islām al-

Ijmā‘ menjadi dasar Agama selepas al-Qur'ān dan al-Sunnah.

Mereka yang Liberalis dan Libertaris itu mempertikaikan

bahawa Kebenaran itu tidak akan dapat ditangkap secara mutlaq

oleh manusia dan yang ada hanyalah kebenaran-kebenaran relatif.

Bagi seseorang Muslim yang berĪmān kepada keseluruhan isi dan

ajaran al-Qur'ān dan al-Sunnah serta al-Ijmā‘, mereka meyakini

bahawa Kebenaran itu dapat dicapai dengan syarat manusia

memegang prinsip: yakfur bi ’ṭ-ṭōghūt di dalam semua dimensi

dan paras hidup. Justeru, mereka perlu mengikatkan diri kepada

golongan rāsikhuna fi ’l-‘ilmi seperti yang diajar di dalam wacana

Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah dan menggunakan ‘aqal integrasi

berkualiti tinggi.

Page 33: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

99

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Anwar benar-benar yakin bahawa seseorang akan dapat

juga menikmati Kebahagiaan melalui amalan kerūḥāniyyan di luar

Agama Islām. Baginya, kebenaran Ilāhiyyah terdapat juga di

dalam buku-buku suci agama Sikh, Hindu, Buddha dsb. Justeru

tidaklah menghairankan jika beliau tidak memetik dan menyebut

langsung ajaran-ajaran kerūḥāniyyan al-Ghazzāliy rḥ seperti yang

paling basik di dalam Bidāyah al-Hidāyah atau terjemahan

Melayu oleh ‘Abdul Ṣamad Falimbani iaitu Hidāyah al-Sālikīn

atau jalan kerūḥāniyyan Dāwūd Faṭōni rḥ seperti di dalam

terjemahan Ḥikam Abī Madyan atau jalan kerūḥāniyyan ‘Abdul

Qādīr Mandili di dalam Penawar Bagi Hati yang nipis tetapi

padat isinya itu.

Seperkara lagi yang penting diperhatikan ialah

fahamannya berkaitan dengan konsep dan doktrin Kebahagiaan.

Fahamannya yang berkaitan dengan konsep Kebahagiaan atau al-

sa‘ādah, amat salah kerana bertentangan dengan ajaran al-Qur'ān

dan al-Sunnah. Di dalam ajaran al-Qur'ān dan al-Sunnah,

Kebahagiaan seperti dihurai oleh al-Ghazzāliy rḥ di dalam

Kimyā’ al-Sa‘ādah [secara literal: Kimia Kebahagiaan] akan

tercapai apabila adanya transformasi yang bersifat vertikal pada

paras ‘aqliyyah dan rūḥāniyyah melalui pemerosesan unsur-unsur

al-kimyā yang sedia ada di dalam diri setiap manusia itu iaitu

‘aqal, fuād dan rūḥnya. Dengan demikian, ia akan dapat

mengenali dirinya yang sebenar lagi haqiqi, justeru akan bahagia

kerana ia sedar akan kerendahan dan kehinaan dirinya yang

memerlukan kepada Tuhannya al-Bārī Allāh yang

menciptakannya itu. Di dalam keadaan sebegini, ia sangat-sangat

rindu untuk mengenali sebenar-benarnya - pada paras yang

diizinkan Syara‘ - akan Dzāt dan Sifat serta Nama-Nama

Penciptanya itu, oleh itu, ia akan bergerak melalui proses

transformasi vertikal di samping horizontal pada pelbagai tahap

dan kosmologi di dalam dirinya dengan melepasi pelbagai

‘aqābah atau halangan dan terus menuju kepada keadaan

Page 34: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

100

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

mengenali Penciptanya al-Bārī itu demi melepaskan rindunya.

Apabila dia dapat mengenali dengan benar akan Dzāt Pencipta

yang dirinduinya itu, maka sekali lagi dia menikmati Kebahagiaan

yang tidak terhingga. Kata al-Ghazzāliy rḥ dalam al-Kimyā'-nya

itu: “maka di sanalah ia mendapat keseronokan dan

Kebahagiaan” Pun begitu, jangan sekali-kali merendah-rendahkan

‘ilmu-‘ilmu muktasab dan sudah pasti ‘amalan-‘amalan zahiriyyah

juga.

Al-Ghazzāliy rḥ menjelaskan lagi di dalam al-Kimyā'-nya

itu, bahawa Kebahagiaan akan tercapai apabila seseorang dapat

mengenali konsep, ontologi dan epistemologi al-dunyā dengan

benar seperti yang diajar di dalam ajaran Ahli Sunnah wa al-

Jamā‘ah. Dengan mengenali hakikat dunyā tersebut, maka di

dalamnya orang-orang akan melaksanakan aktiviti ‘ubūdiyyah

secara intensif dan menghindari diri daripada kemaksiatan kepada

Allāh secara sungguh-sungguh kerana dunyā ini adalah tempat

ibtila’ atau ujian. Maka sambung Al-Ghazzāliy rḥ lagi, “tugas

hidup manusia di dunia ini ialah untuk membuat persiapaan bagi

Akhirah”. Di sanalah Kebahagian Abadi. Dengan huraian Al-

Ghazzāliy rḥ ini, maka tertolaklah konsep Kebahagiaan seperti

yang Anwar yakini yang dirujuknya kepada buku ajaran agama

Sikh, Guru Granth Sahib itu. Dia benar-benar Liberalis-Pluralis

agama!

Pada kesempatan di LSE itu, sepatutnya dia ketengahkan

kepada audiens yang bukan Islām itu, mengenai ajaran

kerūḥāniyyan Imam Al-Ghazzāliy atau Abū Madyan atau al-

Sakandari bahkan Dāwūd al-Faṭōni, supaya minda mereka yang

bukan Islām itu tercerah oleh Kebenaran kerūḥāniyyan Islām dan

memadamkan kepalsuan ajaran kerūḥāniyyan pendeta-pendeta

dan sami-sami bukan Islām itu. Apa yang berlaku ialah dia tidak

memberi Pencerahan Islāmi tetapi menonjolkan pencerahan

kerūḥāniyyan orang bukan Islām. Hampir pasti dia tidak memiliki

Page 35: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

101

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

apa-apa ‘ilmu berkaitan dengan kerūḥāniyyan Islām atau pun dia

tidak percaya kepada konsep kerūḥāniyyan Islām justeru dia tidak

menyebutnya di depan audiens bukan Islām itu.

Tidak seperti Yusuf Estes, seorang bekas Katolik Texas,

yang hanya beberapa dekad memeluk Islām, berani penuh ‘izzah

Muslimīn, di hadapan audiens bukan Islām, menerangkan

ketinggian Kebenaran ajaran Islām sehingga al-Hādī Allāh,

memberi hidayah kepada beberapa audiensnya memeluk Islām. Di

dalam majlis dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di

Virginia, Amerika Syarikat, dia membawa bersama isterinya

bertutup muka dan dia pula berpakaian jubah!. Bandingkan

dengan Anwar yang berada di dalam gereja di Kajang, di hadapan

penganut Kristian, tidak sepatah pun menerangkan ketinggian

Agama Islām dan mengajak mereka yang di hadapannya itu

memeluk Islām bahkan dia menyamakan pula Jesus dengan Nabi

Īsā ‘as. Demikian pula beberapa bekas penganut agama Kristian

yang memeluk Islām telah berjaya menukar agama asal beberapa

orang audiens mereka kepada Agama Islām kerana hujah al-

Qur'ān – sudah pasti dengan hidayah Allāh. Dr. Zakir Naik,

dengan hidayah Allāh juga, dapat mengIslāmkan ramai penganut

Kristian dan Hindu di beberapa tempat, selepas ceramah,

termasuk di Kuala Lumpur. Mereka semua itu menerangkan

Ketinggian dan Kebenaran al-Islām mengatasi ajaran agama lain

dengan hujjah al-Qur'ān dan al-Sunnah tanpa bersifat liberal,

plural dan apologetik negatif seperti Anwar di London, Munich

dan Kajang itu. Hamzah Yusuf dengan ‘izzah Muslimīn berserban

Sunnah kemas berceramah di Universiti Oxford bersama seorang

cendekiawan Islām Liberal, Ṭarīq Ramāḍan, tanpa sedikit pun

bersikap apologetik negatif dan menjual agamanya seperti

perlakuan Anwar di Universiti London dan Munich itu.

Ada pun Anwar di dalam ucapan di LSE London, Munich,

New Delhi, New York, Kajang dan di tempat-tempat lain

Page 36: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

102

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

terutamanya di Amerika Syarikat, tidak sedikit pun menonjolkan

ketinggian Agama Allāh itu mengatasi agama-agama lain bahkan

dia bersikap dan bertindak menurunkan martabat Agama Islām -

kalau dia masih beriman dengan al-Islām ya‘lū walā yu‘lā ‘alayh

[Ḥadīth Aḥmad] - ke paras sama dengan ajaran agama-agama

syirik dengan pendiriannya yang semua agama sama tara belaka.

Inilah nilai dan kualiti seorang yang dijoloki sebagai anugerah

tuhan, pembela Islām dan tokoh pencerahan!

Anwar tidak pernah berwacana menerangkan Kebenaran

dan Ketinggian al-Islām di hadapan audiens yang bukan Islām

seperti perlakuan Syaikh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, Yusuf

Hamzah dan ramai lagi, padahal dia berkesempatan berbuat

demikian! Dalam sesi pertemuan dia dengan sekumpulan aktivis

Islām Malaysia suatu ketika dahulu, dia berkata: audiens tu [di

LSE] bukan Islam! Sepatutnya dia mengambil kesempatan itu

untuk menerangkan Kebenaran Dīn al-Islām mengatasi segala

ajaran tetapi dia tidak berbuat demikian kerana fahamannya yang

semua agama sama benar dan sama tara belaka. Dia benar-benar

Liberalis-Pluralis Agama!

Sikap aneh Anwar itu tidak menghairankan kerana sifat

hina diri yang keterlaluan kepada fahaman di luar Islām itu amat

mendominasi dirinya. Hal ini disebabkan oleh pekat dan sebatinya

dia berīmān dengan i‘tiqād Liberalisme dan Pluralisme Agama

yang ditunjangi oleh fahaman Illuminisme, justeru beliau suka

merujuk, menjunjung dan memberi promosi ajaran di luar Islām

seperti falsafah keagamaan Fritjhof Schuon, Dante, Swami

Prabhavananda, Hossein Nasr, sami-sami Hindu, Kant dsb itu.

Seorang Muslim Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah yang yakin

dan jazam serta komited kepada doktrin dan ajaran Agamanya,

tidak akan tergamak mengutip dan memberi promosi ajaran

kerūḥāniyyan agama selain Islām Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah,

Page 37: DASAR UTAMA FAHAMAN LIBERALISME AGAMA · PDF filekebebasan berfikir secara mutlak atau disebut sebagai sapere aude. Mereka berandai bahawa semua manusia perlu berfikir sendirian tanpa

103

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

apatah lagi mengiktiraf kebatilannya sebagai Kebenaran. Di dalam

dhomir seorang Muslim sejati, ia akan berasa amat berdosa

mengiktiraf jalan kerūḥāniyyan Kuffār dan Musyrikūn sebagai

benar kerana ini amat jelas ditolak oleh al-Qur'ān, al-Sunnah dan

al-Ijmā‘ bahkan orang-orang rūḥāniy atau Ṣūfi sendiri.

Di dalam ajaran Islām, berdasarkan al-Qur'ān dan al-

Sunnah, kedudukan Keselamatan di Akhirat yakni terhindar

daripada masuk ke dalam Neraka, adalah bergantung kepada dasar

asasnya yang amat fundamental iaitu kesahihan ‘Aqīdah.

Golongan Kāfirūn, Musyrikūn dan Munāfiqūn secara qoṭ‘i seperti

yang jelas di dalam al-Qur'ān dan al-Ḥadīth, mereka itu semua

akan kekal di dalam Neraka, walaupun dia seorang ahli

philanthropy yang banyak membuat kerja-kerja kemanusiaan atau

rajin beramal menurut kaedah agama masing-masing. Ini adalah

kerana seperti yang dinyatakan di dalam al-Qur'ān, Allāh SwT

tidak mengampun dosa manusia yang syirik kepada-Nya tetapi

dosa-dosa selain daripada dosa syirik, insyā Allāh, atas rahmat-

Nya, mereka akan diampun [al-Nisā’: 48 dan 116]. Dan di dalam

Surah al-Ra‘du ayat 14 Allāh berfirman (terjemahan): Dan du‘a

(‘ibādat) orang-orang Kāfir itu sia-sia belaka.44

و م ا د ع آء ٱلح ك افي ري ين إي ل في ض ل ل 44