encik mazmalek mohamad l · 2020-02-28 · 2 l edakan teknologi di hujung jari merupakan satu...

16

Upload: others

Post on 18-Apr-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2

Ledakan teknologi di hujung jari merupakan satu platform yang sangat mudah bagi penyebaran maklumat. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat juga, sensitiviti rakyat mengenai kepentingan menjaga Data Peribadi juga semakin meningkat.

Berbekalkan pengalaman yang ada, pelantikan Encik Mazmalek Mohamad sekali lagi selaku Ketua Pengarah baharu bagi Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) pada 22 Januari 2019 membolehkan hala tuju Jabatan ini lebih teguh dan agresif dalam mencapai matlamat Kementerian khasnya dan Jabatan amnya. Beliau juga pernah

berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JPDP bermula 1 Oktober 2014 sehingga 1 Disember 2016. Ini membolehkan misi dan

visi Jabatan tercapai dengan mudah dan telus. Pelbagai perancangan telah dibuat dalam memastikan misi dan visi

Jabatan tercapai dengan lebih mudah seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial Negara.

Dengan wujudnya Akta Pelindungan Data Peribadi (Akta 709) yang

telah diwartakan di Parlimen pada 5 April 2010, isu berkaitan penyalahgunaan data peribadi dalam transaksi komersial oleh golongan pengguna data dapat

dikawal dan dicegah. Akta 709 ini jugak merupakan garis ukur kerajaan dalam

memastikan hak rakyat sentiasa terbela. Justeru

itu, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sentiasa menyokong dan mendokong

dasar-dasar kerajaan bagi memastikan persekitaran yang selamat dan sejahtera kepada masyarakat.

Pelantikan Ketua Pengarah Baru JPDP 2019ENCIK MAZMALEK MOHAMAD

Tahun 2019 merupakan tahun yang lebih mencabar berikutan keterbukaan dan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan Data Peribadi pada masa kini. Oleh yang demikian, JPDP telah menumpukan aktiviti dan bengkel serta perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memantapkan lagi Akta 709.

Program kesedaran seperti Persidangan Perlindungan Data Peribadi serta aktiviti promosi luaran Jabatan terus giat dijalankan dalam memastikan rakyat terus peka dengan perkembangan terkini. Ini menunjukkan bahawa jabatan sentiasa mengambil inisiatif bagi memastikan hak rakyat terbela, seterusnya mencapai objektif Jabatan.

AKTIVITIBAHAGIAN / UNIT JPDP 2019

3

@ BAHAGIAN PENDAFTARAN & OPERASI

Hartanah Insurans

Jualan Langsung Kesihatan

Komunikasi Pelancongan dan Hospitaliti

Pendidikan Pengangkutan

Perkhidmatan Utiliti

Pemberi Pinjam Wang Pajak Gadai

43

58

7

67

11

1

1

54

31

51

5830

Unit Pendaftaran adalah unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi

Akta 709. Di mana Golongan Pengguna Data perlu berdaftar dengan Pesurujaya

Perlindungan Data Peribadi bagi mendapatkan perakuan pendaftaran. Sehingga tahun

2019, terdapat hampir 800 pendaftar baru berdaftar yang terdiri daripada 13 Golongan

Pengguna Data yang wajib berdaftar di bawah Akta 709.

4

02

13 1112

1009

04 0503

0708 06

01

Insurans

Komunikasi

Pengangkutan

UtilitiPajakGadai

PendidikanJualan Langsung

Perkhidmatan Hartanah

Pemberi Pinjam Wang

Perbankan dan Institusi

Kewangan

Kesihatan Pelancongan dan Hospitaliti

5

Pada tahun 2019, Unit Hal Ehwal Pengguna Data mensasarkan sebanyak 15 seminar atau

Persidangan Perlindungan Data Peribadi yang berlangsung di sekitar Negeri termasuk

Sabah dan Sarawak. Terdapat 8 Seminar yang telah berlangsung sehingga Jun 2019

yang melibatkan Golongan Pengguna Data dan Badan Berkanun.

Nama Seminar Lokasi Negeri

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709)

Hotel Royale Chulan, Negeri Sembilan Negeri Sembilan

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709)

Hotel Swiss Garden, Melaka Melaka

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSAMA MAJLIS AMANAH RAKYAT

Bangunan Mara,Kuala Lumpur Kuala Lumpur

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709)

The Jerai Hotel Alor Setar Kedah

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Akademi Percukaian Malaysia, Bangi Selangor

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709) BAGI BADAN BERKANUN

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah Sabah

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709)

Hotel Le Meridien Kota Kinabalu Sabah

PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSAMA TABUNG HAJI

Tabung Haji, Kuala Lumpur Kuala Lumpur

SEMINAR PERSIDANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (JANUARI – JUN 2019)

Persidangan Perlindungan Data Peribadi di Hotel Royale Chulan, Negeri Sembilan

6

Persidangan Perlindungan Data Peribadi di Hotel Swiss Garden, Melaka

Persidangan Perlindungan Data Peribadi di Bangunan Mara, Kuala Lumpur

Persidangan Perlindungan Data Peribadi di Kulim, Kedah

Persidangan Perlindungan Data Peribadi di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu

Persidangan Perlindungan Data Peribadi di Tabung Haji, Kuala Lumpur

7

@ BAHAGIAN PEMANTAUAN

Bagi menjalankan tugas dan fungsi Jabatan, pemantauan telah dibuat sepanjang tahun melibatkan pelbagai sektor. Sesi pemantauan ini adalah bertujuan untuk melihat dan memastikan setiap sektor yang wajib berdaftar di bawah Akta 709 mengikut garis panduan dan standard yang telah ditetapkan dalan Akta 709. Berikut adalah senarai

pemantauan Seksyen 101 yang telah dijalankan bermula Januari sehingga Jun 2019:

BIL PENGGUNA DATA NEGERI SEKTOR

1 Hong Leong Bank Berhad Kuala Lumpur Perbankan

2 Hong Leong Bank Berhad Kuala Lumpur Perbankan

3 Etiqa Family Takaful Berhad Terengganu Insurans

4 Grand Puteri Hotel Terengganu Hospitaliti dan Pelancongan

5 Explore Asia Tours Sdn Bhd Sabah Hospitaliti dan Pelancongan

6 The Klagan Hotel Sabah Hospitaliti dan Pelancongan

7 Touch N Go Kuala Lumpur Perkhidmatan

8 Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) Kuala Lumpur Ultiliti

9 KPJ Ipoh Specialist Hospital Perak Kesihatan

10 Pajak Gadai Lian Sinn Sdn. Bhd. Perak Pajak Gadai

11 LM Water Life Sdn. Bhd. Perak Jualan Langsung

12 Agensi Pekerjaan WPI (MALAYSIA) Sdn. Bhd. Perak Perkhidmatan

13 Pajak Gadai Kajang Sdn. Bhd. Selangor Pajak Gadai

STATISTIK TINDAKAN PENGUATKUASAANJABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KESIHATANSeksyen 16(4)

RM10,000.00

PERKHIDMATAN(FIRMA GUAMAN)

Seksyen 16(4)

RM4,000.00

PENDAKWAAN MAHKAMAH KOMPAUN

KOMPAUN

RM

8

Lawatan Pemantauan di Agensi PekerjaanEMA Sdn Bhd Sg Petani Kedah

Lawatan Pemantauan di Allianz General Insurance Company(Malaysia) Berhad, Batu Pahat, Johor

Lawatan Pemantauan di Mahsuri Medical Center, Jitra Kedah

Lawatan Pemantauan di Pajak Gadai Kajang Sdn Bhd

Lawatan Pemantauan di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd

Lawatan Pemantauan di Hannan Medispa Alor Setar, Kedah

Lawatan Pemantauan di Touch ‘N Go Sdn Bhd

9

Unit Khidmat Pengurusan adalah unit yang bertanggungjawab menjaga kebajikan

warga JPDP dalam memastikan Jabatan dapat menjalankan fungsi jabatan di bawah

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan lebih berintegriti.

Sehubungan itu, pelbagai kursus dijalankan sepanjang tahun bagi memberi motivasi

dan menambahkan kemahiran setiap warga JPDP seperti:

Kursus Tempat

Bengkel Pemukiman Jabatan Perlindungan Data Peribadi Tahun 2019

Institut Pengurusan Perladangan (IPP), Langkawi

Kursus Teknik Pengurusan Fail Dan Rekod Yang Efektif

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

Kursus Keselamatan Pejabat Dan Pengurusan Rekod Kerajaan

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka

@ UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

10

@ UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan data perbadi pada masa kini,

Unit Komunikasi Korporat telah menyusun pelbagai aktiviti agar masyarakat sentiasa

peka terhadap perkara ini seterusnya fungsi dan peranan JPDP terus mendapat

perhatian umum. Selain itu, pelbagai promosi dan hebahan turut dijalankan sepanjang

tahun ini bagi memperkasakan lagi fungsi jabatan kepada rakyat Malaysia.

Temuramah TV3 bersama Timbalan Ketua Pengarah JPDP, Encik Rosmahyuddin Baharuddin

Temuramah Ketua Pengarah JPDP bersama

Radio Sabah FM

11

Temuramah Tuan Ketua Pengarah JPDP bersama

Melaka FM

Temuramah Ketua Pengarah JPDP bersama RTM SABAH

12

13

14

15

16

Jabatan Perlindungan Data Peribadi MalaysiaAras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia,

Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62100 Putrajaya, Malaysia

w w w . p d p . g o v . m y

03-8911 5000

03-8000 8000 (1MOCC)

03-8911 7959

[email protected]

JabatanPerlindunganDataPeribadi

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

jpdpmalaysia

jpdpmalaysia

#jomambilpeduli#lindungidataperibadi