epilepsi - · pdf file• kecederaan fizikal (seperti kepala terhantuk di permukaan yang...

4
EPILEPSI Apakah yang dimaksudkan dengan Epilepsi? Epilepsi ialah satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak. Ia juga dikenali sebagai gila babi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu. Otak biasanya menerima dan menghantar maklumat dalam bentuk impuls elektrik. Jika berlaku aktiviti/penghantaran impuls elektrik yang luar biasa atau pertambahan mengejut impuls elektrik di dalam otak, ia akan dilahirkan dalam bentuk sawan yang merupakan kejadian sementara sahaja. Epilepsi dikategorikan sebagai kejadian sawan yang berulang-ulang, berlaku secara tiba-tiba dan sekejap sahaja. Sifat dan kekuatannya berbeza-beza daripada seorang ke seorang. Epilepsi tidak menjejaskan kepintaran. Kebanyakan orang yang menghidap epilepsi berupaya mendapatkan pendidikan yang normal, malah mampu memperolehi ijazah. Kita tidak perlu takut kepada penyakit Epilepsi atau mengubah sikap apabila berhadapan dengan mereka yang menghidap Epilepsi. Seseorang yang menghidap Epilepsi masih boleh menikmati gaya hidup yang aktif jika sawannya dapat dikawal dengan baik. Sebab-sebab berlakunya Epilepsi Penyebab gangguan sawan dalam lebih kurang 70 peratus kes Epilepsi adalah tidak diketahui (Epilepsi Idiopatik). Bagi sesetengah pesakit (lebih kurang 30 peratus), kejadian sawan mungkin disebabkan oleh: Janin mengalami kecedaraan otak semasa dalam kandungan Trauma kelahiran seperti pendarahan dalam otak atau kekurangan bekalan oksigen ke otak. Tumor otak dan angin ahmar (strok) Kecederaan kepala yang teruk. Saluran darah ke otak menjadi sempit. Penyakit berjangkit, contohnya Meningitis atau Ensefalitis Bakteria (keradangan otak). Sebab-sebab genetik. Perubahan paras gula darah, contohnya hipoglisemia dan kerosakan hati atau buah pinggang. Keracunan disebabkan oleh penyalahgunaan bahan seperti dadah atau pencemaran alam sekitar seperti keracunan plumbum. 1

Upload: phungthien

Post on 06-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EPILEPSI -   · PDF file• Kecederaan fizikal (seperti kepala terhantuk di permukaan yang keras semasa rebah)

EPILEPSI Apakah yang dimaksudkan dengan Epilepsi?

Epilepsi ialah satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak. Ia juga dikenali sebagai gila babi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu.

Otak biasanya menerima dan menghantar maklumat dalam bentuk impuls elektrik. Jika berlaku aktiviti/penghantaran impuls elektrik yang luar biasa atau pertambahan mengejut impuls elektrik di dalam otak, ia akan dilahirkan dalam bentuk sawan yang merupakan kejadian sementara sahaja.

Epilepsi dikategorikan sebagai kejadian sawan yang berulang-ulang, berlaku secara tiba-tiba dan sekejap sahaja. Sifat dan kekuatannya berbeza-beza daripada seorang ke seorang. Epilepsi tidak menjejaskan kepintaran. Kebanyakan orang yang menghidap epilepsi berupaya mendapatkan pendidikan yang normal, malah mampu memperolehi ijazah. Kita tidak perlu takut kepada penyakit Epilepsi atau mengubah sikap apabila berhadapan dengan mereka yang menghidap Epilepsi. Seseorang yang menghidap Epilepsi masih boleh menikmati gaya hidup yang aktif jika sawannya dapat dikawal dengan baik.

Sebab-sebab berlakunya Epilepsi

Penyebab gangguan sawan dalam lebih kurang 70 peratus kes Epilepsi adalah tidak diketahui (Epilepsi Idiopatik).

Bagi sesetengah pesakit (lebih kurang 30 peratus), kejadian sawan mungkin disebabkan oleh:

• Janin mengalami kecedaraan otak semasa dalam kandungan • Trauma kelahiran seperti pendarahan dalam otak atau kekurangan

bekalan oksigen ke otak. • Tumor otak dan angin ahmar (strok) • Kecederaan kepala yang teruk. • Saluran darah ke otak menjadi sempit. • Penyakit berjangkit, contohnya Meningitis atau Ensefalitis Bakteria

(keradangan otak). • Sebab-sebab genetik. • Perubahan paras gula darah, contohnya hipoglisemia dan kerosakan hati

atau buah pinggang. • Keracunan disebabkan oleh penyalahgunaan bahan seperti dadah atau

pencemaran alam sekitar seperti keracunan plumbum.

1

Page 2: EPILEPSI -   · PDF file• Kecederaan fizikal (seperti kepala terhantuk di permukaan yang keras semasa rebah)

Faktor-faktor pencetus

Serangan Epilepsi kemungkinan dicetus oleh:

• Kekurangan tidur • Tekanan • Haid • Alkohol • Jangkitan kuman • Sesetengah jenis ubat-ubatan • Berhenti mengambil ubat-ubatan tertentu dengan tiba-tiba

Jenis-jenis Epilepsi

Terdapat banyak jenis Epilepsi. Sawan ini boleh dikelaskan kepada 2 jenis utama iaitu:

1. Separa (sebahagian)

Sawan separa berlaku apabila gangguan elektrik terjadi di sebahagian otak sahaja. Satu contoh yang biasa ialah sawan separa kompleks. Perlakuan pesakit mungkin menjadi automatik dan selalu disalah anggap sebagai masalah emosi atau mental. Pesakit mungkin akan berlari dalam satu bulatan, terasa pening dan keliru, kelihatan seperti berkhayal atau tidak bertindak balas dengan orang lain. Sesetengahnya berasa sangat pelik/ganjil. Keadaan ini mungkin berlarutan untuk beberapa saat hingga beberapa minit.

2. Keseluruhan

Apabila seluruh otak terganggu, hasilnya ialah sawan menyeluruh. Jenis-jenis yang paling lazim ialah:

• Sawan Tonik-Klonik

Semasa berlakunya sawan Tonik-Klonik, seseorang mungkin tidak sedarkan diri dan jatuh, badan menjadi kaku dan menggeletar atau menyentak. Air liur pesakit mungkin meleleh keluar atau pernafasannya menjadi kuat. Sawan ini akan berlarutan lebih kurang 3 minit. Pesakit mungkin terasa letih selepas mengalami sawan dan memerlukan rehat sebelum melakukan aktiviti seperti biasa.

• Sawan Absens

2

Page 3: EPILEPSI -   · PDF file• Kecederaan fizikal (seperti kepala terhantuk di permukaan yang keras semasa rebah)

Kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Sawan jenis ini biasanya menyerang untuk suatu tempoh yang pendek dan mungkin tidak dapat dikesan oleh orang lain. Mangsa kelihatan seperti berkhayal. Ia akan berhenti daripada aktiviti yang sedang dilakukannya dan merenung kosong selama 5 hingga 30 saat. Matanya mungkin memandang ke atas atau berkedip dan kelihatan seolah-olah seperti sedang berkhayal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, sawan ini akan berulang lebih kerap dalam sehari. Kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi masalah untuk belajar dan memberi tumpuan di dalam kelas.

Komplikasi sawan menyeluruh yang tidak dikawal dan diubati.

• Kecederaan fizikal (seperti kepala terhantuk di permukaan yang keras semasa rebah)

• Kerosakan otak disebabkan kejadian sawan yang kerap atau berlarutan. • Kematian, dalam sesetengah kes.

Pengurusan sendiri

• Memahami mengenai Epilepsi yang anda hidapi. Ambil ubat seperti yang diarahkan supaya ia dapat dikawal dan anda boleh menjalani kehidupan yang normal. Ubat-ubatan tidak dapat menyembuhkan Epilepsi tetapi ia membantu menghilangkan sawan atau mengurangkan kekerapannya. Pengambilan ubat mestilah diteruskan walaupun tiada serangan dalam tempoh beberapa tahun kecuali jika doktor mengarahkan sebaliknya.

• Pakai topi keledar keselamatan apabila menunggang basikal, kuda dan lain-lain.

• Pakai gelang amaran perubatan. • Apabila berenang pastikan anda tidak bersendirian. • Elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan Epilepsi anda. • Elakkan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan/

membahayakan diri anda ataupun orang lain di sekeliling anda (contohnya, mendaki gunung, memandu kereta atau mengendalikan mesin) kecuali sawan anda dapat dikawal dengan baik dan doktor telah mengesahkan bahawa anda mampu melakukannya.

Berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi anda mengenai:

• Apa yang perlu dibuat jika ada dos ubat yang tertinggal/terlangkau. • Pengambilan ubat-ubatan yang lain - sesetengah ubat boleh

mengurangkan kesan ubat Epilepsi. • Sebelum menukar jenama ubat yang digunakan • Jika anda merancang untuk mengandung.

Apa yang boleh dilakukan oleh orang lain untuk anda?

3

Page 4: EPILEPSI -   · PDF file• Kecederaan fizikal (seperti kepala terhantuk di permukaan yang keras semasa rebah)

• Menerima seseorang yang menghidap Epilepsi sebagai seorang yang normal dan memberikan sokongan positif untuk membantunya menjalani kehidupan yang normal.

• Belajar rawatan pertolongan cemas supaya dapat membantu orang yang diserang sawan.

Pertolongan cemas untuk sawan yang teruk:

• Jangan panik • Cuba pegang mangsa semasa dia rebah atau jatuh dan baringkan

perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan pada kepalanya. • Bersikap tenang. Mangsa sebenarnya tidak merasa sakit dan tidak akan

menggigit atau menelan lidahnya. • Alihkan benda-benda yang keras dan tajam yang boleh

mencederakannya. • Selepas sawan reda, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan dan

longgarkan pakaian yang ketat. Kedudukan ini akan menghalang mangsa daripada tercekik akibat gigi palsu, lidah atau muntahnya sendiri.

Jangan...

• Hentikan pergerakan mangsa. • Memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. • Memberi makanan atau minuman kepada mangsa sejurus selepas sawan.

Hubungi doktor jika..

Sawan berlarutan lebih daripada 10 minit atau serangan sawan berulang-ulang dan mangsa langsung tidak sedarkan diri di antara serangan-serangan tersebut.

4