analisis pemahaman golongan antihadis di...

23
1 E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967- 0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD) ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA TERHADAP HADITH Rosni binti Wazir , Abdul Mukti bin Baharudin, Zaidul Amin Suffian bin Ahmad, Mohd Norzi bin Nasir, Nor Asyikin binti Hasan Adali. Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] ABSTRAK Golongan antihadis bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, bahkan telah mula bertapak sejak zaman permulaan Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba menafikan autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas al- Quran. Justeru mereka menyeru seluruh umat Islam agar berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata dan menolak hadis. Bagi mereka tiada tempat untuk hadis dalam Islam, malah peranannya sebagai penghurai dan penjelas kepada al- Quran ditolak sementah-mentahnya. Hadis tiada nilai, ia hanyalah sekadar kata-kata yang direka oleh orang lampau, tidak signifikan, malah menjadi punca porak peranda dan kejumudan umat Islam. Penulisan ini akan menganalisis sejauhmana pemahaman dan penafsiran yang dibuat oleh golongan antihadis di Malaysia terhadap hadis, khususnya yang diwakili oleh saudara Kassim Ahmad. Kata kunci : Antihadis, hadis PENDAHULUAN Pertembungan antara hak dan batil tidak dapat dielakkan. Malah di mana ada kebenaran, di situlah adanya kebatilan. Dalam usaha menghapuskan agama Islam dan menghancurkan umat Islam, pihak musuh sentiasa berusaha dengan pelbagai cara. Mereka tidak pernah kenal erti penat dan jemu, malah mereka sanggup bersatu menentang Islam sekalipun mempunyai fahaman dan agama yang berbeza. Selain serangan dari luar dengan menggunakan kekuatan fizikal dan persenjataan yang canggih, mereka juga cuba membuat serangan dari dalam dengan menimbulkan keraguan terhadap akidah. 1 1 Mohd. Muhiden Abd Rahman. 2007. Pandangan Orientalis Terhadap Hadis dan Jawapannya dari Perspektif Islam. Dlm Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 125.

Upload: buituyen

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

1

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI

MALAYSIA TERHADAP HADITH

Rosni binti Wazir , Abdul Mukti bin Baharudin, Zaidul Amin Suffian bin Ahmad, Mohd Norzi

bin Nasir, Nor Asyikin binti Hasan Adali.

Akademi Islam,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRAK

Golongan antihadis bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, bahkan telah mula

bertapak sejak zaman permulaan Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba

menafikan autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-

Quran. Justeru mereka menyeru seluruh umat Islam agar berpegang dan beramal

dengan intipati al-Quran semata-mata dan menolak hadis. Bagi mereka tiada tempat

untuk hadis dalam Islam, malah peranannya sebagai penghurai dan penjelas kepada al-

Quran ditolak sementah-mentahnya. Hadis tiada nilai, ia hanyalah sekadar kata-kata

yang direka oleh orang lampau, tidak signifikan, malah menjadi punca porak peranda

dan kejumudan umat Islam. Penulisan ini akan menganalisis sejauhmana pemahaman

dan penafsiran yang dibuat oleh golongan antihadis di Malaysia terhadap hadis,

khususnya yang diwakili oleh saudara Kassim Ahmad.

Kata kunci : Antihadis, hadis

PENDAHULUAN

Pertembungan antara hak dan batil tidak dapat dielakkan. Malah di mana ada

kebenaran, di situlah adanya kebatilan. Dalam usaha menghapuskan agama Islam dan

menghancurkan umat Islam, pihak musuh sentiasa berusaha dengan pelbagai cara.

Mereka tidak pernah kenal erti penat dan jemu, malah mereka sanggup bersatu

menentang Islam sekalipun mempunyai fahaman dan agama yang berbeza. Selain

serangan dari luar dengan menggunakan kekuatan fizikal dan persenjataan yang

canggih, mereka juga cuba membuat serangan dari dalam dengan menimbulkan

keraguan terhadap akidah.1

1 Mohd. Muhiden Abd Rahman. 2007. Pandangan Orientalis Terhadap Hadis dan Jawapannya dari

Perspektif Islam. Dlm Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 125.

Page 2: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

2

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Permulaannya, musuh-musuh Islam menjadikan al-Quran sebagai subjek

penyelewengan dan pemalsuan mereka bagi memesongkan akidah umat Islam.

Ternyata, usaha mereka hanyalah sia-sia kerana al-Quran telah dijamin oleh Allah s.w.t.

sendiri tentang pemeliharaan kesuciannya daripada sebarang bentuk penyelewengan

dan pemalsuan. Mereka sama sekali gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan

terhadap al-Quran. Lantaran itu, mereka beralih kepada sumber kedua syariat Islam

iaitu hadis. Melalui hadis, mereka mendapati banyak ruang yang boleh dipergunakan

untuk menimbulkan keraguan, kekeliruan, dan pertikaian. Maka, mereka membuat

kajian khusus dan kritikal terhadap hadis semata-mata bagi menimbulkan kekeliruan

kepada umat Islam disebabkan kedengkian mereka yang begitu mendalam terhadap

Islam.

DEFINISI GERAKAN ANTIHADIS

Gerakan antihadis dalam bahasa Arab di panggil munkir al-sunnah. Penjelasan

berhubung dengan definisi ini akan dimulakan dengan pendefinisian gerakan, anti dan

munkir dari segi bahasa. Kemudian diikuti dengan penjelasan definisi hadis dan

sunnah dari segi bahasa dan istilah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013),

gerakan ialah suatu usaha atau kegiatan2 dan anti pula ialah awalan yang bermaksud

melawan, membantahi, menentang, dan tidak menyetujui.3

Munkir pula ialah isim facil (kata pembuat) daripada perkataan ) ( أنكر نككر كنكر .

Dalam Lisan al-cArab, maksud perkataan ingkar adalah sama dengan juhd iaitu

mengingkari dalam keadaan ia tahu4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013),

ingkar mempunyai tiga maksud, pertama; tidak membenarkan (mengaku), menafikan,

menyangkal dan mungkir, kedua; enggan, tidak menurut dan tidak mahu dan ketiga;

penafian, penyangkalan dan perihal memungkiri.

Hadis dari segi bahasa ialah baru atau khabar. 5

Manakala, sunnah ialah jalan. Sunnah

juga ialah sirah dan jalan biasa sama ada baik atau buruk. Dari segi istilah hadis pula,

hadis ialah segala yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sama ada

perkataan, perbuatan, pengakuan, atau sifat tubuh badan (jasmani) atau akhlak (rohani),

atau sesuatu yang disandarkan kepada sahabat atau tabiin daripada perkataan atau

perbuatan.6 Manakala sunnah menurut Imam al-Nawawi (t.th) ialah hadis-hadis yang

diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Hadis dan sunnah adalah sama

2 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 462.

3 Ibid. Hlm 67.

4 Ibn Manzur. T.th. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar Sader. Hlm. 352.

5 al-Fairuzabadi. 1987. Al-Qamus al-Muhit. Dar al-Jaili. Hlm. 170.

6 Syed Abdul Majid Ghouri. 2012. Kamus Istilah Hadis. Selangor: Darul Syakir Enterprise. Hlm. 208.

Page 3: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

3

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

takrifnya dari segi istilah di sisi kebanyakan ulama hadis terutamanya ulama mutakhir

(Baha al-Din, 1999).

Bagi pemikir-pemikir orientalis, mereka telah meluaskan takrif sunnah dengan

memasukkan amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Arab di zaman baginda s.a.w.

Takrif yang dikemukakan oleh mereka ialah: Himpunan ketetapan Nabi s.a.w. dan adat

istiadat lama (bangsa Arab) (Mohammad, 1977). Menurut John Burton (1994): “Hadis

is meant the massive literature of the tradition of the Islamic community compiled from

thousands of individual brief narratives, each of which is referred to individually also

as Hadis”.

Berdasarkan kepada takrif dari segi bahasa dan juga istilah terhadap frasa gerakan

antihadis dan munkir al-sunnah sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa

gerakan antihadis atau munkir al-sunnah ialah suatu usaha atau kegiatan yang menolak

sunnah sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada menjadi sumber hukum

dan rujukan. Bagi mereka yang berada dalam gerakan ini, sunnah secara

keseluruhannya atau sebahagiannya adalah bukan hujah dan memadai bagi mereka

berhujah dengan al-Quran.

Justeru, individu atau kumpulan yang terlibat dalam usaha atau kegiatan menolak hadis

sebagai rujukan sama ada menolak secara keseluruhan hadis atau sebahagian

daripadanya adalah termasuk di dalam takrifan ini. Mereka semua adalah penggerak

kepada gerakan antihadis yang menyimpang dan sesat daripada landasan kebenaran

Islam.

SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN GOLONGAN

ANTIHADIS

Menelusuri sejarah kemunculan dan perkembangan golongan antihadis,

memperlihatkan dua pecahan zaman iaitu zaman lampau dan zaman moden.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat ditinjau

dalam kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran baginda s.a.w. serta

melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Namun, mereka ini tidaklah

dikategorikan sebagai antihadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak beriman

terhadap ajaran Islam itu sendiri.7

7 Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai

Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 2.

Page 4: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

4

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Semasa zaman sahabat r.a., terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin Khalid yang

cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan hanya merujuk

kepada al-Quran sahaja. Beliau telah membincangkan perkara tersebut dengan

Abdullah bin Umar r.a. Namun, Ibnu Umar r.a. telah mengingatkan beliau supaya

menerima dan melaksanakan segala yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tanpa ragu-ragu.

Sungguhpun begitu, perkara tersebut hanyalah dalam ruang lingkup pandangan

peribadi seseorang dan tidaklah berkembang menjadi kumpulan atau gerakan.8

Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis, terdapat seorang

yang meminta agar beliau tidak mengajarkan hadis, namun memadailah dengan hanya

mengajarkan al-Quran sahaja. Imran menjawab, "Engkau dan sahabat-sahabat engkau

boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-

syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir.

Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu

menjawab, "Terima kasih, aku baru sedar." Pada kemudian harinya, orang itu menjadi

seorang ahli fikah.

Seterusnya, Imam al-Syafi’i dalam kitabnya al-‘Umm menyatakan bahawa golongan

yang menolak hadis ini telah muncul secara berkelompok pada penghujung abad ke 2

atau abad ke 3 Hijrah. Mereka ini berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan

terhadap hadis yang bersifat bukan mutawatir seperti hadis Ahad dan mereka yang

mendakwa bahawa hadis bukanlah penerang atau penguat kepada al-Quran bahkan

dianggap sebagai hukum yang terpisah daripada al-Quran.9

Pada zaman berkenaan, orang yang mula-mula berdebat dengan golongan antihadis

tersebut ialah Imam al-Syafi’i. Beliau telah berjaya mematahkan idea-idea palsu yang

dikemukakan oleh golongan antihadis sehingga mereka kembali bersetuju dengan

hujah-hujah beliau seterusnya berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w..

Selepas kurun ke 11 Hijrah, fahaman ini muncul semula dan dipelopori oleh

segolongan orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadis. Situasi yang sama turut

berlaku di Mesir pada zaman Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905M). Hal ini

muncul ekoran rancaknya keraguan yang ditimbulkan oleh penjajah Barat di hati

sebahagian umat Islam ketika imperalisme berlaku. Objektif utamanya adalah untuk

melumpuhkan kekuatan umat Islam yang ketika itu berada dalam keadaan lemah.

8 Ibid. Hlm. 2.

9 Irsyadunnas. 2003. Inkar al-Sunnah; Sejarah Kemunculan dan Perkembangannya. Jurnal Studi Ilmu-

ilmu al-Quran dan Hadis. Vol. 4. Hlm. 87.

Page 5: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

5

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Bertitik tolak daripada itu, Taufiq Sidqi telah menulis dua makalah di dalam majalah

al-Manar edisi 7 dan 12 yang bertajuk “Ajaran Islam ialah al-Quran Sahaja”. Beliau

telah mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran sahaja dengan motif agar pembaca

tidak berpegang kepada hadis. Kemudian, pada tahun 1929, muncul Ahmad Amin

dengan bukunya Fajr al-Islam dan Dhuha al-Islam yang merendah-rendahkan martabat

hadis serta mencampur adukkan antara hak dan batil mengenai hadis. 10

Perihal tentang keraguan terhadap hadis ini telah disebarkan juga oleh seorang yang

bernama Ismail Adham di dalam risalahnya yang bertajuk Tarikh al-Sunnah pada tahun

1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis

tiada ada asasnya bahkan boleh diragui kerana terdapat padanya unsur- unsur

pemalsuan hadis.11

Terdapat di kalangan cendekiawan Islam yang menuntut di Eropah yang telah

terpengaruh dengan ajaran antihadis ini. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang

berkelulusan biokimia dari Amerika Syarikat dan berasal dari Mesir telah

memperkenalkan kod 19 yang merupakan satu penyelewengan besar dalam pentafsiran

al-Quran. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat penambahan kepada al-Quran pada

surah al-Taubah iaitu pada dua ayat yang terakhir. Hal ini kerana menurutnya ayat-ayat

tersebut tidak dapat diselaraskan melalui kod 19 itu.12

Menurut beliau lagi, hadis bukan sahaja dianggap palsu malah ia merupakan ciptaan

Iblis. Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis.

Pendapat-pendapat beliau yang menyeleweng terhadap hadis itu dapat dilihat melalui

buku-buku tulisannya seperti Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious

Alphabets, The Computer Speaks: God's Message to the World, Qur'an: The Final

Scripture, Qur'an: Visual Presentation of the Miracle, Qur'an, Hadith and Islam dan

Qur'an: The Final Testament.13

KEMUNCULAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA

Dalam konteks Malaysia, gerakan antihadis telah dipelopori oleh Kassim Ahmad,

seorang pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-rakannya

10

Dasman Yahya Ma’ali. 2014. As-Sunnah An Nabawiyah Antara Pendukung dan Pengingkarnya. Jurnal

Usuluddin. Vol. XXII. No.2. Hlm. 193. 11

Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai

Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 3. 12

Ibid. Hlm. 3-4. 13

Ibid. Hlm. 4.

Page 6: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

6

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

seperti Othman Ali melalui karya ‘Bacaan’, Idris Abdul Rahman melalui penulisan

‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam al-Quran’, dan

Abdul Manan Harun mula mengembangkan fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba

menarik perhatian umat Islam dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam

memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik menerusi akal.14

Kassim Ahmad sebagai penggerak utama dipercayai telah terpengaruh dengan ajaran Dr

Rashad Khalifa, seorang pakar dalam bidang Plant-Biochemistry kelahiran Mesir yang

menetap di Amerika Syarikat. Kassim Ahmad juga telah menubuhkan persatuan

Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) pada 11 Jun 1995 yang kemudiannya diikuti dengan

penubuhan Persatuan Falsafah Malaysia setelah JAM ini gagal didaftarkan kerana tidak

mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan Malaysia.15

Pada peringkat awal, penganut JAM ini memang diberi ruang yang luas untuk

menyebarkan fahaman ini dalam media massa di Malaysia, khususnya akhbar media

perdana. Contohnya, Syed Akbar Ali (ahli jawatankuasa pusat JAM) telah diberi ruang

(kolum) khusus dalam akhbar Berita Minggu. Ia mempergunakan kolum ini untuk

menyebarkan fahaman dan idea yang dibawa oleh JAM. Namun begitu, apabila

mendapat tentangan daripada pelbagai NGO Islam, maka kolum ini kemudiannya

ditutup.16

Idea tersebut kemudiannya dikembangkan oleh Kassim Ahmad menerusi penulisan

artikel yang bertajuk “Penolakan Teori Ahli-ahli Hadis” di dalam ruangan “Berani

Kerana Benar” dalam akhbar Watan. Bermula bulan September 1985, Kassim Ahmad

telah memperlihatkan peningkatan gerakannya dengan penganjuran Majlis Diskusi

mengenai “Teori Hadis” di Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan

Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di rumah beliau di No. 8, Jalan

Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang dihadiri oleh beberapa orang kenalannya

daripada ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Penyebaran ajaran sesat Kassim

Ahmad telah disedari dan dikecam hebat oleh para ulama Islam dan akhirnya kerajaan

telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancangkan di Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.17

14

Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai

Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 4 15

Rahimin Affandi et al. Pengaruh Orientalism dalam Gerakan Anti Hadis di Malaysia: Analisis

Kritikal. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD).

Hlm. 70. 16

Ibid. Hlm. 70-71. 17

Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai

Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 4.

Page 7: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

7

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Ekoran daripada kecaman dan kritikan ulama tersebut serta tindakan kerajaan

membatalkan siri ceramahnya, maka pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah

menulis sebuah buku bertajuk “Hadis Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek

Sdn. Bhd. Penulisan buku tersebut telah membangkitkan kemarahan dan menjadi suatu

kontroversi yang meluas di kalangan umat Islam kerana antara lain buku tersebut

mendokong fahaman penolakan hadis secara total sebagai salah satu sumber hukum

Islam. Buku tersebut kemudiannya telah diharamkan oleh Kerajaan melalui Warta

Kerajaan P.U.A 223 bertarikh 10 Julai 1986.18

Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan

kemarahan umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang bertajuk “Hadis

Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek dengan mesej yang sama iaitu

menolak hadis secara total. Kerajaan sekali lagi telah mengharamkan buku tersebut

melalui Warta Kerajaan.19

Kassim Ahmad sebenarnya mendapat dokongan daripada beberapa public figure di

Malaysia yang memang terpengaruh dengan idealisma sosialism iaitu fahaman yang

menentang dominant tradition dalam segenap perkara. Mereka terdiri daripada pelbagai

kerjaya (seperti guru, wartawan, penulis bebas, jurutera, peguam dan sebagainya) yang

kononnya ingin kelainan dan pembaharuan dalam pemikiran Islam di Malaysia. Mereka

memang sejak mula lagi begitu mengagumi Kassim Ahmad kerana mereka berpendapat

bahawa Kassim Ahmad mempunyai pemikiran yang sepuluh tahun lebih terkehadapan

berbanding manusia biasa. Contoh yang kerap diberikan untuk menyokong pendapat

mereka ini ialah berkenaan pandangan Kassim Ahmad yang termuat di dalam kajiannya

iaitu tentang kisah pertikaman Hang Jebat dengan Hang Tuah. Semasa kajian ini

dihasilkan pada tahun 1970, semua pihak menentang pandangan Kassim Ahmad yang

menyatakan Hang Jebat berada dipihak yang benar berbanding Hang Tuah kerana

berpegang teguh dengan prinsip ‘raja yang adil disembah dan raja yang zalim

disanggah’. Mengikut pendokong Kassim Ahmad, ternyata sepuluh tahun kemudiannya

apabila timbul isu imuniti raja-raja Melayu, pandangan Kassim Ahmad ini memang

diterima ramai.20

Penolakan Kassim Ahmad terhadap hadis daripada menjadi sumber akidah dan

perundangan Islam atas faktor-faktor berikut:

18

Fatwa 4. Golongan Anti Hadith. Dlm Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005).

Hlm. 30. 19

Ibid. Hlm. 30-31. 20

Ibid.

Page 8: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

8

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

i. Pembukuan kitab-kitab hadis terutama enam buah buku hadis (al-Kutub al-

Sittah) dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di

antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

ii. Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-

Khulafa’ al-Rashidin.

iii. Kewujudan hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti

intelektual, kebekuan dan oportunis politik. 21

Ajaran golongan intelek ini dilihat agak berbeza coraknya berbanding dengan

kebanyakan ajran sesat lain yang berkembang di negara ini. Jika kebanyakan ajaran lain

mempraktikkan amalan tertentu seperti berzikir di tengah kepekatan malam beserta

amalan-amalan lain berbau khurafat sebagai identiti mereka, tidak pula demikian

dengan gerakan antihadis. Penyelewengan mereka ternyata bergaya apabila mereka

mengetengahkan suatu ‘penyelewengan profesional’ yang mereka dakwa sebagai

‘pembetulan’ kepada ‘amalan sesat’ yang diamalkan oleh umat Islam kini. Lebih tepat

lagi, ‘sesatnya’ umat Islam kini (seperti dakwaan mereka) kerana beramal ibadah

dengan berpandukan kepada hadis bukannya berpandukan al-Quran secara mutlak

seperti mereka.22

Sejak dari awal kemunculan GAH ini lagi, ia ditentang hebat oleh semua pihak di

Malaysia. Penentangan datang daripada segenap penjuru sama ada pihak berkuasa

agama di peringkat pusat dan di peringkat negeri di seluruh negara telah mengharamkan

pergerakan ini beserta tulisan-tulisan mereka. Pengharaman itu tidak melumpuhkan

pergerakan mereka. Mereka terus bergerak dengan mengadakan usrah, ceramah dan

forum untuk anggota-anggota mereka. Mereka mewujudkan laman-laman web, menulis

artikel-artikel di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan untuk mengembangkan

fahaman mereka. Pergerakan mereka terus subur hingga kini. Mereka telah berjaya

mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka yang ke lapan diadakan di Rumah

PENA, Kuala Lumpur pada 26 April 2009.23

21

Mohd Al-ikhsan bin Ghazali. Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) kepada Umat Islam

di Malaysia: Kajian Khusus di Lembah Klang. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti

dan Cabaran Semasa (MUSNAD). Hlm. 50. 22

Fatwa 4. Golongan Anti Hadith. Dlm Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005).

Hlm. 31. 23

Mohd Al-ikhsan bin Ghazali. Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) kepada Umat Islam

di Malaysia: Kajian Khusus di Lembah Klang. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti

dan Cabaran Semasa (MUSNAD).

Page 9: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

9

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA TERHADAP HADIS

Pengenalan

Al-Quran dan hadis merupakan dua sumber perundangan Islam. Melihat kepada

kepentingan hadis, maka usaha terhadap penjagaan hadis itu sendiri dilihat telah

bermula semenjak zaman sahabat. Periwayatan terhadap hadis dilakukan secara selektif

dan amat berhati-hati demi menjaga keautentikan dan keaslian hadis itu sendiri. Usaha

ini diteruskan oleh generasi demi generasi sehingga kini.

Menurut Kamaruddin Amin, perbincangan mengenai autentik, validity dan reliability

metodologi keaslian hadis adalah perihal yang paling asas dalam kajian hadis. Apabila

metodologi yang digunakan bermasalah, maka semua hasil yang dicapai dari metode

tersebut tidak kuat.24

Keraguan juga datang dari kalangan orientalis mengenai keaslian

hadis dan ia memberikan pengaruh kepada sebahagian sarjana Muslim.

Epistemologi kaum orientalis dengan ciri keraguannya adalah mempersoalkan apakah

makna hadis sebenar? Benarkah hadis itu adalah ucapan verbal nabi, tingkah laku nabi

atau persepsi masyarakat Islam tentang nabi? Apakah buku hadis yang kita warisi dari

abad ketiga seperti Sahih Bukhari dan Muslim, merupakan refleksi sunnah nabi?

Pemikiran seperti ini diwakili oleh Joseph Schacht dan Ignaz Goldziher.

Pemahaman Golongan Antihadis terhadap Hadis

1) Hadis Tidak Mentafsir al-Quran

Kassim Ahmad : “Tengoklah.. tengok kamuslah.. dia bagi semua makna.. ataupun ayat

al-Quran ni dia jelaskan antara satu dengan lain. Bukan hadis menjelaskan al-Quran,

itu kaedah tradisional. Mereka kata hadis menghuraikan al-Quran. Hadis kalau kita

ambil pun sebagai Nabi Muhammad punya cakap.. mana Nabi Muhammad nak tahu

apa yang akan datang.”25

Kata beliau lagi : Sesetengah orang juga mendakwa hadis mentafsirkan Al-Qur'an. Kita

tahu isi kandungan Al-Qur'an itu banyak yang tidak diketahui oleh Nabi Muhammad

sendiri, khasnya tentang kejadian langit dan bumi dan tentang masa depan. Nabi

24

Kamaruddin Amin. 2003. Book Review The Origins of Islamic Jurisprudence Meccan Fiqh before the

Classical School. Dlm. Al-Jami’ah: Journal of Islamic Studies. Yogyakarta: UIN Sunan Kalijaga

Yogyakarta. Hlm. 23. 25

Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim

Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.

Page 10: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

10

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Muhammad menerima wahyu dari Tuhan dan tanggungjawab beliau ialah

menyampaikan wahyu ini kepada manusia bukan menghuraikannya.26

Kassim Ahmad memberikan empat ayat al-Quran yang didakwa menolak kefahaman

bahawa hadis mentafsir al-Quran.

a. Tuhan menerangkan bahawa Dialah yang mengajar al-Quran. Ayat al-Quran yang

berbunyi:

(٢ ) عملمم ٱلق ءم نم ١ٱل حمن Maksudnya:

(Allah) Yang Maha Pengasih. Yang telah mengajar al-Quran.

(Surah al-Rahman: 1-2)

b. Berkaitan dengan ayat mutasyabihat atau ayat kiasan, Tuhan menyatakan bahawa

tiada yang mengetahui tafsirannya kecuali Dia dan mereka yang pakar dalam hal

ini. Ayat al-Quran yang berbunyi:

م ميرر رر أ م رر ينم م ررءأ مأفم هررن أخ ٱلكأنم رر كمم كررح ءم نمرر ررءم يأ م عململررتم ٱلكأنم ن أمنررم هرر م ٱلرر أرر أنلمررح ن ٱلرر أننم أ رلرر أأم غمنرر رملرمن أمرر نم يمرر م م

أنلأررحأ ميمرر نرمملمررم هم

كمرربأ مٱتنأامرر نءم هم

أنر كررح ٱتنأامرر نءم ٱل محم يأ ميم نم ك كألن

ن عأكدأ متأكم خ نم أ ٱلمألمأ نرمق ل نم ءم يمك تأحأ كل يأ مٱل سأ أل ٱلمل مءأ كأل ٱلل

( ٧( Maksudnya:

Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad).

Diantaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok Kitab

(al-Quran) dan yang lain mutsyabihat. Adapun orang-orang yang dalam

hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat

untuk mencari-cari futnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal

tidak ada yang mengetahui takwilmnya kecuali Allah. Dan orang-orang

yang ilmunya mendalam berkata: ‘Kami beriman kepadanya (al-Quran),

semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil

pelajaran kecuali orang yang berakal.

(Surah Ali ‘Imran: 7)

26

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 6 pada 15 April 2007.

Page 11: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

11

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

c. Tuhan memberitahu kita bahawa Dia dan agen-agennya (kata nama “Kami” bagi

Tuhan bermakna Dia dan agen-agennya) akan menghuraikan al-Quran. Termasuk di

dalamnya nabi dan rasul dan mereka yang Tuhan beri hidayah.

ررلم تأررحأ ن رر نمتم لأنرممبم تأررحأ لأنم ممررح مر ءم نمررح ( ١٦)لم تمر أ كمر مم نمررح مرر أ (١٧)كأن عململر

مررذأام رم مأ

كم ترملم نمح (١٨) ر ءم نمح (١٩ )ث كأن عململر

Maksudnya:

Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al

Quran) karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya .Sesungguhnya Kami

yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.

Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya

itu. Kemudian sesungguhnya Kami yang akan menjelaskannya.

(Surah al-Qiyamah : 16-19)

d. Orang yang diberi kebolehan untuk mentafsir al-Quran ialah mereka yang dipilih

dari hambaNya.

رر ررد ميأ م ي قنم أرركر ررحأ ميأ نأ

م سمرر أ لأكرم رركر مأ

م أ ررن عأ مرر كم يأ لر مم ررءم ٱلرر أننم ٱيرر كمرر ٱلكأنم

م ث أم مثر كرمضل ٱلكم أي لأتم ه م ٱل متأ بأأانأ ٱللأ ام

لملر (٣٢ )سم تأق تأMaksudnya :

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih

di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang

menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang

pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat

kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang

amat besar.

(Surah al-Fathir : 32)

Kesimpulan yang dibuat oleh Kassim Ahmad berdasarkan ayat al-Quran di atas

ialah :

Page 12: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

12

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

i. Tidak logik dan tidak munasabah dakwaan bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

mentafsir al-Quran kerana ilmu dan kefahaman baginda terbatas kepada

zaman itu sahaja.

ii. Fahaman salah ini menyebabkan sebahagian daripada tafsir al-Quran

menjadi kabur dan kacau.

Contoh :

رفء رمر ل كأهم ٱللأ يمنمنر م ٱل أننم ءم يمكر ن أمطألم ٱللم مأمطألم ٱل س م مألأ ٱلم م رمعنم أ رككم مرذأن رمكم ي أ يأأنل

لأتم فمي مأمحنمن هم للأ مٱللرم خأ ٱلنفأ أ ام ك نم تأ ( ٥٩ )مٱل س أ كأن ككنم رؤيأ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan

ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang

sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul

(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari

kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik

akibatnya.

(Surah al-Nisa’: ayat 59)

Frasa “taat kepada Rasul” ditafsirkan sebagai berpegang kepada hadis dan

sunnah baginda sedangkan maksud sebenar adalah “taat kepada Allah dan

berpegang kepada kitabNya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

2) Hadis Bukan Sumber Perundangan Islam yang Mutlak

Kassim Ahmad : Hadis ni adalah al-Quran. Nabi tak bawak hadis. Hadis ni orang reka

selepas 20, 30 tahun timbul perpecahan dalam politik, kemudian dia jadi perpecahan

dalam teologi. Dia jadi lebih kurang macam ni lah.. ada satu kampung, kita ambil satu

kampung di Kulim, satu rombongan lima puluh orang dari Kulim ni pergi jumpa Najib.

Sembang lah 3 jam. Daripada 50 orang tu.. mungkin 20 orang UMNO, 10 pas, 10 pkr,

dan lain-lain tak ada parti. Ni semua pi, jumpa dengan najib sembang 3 jam. Bila dah

balik, orang kampung yang lain tanya lah, “cuba cerita.. apa yang kamu bincang

dengan Najib”. Agak apa nak jadi. A nanti cakap apa yang dia dengar dan apa yang

dia faham, dia tokoh tambah sikit nak bagi sedap lagi. Ha, macam tu lah.. bukan Nabi

yang kata, bukan Najib yang kata.. dia yang kata. Ha, macam tu lah hadis ni jadi

Page 13: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

13

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

macam ni. Bukan nabi yang kata.. Nabi punya perkataan ni..al-Quran, كنح لقر سر كر م .27

Kassim Ahmad menggariskan 3 pendirian yang jelas tentang hadis :

a. Hadis merupakan kaedah yang digunakan oleh musuh Islam untuk

menyelewengkan al-Quran.

b. Hadis mungkin ditulis pada zaman Nabi tetapi sejarah membuktikan bahawa ia

tidak dibukukan secara rasmi sehingga selepas Imam al-Syafi’i berjaya

membuatkan masyarakat menerima ajarannya bahawa sunnah Nabi adalah sumber

hukum yang setaraf dengan al-Quran.

c. Penggunaan istilah “hadis” dalam al-Quran digunakan dalam dua makna yang

berlainan:

Bil. Makna di dalam al-

Quran

Bentuk

1. al-Quran atau wahyu

Tiada hadis lain kecuali al-Quran

“Sesungguhnya ini sebuah bacaan yang mulia. Di

dalam sebuah kitab yang terpelihara. Tiada siapa

yang boleh memahaminya kecuali yang jujur.

Sebuah wahyu daripada Tuhan semesta alam.

Apakah hadis ini yang hendak kamu

kesampingkan?”

رر أم ررح ن كأل ( ٧٨) أ كأنمرء يككرر ن (٧٧ )كأنرح لمقرر ءم ن كم ل يممن رررررر نم م رررررر م ( ٧٩ )ٱل لمأ ررررررن مأ ٱلمم أنررررررل يأ رررررر م ( ٨٠ ) مك أم م أ م

ك نم ٱلمدأنثأ أمننم ي (٨١ )دهأ

Maksudnya :

Dan (ini) sesungguhnya Al Quran yang sangat

mulia. Dalam kitab yang terpelihara (Lauh

Mahfuzh). Tidak ada yang menyentuhnya selain

hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari

27

Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim

Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.

Page 14: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

14

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Tuhan seluruh alam. Apakah kamu menganggap

remeh berita ini (Al Qur’an)?

(Surah al-Waqi’ah : 77-81).

2. Laporan atau cerita

Piagam Madinah, Pidato Perpisahan, Perjanjian

Hudaybiah dan surat-surat Nabi kepada ketua

negara.

Bagi beliau, sekiranya seseorang itu mendakwa kembali kepada al-Quran secara

sepenuhnya tetapi dalam masa yang sama menolak hadis-hadis yang bertepatan dengan

al-Quran, itu adalah tidak logik kerana kita tidak boleh menolak sesuatu yang baik.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t.

Bagi beliau, walaupun hadis “diterima” oleh masyarakat sebagai sumber hukum kedua,

kesahihannya terus dipertikai oleh kaum Muktazilah yang terdiri daripada ahli falsafah

dan sains dari dulu sehinggalah sekarang. Ini bermakna, penerimaan terhadap kesahihan

hadis adalah tidak muktamad sebagaimana al-Quran.

Kassim Ahmad juga menegaskan bahawa “walaupun kita menolak hadis sebagai

sumber hukum yang mutlak, kita tidak menolak hadis sebagai sumber hukum kedua.”

Namun begitu penerimaannya adalah bersyarat, iaitu selagi hadis itu tidak bercanggah

dengan al-Quran.

3) Kesahihan Sesebuah Hadis Adalah Diragukan

Memetik kenyataan Kassim Ahmad di dalam buku kontroversinya, Hadis Satu

Penilaian Semula :

a. “Hadith atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun

kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad.” 28

b. “Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun

ialah hadith/sunnah.”29

c. “Kebanyakan hadith merupakan ‘omong kosong’ yang menyesatkan manusia dari

jalan Tuhan tanpa pengetahuan.”30

28

Kassim Ahmad. 1986. Hadis Satu Penilaian Semula. Petaling Jaya : Media Intelek. Hlm. 18. 29

Ibid. Hlm 20. 30

Ibid. Hlm 91.

Page 15: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

15

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

d. “Hadith merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin

kebenarannya. Ia tidak lebih daripada tekaan dan agakan.”31

e. Sebelum hadis-hadis dikumpulkan dan dibukukan secara rasmi, banyak sekali

hadis-hadis telah direka dan disebarkan oleh pelbagai golongan. Apabila hadis-hadis

ini dikumpul, ditapis dan dibukukan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi,

Ibn Majah dan al-Nasa’i bagi kaum ahl al-Sunnah dan oleh al-Kulani, Ibn

Babuwayh, Jaafar Muhammad al-Tusi dan al-Mustada bagi kaum syiah, barulah

kumpulan-kumpulan hadis rasmi wujud, iaitu setelah Imam al-Syafi’i berjaya

menjadikan hadis atau sunnah sebagai sumber hukum.

f. Hadis-hadis ini dipercayai adalah kata-kata dan perbuatan Nabi, bahkan mereka

sendiri mengakui bahawa kebanyakan hadis ini bertaraf hadis ahad, iaitu

mempunyai seorang periwayat sahaja. Sedangkan mengikut undang-undang Islam,

sesuatu perkara itu mestilah disahkan oleh dua orang saksi sebelum ia dapat

diterima dari segi undang-undang. Ini bermakna, mengikut ahl al-hadis,

kebanyakan hadis dalam kumpulan-kumpulan mereka itu tidak boleh digunakan

dari segi undang-undang Islam. Oleh tu adakah munasabah mereka mengkehendaki

umat Islam percaya kepada hadis mereka?

g. Kaedah sejarah saintifik memerlukan sesuatu laporan itu disahkan oleh sumber-

sumber bebas yang lain, sebelum laporan itu diterima sebagai benar. Kebanyakan

hadis tersebut bukan berasal daripada Nabi, tetapi merupakan pendapat pelbagai

golongan yang wujud pada waktu itu.

4) Warisan Nabi Hanyalah al-Quran

Kassim Ahmad : Jadi, kita tak mau nak panjang cerita lah. Balik kepada tadi, perkara

saya tulis hadis ni. Tuhan kata dalam al-Quran, “kebanyakan manusia mengikut berita

yang tak sahih. Berita yang mana yang lebih sahih daripada kitab ini, al-Quran”.

Banyak kali saya bubuh dalam ini.. dalam buku saya ni, saya dah cakap dah. Hadis

yang sebenar ni.. yang inilah, al-Quran sebab dia keluar dari mulut Muhammad.

Saya nak tunjuk kepada saudara, dalam Quran ada 2 ayat yang berbunyi نرح لقر سر ك perkataan rasul yang mulia. Ini, perkataan لقر سر كر م ,bahawasanya ini كنرح .كر م

31

Ibid. Hlm 112.

Page 16: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

16

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

rasul yang mulia. Quran ini perkataan rasul yang mulia. Perkataan Muhammad

sebagai rasul yang mulia.32

Kassim Ahmad menegaskan bahawa hadis-hadis saling bercanggah antara satu sama

lain. Ada yang menyatakan Nabi meninggalkan satu perkara iaitu Kitab Allah dan ada

yang mengatakan dua, iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Bil. Hadis Riwayat Jabir

1. “Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa

Rasulullah berpidato kepada rakyat dan

berkata : “...dan aku telah meninggalkan

kepadamu satu perkara; jika kami berpegang

kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku,

iaitu Kitab Allah. Kamu akan ditanya

tentangku. Jadi apa akan kamu kata? Mereka

menjawab : “Kami akan memperakui bahawa

kamu sebenarnya telah menyampaikan dan

menyempurnakan perutusan dan memberi

peringatan.” Riwayat Muslim.

Walaupun laporan tersebut ada

perbezaan. Ia tetap menyatakan

bahawa peninggalan Nabi

Muhammad adalah satu sahaja,

iaitu kitab Allah.

2. “Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa

Rasulullah telah berkata dalam Haji terakhir :

“....dan aku telah meninggalkan di antara

kamu satu perkara; jika kamu berpegang

teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat

selepasku ---kitab Allah dan apa yang kamu

dapat daripadaku melalui soalan (hadis).”

Riwayat Muslim.

Hadis riwayat Malik bin Anas

3. Malik bin Anas melaporkan sebuah hadis

cacat bahawa Rasulullah berkata : “Aku

meninggalkan kepadamu dua perkara :

selagi kamu berpegang teguh kepadanya,

kamu tidak akan sesat – kitab Allah dan

sunnah Rasul-Nya.” (Muwatta’)

Namun manusia sekarang berpegang

pada hadis laporan Malik bin Anas

yang menyatakan ada dua warisan

nabi walaupun pelapornya

menyifatkan hadis ni sebuah hadis

yang cacat.

32

Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim

Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.

Page 17: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

17

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Ajaran bahawa Nabi Muhammad meninggalkan dua buah kitab dibantah oleh al-Quran:

Bil. Bantahan dari ayat al-Quran Keterangan

ررررر أ .1 عملمرررررلكم نأمم مرررررأنررررركمكم مأم لمكرررررم لررررر ٱللرمررررر خم أمكم

ر م ملر م مربي

رنأ ٱضر أ مم ممأنكر سلممم لمكم ٱلأ ل م مضأ

ث ينم لم بم نأف لأأ حأ م ) ٣ ( مذأن ٱللم

Maksudnya :

Pada hari ini telah aku lengkapkan

agamamu untukmu dan sempurnakan

nikmat-Ku bagimu dan telah Kupilih Islam

bagimu sebagai agama.

(Surah al-Ma’idah : 3)

Ayat ini turun 81 atau 82 hari

sebelum nabi wafat,

menunjukkan bahawa Islam

sudah lengkap pada waktu

itu.

ررلب أيأ م .2 لررفم ( ٣٥ )أم رمكمبممررل ٱلنررلأأ م كم يمرر لمكررم كمكررر نم رررء ألرررحأ مد سررر نم ( ٣٦ )تم كأن ٣٧أمخ لمكرررم كأنم

( ٣٨ )لمكم ألحأ لمم تمملر نم

Maksudnya :

Patutkah kami perlakukan orang Muslim

seperti orang berdosa?. Betapakah hal

kamu?. Bagaimana kamu menghukum?.

Adakah kamu sebuah buku lain yang kamu

gunakan, dan memberi kami apa-apa yang

kamu kehendaki?.

(Surah al-Qalam : 35-38)

Ayat yang menyindir mereka

yang mahukan sebuah kitab

lain.

م ٱلررر أننم لم نرم ررر نم .3 مررر ررر م ركمررر ترملأكم م ءم لمرررع عملمرررل أ مكأام رنرن رر م ن أم تمدألررح ررل يمرر نمكرر ن لأ مرريأ هم أ تأقرر ءم ني م ٱترر لأقمرر نءمررفن كأن أم أرر كأل يمرر نرر حمعن كألم نأ

نرم ررن ألقمرر ن أمن أتمدألمررح يأن مأ عم م مم نرم خي عميألمكأنأ ) ١٥ ( أمفم كأن عم مل

Maksudnya :

Tetapi apabila dibacakan kepada mereka

ayat-ayat Kami yang nyata, berkatalah

mereka yang tidak mengharapkan

pertemuan dengan Kami, ‘Bawalah sebuah

al-Quran yang lain selain ini atau ubahlah.”

Mendedahkan keinginan

mereka yang menginginkan

sebuah al-Quran yang lain

atau yang telah diubah.

Page 18: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

18

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Jawablah, “Aku tidak boleh mengubahnya

mengikut kemahuanku sendiri. Aku hanya

mengikut apa yang diwahyukan kepadaku.

Aku takut pada siksaan pada hari yang

dahsyat, jika aku derhaka kepada Tuhanku.

(Surah Yunus: 15).

ررررر م ٱلقررررر ءم نم .4 م ٱل سررررر نمررررر ممأ كأن رمررررر يأف ٱتمررررر هم مررررر مررررنم ٣٠ يم برررر ي عمررررد يأ لأتم ممملكمرررر لأكررررلأ نمررررنأ رررر م مكم

أ مع تأ متأتم هم مكمي ٱلب أيأ م ( ٣١ ) منم أ

Maksudnya:

Rasul berkata “Tuanku, kaumku telah

membelakangkan Quran ini”. Demikianlah

Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi

musuh dari kalangan penjenayah. Tuanmu

cukup sebagai pembimbing dan pembantu.”

(Surah al-Furqan: 30-31).

Menjelaskan bahawa kitab

yang perlu dipegang oleh

orang Islam adalah al-Quran.

Beliau tidak menafikan bahawa :

a. Hadis wujud pada zaman awal lagi yang berupa sahifah iaitu sebelum kumpulan-

kumpulan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang dibuat secara rasmi selepas

pengisytiharan Imam al-Syafi’i bahawa hadis/sunnah juga perlu dipegang oleh umat

Islam.

b. Malah sejarah membuktikan wujudnya beberapa dokumen yang ditulis oleh Nabi

Muhammad seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan surat-surat

baginda kepada Kristian pada waktu itu.

Namun, bagi umat Islam, kitab panduan utama ialah Quran, bukan Quran dan hadis.

Memetik kata-kata beliau : Malangnya kira-kira 250 tahun setelah Nabi wafat, pereka-

pereka hadis mencipta hadis dan mendakwa nabi Muhammad meninggalkan dua buah

buku, iaitu al-Quran dan Hadis. Ini merupakan tambahan kepada ajaran al-Quran yang

sudah pun lengkap dan sempurna.33

33

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 6 pada 15 April 2007.

Page 19: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

19

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

5) Imam Al-Syafi’i adalah Pencipta Doktrin “Sumber Perundangan Islam yang

Kedua ialah Hadis”.

Kassim Ahmad : “Sebab apa..sapa punya dosa ni.. tak lain tidak bukan, Imam al-

Syafi’i. Baca buku dia al-Risalah.. dan saya sebut buku dia dalam ni.. saya sebut dia

punya huraian tentang hadis, hikmah apa semua. Imam al-Syafi’i, dia tokoh Islam yang

mula-mula yang mengatakan umat Islam wajib pegang dua sumber sama. Principle

sources, sumber-sumber utama, Quran dan Hadis. Dia hidup 125 tahun selepas nabi

wafat. Sebelum daripada tu, hadis dah ada dah, tapi tak wajib. Dia wajibkan setelah

orang menerima doktrin baru yang telah diperkenalkan oleh Imam al-Syafi’i. Besok

nanti Tuhan tanya dia, “wahai Muhammad, kamu ka yang buat hadis”.. Muhammad

jawab, aku tak tahu hadis. Dia tanya Imam al-Syafi’i, “kamu ka yang wajibkan hadis”..

dia nak lari mana.. dia kena. Saya sudah tulis di blog saya... hadis is a scandal.. bukan

nabi Muhammad cakap. Orang lain cakap dan disangkutkan kepada Nabi Muhammad

sebab nama nabi Muhammad ni besar..”34

Petikan kata-kata beliau dalam “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” : “Tesis-tesis saya

dalam buku ini ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan al-Quran selama kira-

kira 1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaran

hadith/sunnah sebagai sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru

yang muncul kira-kira tiga ratus tahun setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izin Nabi,

dan tidak mempunyai autoriti dalam al-Quran dan sejarah.”35

Kassim Ahmad menganggap bahawa Imam al-Syafi’i adalah orang yang pertama

mengisytiharkan hadis sebagai sumber hukum yang sama dengan al-Quran. Sebelum

itu, hadis hanya digunakan sebagai teladan atau predent. Oleh kerana itulah tiada

pengumpulan hadis secara rasmi dibuat sebelum rumusan yang dibuat oleh Imam al-

Syafi’i.

Kassim Ahmad : “Ya.. dia ada macam-macam saya tahu, saya dah baca semua tu.

Boleh pakai untuk kita kaji hadis. Tapi jangan lupa, yang pilih hadis ni sapa dia.

Setelah Imam al-Syafi’i buat doktrin baru tadi.. hadis dan Quran wajib kepada orang

Islam.. dia hidup setelah 125 tahun nabi Muhammad wafat. Katalah dia buat buku dia

dalam umur 40 tahun. Jadi makna 125 + 40 = 165 tahun. Bila dia cakap macam tu dan

orang terima, timbullah Bukhari, Muslim apa semua yang kutip hadis. Bukhari kutip

600 000 hadis. Ini saya tulis semua dalam ni. Dia pilih 7 ribu berapa saja. Makna dia

34

Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim

Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang. 35

Kassim Ahmad. 1992. Hadith Jawapan Kepada Pengkritik. Kuala Lumpur: Media Indah Sdn.Bhd.

Hlm. 12.

Page 20: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

20

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

tolak 99.9. Dialah orang antihadis yang pertama dalam dunia, bukan Kassim Ahmad.

Faham Tak.”36

Kassim Ahmad juga menganggap bahawa penerimaan hadis setelah 200 tahun

kewafatan Nabi adalah penyelewengan yang besar.

Institusi hadis yang masuk ke dalam masyarakat Islam awal kira-kira 300 tahun setelah

Nabi Muhammad wafat itu penyelewengan besar yang pertama yang dilakukan oleh

umat Islam. Kita lihat gerakan tajdid moden yang bermula dengan Sheikh Muhammad

Abduh (m.1905) gagal membersihkan penyelewengan besar ini. Daki hadis terlalu

tebal.37

6) Hadis-Hadis Di Dalam Sunan Sittah Perlu Dinilai Semula

Kassim Ahmad : “Ada sesetengah yang terang-terang bercanggah dalam Quran. Ada

yang terang-terang selaras dengan Quran.. boleh pakai lah. Ada yang tak berapa

terang.. neutral. Dalam buku merah tu saya sudah sebut semua. Sebab tu saya tak

boleh dicop sebagai antihadis.. saya kritikal. Faham makna kritikal dengan anti. Anti,

kita tolak semua. Kritikal makna semak balik. Ha.. diaorang tak boleh faham punya.

Bahasa pun tak boleh faham, macam mana nak bincang pasal ni.

Kriteria dia yang pertama ialah tak bercangah dengan al-Quran. Kalau bercanggah

dengan al-Quran.. siapa cakap pun.. Imam Shafie ka.. Imam Ghazali ka.. tak boleh

pakai. Jangan kita mendewa-dewakan sarjana termasuklah sarjana ugama. Tuhan dah

habaq dah dalam Quran ni.

Memang apa yang saya seru dulu pada tahun 86, sekarang sedang dibuat oleh

kerajaan Turki. Kerajaan Turki mula semak semula hadis macam saya saya kata.. itu

kerajaan Turki. Yang kedua, Fahad.. Raja Fahad Arab Saudi, dia juga kata semak

semula hadis. Tapi dia mati sebelum dia dapat melakukan apa-apa. Raja Fahad ni mati

tahun 1995 saya tak silap. Satu lagi, Professor Israr, UIA. Dia ni dari India tapi

mengajar di UIA. Dia juga buat seruan yang serupa 2 3 tahun sudah. Sebab apa yang

saya cakap memang betul. Ada satu lagi tokoh dari Arab Saudi nama Sheikh Hasan

36

Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim

Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang. 37

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 9 pada 23 April 2011.

Page 21: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

21

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Farhan al-Maliki. Dia dari Arab Saudi. Dia kutuk budaya hadis yang mencemarkan

agama Islam. Dia kutuk.. makna kata dia cakap macam saya cakap.” 38

Kassim Ahmad telah menyatakan pendiriannya, atas nama ilmiah dan sikap kritikal

agar hadis-hadis di dalam Sunan Sittah dikaji semula untuk memastikan semua teks

hadis yang terkandung di dalamnya tidak bercanggah dengan al-Quran. Penilaian yang

dibuat adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pemahaman serta ijtihad generasi

baru yang semakin berkembang ilmunya.

Beliau menyebut dalam satu surat yang dihantar kepada Editor Majalah Sun :

Firstly the subject was the necessity for Muslms ti undergo reforms to enable them to

live fruitfully in and to confront the modrrn world. It was not aboit the so-called

“meticulous” methodology of hadis collection by Bukhari and the other famous hadis

collectors......Bukhari himself rejected 99% of what he collected.....in the revered

Bukhari collection run directly contrary to the teachings of the Quran.39

Berikut adalah pendirian beliau tentang kategori hadis dan status penerimaannya :

Bil. Kategori Hadis Status

1. Hadis-hadis yang bercanggah dengan

al-Quran

Tertolak

2. Hadis-hadis yang selaras dengan al-

Quran

Dipakai (walaupun pada hakikatnya

hadis-hadis ini mungkin tidak berasal

dari Nabi)

3. Hadis-hadis yang neutral, tidak jelas

bercanggah atau tidak jelas selari

dengan ajaran al-Quran

Rujuk kepada pakar

Rujuk kepada pihak berkuasa

Budibicara sendiri

38

Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim

Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang. 39

Surat Kassim Ahmad yang dihantar kepada Editor “The Sun” pada 31 Mac 2006.

Page 22: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

22

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

KESIMPULAN

1. Penggunaan mana-mana istilah, sama ada anti-hadis atau ingkar sunnah adalah

sesuai.

2. Menggelarkan golongan ini sebagai “antihadis” atau “ingkar sunnah” adalah tepat

kerana pernyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang diwakili oleh saudara

Kassim Ahmad seperti berikut :

a. Hadis merupakan kaedah yang digunakan oleh musuh Islam untuk

menyelewengkan al-Quran.

b. Kesahihan sesebuah hadis itu sentiasa ada pertikaiannya dan tidak mutlak

sebagaimana al-Quran.

3. Beliau juga mengecil dan merendahkan peranan Nabi Muhammad s.a.w sebagai

penyampai risalah yang sekaligus merendahkan kedudukan hadis itu sendiri :

a. Sesuatu yang yang tidak logik sekiranya baginda mentafsir al-Quran kerana

baginda hanya mengetahui sesuatu yang sesuai dan terbatas pada waktu itu

sahaja.

b. Tidak sesuai dengan akhlak seorang nabi yang berjuang selama 23 tahun

menyeru kepada agama tauhid yang diajar oleh semua nabi kemudian

menyuruh umat Islam mengucap dua kalimah syahadah yang mengutamakan

beliau sendiri mengatasi nabi-nabi lain.

4. Namun begitu, ada pernyataan yang menggambarkan mereka masih menerima

hadis dan bukan antihadis seperti :

a. Hanya menolak hadis sebagai sumber hukum yang mutlak tetapi menerima

hadis sebagai sumber hukum kedua selagi ia tidak bercanggah dengan al-

Quran.

b. Hadis wujud pada zaman awal lagi yang berupa sahifah iaitu sebelum

kumpulan-kumpulan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang dibuat secara

rasmi selepas pengisytiharan Imam Syafi’i bahawa hadis/sunnah juga perlu

dipegang oleh umat Islam.

Page 23: ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf · Hadis dan sunnah adalah sama ... fahaman ini muncul semula dan dipelopori

23

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

c. Pembuktian sejarah tentang wujudnya beberapa dokumen yang ditulis oleh

Nabi Muhammad seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan surat-

surat baginda kepada Kristian pada waktu itu.

5. Tetapi ia seakan bercanggah dengan pernyataan-pernyataan keras seperti :

a. Hadis atau sunnah nabi adalah ajaran palsu.

b. Hadis atau sunnah Nabi adalah satu kuasa palsu.

c. Kebanyakan hadis adalah omong kosong yang menyesatkan.

d. Hadis merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tiada jaminan.

e. Hadis hanyalah satu tekaan dan agakan.

6. Kassim Ahmad tidak menggunakan metode ulama hadith melalui kajian sanad dan

analisa matn, al-takhrij, al-tarjih, al-tawfiq, al-jamc, perbandingan hadis dengan

nas al-Qur’an dan disiplin-disiplin lain.

7. Kriteria penetapan kesahihan suatu hadis melalui metode kritik sanad dan matn

oleh para ulama hadis bukan merupakan metode yang dibina melalui pemikiran

peribadi dan melihat aspek sosio-historis masyarakat setempat semata-mata

sebagaimana yang dilakukan oleh Kassim Ahmad.

8. Gerakan antihadis ini berkongsi idea yang hampir sama dengan golongan ajaran

sesat dan liberal yang mempunyai fahaman dan tafsiran yang salah terhadap ajaran

Islam yang sebenarnya.

9. Golongan ini tidak menolak hadis secara keseluruhannya, tetapi imbangan

penolakan kepada hadis adalah lebih dominan berbanding penerimaan. Mereka

bahkan merendah-rendahkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dan peranan

baginda.