assigment pm eq

39
Noriyati binti Tasiman 660602105090002 HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2 BIL PERKARA MUKA SURAT 1. 2. 3. 4. 5. PENGHARGAAN ABSTRAK ISI KANDUNGAN 1. Pendahuluan 2. Definisi Emotional Quotient (EQ) 3. Kepentingan EQ dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral 4. Bagaimana memasukkan EQ atau kecerdasan emosi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. KESIMPULAN RUJUKAN 1 2 3 4-7 8-11 12-27 27 28 5. Bahan sokongan 0

Upload: iyatieku-ayune

Post on 24-Dec-2015

269 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pm

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

BIL PERKARA MUKA

SURAT

1.

2.

3.

4.

5.

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan

2. Definisi Emotional Quotient (EQ)

3. Kepentingan EQ dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Moral

4. Bagaimana memasukkan EQ atau kecerdasan

emosi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral.

KESIMPULAN

RUJUKAN

1

2

3

4-7

8-11

12-27

27

28

5. Bahan sokongan

0

Page 2: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t dan selawat dan

salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Dengan berkat kurniaNya serta

bantuanNya juga dapatlah saya menyiapakan tugasan ini. Saya amat bersyukur

kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kekuatan, semangat dan kesabaran

untuk menyiapkan tugasan ini, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Awab bin Said

selaku tutor Kursus HBME2103 Pendidikan Moral 2 yang telah mengajar saya

dan memberi idea-idea yang baik sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan

ini. Penghargaan ini juga turut diberikan kepada semua pensyarah di Universiti

Terbuka Malaysia dan rakan-rakan seperjuangan serta semua yang terlibat

dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya saya ingin merakamkan kejayaan ini kepada keluarga tersayang. Buat

suamiku dan anak-anakku yang dikasihi, segala pengorbanan kalian akan tetap

dikenang dan semoga diberkati Allah. Kejayaan ini tidak mungkin diperolehi

tanpa semangat, dorongan dan kesabaran keluargaku tersayang.

Noriyati binti Tasiman

1

Page 3: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan emosi (EQ) pelajar serta

hubungannya dengan pencapaian akademik, seterusnya cara bagaimana

memasukan EQ dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 telah menggariskan

beberapa faktor penting yang perlu dilaksanakan dalam bidang pendidikan.

Dalam sesebuah negara pendidikan adalah teras bagi menjamin penghasilan

sumber manusia yang dapat memenuhi keperluan di dalam pelbagai bidang.

Melalui pendidikan juga akan dapat melahirkan rakyat yang berdisiplin, jujur dan

berakhlak mulia. Lantaran itu falsafah pendidikan negara telah menggariskan

kenyataan berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Hasil daripada penelitian terhadap falsafah pendidikan di atas, adalah jelas

bahawa Pendidikan Moral di negara ini adalah mewujudkan insan yang

seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Unsur EQ di

dalam kajian ini meliputi aspek intelek, emosi dan rohani.

2

Page 4: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

i. Bincangkan kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan

emosi dalam pengajaran Pendidikan Moral.

1. Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani  berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap 

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Jika kita lihat di dalam falsafah ini, terdapat 4 aspek yg ditekankan di dalam

falsafah pendidikan iaitu JASMANI (Physical quotient), EMOSI (Emotional

Quotient), ROHANI (Spiritual Quotient) dan INTELEKTUAL (Intelectual Quotient).

Ke-4 elemen ini menjadi teras kepada proses perkembangan potensi sumber

manusia (dalam konteks di Malaysia). Kemudian elemen ini diteruskan atau

dilandaskan kepada nilai kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Kecerdasan emosi mungkin perkara baru kepada ibubapa. Ia dikenali juga

sebagai EQ (Emotional Quotient). Mungkin sebelum ini ibu bapa biasa

mendengar konsep IQ (Intelligent Quotient) yang mana lebih merujuk kepada

pengukuran kecerdasan seseorang individu dalam aspek berkaitan akademik.

Seseorang yang mempunyai IQ sebanyak 80 dianggap pula sebagai lemah dari

segi intelek dan 160 sebagai Otak Geliga.. Walau bagaimana pun, pemahaman

konsep IQ atau intelek cara begini dianggap sempit. Ini adalah kerana

kecerdasan itu boleh wujud dalam pelbagai bentuk.

3

Page 5: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

2. Definisi Emotional Quotient (EQ)

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Konsep EQ atau Emotional Intelligence atau kecerdasan emosi ini adalah satu

konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap

emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan

kecerdasan mental atau IQ. Istilah EQ mula diperkenalkan oleh dua orang ahli

psikologi, iaitu Peter Salovey dan John Mayer.

Takrifan EQ Daniel Golernan dengan menggunakan model Salovey dan Mayor

untuk melihat bagaimana EQ berkaitan dengan cara hidup kerja melalui buku

tersohornya ‘Emotional Intelligence. Menurut Salovey, emosi diri sendiri dan

orang lain, membezakan antara mereka serta menggunakan maklumat tersebut

untuk memimpin tindakan dan pemikiran seseorang itu. Dalam definisi ini, EQ

mempunyai empat aspek penting. I dan Mayer (1990), EQ didefinisikan sebagai

keupayaan untuk mengawal perasaan;

i) mengenal pasti emosi

- keupayaan untuk mengenal pasti dengan betul bagaimana perasaan

seseorang.

ii) menggunakan emosi

- keupayaan untuk mewujudkan emosi serta mengintegrasikan perasaan ke

dalam bentuk pemikiran.

iii) memahami emosi - keupayaan untuk memahami punca-punca emosi

iv) menguruskan emosi - keupayaan untuk memikirkan strategi berkesan untuk

menggunakan emosi bagi mem bantu mencapai matlamat daripada hanya

digunakan oleh emosi.

4

Page 6: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Peranan Goleman tentang EQ dalam menjana kejayaan dalam hidup ini adalah

tidak dapat dinafikan. Goleman, (1998) mentakrifkan EQ sebagai kebolehan

untuk mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain, untuk memotivasikan diri

kita dan menguruskan emosi dengan baik dalam diri kita serta pembinaan

hubungan antara perorangan yang dapat dikategorikan kepada lima dimensi

EQ seperti berikut:

i) Kesedaran kendiri (self-awareness)

Satu kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-

satu perasaan dan dapat memberikanya identifikasi tertentu. Aras ini juga

merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran, perasaan,

dan tindakan. Sedar tentang pemikiran yang mana (jenis apa) yang

meransangi perasaan tertentu. Sementara sedar pula apakah perasaan yang

akan terbit akibat sesuatu tindakan itu.

ii) Kawalan diri(self-regulation)

Menangani emosi kita sedemikian rupa sehingga menghasilkan kesan positif

kepada pelaksanaan tugas, peka terhadap kata hati dan sanggup menunda

kenikmatan sebelum mencapainya sesuatu sasaran, mampu segera pulih

kembali dari tekanan emosi.

iii) Mengendalikan motivasi (managing emotion)

Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada disebalik sesuatu

perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan mempunyai satu kesan

yang kuat kepada kebolehan seseorang bertindak dan bagaimana satu-satu

tindakan dilakukan. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi

oleh fahaman negatif. Harapan dan rasa optimis, sebaliknya, adalah satu

harta yang amat berguna dalam menjana kejayaan.

5

Page 7: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Adalah penting kita mencari jalan meredakan perasaan meluap kerana marah

atau kecewa. Kita cuba memahami apa yang akan terjadi apabila emosi

amarah menggelodak bila tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak tentang akibat

baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak

terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif adalah

anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

iv) Timbangrasa atau empati (empathy)

Kebolehan menguasai sesuatu keadaan dan boleh bertindak bijak

memerlukan keperihatinan kita terhadap perasaan orang lain dan melihat

sesuatu dari kacamata orang lain. Timbang-rasa atau ‘empathy’ yang

membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita

terlalu emosi (emotional) adalah penting. Kebolehan membezakan apa yang

dikatakan oleh orang lain dari tindakan dan penilaian yang bersifat personal

adalah amat penting.

v) Kemahiran sosial (social skills)

Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunya kesan

positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang apakah jenis perasaan

yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegembiraan dan

pengharapan adalah berkait-berkait dengan ‘pessimism’ dan perasaan

negatif. Kebolehan melahirkan perasaan atau pendapat tanpa melahirkan

kemarahan adalah kunci kepada sesuatu kejayaan.

Seperti yang disebutkan dalam kitab Al-Quran, Nabi Muhammad S.A.W telah

menyatakan dengan jelas bahawa:

Dalam badan manusia itu ada seketul daging,

Sekiranya baik daging itu,

Maka baiklah badan itu,

6

Page 8: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Sekiranya busuk daging itu,

Maka busuklah badan itu,

Dan daging itu adalah hati.

Dapat dilihat peranan hati yang menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi

(EQ) itu mempunyai pertalian rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari

kehidupan sehariannya.

3. Ciri-ciri individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang

tinggi

i. Mudah melahirkan perasaannya dengan jelas dan tulus

ii. Tidak takut untuk melahirkan perasaannya

iii. Tidak menjadi hamba kepada perasaan negetif seperti takut

iv. Tidak memahami komunikasi berbentuk lisan dan tidak lisan

v. Membenarkan perasaannya dengan bijaksana membimbing jalan

hidupnya

vi. Menseimbangkan perasaanya dengan bijaksana membimbing jalan

hidupnya.

4. Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Emosi (EQ)

Terdapat lebih kurang tujuh nilai yang dikenali amat penting dalam

pembentukan dan pemupukan EQ iaitu

a. Empati

b. Kesedaran

c. Kawalan kendiri

d. Menghormati

e. Baik hati

7

Page 9: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

f. Toleransi

g. Keadilan

3. Kepentingan EQ dalam pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Di sekolah kita pada hari ini, elemen intelek atau IQ memang sudah dijana

dengan baik, malah semakin atau terlalu banyak ditekankan sehinggakan

elemen yang lain tidak diperkemaskan. Di sekolah, guru hadir ke sekolah, lalu

masuk ke kelas, terus mengembangkan IQ pelajar. Tetapi jarang guru yang hadir

ke sekolah kemudian mengajar untuk mengembangkan potensi emosi

(Emotional Quotient) dan juga rohani (Spiritual Quotient). Sebagai contoh,

seramai mana guru yang masuk ke kelas, meningkatkan rasa suka, gembira,

sayang (bentuk emosi) supaya minat belajar matapelajaran yang diajar?

Pendidikan Moral sebagai contoh. Saya yakin, secara emosional, mata pelajaran

ini paling tidak digemari oleh pelajar. Tetapi adakah guru yang masuk ke kelas

meningkatkan emosi pelajar agar suka belajar mata pelajaran tersebut?

Jika ada guru yang berjaya meningkatkan emosi pelajar (EQ), tetapi mereka

tidak masih tidak mampu untuk mendapat kefahaman, menghafal dan

menguasai mata pelajaran tersebut atau ringkasnya IQ mereka rendah, tetapi

emosi (EQ) dapat dibangunkan agar mereka ini gemar dan suka mendalami atau

belajar  matapelajaran tersebut akan mampu meningkatkan keupayaan IQ

mereka. Tetapi, jika situasi pelajar IQ-nya tinggi, atau mereka dapat menguasai

matapelajaran tersebut, tetapi emosi (EQ) mereka tidak positif, tidak suka belajar

Pendidikan Moral, mungkin yang akan berlaku ialah mereka tetap belajar, tetapi

dalam potensi keterpaksaan, bukan kerelaan dan ikhlas. 

Persoalannya, jika nilai emosi (EQ) ini tidak dibangunkan di dalam diri pelajar,

maka di manakah nilai penghayatan, kefahaman atau nilai spiritual yang positif

akan wujud di dalam diri pelajar? Bagaimanakah pula jika emosi pelajar di

sekolah jika ianya tidak di tinggikan atau dilatih supaya minat mendalami

8

Page 10: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

matapelajaran Pendidikan Moral sebagai contoh? Ianya akan dianggap mustahil

untuk meningkatkan minat serta suka belajar , jika guru atau sesiapa sahaja,

tidak ada kemahiran untuk meningkatkan nilai emosi (EQ) di kalangan pelajar.

Kanak-kanak yang mempunyai Kecerdasan Emosi yang tinggi, biasanya

menpunyai ibu bapa yang juga mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

Kajian mendapati:

i. Ibu bapa yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi

menunjukkan kasih sayang yang jelas dan terbuka, mempunyai

persefahaman yang baik dengan anak.

ii. Kanak-kanak yang cerdas dari segi emosi didapati lebih tenang,

popular dan merupakan pelajar yang efektif.

iii. Ibu bapa dan guru menilai kanak-kanak ini sebagai seorang yang baik

dan cerdik

iv. Semasa belajar, kanak-kanak cerdas emosi didapati boleh memberi

tumpuan yang lebih baik.

v. Kanak-kanak tersebut juga mengalami masalah kesihatan, mereka

sentiasa sihat, bertenaga dan ceria.

Perkembangan moral kanak-kanak mempunyai implikasi-implikasi terhadap

program Pendidikan Moral. Terdapat tujuh nilai yang dikenali amat penting dalam

pembentukan dan pemupukan kecerdasan emosi. Sebelum kecerdasan emosi

diperkembangkan aspek emosi dalam pelajar-pelajar. Pelajar yang mempunyai

kemahiran emosinya lebih baik dalam sebarang jenis ujian dan penilaian.

Terdapat satu perhubungan langsung antara kecerdasan emosi dan kelakukan

konstruktif.

3.1 Kepentingan EQ yang tinggi kepada seseorang pelajar kerana;

a. Seseorang pelajar perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu dan

bagaimana mengendalikannya. Ini termasuklah kebijaksanaan dalam

mengawal gerak hati, kesabaran dan tindakan ransangan terhadap selok-

9

Page 11: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

belok persekitaran. Misalnya, dalam pembelajaran kolaboratif yang

memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti dan penyiasatan yang

memberi peluang pelajar berhubung dengan persekitaran di samping

mencari ilmu dan pengetahuan baru, pelajar perlu bijak menangani emosi

kendirinya supaya mencapai keberhasilan yang optimum. Scharage

(1990), menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti

bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil

yang tinggi dariapda pembelajaran baru. Maka EQ yang tinggi amatlah

perlu dalam Pendidikan Moral kerana adalah pembelajaran yang afektif ke

arah melahirkan model insan yang menyeluruh.

b. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan (komunikasi)

dengan orang lain. Hubungan yang baik sesama pelajar mempamerkan

bahawa pelajar tersebut berjaya menangani emosinya. Contohnya, dalam

pembelajaran koperatif yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar

memerlukan pelajar berhubungan secara bijak antara ahli kumpulan untuk

berjaya mencapai objektif pembelajaran. Misalnya, dalam tugasan dalam

kumpulan yang dikehendaki oleh guru, para pelajar diminta menyiapkan

satu model rumah pilihan masing-masing dalam melaksanakan aktiviti

yang ditugaskan untuk menyumbang kepada komitmen pelajar terhadap

kumpulannya. Maka EQ adalah amat penting bagi mewujudkan motivasi

kendiri ini.

c. Melalui Pendidikan Moral juga, EQ penting kerana aktiviti-aktiviti

pembelajarannya melibatkan saling bergantung antara satu sama lain

secara positif. Misalnya, pelajar dapat memberi pendapat dan

menyelesaikan sebarang krisis dengan membuat satu keputusan yang

bijak, misalnya aktiviti mencari cara penyelsaian menangani masalah ‘

Pencemaran’, dapatan dari rakan pelajar yang lain membantu hasil

pembelajaran yang lebih baik dan pelajar boleh membuat keputusan

memilih cadangan penyelesaian kepada masalah yang terbaik.

10

Page 12: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Pendidikan Moral juga memerlukan interaksi secara bersemuka,

contohnya mencari maklumat tentang adat sesuatu kaum, memerlukan

pelajar mencari maklumat dengan bersoaljawab dengan masyarakat.

Pelajar lebih senang mendapat maklumat dengan cara bersemuka supaya

hasilan dapatan lebih meyakinkan. EQ yang tinggi membantu pelajar

bersedia berhadapan dengan situasi ini.

d. Seseorang pelajar berupaya memotivasikan diri secara tegas dan yakin

dengan perasaan diri, pencapaian dan kebolehan pelajar yang

mempunyai kecerdasan emosi akan berada pada jalan kecemerlangan

yang lebih jelas.

e. EQ juga dapat memipin pelajar berfikir dan memberi ketenangan dalam

kehidupan seharian. Pelajar yang cerdas emosi moral dapat membuat

keputusan yang dapat memuaskan dirinya dan orang lain. Biasanya

mereka akan memperoleh markah yang lebih tinggi, gemar dan bijak

bergaul dengan rakan-rakan sebaya dan orang yang lebih dewasa,

kurang bermasalah dan sentiasa berbadan sihat.

Dalam perkembangan dunia dan teknologi canggih serta persaingan hebat hari

ini, IQ sahaja tidak mampu menjamin kejayaan seseorang individu tanpa EQ

yang seimbang serta kemahiran-kemahiran yang lain.

11

Page 13: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

ii. Sebagai seorang guru Pendidikan Moral Tahun 2, huraikan bagaimana

cara untuk memasukkan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi

semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

1. Pendahuluan

Kaedah-kaedah dalam pengajaran adalah penting bagi membantu guru

menyerapkan elemen-elemen seperti penerapan nilai, penyerapan kemahiran

dan lain-lain supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan mencapai

objektif yang optimum.

Terdapat pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran nilai murni dalam

pengajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah. Pendekatan ini penting bagi

guru untuk menyerapkan nilai murni ke dalam setiap pelajar supaya mereka

menjadi insane yang berguna.

2. Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pendidikan Moral.

Guru PM perlu mantap dengan ilmu kandungan(Content Knowledge) dan

pengetahuan pedagogi kandungan(Pedagogical Content Knowledge) bagi

mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

Pendidikan Moral. Guru digalakkan menggunakan gabungan beberapa

pendekatan untuk meningkatkan lagi tahap pertimbangan dan tindakan moral

murid serta menyediakan peluang yang secukupnya untuk menggalakkan

perkembangan moral murid.

12

Page 14: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

TEKNIK

UNTUK

KAEDAH STRATEGI TEKNIK

Bercerita,

Simulasi,

Bermain,

Lawatan,

Perbincangan,

Penyelesaian

Masalah,

Demontrasi,

Nyanyian,

Lakonan.

Projek,

•Memusatkan

guru

• Memusatkan

Murid

• Memusatkan

Bahan

•Set induksi

• Menerang

• Menyoal

•Menggunakan

papan kapur,

BBM

•Meneguh

•Variasirangsangan

•Penutup

3. Bidang Pembelajaran Pendidikan Moral

Bertetapan dengan matlamat Pendidikan Moral yang bertujuan untuk

membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh

menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat

global, kecerdasan emosi (EQ) adalah amat penting bagi melahirkan pelajar

yang mempunyai kecerdasan moral yang tinggi. Oleh itu, lima bidang yang

terkandung di dalam Pendidikan Moral yang memerlukan interaksi perhubungan

sosial dan kendiri pelajar. Bidang-bidang tersebut ialah:

13

Page 15: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

a. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri

b. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga

c. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat

d. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar

e. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara

KESEDARAN HATI NURANI(MORAL CONSCIENCE)KESEDARAN HATI NURANI(MORAL CONSCIENCE)

PEMIKIRAN MORAL

PERASAAN MORAL

TINGKAH LAKU MORAL

INSANBERAKHLAK

MULIA

BP1: NILAI BERKAITAN DENGANPERKEMBANGAN DIRI

BP2 :NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

BP3 :NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

BP5 :NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

BP4 :NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI ALAM SEKITAR

Slide 5

Bidang-bidang ini banyak menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.

Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-

kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan

kemahiran-kemahiran ini menyediakan murid menghadapi dunia teknologi

maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan

bertanggungjawab. Seharusnya pelajar mempunyai kecerdasan emosi (EQ)

yang baik bagi membantu merealisasikan kemahiran-kemahiran berjaya

melancar dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

14

Page 16: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Aktiviti yang dirancang oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral boleh dilaksanakan untuk menanamkan EQ dalam diri murid-

murid diharapkan dapat mengubah tingkah laku di samping penerimaan ilmu

yang kekal.

BIDANG 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

Nilai : Baik Hati ( Kepekaan dan perasaan cinta dan kebajikan diri

sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan

moral secara tulus ikhlas).

Tajuk : Menyayangi Haiwan Peliharaan

Kaedah : Perbincangan

Strategi : Memusatkan murid

Teknik : Variasi rangsangan

Langkah 1

i. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

ii. Guru mengedarkan sampul yang mengandungi potongan gambar

haiwan-haiwan peliharaan.

iii. Murid diminta mencantumkan potongan gambar tersebut.

iv. Guru bersoaljawab tentang tentang haiwan peliharaan yang dapat

dilihat melalui cantuman gambar tersebut.

15

Page 17: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Langkah 2

i. Guru mengedarkan pula sekeping gambar seekor anak kucing yang

jatuh ke dalam longkang.

ii. Guru bersoaljawab berdasarkan gambar tersebut.

- Bagaimana perasaan kamu apabila berhadapan dengan situasi

tersebut?

- Apakah tindakan awal yang kamu lakukan untuk membantu anak

kucing tersebut?

- Bagaimana sekiranya adik mengalami keadaan seperti itu?

iii. Murid diminta menyenaraikan perasaan mereka apabila menghadapi

situasi tersebut menggunakan peta minda hasil lakaran mereka

sendiri.

Langkah 3

i. Murid membentangkan hasilan dari aktiviti yang telah dibincangkan

bersama dalam kumpulan.

ii. Membincangkan tentang kesan perasaan mereka apabila menghadapi

situasi seperti dalam gambar yang disediakan oleh guru.

- Contoh situasi : marah, takut, benci, kasihan, baik hati

iv. Apakah kepentingan kita mempunyai perasaan-perasaan tersebut

dalam diri kita sendiri.

- lebih berempati

16

Page 18: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

- lebih bertanggung jawab terhadap semua makhluk di dunia

- mengawal perasaan supaya tidak mudah dibenci atau tidak ambil

peduli terhadap masalah orang lain.

- Peka terhadap perasaan orang lain.

Refleksi EQ dalam pengajaran dan pembelajaran

Guru dapat mendorong murid untuk meluahkan perasaan EQ yang ada dalam

diri mereka ketika melihat situasi yang dipamerkan berdasarkan gambar yang

disediakan. Ini dapat membantu guru melihat sikap dan adakah kecerdasan

emosi mereka berada pada tahap yang tinggi atau rendah. Selain itu, murid akan

berbincang dan meluahkan perasaan dan pendapat tentang perasaan dan emosi

mereka ketika berhadapan dengan situasi tersebut.

Guru juga boleh melihat keberkesanan yang lebih mendalam tentang emosi

murid mereka dengan memberikan situasi yang lebih mencabar perasaan

mereka. Contohnya, Sekiranya haiwan itu mati bagaimana anda? Dari jawapan

yang diberikan oleh murid kita boleh lihat nilai EQ pelajar bertindak melakukan

sesuatu yang baik kepada anak kucing tersebut.

BIDANG 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

Nilai : Kasih sayang terhadap keluarga ( Perasaan cinta dan sayang

yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga demi

melahirkan keluarga yang bahagia.

Tajuk : Keluarga Bahagia

Teknik : Bercerita

17

Page 19: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Strategi : Memusat guru dan murid

Langkah 1

i. Murid berada dalam keadaan separuh bulatan (ladam kuda).

ii. Guru duduk berhadapan dengan murid

iii. Murid melihat kad gambar bersiri yang mengandungi cerita pendek.

- Tajuk : Sayangi Keluarga Jalinkan Kemesraan

Langkah 2

i. Murid meneliti gambar berkaitan cara mengeratkan hubungan baik

dalam kelurga.

ii. Murid dengan bantuan guru menjelaskan sikap yang diamalkan dalam

keluarga Amir.

Langkah 3

i. Murid diminta melakonkan suasana yang ditunjukkan keluarga Amir

dengan bimbingan guru.

ii. Murid diminta memberikan pendapat, cara-cara menunjukkan kasih

sayang dalam keluarga.

- membantu ibu bapa

- menjaga ibu bapa ketika mereka sakit

- membantu keluarga ketika ditimpa bencana.

18

Page 20: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

iii. Murid diminta memilih cara-cara menunjukkan kasih sayang dalam

keluarga dengan menandakan ( -/ ) pada senarai soalan tugasan

yang diberi.

Contoh soalan :

a. Membantu ibu di dapur ( )

b. Membiarkan kawasan rumah kotor ( )

c. Menyuruh ibu membasuh kasut sekolah ( )

d. Menyediakan minum petang untuk keluarga ( )

e. Mengemaskan bilik tidur ( )

Langkah 4

i. Murid mengumpul semua kertas soalan yang disediakan

ii. Guru dan murid membuat kesimpulan cara menunjukkan kasih sayang

terhadap keluarga.

Refleksi EQ dalam pengajaran dan pembelajaran

Penerapan nilai EQ iaitu kasih sayang terhadap keluarga. Dapat diserapkan

secara langsung dan tidak langsung oleh guru. Dalam pembelajaran di bidang ini

guru berjaya meminta murid untuk menyatakan perasaan kasih sayang terhadap

keluarga agar berkekalan demi menjamin keluarga yang bahagia.

Mereka juga dapat memberikan cara-cara bagaimana untuk menyanyangi

keluaraga sendiri. Contohnya, mereka membuat aktiviti yang menyeronokkan

untuk menimbulkan kemesraan dengan cara berkelah di tepi pantai, membuat

kerja rumah dan sebagainya. Jadi di sini, secara tidak langsung penerapan nilai

19

Page 21: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

EQ kepada murid-murid untuk dengan aktiviti tersebut, mendorong perasaan

mereka kasih sayang dan mengujudkan hubungan silaturrahim keluarga dapat

dikekalkan sampai bila-bila.

BIDANG 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

Nilai : Tanggungjawab terhadap masyarakat (Kesanggupan memikul

serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna

sebagai anggota masyarakat).

Tajuk : Majlis Kenduri Kahwin Abang Man

Teknik : Variasi Ransangan

Strategi : Memusatkan murid

Langkah 1

i. Guru memperdengarkan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ dan bunyi

paluan kompang.

ii. Guru meminta murid meneka majlis yang sedang diadakan.

iii. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Langkah 2

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil

ii. Guru mengagihkan tugasan

- Membuat bunga manggar

- Membuat bunga rampai

20

Page 22: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

- Mengupas bawang

- Menyenaraikan agihan tugas

- Membasuh dan mengelap pingggan mangkuk

- Mengagihkan kad jemputan

Langkah 3

i. Guru meminta murid menyenaraikan tugasan lain untuk membantu

keluarga Abang Man.

ii. Guru bersoal jawab berdasarkan senarai tugas yang telah disiapkan.

- Apakah perasaan kamu apabila dapat menghadiri majlis tersebut.

Mengapakah kamu berkata demikian.

Contoh : gembira, dapat berjumpa saudara-mara

- Bagaimana jangkaan kamu sekiranya masyarakat tidak membantu

majlis tersebut?

kelam-kabut

tidak berjalan lancar

majlis tidak meriah

Langkah 4

i. Guru membuat rumusan tentang kepentingan semangat bergotong-

royong dan bantu membantu dalam kehidupan bermasyarakat.

Refleksi EQ dalam pengajaran dan pembelajaran

21

Page 23: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Penerapan EQ dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dapat

diserapkan secara langsung dan tidak langsung oleh guru melalui aktiviti-aktiviti

yang disusun dan dirancang dengan teratur. Dalam pembelajaran di bidang ini

guru berjaya meminta murid untuk memberikan pendapat mereka berdasarkan

pengalaman masa lalu.

Mereka juga dapat menceritakan semula akibat dan kesan dalam kehidupan

bermasyarakat tidak ujud sikap saling bantu-membantu dan bekerjasama.

Contohnya, majlis tersebut tidak berjalan lancar atau terdapat kekecohan dalam

majlis tersebut. Jadi di sini, secara tidak langsung penerapan nilai EQ kepada

murid-murid untuk merasai suasana majlis tersebut, mendorong perasaan

mereka untuk membantu dengan sukarela dan mengujudkan hubungan

silaturrahim antara ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

BIDANG 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

Nilai : Menyayangi Alam Sekitar (Mencintai dan menghargai alam sekitar

demi mengekalkan keharmonian hidup.

Tajuk : Tanah runtuh

Teknik : Penyoalan

Strategi : Memusatkan murid dan bahan

Langkah 1

i. Murid memerhatikan beberapa paparan gambar alam semula jadi yang

disediakan oleh guru

22

Page 24: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

ii. Murid menyatakan perasaan mereka setelah melihat alam semula jadi

itu.

iii. Murid diperlihatkan pula gambar alam semula jadi yang telah tercemar.

( gambar sampah-sarap, tanah runtuh, sungai yang tercemar)

iv. Murid menyatakan perasaan mereka setelah melihat gambar yang

dipamerkan.

Langkah 2

i. Guru memperdengarkan rakaman deklamasi sajak “ Alam Yang

Semakin Hilang”.

ii. Seorang murid membacakan sajak tersebut.

iii. Murid berbincang dalam kumpulan tentang tanggung jawab yang akan

dilakukan apabila melihat masalah tanah runtuh.

- tidak membakar hutan

- jangan membunuh fauna

- tidak mencemarkan sungai dan lautan

- tidak melakukan penebangan hutan secara berleluasa

Langkah 3

i. Murid diminta melakar gambar alam semula jadi yang mereka ingin

kekalkan

- kawasan hutan tidak tercemar

23

Page 25: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

- sungai yang jernih – hidupan air yang tidak diganggu masalah

pencemaran

- air terjun yang bersih

ii. Murid mempamerkan hasil kerja

iii. Guru bersoal jawab dengan murid

- Mengapa kamu sukakan keindahan semula jadi alam?

- Bagaimana perasaan kamu apabila melihat sungai dan lautan

dipenuhi sampah sarap?

- Apakah tindakan yang kamu lakukan untuk menyekat perkara itu

dari berlaku?

Contoh : 1. Bersama-sama membersihkan kawasan yang tercemar.

v. Guru membuat kesimpulan

vi. Hasil kerja terbaik dipamerkan di sudut moral

Refleksi EQ dalam pengajaran dan pembelajaran

Penerapan EQ dalam nilai yang berkaitan diri dan alam sekitar dijalankan

dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Dalam bidang ini guru telah berjaya

menerapkan EQ murid melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya, melalui

gambar kerosakan di kawasan-kawasan sumber alam seperti sungai dan lautan.

Begitu juga dengan kerosakan akibat pembakaran hutan yang boleh

menyebabkan hakisan tanah dan seterusnya berlaku kejadian tanah runtuh.

Murid-murid akan merasa empati dan rasa kasihan apabila kejadian ini berlaku.

Kesannya, mereka akan menjalankan tanggung jawab awal supaya tidak

24

Page 26: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

melakukan pencerobohan, pembakaran atau pembuangan sampah secara

berleluasa tanpa sebarang hukuman atau larangan.

BIDANG 5 : NILAI BERKAITAN DIRI DAN NEGARA

Nilai : Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di

kalangan rakyat Malaysia serta masyarakat global.

Tajuk : Eratkan Perpaduan

Teknik : Penyoalan

Strategi : Memusatkan bahan

Langkah 1

i. Guru menunjukkan gambar pelbagai sambutan hari perayaan di

Malaysia.

ii. Guru memperdengarkan ‘Hari Raya’ kepada murid-murid. Guru

meminta murid menyenaraikan perkara berikut berdasarkan gambar.

- Sebutkan hari-hari perayaan yang terdapat di negara kita?

- Apakah makanan istimewa yang disediakan sempena sambutan

hari perayaan tersebut?

- Apakah jenis pakaian yang istimewa khusus untuk menyambut

perayaan tersebut?

iii. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini?

25

Page 27: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Langkah 2

i. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.

ii. Murid diminta menyenaraikan aktiviti yang sedang dilakukan oleh

keluarga Ali, Raju dan Lim dalam gambar yang disediakan.

Langkah 3

i. Setiap kumpulan diminta membuat kad ucapan untuk dihantar kepada

ahli keluarga atau rakan-rakan mereka.

ii. Murid diminta menulis ucapan dalam kad yang telah siap dihias.

iii. Guru bersoal jawab dengan murid;

- Bagaimana perasaan kamu apabila kamu menyambut perayaan

kamu sendiri?

- Adakah kamu juga menyambut bersama jika rakan kamu yang lain

menyambut perayaan mereka?

- Bagaimana rakyat di Malaysia ingin memupuk perpaduan berbilang

kaum dan bangsa ini supaya berkekalan?

Langkah 4

i. Guru dan murid berbincang akibat kepda negara jika perpaduan

pelbagai bangsa tidak dapat dipupuk.

Contoh : Berlaku pergaduhan, kematian dan huru-hara.

26

Page 28: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

Refleksi EQ dalam pengajaran dan pembelajaran

Melalui aktiviti dalam bidang nilai berkaitan diri dan negara ini, pelajar-pelajar

dapat menunjukkan perasaan gembira dan semangat perpaduan di kalangan

pelbagai kaum di Malaysia. Aktivit-aktivti pengajaran dan pembelajaran seperti

nyanyian dan menghasilkan tugasan dalam kumpulan dapat menimbulkan

kepuasan kepada pelajar. Contohnya, pelajar dapat memberikan pendapat

tentang kebaikan yang mereka perolehi jika mengamalkan sikap:

- Kunjung-mengunjungi

- Bertukar-tukar kad ucapan

- Merasai pelbagai jenis makanan yang disediakan

- Bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Secara tidak langsung guru dapat mengetahui tahap EQ seseorang itu ketika

mereka membuat aktiviti-aktiviti yang dijalankan, memberi pendapat mereka dan

menyatakan kesan terhadap EQ mereka sendiri. Contohnya, terbit perasaan

untuk bekerjasama, hormat-menghormati, memahami budaya dan amalan atau

cara hidup mereka yang berlainan bangsa dan agama.

KESIMPULAN

Memupuk konsep EQ di kalangan murid-murid merupakan usaha yang penting

dalam menjamin kejayaan sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlaku. EQ

seharusnya dipraktikkan oleh setiap individu dan organisasi terutama dalam

menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi dunia pendidikan. Setiap murid

yang mempunyai pencapaian pendidikan yang berbeza dalam organisasi

sekolah haruslah diberi pengiktirafan yang sewajarnya dari segi pengalaman,

pendekatan dan kemahiran yang sama. Penekanan konsep EQ di sekolah akan

melahirkan pelajar yang bersedia menerima pandangan pengetahuan dan

27

Page 29: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

kemahiran yang dimiliki oleh orang lain. Murid boleh melahirkan perasaan

empati, bekerjasama dan bermotivasi dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral. Keadaan ini secara tidak langsung akan

meningkatkan prestasi penilaian diri yang lebih positif di samping menambah

pelbagai kemahiran baru yang berinovasi. Fenomena ini nescaya akan

membentuk satu suasana pengurusan organisasi di sekolah agar lebih

cemerlang.

RUJUKAN

Rahmad Sukor Abdul Samad. (2007). HBME2103 Pendidikan Moral Tahun 2.

Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur.

Rahmad Sukor Abdul Samad. (2006). HBME1103 Pengenalan Pendidikan Moral.

Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur.

Yasmin binti Kamaruddin dan Chu Eng @Chu Poo Chu (2003). Buku Teks

Pendidikan Moral Tahun 2. DBP. Kuala Lumpur.

PKK (2002) Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah dan

Menengah. KPM. Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malayasia (2003) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Sohaimi Abd ul Aziz (1998). Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak

Melalui Kesusasteraan Kanak-kanak. USM. Pulau Pinang

http://www.ihhp.com/what_is_eq.htm

http://www.eqtoday.com/02/emotional.php

28

Page 30: Assigment PM EQ

Noriyati binti Tasiman660602105090002

HBME2103-Pendidikan Moral Tahun 2

http://forum.indogamers.us/f399/iq_vs_eq-7912/

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/berita/2004/10April_ap3UM.htm

29