eq sarves.docx

13
Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi Esei saya ialah tentang kecerdasan emosi. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat contohnya seperti marah, sedih dan sebagainya. Oxford Advanced Learners Dictionary (1995) pula menyatakan bahawa emosi merupakan perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya seperti kasih sayang, benci, takut, cemburu dan lain-lain. The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya dari aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi dapat dirumuskan sebagai satu perasaan dalaman yang kuat yang lahir daripada mental(psikologi) manusia dan berlaku secara berjajar dengan naluri semulajadi manusia berdasarkan situasi. Menurut pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis dan mengira dan ia mendorong kearah pend=capaian akademik seseorang individu. Namun, pandangan baru yang muncul pada ketika ini ialah terdapat faktor lain yang mempengaruhi kecerdasan di luar pengaruh IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial dan lain-lain. Faktor ini digelar EQ. Daniel Goleman pula menulis dalam bukunya yang berjudul Working With Emotional Intelligence (Goleman,D. 1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ). Menurut beliau setiap orang dalam sesebuah organisasi dituntut untuk memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Beliau juga berpendapat intelektual quality (IQ) bersifat relatif tetap manakala emosional quality bersifat boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari. Selain daripada itu, Goleman (1997) berpendapat bahawa manusia bukan sahaja ada emosi tetapi juga ada kecerdasan dalam emosi serta daya kecerdasan yang menimbulkan emosi. Konsep kecerdasan emosi menurut Salovey (1993), iaitu kepintaran emosi merupakan satu set kemahiran yang berhubungkait yang melibatkan kebolehan untuk memantau perasaan dan emosi orang lain untuk menjadi panduan kepada pemikiran dan tindak tanduk seseorang. Definisi yang diberikan oleh Mayer et al. (1999), ialah kecerdasan emosi menggambarkan keupayaan kaunselor untuk mengenalpasti emosi serta menggunakan emosi tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi Salovey dan Mayer (1990), mereka berdefinisikan Kecerdasan emosi sebagai “himpunan bagian dari kecerdasan sosial yang melibatkan kemampuan memantau perasaan sosial yang melibatkan kemampuan pada orang

Upload: sarveswary

Post on 12-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: eq SARVES.docx

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

Esei saya ialah tentang kecerdasan emosi. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994),

emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat contohnya seperti marah, sedih dan sebagainya.

Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995) pula menyatakan bahawa emosi merupakan perasaan

yang kuat dan pelbagai jenis contohnya seperti kasih sayang, benci, takut, cemburu dan lain-lain. The

Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari

dalam terutamanya dari aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.

Oleh itu, emosi dapat dirumuskan sebagai satu perasaan dalaman yang kuat yang lahir

daripada mental(psikologi) manusia dan berlaku secara berjajar dengan naluri semulajadi manusia

berdasarkan situasi. Menurut pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca,

menulis dan mengira dan ia mendorong kearah pend=capaian akademik seseorang individu. Namun,

pandangan baru yang muncul pada ketika ini ialah terdapat faktor lain yang mempengaruhi

kecerdasan di luar pengaruh IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial dan lain-lain. Faktor ini

digelar EQ.

Daniel Goleman pula menulis dalam bukunya yang berjudul ‘Working With Emotional

Intelligence’ (Goleman,D. 1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja

diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ).

Menurut beliau setiap orang dalam sesebuah organisasi dituntut untuk memiliki

kecerdasan emosi yang tinggi. Beliau juga berpendapat intelektual quality (IQ) bersifat relatif

tetap manakala emosional quality bersifat boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan

dipelajari. Selain daripada itu, Goleman (1997) berpendapat bahawa manusia bukan sahaja ada

emosi tetapi juga ada kecerdasan dalam emosi serta daya kecerdasan yang menimbulkan emosi.

Konsep kecerdasan emosi menurut Salovey (1993), iaitu kepintaran emosi merupakan satu

set kemahiran yang berhubungkait yang melibatkan kebolehan untuk memantau perasaan

dan emosi orang lain untuk menjadi panduan kepada pemikiran dan tindak tanduk seseorang.

Definisi yang diberikan oleh Mayer et al. (1999), ialah kecerdasan emosi

menggambarkan keupayaan kaunselor untuk mengenalpasti emosi serta menggunakan emosi

tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi Salovey dan Mayer (1990), mereka

berdefinisikan Kecerdasan emosi sebagai “himpunan bagian dari kecerdasan sosial yang melibatkan

kemampuan memantau perasaan sosial yang melibatkan kemampuan pada orang lain, memilah-

milah semuanya dan menggunakan informasi ini untuk membimbing pikiran dan tindakan.”  Definisi

kecerdasan emosi (EQ) yang diberikan oleh Reaven Bar-on(2000) adalah serangkaian kemampuan

kompetensi dan kecakapan non kognitif yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berhasil

mengatasi tuntutan dan tekanan lingkungan. Selain itu, Cooper dan Sawaf (1998) mengatakan

Page 2: eq SARVES.docx

bahwa kecerdasan emosional adalah kemampuan merasakan, memahami, dan secara selektif

menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber energi dan pengaruh yang manusiawi. 

Secara ringkasnya, dalam konteks organisasi kecerdasan emosi (EQ) boleh ditakrifkan

sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus

dan mengawal perasaannya (pengurus) dan juga orang lain (pekerja), di samping memberi dorongan

positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang dapat membawa kepada pencapaian

matlamat bersama serta keberkesanan organisasi.

Page 3: eq SARVES.docx

KEPENTINGAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI KEPADA

KARIER SESEORANG PENDIDIK

Kompetensi kecerdasan emosi akan menyediakan guru dengan kemahiran

menanggani pelbagai masalah tingkah laku pelajar. EQ merupakan elemen penting bagi seseorang

pendidik di tempat kerja. Ia mewujudkan keadaan kerja yang produktif. Masalah boleh berlaku di

tempat kerja mungkin kerana keperluan emosi tidak kesampaian. Pengurus yang secara cerdas

emosi harus tahu mengenalpasti dan menguruskan keperluan emosi pasukan pekerja agar para

pekerja berasa dihormati. Jadi EQ memainkan peranan pentig dalam kalangan pendidik bagi

membentuk pendidik yang mempunyai emosi yang stabil.

EQ sangat penting kepada pendidik, kerana ia akan membantu seseorang guru

dalam menjana idea baru dan kreativiti serta menjadi penyelesaian kepada masalah dan seterusnya

membina keberkesanan kerja berpasukan. Sekiranya EQ diamalkan di tempat kerja, ia akan

membantu seseorang guru bekerja bersama- sama orang lain dengan lebih baik melalui kemahiran

sosialnya seperti berkomunikasi, membina persepakatan dan lebih cekap dalam mempengaruhi

orang lain terutamanya di sekolah.

Sememangnya para guru memerlukan kemahiran EQ untuk mengawal bilangan pekerja yang

ramai dan menguruskan pelbagai aspek dalam organisasi yang kompleks. Keupayaan berempati dan

memahami reaksi sesetengah pihak terhadap masalah dan tekanan, kemahiran menyelesaikan

konflik dan isu-isu lain mengenai pekerja merupakan kemahiran pengurusan yang paling bernilai.

Dengan adanya kecerdasan emosi, seseorang guru tahu untuk mengawal emosinya dan tidak

membawa masalah peribadinya ke tempat kerja dan tidak melepaskan kemarahannya kepada orang

bawahnya..

Seterusnya, guru dapat mengembangkan matlamat kolektif, penerapan idea dalam pemikiran

secara perlahan-lahan, pembinaan dan peningkatan keyakinan dan semangat kerjasama. kecerdasan

emosi penting dalam aspek kepimpinan. Sebagai contoh, seorang guru di tempat kerja perlu memiliki

ciri kepimpinan yang boleh membantunya mengawal pelajar di bawahnya. Dengan memiliki

kecerdasan emosi yang tinggi, guru tersebut akan tahu bagaimana untuk mengurus dan mengawal

perasaannya dan juga orang lain yang bekerja bersamanya di samping memberikan dorongan positif

ke arah mewujudkan satu perhubungan yang mampu membawa kepada kejayaan.

Selain itu, kecerdasan emosi juga dapat membentuk seseorang guru yang mempunyai

kesedaran emosi kendiri iaitu guru itu akan mengenali emosi dan kesannya. Beliau juga dapat

membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan dan ketabahan diri dalam

Page 4: eq SARVES.docx

melakukan sesuatu perkara. Dengan ini, guru akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan

membawa kebaikan serta kesejahteraan kendiri. Guru yang memiliki kompetensi ini biasanya sedar

bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya.

Disamping itu, tahap pencapaian kecerdasan emosi guru dapat menentukan tahap

pencapaian kecerdasan emosi pelajar melalui pengwujudan suasana bilik darjah yang menyokong

perkembangan emosi secara sihat. Sebagai contoh, seseorang guru yang ceria, penyayang dan riang

akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang dan juga riang. Seseorang guru dapat mengawal

emosi mereka sekiranya ada murid-murid yang sering menggangu P&P yang dijalankan. Oleh itu,

kecerdasan emosi akan membantu menoleransikan tindakan ammarah, mampu mengawal masalah

disiplin bilik darjah, dan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan yakni tanggungjawab

seseorang pendidik.

Oleh yang demikian, kecerdasan emosi penting bagi membantu seseorang guru mencapai

kejayaan serta memperbaiki hubungannya dengan orang lain.

Page 5: eq SARVES.docx

Soalan 2

Dengan berasaskan kepada inventori Respons Emosi Terhadap Situasi-situasi

Dalam Kehidupan Seharian, kenalpastikan dan huraian pola komponen

kompetensi personal dan komponen kompetensi social anada terhadap situasi

dalam kehidupan seharian yang terkandung dalam inventori tersebut.

Tajuk : Pola Komponen Kompetensi Personal dan Sosial saya.

Komponen Kompetensi Kecerdasan Emosi Skor

Kesedaran Emosi Kendiri 39

Pengurusan Emosi Kendiri 28

Pemotivasian Emosi 38

Empati 35

Kemahiran Sosial 29

Page 6: eq SARVES.docx

KESED

ARAN EMOSI

KENDIRI

PENGURUSA

N EMOSI

KENDIRI

PEMOTIV

ASIAN EM

OSI

EMPATI

KEMAHIRAN SO

SIAL

0

10

20

30

40

KOMPONEN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

SKO

R

Carta bar diatas menunjukkan komponen kompetensi personal dan social saya. Menurut

carta saya, ia menunjukkan bahawa kesedaran emosi kendiri saya adalah tertinggi daripada

komponen-komponen kecerdasan emosi yang lain. Ini bermaksud, saya adalah seorang yang

mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan

penciptanya. Walaubagaimanapun saya tidak dapat mencecak tahap maximum. Hal ini kerana saya

mempunyai kesedaran emosi yang rendah dalam satu item iaitu saya tidak boleh tegas dan

mendesak dalam situasi dimana orang lain sedang cuba memperdayakan saya.

Seterusnya, saya mempunyai pengurusan emosi kendiri yang paling rendah. Ini menyatakan

bahawa saya tidak dapat menguruskan emosi yang destruktif. Saya seorang yang susah untuk

mengawal emosi semasa tertekan atau menghadapi sebarang masalah yang rumit. Hal ini

menyebabkan saya bertindak dengan negatif. Tetapi saya juga boleh mengawal emosi saya dalam

situasi yang tertentu seperti item 4 dan item 22 yang terkanadung dalam borang inventori tersebut.

Saya dapat mengurus emosi saya dengan meluahkan perasaan mesra dan penuh kasih sayang

secara terbuka terhadap orang lain dan saya boleh menyatakan kegembiran saya terhadap kejayaan

seseorang.

Disamping itu, carta itu menunjukkan skor saya yang tinggi dalam pemotivasian emosi

berbanding dengan pengurusan emosi kendiri, empati dan kemahiran social. Kompetensi kecerdasan

emosi. Saya juga tidak berputus asa dalam apa-apa jua kerana saya sentiasa tertumpu kearah

matlamat saya. Tidaknya semua orang boleh memotivasikan emosinya dalam sesuatu perkara demi

keselesaan masing-masing. Seperti mana saya tidak boleh memotivasikan diri saya menggelakkan

diri daripada tanggungjawab seberapa mungkin. Skor bagi item ini yang menyebabkan jumlah skor

saya tidak mencapai tahap maximum. Saya mendapat skor sebanyak 35 dalam kecerdasan emosi

Page 7: eq SARVES.docx

empati. Ia menunjukkan empati saya adalah memuaskan. Tetapi ada juga dalam sesetengah situasi

dalam kehidupan seharian saya tidak dapat mangamalkan sikap empati. Ia menyebabkan skor saya

hanya mencapai tahap sederhana.

Akhir sekali, saya mempunyai skor kemahiran social yang kurang memuaskan iaitu 29 sahaja

Ini menunjukan kelemahan saya terhadap bersosial dengan orang lain. Walaupun skor saya rendah,

tetapi saya mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dalam item 48 dan item 58 ia menyatakan

bahawa saya boleh merasa kasihan apabila melihat kawan saya tidak mempunyai kawan dan saya

boleh mengetahui keadaan emosi seseorang dengan melalui ekspresinya.

Melalui carta ini, saya dapat mengetahuai tentang kelebihan dan kelemahan saya dalam

kompetensi kecerdasan emosi saya. Dengan ini saya mendapat peluang untuk meningkatkan

kecerdasan emosi saya. ***8

.

Soalan 3

Cadangkan cara-cara bagaimanakah anda boleh mementapkan komponen

kompetensi personal dan social untuk meningkatkan tahap profesionalisme

anda sebagai guru yang berkesan dan berjiwa.

Setiap masa kita berhadapan dengan emosi sama ada emosi kita sendiri mahupun orang

lain. Kita sebagai guru perlu memahami perasaan pelajar, rakan-rakan, guru serta kakitangan di

sekolah. Kita juga perlu berhadapan dengan emosi orang sekeliling contohnya ibu bapa pelajar kita

dan tidak lepas juga depan jiran dan saudara.

Dengan itu, di sini saya cadangan beberapa cara bagaimana saya boleh

memantapkan komponen kompetensi personal dan sosial untuk meningkatkan tahap profesionalisme

saya sebagai guru yang berkesan dan berjiwa pendidik. Saya boleh meningkatkan tahap

profesionalisme sebagai guru dari segi kompetensi personal, saya harus meningkatkan kesedaran

emosi kendiri, keyakinan kendiri,pengawal emosi kendiri, kebolehsuaian, insiatiaf dan optimis. Dari

segi kompetensi sosial pula, saya harus meningkatkan kesedaran emosi, empati, membangun

individu ,membina keakraban, kepemimpinan berinspirasi dan kerja berpasukan dan kolaborasi.

Saya sebagai guru, kesedaran kendiri adalah sangat penting bagi profesionalisme saya.

Kesedaran kendiri akan membolehkan saya untuk mengetahuai pengetahuan mengenai kesedaran,

kefahaman mengenai dirinya, persekitaranya dan penciptanya. Untuk meningkatkan kecerdasan

Page 8: eq SARVES.docx

emosi ini, saya akan berani mempertahankan hakikat yang sebenar. Sebagai seorang guru, saya

akan cuba untuk menyedarinya kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam dirinya dan saya akan

memulakan usaha baru yang boleh membaiki kelemahan saya. Sebagai contoh, saya akan cuba

mendapatkan pandangan atau nasihat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman daripada saya

yang pandai mengawal emosi mereka apabila berhadap dengan masalah di tempat kerja.

Disamping itu, keyakinan kendiri adalah amatlah penting dalam pembentukan peribadi

seseorang insan. Konsep keyakinan kendiri merujuk kepada idea individu terhadap dirinya sendiri.

Sebagai seorang guru, saya akan yakin dengan kebolehan saya supaya dapat meningkatkan

keyakinan kendiri saya. Saya tidak akan berputus asa sekiranya berlaku perkara yang saya tidak

boleh terima. Saya akan membuat banyak latihan tubi yang berkaitan dengan tugasnya untuk

membiasakan diri saya dengan tugasan tersebut. Sebagai contoh, saya akan meminta guru- guru

yang lebih berpengalaman atau cemerlang dalam mendidik untuk memantau diri saya semasa saya

menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, saya mendapat komen-komen positif atau

negatif daripada mereka. Oleh itu, saya akan mendapat peluang untuk membaikinya kelemahan saya

dengan meningkatkan lagi keyakinan kendiri saya.

Selain daripada keyakinan diri, setiap guru harus memantapkan kompetensi personal iaitu

pengawal emosi kendiri semasa mejalankan tugasnya. Sebagai seorang guru, saya akan mengawal

emosi kendiri saya kerana di sekolah, saya akan melihat pelbagai karenah murid. Contohnya, seperti

masalah displin pelajar. Jadi saya sebagai guru, saya akan mengawal emosi saya pada setiap masa

agar dapat mengawal diri daripada akibat tekanan yang boleh memberi kesan kepada perhubungan

guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, saya menghadapi

masalah di sekolah, saya akan mengawal emosi dan berdaya tindak terhadap tekanan yang

dihadapinya dengan membuat keputusan yang wajar kerana kegagalan guru untuk berdaya tindak

boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru.

Seterusnya, dari kompetensi personal saya memilih pengurusan kendiri yang memfokuskan

kepada kebolehsuaian.Ia membolehkan seseorang pemimpin mampu untuk bertindak dengan lebih

fleksibel, dapat menerima sebarang perubahan dan melakukan penyesuaian. Sebagai seorang guru

untuk meningkatkan kecerdasan emosi ini, saya akan bersedia menerima segala perubahan yang

berlaku di tempat kerja dan saya akan mengubasuaian diri saya dengan keadaan yang berubah.

Contohnya, sekiranya kerja saya dikritik di tempat kerja, saya akan mengambil kira komen-komen

yang dari orang lain yang lebih berpengalaman dengan tidak menunjukkan emosi marah. Selain itu,

saya juga akan bercuba berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran yang berubah.

Sebagai seorang guru, saya harus mengamalkan sikap optimis. Sikap optimis bukan sahaja

optimis terhadap apa yang dirancang, tetapi juga melibatkan usaha untuk mencapai matlamat tanpa

menghiraukan halangan dan cabaran. Contohnya, saya menerima maklumat yang negatif tentang

anak murid dari kelas saya, saya tidak akan menghiraukan situasi tersebut, tetapi berusaha mencari

langkah-langkah baru atau memulakan suatu usaha atau tindakan yang lain agar dapat mengatasi ,

masalah murid tersebut dengan tenang. Saya juga akan memandang segala halangan yang saya

Page 9: eq SARVES.docx

dihadapi dengan cabaran. Saya juga membiasakan diri saya dengan melibatkan dirinya dalam

perkara yang amat mencabar.

Insiatif juga amat penting dalam kalangan guru. Ia merupakan tenang dalaman untuk

melakukan sesuatu projek atau proses dan ianya lebih menarik dengan idea-idea yang baru. Sebagai

seorang guru, saya akan mengambil insiatif untuk meningkatkan usaha-usaha saya dalam

pembelajaran dan pengajaran. Contohnya, saya akan melibatkan diri dalam kempen-kempen yang

boleh menambahbaikan pembelajaran dan pengajaran saya. Untuk meningkatkan kemahiran insiatif

saya, saya akan bersedia merebut peluang yang datang kepada saya. Sebagai contoh, sekiranya

guru yang sepatutnya tidak dapat menghadiri kursus berkaitan dengan KSSR , sebagai wakil saya

akan merebut peluang tersebut untuk menghadiri dalam kursus tersebut. Ini akan membantu saya

untuk lebih mengetahuai tentang kondep KSSR dan saya akan dapat mengikut konsep itu dengan

betul. Ia akan menyebabkan didikan saya amat berkesan. Kemudian, saya juga akan cuba

menjadikan diri saya lebih proaktif dengan mendapatkan pengalaman-pengalaman baru dalam

pelbagai aktiviti.

Dari komponen kompetensi sosial, saya memilih kesedaran sosial yang memfokuskan

kepada empati. Empati dapat dijelaskan dengan cuba memahami perasaan orang lain dan cuba

untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai seorang guru, saya akan cuba

memahami emosi orang lain, sering bertumpu perhatian mendengar, prihatian dan memahami

keperluan orang lain. Sebagai contoh, sekiranya sesiapa dalam keadaan susah saya akan cuba

menolong mereka dengan memahami kehendak mereka. Saya juga akan meningkatkan emosi

empati saya dengan berusaha mengerti terlebih dahulu sebelum dimengerti. Ketrampilan ini

merupakan dasar dalam berhubungan dengan manusia secara efektif.

Seterusnya, sebagai seorang guru, saya perlu memiliki sifat kepemimpinan berinspirasi.

Kepemimpinan berinspirasi bermaksud seorang guru itu mempunyai kekuatan untuk menjadi

pemimpin. Hal ini penting bagi meningkatkan tahap kecerdasan emosi saya apabila saya berjaya

membimbing kekuatan emosinya untuk berhadapan dengan cabaran dan masalah untuk menjadi

seorang pemimpin sekali gus menjadi seorang pendidik yang berjaya.

Selain itu, dalam tuntutan untuk menjadi seorang pendidik yang lengkap, kita haruslah

menurut konsep membina keakraban. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme saya sebagai guru

yang berkesan dan berjiwa pendidik, saya akan membina ikatan atau jalinan sosial dengan para

murid, guru-guru, rakan sejawat dan ibu bapa kepada para murid khususnya dalam masyarakat

amnya. Saya akan menggunakan cara bicara yang lembut, penuh kasih sayang, sabar dan terbuka

supaya mudah akrab dengan saya. Sebagai contoh, di tempat kerja saya akan berbicara dengan

stafnya dengan lemah lembut dan sabar sekiranya berlaku perkara yang tidak boleh terima seperti

murid kelas saya terlibat dalam masalah displin yang boleh mencemarkan nama saya sebagai guru

kelas.

Page 10: eq SARVES.docx

Selaku pendidk, bukan sahaja mengajar malah menjadi pembentuk modal insan seorang

pelajarnya. Hal ini kerana guru itu dianggap sebagai penganti kepada ibu bapanya di rumah. Separuh

hari masa pelajar berada di institusi pendidikan berbanding institusi kekeluargaan maka di sekolah

guru memainkankan tanggungjawab untuk membentuk dan membangun seorang individu itu. Oleh

itu, tangggungjawab saya sebagai guru lebih meluas bukan sahaja di bidang pendidikan bagi

membentuk para pelajar dari pelbagai aspek seperti sosial pergaulan, rohani, emosi. Sebagai contoh

saya akan melibatkan diri pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang membangun berdasarkan aspek-

aspek tersebut.

Ahkir sekali, sebagai seorang guru yang lengkap, saya wajar mengamalkan konsep kerja

berkumpul dan kolaborasi. Kolaborasi bererti kerjasama. Konsep ini amat penting bagi saya untuk

melaksanakan kerja yang diberi secara berkumpulan supaya produk kerja yang dihasikan bermutu.

Sebagai seorang guru, saya akan menerapkan konsep ini dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh,

mengalakkan para pelajar membuat tutorial dalam kumpulan kecil agar dapat berkongsi idea

sesameaahli dalam menjawab soalan. Selain itu, saya akan mengamalkan konsep berkolabarasi

yang ditonjolkan sesama rakan sejawat melalui pelaksanaan dan perbincangan pelan pengajaran

secara bersama. Saya juga akan meningkatkan kecerdasan emosi ini dengan berkolaborasi melalui

Kemudahan Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK). Kesimpulannya, komponen-komponen

kecerdasan emosi yang dihuraikan di atas akan meningkatkan tahap profesnalisme saya sebagai

guru yang berkesan dan berjiwa pendidik.

http://bolehsayatahu.blogspot.com/2011/01/ima-cara-untuk-meningkatkan-tahap.html

http://psikologidpli2012.blogspot.com/2012/08/peranan-guru-dalam-membentuk-konsep_29.html

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/kepentingan-dalam-membina-hubungan-guru.html

http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/424/1/Chapter%201-5%20Tesis%20PhD%20Yahya

%20Don%20PHA050004.pdf

http://belajarpsikologi.com/cara-meningkatkan-kecerdasan-emosi-eq/

http://www.duniapsikologi.com/kecerdasan-emosional-pengertian-definisi-dan-unsur-unsurnya/

Page 11: eq SARVES.docx

BIBLIOGRAFI