esei minat kerjaya

2
Tugasan Individu EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Nama : Ong Sze Yinn Unit : PISMP IPG PC - E2 No. IC : 851117-13-5052 Nama pensyarah: En. Haris Bin Abu Bakar Tajuk: Anda telah mengikuti satu ujian minat kerjaya. Berdasarkan ujian minat kerjaya tersebut, buat perbandingan mengenai diri anda, keputusan ujian tersebut dan kerjaya yang telah anda pilih (pendidik) Menurut keputusan ujian minat kerjaya, saya merupakan seorang yang tidak realistik.Dalam kehidupan harian, saya memang kekurangan sifat realistik. Ini bermaksud saya tidak sesuai untuk menjadi seorang guru pendidikan jasmani dan guru kemahiran hidup. Ini kerana saya kekurangan sifat fizikal, materialistik, maskulin dan praktikal. Minat saya lebih cenderung ke arah aspek artistik dan sosial. Biasanya saya suka menyanyi. Walaupun suara saya tidak merdu seperti penyanyi terkenal, tetapi saya tetap suka menyanyi. Menyanyi dapat mengekspresikan fikiran dan perasaan saya. Selain menyanyi, saya suka menulis sajak. Melalui penulisan sajak, saya boleh menyampaikan perasaan dalaman saya dengan menghubungkaitkan perasaan saya dengan benda-benda alam sekitar ataupun perkara-perkara yang berlaku di dunia ini. Saya percaya bahawa manusia boleh menggambarkan impian mereka melalui sajak yang ditulis.

Upload: lim-phaiknee

Post on 14-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Tugasan Individu EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling

Nama: Ong Sze YinnUnit: PISMP IPG PC - E2No. IC: 851117-13-5052Nama pensyarah: En. Haris Bin Abu Bakar

Tajuk: Anda telah mengikuti satu ujian minat kerjaya. Berdasarkan ujian minat kerjaya tersebut, buat perbandingan mengenai diri anda, keputusan ujian tersebut dan kerjaya yang telah anda pilih (pendidik)

Menurut keputusan ujian minat kerjaya, saya merupakan seorang yang tidak realistik.Dalam kehidupan harian, saya memang kekurangan sifat realistik. Ini bermaksud saya tidak sesuai untuk menjadi seorang guru pendidikan jasmani dan guru kemahiran hidup. Ini kerana saya kekurangan sifat fizikal, materialistik, maskulin dan praktikal.

Minat saya lebih cenderung ke arah aspek artistik dan sosial. Biasanya saya suka menyanyi. Walaupun suara saya tidak merdu seperti penyanyi terkenal, tetapi saya tetap suka menyanyi. Menyanyi dapat mengekspresikan fikiran dan perasaan saya.

Selain menyanyi, saya suka menulis sajak. Melalui penulisan sajak, saya boleh menyampaikan perasaan dalaman saya dengan menghubungkaitkan perasaan saya dengan benda-benda alam sekitar ataupun perkara-perkara yang berlaku di dunia ini. Saya percaya bahawa manusia boleh menggambarkan impian mereka melalui sajak yang ditulis.

Sebagai seorang bakal guru, saya berasa bahawa diri saya sesuai untuk menjadi seorang guru Bahasa atau guru muzik. Pada masa hadapan, saya boleh mengajar murid-murid menulis sajak. Ramai murid yang menganggap menulis sajak merupakan perkara yang susah dan tidak suka menulis sajak. Sebenarnya, menulis sajak bukanlah sesuatu perkara yang susah. Untuk menulis sebuah sajak yang baik, kita hanya memerlukan daya imaginasi dan keinginan untuk meluahkan perasaan dengan tulus ikhlas.

Pendek kata, saya berpendapat bahawa ujian kerjaya ini sedikit sebanyak membantu saya mengenal pasti minat saya dalam kerjaya sebagai guru.