anwar :: projek 16 september diteruskan · anwar berkata, tarikh 16 september itu, meru- ......

8
sg rapat . simpang pulai . teja GOPENG H a r a p an Bar u Diterbit & dicetak oleh: Pejabat Ahli Parlimen Gopeng 37A, Medan Lagenda 1, Tmn Lapangan Permai, 31350 Ipoh Tel/Fax: 05-3114608 Email: [email protected] Website: http://gopeng.wordpress.com Kan d un g an men ari k Projek 91 6 di t eruskan, G egarkan Sa- rawak - Anwar KeADI Lan Alu P PP kel uar BN Kes A l t ant uya bicara di m ahkam ah ant arabangsa Kejayaan Raky a t t ol ak regim BN Z ai d & Y o ng had iri K ong r es. “Kerajaan BN G agal M enge ndali E ko- nom i Krisis, Ekonom i Dij angka Serius Melarut - Dr. Lee Gera n KE KAL u nt uk K g T e r susun & Kg Baru - PA KAT AN RAKYA T Perbahasan B a jet Negeri Perak T ahun 2009 Lapo r an akt i v i t i Bahagi an G openg bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat. Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya. "Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan se- hingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah. "Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan dis- ambut dengan gelak ketawa ribuan para pen- yokongnya. Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai ber- sabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli KeADILan dan rakyat yang ragu-ragu dan ter- tanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kera- jaan baru dan berada di Putrajaya. Parti Keadilan Rakyat Gopeng Laman web: www.gopeng.wordpress.com Dec. 2008 Edisi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memilih Sarawak sebagai usaha terbaru menjadi- kan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan satu kenyataan. "Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata Anwar dalam ceramah khas malam tadi bersempena Kongres Nasional kelima parti. Ini merupakan kempen terbaru Penasihat KeADI- Lan itu yang dilancarkan selepas pelan asalnya berhubung isu pertukaran kerajaan, berlalu 16 September lepas. Difahamkan pengumuman itu berikutan sambu- tan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dila- porkan menyertai parti itu dua minggu lalu. Anwar berkata, tarikh 16 September itu, meru- pakan sasaran ke arah membina satu kekuatan ANWARProjek 16 September diteruskan Sarawak! Gegarkan Gegarkan Gegarkan Gegarkan

Upload: trandung

Post on 21-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

sg rapat . simpang pulai . teja

GOPENG Harapan Baru

Diterbit & dicetak oleh: Pejabat Ahli Parlimen Gopeng 37A, Medan Lagenda 1, Tmn Lapangan Permai, 31350 Ipoh

Tel/Fax: 05-3114608 Email: [email protected] Website: http://gopeng.wordpress.com

Kandungan menarik … • Projek 916 diteruskan, Gegarkan Sa-

rawak - Anwar • KeADILan Alu PPP keluar BN • Kes Altantuya bicara di mahkamah

antarabangsa • Kejayaan Rakyat tolak regim BN • Zaid & Yong hadiri Kongres. • “Kerajaan BN Gagal Mengendali Eko-

nomi Krisis, Ekonomi Dijangka Serius Melarut ” - Dr. Lee • Geran KEKAL untuk Kg Tersusun &

Kg Baru - PAKATAN RAKYAT • Perbahasan Bajet Negeri Perak Tahun 2009

• Laporan aktiviti Bahagian Gopeng

bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat. Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan se-hingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan dis-ambut dengan gelak ketawa ribuan para pen-yokongnya.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai ber-sabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli KeADILan dan rakyat yang ragu-ragu dan ter-tanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kera-jaan baru dan berada di Putrajaya.

Parti Keadilan Rakyat Gopeng Laman web: www.gopeng.wordpress.com Dec. 2008 Edisi

Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memilih Sarawak sebagai usaha terbaru menjadi-kan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan satu kenyataan. "Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata Anwar dalam ceramah khas malam tadi bersempena Kongres Nasional kelima parti.

Ini merupakan kempen terbaru Penasihat KeADI-Lan itu yang dilancarkan selepas pelan asalnya berhubung isu pertukaran kerajaan, berlalu 16 September lepas.

Difahamkan pengumuman itu berikutan sambu-tan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dila-porkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, meru-pakan sasaran ke arah membina satu kekuatan

ANWAR:::: Projek 16 September diteruskan

Sarawak! GegarkanGegarkanGegarkanGegarkan

KeADILan alu PPP keluar dari BN

Parti KeADILan Rakyat Gopeng Harapan Baru Gopeng 2

Parti KeADILan mengalu-alu pendirian Parti Progresif rakyat (PPP) untuk keluar dari BN jika ISA tidak dipinda menjelang pilihanraya Umum akan datang.

“Sudah sampai masanya presiden PPP, M Kayveas mengotakan janjinya yang meminta kerajaan meminda ISA.” M Kayveas telah dilaporkan bahawa pendirian tersebut diambil setelah bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda mengemukakan permintaan bagi mansuhkan ISA kepada PPP.

Kini, menurut Gerakan Mansuhkan ISA, seramai 64 orang masih di bawah tahanan ISA, malah kerajaan BN tetap menggunakan ISA untuk menahan rakyat baru-baru ini, suatu realiti yang tidak harus diketepikan oleh PPP ketika membuat pendirian keluar BN.

PPP seandainya serius dalam mempertahankan nilai demokrasi, maka seluruh kepimpinan PPP harus mengikut jejak bekas Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang berani mengambil langkah keluar dari BN untuk menentang kezali-man ISA tanpa ragu-ragu.

Kerajaan Mongolia melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan perkembangan terkini kes pem-bunuhan kejam warganegara terbabit, Altantuya Shariibuu dan tidak teragak untuk membawa kes ini ke Mahkamah Antara-bangsa.

Dalam laporan akhbar negara berkenaan, Kerajaan negara itu dengan nada serius melahirkan rasa kesal dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah membebaskan Abdul Razak.

Abdul Razak Abdullah Baginda yang juga penganalisa politik terke-muka telah dituduh bersubahat dengan dua yang lain,Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu pada Oktober 19, 2006 di Puncak Alam, Shah Alam.

“Kerajaan Mongolia kesal dengan keputusan hakim mahkamah tinggi malaysia yang telah membuat keputusan pada 31 Oktober lalu bagi

membebaskan Abdul Razak Baginda yang disyaki membunuh warga mongolia Altantuya Shaaribuu,” lapor Agensi Berita Montsame.

Beliau dibebaskan pada 31 Oktober lalu setelah hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Md Yasin memu-tuskan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Agensi itu turut mendedahkan bahawa Menteri Hubungan Luar Negara Mongolia, S Batbold telah menghantar surat kepada Menteri Luar Negara Malaysia, Rais Yatim bagi memastikan prosiding mahkamah berlaku dengan adil tanpa campur tangan luar dan politik.

Lapor agensi berita itu lagi, kerajaan Mongolia juga tidak teragak-agak untuk menarik perhatian Mahkamah Antarabangsa sekiranya prosiding mahkamah bagi kes ini dilihat tidak adil.

“Surat itu juga menyampaikan kenyataan kerajaan Mongolia yang mempunyai satu alasan kukuh untuk menarik mahkamah luar bagi memastikan hak dan kepentingan warganegara negara berkenaanterbela sekiranya mahkamah Malaysia tidak adil dalam perbicaraan dan prosiding mahkamah,” menurut agensi itu lagi.

Sebelum ini, bagi memastikan perbicaraan belaku dengan adil, Perdana Menteri dan Menteri Hal Eh-wal Luar Negara berkenaan telah menghantar beberapa surat kepada rakan sejawat mereka di negara ini bagi meminta penjelasan yang betul mengenai undang-undang negara ini yang akan membawa pembunuh ini ke muka pengadilan di mahkamah. Mayat Altantuya dilupus dengan cara diletupkan dengan bahan letupan serta cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Kes Altantuya: Mongolia bawa kes

ke Mahkamah Antarabangsa

DARK SOLID C-4 BOMB

Parti KeADILan Rakyat Gopeng Harapan Baru Gopeng 3

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa pena-hanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera. Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah menjelang 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept. Raja Petra dibawa dari kem tahanan itu menjelang tengah hari sebelum dibawa di depan hakim kira-kira jam 3.15 petang (7/11/08) dan dibebaskan lima minit kemudian.

Rakyat Malaysia Menuntut

Raja P

etra

DIBEBAS

DIBEBAS

DIBEBAS

DIBEBAS

Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta.

Kerajaan Malaysia menangguhkan pembelian helikopter EC-725 ke-luaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 billion. Menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa se-barang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilaku-kan selewat-lewatnya sebelum 2011. Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar ke-biasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Euroco

pter

DITUNDA

DITUNDA

DITUNDA

DITUNDA

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee terus mencetuskan persoalan mengenai fahaman politik mereka apa-bila muncul membuat kejutan di majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di sini semalam. Bagaimanapun Zaid yang ditemui selepas itu tetap menafikan penyer-taannya sebagai ahli parti berkenaan. Jelas beliau kehadirannya ke kongres berkenaan kerana menerima jemputan dan atas dasar minat yang mendalam tehadap politik. Ditanya sama ada kekerapannya yang dilihat sering menghadiri majlis-majlis anjuran parti pembang-kang sejak akhir-akhir ini adalah kerana bagi menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, beliau tetap menidakkannya. Menurut beliau, pakatan pembangkang bukanlah musuh namun sekadar kelompok masyarakat yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik. Diminta mengulas sama ada beliau sedar bahawa dengan kehadirannya hari ini akan menyebabkan

Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, be-liau berkata tidak takut mengenai perkara itu. "Saya rasa saya tak takut mengenainya (tindakan), saya lebih takut akan kesihatan saya sekarang ini...saya tak berapa sihat," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Sallehuddin Hashim turut mengesahkan ba-hawa hingga kini PKR masih belum menerima se-barang permohonan kemasukan Zaid mahupun Yong.

Zaid dan Yong hadiri Kongres Nasional

BERJAYA

Parti KeADILan Rakyat Gopeng Harapan Baru Gopeng 4

Dr. Lee berkata, melihatkan tsunami ekonomi telah melanda di seluruh dunia, bagaimana sebuah Negara Malaysia yang ekonominya begitu global boleh terkecuali dalam pergolakan ekonomi buat sementara waktu? Akan tetapi Kerajaan Barisan Na-sional masih dalam keadaan yang menyangkal.

Defisit Meningkat

Bajet 2009 yang dikemukakan dengan anggaran bahawa deficit adalah 3.6% KDNK. Sekarang den-gan turunnya harga minyak mentah dengan ke-kurangan hasil daripada Petronas dan hasil petro-leum/gas dan sebagainya, pasti deficit bajet akan meningkat sekurang-kurangnya ke 6.8%. Ini tidak mengambil kira factor-factor kemerosotan ekonomi, factor kejatuhan harga getah, harga minyak kelapa sawit dan sebagainya. Sekiranya kita meneruskan perbelanjaan seperti mana yang dicadangkan oleh Bajet 2009 ini, pasti bajet deficit Negara kita akan makin meningkat mungkin sehingga 10%.

Krisis Ekonomi Melarut 2 Tahun

Adakah keadaan ekonomi sekarang ini akan men-jadi pulih dalam masa yang singkat? Pasti tidak, kalau kita lihat sejarah pun apabila Bursa Saham Kuala Lumpur turun, impak kepada ekonomi se-kurang-kurangnya 6 bulan kemudian. Setakat ini indeks BSKL sudah turun sebanyak 35% dari tahap kemuncak dan makin menurun.

Mengikut Profesor Nouriel Roubini, seorang profes-sor ekonomi di New York University, dalam satu temu ramah di Bloomberg baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa kemerosotan ekonomi sekarang adalah yang paling serius dalam 40 tahun sebelum ini. Beliau juga menyangka bahawa keadaan kemerosotan ekonomi akan berlarutan sekurang-kurangnya 18 hingga 24 bulan. Sepatut-nya kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya mengambil kira factor-factor sedemikian.

Rakyat Jelata Hidup Sengsara

Sekiranya masih ada ahli Par-limen masih tidur dan tidar sedar tentang betapa serious-nya kegawatan ekonomi, mereka seharusnya balik ke kawasan ataupun kampong masing-masing untuk ber-tanya kepada penoreh getah dan peneroka FELDA. Penanam getah dan kelapa sawit sedang menghadapi

masalah kenaikan harga baja dan racun 40% hingga 50%, sedangkan hasilnya, iaitu getah dan minyak kelapa sawit turun harga sebanyak 60%. Bagaimana mereka menghadapi masalah ekonomi setiap hari. Adakah keadaan ekonomi Malaysia masih kukuh sepertimana yang cuba dibayangkan oleh kerajaan Barisan Nasional?

Dr. Lee berasa untuk menghadapi kegawatan eko-nomi, kita seharusnya mengambil sikap yang ber-tanggungjawab.

Beliau mencadangkan 3 penyelesaian:

1. Kerajaan seharusnya mengkaji semula per-belanjaan supaya boleh mengurangkan pemba-ziran dan ketirisan. Projek-projek mega yang tidak akan menjana kepulangan ekonomi harus dikaji semula. Pembelian 12 buah Cougar EC725 heli-copter dengan harga RM2.3 billion harus dibatal-kan. Selain daripada itu, dengan mengurangkan rasuah, dan mengamalkan tender terbuka, kera-jaan mungkin jimat RM10 billion setiap tahun.

2. Kita perlu berikan perangsangan kepada eko-nomi. Perbelanjaan terhadap infrastruktur sepatut-nya dipertingkatkan khususnya dalam pengangku-tan awam dan sebagainya. Di samping itu, juga menambah perbelanjaan dalam meningkatkan mo-dal insane.

3. Program jaringan keselamatan patut diperluas-kan, untuk menjaga kesejahteraan mereka yang terpinggir khususnya golongan miskin, OKU, ibu tunggal dan sebagainya. Daripada,

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Ahli Parlimen Gopeng

Dr. Lee Boon Chye

Kerajaan BN Gagal Mengendali Ekonomi Kerajaan BN Gagal Mengendali Ekonomi Kerajaan BN Gagal Mengendali Ekonomi Kerajaan BN Gagal Mengendali Ekonomi

Krisis Ekonomi Dijangka Serius MelarutKrisis Ekonomi Dijangka Serius MelarutKrisis Ekonomi Dijangka Serius MelarutKrisis Ekonomi Dijangka Serius Melarut

““““Ekonomi Malaysa dijangka akan

melanda krisis yang lebih serius daripada tahun 1998 dan akan berlarutan selama 18 hingga 24 bulan.” Kata Dr. Lee Boon Chye, Naib President Parti Keadilan

Rakyat merangkap ahli Parlimen Gopeng.

Parti KeADILan Rakyat Gopeng Harapan Baru Gopeng 5

K erajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak memperke-nalkan satu lagi polisi kepada rakyat khusus-

nya kepada penduduk di kam-pung tersusun dan kampung baru dengan memberikan geran hak kekal kepada mereka.

Menter i Besar Perak, I r Mohammad Nizar Jamaluddin se-masa mengumumkan perkara tersebut dalam siding medianya di Pejabat Menteri Besar menegas-kan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang telah memberikan sokongan kepada ketiga-ketiga parti, DAP, PAS, dan KeADILan sehingga berjaya menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang baru lalu.

Pemberian geran hak kekal ini juga menandakan keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat terha-dap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini, kerana itu sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya keutamaan akan diberikan kepada rakyat terutama menyelesaikan apa juga masalah yang selama ini membelenggu dan membe-bankan mereka.

"Selama lebih 50 tahun berada

di bawah pemerintahan BN, pen-duduk kampung tersusun dan kampung baru yang tidak mem-punyai geran hak kekal, mereka hamper kecewa dan putus asa untuk mendapatkan geran hak milik, Kerajaan Pakatan Rakyat melihat masalah ini perlu disele-saikan segera kerana itu kera-jaan yang baru ini membuat keputusan memberikan geran hak mi l i k kekal kepada mereka,"jelasnya.

"Terimalah berita gembira ini dari

Kerajaan Pakatan Rakyat seba-gai satu 'hadiah' di atas kesa-

baran mereka menunggu begitu lama untuk mendapatkan geran hak milik kekal," ujarnya.

Sementara itui Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat yang be-gitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama pen-duduk di kampong tersusun dan kampong baru.

"Penduduk di kampong baru telah

mendiami kawasan itu sejak tahun 1948 lagi semasa Negara mengha-dapi serangan dan anasir komunis, mereka Cuma memperolehi tanah kediaman bertaraf tol , mereka telah memohon begitu lama untuk menda-patkan geran hak milik tetapi Kera-jaan BN tidak memberikannya.

"Kini sudah 60 tahun mereka

menanti geran hak milik kekal, kepu-tusan yang tepat yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pastinya melegakan dan menggembirakan mereka kerana penantian selama 60 tahun kini telah berakhir,"ujar beliau.

60 tahun menanti; GERAN KEKAL dianugerahi

Kejayaan Kerajaan Negeri Perak (Pakatan Rakyat) dalam melaksanakan agenda pembangunan menerusi pendekatan “mesra rakyat” jelas membuktikan betapa kerajaan bersungguh-sungguh dan telus dalam ko-mitmentnya membela nasib rakyat berbilang kaum. Namun, akhir-akhir ini telah timbul rasa kurang senang hati pihak lawan memainkan sentimen perkauman tentang kejayaan yang dicapaikan oleh PR ter-utamanya dalam hal pemberiaan tanah geran kekal kepada kg baru dan kg tersusun.

Fakta sebenarnya, jika semua penghuni Kg Baru menerima geran milik kekal, maka kawasan kampung itu sampai bila-bila pun tidak akan bertambah keluasannya (kira 6,000 ekar @ 134 buah kampung baru). Kampung tersusun yang keluasannya kira-kira 7,000 ekar @ 349 kg tersusun boleh bertambah apabila dibuka lagi kampung-kampung tersusun pada masa yang akan datang. Kampung tersusun yang hampir 100% penghuninya kaum melayu. Dalam hubungan ini, sepanjang jajahan UMNO/BN di Perak, puluhan ribu tanah rezab melayu telah dianugerahkan kepada golongan tertentu atas nama pembangunan. Con-tohnya, kira-kira 7,000 ekar tanah rezab melayu di Beruas dikorbankan kepada GULA PERAK BERHAD.

Inilah fakta kejayaan Pakatan Rakyat dan terbongkarnya Fitnah UMNO / BNInilah fakta kejayaan Pakatan Rakyat dan terbongkarnya Fitnah UMNO / BNInilah fakta kejayaan Pakatan Rakyat dan terbongkarnya Fitnah UMNO / BNInilah fakta kejayaan Pakatan Rakyat dan terbongkarnya Fitnah UMNO / BN

Mengetahui FAKTA SEBENAR tentang pemberian tanah kepada Kg. Baru & Kg. Tersusun

Parti KeADILan Rakyat Gopeng Harapan Baru Gopeng 6

Hasil

• Kerajaan Negeri boleh mengambil balik rumah yang 5 tahun berturutan tidak bayar cukai, supaya tapak tersebut boleh digunakan ataupun dimanfaatkan; dan tanah terbiar di Negeri Perak juga harus disalurkan bantuan atau dibangunkan oleh pihak kerajaan negeri demi menjanakan hasil negeri.

• Cukai tunggakan dari dulunya Tahun 2007 anggaran RM40 juta sebenar kutip RM22 juta. Cukai tertunggak kebanyakannya adalah golongan kaya raya.

• Kerajaan negeri harus menetapkan satu “database” supaya dapat mengesankan pemohon-pemohon yang sering kali sebagai “orang tengah” dengan matlamat pelaburan tetapi tidak membawa sebarang hasil ke atas tanah tersebut.

Pentadbiran dan Pengurusan yang Cekap Kerajaan negeri seharusnya memastikan satu badan kerajaan yang cekap yang dapat mengurangkan kos berle-bihan • Projek Mahkamah Syariah Pembinaan Mahkamah Syariah yang asal anggaran kos RM25.14 juta tetapi kos siap bina ialah RM33.85 juta dan terdapat lebihan kos bina RM6.5 juta. Lebihan ini harus dikenalpastikan samada kesilapan anggaran kos ataupun perancangan tidak sempurna. • Perlantikan pemaju RPT secara open tender Kerajaan BN yang dulunya melantik pemaju di mana maklumat syarikat tidak dikemukakan secara lengkap teru-tamanya liabiliti syarikat. Adalah diwajibkan bahawa syarikat menyenaraikan maklumat dengan sepenuhnya. Maksud “open” tender harus dijalankan dengan lebih BUKA dan terbuka kepada lebih banyak persaingan su-paya memanfaatkan kerajaan negeri dengan kos saingan yang rendah dan hasil kerja yang lebih cekap.

Negeri Berkebajikan

• Walaupun defisit negeri tetapi tidak menggadaikan rakyat dengan melancarkan beberapa program iaitu dermasiswa RM1,000 kepada anak negeri perak yang berjaya memasuki IPTA, 1000 hektar kepada 9 sekolah menengah suwa, bayaran bi air percuma kepada miskin tegar dan peruntukan RM1 juta untuk sumbangan takaful kifalah kepada warga emas dari golongan miskin

• Bantuan kaunselling kerjaya kepada penerima bantuan supaya mendatangkan hasil. Bah kata pepatah “jika diberikan ikan pasti akan habis, tetapi dengan memberikan pancing mereka akan berterusan memanfaatkannya”

• Penghantaran maklumat tentang skim kebajikan harus dipertingkatkan teruta-manya di luar Bandar dan lokasi yang kurang strategi di mana digalakkan Ja-batan Kebajikan Masayarakat menubuhkan skuad yang “turun padang” ataupun kaunter bergerak untuk memanfaatkan golongan miskin.

Pelaburan dan hak pekerja

• Pelaburan dalam negeri harus dipastikan tidak menggadaikan hak pekerja dengan menandatangani “Memorandum of Understanding” untuk menggariskan hak asasi pekerja dibela seperti waktu pekerjaan yg berpatutan, gaji minima, dan KWSP.

Ketua Kampung dan Ahli Majlis

• Peruntukan RM16.88 juta demi menaikkan elaun ketua kampong dan juga dicadangkan bahawa menaikkan elaun ahli majlis.

• Menyeru kerajaan PAKATAN RAKYAT untuk menambahkan peruntukan untuk MDKS dan MDKB demi kerja yang lebih efisien dan efektif.

Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri yang Kedua Belas, Perak Darul Ridzuan Dewan Negeri yang Kedua Belas, Perak Darul Ridzuan Dewan Negeri yang Kedua Belas, Perak Darul Ridzuan Dewan Negeri yang Kedua Belas, Perak Darul Ridzuan

Teks Ucapan Perbahasan

Bajet Tahun 2009

Ulasan ADUN Simpang Pulai

Ulasan ADUN Teja

Parti KeADILan Rakyat Gopeng Harapan Baru Gopeng 7

Majlis ramah mesra wanita telah diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli baru Wanita Gopeng dengan ahli sedia ada.

Selain daripada itu, ianya juga bagi menyemarakkan semangat perjuangan Wanita Gopeng agar sentiasa cergas dan gigih dalam perjuangan menegakkan keadilan. Bagi ahli Wanita sedia ada, yang telah berjuang untuk mendapatkan kemenangan, khusus-nya kemenangan di Parlimen Gopeng, DUN Sim-pang Pulai dan DUN Teja, program ini juga memberi penerangan dan ingatan bagaimana untuk mengisi kemenangan tersebut.

Pengisian telah diberikan oleh Ketua Wanita Gopeng sendiri, Puan Fathmawaty Salim dan Puan Hajjah Rabitah. Program pada kali ini menampak-kan perubahan positif yang ketara dengan penyer-

taan wanita daripada kaum India dan Tionghua, ker-ana sebelum ini terlalu sedikit daripada kalangan wanita India dan Tionghua yang mahu ke hadapan. Wanita KeADILan Gopeng menyambut baik perkembangan ini dan semoga ianya kekal dan menjadi cermin bagi menggambarkan polarisasi masyarakat Malaysia itu sendiri.

Majlis Ramah Mesra Wanita

Anjuran Bahagian Gopeng

Sepanjang bulan Syawal yang lalu, beberapa pro-gram yang telah diatur oleh pihak parti (KeADILan)ahli jawatankuasa surau, persatuan penduduk dan PAS kawasan Gopeng. Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dan ADUN Teja Chang Lih Kang telah menghadiri program sam-butan perayaan yang telah diatur serta memberi-kan sumbangan sepanjang bulan Syawal itu:

• Sumbangan hamper dan duit raya kepada kanak-kanak, ibu tunggal.

• Subagent wang kepada mangsa-mangsa ke-bakaran di Taman Ipoh Jaya.

• Subagent hamper makanan rakyat yang me-merlukannya.

Demikianlah beberapa program yang telah diada-kan pada bulan Syawal yang lalu anjuran pelbagai pihak di Parlimen Gopeng.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bulan Syawal 1429 Hijrah

Parti KeADILan Rakyat Gopeng Harapan Baru Gopeng 8

Sila Layari Laman Web: http://gopeng.wordpress.com/http://gopeng.wordpress.com/http://gopeng.wordpress.com/http://gopeng.wordpress.com/

Terkini

Sidang Pengarang dengan sukacitanya memperkenalkan la-man web ini kepada para pembaca. UMNO Barisan Nasional telah lama mengkongkong kuasa me-dia. Akan tetapi, keADILan Gopeng telah menyediakan laman web ini khasnya untuk rakyat Gopeng serta rakyat Malaysia yang memperjuangkan kebebasan media. Laman web tersebut banyak memaparkan isu-isu semasa dan perkembangan yang terkini di kawasan Gopeng.

Karya edisi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh Timbalan Presiden KeADILan, Dr. Syed Husin Ali yang bertajuk: • “Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara” • “Two Faces: Detention Without Trial”

Terkini

Karya Dr. Syed Husin Ali

Komik Politik Negara