etd 1113 strategi dan pendekatan

13
FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL ETD 1313 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH TAJUK : PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK,STRATEGI DAN AKTIVITI NAMA : HAYATUN BINTI MUSTAPHA NO. MATRIK : 3133005871 KURSUS : DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN PRASEKOLAH) PENSYARAH : DR. HJ MOHAMED AYOB BIN SUKANI

Upload: hayatun-mustapha

Post on 19-Jul-2015

189 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etd 1113 strategi dan pendekatan

FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL

ETD 1313 – PENDEKATAN DAN STRATEGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

TAJUK : PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK,STRATEGI DAN AKTIVITI

NAMA : HAYATUN BINTI MUSTAPHA

NO. MATRIK : 3133005871

KURSUS : DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN PRASEKOLAH)

PENSYARAH : DR. HJ MOHAMED AYOB BIN SUKANI

Page 2: Etd 1113 strategi dan pendekatan

KANDUNGAN

Pengenalan …………………………………………………………….......................1

Definisi …………………………………………………………………………………… 2 -3

Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik, Strategi Dan Aktiviti Dalam Konteks

Pendidikan Di Prasekolah …………………………………………………………….. 4- 5

Slot Rancangan Pengajaran……………………………………………………………… 6 –8

Penutup ……………………………………………………………………………………. 9

Page 3: Etd 1113 strategi dan pendekatan

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,

nyawa, dan tenaga yang di anugerahakan kepada saya dapat juga saya menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada

pensyarah yang amat saya hormati Dr. Hj Mohamed Ayob Bin Sukani kerana dengan

tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu

saya yang memberi saya pemudahcara dan sentiasa mendoakan saya dan memberi

dorongan dan sokongan kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi perigatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa dan bersama-sama

membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada

mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara langsung atau sebaliknya dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih.

Page 4: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Pengenalan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan, kaedah,

teknik, aktiviti dan strategi sering digunakan untk mecapai matlamat pengajaran dan

pembelajaran. Untuk satu pembelajaran yang bermakna kelima-lima elemen ini penting

dan perlu diambil kira oleh setiap guru yang mengajar. Secara umumnya kelima-lima

elemen ini saling berkait dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Konsep pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti mampu meningkatkan

tahap profesionalisme guru prasekolah kerana dengan menggunakan elemen-elemen

ini pengajaran menjadi lebih mudah dan membantu guru mencipta satu proses

pengajaran yang lebih bermakna,dan menyeronokkan kepada kanak-kanak.

Pendekatan, kaedah, teknik,strategi dan aktiviti juga merupakan satu bentuk

garis panduan kepada guru-guru yang di reka khas untuk guru-guru di malaysia supaya

proses pengajaran dan pembelajran guru-guru tidak lari daripada matlamat sebenar

pengajaran. Kebanyakan guru-guru prasekolah menggunakan pelbagai model

pembelajaran dalam pengajaran mereka mengikut kokurikulum yang guna pakai

disekolah.

Semua model-model pembelajaran yang diguna pakai disetiap sekolah mestilah

merujuk kepada lima elemen iaitu pendekatan kaedah, teknik, strategi dan aktiviti

supaya mudah untuk guru-guru mencipta dan melaksanakan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah.

Menurut edward m. anthony model prinsip atau teori pembelajaran adalah

beraksiomatik, kaedah yang berlandaskan kepada pendekatan mempunyai ciri

prosedural, manakala teknik adalah kemahiran melaksanakan kaedah mengajar

tersebut.

1

Page 5: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Definisi

Menurut Parera (1986) pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau

pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu

aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada satu huraian.

Manakala menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), pendektan ialah, satu kumpulan

andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan

hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Didalam konteks

pendidikan pula pendekatan membawa maksud cara mendekati sesuatu, misalnya

objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan

perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran

diajarkan berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963) pendekatan

ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran

serta mempunyai unsur aksiomatik.

Definisi kaedah menurut tokoh Mangantar Simanjuntak (1982) kaedah ialah satu

rencana (prosuder) yang menyeluruh untk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang

secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendektan yang digunakan. Parera

(1986) menyatakan kaedah ialah satu rancangan menyeluruh untuk meyampaikan

secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling

bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. Mengikut Edward M

Anthony (1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam

satu set prosuder yang tersusun. Berlandasken kepada satu pendekatan yang dipilih.

Definisi teknik menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) teknik ialah kaedah

mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebgainya.

Manakala menurut edward m. Anthony pula teknik ialah satu muslihat atau strategi atau

taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada

waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Dibawah konteks pendidikan teknik

mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan

perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2

Page 6: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Konsep aktiviti pula ialah gerak kerja atau tindakan. Dibawah kontek pendidikan

ia melibatkan segala gerak kerja yang dijalankan oleh guru dan murid-murid untuk

mencapai objektif pelajaran. Dengan perkataan lain aktiviti mengandungi segala

tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut J Dewey (1910) pelajaran

harus berasaskan kepada aktiviti murid. Melalui aktiviti murid, intelek, rohani, sosial,

dan jasmani mereka dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan seimbang.

Mengikut kamus, strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan

sesuatau perkara didalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kaedah dan

teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif dan pembelajaran yang telah

ditentukan. Dengan perkataan lain strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk

kepada penentuan dan perancangan kaedah dan teknil mengajar untuk mecapai

objektif jangka panjang sesuatu pendekatan.

Melalui kelima-lima elemen berikut dapatlah kita simpulkan bahawa proses

pengajaran dan pembelajran mestilah berteraskan kepada konsep pendekatan, kaedah,

teknik, strategi dan aktiviti barulah proses pengajaran dan pembelajaran mencapai

objektif dan matlamat yang diinginkan.

3

Page 7: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik, Strategi Dan Aktiviti Dalam Konteks

Pendidikan Di Prasekolah

Konsep pendekatan dalam konteks prasekolah mestilah berlandaskan model,

prinsip atau teori pembelajaran contohnya, terdapat beberapa model yang boleh

digunakan dalam kontek pendidikan prasekolah, antaranya ialah model maria

montesori, head start, bank street dan reggio emilia.

Guru yang menggunakan model pembelajaran yang diasaskan oleh maria

montesori. Sistemnya ialah pendekatan secara individu. Dalam model ini Guru

memainkan peranan menjadi pemudah cara, tidak banyak melibatkan pengajaran, guru

tidak banyak menagawal dan penglibatan yang tidak menganggu dan dalam keadaan

yang senyap, guru membuat pemerhatian pada jarak yang tertentu guru hanya

menunjuk cara atau membaut demonstrasi, guru tidak memberi pengukuhan atau

memuji murid-murid terhadap apa yang dihasilkan. Kaedah yang digunakan pula sesuai

dengan masalah kanak-kanak, alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai

sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.Kaedah

Montessori dan bahan pengajaranya menekankan “pembelajaran dan pengajaran

deria”. Teknik yang digunakan pula ialah teknik belajar sambil bermain kerana menurut

model montesori kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dengan sifat asal mereka yang

suka bermain.aktiviti model pembelajaran montesori selalunya menggunakan

komponen sensori yang menggunakan peralatan sensorial untuk membantu membina

perkembangan kanak-kanak, mengurus, memperluas, dan mempertajamkan deria

persepsi penglihatan, bunyi sentuhan, bau, dan rasa.

Seterusnya pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti dan strategi yang digunakan

dalam model head start. Dalam model head start pula ialah memberi tumpuan kepada

menyelesaikan masalah kemiskinan, model ini di asakan oleh sebuah organisasi yang

terancang dibawah naungan kerajaan. Pendekatan yang digunakan oleh model head

start ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan pengajaran guru ialah memantapakan dan mengekalkan keselamatan dan

persekitaran pembelajaran yang sihat. Selain itu guru menekankan kemahiran fizikal

dan kecekapan intelektual. Kaedah model head start ialah guru membantu murid

4

Page 8: Etd 1113 strategi dan pendekatan

memupuk kosep kendiri yang positif, deria kecekapan dan perasaan positif terhadap

pembelajaran. Selain itu guru juga menggalakkan kanak-kanak berfikir, alasan

penyoalan dan mencuba jaya. Aktiviti untuk model head start ini ialah aktiviti bercerita

untuk menggalakkan perkembangan bahasa selain ituaktiviti dalam kumpulan juga

adalah sesuai dengan program head start untuk menambahkan keyakinan diri murid-

murid.

Konsep pendekatan dalam konteks pembelajaran prasekolah yang

menggunakan model bankstreet pula ialah, banyak bergantung kepada keupayaan dan

kecekapan guru. guru perlu memahami perkembangan kanak-kanak iaitu setiap kanak-

kanak secara individu dan cara yang terbaik untuk menstruktur persekitaran yang akan

memenuhi potensi dirinya. Peranan guru pula sebagai pengajar dan pembimbing untuk

mengenal pasti perbezaan yang berlaku dalam diri kanak-kanak menerusi sensitiviti

guru dan membuat perubahan yang bersesuaian. Seterusnya melatih perkembangan

autonomi. Kaedah pembelajaran yang boleh digunakan adalah latih tubi yang sertai

oleh kehadiran guru. teknik yang boleh digunakan guru perlu menarik perhatian murid

dahulu sebelum memulakan pembelajaran, aktiviti yang digunakan ialah aktiviti yang

disertai oleh guru contohnya lakonan, nyayian bersama-sama guru.

Konsep pendekatan dalam konteks prasekolah yang menggunakan model reggio

emmila ialah, kurikulum yang dirancang berdasarkan rundingan dan persetujuan

bersama antara kanak-kanak dan orang dewasa, projek dab tema mengikut

perkembangan konsep dan idea kanak-kanak. Kurikulumnya juga melibatkan ibu-bapa,

komuniti dan pihak berkuasa tempatan. Kaedah yang digunakan mengikut minat murid

atau rundingan secara tiba-tiba.

5

Page 9: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Slot Rancangan Pengajaran

Tarikh : 13 november 2014

Hari : khamis

Masa : 30 minit (08.00 am - 8.30 am)

Bil. Murid : 25 orang (12 L 13 P)

Modul : bertema

Tema / bertajuk : diri saya/ keluarga saya

Tunjang utama : (KM 2.0) saya dan keluarga

Standart kandungan : (KM 2.1) mengetahui keleuarga terdekat

Standard pembelajaran : (KM 2.1.2) menceritakan salahsilah keluarga terdekat

Kesepaduan tunjang : (BM 2.2.6) menjawab soalan dengan jawapan yang

bersesuaian.

Objektif pengajaran : bercerita tentang salahsilah keluarga sendiri

Pengetahuan sedia ada : murid telah didedahkan tentang kasih sayang ibubapa

Kemahiran berfikir (KB) : menjelaskan umur dan jantina

Penerapan nilai : kasih sayang, hormat-menghormati

6

Page 10: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Bahan bantu mengajar : gambar keluarga, lagu kasih sayang

Fokus MI/KP : kecerdasan lingguistik, kecerdasan interpersonal

Kosa kata : ibu, bapa, datuk, adik, abang , kakak

LANGKAH

/ MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENAGAJRAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN/BBM

Set

induksi

5 minit

Kasih sayang (tulis seni kata

lagu)

1. murid mendengar lagu “ kasih sayang keluarga”

2. murid menyanyi lagu “ kasih sayang keluarga

bersama dengan guru sambil berpegang tangan.

ABM :

CD/ kaset lagU kasih

sayang keluarga

Langkah 1

5 minit

Ahli keluarga: datuk, nenek ibu,

bapa dll

Soalan guru : “siapakah kamu

paling sayang ?”

“siapakah yang paling tua dalam

keluarga?”

1. murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

2. murid melihat gambar keluarga yang dipamerkan

oleh guru.

ABM : gambar ahli

keluarga

KBKK: menjana idea

Langkah 2

10 minit

Susuanan gambar mengikut

peringkat umur, jantina pasangan

1. murid menyusun gambar keluarga mengikut umur

atau jantina di papan tulis.

2. murid menyusun gambar keluarga mengikut

pasangan

ABM : gambar ahli

keluarga

KBKK: mengelaskan

7

Page 11: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Langkah 3

5 minit

Pokok keluarga/ salahsilah

keluarga

1. murid berada dalam kumpulan secara berpasangan.

2. murid mendapat gambar pokok keluarga untuk

dilengkapkan

3. murid menceritakan pokok keluarga yang telah

disiapkan.

ABM :gambar pokok

keluarga

KBKK: mengkategori

Penutup

5 minit

Kasih sayang terhadap keluaraga Murid mendengar rumusan pelajaran hari itu daripada

guru dan menyanyi lagu “kasih sayang keluarga”

bersama-sama dengan guru.

ABM : CD/ kaset lagu

KBKK : reflekksi

8

Page 12: Etd 1113 strategi dan pendekatan

Penutup

Melalui pendekatan, kaedah, teknik strategi dan aktiviti dapat membantu guru

merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik secara

tidak langsung murid menjadi seronok untuk belajar. Selain itu sesuatu strategi

pengajaran mengabungkan pelabagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk

mencapai kesan penagajaran yang optimum sekali.strategi yang baik akan

menggunakan masa, tenaga serta kos yang palaing sedikit tetapi menghasilkan kesan

pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

Berdasarkan model-model pembelajaran yang mesra kanak-kanak

membolehkan kanak-kanak belajar dengan cepat seterusnya dapat mengasah

kemahiran Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) kanak-kanak.

9

Page 13: Etd 1113 strategi dan pendekatan

RUJUKAN

Mok Soon Sang. (1996) Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran,Kuala Lumpur, Kumpulan

Budiman Sdn Bhd.

Bustam Kamri, (2007) Pendekatan Dan Kurikulum Dalam Pendidikan Awal Kanak-

Kanak, Kuala Lumpur, Open Universiti Malaysia.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali, Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan

Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah, Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2009), Standard Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan,Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum

Parelabasha, (2010,Februari 19), Strategi Kearah Pembelajran Berpusatkan Murid,

Diperolehi Daripada http://kongsi-parelabasha.blogspot.com/2010/02/1.html

Nasznasuzu, (2012, June 11) Pendekatan Model Montesori, Diperolehi Daripada

http://nasznasuzu.blogspot.com/2012/06/pendekatan-model-montessori.html

Maimunahropar, (2011, Ogos 15) Model P&P Montesori, Diperolehi Daripada

http://maimunahropar.blogspot.com/2011/08/model-p-montessori.html

Husniupsi, (2012, November 2) Strategi, Pendekatan, Kaedah Dan Teknik, Diperolehi

Daripada, http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-

kaedah-dan-teknik.html