este tika

13
PENGENALAN Bagaimana dengan dua topik yang telah kita pelajari sebelum ini? Diharapkan kamu sudah mula memahami akan konsep apresiasi, kritikan dan falsafah seni. Mari kita ke topik seterusnya! Tahukah kamu bahawa estetika terdapat dalam sesebuah objek seni? Estetika melibatkan keindahan kerana setiap objek seni yang terhasil mempunyai keindahan tersendiri yang mampu mencuri pandangan mata dan menambat jiwa. Nilai dalam seni yang dimaksudkan perlulah mengandungi estetika dan etika yang unik. Kita seolah-olah ditarik untuk menjiwai keindahan objek tersebut ketika menghayati estetika seni. T T o o p p i i k k 3 3 Pengenalan Estetika HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan nilai estetika; 2. Melihat membezakan seni estetika barat, Islam dan estika timur; dan 3. Mengenalpasti teori Zakaria Ali terhadap enam prinsip etika Melayu.

Upload: adieiena

Post on 19-Nov-2015

318 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN Bagaimana dengan dua topik yang telah kita pelajari sebelum ini? Diharapkan kamu sudah mula memahami akan konsep apresiasi, kritikan dan falsafah seni. Mari kita ke topik seterusnya! Tahukah kamu bahawa estetika terdapat dalam sesebuah objek seni? Estetika melibatkan keindahan kerana setiap objek seni yang terhasil mempunyai keindahan tersendiri yang mampu mencuri pandangan mata dan menambat jiwa. Nilai dalam seni yang dimaksudkan perlulah mengandungi estetika dan etika yang unik. Kita seolah-olah ditarik untuk menjiwai keindahan objek tersebut ketika menghayati estetika seni.

    TTooppiikk33 PengenalanEstetika

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan nilai estetika; 2. Melihat membezakan seni estetika barat, Islam dan estika timur; dan 3. Mengenalpasti teori Zakaria Ali terhadap enam prinsip etika Melayu.

  • 34 TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA

    Rajah 3.1: Rajah menunjukkan karya seni yang mempunya nilai-nilai estetika mengikut kesesuaian masyarakat sendiri.

    Sumber: http://aswatstudio-mystudio.blogspot.com/2008/02/seni-arca-di- malaysia.html

    3.1 PENGENALAN ESTETIKA BARAT (a) DDefinisi Estetika Estetika datang perkataan Yunani iaitu aisthetikos membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan deria pengamatan. Istilah estetika digunakan untuk mengkaji konsep keindahan sebagai suatu ilmu.

    (b) ZZaman dan Pengaruh Gaya seni purba terhasil dari tujuh tamadun iaitu Mesir, Mesopotamia, Yunani, Rom, Parsi, India dan China. Setiap tamadun punya gaya seni yang unik. Gaya seni Yunani dikatakan banyak mempengaruhi gaya estetika seni di Eropah. Ketika zaman Yunani, seni digayakan dengan keindahan dan penghasilan figura manusia yang sempurna. Ahli falsafah Yunani banyak memperkatakan tentang keindahan dan kecantikan. Plato merasakan bahawa kecantikan sesuatu objek

    Apakah yang anda faham mengenai estetika? Hasilkan esei pendek mengenainya dan bincangkan bersama rakan-rakan anda.

    AKTIVITI 3.1

  • TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA 35

    adalah gabungan daripada kesinambungan yang harmoni dan sempurna. Pendapat yang sama dijelaskan oleh Aristotle di dalam karya tulisan beliau, Metaphysics yang menyatakan bahawa keindahan alam ini adalah teratur dan kekal.

    Rajah 3.2: Immanuel Kant Menurut Immanuel Kant pada tahun 1790, keindahan yang dilihat oleh seseorang individu tidak akan sama dengan individu yang lain kerana setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri.

    John Dewey (1859-1952) pula menyatakan bahawa estetika adalah satu sistem pengkajian seni yang dianggap sebahagian dari satu ekspresi yang meliputi makna sama ada peringkat luaran atau dalaman.

    Denis Dutton seorang ahli falsafah telah mengenal pasti tujuh tahap estetika manusia iaitu:

    (i) Kemahiran. Kemahiran artistik dalam menghayati dan mengenal pasti; (ii) Menikmati. Karya seni yang dihasilkan untuk keseronokan; (iii) Gaya. Objek seni dan gaya persembahan seni tersebut bersesuaian dengan

    gaya penampilannya; (iv) Kritikan. Masyarakat mempunyai hak untuk menilai, menghargai dan

    membuat penilaian sesuatu karya sendiri; (v) Imitasi. Menghargai karya seni muzik dan lukisan yang dihasilkan

    berdasarkan daripada pengalaman pengkarya sendiri; (vi) Pengamatan utama. Karya seni merupakan sesuatu pengamatan yang

    berbeza daripada realiti sebenar dan terhasil daripada pengalaman; dan (vii) Imaginasi. Pengkarya seni mempersembahkan satu bentuk imagnasi untuk

    dihayati oleh penonton.

  • 36 TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA

    Rajah 3.3: Tujuh tahap estetika manusia mengikut toeri Denis Dutton

    3.2 PENGENALAN ESTETIKA ISLAM (a) DDefinisi Estetika Menurut Dr. Othman Mohd. Yatim (1989), estetika membawa maksud kecantikan, susunan yang sempurna dan keberkesanannya. Estetika juga melibatkan unsur keindahan yang bersifat ideal dan fakta di mana, ia akan melahirkan rasa kesenangan dan kepuasan dalam diri penghayat seni. (b) ZZaman dan Pengaruh Permulaan seni Islam adalah berlandaskan al-Quran. Seni Khat dikatakan seni agung dalam seni Islam. Tahukah kamu bahawa, tulisan khat sebenarnya telah digunakan untuk menyalin semula al-Quran? Ini kerana, pada mulanya ayat-ayat al-Quran cuma dihafal oleh al-hafiz. Kodifikasi al- Quran telah bermula dari zaman Uthman (644-56) lagi. Keagungan seni khat al-Quran biasanya dihasilkan dengan iluminasi. Setiap gambaran manusia dan binatang tidak boleh dihasilkan dalam kesenian Islam. Corak-corak islimi seperti dalam kitab Qadi Ahmad (k.1015 H/1606 M) mempunyai makna dan falsafahnya yang berteraskan al-Quran. Iluminasi al-Quran biasanya penuh dengan warna emas selain warna merah, biru dan hijau. Al-Quran terawal yang

  • TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA 37

    masih wujud pada zaman ini ialah al-Quran pada abad ke- 8 yang ditemui di Masjid Besar di Sana, Yaman yang bertarikh zaman Umayyah. Hiasannya mengandungi dua imej iaitu imej masjid dan shamsa (lambang cahaya). Ia dikatakan contoh yang terbaik bagi hiasan al-Quran yang pernah ditemui.

    Rajah 3.4: Rajah menunjukkan seni khat yang terdapat dalam karya seni Islam. Sumber: http://arabiccalligraphy.wordpress.com/ http://home.pacific.net.sg/~abdkadir/294-09.htm

    (c) TTokoh dan Karya Al-Faruqi, cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada 1921, telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan nilai estetikanya. Al-Faruqi menegaskan bahawa tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam. Malahan, turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk estetika. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan pengalaman manusia itu sendiri. Malahan Al-Faruqi juga menjelaskan bahawa Setiap motif Arabes, dengan media apa sekalipun adalah penegasan kebenaran estetika tidak ada Tuhan melainkan Allah. Ia Pencipta yang Esa dan Mutlak

    (Petikan buku Pendidikan Seni Maktab dan Universiti Md.Nasir Ibrahim dan Prof Madya

    Iberahim Hassan) Al-Ghazali, ahli falsafah terkenal Islam, juga telah mengemukakan teori estetika yang menyentuh aspek keindahan yang terdapat dalam sesuatu karya seni. Menurut Al-Ghazali keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang

  • 38 TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA

    perlu dihayati. Al-Ghazali tidak melihat sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana bagi Al-Ghazali manusia yang taksub pada kebendaan tidak akan berjaya kebahagian yang hakiki.

    3.3 PENGENALAN ESTETIKA TIMUR (a) CCina Seni Cina dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Ahli-ahli falsafah sudah bertelagah mengenai estetika dalam seni Cina sejak zaman China Purba lagi. Confucius dikatakan memainkan peranan penting dalam kesenian dan kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun, pendapat tersebut mendapat tentangan daripada Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya untuk golongan berada bukan golongan miskin.

    Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni Cina yang banyak.

    Rajah 3.5: Rajah menunjukan karya seni China minyak karya Lin Dachuan

    Sumber: http://malay.cri.cn/147/2008/03/17/[email protected]

    Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni pada hari ini.

    AKTIVITI 3.2

  • TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA 39

    (b) EEstetika India Seni Hindu yang berbentuk spiritual dan falsafah, berhubungkait dengan gambaran simbolisme. Berdasarkan Kapila Vatsyayan, bentuk seni bina klasik Hindu, seni arca, seni catan, sastera (kaavya), muzik dan tarian mempunyai aturan tersendiri. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan bentuk spiritual yang lebih sempurna.

    Konsep sastera Hindu seperti Rasa, adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton. Klidsa pula menghasilkan puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan rasa yang mengetengahkan konsep estetika sepenuhnya. Teori rasa mula berkembang dengan teks Sanskrit iaitu Ntyashstra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaitu Tuhan dalam persembahan frama Fifth Veda. Karya seni ini adalah gambaran keagamaan.

    Teori rasa juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam puisi klasik.

    Rajah 3.6: Rajah menunjukkan karya seni Hindu Sumber: www.hindu.org.au/happen/Thiruvembhavai.htm

    Di Malaysia, gambaran estetika Hindu dapat dilihat dalam kesenian arca. Arca termashyur bernama Gangsa Jalong yang dihasilkan pada abad ke-9 mewakili pertapa Melayu.

    Gambaran kesempurnaan arca Jalong dengan estetika yang lengkap membolehkan penghayat seni dapat merasai ketenteraman yang terpancar daripada paras rupa pertapa ini. Penghayat seni mampu membuat tafsiran

  • 40 TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA

    tentang pertapa yang bertekad untuk menakluki nafsu dan melawan kehendak-kehendak jasmaninya.

    Rajah 3.7: Tepak sirih Sumber : www.pnm.my/sirihpinang/images/tepak39.jpg

    (c) EEstetika Nusantara Estetika Melayu bertunjang kepada tradisi yang digambarkan di dalam objek-objek seni. Ajaran Islam merupakan tulang belakang kepada falsafah dan estetika Melayu. Menurut Braginsky (1991), estetik Melayu berkait dengan unsur keindahan yang diketengahkan oleh Imam Al-Ghazali melalui keindahan ekstrinsik dan intrinsik. Dalam perkara yang sama, Syed Ahmad Jamal (1979,1992) menyebut paradigma ini sebagai Rupa dan Jiwa.

    Memahami Istilah:'ntya' bermaksud drama dan 'shstra' bermaksud bidang sains

  • TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA 41

    Menurut Zakaria Ali terdapat tujuh prinsip-prinsip estetika dapat dirumuskan:

    Rajah 3.8: Enam prinsip estetika Melayu mengikut teori Zakaria Ali Prinsip Berhalus Prinsip ini menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf atau kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni mengikut Sejarah. Prinsip Berguna Setiap karya seni yang terhasil mempunyai fungsi. Objek seni bukan sahaja digunakan secara individu tetapi digunakan oleh semua golongan masyarakat. Konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul merupakan konsep yang dipegang oleh kebanyakan seniman Melayu dalam menghasilkan karya mereka. Ukiran kayu pada pintu, tingkap dan tangga serta keris adalah di antara perlambangan karya seni yang digunakan oleh masyarakat Melayu.

    Prinsip Bersatu Ada perkaitan dan integrasi yang wujud di dalam sesebuah karya seni. Perkaitan yang terhasil dari bunga-bunga melingkar memberikan gambaran komposisi yang kukuh. Belitan tangkai bunga melilit tanpa dibiarkan meliar. Belitan tersebut menggambarkan satu ikatan kukuh yang menyatukan masyarakat. Prinsip Berlawan Melibatkan permukaan yang kasar atau licin. Setiap permukaan kasar ataupun licin akan menimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni yang menarik. Penyudahan yang baik dan sempurna ini diakibatkan oleh jenis-jenis permukaan yang berbeza.

  • 42 TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA

    Rajah 3.9: Karya seni Melayu Tradisi yang mengikut sudut pandangan masyarakat Melayu sendiri ukiran perak

    Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0413ukir_logam.htm Prinsip Berlambang Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk. Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang Melayu. Tambah Zakaria Ali lagi, keris bermata dua mampu menjadi kawan dan lawan kerana ia indah tetapi merbahaya.

    Rajah 3.10: Keris Melayu Tradisi yang mengikut sudut pandangan masyarakat Melayu sendiri.

    Sumber:http://ainaamardhiah.files.wordpress.com/2008/02/ keris_dapur_nogo_sosro.jpg

    Prinsip Bermakna Sesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ia menjadi dasar kepada setiap penghasilan karya seni seperti ukiran kayu, pembuatan keris dan pembentukan huruf-huruf kaligrafi. Jika sesuatu karya seni yang bermakna tidak diambil kira dan tidak difahami oleh generasi muda maka kesenian itu akan hilang maknanya.

  • TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA 43

    Setiap karya seni yang berestetika Melayu perlu bertunjangkan tradisi. Ini akan membantu melahirkan individu yang memahami dan bangga dengan budaya mereka sendiri. Kita seringkali mendengar sesuatu karya seni itu dikaitkan dengan nilai

    estetika. Nilai estetika pada sesuatu karya seni itu menjurus kepada keindahan, tarikan dan juga keunikannya. Setiap karya seni itu berbeza antara satu sama lain, begitu juga dengan nilai estetikanya.

    Seni estetika, seperti falsafah terbahagi kepada tiga iaitu, estetika barat, kajian konsep keindahan sesuatu karya seni itu. Setiap seni estetika punya pengaruh tersendiri.

    Peradaban estetika barat mengkategorikan tahap estetika kepada tujuh, iaitu; kemahiran, nikmat, gaya, kritikan, imitasi, pengamatan dan imaginasi.

    Konsep estetika Islam pula bermaksud kecantikan, susunan yang sempurna dan keberkesanan. Estetika Islam juga melibatkan unsur keindahan yang bersifat ideal dan fakta di mana, ia akan melahirkan rasa kesenangan dan kepuasan dalam diri penghayat seni.

    Memahami Istilah: Keindahan ekstrinsik - Keindahan bersifat dalaman itu mendekatkan jiwa dan kalbu

    penghayat seni kepada keagungan Allah S.W.T. Keindahan intrinsik - Keindahan yang bersifat luaran yang mampu dilihat oleh mata kasar

    sahaja.

    Selepas kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu, ramai pengkarya seni menghasilkan karya seni mengikut ajaran Islam dan meninggalkan pengaruh Hindu-Buddha. Bincangkan estetika seni Islam dalam karya seni Melayu

    AKTIVITI 3.3

    RUMUSAN

  • 44 TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA

    Namun, konsep estetika Islam terbatas pada garispanduan Al-Quran dan Tauhid. Estetika timur pula terbahagi kepada estetika Cina, estetika Hindu dan estetika Melayu. Pendekatan estetika Cina lebih kepada kehalusan sesuatu karya seni. Estetika Hindu pula berkait rapat dengan spiritual dan simbolisme. Estetika Melayu lebih menjurus kepada nilai-nilai budaya.

    Seni Melayu itu sangat indah dan unik. Setiap hasil seni Melayu itu membawa maksud tertentu. Teori Zakaria Ali melampirkan tentang enam prinsip-prinsip estetika seni Melayu:

    a. Prinsip Berhalus menunjukkan bahawa kemahiran dan

    kepakaran amat penting bagi menghasilkan karya seni yang sempurna;

    b. Prinsip Berguna bermaksud setiap hasil seni itu harus mempunyai fungsi dan kegunaan. Tanpa fungsi, sesuatu karya seni itu hilang keunikannya;

    c. Prinsip Bersatu bererti keharmonian sesuatu karya seni itu. Kebiasaannya prinsip ini dapat dilihat dari pengunaan warna dan corak. Ia juga memberi maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat Melayu;

    d. Prinsip Berlawan kewujudan unsur kasar dan halus dalam setiap hasil seni Melayu.

    e. Prinsip Berlambang nilai estetika sesuatu karya seni Melayu juga harus melambangkan budaya. Contohnya, keris melambangkan sesuatu yang indah tetapi merbahaya dan selalu dikaitkan dengan kehebatan lelaki Melayu; dan

    f. Prinsip Bermakna setiap karya seni perlu membawa makna tertentu seperti konsep sirih junjung membawa makna pihak pengantin lelaki menjunjung keperibadian pengantin perempuan.

    Falsafah Estetika Keindahan tawhid Sifat luaran Sifat dalaman

    Simbol Spiritual

  • TOPIK 3 PENGENALAN ESTETIKA 45

    Mohd Johari Ab.Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Universiti

    Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).

    Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran

    Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

    RUJUKAN