kuliah 2 pbm522
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
1/37
PBM522 BAHASA MELAYU
UNDANG-UNDANG II
PERSEDIAAN PENTERJEMAHAN
PRINSIP DAN TEORI PENTERJEMAHAN
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
2/37
Pendahuluan
Sebelum kerja menterjemah dilakukan,penterjemah perlu menguasai beberapa perkara.
Hal-hal ini begitu signifika bagi memastikanpenterjemah benar-benar bersedia untuk
menjadi penterjemah yang baik.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
3/37
Persediaan Penterjemah Terdapat 5 persediaan penterjemah:
1. Penguasaan/ menguasai bahasa sumber.
2. Penguasaan/ menguasai bahasa sasaran.
3. Pengetahuan/ mengetahui bidang yang diterjemah.
4. Pengetahuan/ mengetahui tentang teori dan amalan terjemahan.
5. Pengetahuan/ mengetahui budaya bahasa sumber dan bahasa
sasaran.
4/22/2012Free Template fromBrainybetty.com
3
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
4/37
Penguasaan/ menguasai Bahasa Sumber
Bahasa sumber ialah bahasa asal yang hendak diterjemah ke bahasayang kedua.
Pengetahuan mengenai bahasa sumber mestilah pengetahuan yangmendalam.
Penterjemah harus menguasai bahasa itu secukupnya untukmembolehkan dia mengetahui selok belok keistimewaan dan
keganjilan bahasa itu supaya dapat membezakan dan mentafsirkanmakna yang terkandung dalam teks asal dengan tepat.
Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu yang diterjemah kepadabahasa Inggeris, oleh itu bahasa sumbernya ialah bahasa Melayu.
4/22/2012Free Template fromBrainybetty.com
4
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
5/37
Penguasaan/ menguasai Bahasa Sasaran
Mengikut pakar terjemahan hari ini, seseorang penterjemah,selainharus menguasai bahasa sumber dengan baik, mestilah jugamenguasai bahasa penerima dengan lebih baik lagi kerana ini boleh
memastikan yang cara penyataannya tidak berbau terjemahan.
Bahasa penerima bermakna bahasa di mana teks asal itu akanditerjemah.
Contoh, dalam aritkel bahasa Melayu yang diterjemah kepadabahasa Inggeris, maka penterjemah mestilah mengetahui bahasaInggeris dengan lebih baik daripada bahasa Melayu, atau samabaiknya dalam kedua-dua bahasa ini.
4/22/2012Free Template fromBrainybetty.com
5
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
6/37
Pengetahuan/ mengetahui Bidang yangDiterjemah Individu yang mengetahui dua bahasa belum mencukupi untukmenjadi penterjemah yang baik.
Penterjemah hendaklah seelok-eloknya mengetahui bidang yanghendak diterjemahkannya sekurang-kurangnya pada peringkat asasdan laras bahasa yang digunakan dalam bidang tersebut.
Kelayakan ini lazimnya sukar diperolehi, lebih-lebih lagi dalambidang yang terlalu khusus. Ini adalah kerana bidangbidangseperti perundangan, perubatan dasn sains mengandungi termatermanya yang khusus.
4/22/2012Free Template fromBrainybetty.com
6
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
7/37
Pengetahuan/ mengetahui tentang Teoridan Amalan Terjemahan Pengetahuan tentang teori dan amalan terjemahan akanmemperlengkap lagi seseorang untuk menghasilkan terjemahanyang baik.
Seorang penterjemah yang mempunyai pengetahuan tentang teoridan pendekatan mampu penterjemahan dalam membezakankaedah-kaedah terjemahan dan memilih kaedah yang paling sesuaidengan mengambil kira khalayak yang akan membacanya iaitutujuan terjemahan dan sasaran pembaca.
4/22/2012Free Template fromBrainybetty.com
7
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
8/37
Pengetahuan/mengetahui Budaya BahasaSumber dan Bahasa Sasaran Penterjemah perlulah mengetahui budaya kedua-dua bahasa iaitu
budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran untuk memastikanketepatan sesuatu hasil terjemahan.
Norma atau nilai budaya sesuatu bangsa itu berbeza antara satudengan yang lain. Kebolehan mengesan persamaan dan perbezaanantara dua budaya merupakan kelebihan bagi seorang penterjemah.
Ini akan melatih penterjemah agar peka terhadap persekitaran danberhati-hati dalam pemilihan kata yang sesuai dalam menterjemahsesuatu teks sumber.
4/22/2012Free Template fromBrainybetty.com
8
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
9/37
Seseorang itu perlu menimbangkan beberapa aspek misanya umurpembaca dan tahap pendidikan pembaca sama ada tinggi ataurendah atau sederhana; jantina lelaki atau perempuan; lain-lain
seperti latar subjek dan kumpulan manusia.
Selain itu, penterjemhan juga perlu melihat aspek teks yangditerjemahkan sama ada bersifat akademik atau bukan akademik,teks sastera, agama atau politik, emosi teks seperti marah, simpatiberani atau suka, fungsi teks seperti laporan, iklan, ugutan atauhiburan; prosa atau puisi.
Akhirnya aspek penggunaan, iaitu di mana teks digunakan; samaada penggunaannya di mahkamah oleh seorang peguam yangmenggunakan laras bahasa yang berbeza dalam urusan rasmi atauseorang doktor yang merawat pesakit
4/22/2012Free Template fromBrainybetty.com
9
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
10/37
Prinsip / teori Penterjemahan
Terdapat beberapa orang tokoh dalam bidangpenterjemahan. Tokoh-tokoh dalam bidang terjemahanini telah menghasilkan teori dan prinsip yang bolehdijadikan panduan bagi para penterjemah untuk
menterjemah sesuatu bahan.
Beberapa prinsip dan teori terjemahan yang telahdikemukakan oleh tokoh-tokoh dalam bidangterjemahan seperti Etiene Dolet, Dryden, George
Campbell Alexander Fraser Tytler dan Eugene A. Nida.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
11/37
ETIENE DOLET (1509-1546)
Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi danhasrat penulis teks sumber.
Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasasumber dan bahasa penerima terjemahan itu.
Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demiperkataan oleh sebab perbuatan itu akan merosakkanmakna asal dan membinasakan keindahan teks sumber.
Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentukbahasa yang biasa digunakan dalam bahasa penerima.
Penterjemah mestilah mencipta semula kesankeseluruhan teks sumber yang betul melalui pemilihandan susunan perkataan yang dibuatnya.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
12/37
DRYDEN (1680)
Telah mengemukakan tiga jenis terjemahan:-
Metafrasa
Penterjemahan perkataan demi perkataan dan baris demibaris.
Terjemahan secara harafiah
I want to eat bread.
Saya mahu makan roti.
I like you.
Saya sukakan awak.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
13/37
Parafrasa
Terjemahan yang mengikuti karya asal dengan rapat, tetapiyang diikuti ialah maknanya bukan perkataannya.
Jalan tengah antara terjemahan harafiah danpenterjemahan bebas.
Ive been looking for you high and low.
Puas saya mencari awak di merata tempat.
Icantget you off my mind.
Saya asyik memikirkan awak.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
14/37
Tiruan
Penterjemah mengambil sikap bebas, bukan setakat mengubahperkataan dan ayat, tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakanhal itu perlu demi kepentingan semangat teks tersebut.
Yang penting, maksud teks di dalam bahasa asal sampai kepadapembaca teks sasaran.
He kissed his daughter on the mouth.
Dia memeluk anak perempuannya dengan penuh kasihsayang.
Killing two birds with one stone.
Sambil menyelam minum air.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
15/37
GEORGE CAMPBELL (1759)
Beliau telah mengemukakan tiga prinsip dalam kaedahpenterjemahan:
Penterjemah hendaklah mengekalkan makna yang terkandung
dalam teks asal dan mengekalkan unsur-unsur seperti perkataan,struktur ayat dan stail kepengarangan penulis asal.
Penterjemah juga mesti mengekalkan sifat-sifat teks asal tetapidengan cara penterjemah menggunakan ciri-ciri dankeistimewaan yang ada pada bahasa penerima.
Penterjemah hendaklah memastikan supaya penterjemahan ituterasa seolah-olah sebuah karya asli, mudah dibaca, senangdifahami serta gaya bahasa yang bersahaja.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
16/37
ALEXENDER FRASER TYTLER
Tytler mengemukakan tiga prinsip terjemahan:
Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua maknayang terkandung dalam teks asal.
Stail dan gaya bahasa terjemahan mestilah sama sifatnya
dengan stail dan gaya teks asal. Kesan terjemahan itu mesti dirasakan seolah-olah sebuah karyaasli.
penterjemah boleh membuat tambahan sekiranya hal itu penting bagimengekalkan makna asal, ataupun mampu menjelaskan lagi hal tersebut.
Perkataan juga boleh dikurangkan apabila perkataan itu tiada fungsipenting serta tidak mencacatkan makna asal teks malahan membuatkanmakna asal lebih jelas. Apabila makna teks asal itu kabur, penterjemahwajar membuat keputusan sendiri dan memilih makna yang paling secocokdengan konteks.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
17/37
EUGENE A.NIDA
Memperkenalkan konsep terjemahan dinamis
Terjemahan dinamis:
Penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumatdaripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan yang
terdekat dan sejadi, pertama dari segi makna dan kedua darisegi stailnya.
6 aspek penting dalam terjemahn dinamis:
Penyalinan semula maklumat
Persamaan bukan keserupaan
Persamaan yang bersahaja
Persamaan terdekat
Keutamaan makna
Kepentingan gaya
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
18/37
Penyalinan semula maklumat
Nida menegaskan tugas terpenting perterjemah ialah menyalin
semula maklumat ke dalam bahasa penerima. Untuk memenuhi tugas penyalinan semula maklumat, banyak
penyesuaian tatabahasa dan perkataan mesti dilakukan. Justeru, implikasi prinsip ini ialah mengekalkan makna apabila
terpaksa gaya penulis asalnya boleh diubah.
Contoh :
No smoking tiada merokok dilarang merokokStone deaf batu pekak pekak badak
**Sweet tooth gigi manis **
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
19/37
Persamaan bukan keserupaan
Semasa menterjemah, penterjemah diingatkan supaya mencaribentukbentuk yang sama kerana tugas perterjemahan ialah
menyalin maklumat bukan menyalin bentuk bagaimanamaklumat diungkap.
Contohnya :Contohnya : ungkapan to kill two bird with onestone dalam bahasa Inggeris diterjemah menjadi sambilmenyelam, minum air dalam bahasa Melayu dengan itubarulah kedua-dua ungkapan itu menjadi sama atau seerti.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
20/37
Persamaan yang bersahaja
Menurut Nida, dari segi bahasa, terjemahan yang baik ialahterjemahan yang langsung tidak berbau terjemahan. Inibererti penterjemahan hendaklah menggunakan cir-ciri asli
yang dimiliki oleh bahasa penerima. Persamaan formalbanyak menumpukan kepada konsep mesej sama ada darisegi bentuk mahupun isi kandungan. Oleh itu, persamaanformal bermaksud kualiti terjemahan yang ciri bentuk teksasal dihasilkan semula secara teknikalnya dalam teks sasaran.
Contohnya: ungkapanKemana tumpahnya kuah kalaubukan ke nasidalam bahasa Melayu bolehlah diterjemahkanAn apple never fall far from its tree dalam bahasa Inggeris.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
21/37
Persamaan terdekat/ dinamik
Tidak ada dua perkataan yang betul-betul serupamaknanya di antara bahasa yang berlainan.
Penterjemah hanya boleh menterjemah dengan
menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.
Contohnya : Ungkapan apple green bolehditerjemahkan menjadi hijau pucuk pisang .
Apa yang cuba ditekankan dalam persamaan dinamik ini
adalah mesej teks sumber mestilah dipindahkan kepadateks sasaran dengan menghasilkan reaksi atau tindakbalas yang sama seperti teks asal. Persamaan dinamikhanya menekankan makna teks asal untuk memudahkanpemahaman khalayak sasaran.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
22/37
Keutamaan makna
Terjemahan mengutamakan isi atau maklumat yang terkandungdalam teks asal.
Justeru perterjemah wajib membuat perubahan yang radikalsupaya maklumat asal kekal dalam bahasa penerima.
Contoh : He has a family tak sepatutnya diterjemah menjadiDia mempunyai keluarga, tetapi diterjemah dia sudahberumahtangga.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
23/37
Kepentingan gaya
Walaupun makna lebih utama daripada gaya namun aspek stailyang mempunyai aspek tersendiri
Penterjemah perlu memastikan gaya yang diterap dalampenterjemahnya dapat membangkitkan reaksi yang serupasekiranya membaca karya asal.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
24/37
PERBEZAAN UNSUR BAHASA
Unit-unit nahu
Penggunaan perkataan Persamaan bidang makna perkataan
Rima dan rentak
Permainan perkataan
Kelainan budaya
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
25/37
Unit-Unit Nahu/ Tatabahasa
Contohnya dalam bahasa Inggeris ada tiga ganti nama iaitu he,she dan it. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Sebaliknya dalam bahasa Melayu hanya ada dua ganti namadalam jenis tersebut iaitu dia dan ia.
Penggunaannya tidak serupa dengan peraturan dalam BahasaInggeris.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
26/37
Penggunaan Perkataan
Contohnya perkataan you dalam bahasa Inggeris boleh digunakankepada sesiapa sahaja.
Tetapi dalam bahasa Melayu kita tidak boleh menggunakan awakdengan bebas. Awak hanya boleh digunakan kepada orang sedarjat
atau lebih rendah.
Seorang anak dianggap tidak sopan dan mungkin akan kenapenampar sekiranya menggunakan kamu merujuk kepada ayahnya.Misalnya dalam menterjemahkan ayat ini. Can you give me extraRM10.00 for my pocket money? Jika diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu kepada Boleh kamuberi saya duit poket lebih RM10.00?.Dalam konteks tersebut you perlu diterjemahkan kepada abah atauayah dalam bahasa Melayu.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
27/37
Persamaan Bidang Makna
Perkataan
Contohnya perkataan durian, keris, songkok dan lain-lain tidakterdapat dalam bahasa Inggeris.
Ada pula perkataan yang hampir-hampir sama maknanya seperti'kacip' dalam bahasa Melayu dengan scissors dalam bahasa Inggeris.
Kacip dengan scissors tidak sama bentuknya tetapi mempunyaifungsi yang serupa iaitu untuk memotong.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
28/37
Rima dan Rentak Unsur rima dan rentak dalam sesuatu bahasa tidak sama antara satu
sama lain, itulah sebabnya sukar untuk menterjemah karya sepertipantun yang sangat bergantung pada rima dan rentak ke dalambahasa lain. Beberapa percubaan telah dibuat oleh sarjana Baratuntuk menterjemah pantun ke dalam bahasa Inggeris (AinonMuhamad, 1979). Namun begitu, terdapat kesukaran untukmengekalkan unsur rima dan rentak. Berikut adalah contoh pantun
yang telah diterjemahkan.
BS: Kalau roboh kota Melaka,Sayang selasih di dalam puan,Kalau sungguh bagai dikata,Rasa nak mati dipangkuan tuan.
BT: Malacca fort it cannot fall,My love she cannot lie,As die the basil in younder tray,In her arms I will die.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
29/37
Permainan Perkataan
Sesuatu perkataan yang digunakan itu disusun dan diulang secarayang istimewa dan unik. Ciri-ciri unik ini biasanya tidak dapatdipindahkan ke dalam bahasa lain.
Sebagai contoh,
plastic makes perfick(The Sunday Express, 12.5.1991).
Frasa idiomatik ini telah diadaptasi daripada frasa idiomatik practicemakes perfect. Ia merupakan tajuk artikel tentang pembedahanplastik. Perkataanperfick agak sukar diterjemah kerana tiadapadanannya dalam bahasa Melayu.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
30/37
Kelainan Budaya
Faktor yang menyebabkan penterjemah terpaksa melakukanperubahan ialah kelainan kebudayaan karya asal dengankebudayaan bahasa penerima.
Semakin luas perbezaan antara kedua-duanya, semakin banyakperubahan yang terpaksa dibuat.
BS: Lets have a beer.
BP: Mari kita pergi minum teh tarik.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
31/37
Proses Menterjemah
Menurut Newmark (1988), penterjemahan melibatkan tiga proses asasiaitu penafsiran dan analisis teks bahasa sumber yang diikuti olehprosedur terjemahan.
Prosedur terjemahan mungkin bersifat langsung atau berdasarkanstruktur sintaksis yang sepadan bagi bahasa sumber (BS) dan bahasapenerima (BT), atau menerusi antara bahasa yang asas dan logik.
Proses yang terakhir ialah penulisan semula teks dalam hubungannyadengan tujuan penulis, harapan pembaca, dan norma yang sesuai bagibahasa penerima dan sebagainya.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
32/37
BerdasarkanMeaning Based Translation oleh Larson (1984), prosesterjemahan adalah seperti berikut:
Bahasa Sumber
(Teks yang hendak diterjemah)
Mencari Makna
Makna
menzahirkan makna
Bahasa Penerima
(TERJEMAHAN)
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
33/37
Model tentang proses terjemahan telah dikemukakan oleh Eugene Nida
dan Charles Taber sejak tahun 1969 lagi dalam buku mereka yangbertajukThe Theory and Practice of Translation. Merekamenggambarkan proses terjemahan seperti berikut:
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
34/37
Menganalisis Teks
Langkah pertama untuk menterjemahkan sesuatu teks ialahmenganalisis teks tersebut untuk mengetahui dan memahami isikandungan teks tersebut. Pada peringkat ini, penguasaan bahasa
sumber yang baik sangat penting.
Semasa menganalisis, penterjemah perlu meneliti struktur permukaanteks, maksudnya ialah analisis dari segi hubungan tatabahasa kata-katayang membawa mesej dan makna serta makna kata-kata tertentu seperi
kiasan, ungkapan lisan, istilah ungkapan yang menjadi norma sesuatubahasa, untuk memastikan makna linguistik, makna rujukan danmakna emosi yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, bacalah teks asaltersebut sehingga tamat sekurang-kurangnya dua kali.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
35/37
Pemindahan Warta
Pemindahan warta merupakan proses kedua yang terpenting dalamterjemahan. Proses ini perlu dilakukan secara berhati-hati. Pada tahapini maklumat dan maksud yang diperoleh dalam proses analisis tadidipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Hanya penterjemah sahaja yangmengetahui cara warta yang dihasilkan itu hendak dipindahkan kepadabahasa penerima.
Semasa proses pemindahan ini, kata-kata dipadukan secara bermaknamengikut kelaziman yang terdapat dalam bahasa penerima setelahdibuat penyesuaian makna (semantik) dan penyesuaian struktur.
Penyesuaian struktur pula melibatkan seluruh struktur linguistik sepertiwacana, ayat, perkataan dan bunyi. Tanpa penyesuaian struktur,terjemahan yang dihasilkan akan janggal dan asing bunyinya. Malahperkara ini boleh mencacatkan penyampaian maksud. Hal ini kerana,pengekalan struktur bahasa sumber dalam teks terjemahan hampirmustahil dilakukan kerana setiap bahasa mempunyai strukturnya yangtersendiri.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
36/37
Menstruktur Semula
Setelah membuat analisis dan beberapa penyesuaian dalam prosespemindahan, maka maklumat yang hendak disampaikan itu distruktursemula dalam bahasa sasaran.
Penstrukturan semula bergantung pada pelbagai gaya bahasa yang
dianggap sesuai, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah yang dapatdigunakan sesuai dengan konteks penggunaan bahasa yang dikehendaki.Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembacamemahami terjemahan. Supaya struktur cerita cepat difahami dan tidakmembosankan.
Perkara yang amat penting semasa membuat penstrukturan semula iniadalah penterjemah betul-betul menstruktur warta dalam lenggokbahasa penerima. Oleh itu penterjemah haruslah mengetahui gayapenulisan dan menguasai bahasa penerima. Hasilnya pembaca akanmerasakan teks terjemahan tersebut seperti karya asli semasa merekamembacanya.
-
8/3/2019 KULIAH 2 PBM522
37/37
Menyemak Teks Terjemahan
Setelah selesai melakukan penstrukturan semula, sesebuahterjemahan masih belum dikatakan benar-benar baik. Langkahselanjutnya yang perlu diambil ialah menyemak semula. Perkarayang perlu diperhatikan semasa menyemak semula terjemahanialah dari segi:
- Ketepatan dan kejelasan maklumat yang ingin disampaikansemula dalam teks yang telah diterjemahkan.
- Aspek kebahasaan teks terjemahan tersebut. Adakah menepatitatabahasa bahasa sasaran, baik dari segi pengimbuhannya,ejaannya, istilahnya, struktur frasanya dan kesempurnaanayatnya?
- Adakah kesan yang sama seperti teks asli dapat ditimbulkandalam teks yang telah diterjemahkan itu?
- Melalui penyemakan semula ini dapatlah dipastikan sama adapenterjemah berjaya menimbulkan reaksi yang sama di kalanganpembaca, seperti yang ditimbulkan oleh teks asal.