etika hakim

6
ETIKA HAKIM Para hakim pada dasarnya terikat dengan beberapa perkara sebagai etika yang perlu diikuti sepanjang mereka memegang jawatan sebagai hakim. Jika diteliti menurut konsep sistem kehakiman Islam, ianya disebut sebagai adab-adab sebagai seorang kadhi (hakim). Secara umumnya adab sebagai seorang hakim itu ialah untuk melaksanakan keadilan. Dalam hal ini Allah ada berfirman dalam surah al-An’am ayat 152; yang bermaksud “Apabila kamu mengatakan sesuatu maka hendaklah kamu berlaku adl sekalipun orang itu ada hubungan kerabat dengan kamu“. Dalam Surah al-Nisa’ ayat 58 pula Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanat kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum ke tas manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil”. Oleh itu, seseorang hakim hendaklah menjaga segala tindak tanduk dan sikapnya daripada sebarang perkara yang boleh

Upload: mohamad-bakri-hishamudin

Post on 30-Jun-2015

245 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: ETIKA HAKIM

ETIKA HAKIM 

Para hakim pada dasarnya terikat dengan beberapa perkara sebagai etika yang perlu diikuti

sepanjang mereka memegang jawatan sebagai hakim. Jika diteliti menurut konsep sistem

kehakiman Islam, ianya disebut sebagai adab-adab sebagai seorang kadhi (hakim). Secara

umumnya adab sebagai seorang hakim itu ialah untuk melaksanakan keadilan. Dalam hal ini

Allah ada berfirman dalam surah al-An’am ayat 152;

yang bermaksud “Apabila kamu mengatakan sesuatu maka hendaklah kamu berlaku adl

sekalipun orang itu ada hubungan kerabat dengan kamu“.

Dalam Surah al-Nisa’ ayat 58 pula Allah berfirman

yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanat

kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum ke tas manusia, Allah menyuruh kamu

menghukum dengan adil”.

Oleh itu, seseorang hakim hendaklah menjaga segala tindak tanduk dan sikapnya daripada

sebarang perkara yang boleh menimbulkan keraguan tentang keadilan hukumannya dan

menjaga kebersihan peribadinya. Hakim tidak boleh terpengaruh atau dipengaruhi oleh

keadaan sekeliling atau oleh tekanan daripada mana-mana pihak dalam apa jua bentuk

sekalipun. {Mahmud Saedon, 1991]

Malah, jika dispesifikkan adab-adab hakim itu, ianya dapat dikategorikan kepada dua bentuk

iaitu adab dalam mahkamah dan juga adab di luar mahkamah. Adab hakim di dalam

Page 2: ETIKA HAKIM

mahkamah adalah meliputi seperti menghakimi ketika dalam keadaan yang tenang, tidak

boleh terpengaruh dengan orang disekeliling, memberi layanan sama rata, tidak menghakimi

pihak yang mempunyai hubungan, penghakiman di tempat terbuka dan mengikut prosedur

yang ditetapkan. Manakala adab hakim di luar mahkamah meliputi tidak boleh menerima

jemputan khas, tidak boleh menerima hadiah, tidak boleh menerima rasuah, tidak

menjalankan pekerjaan lain dan sebagainya.

Malah jika dirujuk Arahan Amalan No. 1 tahun 2001 yang dikeluarkan oleh Jabatan

Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut menyenaraikan berkaitan kod etika Hakim

Syarie. Para Hakim Syarie tertakluk kepada kod etika tersebut dan pelanggaran mana-mana

peruntukan kod etika itu boleh menjadi suatu alasan bagi tindakan diambil di bawah

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.[P.U.(A)395/93]. Kod

etika tersebut turut membahagikan etika hakim di dalam dan di luar mahkamah dan meliputi

segala bentuk perkara yang tidak boleh dilakukan oleh para Hakim Syarie dan ia perlulah

dipatuhi termasuklah juga untuk tidak menerima rasuah.

Rasuah dalam penulisan ini merujuk kepada pemberian seseorang kepada hakim dengan

tujuan agar hukuman dijatuhkan baginya digugurkan atau agar hakim menghukum menurut

kehendaknya. Bermakna, pemberian sesuatu kepada hakim untuk menyelewengkan hukuman

agar hukuman hakim itu menurut kehendaknya.

Jika keadaan ini berlaku, maka hukumnya dalah haram ke atas pemberi dan penerima

walaupun hakim itu telah menghukum dengan kebenaran dan tepat. Ini turut ditegaskan oleh

Abdul Ali Autwah dalam Kitab al-Muhadarat fi Nizam al-Qada’ fi al-Islam yang

menyatakan bahawa jika seseorang hakim telah membuat sesuatu penghakiman dan dia

menerima rasuah, maka penghakiman itu tidak sah walaupun ia menepati kebenaran.

Page 3: ETIKA HAKIM

GAJI HAKIM 

Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan berlakunya kes Hakim Syarie menerima

rasuah meskipun telah wujud satu kod etika hakim yang jelas? Mungkin kerana itulah, ulama’

telah bersepakat bahawa para hakim perlu diberi gaji dan saraan yang setimpal. Tetapi ada

riwayat yang menunjukkan pada zaman awal Islam ada para hakim yang tidak menerima

sebarang gaji semasa menjadi hakim seperti Muhammad bin Salleh al-Hasyimi, Abu Basyri

Umar Aktam, Abu Bakar bin al-Muzaffar dan lain-lain. Malah ini ditegaskan oleh al-Khassaf

yang tidak mengharuskan hakim menerima gaji berdasarkan hadis-hadis dan kisah-kisah yang

banyak berlaku sejak zaman permulaan Islam.

 Namun, terdapat ulama’ yang mengharuskan hakim diberi gaji dari perbendaharaan negara

supaya mereka tidak terpengaruh dengan harta umat manusia iaitu menerima rasuah. Ini

dapat dilihat di mana Saidina Ali bin Abu Talib telah memberi gaji yang lumayan iaitu

sebanyak 6000 dirham setahun kepada al-Asytar yang dilantik menjadi hakim di Mesir

dengan katanya ‘…berikanlah baginya gaji untuk perbelanjaan mereka sehingga hilang

alasan buat mereka dan bertambah kecil keperluannya terhadap manusia…’. 

Malah kata Ibn Qudamah dalam al-Mughni bahawa “harus bagi hakim itu mengambil rezeki

atas kerja-kerja penghakimannya dalam apa jua keadaan sekalipun kerana Abu Bakar ketika

beliau dilantik menjadi khalifah, mereka memperuntukkan kepadanya rezeki dua dirham bagi

setiap hari. Umar pernah mengajikan Zaid, Syuraih dan Ibnu Mas’ud seterusnya

memerintahkan agar diperuntukan gaji kepada mereka yang menjawat jawatan

kehakiman…” [ al-Mughni, Jil. 6, hal. 37]

Apa yang penting, dalam soal pemberian gaji ini, ia perlulah diberi dengan kadar yang cukup.

Ini dapat dilihat sepertimana disebut oleh Umar al-Khatab kepada Muaz bin Jabal dan Abi

Page 4: ETIKA HAKIM

‘Ubaidah dengan katanya “…lantiklah mereka ke jawatan kehakiman, persenangkan mereka,

gajikan mereka dan percukupkan mereka dari harta Allah…”. Malah menurut al-Imam al-

Rashid, dalam pemberian gaji kepada hakim beliau berpendapat perlu diberi lebih dari had

mencukupi hingga kepada tahap menyenangkan agar hakim itu redha, berpuas hati dan

menumpukan kepada kerja penghakiman dengan jiwa yang tenag dan senang. Malah Abdul

Karim Zaidan berpandangan hakim juga perlu diberi rumah yang khusus kepada mereka.

[Nizam al-Qada' hal. 69].

Penulis berpandangan bahawa keperluan hakim diberi gaji yang secukupnya adalah supaya

mereka tidak akan terpengaruh dengan sebarang bentuk rasuah. Ini kerana apabila diberi gaji

yang lumayan, maka jika ada sebarang pemberian rasuah, sudah tentu mereka akan

menolaknya. Malah dengan pemberian gaji yang secukupnya ini bagi mengelakkan para

hakim daripada melakukan sebarang pekerjaan lain bagi menambahkan lagi pendapatan

mereka. Tetapi perlu diingat bahawa sewajarnya hakim tidaklah sekadar diberi gaji yangs

secukupnya sahaja tetapi juga perlulah diberi sebarang bentuk kemudahan lain seperti rumah,

kenderaaan, pengawal dan sebagainya.