erita ppm -...

21
1 BERITA PPM Isu Jan -Jun 2014 ISSN 0128-0422 MAJLIS PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA SESI 2012-2014 Pn. Maimunah Kadir (Mantan Presiden) Dr. Nor Edzan Che Nasir (Presiden) Pn. Hasnita Ibrahim (Naib Presiden 1) Dr. Basri Hassan (Naib Presiden 2) Pn. Ratnawati Sari Mohd. Amin (Setiausaha Kehormat) Cik Rohaya Umar (Bendahari Kehormat) Pn. Shamsiah Abu Bakar (Penolong Setiausaha Kehormat) En. Azlan bin Mohamad Hamzah (Penolong Bendahari Kehormat) Ahli Majlis Pn. Nafisah Ahmad Pn. Chin Loy Jyoon Pn. Siti Sumaizan Ramli Pn. Engku Razifah Engku Chik Pn. Khasiah Zakaria Pn. Nurul Sha’adah A. Kalam Pegawai Eksekutif En. Wan Ahmad Hanis Wan Yahya Isi Kandungan: Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014 m.s.1 Penerbitan Gedeschrift m.s.7 Penerbitan Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik m.s.8 SLC memenangi anugerah khas PPM m.s.9 Sanggar kerja PPM 2014 m.s.10 IFLA-RSCAO mid term meeting m.s 12 International Seminar on Library Consortia and Community Engagement m.s.14 Bengkel Pelaksanaan Lawatan Penandaarasan Amalan Terbaik m.s.15 Program I like English m.s.17 Program Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2014 m.s.18 Seminar dan jelajah penandaarsan di Sabah m.s. 19 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) 2014 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58 telah diadakan di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya pada 14 April 2014. Bersambung m/s 2 SIDANG PENGARANG Penyumbang Pn. Siti Sumaizan Ramli Penyunting Pn. Fatimah Syam A. Gani Cik Nurul Iqtiani Ahmad

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

1

BERITA PPM

Isu Jan -Jun 2014

ISSN 0128-0422

MAJLIS PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA

SESI 2012-2014

Pn. Maimunah Kadir

(Mantan Presiden)

Dr. Nor Edzan Che Nasir

(Presiden)

Pn. Hasnita Ibrahim

(Naib Presiden 1)

Dr. Basri Hassan

(Naib Presiden 2)

Pn. Ratnawati Sari Mohd. Amin

(Setiausaha Kehormat)

Cik Rohaya Umar

(Bendahari Kehormat)

Pn. Shamsiah Abu Bakar

(Penolong Setiausaha Kehormat)

En. Azlan bin Mohamad Hamzah

(Penolong Bendahari Kehormat)

Ahli Majlis

Pn. Nafisah Ahmad

Pn. Chin Loy Jyoon

Pn. Siti Sumaizan Ramli

Pn. Engku Razifah Engku Chik

Pn. Khasiah Zakaria

Pn. Nurul Sha’adah A. Kalam

Pegawai Eksekutif

En. Wan Ahmad Hanis Wan Yahya

Isi Kandungan:

Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014

m.s.1 Penerbitan Gedeschrift m.s.7

Penerbitan Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik m.s.8 SLC memenangi anugerah khas PPM m.s.9

Sanggar kerja PPM 2014 m.s.10 IFLA-RSCAO mid term meeting m.s 12

International Seminar on Library Consortia and Community Engagement m.s.14

Bengkel Pelaksanaan Lawatan Penandaarasan Amalan Terbaik m.s.15

Program I like English m.s.17

Program Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

2014 m.s.18

Seminar dan jelajah penandaarsan di Sabah m.s. 19

Mesyuarat Agung Tahunan

Persatuan Pustakawan Malaysia

(PPM) 2014 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan

Malaysia (PPM) kali ke-58 telah diadakan di Auditorium Tun

Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti

Malaya pada 14 April 2014.

Bersambung m/s 2

SIDANG PENGARANG

Penyumbang

Pn. Siti Sumaizan Ramli

Penyunting

Pn. Fatimah Syam A.

Gani

Cik Nurul Iqtiani

Ahmad

Edaran

Sekretariat PPM

Page 2: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

2

Tanggal 14 April 2014 merupakan tarikh bersejarah bagi PPM. Mesyuarat Agung Tahunan atau AGM

kali ke-58 diadakan di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya

dan dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Arshad Ayob, Pengerusi Lembaga Pengarah

Universiti Malaya. Turut hadir adalah Y. Bhg. Dato’ Dr. Zaiton Osman, Dato’ Zawiyah Baba, Tuan

Syed Salim Agha, Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman, Encik Chew Wing Fong, Ketua-ketua

Pustakawan IPTA dan IPTS. Turut serta juga para pustakawan, pengurus maklumat dan ahli PPM dari

pelbagai organisasi. Tetamu khas yang turut sama diundang adalah keluarga Allahyarham Prof.

Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd. Saad, mantan Presiden yang meninggal dunia semasa memegang

jawatan Presiden PPM pada 9 Disember 2013. AGM pada kali ini dihadiri oleh 161 peserta termasuk

para pustakawan yang telah bersara daripada perkhidmatan.

Perasmian majlis oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr.

Arshad Ayob

Ucapan aluan oleh Puan Maimunah Abd Kadir

Ucapan Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman Antara tetamu kehormat yang hadir

Mesyuarat Agung Tahunan PPM

2014

Page 3: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

3

Majlis bermula dengan ucapan aluan oleh Pemangku Presiden PPM, Puan Maimunah Kadir

yang menceritakan perkembangan dan kemajuan PPM di bawah pentadbiran arwah

Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif selaku Presiden PPM dan kesinambungan tugas yang

dijalankan oleh beliau. Ucapan perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri

Utama Dr. Arshad Ayob diikuti

dengan pelancaran buku terbitan

peringatan (Gedenschrift) PPM

bertajuk ‘Esei-esei Memperingati

Shahar Banun Jaafar dan

Shahaneem Hanoum Dadameah :

Cabaran Pembangunan

Perpustakaan’ disediakan oleh

Zawiyah Baba, Maimunah Kadir,

Nor Edzan Nasir, Putri Saniah Megat

Abdul Rahman, Salbiah Mohd Yusof

dan Hasnita Ibrahim serta buku

Garis Panduan Lawatan Amalan

Terbaik Perpustakaan oleh

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan

Khusus PPM. Pelancaran 2 buah buku terbitan PPM

Sempena majlis tahunan ini, PPM juga meraikan ahli-ahli PPM yang aktif dan banyak

menyokong aktiviti-aktiviti anjuran PPM. Majlis penyampaian Anugerah PPM mengikut

kategori masing-masing.

1. Anugerah Pelajar Terbaik Sains Perpustakaan :

Cik Nur Izyan Mohd Nadzri (UiTM)

Encik Mohd Ismail Abidin (UM)

Puan Ruzaimah binti Md Zin (UIA)

2. Anugerah Tokoh Pustakawan PPM 2013:

Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd. Saad

(wakil penerima Encik Mazlan Mohd. Saad)

3. Anugerah Kumpulan PPM Paling Aktif:

Kumpulan Timur

4. Anugerah Jawatankuasa Paling Aktif:

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus

5. Anugerah Penghargaan Khas:

Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Perpustakaan kepada

Golongan Khas

Anugerah Pelajar Terbaik Sains Perpustakaan

Anugerah Tokoh Pustakawan PPM 2013 –

Arwah Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd.

Saad (wakil penerima En. Mazlan Saad)

Anugerah Jawatankuasa Paling Aktif:

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus

Page 4: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

4

Selain daripada penyampaian anugerah, PPM juga telah meyampaikan Sijil Penghargaan Ahli

Majlis dan Jawatankuasa Kerja sebagai tanda terima kasih atas jasa dan sumbangan yang telah

diberikan.

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik: Encik Noor Hidayat Adnan

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus: Puan Hasnita Hj. Ibrahim

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Awam: Puan Shukriah Hj. Yon

Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Golongan Khas: Puan Habsah

Abdul Rahman

Jawatankuasa Tetap Penerbitan Jurnal PPM dan JK Anugerah PPM: Dr. Edzan Che Nasir

Jawatankuasa Tetap Penerbitan Berita PPM: Puan Siti Sumaizan Ramli

Jawatankuasa Tetap Teknologi Maklumat: Encik Azahar Mohd. Nor

Jawatankuasa Tetap Promosi dan Keahlian: Encik Mohd Zaihan Hussin

Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Perubatan: YM Engku Razifah Engku Chik

Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Undang-Undang: Puan Ratnawati Sari Mohd. Amin

Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Islam: Dr. Wan Ali Wan Mamat

PPM Kumpulan Sabah: Encik Zawawi Tiyunin

PPM Kumpulan Sarawak: Encik Japri Bujang Masli

PPM Kumpulan Utara: Encik Salleh Hudin Mustafa

PPM Kumpulan Selatan: Puan Noraziah Sharuddin

PPM Kumpulan Timur: Puan Rohani Othman

Pada majlis yang sama, pilihanraya untuk memilih Ahli Majlis PPM 2014-2016 juga telah

berjalan dengan lancar. Pelaksanaan pilihanraya PPM ini dikemudikan oleh Encik Kamal

Sujak selaku Pegawai Pilihanraya. Barisan Ahli Majlis PPM 2014-2016 yang menang

bertanding adalah seperti berikut :

Presiden PPM:

Dr. Nor Edzan Che Nasir (UM)

Timbalan Presiden 1:

Pn. Hasnita Ibrahim (Bernama)

Timbalan Presiden 2:

Dr. Basri Hassan (UIA)

Bendahari Kehormat:

Cik Rohaya Umar (UKM)

Ahli Majlis

Encik Azlan Mohamad Hamzah (UKM)

Puan Siti Sumaizan Ramli (UPSI)

Puan Khasiah Zakaria (UiTM)

YM Engku Razifah Engku Chik (USM)

Puan Ratnawati Sari Mohd. Amin (UM)

Puan Nurul Sha’adah A. Kalam (PRC)

Page 5: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

5

Pada sebelah petang, pelancaran portal rasmi dan pangkalan data keahlian PPM telah

diadakan. Ia adalah salah satu inisiatif PPM bagi memudahkan ahli PPM dalam pencarian

maklumat berkaitan aktiviti terbaru dan lama PPM serta maklumat keahlian PPM. Pengurus

Kanan Portal PPM adalah Encik Mohd Fazli Baharudin dari UiTM.

Paparan portal rasmi dan pangkalan data

keahlian PPM.

Agenda penutup bagi majlis

tahunan ini adalah Seminar Amalan

Terbaik Perkhidmatan Perpustakaan

2014. Seminar ini menarik minat

gologan pustakawan dengan

pembentangan 4 topik menarik

merangkumi inisiatif yang

dipraktikkan oleh pemenang

anugerah Amalan Terbaik

Perkhidmatan Perpustakaan

pelbagai kategori. Sesi perkongsian

ini dapat memberi idea pada para

pustakawan dalam menambahbaik

sama ada perkhidmatan atau

kemudahan di perpustakaan mereka.

Pembentangan Slaid Program Ibadah Korban PPM di Kemboja

oleh Puan Hasnita Ibrahim

Amalan Terbaik Perkhidmatan Perpustakaan Kategori Besar –

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM

oleh Encik Azizi Jantan

Page 6: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

6

Seminar tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada setiap

pembentang serta sesi bergambar. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.

Amalan Terbaik Perkhidmatan Perpustakaan Kategori Sederhana –

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

oleh Puan Sharimah Salleh

Amalan Terbaik Perkhidmatan Perpustakaan Kategori Kecil –

Pusat Sumber Petroleum, PETRONAS

oleh Puan Nurul Syaadah A. Kalam

Page 7: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

7

PPM telah berjaya menerbitkan gedenschrift (terbitan peringatan) bagi mengingati bekas

Presiden PPM dan tokoh pustakawan negara iaitu Allahyarhamah Cik Shahar Banun Jaafar dan

dan Datin Paduka Shahaneem Hanoum Dadameah bertajuk Cabaran Pembangunan

Perpustakaan : Esei-esei memperingati Shahar Banun Jaafar dan Shahaneem Hanoum

Dadameah. Cadangan diterima semasa Mesyuarat Agung PPM pada Mei 2013

Buku ini disediakan oleh Y.Bhg. Dato’ Zawiyah Baba sebagai Ketua Editor, Puan Hasnita Ibrahim

sebagai Setiausaha Kehormat dan Editor terdiri daripada Dr. Nor Edzan Che Nasir (selaku

penyunting), Puan Maimunah Kadir, Puan Putri Saniah Megat

Abd Rahman dan Cik Salbiah Mohd Yusof. Penghargaan

diberikan kepada Perpustakaan Negara Malaysia,

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Puan

Shukriah Hj Yon, penyumbang artikel dan mereka yang

terlibat dalam menjayakan terbitan ini.

Sebanyak 21 esei daripada 27 orang penulis, 12 catatan

kenangan daripada 15 penulis dan tiga obituari khas

untuk Arwah Puan Jariah Jais, Puan Zahra Yaacob dan

Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad.

Objektif utama penerbitan bagi memperingati dan

mengenang jasa mereka kepada PPM dan semoga

buku ini juga akan dimanfaatkan oleh komuniti

perpustakaan serta kepustakawanan di Malaysia dan di

luar negara sebagai sumber rujukan dalam

pembangunan perpustakaan di Malaysia.

Skop dan bidang artikel adalah mana-mana aspek

kepustakawanan, terutama yang berkaitan dengan

minat utama Cik Shahar Banun Jaafar (Perpustakaan

Negara, Pembangunan Perpustakaan, Perkhidmatan dan

Sistem Maklumat, ICT) dan Datin Paduka Shahaneem Hanoum (Perpustakaan Awam,

Pembangunan dan Perkhidmatan Perpustakaan Awam dan Sastera Kanak-Kanak) serta artikel

yang ditulis sebagai mengenangi tokoh-tokoh tersebut. Artikel-artikel yang dihasilkan

merangkumi bidang perkara yang luas, iaitu dari isu-isu teknologi digital dan media baharu,

pemuliharaan, seterusnya perpustakaan desa, perpustakaan sekolah, perpustakaan

cemerlang dan khusus mengenai kesukarelaan dan pustakawan.

PENERBITAN GEDENSCHRIFT

(TERBITAN PERINGATAN)

Kronologi Penerbitan

Mei 2013 - Jemputan kepada penyumbang artikel

Jun - Ogos 2013 - Penerimaan Abstrak

Sept - Dis 2013 – Penerimaan Artikel

Dis 2013 - Feb 2014 - Penyuntingan

Mac –April – Typeset/

Pruf Pertama/Penyuntingan/Indeks/Percetakan

14 April 2014 - Pelancaran semasa AGM PPM

Mesyuarat yang telah diadakan di Bilik Sekretariat PPM

Bil 1/2013 – 17 Mei 2013

Bil 2/2013 – 5 Julai 2013

Bil 3/2013 – 30 Ogos 2013

Bil 4/2013 – 6 Disember 2013

Bil 5/2013/14 – 24 Januari 2014

Buku ini boleh dibeli dengan menghubungi Sekretariat PPM (03-26947390)

Page 8: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

8

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus (SLC), PPM telah berjaya menerbitkan sebuah buku

panduan bertajuk Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan. Objektif penerbitan

ialah memberi panduan asas dan teknik melaksanakan lawatan amalan terbaik sebagai salah satu

cara meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan; memastikan persediaan lawatan

lebih teratur dan mencapai matlamat organisasi; dan menghasilkan format laporan yang berkesan

untuk dimajukan kepada pihak pengurusan dan perkongsian maklumat. Penghargaan kepada SLC

dan MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) kerana terlibat menjayakan penerbitan buku tersebut.

Kronologi Penerbitan :

TARIKH AKTIVITI

22 Mac 2012 Pendedahan terhadap aktiviti

penandaarasan untuk amalan terbaik oleh

MPC semasa Bengkel Penandaarasan

Amalan Terbaik di Perpustakaan di KC, The

Malaysian Insurance Institute (MII).

21 Januari 2014 Perbincangan antara SLC dan pihak

Jabatan Pengurusan Pengetahuan, MPC

bagi mendapatkan kebenaran dan idea

untuk menghasilkan Buku Garis Panduan.

29 Januari 2014 Penghasilan Draf 1 sewaktu mesyuarat SLC

di KMC, Bank Negara Malaysia.

26 Februari 2014 Proses penambahbaikan dan penghasilan

Draf 2 di mesyuarat SLC di Dewan Bahasa

& Pustaka.

6 Mac 2014 Perbincangan bersama dengan Puan Nur

Hanim Abd Ghani (MPC) untuk semakan

dan penghasilan Draf 3.

12 dan 13 Mac

2014

Perbincangan dan simulasi draf garis

panduan bersama peserta Bengkel

Pelaksanaan Lawatan Penandaarasan

Amalan Terbaik : Ke Arah Meningkatkan

Kecemerlangan Perpustakaan di KMC,

Bank Negara Malaysia. Draf 4 telah

dibentuk daripada hasil simulasi dan

sumbang saran oleh para peserta.

26 Mac 2014 Draf 4 dihantar untuk urusan percetakan.

Mac - April Urusan Percetakan

14 April 2014 Pelancaran semasa Mesyuarat Agung PPM

2014 di Universiti Malaya.

PENERBITAN GARIS PANDUAN LAWATAN

AMALAN TERBAIK

Page 9: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

9

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus (SLC) telah

memenangi Anugerah Khas Jawatankuasa Tetap

Paling Aktif yang telah disampaikan semasa

Mesyuarat Agung PPM pada 14 April 2014. Kumpulan

Selatan pula memenangi Anugerah Khas

Jawatankuasa Kumpulan Paling Aktif.

SLC dipengerusikan oleh Puan Hasnita Ibrahim - Pusat

Maklumat dan Perpustakaan (InfoLib), Bernama,

Setiausaha ialah Puan Fatimah Syam - Fatimah Syam

@ Noor Azleen A.Gani - Petroleum Resource Centre

Bangi (PRSB), Petronas Research Sdn Bhd. dan Ahli

Jawatankuasa terdiri daripada Puan Kamariah

Jaafar – Perpustakaan Institut Diplomasi dan

Hubungan Luar Negeri (IDFR); Puan Kamariah Abu

Samah – Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan

Bahasa & Pustaka (DBP); Puan Roslin Muhiddin - Pusat Sumber Maklumat (LIC), Malaysia Productivity

Corporation (MPC); Masfaliza Masmuda - Pusat Maklumat dan Perpustakaan (InfoLib), Bernama; Harizam

Mahalil – Knowledge Centre, The Malaysian Insurance Institute (MII); Siti Safiyyah Mazlan – Knowledge

Centre, The Malaysian Insurance Institute (MII);

Nurul Sazrina Mohd Shukor - Pusat Sumber

Maklumat (LIC), Malaysia Productivity

Corporation (MPC); Mohd Shahar Saad –

Pusat Ilmu, MARDI; dan Masyitah Md. Isa –

Knowledge Management Centre (KMC), Bank

Negara Malaysia (BNM).

Dengan kerjasama SLC, pelbagai aktiviti telah

berjaya dianjurkan bagi April 2012 hingga

April 2014 :

1.Mesyuarat AJK sebanyak 6 kali.

2. Mesyuarat Khas sebanyak 8 kali.

3. Lawatan ke 17 buah perpustakaan iaitu

Universiti Mahidol, Bangkok; Fakulti Perubatan

Hospital Siriraj, Universiti Mahidol; Bank of

Thailand; Bank Negara Malaysia; Universiti

Malaysia Perlis; Universiti Utara Malaysia; Universiti Antarabangsa Albukhary;

Universiti Sains Malaysia; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; MARDI; FRIM; Jabatan

Peguam Negara; Perpustakaan Tun Fuad Stephen (Yayasan Sabah); Universiti Malaysia Sabah (UMS);

Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM); Perpustakaan Negeri Sabah (PNS); dan Lembaga

Koko Malaysia.

4. Forum Transliterasi - “Transformasi Literasi”.

5. Seminar Transformasi, Inovasi dan Kreativiti di Perpustakaan.

6. Bengkel Pelaksanaan Lawatan Penandaarasan Amalan Terbaik : Ke Arah Meningkatkan

Kecemerlangan Perpustakaan.

7.Seminar Amalan Terbaik di Perpustakaan.

8. Penerbitan Newsletter – SLib Links bagi 2012/2013 dan 2013/2014.

9. Penerbitan Buku - Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan.

10. Menjana pendapatan kepada PPM hampir RM9,000.

Satu majlis meraikan kemenangan dan penghargaan kepada SLC sambil melawat ke Pusat Makumat dan

Perpustakaan Berita Bernama telah diadakan pada 2 Jun 2014. Jalinan kerjasama SLC membuahkan hasil

dan sumbangan kecil bagi kemajuan dalam bidang kepustakawanan. Tahniah dan Terima kasih.

SLC MEMENANGI ANUGERAH KHAS PPM

AJK SLC 2012/2014

Page 10: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

10

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) memulakan langkah persatuan dengan sanggar

kerja yang diadakan di Sepang, Selangor. Walaupun semua ahli majlis masih bersedih

dan terkesan dengan pemergian Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd. Saad,

Presiden PPM pada 9 Disember 2013 lalu, namun perjalanan masih jauh dan perlu

diteruskan. Pesanan Allahyarham untuk meneruskan usaha memajukan persatuan dan

bidang kepustakawanan di Malaysia menjadi pembakar semangat untuk ahli gerakan

sanggar kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seikhlas hati, tanpa

desakan mahupun bayaran.

Sanggar Kerja PPM 2014 diadakan selama dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad pada tarikh

25 hingga 26 Januari 2014 di Empress Hotel, Salak Tinggi, Sepang. Program ini telah dihadiri

oleh semua Ahli Majlis dan Jawatankuasa Kerja PPM seramai 24 orang.

Sanggar Kerja PPM 2014

Page 11: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

11

Perbincangan mengenai ketetapan tarikh, aturcara dan persediaan program sanggar

dilakukan semasa mesyuarat PPM bersama Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif.

Berikut adalah aturcara yang telah dilaksanakan :

Selain daripada pembentangan pelan strategik, bermesyuarat, merancang dan

menjana idea-idea positif dalam sanggar, PPM juga berpeluang mengadakan majlis

tahlil memperingati Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif di sebelah petang pada

hari pertama sanggar. Kesedihan jelas terbayang di wajah ahli-ahli majlis yang masih

merindui kehadiran Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif dan tangisan datang

dengan sendiri. Doa kami tidak putus agar Allahyarham tenang di sana dan bertemu di

Jannah.

25 Januari 2014 (Sabtu)

•Taklimat Penolong Setiausaha Kehormat – Encik Kamal Sujak

•Ucapan selamat datang dan pembukaan Sanggar Kerja 2014 oleh Puan Maimunah Kadir, Pemangku Presiden PPM

•Laporan Majlis oleh Setiausaha Kehormat – Puan Balqis Suja’

•Laporan Jawatankuasa Tetap

•Perpustakaan Akademik

•Perpustakaan Khusus

•Perpustakaan Awam

•Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Golongan Khas

•Penerbitan Berita PPM

•Penerbitan Jurnal PPM

•Teknologi Maklumat

•Promosi dan Keahlian

•Laporan Jawatankuasa Khusus

•Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Perubatan

•Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Undang-Undang

•Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Islam

•Laporan Jawatankuasa Kecil/Sementara

•Jawatankuasa Anugerah PPM

•Jawatankuasa Kecil Bangunan

•Jawatankuasa Pelaburan

•Laporan Kumpulan

•PPM Kumpulan Sarawak

•PPM Kumpulan Sabah

•PPM Kumpulan Selatan

•PPM Kumpulan Timur

•PPM Kumpulan Utara

26 Januari 2014 (Ahad)

•Pembentangan Pelan Strategik PPM 2009-2013 – Penilaian oleh Dr. Edzan Che Nasir, Naib Presiden II

•Pembentangan Draf Pelan Strategik PPM 2014-2016 – Puan Maimunah Kadir, Naib Presiden I selaku Pemangku Presiden

Page 12: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

12

Malaysia was the host for IFLA-RSCAO Mid-Term Meeting held for two days, 17-18 February

2014 at PETRONAS Petroleum Resource Centre (PRC), Kuala Lumpur City Centre (KLCC),

Kuala Lumpur.

The meeting was chaired by Dr. Chihfeng P. Lin from Taiwan, and attended by IFLA-

RSCAO committee members including Madame Rashidah Begum and Dr. Diljit Singh

from Malaysia. Other members as follow :

1. Professor Takashi Nagatsuka (Secretary, Japan)

2. Premila Gamage (Sri Lanka)

3. Dr. Fawz Abdallah (Lebanon)

4. Roza Berdigaliyeva (Republic of Kazakhstan)

5. Jayshree Mamtora (Australia)

6. S. B. Ghosh (India)

7. Teresita Moran (Philippines)

8. Yang Tao (China)

9. M. Al Mamun (Bangladesh)

10. Sanjay Kumar Bihani (India)

11. Ian Yap (Singapore)

12. Janice Ow (Singapore)

IFLA-RSCAO Mid Term Meeting in Kuala Lumpur

Page 13: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

13

In spite of the sadness and grief following the demise of the late President of PPM, Assoc.

Professor Dr. Mohd. Sharif Mohd. Saad, the PPM committee members who attended the

meeting as

observers, as

well as Mr.

Azahar M.

Noor of PRC

and his team

continued to

give their best

support to

ensure the

success of the

meeting.

Assoc. Prof. Dr.

Mohd. Sharif

was actually

one of the

members of

IFLA-RSCAO

Standing

Committee 2013-2017.

Dinner was later held at Saloma Bistro nearby KL Convention Centre after the first day of

the meeting. In addition to serving great Malaysian cuisine, IFLA-RSCAO delegates were

also entertained with the cultural dance performed by the local dance troupe. The

dancers invited IFLA-RSCAO and PPM members on stage to join them with the traditional

dance, followed by a photo session.

PPM committee members also accompanied the delegates to visit KL Twin Tower and

Selangor Pewter. It was an inspiring function and we gained new insights from the meeting

and discussions on IFLA-RSCAO program as a whole.

Lawatan ke Selangor Pewter dan sekitar Putrajaya

Page 14: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

14

The international seminar was held on 19

February 2014 at Perdana Leadership

Foundation (PLF) in Putrajaya, Selangor. It was

organized by PPM and held in conjunction with

IFLA-RSCAO mid term meeting in Malaysia.

The objectives of the seminar was to better

understand the strategy and interaction in

collaborative leadership of library consortia

and partnership for community engagement;

provide platform for sharing and exchange of

experiences on trends in regional library

consortium; to gather relevant input on library

roles in community focus services and to

improve ways in leveraging community involvement in libraries.

Dato’ Dr. Zaiton Osman was the keynote speaker for the international seminar. She presented her

key note speech entitled ‘ Library Consortia and Community Engagement in Malaysia : Current

trends’. Dato’ Dr. Zaiton was PPM Past President and Director of Institutional Advancement Centre,

UM.

Other paper presenters were as follow :

1. Dr. Fawz Abdallah (Lebanon)

2. Ms Roza Berdigaliyeva (Republic of Kazakhstan)

3. Dr. Nor Edzan Che Nasir (Malaysia)

4. Madame Engku Razifah Engku Chik (Malaysia)

5. Mr. Ben Sng (Emerald Group Publishing, Malaysia)

The international seminar has attracted about 50

participants from all libries in Malaysia. Exhibition

booths displayed the latest products related to

libraries and ICT. Before the day ended, IFLA-

RSCAO speakers and delegates joined Putrajaya

Cruise and Wetland to enjoy and experience the

stunning sights of Putrajaya’s spectacular

landmark.

International Seminar on Library Consortia and

Community Engagement

Ms. Roza (Rep. Of Kazakhstan)

Dr. Fawz

Abdallah

Dr. Fawz Abdallah (Lebanon)

Dr. Fawz

Abdallah

Page 15: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

15

Bertempat di Bilik Mini Forum 1, KMC, Bank

Negara Malaysia, bengkel ini telah berjaya

dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap

pepustakaan Khusus (SLC), PPM dengan

kerjasama KMC - Knowledge

Management Centre, Bank Negara

Malaysia pada 12 & 13 Mac 2014.

Objektif mengadakan bengkel ini adalah

untuk mengenali Garis Panduan

Penandaarasan di Malaysia yang digunakan

oleh MPC; mempelajari perkara yang perlu

dilakukan sebelum, semasa dan selepas

lawatan; mempelajari cara untuk

menyediakan laporan lawatan yang

berkesan; berkongsi pengalaman serta

memberi maklum balas amalan terbaik

lawatan Penandaarasan anjuran SLC; dan

memberi maklum balas draf Garis Panduan

Lawatan Penandaarasan Amalan Terbaik di

perpustakaan untuk digunakan semasa

mengadakan lawatan ke perpustakaan lain agar

dapat mencapai objektif lawatan.

Seramai 20 orang peserta dari pelbagai perpustakaan Institut Kemajuan Desa (INFRA); Universiti Kuala

Lumpur; Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; International Medical College, Melaka; Institut

Penyiaran Tun Abdul Razak; Securities Comission; Bernama; Dewan Bahasa & Pustaka; Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia; The Malaysian Insurance Institute (MII); PETRONAS; Bank Negara Malaysia; dan MPC

telah menghadiri bengkel ini.

Pada hari pertama Puan Nur Hanim dari Jabatan

Pengurusan Pengetahuan, MPC telah memberi penerangan mengenai pengenalan kepada

Penandaarasan dan pendedahan kepada Garis Panduan Penandaarasan di Malaysia.

BENGKEL PELAKSANAAN LAWATAN

PENANDAARASAN AMALAN TERBAIK : KE ARAH

MENINGKATKAN KECEMERLANGAN

PERPUSTAKAAN

Page 16: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

16

Pengenalan kepada penandaarasan termasuk definisi,

faktor kejayaan, Community of Practices (CoP) dan

Code of Conduct. Garis Panduan Penandaarasan di

Malaysia yang dihasilkan oleh MPC mempunyai tiga

fasa utama iaitu Penandaarasan, Amalan Terbaik dan

Penambahbaikan. Rujukan lanjut boleh didapati di

http://www.mpc.gov.my

/mpc/images/file/Guidebook%20 Benchmarking.pdf.

Seterusnya Puan Hasnita yang merupakan Pengerusi

SLC dibantu oleh Puan Fatimah Syam yang merupakan

Setiausaha SLC membentangkan draf 3, Garis

Panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan yang

telah dirangka oleh SLC dengan bantuan pihak MPC.

Berdasarkan dari penjelasan Puan Nur Hanim dan maklum

balas peserta, draf garis panduan ini telah ditambahbaik. Ini merupakan lawatan simulasi untuk

memantapkan lagi draf 3 garis panduan tersebut. Pada sebelah petang pula, peserta berpeluang untuk

melawat KMC, Bank Negara Malaysia. Taklimat disampaikan oleh Puan Masyitah, Pengurus KMC. Peserta

menggunakan Senarai Semak, draf 3 garis panduan semasa mengadakan lawatan ke KMC.

Pada pagi hari kedua, peserta diberi masa untuk menyediakan laporan lawatan ke KMC. Dibahagikan

kepada 4 kumpulan, pembentangan telah dilakukan berdasarkan Format Penyediaan Laporan, draf 3 garis

panduan. Semasa pembentangan, maklum balas sekali lagi diterima dan telah membuat penambahbaikan

draf 3 bagi menghasilkan draf 4 Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan. Oleh kerana

kesuntukan masa pada petang hari pertama, peserta membuat lawatan ke Muzium & Galeri Seni, Bank

Negara Malaysia selepas pembentangan. Ia mempunyai tujuh buah galeri iaitu Galeri Seni, Galeri

Numismatik, Galeri Pameran Berkala, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Perbankan Islam

dan Galeri Kanak – Kanak. Muzium dan Galeri Seni ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendedahan

kepada orang awam mengenai kepentingan ekonomi, perbankan Islam, perancangan kewangan dan

peranan sebuah bank pusat. Galeri ini mempunyai rekabentuk fizikal yang menarik dan boleh diakses oleh

orang awam tanpa sebarang bayaran. Pada sebelah petang Puan Hasnita telah berkongsi dengan peserta

amalan terbaik di 12 buah perpustakaan yang telah dianjurkan oleh SLC iaitu Universiti Mahidol, Bangkok;

Fakulti Perubatan Hospital Siriraj, Universiti Mahidol; Bank of Thailand; Bank Negara Malaysia; Universiti

Malaysia Perlis; Universiti Utara Malaysia; Universiti Antarabangsa Albukhary; Universiti Sains Malaysia;

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; MARDI; FRIM; dan Jabatan Peguam Negara.

Penganjuran lawatan adalah diantara cara yang terbaik bagi kita untuk mengenali perpustakaan lain serta

tidak mengulangi kesilapan atau kegagalan yang sama dan untuk penambahbaikan lawatan. SLC telah

menganbil inisiatif menghasilkan buku garis panduan amalan terbaik. Pengalaman SLC menganjurkan

Jelajah Penandaarasan sebelum ini ke lapan(8) buah perpustakaan semasa Jelajah Digital telah juga

membantu menghasilkan garis panduan tersebut. Diantara maklum balas peserta ialah bengkel ini sangat

bermanfaat, meningkatkan ilmu mengenai kepentingan garis panduan untuk menganjurkan lawatan

amalan terbaik. Para peserta juga sangat berpuashati dengan fasiliti dan bilik latihan yang disediakan di

bangunan Sasana Kijang. Maklum balas mengenai penyampaian kesemua fasilitator semasa bengkel juga

amat memberansangkan.

Peserta diberi peluang untuk memberi maklum balas mengenai draf garis panduan dan berkongsi mengenai

perpustakaan masing-masing. Penganjuran bengkel ini berjaya mencapai matlamatnya.. Peserta lebih peka

bahawa penandaarasan adalah dalam konteks yang lebih besar dan melibatkan pelbagai inisiatif yang

boleh dijalankan diantaranya termasuk lawatan amalan terbaik.

Page 17: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

17

Program I Like English telah diadakan di Politeknik Kuala Terengganu pada hari Isnin 27

Januari 2014. Hasil gabungan usaha sama ahli jawatankuasa PPM Kumpulan Timur,

Jabatan Pengajian Am dan Unit Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu telah

menganjurkankan Program I Like English untuk menarik minat staf-staf dan Pelajar PKT

mempelajari dan menggunakan Bahasa Inggeris. Antara aktiviti yang diadakan adalah

Giant Dam Ular, Knowledge Dart, Books Hunter, Win Lose or Draw, Be A Linguist dan Lucky

Draw.

Antara gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para

peserta yang terlibat.

Sumber asal: http://www.pkt.edu.my/pkt_joomla_eng/index.php/ml/berita-terkini-2/8-

berita-pkt/75-i-like-english-2014

Program I Like English

Page 18: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

18

Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah mengadakan Program Sempena Hari Buku &

Hakcipta Sedunia 2014 pada 10 Mei 2014. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan

mewarna, pertandingan puzzle, memancing perkataan, mencari bola kata, melukis poster

dan cabutan bertuah. Seramai 180 orang peserta telah menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Kerteh/Kemasik,

Encik Abdul Ghafar bin Mohamed.

Sumber asal: http://www.trglib.gov.my/index.php/arkib/arkib-aktiviti-2014/473-

perpustakaan-awam-pekan-kerteh

Program Sempena Sambutan Hari

Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2014

Page 19: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

19

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus bekerjasama dengan Kumpulan Sabah, Persatuan

Pustakawan Malaysia (PPM) telah berjaya mengadakan Seminar Amalan Terbaik di

Perpustakaan disamping Jelajah Penandaarasan Siri 7 ke Perpustakaan Lembaga Koko

Malaysia; Perpustakaan Negeri Sabah (PNS); Penyelidikan Borneo, Tun Hj Mohd. Fuad Stephen,

Yayasan Sabah; Universiti Malaysia Sabah (UMS); dan Universiti Teknologi MARA Cawangan

Sabah (UiTM).

Disertai seramai 27 orang peserta yang mana seramai 19 peserta dari pelbagai perpustakaan,

MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd., Bank Negara Malaysia, Universiti Malaya, PETRONAS, MBPJ,

Bernama, MIDA, Mardi, Maktab Koperasi Malaysia dan Electric Library (M) Sdn. Bhd, Wiserf,

PPM, UIAM dan 8 orang peserta dari Sabah.

Objektif seminar adalah mempelajari dan menimba ilmu bagi amalan terbaik di

perpustakaan; menandaaras proses, produk dan perkhidmatan di perpustakaan bagi

meningkatkan lagi pencapaian perpustakaan sendiri; dan mengadaptasi amalan terbaik

perpustakaan lain yang bersesuaian dengan perpustakaan sendiri bagi mencapai

kecemerlangan.

Pakej PPM ini selama 4 hari 3 malam pada 24 hingga 27 April 2014 dan menginap di Shangri-

La Kota Kinabalu.. Bertolak pada awal pagi 24 April dengan menaiki MH 2604 dan sebaik

sampai di Kota Kinabalu rombongan terus ke Perpustakaan Negeri Sabah.

Perpustakaan Negeri Sabah terletak di Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Luyang.

Fasilitatornya Encik Wong Vui Yin, merupakan Pengarah Perpustakaan.

SEMINAR DAN JELAJAH

PENANDAARASAN DI SABAH

Page 20: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

20

Di antara amalan terbaik yang dikongsi

ialah koleksi buku bergambar

kepada golongan kurang upaya

penglihatan serta kerjasama dengan

pihak swasta untuk membangunkan

perpustakaan. Mempunyai 3

perpustakaan cawangan di

Keningau, Sandakan dan Tawau;

lebih 10 perpustakaan cawangan

termasuk Library@Suria di Suria Sabah

yang merupakan Kompleks membeli

belas terkemukasa di Kota Kinabalu;

dan lebih daripada 75 buah

perpustakaan desa.

(http://www.ssl.sabah.gov.my)

Sebelah petang rombongan ke Perpustakaan Lembaga Koko Malaysia di Lorong Plaza

Wawasan Off Coastal Highway, Wisma SEDCO. Fasilitatornya ialah Encik Zahari Mat Zain yang

merupakan Ketua perpustakaan. Di antara amalan terbaik yang dikongsi ialah sebagai pusat

koleksi koko dan usahawan bahan-bahan penyelidikan dalam berbagai format dan terbitan

kerajaan serta DMS Koleksi Koko (Online Services: Cocoa Information Center (e-PMK). Kami

juga berpeluang melihat demo untuk penyediaan cokelat dan berpeluang membeli cokelat

sedia dimakan dan cokelat masakan. ( http://epmk.koko.gov.my)

Keesokan harinya rombongan ke

Perpustakaan Penyelidikan Borneo, Tun Hj

Mohd. Fuad Stephens, Yayasan Sabah yang

terletak di Menara Tun Mustapha. Dibuka

secara rasmi pada 6 Jun 1980. Fasilitatornya

ialah Encik Zainudin Saridi yang merupakan

Pemangku Ketua. Di antara amalan terbaik

yang dikongsi ialah projek digital koleksi

Borneo. K@Borneo merupakan kerjasama

untuk membangunkan dan berkongsi

maklumat mengenai Borneo dengan

institusi terlibat dari Brunei, Indonesia and

Malaysia. Rombongan berpeluang

melawat Galeri Tun Mustapha yang dibina

bagi mengenang sumbangan

dan berkongsi kisah kehidupan

Tun Mustapha.

(http://www.ysnet.org.my)

ebelah petang ke Perpustakaan

Universiti Malaysia Sabah yang

terletak di Jalan UMS dan

mempunyai cawangan di

Sandakan, Sabah and Labuan.

Fasilitatornya ialah Puan Dayang

Rukiah Ag Amit yang merupakan

Ketua Pustakawan. Di antara

amalan terbaik yang dikongsi

ialah mereka mempunyai dan

mempunyai Koleksi Perdana dan

Novel Laureate yang ekslusif dan

informatif serta pameran virtual. (http://www.ums.edu.my)

UiTM Sabah

Universiti Malaysia Sabah

Perpustakaan Negeri Sabah

Page 21: ERITA PPM - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2844/1/BeritaPPM_Jan-Jun... · Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kali ke-58

21

Keesokan harinya rombongan ke Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah,

di Kampus Kota Kinabalu. Fasilitatornya Encik Arshad Bujang yang merupakan Timbalan Ketua

Pustakawan. Di antara amalan terbaik yang dikongsi ialah sistem yang memudahkan

pencarian bahan serta maklumat, inisiatif inovasi dan inisiatif ICT bagi meningkatkan mutu

perkhidmatan. (http://sabah.uitm.edu.my)

Pada hari yang sama rombongan mengambil peluang untuk ke Kundasang, ke kolam air

panas Poring dengan merendam kaki dan menaiki jambatan gantung dan dalam perjalanan

pulang berkesempatan melihat Gunung Kinabalu yang sangat indah.

Pada hari terkahir, rombongan juga berpeluang membeli belah di Pasar Filipina untuk membeli

buah tangan dan juga di sekitar Bandar Bandaraya Kota Kinabalu. Bertolak ke lapangan

terbang pukul 3.00 petang dengan menaiki MH 2609, selamat sampai ke KLIA sebelum pukul

8.00 malam.

Pengalaman dan pengetahuan yang ditimba di negeri bawah bayu diharap berfaedah

untuk membangunkan perpustakaan masing-masing.

Terima kasih kepada semua ketua perpustakaan

yang dijelajahi atas kesudian menerima

rombongan dari Semenanjung dan

menyambut kami dengan

meriah. Terima kasih kepada Tn

Hj. Zawawi Tuyunin yang

merupakan Pengerusi

Kumpulan Sabah kerana

bekerjasama dengan SLC

dalam menjayakan program

ini malah kami sempat

berbincang demi kemajuan

PPM.

Pengerusi SLC, Pn. Hjh Hasnita dan

Pengerusi Kumpulan Sabah, Tn. Hj.

Zawawi.

*Lebih banyak foto boleh didapati

dalam FB Persatuan Pustakawan

Malaysia

Kundasang, Sabah.

Universiti Malaysia Sabah