etnik

4
Tajuk : BANJIR DI MALAYSIA (KAJIAN AWAL PENILAIAN RISIKO BANJIR ) Ulasan Jurnal 1 Di dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan banjir yang sering berlaku di Malaysia terutama di bahagian Pantai Timur dan Selatan . Fenomena banjir telah meningkat secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat di mana kadar curahan air hujan di sesuatu tempat berlaku dengan pantas daripada biasa. Penulis juga menerangkan tentang dua jenis banjir di Malaysia iaitu banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar dan banjir monsun yang berlaku ketika musim tengkujuh di Pantai Tengkujuh. Jumlah mangsa banjir yang terlibat telah meningkat dari 60,000 ke 100,000 orang. Angka ini dijangka bertambah pada masa akan datang. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir yang diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu faktor semula jadi dan aktiviti manusia. Faktor semula jadi adalah musim tengkujuh, peningkatan jumlah air hujan disebabkan oleh perubahan iklim secara mendadak, sungai yang cetek dan struktur tanah yang tepu dan tidak kuat. Dalam tahun tertentu, di bahagian Selatan Malaysia, Typoon Utor merupakan penyebab berlakunya banjir serentak di negeri-negeri tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang dominan iaitu pertumbuhan kawasan setinggan yang mendadak dan pembinaan bandar yang pesat tetapi malangnya tidak mempunyai sistem perparitan yang terancang. Fenomena banjir juga telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda serta kejatuhan nilai tanah di kawasan berlakunya banjir. Selain daripada itu, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur juga terbantut. Dalam usaha menangani fenomena banjir di masa akan datang, penulis telah membuat kajian di Bandar Segamat mengenai penggunaan teknologi yang meluas dalam memberikan data untuk kajian fenomena alam seperti banjir dan tanah runtuh. Hal ini kerana Bandar Segamat telah mengalami fenomena banjir yang buruk secara drastik. Kajian terhadap kawasan ini juga mampu untuk membantu menangani isu banjir di negei-negeri lain.

Upload: ir-fik-t

Post on 30-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

Page 1: etnik

Tajuk : BANJIR DI MALAYSIA (KAJIAN AWAL PENILAIAN RISIKO BANJIR )

Ulasan Jurnal 1

Di dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan banjir yang sering berlaku di Malaysia terutama di

bahagian Pantai Timur dan Selatan . Fenomena banjir telah meningkat secara mendadak dalam

tempoh masa yang singkat di mana kadar curahan air hujan di sesuatu tempat berlaku dengan

pantas daripada biasa. Penulis juga menerangkan tentang dua jenis banjir di Malaysia iaitu banjir kilat

yang berlaku di kawasan bandar dan banjir monsun yang berlaku ketika musim tengkujuh di Pantai

Tengkujuh. Jumlah mangsa banjir yang terlibat telah meningkat dari 60,000 ke 100,000 orang. Angka

ini dijangka bertambah pada masa akan datang.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir yang diklasifikasikan kepada

dua kategori iaitu faktor semula jadi dan aktiviti manusia. Faktor semula jadi adalah musim

tengkujuh, peningkatan jumlah air hujan disebabkan oleh perubahan iklim secara mendadak, sungai

yang cetek dan struktur tanah yang tepu dan tidak kuat. Dalam tahun tertentu, di bahagian Selatan

Malaysia, ’ Typoon Utor’ merupakan penyebab berlakunya banjir serentak di negeri-negeri tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang dominan iaitu pertumbuhan kawasan setinggan yang

mendadak dan pembinaan bandar yang pesat tetapi malangnya tidak mempunyai sistem perparitan

yang terancang. Fenomena banjir juga telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda serta

kejatuhan nilai tanah di kawasan berlakunya banjir. Selain daripada itu, pertumbuhan ekonomi dan

pembangunan infrastruktur juga terbantut.

Dalam usaha menangani fenomena banjir di masa akan datang, penulis telah membuat kajian di

Bandar Segamat mengenai penggunaan teknologi yang meluas dalam memberikan data untuk kajian

fenomena alam seperti banjir dan tanah runtuh. Hal ini kerana Bandar Segamat telah mengalami

fenomena banjir yang buruk secara drastik. Kajian terhadap kawasan ini juga mampu untuk

membantu menangani isu banjir di negei-negeri lain.

Page 2: etnik

Teknologi yang digunakan adalah Sistem Maklumat Geografi(GIS) dan Remote Sensing(RS) yang

merupakan kaedah yang efektif untuk memantau dan juga pengurusan banjir. Sesuatu yang menarik

tentang teknologi ini adalah ia mampu mendapatkan maklumat struktur geografi permukaan bumi

tanpa perlu penulis ke tempat kajian. Secara tidak langsung ia mampu membuat pemetaan bermula

dari kawasan sungai yang berhampiran hingga kawasan yang berisiko banjir . Berdasarkan data dan

maklumat yang diperoleh, simulasi dan pemodelan banjir juga dapat dihasilkan dan kajian cara

mengatasi mampu dilaksanakan. Melalui kajian menggunakan teknologi (GIS) dan (RS), penulis

mampu mengklasifikasikan beberapa tempat di Bandar Segamat kepada kawasan teruk dilanda

banjir,kawasan sederhana dilanda banjir,kawasan yang kurang dilanda banjir, dan kawasan yang

tidak terjejas. Dengan cara ini, risiko banjir dapat dikurangkan dengan mengambil langkah berjaga-

jaga meskipun kita sebagai manusia tidak mampu untuk mengawal bencana banjir yang berlaku

secara mendadak di negara Malaysia. Maka, cadangan penulis untuk memperluas penggunaan

teknologi ini juga harus dipertimbangkan di seluruh Malaysia.

Page 3: etnik

TAJUK: KAJIAN TERHADAP STRUKTUR BAGI MENGAWAL HAKISAN DAN BANJIR DI TEPI SUNGAI KELANTAN.

Ulasan Jurnal 2

Berdasarkan jurnal ini, penulis membicarakan tentang kombinasi faktor semula jadi dan aktiviti

manusia yang menyebabkan berlakunya banjir di negeri Kelantan. Antara faktor tersebut ialah

perubahan struktur geografi, pembangunan tanpa kawalan dan aktiviti manusia seperti pengorekan

pasir sungai di Sungai Kelantan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya hakisan dan pemendapan

tanah di Sungai Kelantan di mana sekiranya tidak dibendung akan menyebabkan bencana banjir

berlaku.

Antara impak buruk bencana banjir yang berlaku di Malaysia ialah kehilangan harta benda dan

manusia , kerosakan struktur dan hakisan,pencemaran air dan makanan,wabak penyakit serta

menganggu aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi masyrakat setempat.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengawal bencana banjir menjadi lebih teruk seperti pembinaan

struktur kawalan tebing sungai. Dalam jurnal ini, penulis membuat kajian berdasarkan dua objektif

iaitu mengkaji struktur pembinaan mengenai kawalan hakisan dan banjir di tepi Sungai Kelantan dan

pandangan penduduk setempat tentang alternatif struktur kawalan yang dilakukan.

Penulis juga menggunakan beberapa metodologi untuk menjalankan kajian ini seperti kaedah

literatur,pemerhatian, dan temu bual dalam kalangan penduduk.kawasan kajian yang dipilih adalah

Tanah Merah,Pasir Mas, dan Kota Bharu. Selain itu, antara langkah-langkah mengatasi masalah

hakisan dan banjir yang dilakukan oleh kerajaan dan Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) ialah

pemantauan dan langkah strategik bercorak struktural. Hal ini kerana kawasan tebing Sungai

Kelantan dikenalpasti mengalami hakisan yang teruk. Punca utama adalah hujan lebat ketika musim

tengkujuh dan struktur dan jenis tanah pasir longgar dimana tidak mampu memberi tekanan antara

zarah-zarah tanah ketika hujan.

Page 4: etnik

Melalui langkah pemantauan,pihak JPS telah mengenalpasti keadaan sungai terutama di kawasan

perkampungan yang berpotensi dan kerap diancam tanah runtuh, kemaskini tahap hakisan yang

berlaku dengan kerap dan mewujudkan ‘Environment Management Plan’ bagi mengawal kesan

negatif pembangunan tanah yang dilakukan. Langkah strategik bercorak struktural adalah mengenai

pembinaan struktur kawalan hakisan di kawasan yang mengalami hakisan kritikal seperti lapis

lindung lapis lindung banjir jenis Gabions Mattress, Reno Mattress, Rock Revetment, Flex-Slab atau

batu(Armour Rock). Tujuan lapis lindung adalah memberi perlindungan secara langsung dan

menstabilkan tebing dari terhakis.

Kesan pembinaan struktur mampu mengawal hakisan tebing sungai tetapi tidak mengawal masalah

banjir. Hal ini kerana banjir di Kelantan adalah disebabkan oleh faktor semula jadi seperti musim

tengkujuh. Penulis juga telah mendapatkan maklum balas penduduk setempat mengenai pembinaan

struktur hakisan tebing sungai. Hal ini penting supaya dapat mengenal pasti struktur berfungsi

dengan baik atau tidk. Berdasarkan analisa, para penduduk menyatakan keyakinan terhadap struktur

pembinaan penghalang hakisan dan banjir dan penyelenggaraan struktur yang dilakukan oleh pihak

yang terlibat serta pembinaan struktur bersesuaian dengan punca masalah yang dihadapi penduduk.

Selain itu, pembinaan struktur penghalang hakisan mampu memberi jaminan kepada penduduk dari

segi keselamatan nyawa dan harta benda.