di hujung pena cikgu nik 2004

40
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004 10 Julai 2004 Jam 9.59 a.m 11 Zulhijjah 1425 1 Feb 2004 BAGI SAJA LAH………… Seminggu yang lepas cikgu menerima berita kematian seorang jiran.Umurnya akhir 30-an.Dia ditemui mati dalam semak- samun setelah 4 hari.Muka sudah berubah dan bau sudah menjadi busuk.Itupun setelah disedari oleh seorang yang ingin mencari umbuk nyur nak buat kenduri.Kalau tidak….Tapi itulah ketentuan Allah.Mengikut satu sumber dia dipatuk ular semas asedang `koyok nyur'. Jiran cikgu ni miskin,dan bernasib malang.Selalu saja minta hutang.Bukannya banyak seringgit dua saja.Tapi selalu.Hinggakan cikgu pun tak tahu nak kata.Apa yang boleh buat ialah elakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang tak elok.Walaupun nyaris-nyaris nak terkeluar.Kita pujuk hati, duit ni bukan hak kita.Hak Allah E B AHAN B ACAAN T AZKIRAH

Upload: khairul

Post on 18-Jan-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mmg

TRANSCRIPT

Page 1: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004

10 Julai 2004 Jam 9.59 a.m11 Zulhijjah 1425 1 Feb 2004BAGI SAJA LAH…………

Seminggu yang lepas cikgu menerima berita kematian seorang jiran.Umurnya akhir 30-an.Dia ditemui mati dalam semak-samun setelah 4 hari.Muka sudah berubah dan bau sudah menjadi busuk.Itupun setelah disedari oleh seorang yang ingin mencari umbuk nyur nak buat kenduri.Kalau tidak….Tapi itulah ketentuan Allah.Mengikut satu sumber dia dipatuk ular semas asedang `koyok nyur'.

Jiran cikgu ni miskin,dan bernasib malang.Selalu saja minta hutang.Bukannya banyak seringgit dua saja.Tapi selalu.Hinggakan cikgu pun tak tahu nak kata.Apa yang boleh buat ialah elakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang tak elok.Walaupun nyaris-nyaris nak terkeluar.Kita pujuk hati, duit ni bukan hak kita.Hak Allah juga.Dalam duit kita ada duit orang lain.

Dalam kuliah Tok Guru Menteri Besar pernah sebut.Kalau orang berhutang dengan kita maka kita dapat pahala.Selamamana hutang itu belum dibayar.Sebab itulah kalau duit kita sudah cukup.Tak payah minta balik hutang tu.Untungnya kita dapat pahala secara percuma dan berterusan.Tapi kalau nak minta pun itu hak kita.Ikut suka lah, takkanlah benda ni pun cikgu nak cakap juga.

Maka, cikgu nasihatkan kepada anak murid cikgu kalau orang nak berhutang dengan kita,dan kita ada duit lebih bagilah.Kalau tak boleh bagi banyak bagi sedikit.Inilah masa kita nak buat kebajikan.Dalam kuliah itu juga,Tok Guru ada kata, bila kita bagi duit maka kita kena ingat zahirnya orang itu yang terima duit kita tapi pada hakikatnya,Allah yang terima.Sebab itulah kita dapat pahala.

E B A H A N B A C A A N

T A Z K I R A H

Page 2: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Setelah terima berita kematiannya maka cikgu halalkan hutangnya.Tapi itu hutang dengan cikgu…dengan orang lain?Hanya Allah saja yangtahu.

Mari kita naik setahap lagi.Tahap yang kedua ialah kita memberi semasa kita tak ada.Kita tak ada duit tapi bila orang nak berhutang kita beri juga.Pelik juga.Ini orang panggil memberi walaupun tiada.

Itulah sebabnya Nabi kita, pernah ada orang nak minta Bantu.Tapi Nabi tak ada duit, maka baginda bagi tahu orang itu pergi ke kedai dan berhutang atas nama baginda.

Maknanya tahap ini sangat mulia dan jarang orang boleh buat.Nak tolong sampai gitu mo sekali.Kalau kita fikir kalau tak ada duit gak biarlah.Tapi itu kita fikir.Fikiran yang bercampur dengan dunia dan kepentingan.

Cuma sekadar nak bagi tahu, Itulah sifat ahli syurga : Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (QS. 3:133) (iaitu)orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(QS.3:134)

10 Julai 2004 Jam 2.16 p.m18 Zulhijjah 1425 8 Feb 2004

DI ANTARA DUA USIA

Pada suatu pagi cikgu terjaga daripada tidur.Apabila mak cikgu terjaga daripada tidur.Maka cikgu buat air susu cicah roti.Namun eloklah kalau nak beribadat pagi-pagi begini.Lalu cikgu ambil pen dan tulis ` di hujung pena ini `

Cikgu teringat 4 tahun yang lalu.Cikgu juga terjaga pada waktu pagi apabila anak cikgu yang sulong terjaga.Cuma bezanya pada waktu itu terjaga sampai dua atau tiga kali satu malam.Kalau dikira penat memang penat.Tapi penat tu akan hilang kalau kita fikirkan ganjaran di kemudian hari.

Page 3: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Bagaimana pula keadaan kita pada masa kecil.Ada siapa-siapa yang masih ingat?Tak akan ada yang dapat ingat pada masa itu.Yang boleh bagitau pada kita ialah ibu dan ayah kita.Merekalah yang lebih tahu,berapa kali kita terjaga pada waktu pagi.

Satu keadaan yang akan berlaku dan kita hadapi ialah kita akan tua.Mungkin kita juga akan terjagawaktu pagi-pagi.

Dalam dua usia ini,masa kecil dan masa tua.Ada dua persamaan yang signifikan.Ia kelihatan seperti kitaran yang kembali pada keadaan asal.

Justeru,cikgu ada anak dan seorang mak, maka cikgu rasa ada kelayakan untuk membicarakan antara dua usia.

Seorang anak kecil bermula daripada tidak boleh berjalan kepada merangkak,kepada berjalan.Seorang tua pula bermula daripada boleh berjalan ,kepada merangkak dan tidak boleh berjalan.Seorang anak kecil makan minumnya kita yang suap,tapi setelah dewasa dia akan makan sendiri.Seorang tua dulunya dia makan sendiri tapi setelah tak upaya kita yang kena suap.

Seorang yang kecil akan pakai pampers.Orang tua pun kalau tak upaya akan pakai pampers juga.Cuma antara kedua-duanya yang mana mudah dipakaikan?Kalau kita ada jawapan untuk soalan itu maka jangan lupa soalan yang kedua.Yang mana pahala yang lebih banyak?

Seorang anak kecil akan menangis,dan kita tak tahu kenapa dia menangis.Maka kita jangan hairan kalau perkara yang sama akan berlaku kepada orang tua.

Seorang anak kecil bermula daripada tidak boleh bercakap kepada boleh bercakap.Seorang tua pula bermula daripada boleh bercakap kepada tak boleh bercakap ataupun kita tak faham percakapannya.

Itulah perbandingan antara dua usia.Kedua-dua usia itu satu telah kita lalui dan satu lagi belum dilalui.Kalau usia kita panjang kita akn melaluinya.Benarlah kalam Allah yang bermaksud :Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan mereka kepada kejadian(nya).Maka apakah mereka tidak memikirkan? (QS.Yasin 36:68)

Julai 2004 Jam 7.10 p.m

Page 4: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

2 Muharram 1425 23 Febuari 2004DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

YANG TINGGI DAN YANG RENDAH

Pagi ini, (18.2.04), cikgu buat ujian bulanan kepada para pelajar.Sementara menunggu mereka menjawab, cikgu pun menulis.Melihat pelajar berfikir ke atas, maka cikgu tumpang fikir sama, kalau-kalau ada idea.Cuma cikgu musykil kalau ada pelajar yang pandang ke tepi, ke belakang atau ke bawah.Sebagai hamba Allah betapa terasanya hidup ini amat berharga.Harga itu ada dalam diri kita.Kita boleh rasa sendiri atau orang lain boleh tolong royat pada kita.Pertolongan itu mungkin berupakan ujian.

Bagi ahli motivasi, pujian adalah baik untuk menaikkan semangat.Boleh membaiki semula jiwa yang lemah dan tak berdaya.Namun kaedah ini biasanya tak kekal lama, bersifat sementara saja.Ada masanya pujian itu bahaya.Kata sesetengah orang di kalangan kita"bahaya untuk perahu-perahu kecil".Bahayanya pujian ialahia boleh menyebabkan diri kita menjadi besar.Rasa macam nak terbang saja, atau terangkat dan tinggi.Apabila sudah jadi macam tue maka kita akan rasa diri kita hebat, serba pandai, serba boleh,serba tahu dan serba serbi.Kenapa cikgu kata ia bahaya?Sebabnya, kita akan lupa asal usul kejadian kita.Asal kejadian kita adalah daripada setitis cecair yang amat tidak berharga lagi berbau.Kalau ia tumpah tiada siapa yang nak.Namun betapa kasih sayang Allah yang tidak terperi, di muliakan manusia sampai ketahap itu.Malah lebih tinggi lagi daripada apa yang kita fikirkan.

Oleh itu, sepatutnya pujian tidak boleh menyebabkan kita semakin tinggi dan berbangga diri.Untuk apa kita jadi bangga dengan serba-serbi.Yang bukan kita yang buat.Kalau kita buat sendiri jolo juga.Ingat tu.Allah boleh tarik bila-bila masa saja.Lalu jadilah tak serba tak serbi.Sekali-sekala kita berjalan di muka bumi ini jangan selalu lihat yang tinggi.Lihat juga yang rendah.Pandang ke bawah.Lihatlah pada tanah tempat kita pijak.Kotornya.Sehingga kita terlupa bahawa dari situlah kejadian asal kita.

Hari Jumaat yang lepas,cikgu telah royat pada pelajar MMP dalam satu program, sebelum cikgu ke program MMPP selepas itu.Cikgu Tanya siapakah di antara manusia yang paling layak untuk memiliki sifat sombong dan angkuh dengan kehebatan yang tidak terperi?Bukan raja, bukan sultan,dan bukan orang yang paling kaya atas dunia.Beliau ialah Nabi Muhammad S.A.W.Kenapa?Kerana Allah,Malaikat dan orang Mukmin berselawat dan ucap pujian padanya.Nama baginda menjadi sebutan yang paling agong dan berada di tempat tinggi.Namun siapakah yang paling Tawaduk antara manusia.Beliau adlah Nabi

Page 5: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

Muhammad S.A.W.Baginda telah cuba meletakkan dirinya serendah yang DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

mungkin.Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.(QS.17:37).Lupa.cikgu pun bagitau pelajar."Masa sudahhabis…semua pelajar hantar"….tiada siapa yang nak hantar…sehingga cikguterpaksa ulang beberapa kali.

10 Julai 2004 Jam 3.24 p.m9 Muharram 1425 1 Mac 2004

MENGHITUNG YANG TAK TERHITUNG (INFINITI)

Minggu lepas ada minggu sukan sekolah.Entah macam mana cikgu pun turut terlibat sama.Kalau dulu,cikgu tak minat sangat dalam hal sukan ni.Tapi mungkin ada sebabnya cikgu jadi demikian.Cuma maafkan cikgu kalau cikgu bersorak terlalu kuat.

Dalam pertandingan itu kita akan menghitung.Cikgu pun menghitung.Kita menghitung mata untuk menang atau kalah.Hitungan itu akan berhenti apabila selesai perlawanan.

Hitungan yang banyak ada dalam matematik.Hingga kita akan sampai tahap infiniti.Bila dah sampai tahap itu maka kita tak larat lagi menghitung.Kita kena akur dengan keterbatasan kita sebagai manusia yang lemah.

Begitulah dalam hidup ini kita sebagai hamba Allah.Satu perkara yang kita kena hitung ialah nikmat Allah yang telah kita terima dari dalam perut ibu hinggalah saat ini.Semua pelajaran ialah ada dalam bab syukur.

Dalam menghitung nikmat Allah kita tidak perlu berhenti walaupun ia adalah tidak terhitung (infiniti).Kalau kita berhenti maka ikatan atau online kita dengan Allah juga akan terputus atau terhenti (disconnect)

Kesudahan daripada hitungan kita ialah syukur.Cuba ingat kembali kepada Rasulullah.

Diriwayatkan Rasulullah itu sembahyang malam sehingga bengkak belakang kakinya.Siti Aisyah bertanya : " Kenapa sampai begitu sekali sembahyang kerana selama dulu dan kemudian telah diampun oleh Allah".

Page 6: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Rasulullah pernah bersabda " Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur".Di sini kita dapat ketahui kenapa Rasul yangmaksum itu pun bersujud kepada Allah, kerana ia bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah.Syukur itu sebenarnya bukanlah satu pengucapan semata-mata seperti yang kita lakukan kini.Syukur itu perbuatan oleh kita kepada Allah,maka itu barulah dikatakan syukur yang sebenar-benarnya.

Hendaklah di rasa dalam hatinya akan nikmat Allah berikan kepadanya.Pemberian Allah itu sangat banyak.Allah jadikan mata kita, hidung kita, deria kita memberi rezeki kepada kita dan bermacam-macam lagi nikmat yang diberikannya.Oleh itu, gunakan segala nikmat itu kejalan yang diredhai oleh Allah.Jika tidak kita itu kufur nikmat jika disalahgunakannya.

Kemudian setelah merasa akan semua itu hendaklah kita malu kepada Allah kerana memberi kepada kita semua itu dan hendaklah kita berkhidmat kepadanya pula iaitu mengerjakan perkara-perkara kebaikan, kebajikan dan perkara sunat.

Firman Allah S.W.T (maksudnya) " Jika kamu ingin hitung nikmat-nikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya (meliputinya)".Ibrahim : 34

Hitunglah betapa banyaknya nikmat dari Allah yang kita terima.Cuma jangan tersalah hitung.Kita bukan nak hitung derita tapi menghitung nikmat disebalik derita.Hitunglah….sebelum kita takmampu lagi berbuat demikian.Hanya kita yang boleh menghitung untuk diri kita. Ditulis [email protected]

tersiar dalm Buletin tarbiah

Message: 4 Date: Sun, 12 Sep 2004 07:15:28 -0000 From: "pictmsk" <[email protected]>Subject: Dihujung Pena Ini : Koleksi 2

10 Julai 2004 Jam 4.09 p.m16 Muharram 1425 8 Mac 2004

Page 7: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

MERAKAMKAN KEHIDUPAN

Terlebih dahulu cikgu ingin merakamkan ucapan tahniah, (sebagai rakaman kehidupan yang pertama )kepada pelajar-pelajar cikgu yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM,STAM dan STPM baru-baru ini.Kepada yang menerima keputusan yang tidak meyakinkan, janganlah sedih.Sabar,redha,dan yakin ada hikmahnya.Usaha lagi.

Cikgu masih lagi seperti dulu, suka dengan satu aktiviti iaitu merakamkan kehidupan.Kalau dulu cikgu selalu ambil gambar program sekolah,sekarang pun macam tu juga.Masa di MMP cikgu sempat buat CD yang mengandungi gambar-gambar MMP.Begitu juga di sini.Tahun lepas,cikgu sempat menghasilkan CD MMPP yang menggambarkan aktiviti sekolah tahun 2003.Cuma baik sedikit sebab ada rakaman audio ceramah.

Rakaman kehidupan ini amat berguna untuk kita hayati selepas daripada ini.Masa kita dah dewasa atau sudah tua.Kita akan tersenyum sendiri apabila melihat masa muda-muda.

Satu perkara yang kita tak berapa suka kalau ada yang ambil gambar dengan `pukul curi' (candid).Apalagi kalau aksi itu kurang menyenangkan kita.

Mungkin kita terlupa kot.Gambar kita suara kita ada yang sedang merakamkannya.Lebih daripada pukul curi.Semua gambar kita yang baik atau tidak senonoh telah dirakamkan.Sama ada kita suka atau tidak.

Rakaman kehidupan ini, bermula daripada kita kecil sampailah kita mati.Dirakamkan dengan menggunakan kamera yang terlalu canggih berbanding kita.Apa tidaknya,semua aktiviti kehidupan kita ada.Dari kecil sampai yang besar.Daripada yang baik kepada yang paling tak baik.

Apabila orang nak ambil gambar kita,kita akan kata "nanti dulu saya nak senyum" "nanti dulu saya nak duduk betul"Nanti dulu saya nak bersedia…sehinggalah kita berpuas hati dengan gambar yang diambil.

Cuma…pernahkah kita berkata kepada jurukamera yang Allah utuskan untuk merakamkan kehidupan kita."Nanti dulu saya nak buat ibadat"nanti dulu saya nak buat kebajikan""nanti dulu saya nak bersedekah"….akibat terlupa kita biarkan mereka ambil gambar kita ketika sedang buat maksiat,ketika sibuk dengan urusan dunia dan lupa urusan Akhirat, dan macam-macam mazmumah yang lain.

Page 8: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Sebelum terlambat,DELETE lah segera gambar-gambar candid kita yang tak elok tu.DELETE lah dengan taubat,ibadat, dan dekatkan diri dengan Allah.Sehingga gambar baik kita yang cantik dapat menutup gambar yang tak baik.Sebab, gambar-gambar ini akan dijadikan pameran pada HARI TERBUKA suatu hari nanti.Di manakah kita nak letakkan muka kita….

Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (bertulis) di dalamnya,dan mereka berkata."Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula)yang besar, melainkan ia mencatat semuanya.Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis).Dan TuhanMu tidak menganiaya seorang juapun".QS : 18:49)

14 Julai 2004 Jam 8.57 p.m23 Muharram 23 Mac 2004.

TERIMA TEGURAN ITU.

Hari ini (8.3.2004) cikgu bangun terlalu awal.Nak tak nak kena bangun juga.Cikgu harus siapkan BT Edisi Cuti bilangan 185.Cikgu terlupa minggu depan cuti rupanya.Payahnya kalau kena rehat.Kalau tak tahu nak buat apa masa rehat.Takut-takut rehat tue jadi tidak bermanfaat.Cuma mujurlah ada `Hari Raya'

Dua perkara yang banyak membantu kita menjadi seorang manusia yang baik ialah ditegur dan menegur.Ditegur maksudnya kita menerima nasihat seseorang agar jadi lebih baik.Hasilnya dapat pahala.Namun tegur dan menegur itu haruslah berasaskan ikhlas, iman dan redha Allah.Kita kadang-kadang tak berapa suka ditegur dan menegur.Kalau kita di tegur maka ego kita akan tercabar.Kalau menegur pula, kita takut mencabar ego orang, atau orang akan terasa.Lalu kita kata siapalah kita nak tegur-tegur orang.Rupa-rupanya,bila di hitung berkali-kali, kalau kita abaikan dua amalan ni kita akan rugi.

Pernah suatu ketika dulu, tahun pertama cikgu di MMP, tahun 1996, cikgu telah ditegur oleh seorang pelajar, seorang dhobitah,atas satu kesalahan yang cikgu yang `tak manis' semasa bagi

Page 9: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

kaunseling pada seorang pelajar.Mula-mula dalam hati cikgu nak marah DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

juga, cara dia tegur.Tapi bila di fikir berkali-kali,tegurannya baik dan betul maka cikgu terima dengan senang hati.Siapalah kita sehingga orang tidak boleh tegur kita.

Hari demi hari, cikgu belajar bahawa teguran itu amat baik untuk mendidik hati dan akhlak kita.Kalau tidak, kita kan lupa diri diulik rasa ego.Namun,dalam banyak-banyak teguran terselit teguran yang amat bermakna, ia teguran daripada Allah.Kita sering tak perasan , Allah menegur kita.Bila kita rasa pandai, hebat,mulia dan megah ,maka kalau Allah sayang pada kita,Allah tegur kita.Cuba perhatikan Allah tegur kita semasa kita mendapat malu atas sesuatu perkara, semasa kita terjatuh,semasa berjalan,semasa kita batuk atau sakit.Di antaranya paling halus ialah Allah tegur kita semasa kita buat salah secara tidak sengaja pada seseorang, lalu kita rasa bersalah dan menyesal.

Betapa teguran daripada Allah ini membawa maksud bahawa kita harus sedar kelemahan diri kita sebagai hambaNya.Kemudian kembalilah kepada Allah dengan penuh rasa syukur dan merendah diri.Oleh sebab itu,berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfa'at.(QS.87:9)Dan berikanlah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya.(pada hari kiamat),sedangkan bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafa'at pun selain daripada Allah, agar mereka bertaqwa (QS.6:51)

Cikgu mengucapkan selamat bercuti.Kepada pelajar MMPP selamat menggunakan Bahasa Arab.10 Julai 2004 Jam 5.14p.m1 Safar 1425 22 Mac 2004

TAK APA

Tak apa lawannya tak boleh.Dalam hidup ni kita boleh dalam keadaan tak apa dan kita boleh dalam keadaan tidak boleh.Masing-masing ada baik buruknya.

Cikgu pun tak perasan, perkataan tak apa selalu sangat cikgu gunakan sejak beberapa minggu ini.Cikgu marah…tak apa.Cikgu susahlah…tak apa.Semalam saya tak datang..takapa.Cikgu..kenapa sampai jadi macam ni….tak apa.Sehinggalah pelajar cikgu kata,cikgu ni tak apa sokmo.Cikgu pun tak kata apa-apa.Sebab tak apa, macam-macam lagi tak apa yang diguna.Itu tak termasuk lagi yang dicakap dalam hati.

Page 10: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

Baiknya tak apa ialah, ia dapat memberikan kita suatu keadaan tenang dalam hidup.Kalau kita nak marah pun tak jadi marah.Kita boleh memupuk memupuk sabar dalam diri.Kalau fikiran nak DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

jadi serabut pun…dia jadi taka pa.Kalau tak ada panadol,cikgu rasa boleh guna tak apa.Barangkali.

Kalau orang nak sakitkan hati kita semata-mata kerana kita.Maka katakan tak apa.Itu pun kalau boleh.Sebab teorinya senang tapi praktikalnya payah.Amat payah.Kenapa?Sebab itu sifat para Nabi dan Aulia.Dua perkataan ini memerlukan pengorbanan.Terutamanya kepentingan diri dan perasaan.Dengan tak apa, kita tidak mudah bertindak sebarangan.Kita fikir dulu.Tak apa akan memberi noktah, untuk kita fikir sejenak.

Satu hadis yang sangat berpengaruh dalam hidup cikgu ialah:Hadis riwayat Anas bin Malik r.a,ia berkata : Aku melayani Rasulullah s.a.w selama 10 tahun.Demi Allah! Beliau sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku:Hus! Beliau juga tidak pernah mengatakan kepadaku sesuatu seperti : Kenapa kamu kerjakan itu?Kenapa kamu tidak mengerjakan ini (Hadis Bukhari)

Itulah makna tak apa yang sebaik-baiknya.Maka kita cubalah setakat yang termampu.Nabi suka kepada yang mudah dan senang.Kalau diberi pilihan,tentu Nabi akan pilih yang mudah dan senang.Kalau dihayati memanglah islam itu mudah dan senang,yang jadi payah tu sebab kita.

Manakala, kalau kita selalu menggunakan tidak boleh,maka hidup kita akan jadi susah,di tambah pula dengan serabut yang tak tentu pasal.Di samping itu,orang pun tak suka mendekati kita.Kalau ada yang dekati kita mungkin sebab ada sesuatu.Kalau di bri pilihan,mereka tak pilih kita sebagai sahabat mereka.

Cuma kena ingat juga,kita bukannya Nabi.Yang sentiasa dalam mlindungan Allah selalu.Takut tak apa itu menjadi mudarat pada kita dan iman kita.Kita tak boleh bersikap tidak apa pada sebarang bentuk kemungkaran dan maksiat.

Satu lagi yang kita kena hati-hati ialah dengan tak apa boleh menyebabkan diri kita jadi tidak tegas.Ada masanya tidak tegas tak baik juga.Tambahan lagi kalau kita seorang pengawas.Oleh itu ketegasan diri harus di bina juga.Ketegasan adalah lambing kekuatan peribadi kita.Namun tak perlu selalu cukup kalau digunakan sekali-sekala.

Nasihat cikgu : Gunakan TAK APA dengan sebaik-baiknya.

Page 11: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

14 Mei 2004 Jam 10.11 p.m15 Safar 1425 5 April 2004DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

DUA AJARAN

Terlebih dahulu cikgu mohon maaf kerana tidak menulis dalam BT keluaran minggu lepas.Walaupun cikgu ni seorang yang tak sibuk, tetapi, ada masanya tak sempat juga.Kita hanya ada masa 24 jam saja, tak boleh di tambah dah.

Semasa cikgu belajar di UKM dulu, cikgu terlibat dalam persatuan anak negeri, iaitu PERDANA.Di situlah cikgu di asuh diajar untuk mengenali kepimpinan dan beberapa kemahiran yang lain.Ilmu yang cikgu dapat semasa terlibat dalam persatuan ternyata amat berguna untuk seorang GURU.Apa yang menarik dalam persatuan PERDANA tu ialah sebelum memulakan mesyuarat exco harus bagi tazkirah selama 5 minit.Tazkirah itu disampaikan secara bergilir-gilir setiap exco harus menyampaikannya.Banyak ilmu dan ajaran yang cikgu terima pada masa itu.

Dalam banyak-banyak ilmu,atau nasihat atau ajaran yang cikgu terima ialah dua perkara.Dua ajaran ini masih cikgu ingat sampai ke hari ini.Orang kata masih segar dalam ingatan.Cikgu pun dah lupa siapa yang bagitahu pada cikgu, sebab banyak sangat.Tapi, yang pasti ia adalah senior cikgu dalam persatuan itu.

PERTAMA : Kalau kita nak buat kebajikan,kebaikan,atau usaha dakwah,Buatlah.Jangan ditanya berjaya atau tidak berjaya,kerana itu bukab urusan kita.Hanya Allah yang boleh menetukan berjaya atau tidak usaha kita.

Betul juga, sebab ikut kaedah Islam niat tu sudah dapat pahala.Buat pula dapat pahala.Berjaya atau tidak usaha itu bukan penting yang penting Allah redha.Sebab kalau kita fikirknan sangat soal kejayaan atau kegagalan maka kita akan mudah putus asa,tiada semangat, takut kecewa, dan paling tak patut kita akan tangguhkan usaha kebaikan itu.Padahal untuk apa kita nak tangguhkan.Kalau usia dan umur kita sendiri pun kita tak jamin dapat ditangguhkan.

KEDUA : Kita harus sentiasa hampir dengan Rasulullah SAW.Jangan ketinggalan jauh di belakang atau jangan mendahului Rasulullah SAW di hadapan.

Ini adalah yang cikgu belajar,dalam membuat sesuatu kerja,kita kena lihat apakah Rasuluulah SAW buat atau tidak.Kalau nabi buat,Baginda buat macammana.Kalau boleh sentiasa bersama atau

Page 12: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

hampir dengan Rasulullah.

Jangan jauh sehingga Rasulullah panggil kita tak dengar.DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Jauh ke belakang maksudnya kita lupa pada Nabi kita.Apa yang kita buat tak sama langsung dengan Nabi kita buat.Kalau Nabia ada bersama maka Baginda akan marah pada kita atau tidak mengaku umatnya.Dihadapan Nabi bermakna kita buat amalan atau ibadat yang Nabi tak buat iaitu Bidaah.Atau kita buat amalan yang terlalu banyak yang kita rasa lebih daripada Nabi, atau kita nak jadi ahli sufi,yang Nabi tak suruh.Padahal Nabi lah insane yang paling bertaqwa.

*Kita bukan yang terbaik, tetapi seorang Muslim yang ingin jadi terbaik.

16 Jun 2004 Jam 10.28 p.m22 Safar 1425 12 April 2004

CACATAN TERAKHIR UNTUK IBU

Ibu, setiap aku mengenangimu, setiap kali itulah hati ini akan sayu dan sedih.Ibu izinkanlah kesedihan ini sebagaimana air mata Nabi sewaktu kehilangan orang yang tersayang.

Terima kasih ibu kerana memberi penghargaan yang tidak ternilai bagiku sebelum kau pergi.

Terima kasih ibu, kerana menjaga makan dan minumku. Halalkanlah ia ibu.

Terima kasih ibu kerana memberi aku erti hidup ini.

Terima kasih ibu kerana mengajar aku tentang iman dan taqwa

Ibu,kau membesarkan kami tanpa ayah di sisi.Dengan kecekalan dan ketabahanmu aku hargai.Namun kau tidak menceritakan kesusahan itu pada kami.

Sesungguhnya Allah sangat sayang pada ibu, diujinya dengan pelbagai ujian.Kali pertama ibu jatuh tangga, sebulan ibu terlantar, tentu ibu masih ingat masa tu ibu ingin ambil wuduk untuk solat tahajjud.Beberapa tahun kemudian ibu di serang strok, sehingga ibu tak dapat berjalan lebih daripada 2 tahun.Kemudian, sekali lagi ibu

Page 13: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

diserang strok, sehingga ibu terlantar lebih daripada setahun.Masa itu ibu amat perlukan kasih sayang daripada anak-anak.

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Ibu maafkanlah anakmu jika gagal memberikan apa yang kau inginkan itu.

Ibu, maafkanlah jika anakmu ini berkasar padamu, walaupun telahku cuba sekuat hati menghalangnya.Namun kau tetap menyayangiku.

Ibu maafkanlah anakmu jika suatu ketika dulu aku tak setuju dengan pandanganmu,tentang pembaikian .Namun sekarang ternyata amat berguna.Dan fikiranmu ibu jauh kehadapan.

Ibu maafkanlah anakmu jika lewat menukar lampin itu, sehingga kau tidak selesa.Tapi kau tidak pernah mengeluh.

Ibu, maafkanlah anakmu jika pulang lewat, sehingga kau sunyi sendirian.Tapi sedikit pun kau tak marah.

Ibu maafkanlah anakmu jika tak faham apa yang kau ucapkan, dan meneka yang bukan-bukan sehingga hasratmu tak ku penuhi.Tapi kau tetap tersenyum.

Ibu maafkanlah anakmu jika lupa membeli apa yang kau pesan, sehingga kau tak dapat merasainya.Tapi kau tak tanya pun pesanan itu.

Ibu maafkanlah anakmu jika sekali tidak menyahut panggilanmu, walaupun aku mendengarnya.Tapi kau lupakan saja.

Ibu maafkanlah anakmu ini, jika lewat memasang kelambu sehingga beberapa ekor nyamuk menggigitmu.Tapi kau diamkan saja.

Ya Allah aku redha dengan pemergian ibuku kerana dia banyak merasai pahit-maung hidup ini.Dan kuserahkan segalanya pada-Mu.Kesedihan ini hanyalah kerana aku gagal memberikan terbaik untuk ibu.Hanya pada-Mu Allah aku bermohon dengan setulus hatiku :

" Wahai Tuhanku, kasihanilah orang tuaku sebagaimana keduanya mengasihani aku diwaktu kecil "

8 Julai 2004 Jam 11.05 p.m29 Safar 1425 19 April 2004HARI TERBUKA

Page 14: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

Pertama sekali cikgu nak ucap tahniahlah pada warga MMP kerana telah berjaya mengadakan HARI TERBUKA.Ini membuktikan bahawa DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

sekolah agama juga serba boleh.

Kalau kita terlibat dalam apa-apa program atau pesta atau seminar atau apa-apalah.Maka banyaklah yang kita dapat pelajari daripada program tersebut.Cikgu nie dah banyak ikuti program dan buat program.Maka banyaklah pengalaman dan iktibar daripadanya yang dapat dikutip.

Buat program nie melatih diri kita untuk bersabar.Maklumlah dalam program tue,pemikiran tak sama.Sabar kalau orang tak terima fikiran kita.Sabar kalau kita tak menerima fikiran orang lain.

Sabar yang paling tinggi ialah kalau kita kena buat kerja orang.Kerja kita sendiri tak siap lagi dah kena buat kerja orang.Yang orang tue, nampak relax aja.Sudah lah gitu,kalau kita buat tak kena sikit,dia marah pula pada kita.Bukan nak berterima kasih.Itulah manusia,kalau kerja dengan komputer senang kerja.Lagi berat kalau usaha kita tu orang tak nilai.Tak apalah,Tanya diri kita mana berharga antara penilaian Allah dan penilaian orang.

Masa adalah penting dalam membuat sesuatu program.Rasa masa macam berjalan berjalan begitu cepat.Lebih cepat lagi kalau kita rasa…yang ni tak buat lagi yang tue tak buat lagi.Masa yang singkat akan membuatkan kita rasa tertekan.Namun kalau kita hayati,tekanan itu ada positifnya.Ia dapat memberi kita satu daya fikir yang kreatif.Kalau tak kerana tekanan kita tak sampai pada tahap pemikiran seperti itu.

Letih memang letih kalau kita buat program.Apalagi kalau program besar.Namun macam biasalah….bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.Tapi biarlah letih kita tu ada manfaatnya.Kalau tidak sia-sia saja peluh kita yang mengalir tu.

Cuma kalau kita letih perkara yang perlu di beri perhatian ialah perasaan marah.Cuba marah kawal kita.Jangan marah dalam keadaan letih.Relex dulu.Sebab marah dalam keadaan letih seperti kita membakar berhampiran petro minyak.

Marah ni tak baik.Natijahnya kita akan rasa sesal lepas marah.Kecuali kita memang pesen panas baran.

Unsur yang penting ialah apakah niat kita nak buat program tu.Untuk siapa.Apa yang kita dapat.Tujuannya apa dan macam-macam lagi.Niatlah

Page 15: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

apa yang kita buat itu kerana Allah.Puashati dengan letih kita.

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Bekerjalah.Bekerjalah kerana Allah.Apa lagi kita nak atas dunia ini selain daripada beribadat kerana Allah.Alangkah beruntungnya kalau kita jadikan kerja kita itu sebagai sumber pendapatan kita di akhirat nanti.Dunia ini tempat kita bekerja.Akhirat nanti tempat kita terima gaji dan upah.

Cikgu/ana ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan takziah yang disampaikan oleh rakan-rakan dan para pelajar kepada cikgu/ana dan keluarga.Terima kasih juga kepada yang sudi menziarahi cikgu/ana.Maaflah kalau layanan tidak seberapa.Jazakumullah Hukhairan khasira.

(Maaf kalau tulisan ini tak sempurna dan tak teratur, kerana kehilangan itu masih terasa)

[email protected]

Message: 5 Date: Sun, 12 Sep 2004 07:18:32 -0000 From: "pictmsk" <[email protected]>Subject: Dihujung Pena Ini : Koleksi 3

7 Julai 2004 Jam 2.47 a.m20 Rabiulawwal 1425 10 Mei 2004

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN………..

Assalamualaikum Terlebih dahulu cikgu nak ucap selamat menyambut Peperiksaan Pertengahan Tahun .Maaf Zahir Batin.Macam ucapan Hari Raya pula….Bukan apa.Bila cikgu tengok para pelajar cikgu bermaafan sesama mereka,maka cikgu cakaplah macam tue…taka pa kan.

Peperiksaan dan ujian tu sama lah.Kita harus bersungguh-sungguh untuk menghadapinya.Kalau tidak keputusannya nanti akan mengecewakan.Ada di antara kita sanggup tak tidur malam untuk belajar,ada pula yang cikgu tengok atas kereta waktu nak pergi sekolah pun masih membaca.Tak kisahlah pasal ayah diayang bawa kereta.Yang menarik lagi ada yang membaca sewaktu `gendong'

Page 16: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

motosikal.

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Membacalah dimana-mana.Tunggu bas atau atas bas.Jangan peduli apa orang kata.Kita adalah kita.Kecemerlangan dan akhlak kita bukan orang yang tentukan.Selagi Allah izinkan buatlah.

Begitulah hidup di atas dunia ini.Hidup ini pun satu ujian.Allah telah memberitahu kita : Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih amalannya.Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS.Al-Mulk : 2)

Apa yang nak diuji di sini ialah amal.Amal baik ker amal jahat.Kalau amal kita banyak adakah ia bermutu atau tidak.Mutu di sini bergantung pada ikhlas atau tidak kita buat amal itu.Buku rujukan tu dah ada dua.Semua soalan akan dijawab kalau kita bacaDengan betul-betul dan penuh penghayatan.

Kalau kita nak lulus dengan cemerlang dalam ujian yang sangat besardan penting ini kita harus bersungguh-sungguh.Kutiplah markah walaupun sedikit.Walaupun sekadar senyuman atau buang duri dari jalan.Mungkin itulah markah yang terbaik.

Soalan tu ada tolak markah juga.Jangan buat mungkar dan maksiat.Nanti markah jadi sedikit.Sebabnya kalau kita dapat markah yang rendah maka lita akan menyesal tak sudah-sudah.

Satu perkara kita kena ingat.Tak ada peperiksaan ulangan macam STAM atau BM Julai.Peperiksaan ini sekali saja…Ingat peperiksaan maka ingatlah ujian dari Allah.

Kepada pelajar-pelajar cikgu BM dan Pengajian Am.Cikgu restu ilmu yang telah cikgu ajar itu.Buatlah yang terbaik.

Pesanan :1. Lepas Exam jangan buang kertas dan buku merata-rata.Cikgu tak mengaku dia anak murid cikgu kalu buat macam tue.Itulah satu cara untuk menzalimi ilmu.2. Dekat bilik BADATI ada seekor ibu kucing yang anaknya ramai.Kurus dah.Kasihan dia tolong bagi makan ibu dan ank-anaknya.Siapa tahu mungkin itu satu tiket ke syurga.

Page 17: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

SALAM INGATAN DARI CIKGU NIK

7 Julai 2004 Jam 3.49 a.m4 Rabiulakhir 1425 24 Mei 2004

TOLONG MENOLONG

Tolong menolong adalah amalan mulia. Ia (maaf dalam tatabahasa salah guna ia di sini) termasuk dalam kategori amalan kebajikan.Namun kalu kita nak tolong orang haruslah dengan niat yang baik iaitu kerana Allah.Kalau kita tolong orang dengan niat selain daripada itu,maka usaha kita akan menjadi sia-sia.Itu sebabnya kalau orang bukan islam tolong-menolong maka usahanya adalah sia-sia di sisi Allah.Jadi kita ni orang islam jangan pula sama tarafnya dengan orang bukan islam.

Kenapa kita nak tolong orang?Salah satu sebabnya mungkin kerana Allah dah buat kita macam tu suka tolong menolong,hidup perlu memerlukan antara satu sama lain.Namun,yang paling penting sebab kita tolong ialah untuk mendapat kedudukan yang Mulia di sisi Allah.

Kalau kita selalu tolong orang,maka adalah orang yang baik akan kata kepada kita " Tak menyusahkan ke? "Kalau kita tak tahu hakikat tolong menolong memanglah susah.Apa tidaknya,apa yang kita dapat daripada daripada tolong orang.Buat letihkan diri saja.Masa habis,tenaga habis,kadang-kadang wang pun habis.Namun,itu adalah fikiran daripada orang orang tak tahu hakikat tolong-menolong.Mereka lebih memikirkan tentang rugi.Kenapa?Sebab untungnya tak nampak.Bila untung tak nampak,maka rugilah yang nampak.

Sebenarnya mereka rugi.Akhirat sek sok orang yang tolong sedikit akan menyesal kerugian sebab tolong sedikit.Apa lagi kalau tak tolong langsung.Lagilah rugi.

Satu daripada untungnya tolong menolong ,terutamanya menolong orang dalam kesusahan ialah berdasarkan pesanan nabi kita,kalau kita tolong orang dalam kesusahan maka Allah akan tolong kita semasa kita dalam kesusahan.Maka yakinlah dengan janji itu.Tolonglah orang kerana Allah.

Satu daripada sifat manusia tidak semua orang suka dirinya ditolong.Ada orang yang memang tak suka kita tolongnya.Tak apa itu hak dia kita tak boleh paksa-paksa.Dia ada alas an untuk berbuat demikian.Kalau kita tak boleh tolong dia maka tak ada rezekilah

Page 18: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

kita.Tapi jangan lupa niat kita nak tolong dia tu sudah dapat pahala.Tak apalah tolong orang lain pula.Kita kena kreatif, carilah jalan bagaimana nak tambah amal kebajikan,kalu satu pintu tertutup carilah pintu lain yang masih terbuka.

Sebagai persediaan nak menolong orang,kita juga harus ada sifat sabar.Sebab kita akan menghadapi cabaran dari dalam dan luar.Cabaran dari dalam ialah daripada diri kita sendiri,letih,marah,bosan,rasa buang masa dan sakit hati.Cabaran dari luar pula ialah sikap orang yang ita tolong.Kadang-kadang orang yang kita tolong tu tak pandai nak ucap terima kasih.Lagi teruk lagi kalu dia marah pula sebab kita tolong dia.

Taka pa lah kita tak perlu itu semua,cukuplah Allah yang "ucap terima kasih" ,iaitu keredhaan Allah.Penutup kepada sikap ini ialah hayatilah maksud ayat ini : Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.(QS.76:9)

7 Julai 2004 Jam 5.02 a.m4 Jamadilawwal 1425 21 Jun 2004

NIKMAT SAKIT

Lama dah cikgu tak menulis dalam ruangan ini.Jadi di kesempatan ini cikgu ruangkan masa untuk menulis.

Isu nikmat sakit ni dah lama ada dalam fikiran cikgu.Cuma tak tertulis saja.Bila kita sebut sakit,maka kita akan kaitkan dengan derita.Mana ada orang bila sebut sakit maka dia kaitkan dengan nikmat.Sakit sakitlah.

Dua minggu yang lepas cikgu kena demam.Setelah berbulan-bulan tak demam.Cuma demam tu datang sekejap saja.Biasanya kalau kita sakit,paling kecil demam umpamanya.Maka kita akan duduk rumah.Terlantar atas katil,menggigil,sejuk panas berulang-ulang.Nak bercakap dengan orang pun sudah Tak lalu lagi. Makan samatelahlah.

Page 19: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

Satu konsep orang yang ingin berjaya yang dikutip daripada orang yang telah berjaya ialah hidup ini kalau kita lihat dari sudut positif maka ia akan jadi positif begitulah sebaliknya.Dalam bahasa DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

agama orang panggil husnuzan (sangka baik).Kita pun juga dituntut sangka baik terhadap Allah.

Baiklah sekarang mari kita tengok apa yang nikmatnya dalam sakit.Paling penting untuk mendidik hati kita.Bagi tarbiah.Ingat kita dapat tarbiah dari guru-guru atau Buletin Tarbiah saja ke?Tak lah.Daripada sakit pun dapat.Apa tidaknya sakit itu memberi kita satu BREK untuk berhenti sekejap setelah lama sihat.Kalau kita selalu sihat kita tak insaf.Jadi kalau sakit insaflah kita.Kita akan Tanya diri kita.SIAPA KITA?Manusia yang sangat lemah di sisi Allah.Kalau kita tak berhenti sekejap bimbang juga takut-takut kita akan jadi sombong dan angkuh.Penyakit yang lebih bahaya daripada kencing manis.

Selain itu,kalau kita sakit kita akan makan ubat.Cikgu teringat ada satu kisah seorang nabi dia sakit.Baginda memohon kepada Allah agar ditunjukkan ubat.Lalu ia pun makan ubat yang ditentukan.Kemudian baginda sembuh.Lepas itu sakit tu dating lagi.Baginda tak minta daripada Allah.Dan terus mengambil ubat itu tapi tak sembuh.Kenapa?Sebab yang pertama itu baginda bergantung pada Allah dan yang kedua sebab fikir sendiri dan tak bergantung kepada Allah.

Sebab itu bila kita nak telan ubat jangan lupa niatkan dalam hati ubat ini tak dapat menyembuhkan,yang boleh menyembuhkan hanya Allah.Ubat itu hanya sebagai alat atau sebab musabab saja.Sebab itulah kalau kita telan ubat berbakul-bakul pun tak akan sembuh kalau Allah tak izinkan.Dengan kata lain jika diizinkan Allah.

Satu lagi, kalau demam elakkan makan panadol.Panadol tu bukan ubat yang baik.Ia hanya tipu saraf sakit kita saja.Tapi kalau tak ada arah nak kata macam mana.Cikgu pun terpaksa makan panadol masa demam baru-baru ni, sebab dalam perjalanan mengiring pelajar untuk satu lawatan.Tapi bila sampai,cikgu terus lupakan panadol.Tak apalah perkara tu boleh fakir sendiri.

Ringkasnya sakit tu sebenarnya satu nikmat sebab ia dapat mengingatkan kita kepada Allah.Kita juga sentiasa diberi ingatan …ingat lima perkara sebelum lima perkara…satu daripadanya SIHAT sebelum SAKIT

7 Julai 2004 Jam 5.40 a.m18 Jamadilawwal 1425 5 Julai 2004

Page 20: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

PILIHAN

Apabila kita bercakap tentang pilihan,maka sebenarnya ada banyak hikmah yang terkandung dalam pilihan.

Tahukah kita bahawa satu nikmat yang tidak terhingga yang kita terima daripada Allah ialah kita dapat buat pilihan.Kenapa ya ? Sebabnya manusia saja dapat buat pilihan.Binatang tak dapat buat pilihan.Lembu tak pernah diberi pilihan antara pizza dan rumput.Ia hanya nak makan rumput saja.

Tetapi semasa kita dilahirkan kita tidak diberi pilihan.Kita lahir atas pilihan Allah.Atau kerana rahmat Allah semata-mata.Tiba-tiba kita dicipta oleh Allah.Kalau diberi pilihan tentu ramai yang ingin dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya,senang atau jadi anak raja.Kita tentu tak pilih keluarga yang miskin atau keluarga yang bermasalah.Tapi itulah satu hakikat bahawa Allah yang lebih berkuasa.Miskin atau bermasalah,kaya atau senang tiada nilai di sisi Allah.Allah nilai Taqwa yang ada dalam hati kita.

Kini Allah beri kita kuasa untuk memilih.Kita boleh pilih sama ada A atau B atau C.Setiap pilihan ada risiko.Kalau kita berjaya dalam membuat pilihan kita akan bahagia atau senang.Kalau gagal kita akan menderita.Menyesal dan menderita.Tapi tak apa menyesal atau derita atas dunia masih ok.Masih ada ubatnya.Jangan menyesal di akhirat sebab di sana kita tak lagi di beri pilihan.Pilihan tiada di akhirat yang ada hanya di dunia.Pilihan di akhirat bermula di dunia.Di akhirat sama ada syurga atau neraka tiada pilihan lagi.

Kalau kita terpaksa membuat satu saja pilihan maka, kita harus membuat pengorbanan kalau kita nak semua pilihan kita.Dari itu muncullah istilah bahawa kita tak mampu buat untuk memiliki semuanya.Kita kena memilih.

Kalau pilihan kita tak menepati janganlah bersedih.Setakat itu saja kita mampu.Kalau boleh buat pilihan lagi.Pilihlah.Tetapi kalau tidak sabarlah,itulah masa kita nak guna sabar.Kerana kita tak tahu hikmah pilihan itu,seperti yang terkandung dalam maksud ayat ini :Di wajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui.(QS.2:216)

Page 21: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Dalam membuat pilihan kita boleh mendapat pandangan daripada orang yang berpengalaman.Kita juga harus solat Istiqarah untuk memohon petunjuk daripada Allah.

Oleh sebab itu pilih sesuatu yang baik-baik saja.Yang Allah redha.Sesuai dengan Quran dan Sunnah.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan,(QS.91.8)Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu (QS.91.9)dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori dirinya.

14 Mei 2004 Jam 11.28 p.m24 Jamadilawwal 1425 12 Julai 2004

Bersumber daripada BERCAKAP.

Allah menciptakan mulut manusia untk bercakap.Setiap orang yang boleh bercakap ada hak untuk bercakap.Cuma apa yang perlu kita tahu,bercakap boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.Cakap boleh membawa pahala dan cakap bole membawa dosaPilih sajalah nak pahala ke nak dosa.Oleh kerana ada orang tak dapat bercakap, maka bercakap tu adalah satu nikmat.Apa yang ada dalam otak kita ni boleh dimuntahkan keluar.Itu sebabnya kita tengok orang yang termuntah akan bercakap juga,bercakap juga dan bercakap juga.Sehingga kadang-kadang dia pun tak tahu apa yang dicakapkannya.Kata orang tua,letih malaikat disebelah tu mencatat apa yang dicakapkannya.

Ada tiga gejala kurang elok atau boleh terjebak dalam perkara dosa semasa bercakap.Tiga perkara itu ialah gossip (khabar angin), mengumpat dan fitnah.Gossip ialah perkara khabar belum tentu benar tentang seseorang atau kejadian.Kenapa boleh terjadinya gossip?Sebabnya manusia tu ada mulut dan nak bercakap.Kalau kita hidup dalam masyarakat kita tak dapat elak gossip.Pernah beberapa orang pelajar jumpa cikgu dan kata cikgu ada pelajar gossip hal cikgu.Cikgu pun tersenyum saja.Kalau sempat, cikgu akan kata manusia ada mulut dan dia nak bercakap berilah dia peluang bercakap.Benda tu biasa saja.Sejak mula-mula cikgu mengajar tahun 1996, cikgu sudah meneriman pelbagai gossip.

Gossip juga hanya terjadi pada orang yang dia kenal, atau

Page 22: Di Hujung Pena Cikgu Nik 2004

sesuatu yang menarik minat dia.Kebiasaannya jarang gossip pada orang yang tak dikenali.Cuma berhati-hati semasa berada di majlis

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

gossip.Kerana gossip boleh bertukar kepada mengumpat.Mengumpat tidak sama dengan buat ketupat.Mengumpat ialah bercakap tentang keburukan atau kecacatan seseorang, walaupun memang orang itu ada keburukan yang kita katakan itu.Mengumpat adalah satu dosa.Dosa boleh mengotorkan hati seterusnya menjadi tiket ke neraka.

Sebut tentang mengumpat, cikgu akan teringat pada arwah ibu cikgu( semoga Allah merahmati rohnya).Dia memang tak suka mengumpat.Kalau sesiapa mengumpat dia akan kata : Tak baik cakap hal orang.Kalau ada orang mengumpat dia akan diam atau meninggalkan orang itu.Kita harus berhati-hati sebab mengumpat itu sangatlah seronoknya.Ada orang kalau tak makan pun tak apa asalkan boleh mengumpat.Nak makan buat apa sebab sedang makan daging saudara sendiri.

Kecelakaan paling besar daripada kedua-dua ini ialah fitnah.Fitnah ini amat bahaya.Orang yang kena fitnah akan rasa lebih baik mati daripada kena fitnah.Ini kerana fitnah itu lebih hebat daripada membunuh.Ringkas cerita,bercakaplah perkara yang baik, yang mendatangkan pahala.Jangan jadikan percakapan kita sebagai pisau untuk menghiris hati orang.Sebaliknya jadikanlah percakapan kita sebagai air mawar yang menyejuk dan mewangikan suasana.Hanyalah semata-mata kerana Allah kita bercakap.LEBIH BAIK BERZIKIR.

lam