esei sejarah malaysia penyerahan sarawak 1

4
SEJARAH MALAYSIA SOALAN: MENGAPAKAH ETNIK MELAYU, MENENTANG PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN BRITISH. Pada asalnya, Sarawak berada dibawah pemerintahan keluarga Brooke, dimana Sarawak diperintah oleh tiga orang dari keluarga Brooke ynag bermula dengan James Brooke, Charles Brooke dan yang terakhir dibawah pemerintahan Charles Vyner Brooke. Walaubagaimanapun, pada 1 Julai 1946 Sarawak telah menjadi Crown Colony British, kerana Sarawak telah diserahkan oleh Charles Vyner Brooke kepada British. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya penentangan masyarakat tempatan daripada peristiwa penyerahan Sarawak ini. Antara faktor-faktor penentangan daripada etnik Melayu terhadap penyerahan Sarawak ini adalah seperti berikut Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak tanpa pengetahuan daripada Betram Brooke dan Anthony Brooke. Malahan,keputusan penyerahan Sarawak kepada British tidak dipersetujui oleh Betram Brooke dan Anthony Brooke serta Charles Vyner Brooke juga telah mengabaikan peranan Betram Brooke dan Anthony Brooke yang merupakan pewaris pemerintahan dinasti Brooke. Selain itu, Charles Vyner Brooke juga menafikan hak untuk memerintah sendiri bagi kaum bumiputera seperti Melayu di Sarawak. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya penentangan dari etnik Melayu kerana tidak berpuashati dengan tindakan Charles Vyner Brooke. Selain itu, perwakilan bumiputera di dalam Majlis Negeri tidak menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Namun Charles Vyner Brooke tetap juga menyerahkan Sarawak kepada British. Menurut pendapat etnik Melayu, hanya undi dari wakil bumiputera sahaja yang

Upload: justin-martinez

Post on 16-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jij

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Sejarah Malaysia Penyerahan Sarawak 1

SEJARAH MALAYSIASOALAN:MENGAPAKAH ETNIK MELAYU, MENENTANG PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN BRITISH.

Pada asalnya, Sarawak berada dibawah pemerintahan keluarga Brooke,

dimana Sarawak diperintah oleh tiga orang dari keluarga Brooke ynag bermula

dengan James Brooke, Charles Brooke dan yang terakhir dibawah pemerintahan

Charles Vyner Brooke. Walaubagaimanapun, pada 1 Julai 1946 Sarawak telah

menjadi Crown Colony British, kerana Sarawak telah diserahkan oleh Charles

Vyner Brooke kepada British. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya

penentangan masyarakat tempatan daripada peristiwa penyerahan Sarawak ini.

Antara faktor-faktor penentangan daripada etnik Melayu terhadap

penyerahan Sarawak ini adalah seperti berikut Charles Vyner Brooke telah

menyerahkan Sarawak tanpa pengetahuan daripada Betram Brooke dan Anthony

Brooke. Malahan,keputusan penyerahan Sarawak kepada British tidak

dipersetujui oleh Betram Brooke dan Anthony Brooke serta Charles Vyner Brooke

juga telah mengabaikan peranan Betram Brooke dan Anthony Brooke yang

merupakan pewaris pemerintahan dinasti Brooke. Selain itu, Charles Vyner

Brooke juga menafikan hak untuk memerintah sendiri bagi kaum bumiputera

seperti Melayu di Sarawak. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya

penentangan dari etnik Melayu kerana tidak berpuashati dengan tindakan

Charles Vyner Brooke.

Selain itu, perwakilan bumiputera di dalam Majlis Negeri tidak menyokong

penyerahan Sarawak kepada British. Namun Charles Vyner Brooke tetap juga

menyerahkan Sarawak kepada British. Menurut pendapat etnik Melayu, hanya

undi dari wakil bumiputera sahaja yang berhak menentukan keputusan dalam

Majlis Negeri. Golongan bumiputera dianggap sebagai pewaris Sarawak yang sah

bukannya British. Malahan, mereka juga tidak berpuashati dengan sistem

pengundian dalam Majlis Negeri, dimana pihak luar dibenarkan mengundi.

Padahal undian didalam Majlis Negeri hanya untuk golongan bumiputera sahaja.

Bagi menjayakan penyerahan Sarawak kepada British, Charles Vyner Brooke

telah menggunakan khidmat pegawai inggeris dan orang Cina untuk mengundi

proses penyerahan Sarawak kepada British. Antara pegawai-pegawai inggeris

Page 2: Esei Sejarah Malaysia Penyerahan Sarawak 1

yang terlibat dalam proses pengundian untuk penyerahan Sarawak seperti J.B.

Archer, L.D. Kennedy, dan B.J.C Spurways.

Disamping itu, masyarakat Melayu dan bumiputera menganggap

penyerahan tersebut tidak sah disisi undang-undang negeri. Melalui

perlembagaan ini, selepas 100 tahun pemerintahan dinasti Brooke, Charles

Vyner Brooke perlu menyerahkan Sarawak kepada masyarakat tempatan.

Namun Charles Vyner Brooke telah melakukan dua kesalahan mengenai

kemerdekaan Sarawak, iaitu pertama Charles Vyner Brooke telah melanggar

wasiat Charles Brooke kerana ia jelas melarang sebarang keputusan yang dibuat

oleh Raja tanpa persetujuan Betram Brooke dan Anthony Brooke. Manakala,

yang kedua pula beliau telah mengabaikan pewaris takhta dan hak bumiputera

Sarawak semasa membuat keputusan penyerahan Sarawak kepada British.

Malahan, Orang Melayu tidak berpuashati dengan cara Gerard T. Mac

Bryan mendapatkan persetujuan dari ketua-ketua bumiputera mengenai

penyerahan Sarawak. Gerard T. Mac Bryan merupakan wakil Charles Vyner

Brooke telah mengunakan tipu muslihat dalam mendapatkan tandatangan setiap

ketua bumiputera Sarawak dengan tidak menjelaskan isi kandungan sebenar

dokumen persetujuan penyerahan khususnya kepada Datu Patinggi Haji Abang

Abdillah.

Penyerahan Sarawak kepada British juga bertentangan dengan Piagam

Atlantik. British merupakan sebuah kuasa barat telah mempersetujui piagam ini,

dimana bersetuju untuk membebaskan tanah-tanah jajahan British selepas

perang dunia kedua. Perkara ini telah menyebabkan masyarakat Melayu dan

bumiputera menentang penyerahan Sarawak ini berdasarkan piagam tersebut.

Keputusan Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British

juga bertentangan dengan Perlembagaan Negeri 1941. Perlembagaan ini jelas

mengiktiraf kemerdekaan Sarawak melalui perlembagaan ini juga telah

menyediakan rakyat Sarawak kearah berkerajaan sendiri. Namun, Perlembagaan

1941 tidak memperuntukkan kuasa dan hak kepada ahli Majlis Negeri dan Majlis

Tertinggi untuk menyerahkan Sarawak kepada mana-mana kuasa asing.

Page 3: Esei Sejarah Malaysia Penyerahan Sarawak 1

Selain itu, terdapat campur tangan dari pihak luar mengenai penyerahan

Sarawak seperti Orang Cina. Mereka menyokong penyerahan Sarawak ini.

Bertujuan untuk memelihara kepentingan mereka di Sarawak. Perkara ini

menyebabkan Orang Melayu menjadi marah dengan tindakan Orang Cina yang

menyokong penyerahan Sarawak, kerana mereka ini dianggap sebagai

pengampu British.

Disamping itu, pengenalan Pekeliling no. 9 kepada penjawat awam yang

rata-ratanya etnik Melayu yang menjawat jawatan dalam perkhidamatan awam.

Melalui peraturan ini kakitangan awam dilarang untuk menyertai aktiviti

memprotes penyerahan Sarawak. Menyebabkan berlakunya penentangan

terhadap penyerahan Sarawak ini.

Secara kesimpulannya, penyerahan Sarawak kepada British, merupakan

salah satu punca berlakunya semangat nasionalisme dalam kalangan

masyarakat bumiputera di Sarawak untuk bersatu dan menentang penjajahan

British di Sarawak. Penyerahan ini juga telah memberi kesan yang mendalam

kepada pembentukan negeri Sarawak pada hari ini.