empayar

3
Empayar Melayu Awal Empayar melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelum kedatangan islam dan selepas kedatangan islam. Bagi sebelum kedatangan islam, kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu berkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas- asas perbandaran yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi jika kita mengambil kira teori-teori barat tentang keperluan-keperluan sesebuah perbandaran dan tamadun. Akan tetapi, kita dapati bahawa terdapat dua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan. Akan tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agak berbeza daripada apa yang berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia ini. Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan dan empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran Eropah Barat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Oleh kerana masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Ini adalah kerana orang-orang yang tidak

Upload: muhamad-faiz

Post on 10-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Empayar Melayu AwalEmpayar melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelum kedatangan islam dan selepas kedatangan islam. Bagi sebelum kedatangan islam, kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu berkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas-asas perbandaran yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi jika kita mengambil kira teori-teori barat tentang keperluan-keperluan sesebuah perbandaran dan tamadun. Akan tetapi, kita dapati bahawa terdapat dua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan. Akan tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agak berbeza daripada apa yang berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia ini.

Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan dan empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran Eropah Barat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Oleh kerana masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Ini adalah kerana orang-orang yang tidak bersetuju sentiasa boleh belayar keluar dari sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain. Penguasaan kawasan bukannya berdasarkan kepada penguasaan tanah, sebaliknya berteraskan kepada penguasaan laluan air serta kebolehan menarik orang datang ke sesuatu tempat (jumlah penduduk di kawasan kepulauan Melayu tidak begitu tinggi dan pembinaan sebuah perbandaran memerlukan orang datang untuk tinggal di kawasan tersebut). Konsep penguasaan ini mungkin menyebabkan tamadun Melayu tidak mempunyai peninggalan ciri-ciri fizikal sama seperti yang terdapat di kawasan-kawasan lain di dunia ini (malahan masih terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti Langkasuka dan Beruas di Malaysia, dan juga termasuk Sri Vijaya yang masih belum dikenalpasti kedudukannya sehingga ke hari ini.

Walaupun setelah kedatangan islam, tamadun melayu tidak mengalami kemerosotan bahkan semakin bertambah gemilangan dengan membentuk tamadun melayu baru. Contohnya Kesultanan Melayu Islam Melaka, Aceh, Pasai, Perlak, Patani, dan Johor-Riau. Kerajaan ini juga telah menjadi pusat keintelektualan dan persuratan melayu. Hal ini kerana banyak karja karya yang telah dihasilkan antaranya Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Hang Tuah. Disamping itu, pada masa itu turut muncul undang undang yang baru contohnya Hukum Kanun Melaka, Undung Undang Laut Melaka, dan Adat Adat Raja Melayu. Akan tetapi, karya karya agung haruslah daripada dating daripada tokoh yang agung juga. Antara tokoh yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Arshad al-Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari dan lain - lain.

Kedatangan islam juga telah meningkatkan perkembangan islam di tamadun melayu. Antara tempat yang di gunakan ialah istana, masjid, sekolah pondok, dan madrasah. Hal ini juga telah meningkatkan bahasa melayu sehinggakan menjadi bahasa lingua franca dan terkenal keserata benua.