eseimen tahsin

6
1.1 PENDAHULUAN Berdalilkan kata-kata Ibn Jazari : وي ح يلا ما ت ح م ا س رل ل وكان و ح ي ه وج ق ف وا ل ما ك ف* ركان% لا ا ه& لاث& ث ل ه ا هذ ف ن0 را لق و ا هدا ا ث س7 ح ا ص و* عه ب س ل ا ي ف ه ث% و ا ل ه ود ذ& ش ت ب& ث% ا ن ك ل ر ت خ ي ;pma&ما ت ي ح و* Maksud : “ Setiap apa yang menepati kaedah tatabahasa arab, menepati (salah satu daripada enam mushaf) rasm uthmani walaupun secara ihtimal (mengandungi dua bacaan dalam satu rasm) dan sah sanadnya yang diambil daripada Rasulullah SAW , maka itulah dinamakan al- Quran. Dan jikalau cacat atau hilang satu rukun, maka thabitlah syaznya bacaan tersebut walapun berasal daripada Qiraat imam yang tujuh.” 1.2 RUKUN-RUKUN TILAWAH Sesuatu pembacaan al-Quran yang diiktiraf sebagai bacaan al- Quran yang mutawattirah perlu menepati tiga rukun, iaitu yang pertama bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab, walaupun dianggap ada perselisihan, kedua adlah bertepatan dengan Rasm Uthmani walaupun secara ihtimal dan yang ketiga sah sanadnya. 1.2.1 Bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab

Upload: nurulnadirah-amnk

Post on 25-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tahsin

TRANSCRIPT

1.1 PENDAHULUAN

Berdalilkan kata-kata Ibn Jazari : * * * Maksud : Setiap apa yang menepati kaedah tatabahasa arab, menepati (salah satu daripada enam mushaf) rasm uthmani walaupun secara ihtimal (mengandungi dua bacaan dalam satu rasm) dan sah sanadnya yang diambil daripada Rasulullah SAW , maka itulah dinamakan al-Quran. Dan jikalau cacat atau hilang satu rukun, maka thabitlah syaznya bacaan tersebut walapun berasal daripada Qiraat imam yang tujuh.

1.2 RUKUN-RUKUN TILAWAH

Sesuatu pembacaan al-Quran yang diiktiraf sebagai bacaan al-Quran yang mutawattirah perlu menepati tiga rukun, iaitu yang pertama bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab, walaupun dianggap ada perselisihan, kedua adlah bertepatan dengan Rasm Uthmani walaupun secara ihtimal dan yang ketiga sah sanadnya.

1.2.1 Bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab Bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab bermaksud setiap bacaan perlu bertepatan dengan kaedah nahu walaupun kaedah tersebut tidak masyhur.Sepertimana berlaku pada firman Allah SWT :

Kalimah dibaca dengan membariskan bawah huruf hamzah oleh Qiraat Nafi , Ibn Kathir , Ibn Amir , Asim , Hamzah dan Kisaie. Bacaan ini adalah masyhur dalam kaedah Bahasa Arab. Adapun Qiraat Abu Amru al-Basri membaca dengan iskan iaitu tanda sukun pada hamzah. Manakala satu wajah dari riwayat al-Duri membaca secara ikhtilas iaitu bacaan satu pertiga atau dua pertiga harakat. Namun begitu, wajah bacaan iskan dan ikhtilaskurang masyhur daripada wajah kasrah (iaitu yang pertama).Tetapi ketiga-tiga wajah tersebut adalah sahih dan diterima berdasarkan kesemuanya termaktub dibawah rukun yang pertama iaitu menepati kaedah Bahasa arab.Selain itu, contoh bertepatan dengan kaedah nahu sebagaimana berlaku pada surah an-Nisa ayat pertama, Kalimah Imam Hamzah membaca mim () berbaris bawah Manakala bacaan Imam Qiraat yang lain membaca dengan mim () berbaris atas .Kalimah (mim berbaris atas) menepati kaedah nahu kerana mengikuti ( ) bagi kalimah manakala bacaan dengan baris bawah juga menepati kaedah nahu kerana mengikuti ( ) bagi Ha Dhamir yang terdapat pada kalimah .

1.2.2 Bertepatan dengan Rasm Uthmani

Bermaksud bertepatan dengan salah satu daripada enam mushaf rasm uthmani. Dalam membicarakan rukun yang kedua ini, ianya terbahagi kepada tiga bahagian :

I. Bersalahan dengan sebahagian mushaf tetapi bersamaan dengan sebahagian mushaf yang lain.Hal ini bermaksud, syarat untuk merealisasikan rukun kedua ini adalah bertepatan dengan salah satu daripada mashaf rasm uthmani yang telah dihantarkan ke pelusuk jajahan Islam ketika itu.Sebagai contoh berdasarkan ayat : Qiraat Ibn Amir membaca tanpa sebelum . Bacaan tersebut diterima kerana bertepatan dengan mushaf Syam.

Berkata Imam al-Qurtubiy didalam kitab al-jami li Ahkam al-Quran : Tidak terdapat mana-mana dari kalangan imam-imam Qurra Sabah yang menambah serta mengurangkan huruf apabila merujuk kepada sesuatu ikhtilaf. Hal ini demikian setiap daripada mereka berpegang kepada apa yang telah sampai kepada mereka iaitu mushaf. Sebab itu , Saidina Uthman mengarahkan penulisan sebegitu di satu tempat (mushaf) dan tidak menulis sebegitu di tempat yang lain (mushaf yang lain) sebagai isyarat kesemua penulisan itu sahih dan bacaan bagi kesemua khilaf tersebut adalah harus. II. Bersamaan dengan mushaf rasm uthmani dalam keadaan Muhaqqaqah (bertepatan dengan rasm) dan Muhtamalah (secara anggapan tetapi berlandaskan wajah yang mutawattirah). Muhaqqaqah seperti bacaan tanpa alif . Ianya adalah dibaca secara tahqiq mengikut rasm. Muhtamalah seperti bacaan dengan alif. Ianya adalah secara ihtimal dan tidak dianggap salah kerana berkaitan bacaan sebegitu pada banyak tempat dalam al-Quran.III. Perbezaan rasm yang sedikit pada tempat tertentu yang dimaafkan. Seperti perbezaan pada ithbat atau hazaf ya zawaid , khilaf yang merujuk kepada huruf yang diidghamkan , diibdalkan, dikekalkan atau dihazafkan. Kesemua ini tidak dianggap khilaf yang tertolak (sehingga boleh mencacatkan suatu bacaan padanya) bahkan ianya dimaafkan kerana kesemuanya merujuk kepada makna yang sama dan ianyajuga berdasarkan kepada pembacaan yang diterima.Contoh :

Contoh bagi penulisan ya zawaid samada ithbat atau hazaf adalah dimaafkan kerana ia merujuk kepada makna yang satu , sekaligus seiring dengan bacaan yang sahih serta mashyur dan diterima.Ianya tidak seperti penambahan atau pengurangan huruf atau mendahului serta mengakhirkan sesuatu kalimah yang dihukumkan tidak harus bersalahan rasm.

1.2.3 Sah sanadnyaSecara hakikatnya , rukun ini adalah syarat utama yang perlu ada bagi kedua-dua rukun yang telah dijelaskan. Jikalau kedua-dua rukun pada awal perbincangan tadi tidak menepati rukun yang terakhir ini, ianya tidak dianggap sebagai bacaan al-Quran yang mutawattirah.

Bacaan yang sah sanadnya sudah pasti bertepatan dengan kaedah arab atas dasar al-Quran itu diturunkan dengan Bahasa arab.

Begitu juga keadaannya jika merujuk kepada rasm , sudah pasti ianya bertepatan dengan rasm kerana rasm tersebut ditulis dalam mushaf berdasarkan bacaan yang mutawatirah daripada Rasulullah SAW.Sah sanad bermaksud bacaan al-Quran itu diambil daripada guru yang mutqin iaitu guru yang diiktiraf ilmunya merujuk kepada pembelajaran bacaan al-Quran serta amanah dengan ilmunya. Oleh yang demikian , rukun ini dapat menghindarkan daripada kesalahan yang boleh mencacatkan sesuatu bacaan dan bersambung sanad pembacaanya kepada Rasulullah SAW.