etnik

49
Saya ditanya apakah makna negara Malaysia berbilang kaum bagi saya.Pengertian masyarakat majmuk berbeza bagi setiap negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum misalnya Singapura yang mendakwa ianya negara berbilang kaum tetapi secara dasarnya adalah sebuah Negeri yang dikuasai oleh penduduk berketurunan Cina yang besar. Kerana keengganan keturunan kaum pendatang dari China dan India untuk di serap ke dalam masayarakat pribumi, kita terpaksa terima pengekalan identiti rakyat Malaysia daripada keturunan Cina dan India. Orang keturunan Indonesia memilih untuk diserap sebagai kaum pribumi oleh itu mereka tidak terbahagi kepada kaum-kaum yang berlainan. Negara berbilang kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan perbezaan diantara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat. Perbezaan agama juga tidak boleh ditukar. Bagaimanapun, beberapa aspek perbezaan kebudayaan boleh di jadikan sesatu yang boleh diterimapakai oleh semua kaum. Makanan Cina di Malaysia melihatkan pengaruh cita rasa Melayu dan India. Kita juga boleh meraikan perayaan kaum-kaum lain dan sebagainya. Perbezaan tahap pencapaian ekonomi merupakan satu masalah besar. Tetapi ianya juga merupakan satu bidang di mana pembetulan dapat dibuat dan ketegangan kaum dapat dikurangkan. Jika kita mahu melihat, kita akan dapati bahawa walau di dalam negara yang mempunyai satu etnik sahaja pun perbezaan di dalam agihan kekayaan akan membawa kepada konflik. Sebab utama ideologi Sosialis dan Komunis diperkenalkan dan diterima pakai kelas pekerja adalah kerana jurang kekayaan yang terlalu besar di antara pekerja dan majikan. Tetapi Sosialis dan Komunis kerap membantutkan pertumbuhan ekonomi sehingga bukan sahaja yang kaya merasai kesan buruknya, tetapi juga yang miskin. Kesatuan Sekerja juga boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi kerana ianya sering disalahguna oleh pihak tertentu dengan, mengadakan mogok kerana sebab- sebab politik. Konfrantasi di antara pekerja dan majikan, yang pada dasarnya adalah antara yang kaya dan yang miskin kerap berlaku termasuk di negara-negara bukan berbilang kaumpun. Jika pekerja dan yang miskin sebahagian besarnya terdiri daripada satu kaum di dalam sebuah negara berbilang kaum manakala yang menjadi majikan yang kaya pula adalah daripada kaum yang lain, permusuhan antara kelas akan menjadi lebih buruk kerana perbezaan kaum. Itulah yang terjadi di Malaysia sebelum 1969, dan kita tahu hasilnya. Kepimpinan Melayu, Cina dan India ketika itu bersetuju bahawa perbezaan kekayaan diantara kaum mesti dikurangkan. Oleh sebab itu kita telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan menghapuskan identiti kaum dengan fungsi ekonomi. Malangnya tindakan yang diambil tidak dapat tidak melibatkan diskriminasi terhadap kaum Cina dan India untuk memberi keutamaan kepada kaum Bumiputera. Ini menyebabkan ketidak puasan hati kerana di dalam kaum yang

Upload: ammy-law

Post on 02-Jan-2016

71 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: etnik

Saya ditanya apakah makna negara Malaysia berbilang kaum bagi saya.Pengertian masyarakat majmuk berbeza bagi setiap negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum misalnya Singapura yang mendakwa ianya negara berbilang kaum tetapi secara dasarnya adalah sebuah Negeri yang dikuasai oleh penduduk berketurunan Cina yang besar.

Kerana keengganan keturunan kaum pendatang dari China dan India untuk di serap ke dalam masayarakat pribumi, kita terpaksa terima pengekalan identiti rakyat Malaysia daripada keturunan Cina dan India. Orang keturunan Indonesia memilih untuk diserap sebagai kaum pribumi oleh itu mereka tidak terbahagi kepada kaum-kaum yang berlainan.

Negara berbilang kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan perbezaan diantara kaum-kaum tersebut.

Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat. Perbezaan agama juga tidak boleh ditukar.

Bagaimanapun, beberapa aspek perbezaan kebudayaan boleh di jadikan sesatu yang boleh diterimapakai oleh semua kaum. Makanan Cina di Malaysia melihatkan pengaruh cita rasa Melayu dan India. Kita juga boleh meraikan perayaan kaum-kaum lain dan sebagainya.

Perbezaan tahap pencapaian ekonomi merupakan satu masalah besar. Tetapi ianya juga merupakan satu bidang di mana pembetulan dapat dibuat dan ketegangan kaum dapat dikurangkan.

Jika kita mahu melihat, kita akan dapati bahawa walau di dalam negara yang mempunyai satu etnik sahaja pun perbezaan di dalam agihan kekayaan akan membawa kepada konflik. Sebab utama ideologi Sosialis dan Komunis diperkenalkan dan diterima pakai kelas pekerja adalah kerana jurang kekayaan yang terlalu besar di antara pekerja dan majikan. Tetapi Sosialis dan Komunis kerap membantutkan pertumbuhan ekonomi sehingga bukan sahaja yang kaya merasai kesan buruknya, tetapi juga yang miskin.

Kesatuan Sekerja juga boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi kerana ianya sering disalahguna oleh pihak tertentu dengan, mengadakan mogok kerana sebab-sebab politik.

Konfrantasi di antara pekerja dan majikan, yang pada dasarnya adalah antara yang kaya dan yang miskin kerap berlaku termasuk di negara-negara bukan berbilang kaumpun.

Jika pekerja dan yang miskin sebahagian besarnya terdiri daripada satu kaum di dalam sebuah negara berbilang kaum manakala yang menjadi majikan yang kaya pula adalah daripada kaum yang lain, permusuhan antara kelas akan menjadi lebih buruk kerana perbezaan kaum. Itulah yang terjadi di Malaysia sebelum 1969, dan kita tahu hasilnya.

Kepimpinan Melayu, Cina dan India ketika itu bersetuju bahawa perbezaan kekayaan diantara kaum mesti dikurangkan. Oleh sebab itu kita telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan menghapuskan identiti kaum dengan fungsi ekonomi.

Malangnya tindakan yang diambil tidak dapat tidak melibatkan diskriminasi terhadap kaum Cina dan India untuk memberi keutamaan kepada kaum Bumiputera. Ini menyebabkan ketidak puasan hati kerana di dalam kaum yang termaju dan mewah sekalipun terdapat sebilangan yang miskin. Mereka ini akan lebih merasai diskriminasi.

Page 2: etnik

Satu lagi aspek DEB ialah untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. Daripada kajian yang dijalankan amat jelas bahawa terdapat lebih banyak kemiskinan di kalangan pribumi berbanding kaum Cina. Kemungkinan kemiskinan dapat di hapuskan di kalangan kaum Cina adalah lebih besar berbanding Melayu dan penduduk pribumi di sabah dan Sarawak. Malangnya pemimpin kaum India tidak membangkitkan masalah kemiskinan di kalangan mereka.

Jika kita hendak memperbetulkan ketidakseimbangan ini, adalah perlu untuk kita cuba mengurangkan kemiskinan di kalangan pribumi berbanding di kalangan kaum Cina. Tetapi jika terdapat di kalangan orang Cina yang miskin yang menunjukkan kebolehan luar biasa, umpamanya mendapat keputusan pepriksaan yang cemerlang, mereka tidak harus diketepikan daripada mendapat bantuan hanya kerana mereka adalah daripada kaum yang lebih kaya.

Secara prinsipnya DEB amat baik, tetapi di dalam pelaksanaannya terdapat beberapa kegagalan dan kelemahan. Bagaimanapun, sejak dari 1969 kita tidak melihat berlakunya konflik perkauman yang besar di Malaysia. Dan walaupun terdapat kelemahan pada DEB, Malaysia jauh lebih stabil daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain, begitu juga negara yang mempunyai satu kaum sahaja. Dan perkembangan ekonomi di Malaysia juga menidakkan apa-apa jangkaan negatif hasil daripada DEB.

Saya yakin jika kita boleh mengurangkan jurang ekonomi diantara rakyat Malaysia mereka tidak akan begitu hiraukan atau begitu tekankan akan perlunya mereka di identifikasikan menurut ketrurunan kaum mereka. Mereka akan tetap jadi Melayu, Cina, India, Murut, Bajau, Dayak dan sebagainya tetapi mereka akan kurangkan bersengketa tehadap satu sama lain.

Ras-ras di Malaysia saling berpaut antara satu sama lain dan mereka saling bergantung sesama mereka. Walaupun masyarakat berbilang kaum Malaysia akan terus berasingan daripada segi etnik kaum, namun Malaysia akan terus aman, berkeupayaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan memperlihatkan keharmonian perhubungan antara kaum jika pimpinan negara ini memahami masalah yang terdapat dan mempunyai kemampuan mengurus.

Sebanyak itulah yang boleh kita harapkan kerana kita tidak bersetuju untuk bertuturkata di dalam satu bahasa dan mengamalkan satu budaya serta melepaskan identifikasi dengan negara-negara dari mana nenek moyang kita berasal.

DITULIS OLEH DR. MAHATHIR MOHAMAD

Menyebut Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara tidak langsung melibatkan perkembangan sosio ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia. Jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum

Page 3: etnik

wujud semasa pemerintahan British antara penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera, kawasan bandar dengan luar bandar dan pantai timur Pantai Barat.

Jurang perbezaan sosio ekonomi antara penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera amat ketara dalam aspek pembangunan seperti pemilikan harta kekayaan, pelajaran, guna tenaga, pekerjaan, pendapatan, dan sebagainya. Masyarakat Bumiputera jauh ketingaglan dalam aspek-aspek ini jika dibandingkan dengan penduduk bukan bumiputera kecuali dalam bidang politik

Walaupun, orang Melayu mempunyai kuasa dalam bidang politik, namun masih berada dalam keadaan lemah. Masyarakat Melayu berada pada tahap miskin, samada di bandar mahupun di desa, meskipun terdiri dalam golongan majoriti.Pada tahun 1970,65% dari keluarga Melayu adalah miskin, berbanding 39% orang Cina dan 26% orang India.

Berikutan daripada peristiwa Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, DEB telah dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk memperbaiki keadaan sosio ekonomi negara. Rusuhan kaum berlaku desebabkan ketegangan perkauman akibat ketidakseimbangan ekonomi yang ketara antara kaum. Menyedari agihan kekayaan juga tidak seimbang, kerajaan menggunakan pendekatan menerusi DEB.

Matlamat utama DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara. Mengimbas kembali kata-kata Tun Abdul Razak, beliau mengatakan bahawa untuk mencapai matlamat perpaduan bukan sahaja bergantung kepada perkembangan ekonomi semata-mata. Namun dalam usaha menghadapi pembangunan ekonomi yang cepat kita hendaklah melahirkan keadan masyarakat yang adil, pembahagian pendapatan yang saksama dan menambah peluang pekerjaan.

Matamat kedua DEB adalah mengurangkan kemiskinan dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui beberapa strategi antaranya mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan akhirnya mencapai tingkat guna tenaga penuh. Selain itu kerajaan menambah kemudahan samada di bandar mahupun luar bandar dengan menyediakan peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain. Kerajaan juga memberi peluang kepada golongan miskin bergiat dalam perindustrian. Di samping itu, kerajaan memodenkan keadaan di luar bandar dengan menyediakan infrastruktur seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan, dan pendidikan.

Sumber: Suntingan Yusof Ismail (Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia)

Agihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan merupakan satu dimensi penting ekonomi pembangunan yang sudah lama dibicarakan. Hal ini kerana dua matlamat utama pembangunan ekonomi ialah pertama, memperuntukkan sumber supaya pendapatan purata

Page 4: etnik

benar meningkat dan kedua, mengagihkan pendapatan dan kekayaan dengan lebih setara supaya rakyat semua lapisan dapat berkongsi kekayaan ekonomi ini secara adil. Persoalan besar dari segi teori, dasar dan strategi yang perlu kita tangani ialah sama ada kita hendak memilih pertumbuhan dengan agihan atau pun pertumbuhan yang menggantikan agihan.

Dasar terhadap agihan pendapatan diberi tumpuan kerana kemiskinan bukan sahaja boleh dibasmi menerusi dasar pertumbuhan tetapi juga menerusi dasar agihan. Isu agihan pendapatan di kalangan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia juga penting bagi pembangunan negara kerana ia mempengaruhi kesepaduan masyarakat. Mengabaikan kepentingan agihan pendapatan dan kekayaan di kalangan rakyat berbilang kaum boleh menjadi punca pertelingkahan masyarakat seperti terbukti dengan Peristiwa 13 Mei 1969.

Prinsip yang hendak diutarakan di sini ialah pertumbuhan perlu untuk agihan kerana apa yang diagihkan hanyalah datang daripada penambahan saiz kek ekonomi. Tambahan pula, cara menentukan sasaran agihan ini mesti berasaskan prinsip keperluan sosioekonomi yang merentasi kaum, strata, wilayah, gender, dan agama. Hanya dengan pendekatan begini baru kita dapat mencapai keadilan social yang membolehkan kemiskinan mutlak dihapuskan, kemiskinan relative atau agihan pendapatan disederhanakan dan tidak terdapat mana-manakumpulan dipinggirkan.

Dalam membincangkan persoalan pertumbuhan dengan kesetaraan ini, empat persoalan besar akan dibicarakan. Pertama, wacana tentang hubungan antara pertumbuhan dengan agihan, iaitu, bagaimana pertumbuhan mempengaruhi agihan dan sebagai imbalannya, bagaimana agihan pula mempengaruhi pertumbuhan. Kedua, persoalan hubungan antara kemiskinan dengan ketaksetaraan dan pertumbuhan di Malaysia, khususnya mengapa Malaysia memperkenalkan dasar pertumbuhan dengan kesetaraan dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru. Ketiga, membicarakan dasar dan perubahan struktur ekonomi Malaysia yang mempengaruhi perubahan kedudukan agihan pendapatan dan kemiskinan, khususnya meneliti apakah arah aliran agihan pendapatan dan insiden kemiskinan di negara ini. Keempat, meneliti faktor-faktor yang telah menentukan arah aliran agihan pendapatan dan  insiden kemiskinan di Malaysia. Perbicaraan mengenai empat persoalan ini membawa kita kepada rumusan bahawa pertumbuhan boleh melebar atau sebaliknya mengecilkan jurang ketaksetaraan agihan pendapatan. Kedua-dua proses ini boleh berlaku, bergantung kepada faktor-faktor struktur dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah Negara pada satu-satu masa. Campur tangan kerajaan merupakan kunci untuk mengurangkan ketaksetaraan dan memastikan keadilan sosial. Demi menegaskan pentingnya peranan kerajaan bagi mengawal dan mengecilkan jurang ketaksetaraan agihan pendapatan di Malaysia, maka beberapa cadangan dasar dimajukan untuk menangani cabaran-cabaran itu dengan mengambil kira perkembangan senario sejagat.

Pengenalan.

Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik atau masyarakat majmuk.Wujud hasil sejarah beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya.Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku

Page 5: etnik

ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya,persoalan sejarah melampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, dan etnik. Persoalan hubungan etnik perpaduan dan intergrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian etnik. Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969(peristiwa 13 mei) mencerminkan rakyat malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Punca-Punca Berlakunya Rusuhan Etnik.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.

Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan

Page 6: etnik

ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan prasarana yang serba sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat perkauman diantara ketiga-tiga etnik ini semakin menebal. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, sukatan pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.

Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara etnik. Disebabkan sukatan pelajaran kaum cina dan india berasal dari negara asal maka pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara atau gaya hidup tempat asal leluhur meraka. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah terhadap kaum lain.

Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak

Page 7: etnik

kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Perbezaan agama dan budaya

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

Masalah Ekonomi

Page 8: etnik

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Persatuan-persatuan etnik

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB

Page 9: etnik

telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983).

Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.

Kesan-kesan Tercetusnya Rusuhan Etnik.

Kesan Sosial

Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

Kesan Ekonomi

Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan

Page 10: etnik

juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.

Kesan kepada Integriti dan Imej Negara

Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.

Peristiwa Kampung Medan 2001

Berlaku pergaduhan setempat antara orang-orang Melayu dengan orang-orang India di Kampung Medan yang tercetus pada 8 Mac 2001 berlarutan sehingga 12 Mac 2001. Terdapat beberapa faktor utama yang mencetuskan tragedi di Kampung Medan iaitu:

1) Masalah sosio-ekonomi seperti perumahan, kekurangan kemudahan awam masyarakat miskin bandar (Melayu dan India) yang dipinggirkan daripada projek-projek pembangunan. Keadaan ini mewujudkan kesan psikologi yang tinggi.

2) Isu-isu yang berkaitan dengan polarisasi perkauman di kawasan tersebut yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak berwajib.

3) Perbuatan anasir luar yang ingin menganggu ketenteraman di kawasan tersebut dan mewujudkan ketidakstabilan politik.

4) Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.

5) Pengaruh parti politik yang sengaja memperbesarkan perkara-perkara kecil.

6) Ketidakmampuan Kerajaan Negeri dan Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan infrastruktur dalam masa yang singkat.

Page 11: etnik

CARA-CARA MENGATASI

Persepakatan diantara Kaum

Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini.

1.Bahasa dan Cara Berkomunikasi

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-besar pengajaran. (Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.) Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim.

2.Saranan dan pengaruh daripada ibubapa

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di

Page 12: etnik

Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.

3.Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan

Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.

CARA MENGATASI 1

Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Program seperti “Program 1 Malaysia”, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara. Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain. Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata pepatah melayu, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar. Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.

CARA MENGATASI 2

Untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi ini, pertama sekali sebagai bangsa Malaysia, bahasa dan cara berkomunikasi kita seharusnya menguasai dengan baik agar jurang antara kaum tidak akan berlaku disebabkan oleh ketidaksefahaman dan prasangka. Seterusnya saranan dan pengaruh daripada ibu bapa amat penting terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana anak-anak tersebut merupakan pemimpin hari esok dan perpaduan antara satu sama lain amat diperlukan agar negara menjadi maju dan kuat. Di samping itu, program dan polisi perpaduan kaum tidak harus sama sekali dipolitikkan kerana perbuatan tersebut adalah paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak yang bersih dan tidak berdosa. Sebagai contoh, program 1Malaysia

Page 13: etnik

dimana adalah tuntutan sama dan peluang yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk konsep tersebut berjaya, kami rasa kerajaan harus berhenti dengan bangsa politik kerana ini benar-benar melelahkan. Kami membesar dan mengikuti dengan borang aplikasi meminta kami untuk menanda bangsa kami. Kita seharusnya berhenti memberi tanggapan negatif terhadap bangsa lain dan berhenti berfikir tentang ‘kaum kami’, ‘etnik kami’ tetapi sebaliknya kita harus tumpukan bahawa kita tiada kaum melayu, tiada kaum cina, tiada kaum india kerana kita cuma terdapat bangsa Malaysia, bangsa Malaysia yang mempunyai kebebasan memilih agama dan kepercayaan yang sesuai dan disukainya. Untuk merdeka yang akan menjelang ini, kami berharap sebagai seorang Malaysian, kita dapat lebih memiliki hak bersuara, dapat dihormati dan dapat didengar. Kami berharap bahawa kerajaan benar-benar melaksanakan dan menjalankan demokrasi berparlimen dan saya berharap masyarakat Malaysia tidak lagi takut dan berasa mendiskriminasi terhadap satu sama lain, kerana kita adalah satu dan kita adalah sama sah dari sisi undang undang.

PENUTUP

Sebagai penutup, topik yang dibincangkan iaitu “Malaysia: Persepakatan diantara kaum”, kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya persepakatan padu di antara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan 2001 haruslah diambil sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni. “Malaysia truly Asia”

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.

Sumber.

1. http://c4-bmpengurusan.blogspot.com/

2. http:wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-malaysia/konflik-etnik-dan-ras/

Page 14: etnik

3. http://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei

4. http://www.angelfire.com/on2/ulchelah/MASALAH13MEI.html

5. http://www.scribd.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia

6. http://yazidothman.com/content/view/87/12/

7. http://www.scribd.com/doc/36207764/Hubungan-Etnik-Integrasi-Dan-Menangani-Cabaran.

8. http://seratah.blogspot.com/2010/05/sejarah-hitam-negara-peristiwa-13-mei.html

9. http://news.faisunan.com/search/karangan-langkah-mengatasi-rusuhan-kaum/

10. Buku teks: “Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia:” Nafisah Kamariah bt. Hj. Ismail, Mohamad Khadafi b. Hj. Rofie, Nor Hanani bt. Ismail & Ghafirah b.t Idris.

Basmi Kemiskinan cara DEB dan DPN

Dua dasar ekonomi jangka panjang yang diperkenalkan oleh pemerintah ini bermatlamat untuk membasmi kemiskinan. Pemerintah merasakan antara punca utama berlaku masalah dalam perpaduan kaum disebabkan oleh kemiskinan rakyatnya. Oleh itu apabila berlaku rusuhan kaum pada 13 mei 1969, pemerintah terus sahaja memperkenalkan DEB sebagai salah satu ubat mengatasi masalah perpaduan. Namun setelah tamat tempoh DEB dilaksanakan dan diteruskan dengan DPN, pemerintah masih lagi meletakkan matlamat basmi kemiskinan sebagai perkara yang penting. Dan dasar-dasar ekonomi yang lain juga diperkenalkan sebagai sambungan kepada dua dasar ini masih juga menjadikan kemiskinan sebagai masalah sehingga ke hari ini. Kenapa? Siapakah kumpulan miskin yang ingin dibela oleh DEB dan DPN? Adakah kumpulan sasar tersebut telah keluar daripada zon kemiskinan setelah tamat tempoh pelaksanaannya?

Inilah persoalannya. Bagaimanakah cara DEB dan DPN membela kumpulan termiskin.

Pemerintah mentafsirkan kumpulan utama yang miskin adalah masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar. Oleh itu DEB diperkenalkan dengan fokus membantu masyarakat luar bandar. Pelbagai agensi ditubuh dan dinaik taraf bagi memberi tumpuan yang lebih terhadap masyarakat luar bandar. Agensi seperti Felda, Felcra, Risda dan sebagainya digiatkan fungsinya agar mampu memberi bantuan kepada kumpulan misksin di luar bandar. Contoh agensi-agensi ini berfungsi agar masyarakat yang tidak mempunyai tanah dan rumah mampu memilikinya apabila mengikuti sekim yang diperkenalkan.

Manakala DPN pula memberi tumpuan yang lebih meluas termasuk masyarakat miskin di bandar. Peranan sektor swasta juga digalakkan terlibat sama dalam proses pembangunan negara. Pendidikan dan latihan menjadi teras utama pelaksanaan DPN khususnya dalam aspek membasmi kemiskinan.

Page 15: etnik

Dua dasar ini secara terperincinya memberi fokus kepada aspek kemiskinan. Walaupun matlamat tersebut tidak sepenuhnya berjaya dilaksanakan namun peranannya sedikit sebanyak berjaya mengubah ekonomi masyarakat.

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, masyarakat Malaysia sebenarnya bukan sepenuhnya bermasalah dari segi perpaduan kaum. Tetapi masalah tafsiran pemerintah terhadap kumpulan masyarakat, yang dilihat hanya pada bangsa sahaja tetapi tidak kepada kelas ekonomi masyarakatnya.

Strategi dalam dasar membasmi kemiskinan di Malaysia, perspektif sosioekonomi

Selepas beberapa tahun mendapat kemerdekaan dari Britain dalam tahun 1957, Bank Dunia menempatkan Malaysia sebagai negara berpendapatan menengah. Semenjak itu, negara ini terus menikmati kemakmuran ekonomi. Bermula sebagai negara pengeksport komoditi seperti getah, timah, minyak sawit dan petroleum, kini Malaysia meningkatkan jumlah pendapatan sehingga tujuh peratus sejak tahun 1970 hingga 2000. Dari 2001 hingga 2010, pembangunan turun dan naik di antara empat hingga lima peratus setahun kerana iklim ekonomi yang kurang memberangsangkan. Kesan besar peningkatan pendapatan ini ialah pengurangan kadar kemiskinan berbanding dengan separuh penduduk negara yang miskin pada 1970.

Peningkatan per kapita penduduk yang meningkat kepada US$14,700 dalam 2010, menokok daripada US$13,900 pada 2009. Pencapaian ini menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan menengah atas, suatu keadaan yang menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang pesat telah dialami sejak kerajaan memperkenalkan beberapa dasar yang menyokong usaha ke arah pembasmian kemiskinan dan penyusuan semula masyarakat.

Malaysia adalah sebuah negara yang meraikan masyarakat majmuk dengan penduduk Melayu dan bumiputera membentuk 61.4 peratus, Cina (23.7 peratus) dan India (7.1 peratus).Bagaimanapun, rusuhan kaum yang paling buruk dalam sejarah negara ini telah mengubah strategi dan pendekatan kerajaan untuk memakmurkan ekonomi. Dalam tindakan pantas dan tegas, kerajaan telah merumuskan bahawa dasar ekonomi dan sosial harus mengambil kira pendapatan setiap kaum dan mengagihkan kekayaan yang sama rata kepada semua rakyat. Usaha-usaha yang berterusan selepas itu telah berjaya membendung jurang perbezaan pendapatan yang ketara dan peningkatan ekuiti Melayu dan bumiputera dapat digandakan. Ketika merdeka, Malaysia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 7.4 juta namun pertambahan penduduk semakin pesat sehingga mencecah 27.6 juta orang pada 2010. Peningkatan penduduk bumiputera lebih besar kerana kadar kesuburan kelompok itu lebih tinggi.

Page 16: etnik

Sebelum 1957, kegiatan utama ekonomi rakyat ialah penanaman getah dan pengeluaran timah. Perusahaan lain ialah industri berskala kecil dan sebahagian besarnya berasaskan keluarga. Kerajaan menggalakkan kepelbagaian ekonomi dengan memberi perhatian kepada sektor industri dan perkhidmatan yang memberi pendapatan lebih besar dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk. Perbandaran yang pesat telah menggalakkan pembukaan kawasan perumahan dan bandar-bandar baru. Pada 2005, dianggarkan sebanyak 63 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan bandar berbanding hanya satu perempat  dalam 1957. Walaupun penghijrahan ke bandar lebih pesat pada hari ini, dari segi sejarahnya, masyarakat Melayu dan bumiputera masih dianggap sebagai penduduk luar bandar, manakala kaum Cina lebih ramai di bandar.

Sejak 1970, Malaysia telah merangka strategi pembangunan ekonomi kepada tiga fasa pembangunan jangka panjang iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970–90, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1990–2000 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) 2001‐10. Walaupun penekanan dalam dasar pembangunan jangka panjang  ini mempunyai impak ke atas pertumbuhan ekonomi, pembangunan yang dirancang itu telah memberi manfaat kepada semua kaum dan dilihat adil dalam agihan kekayaan ekonomi. Objektif DEB terus dibawa dalam dua dasar seterusnya dengan usaha pembasmian kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Selepas merdeka, pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat dibahagikan kepada empat fasa. Pertama, dari 1957 hingga 1970, iaitu meneruskan tradisi sebagai pengeluar getah dan timah. Kedua, dari 1971 hingga 1990 iaitu langkah menstrukturkan semula ekonomi dan diangap sebagai permulaan pembangunan dalam sejarah malaysia moden. Ketika ini diperkenalkan Rancangan Malaysia Kedua. Ketiga, dari tahun 1991 hingga 2000 iaitu fasa pertumbuhan yang sukar kerana berlakunya krisis kewangan Asia pengenalan kawalan pertukaran mata wang. Keempat, dari 2001 hingga 2010 dianggap sebagai tempoh persediaan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Iklim ekonomi global dilihat mengganggu rentak Malaysia ke arah status negara maju tersebut.

Dalam jangka masa panjang, kepelbagaian ekonomi menjadi teras utama dalam memacu pembangunan negara bagi mengatasi kebimbangan ekonomi global yang tidak menentu seperti yang sedang berlaku Eropah. Elemen paling penting sebagai pengajaran kepada Malaysia sejak 50 tahun lalu ialah menggubal dasar yang dapat mempelbagaikan sumber pendapatan untuk ekonomi berkembang dan mengambil kira sosio politik masyarakat berbagai-bagai kaum. Justeru kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan pada 1983 yang menjadikan negara sebagai perbadanan tunggal bagi menyediakan persekitaran untuk pihak swasta dan korporat memajukan negara. Kesan segera dasar ini ialah hasil cukai kerajaan semakin bertambah dan dapat digunakan untuk menyediakan keperluan asas kapeda penduduk khususnya di luar bandar. Ternyata, perubahan kepimpinan dari Tun Hussein Onn kepada Dr Mahathir menjadi detik penting pembangunan ekonomi Malaysia.

Page 17: etnik

PENGENALAN

Konsep Perpaduan dan Integrasi Nasional.........................................1

2. USAHA DAN STRATEGI YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

2.1Rukunegara….……………………………………………………………………………….… 3

2.2Wawasan 2020. ..………………… ……………………………………………………….. 4

2.3Dasar Ekonomi Baru…….…………………………………………………………………. 6

2.4Dasar Pembangunan Nasional….……………………………………………….…… 7

2.5Dasar Kebudayaan Kebangsaan.………………………………………………….….8

2.6Dasar Pendidikan Kebangsaan…….…………………………………………………. 9

3.BENTUK-BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA

3.1Halangan-halangan Yang Wujud…………………………………………………………16

3.1.1Dasar Pecah Perintah …………….……….........……………………………………. 16

3.1.2Pengasingan Sistem Pendidikan ………..…………...…………......…………...16

3.1.3Kemiskinan……………..…………………………....……………..........................17

3.2 Cara Mengatasinya…………………………………..........………………………………18

3.2.1 Kerajaan…………...……………………………………………...........………………… 18

3.2.2 Masyarakat…………………………………………………………………..........………19

Page 18: etnik

3.2.3 Rumusan………………….....………………………………………………..........………19

5.REFERENCE..…………………..………………………………………………………......……….2

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakatnya yang berbilang-bangsa dan majmuk dan terunggul dimana dunia. Disebabkan masyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat di lihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat keselamatan dan keharmonian negara. Selepas tragedi ini, sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Dalam buku ‘Malaysia Kita’ integrasi nasional bermaksud proses penyatu padukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identity nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak menghilangkan identiti asas masing-masing.

Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia integrasi lebih merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang menerimanya.

2. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN

Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah atau dasar sosial,ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah:

Page 19: etnik

2.1 RUKUNEGARA

Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya. Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.

2.2 WAWASAN 2020

Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah:

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Page 20: etnik

Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

2.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990 sebagai tindak balas kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi ‘serampang dua mata’ diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah:

Page 21: etnik

· Mewujudkan peluang pekerjaan

· Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

· Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antarakawasan

bandar dan luar bandar.

· Memodenkan kehidupan di luar bandar

· Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.

· Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

· Meningkatkan kemudahan infrastruktur

Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEB adalah satu dasar yang masih releven dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan cabaran semasa. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Bagi golongan atasan kaum bumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputera bagi mendapat syer di dalam pasaran. DEB masih releven.

2.4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak-seimbangan ekonomi berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Page 22: etnik

2.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

i.Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepadakebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini.

ii.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.

iii.Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan. Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistik dan simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas. Norma dan nilai pelbagai etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.

2.6 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dasar adalah fundamental bagi sesuatu perkara. Namun apabila kita membicarakan tentang Dasar Pendidikan Malaysia, frasa dasar tidak lagi hanya membawa makna asas, tapak atau falsafah semata-mata. Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan holistik. Hal-hal yang berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran 1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah melalui beberapa era pasca-merdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks menyebabkan wujud respons dinamik pada Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia.

3. BENTUK HALANGAN DAN CARA MENGATASINYA

Page 23: etnik

3.1 Halangan Yang Wujud

3.1.1 DASAR PECAH DAN PERINTAH

Sejak awal lagi, menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya menggelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur sosial dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu penduduk Bumiputera tidak diberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Ini dibuktikan daripada pengimportan buruh asing untuk mengisi keperluan tenaga buruh.Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem `Pecah dan Perintah’ (Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’ Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing – masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam per kembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara.

Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris pada zaman sebelum merdeka.

i.Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih.

ii.Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera.

iii.Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.

iv.Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.

v.Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.

vi.Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha ladang asing.

vii.Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran.

3.1.2 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

Page 24: etnik

Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenal pasti iaitu satu agen pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan.

Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga -tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan India sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenan-kompenan masyarakat yang “ berasingan tapi berdampingan”. Tambahan juga kemunculan “ kota-kota kolonial” ini yang menerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu.Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah diantara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris menganggap orang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada zaman kolonial. Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah Melayu.Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di England.Sekolah Melayu menitik beratkan kemahiran membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India,bahkan untuk sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang terlatih diTanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.

3.1.3 KEMISKINAN

Kemiskinan merupakan salah satu halangan untuk mencapai perpaduan.Kadar kemiskinan di kalangan penduduk pada zaman penjajahan adalah tinggi kerana fungsi ekonomi yang

Page 25: etnik

berbeza. Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang ketara di antara penduduk di bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya masalah sosial di kalangan rakyat. Keadaan ini telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah perpaduan dan seterusnya gagal mencapai integrasi nasional.

3.2 CARA MENGATASINYA

3.2.1 KERAJAAN

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Kerajaan menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

Strategi Pelaksanaan

Dasar Pembangunan Negara (DPN) akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;

(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak seimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;

(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

Page 26: etnik

(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

3.2.2 MASYARAKAT

KONSEP GAGASAN 1 MALAYSIA

Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara bangsa Malaysia, malah berfikir dan bertindak ke arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada hasrat ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan kelainan yang wujud dikalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malah, bersedia hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati nilai-nilai dan kepercayaan kaum yang lain. Ringkasnya, rakyat Malaysia sedia hidup sebagai satu ‘keluarga besar’ dalam satu negara hak milik bersama.

Sesungguhnya, Gagasan 1 Malaysia lebih bertekad memfokuskan kepada aspek psikologi atau jiwa rakyat Malaysia dalam menerima dan menerap nilai-nilai murni seperti kekitaan, memikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia, malah mengapuskan pemikiran yang bersandarkan satu kaum atau etnik tertentu di kalangan rakyat. Ini mendorong rakyat lebih mementingkan kepentingan negara dalam perjuangan masing-masing daripada memenuhi kepentingan dan keperluan sesuatu kaum tertentu yang tidak terhad.

NILAI-NILAI YANG DIMAJUKAN DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

Gagasan 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kelahiran sebuah negara bangsa yang mementingkan sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Malah perlu memahami dan menghayati lapan nilai yang digolongkan dalam nilai teras 1Malaysia, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi. Sesungguhnya, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati Malaysia di mana segala hasil pembangunan perlu dinikmati

Page 27: etnik

secara bersama. Rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia sebagai negara ibunda atau negara kita bersama, di mana tidak ada satu kumpulan kaum atau masyarakat yang merasa mereka terpinggir daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Gagasan 1 Malaysia mendukung prinsip keadilan sosial untuk semua kaum. Ini bermakna, nasib dan kepentingan semua kaum akan terbela agar mana-mana kaum atau kumpulan masyarakat pun meresa mereka dipinggirkan. Malah, kaum dan golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kerajaan akan diberikan keutamaan dalam menerima bantuan yang sewajarnya. Dengan itu, Gagasan 1 Malaysia menegaskan bahawa tidak siapapun rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat kelas 2 atau dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara ini. Malah setiap kaum, bumiputra ataupun bukan bumiputra, yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masing-masing akan dibantu oleh kerajaan.

PERANAN KAUM MASING-MASING DALAM MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa, semua kaum perlu berusaha memperkasakan Gagasan 1Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada penerapan nilai-nilai murni dan teras 1 Malaysia sebagai amalan hidup mereka.Pertubuhan-pertubahan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti ( contoh: menubuhkan Kelab 1 Malaysia-Rukun Negara di kawasan masing-masing) dalam menyemarak dan melestarikan 1Malaysia dan Falsafah Rukunegara.

Penghayatan semangat Rukun Negara perlu diteruskan dikalangan rakyat Malaysia. Kupasan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui pelbagai aktiviti sosial harus diteruskan supaya rakyat dapat menerapkan semangat kenegaraan, bersama-sama dengan teras-teras 1Malaysia. Usaha ini diharapkan akan melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.

Lima prinsip penting yang terdapat dalam Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam usaha membina negar Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara Barat.

Page 28: etnik

Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan,etnik, agama malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.

5. REFERENCE

Model Hubungan Etnik, UPENA, Shamsul Amri Bharudin

Malaysia Kita,Institut Tadbiran Awam Negara, 1991.

Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Ishak bin Saat, 2005.Karisma Publications Sdn Bhd

Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Tengku Anuar, 1990 :Nurin Enterprise.

Bahan dari Internet

Bunn Nagara (2005).Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).http://www.malaysia-today.net-0404

My Wawasan 2020. (Online).http://www.groups.msn.com.htm

Jabatan Penerangan Malaysia (Online) Konsep Gagasan 1 Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:

Page 29: etnik

(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);(b) Dasar Ekonomi Baru;(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;(h) Integrasi antara wilayah.

A. Rukun NegaraRukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:(a) Kepercayaan kepada Tuhan;(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;(c) Keluhuran Perlembagaan;(d) Kedaulatan Undang-undang; dan(e) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.

B. Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:

i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaumii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan.

C. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah daninstitusi-institusi pengajian tinggi.ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di Malaysia.iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

Page 30: etnik

D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini;ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsurKebudayaan Kebangsaan; daniii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.[1]

E. Bahasa Kebangsaan

Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan Cintailah Bahasa Kita’.

F. Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik.

Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan.

Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan.

G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional

Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.

Page 31: etnik

I. Pindaan Akta Hasutan

Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum, termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah:i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini; danii) kedudukan raja-raja Melayu.

J. Integrasi Antara Wilayah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah.

Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional.

Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA (1956-2010)

Selepas merdeka, kerajaan memberi perhatian berat terhadap usaha membangunkan negara, terutama di kawasan luar bandar. Kemerosotan harga getah akibat persaingan daripada getah tiruan memperlihatkan struktur asas ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada dua jenis komoditi iaitu, getah dan biji timah. Oleh yang demikian, kerajaan mengambil langkah dengan mempelbagaikan asas ekonomi bagi mengatasi keadaan ini dengan memperkenalkan komoditi lain selain getah dan bijih timah.a) Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara selepas mencapai kemerdekaan.Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar, terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan. Rancangan ini memberi tumpuan pada dua matlamat utama berikut;i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar.ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.b) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar.Rancangan ini menekankan

Page 32: etnik

matlamat berikut;i. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasanii. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandariii. Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.iv. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.c) Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970)Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui Rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia.Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah;i. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bijih timah.ii. Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan penggangguraniii. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.iv. Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.

RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA(1971-1990)a) Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969. Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya;i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.ii. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.Usaha-usaha membasmi kemiskinan;i. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.ii. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah.iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar.iv. Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.v. Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980)RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara. Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.c) Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB.Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan

Page 33: etnik

pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir. d) Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta.Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan;i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA 3e) Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995)Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional.Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara.ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial.iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.f) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang. Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta.

g) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)RMK 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu

Page 34: etnik

Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara.h) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010)Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.Rancangan ini menggariskan enam cabaran;i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysiaii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasiiii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.iv. Membangunkan sumber manusia.v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.

Langkah-Langkah Mengatasi Konflik Etnik dan Ras

Konflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun rakyatnya. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras.

Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi.

Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat.

Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini

Page 35: etnik

boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.

Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan .

Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.

Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.

Pendekatan konsep 1Malaysia DS Najib adalah penyelesaian jangka panjang bagi membina perpaduan yang jitu di Malaysia. Walaupun DAP dan Perkasa memandang sinis konsep 1Malaysia, mungkin pelaksanaan awal tidak menampakkan hasil tetapi dari segi jangka panjang mana-mana kerajaan yang memerintah Putrajaya perlu mengakui konsep 1Malaysia sangat relevan bagi mengatasi konflik etnik dan ras.

Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.

Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.

Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .

Page 36: etnik

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK.

PENDAHULUAN

Perlembagaan ialah kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. Menurut Profesor A. V. Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Di negara kita, perlembagaan menjadi rujukan bagi pemerintahan negara. Perlembagaan bertujuan untuk memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. Malaysia mengambil model Parlimen jenis Westminister daripada Perlembagaan British. Perlembagaan Perseketuan diklasifikasikan kepada perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis.

Perlembagaan di Malaysia bermula apabila Malayan Union dibubarkan pada

1 April 1946 setelah mendapat tentangan orang melayu, satu perjanjian baru telah ditandatangani. Seterusnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah digubal dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Kemudian Suruhanjaya Perlembagaan Baharu Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid dibentuk sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan. Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan telah berkuatkuasa bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadi asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali sehingga tahun 1988.

Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu di Malaysia.

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Kontrak sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.

Page 37: etnik

Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum semasa pembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian daripada perlembagaan Malaysia.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan yang Berkait dengan Hubungan Etnik

Sumber: Perlembagaan Persekutuan sehingga 10 Ogos 1995

PERKARA – PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN

Perkara 8 – Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan dalam

soal agama dan kedudukan istimewa orang melayu.

Menurut perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap rakyat akan mendapat perlindungan undang-undang yang sama kecuali diperuntukan oleh Perlembagaan, tiada perbezaan di antara warganegara dari segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan dan taraf ekonomi. Selain itu, rakyat yang tinggal di semua negeri dalam Persekutuan akan mendapat layanan yang sama rata dan kerajaan tidak akan mengutamakan rakyat yang tinggal di sesebuah negeri tertentu sahaja. Walaupun warganegara Malaysia mengamalkan agama, adat dan keturunan (kaum) yang berbeza, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pemerintahan yang berdasarkan warna kulit (Dasar Apartheid), agama, keturunan atau tempat lahir dan kaum. Dengan kata lain semua rakyat mendapat perlindungan undang-

Bahagi

an

Ba

b

Perka

ra

Kandungan

2 1 8          Kebebasan asasi2 1 10          Kebebasan asasi

4 2 38          Majlis Raja-raja

11 1 150          Menentang perbualan subversif dan kuasa

darurat

12 1 152          Bahasa kebangsaan

12 1 153          Bahasa kebangsaan

Page 38: etnik

undang yang sama tanpa mengira perbezaan kaum. Begitu juga dalam perlembagaan, tiada diskriminasi terhadap perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau mana-mana pentadbiran undang-undang dalam memperolehi, memegang, melepaskan harta atau menjalankan apa-apa perniagaan/profesion. Terdapat pengecualian dalam perkara 153 yang membuat peruntukan layanan istimewa bagi orang melayu dan kaum bumiputera yang lain di sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara sepeti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

Perkara 10 (4) – Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan

raja- raja, kedudukan agama islam dan kedudukan orang melayu.

Di dalam perlembagaan juga, terdapat satu perkara yang disebutkan iaitu hak

asasi. Setiap warganegara yang sah, akan mendapat jaminan dan perlindungan dari

kerajaan. Dalam perlembagaan mengenai hak asasi, terdapat dua jenis iaitu hak ramai dan hak individu. Contohnya dalam Perkara 10, disebut, memberi hak kebebasan bercakap merupakan hak individu manakala dalam Perkara 10(2), disebut, Parlimen diberi kuasa untuk mengawal hak tersebut kerana ia merupakan hak orang ramai. Rasionalnya ialah hak kebebasan bercakap itu mungkin akan menjejaskan keselamatan orang ramai. Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia telah ditubuhkan di Malaysia. Badan ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberikan perlindungan hak asasi manusia di negara ini.

Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakan langkah yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan seperti menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan kontrak sosial boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidak boleh dilakukan secara sesuka hati. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum penahanan itu disahkan. Di antara syarat-syarat tersebut ialah:

i) Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhak mengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu dengan mengemukakan kenyataan melainkan kenyataan itu dianggap membahayakan kepentingan negara.

ii) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih dari 3 bulan melainkan

penahanannya telah disyorkan oleh Yang Di-Pertuan Agong oleh satu badan penasihat. Badan penasihat itu akan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh warganegara yang ditahan itu sebelum mensyorkannya.

Page 39: etnik

iii) Badan tersebut haruslah terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 orang ahli biasa. Pengerusi itu haruslah layak iaitu merupakan hakim dan perlantikan ahli badan itu dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong.Perbicaraan bagi pesalah ini berlainan kerana perbicaraan adalah jenis tertutup.

Dalam perkara 10 juga, menyatakan mengenai batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja, Islam, orang melayu dan sebagainya. Agama Islam menjadi agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hasil daripada persetujuan dan semangat muafakat yang ada pada pimpinan semua bangsa. Agama Islam diiktiraf dalam perlembagaan Malaysia dan diberikan kedudukan yang signifikan. Apa yang penting ialah cara bagaimana ia diberikan penafsiran agar Islam itu dilihat sebagai komprehensif, dinamik dan bersepadu. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam Negara Malaysia. Hal ini sudah tentu menjamin kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Selain itu para sultan di negeri-negeri pula merupakan ketua agama di negeri masing-masing. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa badan-badan perundangan negeri boleh menggubal sebarang undang-udang di bawah semangat perlembagaan.

Dalam Perlembagaan Malaysia, kebebasan beragama diberikan sepenuhnya kepada setiap warganegara. Setiap warganegara bebas untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan menyebarkannya. Walau bagaimanapun, pendakyahan sebarang kepercayaan dan doktrin agama kepada individu Islam adalah tidak dibenarkan. Tiada seorang pun boleh disuruh untuk membayar apa jua bentuk cukai untuk tujuan agamanya kecuali untuk agamanya sendiri. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agamanya dan mewujudkan institusi untuk tujuan keagamaan, kebajikan, memperoleh dan memiliki serta menguruskannya mengikut undang-undang. Dalam hal ini, diskriminasi tidak dibenarkan terhadap mana-mana warganegara atas dasar agama, bangsa, keturunan dan tempat kelahiran. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk menubuhkan institusi untuk tujuan pendidikan di dalam agamanya sendiri. Pengingkaran terhadap perlembagaan dianggap sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang negara Malaysia.

Walaupun Perlembagaan Malaysia dalam perkara 10 menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk bercakap, Islam tidak boleh digantung atau dimansuhkan sama ada melalui pindaan biasa ataupun melalui darurat Islam juga tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenangnya. Hal ini dapat ditunjukkan dalam perkara 9 dan 10 yang menyatakan bahawa apa-apa jenis sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting dari segi kententeraman dan keselamatan negeri.

Kebebasan beragama yang diamalkan oleh orang Islam di Malaysia merupakan kewajipan dan ajaran yang telah ditentukan oleh agama Islam itu sendiri. Islam mengiktiraf kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam anutan apa-apa agama.

Setiap individu mempunyai hak mempercayai dan mengamalkan sistem kepercayaaan masing-masing.

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata

kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak

Page 40: etnik

percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya

ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak

akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[Surah Al-Baqarah: 256]

Perkara ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:

Islam menyuruh umatnya memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa ada sebarang bentuk penindasan mahupun diskriminasi. Ini menunjukkan dalam Islam tiada unsur paksaan. Keharmonian dan kehidupan hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akan tercapai sekiranya tidak wujud kebebasan beragama, toleransi, saling memahami dan perpaduan. Islam mengakui bentuk-bentuk kepelbagaian budaya dan agama serta kepercayaan dengan memberikan garis panduan tentang pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap budaya, agama dan sistem kepercayaan yang diredhai-Nya.

Bahkan hak-hak orang bukan Islam tetap dipertahankan dalam konteks sejarah pemerintahan dan pentadbiran Rasulallah.s.a.w., para sahabat dan pemerintah yang adil.

Ketiadaan kebebasan beragama dalam sesebuah negara akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif. Sejarah telah membuktikan bahawa penjanaan pembangunan dan kemajuan negara kita sejak merdeka hinggalah sekarang adalah hasil daripada semangat bekerjasama, hormat menghormati, tolong menolong dan toleransi yang menjadi resepi unik negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Perkara 38 – Kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu ,orang melayu, bahasa melayu dan agama islam.

Dalam Perkara 38 kuasa Majlis Raja – Raja menghalang parlimen membuat undang – udang yang ,menyentuh kedudukan raja – raja melayu, orang melayu, bahasa melayu dan agama Islam. Agama Islam merupakan agama persekutuan.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah bermaksud negara ini mengamalkan sistem teokrasi. Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut agama yang lain dan juga merayakan perayaan masing-masing. Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-masing. Banyak peruntukkan telah dibelanjakan untuk membangunkan agama Islam selepas merdeka.

Prinsip kerakyatan secara ‘jus soli’ telah diperkenalkan semasa rancangan

Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India yang

dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya.

Page 41: etnik

Tetapi dengan adanya Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM.

Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap

negara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Selain itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.

Prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja’ telah dimasukkan ke dalam Rukunegara yang

merupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-raja di

Malaysia. Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948.

Ia bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa,

kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa kebangsaan,

kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja.

"Adalah pandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang Maha Mulia bahawa tidak dikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang dicadangkan bahawa ajaran agama Muslim atau ajaran agama Islam adalah agama yang ditetapkan bagi Persekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak menyokong perisytiharaan seperti itu dimasukkan dan ini adalah perkara arahan khusus dimana saya tidak banyak terlibat".

Hakim Abdul Hamid berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau Hakim Abdul Hamid dari Pakistan itu mengesyorkan oleh kerana cadangan yang dibuat oleh Perikatan itu adalah dibuat sebulat suara, ia harus diterima. Peruntukan seperti itu telah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang perlu ialah memindahkannya dari Perlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh golonganorang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan dalam semua bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.

Selain itu, tugas Majlis Raja-raja ialah mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa amalan agama dalam seluruh Persekutuan. Berhubung perkara 3 Perlembagaan menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi terutamanya bagi maksud-maksud upacara. Pengisytiharan itu dimasukkan bagi membolehkan Majlis Raja-raja mengeluarkan perintah tentang upacara dan amalan agama Islam yang terpakai bagi Persekutuan secara menyeluruh. Hal ini juga membolehkan Yang di-Pertuan Agong mewakili Raja-raja dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi, namun setiap warganegara diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman damai.

Page 42: etnik

Bahagian 11, Bab 1, Perkara 149-151,

Kandungan: Kuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversive dan kuasa-kuasa

darurat.

Perkara 150 – Kedudukan agama islam, Adat istiadat melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibicarakan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran yang menegaskan bahawa hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Justeru, dalam menangani masalah ini, kerajaan merujuk kepada perlembagaan telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu

Perkara 150 membenarkan Parlimen atau Yang di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana negeri dan bahagian Persekutuan. Di sini juga, perlu disebutkan bahawa masih belum ada terjemahan Perlembagaan yang betul dan sahih di Malaysia dan dengan lain perkataan "Islam is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan. Ia juga di terjemahkan sebagai "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan".

Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "agama Islam" yang digunakan di Perkara 3 bolehlah dihujjahkan disini bahawa apa yang dimaksudkannya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Apabila disebut "agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan", orang-orang

Page 43: etnik

bukan Islam mendakwa bahawa mereka diberi kebebasan mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka, akan tetapi cara hidup mereka hendaklah tidak menyekutukan dan bercanggah mengenai agama lain.

Mereka tidak mahu undang-undang Islam dikenakan kepada mereka dan lebih suka mengikut undang-undang lnggeris. Jika ini makna yang dikehendaki di beri kepada perkataan "agama" oleh orang-orang yang bukan Islam, lebih-lebih lagilah orang-orang Islam berhak memberi makna yang luas kepada "Islam" sebagai agama Persekutuan.

Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan agamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa adapt istiadat atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.Telah ada beberapa negeri yang telah mengadakan undang-undang untuk menyekat pengembangan agama-agama lain antara orang-orang Islam akan tetapi sayangnya ada beberapa negeri yang belum lagi mengadakan undang- undang itu termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan. Islam juga turut dilindungi ketika darurat melalui perkara 150(6A) yang menyekat kuasa Parlimen daripada mengganggu apa-apa perkara mengenai hukum syarak atau mengubah kedudukan apa- apa perkara berhubung dengan agama seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Perlindungan yang boleh dikatakan cukup ketara yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Islam boleh dilihat pada perkara 11(4). Sungguhpun perkara 11(1) memberikan kebebasan kepada tiap-tiap orang untuk menganut dan mengamal agamanya, ia bagaimanapun meletakkan sekatan dalam urusan pengembangan agama.

Perlembagaan memberikan kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama selain daripada Islam di kalangan orang Islam.

Setakat ini, sembilan negeri – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu – sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing. Kelantan negeri yang paling awal pada tahun 1981, dan paling akhir ialah Johor pada tahun 1991. Di Selangor misalnya, undang-undang yang dikenali sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) Selangor 1988 itu menjadikan satu kesalahan sekiranya seseorang memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam, menjadi pengikut atau ahli agama bukan Islam atau meninggalkan atau membelakangi agama Islam. Agama bukan Islam dalam enakmen itu ditakrifkan sebagai Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Judaisme dan apa-apa bentuk kepercayaan yang berasal daripada agama-agama tersebut. Tafsirannya juga mencakupi kepercayaan pagan dan animisme, serta apa-apa kepercayaan dan amalan yang tidak diperakui oleh Islam. Di sini jelaslah bahawa keutamaan dan perlindungan yang diberikan kepada Islam itu secara tidak langsung meletakkan negara ini sebagai sebuah negara Islam. Tetapi ia bukanlah sebuah negara yang boleh dianggap Islam sepenuhnya, dan pada masa yang sama, tidak pula boleh dianggap sebagai negara sekular.

Inilah sebuah negara yang mengamalkan dua sistem, dengan Islam diberikan kedudukan yang sedikit istimewa. Sungguhpun Islam diberikan keutamaan, agama-agama lain tidaklah pula sampai diketepikan. Perlembagaan masih melindungi kebebasan kepada masyarakat bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai, tidak

Page 44: etnik

membeza-bezakan semata-mata kerana faktor agama dan tidak memaksa sesiapa untuk menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam upacara agama yang lain daripada agamanya. Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi yang menyambut kelahiran negara ini hampir 50 tahun lalu, yang harus difahami dan dihormati oleh generasi pewaris yang akan mengemudikan perjalanan masa depan Malaysia.

Pada masa yang sama juga, untuk menegakkan kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama sahaja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah Ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong Ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.

Perkara 152 – Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan bahasa-bahasa lain.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Namun, bahasa lain dibenarkan dalam situasi tidak rasmi atau dalam pembelajaran. Mengikut Akta ( Pindaan ) Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan dan dilindungi oleh Akta Hasutan. Namun demikian, bahasa Inggeris dibenarkan oleh Yang di – Peruan Agong semasa berhubung dengan negara – negara lain atau badan antarabangsa, latihan –latihan yang dikendalikan oleh pakar dari luar negara, dalam perundangan ( naskhah undang – undang sahih dalam bahasa Inggeris ) dan laporan penaksiran dan perakaunan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar dengan diwajibkan di semua jenis pusat pendidikan. Ini

merupakan salah satu langkah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa yang

sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan Bahasa

Melayu serta menggalakkan penggunaannya. Minggu Bahasa Melayu dan Bulan

Bahasa Melayu dilancarkan dalam tahun 1960, melalui cogankata “Bahasa Jiwa

Bangsa”.Walaupun dengan kedudukan istimewa bahasa Melayu tersebut, bahasa lain yang terdapat di Malaysia tetap diperakui kewujudannya. Bangsa lain masih boleh mengamalkan bahasa mereka tetapi tidak dalam urusan rasmi.

Sekolah – sekolah jenis kebangsaan hendaklah menerima sistem pendidikan di Malaysia yang mewajibkan setiap pelajar mempelajari bahasa Melayu. Dalam pada itu, pelajar yang

Page 45: etnik

tidak lulus subjek bahasa Melayu pada peringkat SPM tidak layak memohon tempat di institusi pengajian tinggi.

Kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan setiap kaum haruslah memperakui tanpa mempersoalkannya. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa bahasa Melayu harus digunakan untuk urusan rasmi kerajaan, rakyat perlulah mendaulatkan dan menggalakkan bahasa Melayu, rakyat tidak mengira kaum tidak boleh menghina dan merendahkan bahasa Melayu, kerajaan juga tidak boleh menghalang penggunaan bahasa kaum lain selagi mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, tiada sesiapa pun yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan, mengajar atau belajar bahasa asing dan Perkara 162 (seksyen 4) juga menyebut bahawa Yang di Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris, termasuk di Parlimen atau DUN, jika perlu dan dengan izin speaker.

Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, ialah bahasa tulisan dan dijadikan wahana komunikasi surat – menyurat. Sementara keadaan bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding bahasa Melayu tulisan. Berdasarkan isu tersebut, kumpulan kami telah mengenalpasti sebab – sebab timbulnya masalah tersebut iaitu kerana kurangnya latihan pertuturan yang baik melibatkan pelajar sekolah sama ada Melayu sendiri, Cina, India ataupun kaum lain; mahasiswa serta petugas awam, kurang asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam perbahasan dan pertuturan, kurang latihan atau matapelajaran berkaitan karya – karya sastera bangsa sendiri, pembelajaran dalam bidang sastera yang tidak dikemaskini dan kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasan sebagai bidang kajian atau mata pelajaran. Dalam maksud lain, sesetengah masyarakat menggunakan bahasa Melayu secara ala kadar dan kerana itulah kita tidak peduli mengenai kesalahan penggunaanya. Jika dilihat hari ini, orang bukan Melayu lebih senang menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang Melayu. Mungkin bagi mereka lebih selesa menggunakan bahasa asing daripada membudayakan bahasa kebangsaan sendiri.

Menyelusuri dunia tanpa sempadan kini, bahasa Melayu tidak terkecuali menerima tempiasnya dalam konteks bina bangsa. Antara isu tersebut ialah masalah penjiwaan bahasa Melayu, berleluasanya penggunaan bahasa rojak, masalah penggunaan serta keutamaan bahasa Melayu, unsur – unsur serta amalan yang boleh merosakkan bahasa Melayu, utiliti bahasa Melayu itu sendiri dan tuntutan perubahan dalam sistem pendidikan negara. Jika dibiarkan isu ini tanpa pemerhatian yang rapi, akan mendatangkan musibah yang besar kepada bahasa Melayu. Seperti petikan pendapat di bawah yang menyatakan,“ .....kerajaan tidak perlu memperkenalkan semula aliran Inggeris semata – mata untuk meningkatkan pengusaan bahsa tersebut di kalangan pelajar. Sistem sedia ada terbukti mampu mencorakkan penguasaan bahasa malah dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia sekaligus dapat merapatkan hubungan kaum...”

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM),

Page 46: etnik

Profesor Madya Aminah Ayob

“…pelajar Melayu perlu mencontohi pelajar Cina yang boleh menguasai bahasa Cina dengan baik di sebalik mereka memberi perhatian kepada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kita menyokong saranan ini bukan bermakna kita berpatah balik tetapi mahu melihat pelajar-pelajar kita mampu menguasai bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka menimba seberapa banyak ilmu…”

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM), Sanif Suradi

Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat yang setia perlulah menjaga maruah bangsa kita bak kata Hang Tuah “ tidak akan Melayu hilang di dunia ”. Pembudayaan bahasa jiwa bangsa haruslah diterapkan dalam diri setiap golongan masyarakat tidak mengira kaum supaya bahasa Melayu tidak mudah diancam oleh faktor – faktor lain yang sekaligus dapat melemahkan identiti Malaysia sendiri. Walaupun pelbagai isu berbangkit termasuklah berkaitan dengan hubungan antara kaum,

Perkara 153 – Kedudukan istimewa orang melayu tanpa menafikan kaum lain.

Isi-isi Perlembagaan Merdeka telah memberikan rangka kerja untuk Perlembagaan Persekutuan 1963. Perlembagaan Persekutuan ini telah meliputi fasal-fasal tentang hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan, dan agama tanpa merampas “hak dan keistimewaan mana-mana individu, permit atau lesen yang diperoleh atau dinikmati atau dipegang olehnya” (Fasal 153). Ia juga telah meliputi “beberapa isu-isu lain yang berkaitan dengan hal-ehwal hubungan orang Melayu dan Cina”.

Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk pada 1957 dan 1963 melalui perbincangan bapa-bapa kemerdekaan, adalah berdasarkan kontrak sosial yang telah mengasaskan negara ini. Perlembagaan ini “memberikan gambaran terhadap kontrak sosial antara rakan kongsi yang setaraf bagi menjamin kesaksamaan terhadap semua rakyat, tidak mengira kaum atau agama dalam demokrasi yang pluralis,” kata Dr Ng Kam Weng, Pengarah Kairos Research Centre, dalam artikel di The Star pada 15 November, 2003.

Dalam semangat kontrak sosial yang telah diasaskan oleh nenek moyang kita, tiada kumpulan etnik yang perlu merasakan ianya lebih rendah tarafnya daripada etnik yang lain. Ini telah dijamin oleh Perdana Menteri yang telah berjanji pada hari keputeraan Yang Dipertuan Agong tahun lalu bahawa kerajaan akan berpegang teguh terhadap kontrak sosial dengan melindungi semua kumpulan etnik daripada segala bentuk penindasan ataupun diskriminasi (The Star, Jun 6, 2004).

Perkara153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Malaysia. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan Persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia dianggap sebahagian daripada kontrak sosial.

Page 47: etnik

Perkara 153 telah mengamanahkan baginda bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah memaktubkan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang berkaitan :

i. Perkhidmatan Awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)

ii. Ekonomi : Perkara 153 (6)

iii. Pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

iv. Kedudukan Istimewa Orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan

Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

v. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta

Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum Bumiputera. Istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan Malaysia, seperti perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

“Kita jangan sekali-kali menidakkan apa yang dipersetujui dan dijanjikan oleh nenek moyang pada masa dahulu. Kontrak sosial ini iaitu yang termaktub dalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan sebenarnya bukan sesuatu yang dianggap sebagai diskriminasi kaum. Ia adalah kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan 48 tahun lalu akan kekal sampai bila-bila walaupun perubahan terus berlaku,” kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.(Selasa 16 Ogos (Bernama).

Dalam menerima kerakyatan bukan Melayu dan segala hak yang berkaitan, orang-orang Melayu terdedah kepada persaingan dalam semua aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa mereka dapat bertahan dalam persaingan tersebut, satu hakikat yang diakui oleh penjajah Inggeris. Maka dengan itu wujud perlindungan dan kedudukan istimewa yang diberi kepada orang Melayu.

Semasa perundingan di antara pemimpin-pemimpin kaum pada 1950’an, persetujuan dicapai bagi melanjutkan hak-hak istimewa Melayu seperti yang terkandung dalam Memorandum Perikatan. Pemimpin-pemimpin bukan Melayu bersedia menerimanya kerana kedudukan orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan. Mereka jauh ketinggalan dan memerlukan bantuan-bantuan khusus melalui peruntukan-peruntukan tertentu.

Suruhanjaya Reid telah mengambil kira Memorandum Perikatan sebagai yang wajar tetapi setelah menimbangkan hak-hak semua rakyat di bawah demokrasi, mengesyorkan hak-hak istimewa Melayu dalam masa lima belas tahun saja. Jelas syor ini tidak adil kepada orang-orang Melayu yang telah berkorban dalam berkongsi kerakyatan dengan penduduk bukan Melayu. Ianya juga tidak realistik kerana untuk satu-satu bangsa menjadi cukup berdaya saing, tiada batasan waktu boleh ditetapkan. Orang Melayu rata-rata termasuk wakil-wakil UMNO menentang keras syor suruhanjaya ini. MCA sendiri bersetuju dengan cadangan

Page 48: etnik

asal Perikatan berhubung dengan hak istimewa Melayu digunakan iaitu tiada batasan waktu untuknya, sebaliknya ia boleh dikaji semula dari masa ke masa. Dengan itu lahirlah Fasal 153 dalam Perlembagaan yang memperincikan peruntukan yang berkaitan orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam 4 lapangan iaitu tanah simpanan, kuota untuk penerimaan ke dalam perkhidmatan awam, kuota dalam pengeluaran permit atau lessen untuk menjalankan perniagaan-perniagaan tertentu, dan keutamaan yang berhubung dengan dana pelajaran dan bentuk-bentuk bantuan bagi maksud pendidikan. Antara hak-hak keistimewaan orang melayu ialah :-

· Tanah.

Tanah Simpanan Melayu adalah penerusan dasar sebelum merdeka lagi bagi memastikan pemilikan orang-orang Melayu tidak terusik. Tetapi luas tanah di satu-satu negeri itu hendaklah tidak melebihi tanah yang terbuka untuk semua kaum. Tanah dikekalkan dalam bidang kuasa negeri dan statusnya boleh diubah mengikut persetujuan Exco Negeri tetapi tidak harus melanggar peruntukan Akta Simpanan Tanah Melayu. Tetapi hakikatnya banyak dari tanah Melayu terjual bagi tujuan pembangunan tanpa diganti balik.

· Perkhidmatan Awam.

Dalam perkhidmatan awam, wujud kuota dalam pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Buat sekian lama, masa penjajahan dan selepasnya jumlah kakitangan Melayu di Bahagian Pertama dalam pentadbiran awam kurang berbanding dengan bukan Melayu. Ia dapat diperbetulkan apabila terdapat lebih ramai anak-anak Melayu lulus peringkat Ijazah.

Oleh kerana, kebanyakkan orang Melayu dalam pentadbiran, ia dipersoalkan oleh orang-orang bukan Melayu yang mahu keadaan ini diubah bagi pengambilan yang sama rata tanpa memperdulikan tradisi orang-orang Melayu dalam pemerintahan.

· Permit dan Lesen.

Dengan adanya permit dan lessen kuota boleh diberikan untuk orang-orang Melayu dalam permohonan permit dan lesen-lesen perniagaan. Ini membolehkan penglibatan mereka yang lebih luas memandangkan mereka agak terkebelakang dalam perniagaan dan bidang ekonomi umumnya. Tanpa kuota ini tiada jaminan yang mereka akan beroleh satu bahagian yang adil dan faedah-faedah ekonomi. Tetapi ini tidak bermakna ia sengaja melakukan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain. Sebarang permit atau perniagaan milikan mereka tidak boleh ditarik balik semata-mata untuk dibahagikan kepada orang Melayu. Dengan itu tiada halangan bagi kaum-kaum bukan Melayu untuk menjalankan perniagaan mereka dengan sebebas-bebasnya.

· Biasiswa dan dana pelajar.

Pemberian biasiswa dan dana pelajar kepada orang Melayu adalah bagi membolehkan mereka mengajar kaum-kaum lain dalam bidang pendidikan. Tanpa biasiswa dan dana ini, orang-orang Melayu yang rata-ratanya berpendapatan rendah akan terus tercicir dan ditinggalkan oleh kaum-kaum lain di peringkat pendidikan. Kesannya akan dirasai pada

Page 49: etnik

ekonomi orang Melayu. Di waktu penjajahan, didapati lebih banyak biasiswa dan dana dikeluarkan untuk pelajar-pelajar bukan Melayu. Selepas merdeka, keadaan menjadi lebih seimbang, tetapi kini biasiswa bukan menjadi hak pelajar-pelajar Melayu lagi sepenuhnya kerana telah dibuka kepada pelajar-pelajar bukan Melayu.

Bagi merapatkan jurang modal insan ini, aspek pendidikan merupakan satu aspek yang amat penting sekali bagi meramaikan bijak pandai Melayu. Dengan mengambil kira faktor inilah atas desakan UMNO maka semasa pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Suruhanjaya Reid dan kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Melayu Raya atau Malaysia selepas Malaysia ditubuhkan telah dimasukkan Perkara 153 ke dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukan bahawa setiap orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang berkelayakan adalah diberi hak biasiswa secara automatik.

Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :

“ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak .......... mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.”

Sumber : Perlembagaan dan Undang-undang Perkara 153

Daripada peruntukan di atas jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran, latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ia adalah hak, harta dan pusaka orang Melayu kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi sebarang pemberian pinjaman, apa-apa bantuan dan kemudahan dalam pelajaran yang memerlukan pembayaran balik adalah bertentangan dengan dan tidak memenuhi Perkara 153 (3) Perlembagaan. Ini perlu diperbetulkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, antara tuntutan yang bersifat umum untuk kemajuan ekonomi dan pentadbiran yang baik akan diterima tetapi apa yang diragukan ialah tuntutan yang jelas mengandungi unsur-unsur perkauman dengan mencuba menidakkan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan, misalnya:

i) Desakan supaya dihapuskan diskriminasi perkauman.

ii) Permansuhan perbezaan antara “bumiputera” dengan “bukan bumiputera”.

iii) Penghapusan sistem kuota yang berasaskan “kaum” dan gantikan dengan sistem

pengagihan berasaskan “kebolehan”.

Page 50: etnik

iv) Penghapusan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Perlembagaan Malaysia mengandungi aspek Kontrak Sosial kerana ia merupakan satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia. Huraian lanjut dari perseptif sejarah yang meliputi sejarah penindasan dan tipu helah penjajah, penyisihan masyarakat, pribumi dalam arus modernisasi, ketempangan ekonomi antara golongan serta sejarah hubungan kaum di negara ini yang berselang-seli antara sengketa dan kerjasama dimana semuanya hendaklah lengkap dan komprehensif serta disebarkan seluas-luasnya secara berterusan kepada segenap lapisan masyarakat. Segenap lapisan masyarakat, generasi tua dan generasi muda, harus mengetahui, memahami dan menghayati kandungan serta semangat kontrak sosial itu. Penyebaran luas kandungan dan semangat kontrak sosial itu perlulah dilakukan dengan sungguh-sungguh melalui sistem pendidikan yang lebih khusus dan melalui pelbagai sistem komunikasi yang lebih luas dan meliputi. Penekanannya hendaklah diterapkan dalam sistem pendidikan di negara ini supaya generasi muda faham akan sejarah pembentukan negara ini.

Pemimpin-pemimpin umat Melayu sendiri perlu sentiasa diingatkan tentang Kontrak Sosial ini. Jika Perdana Menteri mengatakan bahawa “kegagalan melaksanakan kontrak sosial itu merupakan punca kepada konflik” maka itu bermakna bahawa kejahilan atau keengganan memahami dan menghayati kontrak sosial akan mewujudkan kita kepada konflik. Sesungguhnya untuk mengelakkan konflik itulah maka manusia perlu mempunyai kontrak sosial agar kehidupan mereka bernegara dan bermasyarakat terjamin aman, tertib dan teratur. Bagaimanapun dalam analisis terakhir, rakyatlah yang menjadi penentu.

Merekalah yang akan menentukan sama ada masyarakat pelbagai budaya mampu

bertahan dan berkembang. Nilai mereka, persepsi mereka, prinsip serta prejudis mereka, dan impian serta aspirasi adalah untuk mereka dan juga bangsa mereka, yang akan mencorakkan bentuk dunia yang mereka tinggal di dalamnya. Sama ada mereka belajar untuk hidup bersama dalam suasana stabil dan harmoni atau musnah bersama dalam perselisihan dan kerosakan.