es kp 03.05(1) keselamatan tempat kerja

7
KURSUS/ COURSE EMPLOYABILITY SKILLS SEMESTER PENDEK SEMESTER 2 NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE 01 – KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA WORK PLACE SAFETY KEBOLEHAN / ABILITIES 03.05 DEMONSTRATE SAFETY SKILLS OBJEKTIF MODUL / MODUL OBJECTIVE AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO :- 1. DEMONSTRATE SAFETY SKILLS NO. KOD / CODE NO. CES 201 Z-009-1/ M01 / P(1/3) MS 1 drp 5 TOPIK : AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA 514) OBJEKTIF Supaya murid-murid dapat memahami secara asas peruntukan Akta 514 (OSHA) dan Akta 139 (Jentera dan Kilang). BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL EMPLOYABILITY SKILLS KERTAS PENERANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: jefree-accon

Post on 27-Jan-2017

81 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ES Kp 03.05(1) Keselamatan Tempat Kerja

KURSUS/ COURSE EMPLOYABILITY SKILLS

SEMESTER PENDEK SEMESTER 2

NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE

01 – KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

WORK PLACE SAFETY

KEBOLEHAN / ABILITIES 03.05 DEMONSTRATE SAFETY SKILLS

OBJEKTIF MODUL / MODUL OBJECTIVE

AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO :-

1. DEMONSTRATE SAFETY SKILLS

NO. KOD / CODE NO. CES 201 Z-009-1/ M01 / P(1/3) MS 1 drp 5

TOPIK : AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA 514)

OBJEKTIF

Supaya murid-murid dapat memahami secara asas peruntukan Akta 514 (OSHA) dan Akta 139 (Jentera dan Kilang).

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONALKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

EMPLOYABILITY SKILLS

KERTAS PENERANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA

Page 2: ES Kp 03.05(1) Keselamatan Tempat Kerja

NO. KOD CES 201 Z-009-1 / M01 / P(1/3) MS : 2 drp 5

1. PENERANGANAkta-akta yang berkaitan dalam Kertas Penerangan ini ialah Akta (514) 1994 - Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Akta (139) 1967 - Akta Jentera dan

Kilang.

i. ACT (514) 1994 -Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA):

Suatu Akta yang diperuntukkan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan

kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain

terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti

orang-orang yang sedang bekerja.

ii. ACT (139) 1967 - Akta Jentera dan Kilang 1967: Suatu Akta yang

diperuntukkan untuk mengawal pengilang supaya bertanggungjawab dalam

perkara yang berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan serta

pemeriksaan terhadap jentera/ mesin dan yang berkaitan dengannya.

2. KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) DAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

2.1 TUJUANTajuk ini bertujuan untuk menerangkan kewajipan pekerja, khasnya memahami fungsi

dan peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan serta Pegawai

Keselamatan dan Kesihatan (SHO). [ Rujuk kepada ACT514. Part VI. Section 24(1 )]

a) Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :-

i. Untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan

kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau

peninggalannya semasa bekerja.

ii. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam

menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan

atau orang lain melalui akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di

bawahnya.

Page 3: ES Kp 03.05(1) Keselamatan Tempat Kerja

NO. KOD CES 201 Z-009-1 / M01 / P(1/3) Muka : 3 drp 5iii. Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa

kelengkapan atau pakaian perlindungan yang disediakan oleh majikan bagi

maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.

iv. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan

kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana

orang lain melalui atau di bawah akta ini atau mana-mana peraturan yang

dibuat di bawahnya.

v. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan

suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-

duanya.

b) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja

i. Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan

Dan Kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika [Rujuk kepada ACT

514, Part VII, Section 30(1) ] :

• terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat

kerja; atau

• Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa

sedemikian di tempat kerja.

ii. Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang

ditubuhkan di bawah Seksyen 30(1) Bahagian VII Akta 514,

pemilihan atau perlantikan pekerja ke jawatankuasa itu, kuasa

anggota-anggota jawatankuasa itu dan apa-apa perkara lain yang

berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu

hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

iii Setiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan

kesihatan untuk membuat dan menyenggara perkiraan yang akan

membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan

dalam menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk

memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja serta

Page 4: ES Kp 03.05(1) Keselamatan Tempat Kerja

dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu.

NO. KOD CES 201 Z-009-1 / M01 / P(1/3) MS : 4 drp 5

iv Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan

suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau

kedua-duanya.

c) Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan dl tempat kerja menurut Seksyen 30 Akta 514 :

i. Hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

ii. Hendaklah menyiasat perkara-perkara berikut di tempat kerja :-

yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil bekerja di tempat itu tidak selamat atau memberi risiko kesihatan dan

yang telah diadukan untuk perhatian majikan.

iii. Hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang dlsebut dalam perenggan (ii) di atas dan jika ia tidak berupaya berbuat demikian hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan suatu pemeriksaan di tempat kerja bagi maksud Itu.

iv. Hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan oleh majikan.

Page 5: ES Kp 03.05(1) Keselamatan Tempat Kerja

NO. KOD CES 201 Z-009-1 / M01 / P(1/3) MS : 5 drp 5

SOALAN

1. Berikan 3 kewajipan am pekerja di tempat kerja.

a. _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

b. _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

c. _________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Huraikan secara ringkas Akta (514) - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Huraikan secara ringkas Akta (139) 1967 - Akta Kilang dan Jentera 1967.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

REFERENCE( S):

1. Occupational Safety and Health ACT 1S94 (ACT514)-ILBS2. Factories and Machinery ACT 1967 (ACT139) - ILBS3. Safety-Health and Working Conditions - Training Manual - Malaysian Society for Industrial Safety