esei

11
4.0 KESESUAIAN SARI KATA SEBUAH DRAMA TELEVISYEN DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP DAN KAEDAH PENTERJEMAHAN BAHASA MELAYU. Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing. Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu penterjemahan mesin. Teori terjemahan dikemukakan awal oleh Etienne Dolet (1509-1546) pada awal tahun 1540. Prinsip- prinsipnya adalah penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal. Penterjemah juga mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu. Selain itu juga, penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan oleh sebab perbuatan itu akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca, walhal teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah dibaca. Pada masa yang sama, penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya. Prinsip seterusnya ialah penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal. Dolet juga menyatakan bahawa amat penting untuk seorang penterjemah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Selain itu,

Upload: syafiq

Post on 09-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: ESEI

4.0 KESESUAIAN SARI KATA SEBUAH DRAMA TELEVISYEN DENGAN

MENGGUNAKAN KONSEP DAN KAEDAH PENTERJEMAHAN BAHASA MELAYU.

Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan

menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk

menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan

sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang

penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati

ilmu pengetahuan daripada budaya asing.

Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan

perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu

penterjemahan mesin. Teori terjemahan dikemukakan awal oleh Etienne Dolet (1509-1546)

pada awal tahun 1540. Prinsip-prinsipnya adalah penterjemah hendaklah benar-benar

memahami isi dan hasrat penulis teks asal. Penterjemah juga mestilah menguasai dengan baik

bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu. Selain itu juga, penterjemah tidak boleh

menterjemah perkataan demi perkataan oleh sebab perbuatan itu akan merosakkan makna

asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca, walhal teks asalnya

mungkin sangat sedap dan mudah dibaca. Pada masa yang sama, penterjemah hendaklah

menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk

menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya. Prinsip seterusnya ialah penterjemah mestilah

mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal.

Dolet juga menyatakan bahawa amat penting untuk seorang penterjemah mengetahui

semangat dan tujuan pengarang asal. Selain itu, beliau juga menyeru para penterjemah supaya

tidak melakukan kesilapan terjemahan harfiah. Kaedah yang terbaik adalah dengan

menterjemah menggunakan gaya bahasa harian. Kaedah ini amat sesuai terjemahan untuk

pembacaan orang awam. Manakala menurut beliau unsur stilistik penting hanya untuk

terjemahan yang serius sahaja.

Mengikut kaedah penterjemahan lama, penterjemah menumpukan perhatian terhadap

bentuk teks yang diterjemahkan. Penterjemah cuba mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti

rima, rentak, bunga bahasa dan ciri nahu yang tertentu supaya bahan terjemahan itu

menyerupai bentuk teks sumber. Terjemahan baharu pula mengutamakan reaksi pembaca atau

Page 2: ESEI

kesan terhadap pembaca. Sambutan pembaca teks terjemahan hendaklah serupa dengan

sambutan pembaca teks sumber, begitu juga dengan emosi yang dialaminya. Sebenarnya

terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam penterjemahan. Ini dapat dikategorikan

kepada kaedah terjemahan formal dan kaedah terjemahan dinamik.

Kaedah terjemahan formal pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu pinjaman, peniruan

dan penggantian. Peminjaman kata berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontak

antara dua bahasa yang berbeza misalnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang

bertembung akibat penjajahan. Peminjaman antara dua bahasa ini tidak dapat dielakkan kerana

keperluan komunikasi. Dalam hal ini, bahasa penjajah tentulah lebih dominan daripada bahasa

yang dijajah. Kemasukan penjajah juga membawa konsep baharu yang tidak wujud dalam

bahasa kedua, misalnya teknik, konsep, istilah, dan seumpamanya. Untuk mengisi kekosongan,

maka kaedah pinjaman diamalkan. Kaedah ini juga diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat

khusus dalam sesebuah teks.

Beberapa kata pinjaman sudah lama dimasukkan atau diserapkan ke dalam leksikon

bahasa Melayu sebagai kata pinjaman, iaitu basikal (Inggeris), senapang (Belanda), pisau

(Cina), cahaya (Sanskrit), kedai (Tamil), dakwah (Arab), cukai (Jawa), pamer (Jawa), sekolah

(Portugis) dan lain-lain. Kata pinjaman ini dikatakan kata pinjaman tulen asimilasi lengkap

kerana berlakunya penyesuaian ortografi dan telah lama diasimilasikan ke dalam budaya

Melayu hingga tidak terasa keasingannya dengan lidah Melayu.

Rajah 1: Filem “Jack the Giant Slayer 2013”- Jack Pembunuh Gergasi

Peminjaman berlaku dalam istilah budaya yang merangkumi organisasi sosial yang

berbeza pada tahap dunia misalnya filem “Jack the Giant Slayer 2013” iaitu sebuah filem

Page 3: ESEI

Inggeris dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang bermaksud Jack Pembunuh Gergasi

(lihat Rajah 1). Penterjemah mengandaikan unsur dalam satu budaya atau bahasa itu sendiri

boleh dikomunikasikan secara "borne across," dan dihasilkan semula dalam satu budaya atau

bahasa yang lain. Dalam hal ini kadangkala yang dipentingkan ialah kesesuaian

(appropriateness) bukan ketepatan (accuracy) menjadi pilihan penterjemah. Mounin (1963)

telah menggariskan kepentingan signifikasi sesuatu item leksikal dengan menegaskan bahawa

sekiranya tanggapan kata tersebut difahami dengan jelas baharulah item tersebut dapat

diterjemahkan secara tepat. Sebagai contoh dalam filem “Jack the Giant Slayer” terdapat istilah

kehidupan pengakhiran , iaitu syurga(lampiran 3.1)yang tidak terdapat dalam budaya Melayu, lalu

terpaksa dipinjam terus perkataan tersebut daripada bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu.

Begitu juga halnya dengan perkataan dunia(lampiran 3.1), iaitu kehidupan sekarang, yang dari segi

konsepnya tidak sama dengan perkataan bumi dalam bahasa Melayu, lalu terpaksa dipinjam

perkataan tersebut dalam bahasa Arab. Terdapat juga perkataan yang dipinjam daripada

bahasa Inggeris, antaranya ialah legenda(lampiran 3.2) iaitu legend yang bermaksud cerita yang

tidak dapat dipastikan benar atau tidak.

Selanjutnya kita lihat pula kaedah peniruan. Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah

pinjaman tetapi istilahnya sahaja yang diterjemahkan. Terdapat dua jenis peniruan, iaitu

pertama, peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran (buffet servis -

servis buffet, green house - rumah hijau, social science - sains sosial , honey moon - bulan

madu, yellow culture - budaya kuning, cold war - perang dingin) Kedua, peniruan struktur yang

memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran misalnya prime minister -

perdana menteri, dan mini bus - bas mini. Kata pinjaman peniruan ini digolongkan sebagai kata

majmuk yang dipinjam dan disesuaikan dengan pola sintaktik dalam bahasa Melayu.

Terdapat unsur peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran

dalam filem “Jack the Giant Slayer”. Contohnya “legend only” (lampiran 3.3) yang diterjemahkan

hanya legenda. Contoh ini merujuk kepada istilah pinjaman iaitu legenda yang diterjemahkan

daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu “legend”. Terdapat satu unsur lagi iaitu unsur peniruan

struktur yang memasukkan struktur baru dalam bahasa sasaran juga wujud dalam filem ini.

Antaranya “horse-drawn carriage” (lampiran 3.4) yang membawa maksud kereta kuda. Contoh yang

diberikan ini merujuk kepada struktur baru dalam bahasa sasaran.

Page 4: ESEI

Seterusnya terdapat kaedah penggantian. Kaedah ini digunakan dengan

menterjemahkan atau menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan

perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Kaedah ini kerap

diamalkan bagi sesebuah teks berbentuk risalah (informative) yang ditulis dalam bahasa

sumber yang ringkas, iaitu tidak kompleks. Bagi teks yang berunsur sains, kita lazim

menggunakan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi diubahsuaikan mengikut

ejaan Melayu, maka cara ini juga dikatakan penggantian.

Contohnya teks sumber ialah “I miss you” dan teks sasarannya ialah “saya rindu

awak”. Dalam filem “Jack the Giant Slayer” wujudnya unsur kaedah penggantian ini.

Sebagai contoh, “don’t make trouble” (lampiran 3.5) (teks sumber) dan diterjemahkan “jangan

buat masalah” (teks sasaran). Satu contoh lagi yang boleh diambil iaitu teks

sumbernya ialah “if i am a prince” (lampiran 3.6) dan diterjemahkan kepada teks sasaran iaitu

“jika aku seorang putera”. Kedua-dua contoh penterjemahan yang digunakan ini

merupakan unsur kaedah penggantian dan sebagai penjelasannya perkataan atau

frasa dalam ayat tidak mengalami perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur

atau susunannya.

Setelah mengkaji penterjemahan menggunakan kaedah terjemahan formal, saya juga

perlu mengkaji filem ini dengan menggunakan kaedah terjemahan dinamik. Perkataan dinamik

itu sendiri menjelaskan lagi kaedah ini yang memperlihatkan satu kaedah baharu yang

melibatkan banyak unsur ke arah memudahkan kerja terjemahan. Terdapat empat kategori

dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu transposisi, modulasi, persamaan dan penyesuaian.

Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan.

Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkan kedudukan frasa atau klausa dalam

bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Hal ini penting kerana dalam

penterjemahan, maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun kita melakukan

pembaharuan dalam kaedah. Ada beberapa sebab kaedah transposisi perlu digunakan, iaitu

untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan untuk

menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan. Contohnya “Invest as

low as RM5,000 (teks sumber) diterjemahkan “Dengan pelaburan serendah RM5,000 (teks

sasaran). Satu lagi contoh biasa iaitu “trading as a profesion” (teks sumber) diterjemahkan

sebagai “berniaga sebagai kerjaya” (teks sasaran).

Page 5: ESEI

Dalam filem yang dikaji iaitu “Jack the Giant Slayer”, terdapat beberapa contoh

tansposisi yang boleh diambil. Antaranya ialah “she is a smart girl”(lampiran 3.7) yang boleh

membawa maksud “dia gadis yang bijak”. Dapat dilihat di sini bahawa contoh ini

diterjemahkan dengan cara menukarkan kedudukan frasa “smart girl” kepada “gadis yang bijak”

tanpa mengubah maksud. Lain-lain contoh yang diperoleh seperti “so, answer our question”

(lampiran 3.8) kepada “jadi, jawab soalan kami”, “as the new king of all of you”(lampiran 3.9)

diterjemahkan sebagai “sebagai raja baru kamu semua”, dan “I have bigger plan”(lampiran 3.10)

diterjemahkan sebagai “Aku mempunyai rancangan yang lebih besar”.

Jelasnya, dalam kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan

bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan. Kebolehan

ini memerlukan kemahiran bahasa sasaran yang cukup tinggi dan keupayaan memahami

maksud dalam bahasa sumber agar maksud teks asal tidak disalah terjemahkan. Unsur dinamik

ini membolehkan penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan maksud

penulis teks asal.

Selanjutnya kita melihat pula kaedah modulasi. Sebenarnya kaedah modulasi juga

digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk menyampaikan warta dengan

gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami. Namun begitu dalam

modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi

wartanya tetap tidak berubah. Begitu juga penyampaian boleh negatif dalam bahasa sasaran

tanpa menjejaskan makna. Sebagai contoh, “In either case, the energy that we obtain

ultimately originates from starch” dapat diterjemahkan sebagai “Dalam kedua-dua hal, tenaga

yang kita peroleh pada peringkat akhir berasal dari kanji.

Dalam filem “Jack the Giant Slayer”, kaedah ini digunakan bagi menterjemah budaya

percakapan masyarakat. Misalnya “I don’t mean to make trouble all the time”(lampiran 3.12) yang

diterjemahkan sebagai “aku tidak mahu membuat masalah sepanjang waktu”. Perubahan

makna dalam ayat ini tidak begitu ketara tetapi perkataan “don’t mean” digantikan dengan

perkataan “tidak mahu” dalam konteks penceritaan yang tidak memberikan kesan yang besar.

Contoh lain yang terdapat dalam filem ini seperti “don’t take it easy”(lampiran 3.11) yang

diterjemahkan sebagai “jangan pandang ringan”, “Clothes, roof for your head”(lampiran 3.13)

Page 6: ESEI

membawa maksud “Pakaian, tempat berteduh”, dan contoh “and what do you have to show

for it?”(lampiran 3.14) yang diterjemahkan sebagai “dan apa balasan kamu?”

Kaedah yang seterusnya ialah persamaan. Sebagaimana telah diperkatakan pada

peringkat awal tadi, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa tidak ada dua bahasa yang

serupa. Oleh itu, untuk mencari persamaan dalam penterjemahan memanglah sesuatu yang

amat rumit. Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi

(bersahaja). Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya

seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya, tidak ada dua perkataan

yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu, kita tidak

menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat. Kita menterjemah dengan menggunakan

persamaan yang paling dekat maknanya. Contoh persamaan terdekat yang wujud dalam filem

“Jack the Giant Slayer” seperti “magic”(lampiran 3.15) yang bermaksud “magik”. Manakala

persamaan sejadi atau bersahaja pula seperti “okay”(lampiran 3.16) yang membawa maksud

“baiklah”.

Tokoh dalam bidang penterjemahan, iaitu Nida (1964) telah mengenal pasti dua jenis

persamaan, iaitu formal dan dinamik. Beliau mengatakan bahawa persamaan formal

menumpukan perhatian kepada mesej itu sendiri dalam bentuk dan kandungan. Dalam

terjemahan begini, seseorang penterjemah menumpukan kepada puisi, ayat demi ayat dan

konsep demi konsep. Nida menamakannya terjemahan glos yang bertujuan untuk

membenarkan atau memberikan ruang kepada pembaca supaya memahami sebanyak mungkin

konteks dalam bahasa sumber. Persamaan dinamik berasaskan prinsip kesan persamaan,

yakni hubungan antara penerima dan mesej bahasa sasaran seharusnya juga sama dengan

hubungan antara penerima dan mesej bahasa sumber. Dalam filem “Jack the Giant Slayer”, kita

temui kaedah ini digunakan, misalnya “sweet dream…”(lampiran 3.17) bermaksud “mimpi yang

indah…”.

Contoh ayat di atas, perkataan “sweet” diterjemahkan ke dalam idiom bahasa Melayu,

iaitu “yang indah” yang membawa maksud keadaan yang menggembirakan. Walaupun dalam

teks sasarannya tidak sedikit pun menyebut tentang keindahan atau kiasan yang sedemikian

namun dari segi maksud, terjemahan yang menggunakan kaedah tersebut telah menyampaikan

mesej kepada pembaca. Menurut Susan Bassnett, persamaan dalam terjemahan tidak

seharusnya mengambil pendekatan pencarian persamaan semata-mata kerana persamaan

Page 7: ESEI

tidak mungkin wujud antara dua versi bahasa sumber bagi teks yang sama, apa tah lagi antara

versi bahasa sumber dan bahasa sasaran.

Contoh lain ialah “do not take too long…”(lampiran 3.18) yang diterjemahkan kepada “jangan

mengambil masa yang lama…” . Berdasarkan terjemahan di atas, kita dapati bahawa

perkataan “too long” tidak semestinya diterjemahkan sebagai “begitu panjang” tetapi mengambil

maksud sebaliknya, iaitu “masa yang lama”. Inilah kelebihan menggunakan kaedah ini agar

pembaca tidak merasa janggal apabila membaca terjemahan sedemikian. Kita perlu melihat

dua segi, iaitu siapa yang akan membaca karya terjemahan tersebut dan apakah yang akan

dirasai oleh pembaca itu apabila dia membaca karya tersebut. Kita mengukur keupayaan

pembaca dari segi sejauh mana dia mengalami kesan yang sama dengan kesan yang dialami

oleh pembaca teks asalnya. Penekanan ini perlu bagai karya terjemahan agar pembacaan tidak

terganggu dan pembaca seolah-olah membaca teks karya penulis asalnya.

Kaedah terakhir dalam proses penterjemahan bahasa Melayu ialah kaedah

penyesuaian. Kaedah seterusnya ialah penyesuaian yang merupakan kaedah yang

menggabungkan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi, dan persamaan. Secara

ringkasnya, transposisi ialah kata sifar (ungkapan), modulasi pula merujuk kepada perhatian

(arahan) dan persamaan ialah struktur berbeza.

Sebagai contoh, “get sleep Jack”(lampiran 3.19) yang telah diterjemahkan kepada “tidurlah

anakku”. Dalam konteks ini, kesesuaian ayat ini mengikut budaya orang Melayu iaitu budaya

orang Inggeris ada kalanya memanggil anak mereka dengan panggilan nama sahaja,

contohnya Jack, tetapi apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, panggilan ini

menggunakan perkataan anakku. Secara mudah, penterjemah telah menggunakan panggilan

anakku untuk disesuaikan dengan budaya orang Melayu dengan memanggil anak bukan

dengan panggilan nama.

Contoh lain penterjemahan bahasa Melayu dalam filem “Jack the Giant Slayer” yang

menggunakan kaedah penyesuaian seperti “thank you”(lampiran 3.20) yang telah diterjemahkan

“terima kasih” Jika diterjemahkan mengikut budaya orang Inggeris, maksud “thank you” ialah

terima kasih kepada awak tetapi mengikut kesesuaian budaya orang Melayu, “thank you” dapat

diterjemahkan sebagai terima kasih yang menampakkan atau memperlihatkan tanda

kesyukuran kepada pihak yang tertentu.

Page 8: ESEI

Kaedah ini paling banyak digunakan oleh penterjemah kerana kebebasan menentukan

gaya yang tersendiri bagi seorang penterjemah. Sebenarnya, pemilihan kaedah yang sesuai

bagi penterjemahan banyak bergantung pada berbagai-bagai faktor, iaitu ringkas atau kompleks

sesuatu teks, jenis atau fungsi teks (risalah, am atau teknikal), bidang teks (sastera, agama,

sains atau teknikal), dan peringkat teks (untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah

menengah atau pengajian tinggi). Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka

dalam memilih kaedah yang sesuai. Ada kalanya kaedah-kaedah tersebut boleh digabungkan

dan ada kalanya terpisah.