epic hbef3603 praktikal

5
Announcement KURSUS EPiC:HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL Wednesday, October 09, 2013 Posted By : Mohd. Fhadli Bin Mohd. Fudzi Attachment : PANDUAN KURSUS HBEF 3603 AMALAN PROFESSIONAL Standard Program Pendidikan Guru yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 14 Mac 2011) mewajibkan semua guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) menjalani latihan Amalan Professional. Amalan Profesional merupakan latihan yang memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari dalam situasi sebenar di sekolah. Selian itu, guru dapat membuat refleksi terhadap amalan dan melaksanakan inovasi ke arah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. OUM telah merangka kursus HBEF 3603 ini dalam TIGA Fasa setelah mengambil kira pengalaman semua pelajar (guru) yang telahpun menjalani latihan praktikum selama 3 bulan semasa kursus Diploma Perguruan dan juga pengalaman mengajar sebagai guru terlatih sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum mengikuti program PPG. Tiga Fasa tersebut adalah: Fasa 1: HBEF 2503 Kajian Penyelidikan Dalam Pendidikan ( sila

Upload: oringdebong71

Post on 02-Jan-2016

966 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EpiC HBEF3603 Praktikal open university malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: EpiC HBEF3603 Praktikal

Announcement

KURSUS EPiC:HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL Wednesday, October 09, 2013Posted By : Mohd. Fhadli Bin Mohd. FudziAttachment :

PANDUAN KURSUS HBEF 3603 AMALAN PROFESSIONAL

 

 

Standard Program Pendidikan Guru yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 14 Mac 2011) mewajibkan semua guru yang mengikuti  Program Pensiswazahan Guru (PPG) menjalani latihan Amalan Professional.

 

Amalan Profesional merupakan latihan yang memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari dalam situasi sebenar di sekolah. Selian itu, guru dapat membuat refleksi terhadap amalan dan melaksanakan inovasi ke arah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

 

 

OUM telah merangka kursus  HBEF 3603 ini dalam TIGA Fasa setelah mengambil kira pengalaman semua pelajar (guru) yang telahpun menjalani latihan praktikum selama 3 bulan semasa kursus Diploma Perguruan dan juga pengalaman mengajar sebagai guru terlatih sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum mengikuti program PPG.

 

Tiga Fasa tersebut adalah:

 

Fasa 1: HBEF 2503 Kajian Penyelidikan Dalam Pendidikan  ( sila rujuk panduan kursus dalam myVLE)

 

Fasa 2: HBEF 3603 Amalan Profesional

 

Page 2: EpiC HBEF3603 Praktikal

Fasa 3: HBEF 4303 Projek Kajian Tindakan

 

 

 

A.   KATEGORI PELAJAR

 

Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu:

 

 

1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM.

 

1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.

 

1. Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

 

1. Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

 

B.   CARA PERLAKSANAAN

 

 

Page 3: EpiC HBEF3603 Praktikal

1. Pelajar harus melaksanakan inovasi P & P sepertimana yang dicadangkan dalam HBEF 2503.

 

1. Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum.

 

1. Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar.

 

 

SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi P & P bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

 

Peringatan:

 

Setelah melaksanakan inovasi P & P; pelajar (guru) perlu mengumpul data untuk penyediaan laporanlengkap kajian di Fasa 3 HBEF 4303 mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF 2503.

 

 

 

C.   PELAPORAN

 

Bagi memenuhi kursus HBEF 3603, pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi P & P yang dijalankan seperti format yang ditetapkan.

 

 

Page 4: EpiC HBEF3603 Praktikal

 

 

 

PANDUAN KURSUS AMALAN PROFESSIONAL (HBEF 3603)

 – EPIC ONLINE SUPERVISOR (EOS)

 

 

EOS bertanggungjawab untuk:

  Membimbing pelajar dalam melaksanakan cadangan kajian seperti dalam HBEF 2503

  Berinteraksi di forum HBEF 3603

  Memeriksa tugasan, laporan dan portfolio yang disediakan oleh pelajar

  Tidak perlu perjumpaan secara bersemuka