agama kristian pada zaman pertengahan hak cipta kandungan · 2020. 11. 6. · bab 2: kebangkitan...

6
Hak Cipta Dicetak pertama kali di Malaysia pada tahun 2017 oleh Pristine World Sdn Bhd Hak cipta © 2017 Pristine World Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dicipta semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperoleh semula ataupun dihantar dalam sebarang bentuk ataupun cara, elektronik, mekanikal, cetak semula, rakaman, imbasan dan lain-lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta. Petikan Alkitab diambil daripada ALKITAB BERITA BAIK, Hak cipta ©The Bible Society of Malaysia 2001. Prakata Oleh Biskop 4 Kata Penghantar dan Penghargaan oleh Penerbit 6 Kata Penghantar Penulis 7 Kumpulan Produksi 9 Seksyen 1- Gereja pada Zaman Pertengahan (500-1517) Seksyen 1- Gereja pada Zaman Pertengahan (500-1517) 1. Permulaan Zaman Pertengahan: Zaman Kegelapan (500-1054) 10 Bab 1: Agama Kristian Berkembang di Barat 12 Bab 2: Kebangkitan Islam 32 Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45 Bab 4: Eropah dan kebangkitan Kerajaan Kristian 62 2.Kemuncak Zaman Pertengahan: Kegemilangan Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan (1054-1300) 82 Bab 5: Kemuncak Kekuasaan Paus 84 Bab 6: Perang Salib 101 Bab 7: Sarjana dan Katedral 132 3. Penghujung Zaman Pertengahan: Permulaan Reformasi (1300-1517) 145 Bab 8: Kemerosotan Zaman Pertengahan 146 Bab 9: Zaman Renaisans 160 4.Gereja Di luar Eropah dan Byzantium Bab 10: Agama Kristian di Asia dan Afrika 174 Seksyen 2- Zaman Reformasi (1517-1648) 192 Bab 11: Martin Luther dan Reformasi di Jerman 194 Bab 12: Reformasi di Switzerland dan England 212 Bab 13: Pembaharuan Gereja Roman Katolik 233 Peristiwa Penting dari tahun 500 ke 1650 251 Glosari 253 Bibliografi 256 Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan Kandungan

Upload: others

Post on 18-Nov-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan Hak Cipta Kandungan · 2020. 11. 6. · Bab 2: Kebangkitan Islam 32 Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45 Bab 4: Eropah dan kebangkitan

Hak Cipta

Dicetak pertama kali di Malaysia pada tahun 2017 oleh Pristine World Sdn Bhd

Hak cipta © 2017 Pristine World

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dicipta semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperoleh semula ataupun dihantar dalam sebarang

bentuk ataupun cara, elektronik, mekanikal, cetak semula, rakaman, imbasan dan lain-lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta.

Petikan Alkitab diambil daripada ALKITAB BERITA BAIK, Hak cipta ©The Bible Society of Malaysia 2001.

Prakata Oleh Biskop 4Kata Penghantar dan Penghargaan oleh Penerbit 6Kata Penghantar Penulis 7Kumpulan Produksi 9 Seksyen 1- Gereja pada Zaman Pertengahan (500-1517) Seksyen 1- Gereja pada Zaman Pertengahan (500-1517)

1. Permulaan Zaman Pertengahan: Zaman Kegelapan (500-1054) 10Bab 1: Agama Kristian Berkembang di Barat 12Bab 2: Kebangkitan Islam 32Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45Bab 4: Eropah dan kebangkitan Kerajaan Kristian 62

2.Kemuncak Zaman Pertengahan: Kegemilangan Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan (1054-1300) 82Bab 5: Kemuncak Kekuasaan Paus 84Bab 6: Perang Salib 101Bab 7: Sarjana dan Katedral 132

3. Penghujung Zaman Pertengahan: Permulaan Reformasi (1300-1517) 145Bab 8: Kemerosotan Zaman Pertengahan 146Bab 9: Zaman Renaisans 160

4.Gereja Di luar Eropah dan Byzantium Bab 10: Agama Kristian di Asia dan Afrika 174Seksyen 2- Zaman Reformasi (1517-1648) 192Bab 11: Martin Luther dan Reformasi di Jerman 194Bab 12: Reformasi di Switzerland dan England 212Bab 13: Pembaharuan Gereja Roman Katolik 233Peristiwa Penting dari tahun 500 ke 1650 251Glosari 253Bibliografi 256

Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan

Kandungan

Page 2: Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan Hak Cipta Kandungan · 2020. 11. 6. · Bab 2: Kebangkitan Islam 32 Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45 Bab 4: Eropah dan kebangkitan

1312

Pada penghujung abad kelima, Empayar Rom yang pernah menjadi tempat zaman kegemilangan dan penyebaran

agama Kristian kini musnah. Setelah kejatuhan Rom pada tahun 476, empayar dari Barat mulai jatuh dan digantikan dengan kerajaan-kerajaan puak gasar1. Empayar di kawasan Timur kekal dan seterusnya menjadi Empayar Byzantine. Empayar Rom tidak pernah mendapat semula kawasan pemerintahan dan zaman kegemilangannya, kecuali sewaktu

pemerintahan Empayar Justinian yang singkat. Penjajahan puak-puak gasar telah menjatuhkan tamadun Yunani-Rom dan membawa era baru. Ahli Sejarah menggelar zaman ini sebagai Zaman Pertengahan2, satu era yang kekal hampir 1,000 tahun sehinggalah kejatuhan Constantinople pada tahun 1453.

Apa yang terjadi kepada Gereja3 tatkala Empayar Rom di Barat jatuh? Adakah agama Kristian juga akan musnah pada Zaman Pertengahan?

Agama Kristian Berkembang di Barat1

BAB

Puing Peninggalan Rom Purba.1Istilah ‘gasar’ merujuk kepada puak-puak yang tinggal di luar Empayar Rom. Mereka dipandang rendah kerana kurang bertamadun jika dibandingkan dengan orang Yunani dan Rom. Ketika mereka bertemu dengan orang Rom buat pertama kalinya, mereka tidak pandai berbahasa Latin atau Yunani. Oleh yang demikian, orang Rom menggelar mereka ‘gasar’, istilah Yunani yang bermaksud ‘bahasa yang tidak difahami’. 2 Istilah “Zaman Pertengahan” dipakai oleh para sarjana pada abad kelima untuk merujuk kepada tempoh masa Sejarah Eropah dari abad kelima sehingga abad ke-15. Mereka membahagikan sejarah Eropah kepada tiga tempoh masa: Klasik, Pertengahan dan Moden. Mereka melihat tempoh masa ini sebagai masa pertengahan dalam tiga tempoh bahagian dalam sejarah Eropah.3Pada masa ini, Gereja menjadi sebuah entiti yang sangat berkuasa dan teratur. Dalam jilid ini, perkataan ‘Gereja’ akan ditulis menggunakan huruf besar ’G’ untuk membezakannya dari gereja-gereja tempatan.

© P

ristin

e W

orld

201

2

BaruPermulaan Era Aku mendengar suara orang-orang yang tinggal di pinggir hutan Foclut berdekatan dengan laut bara dan mereka berseru… “ Kami berseru kepadamu, pemuda kudus, untuk berada di tengah-tengah kami seperti dahulu.” Patrick dari Ireland

Empayar Rom sentiasa berperang dengan puak sewaktu kewujudannya. Pada abad keempat dan kelima, masalah ini menjadi semakin rumit di bahagian barat empayar. Pemerintah Rom tidak dapat berbuat apa-apa tentang masalah tersebut.

Empayar itu terlalu besar untuk dilindungi. Pada penghujung abad kelima, Empayar Rom Barat hampir tidak wujud lagi. Ia kini menjadi kerajaan-kerajaan kecil puak gasar.

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

Rom dimusnahkan oleh puak gasar pada abad kelima Masihi.

© P

ristin

e W

orld

201

2

Page 3: Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan Hak Cipta Kandungan · 2020. 11. 6. · Bab 2: Kebangkitan Islam 32 Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45 Bab 4: Eropah dan kebangkitan

1514

Menjelang tahun 500, geografi Eropah Barat telah membentuk corak yang baru. Kedudukan Empayar Rom kini berada di Timur Constantinople. Kawasan barat diduduki oleh beberapa puak Jerman. Itali, bekas pusat empayar ini diperintah oleh Ostrogot. Visigot telah menakluki Sepanyol dan barat daya Gaul (Perancis moden). Puak Burgundi telah menduduki tenggara Gaul dan Puak Frank di utara. Di Britain, perselisihan bermula di antara penduduk Celt serta pendatang Angle dan Saxon.

Puak Goth, Vandal dan Burgundi telah menerima Kristian aliran Arian ketika mereka datang ke Empayar Rom. Puak Frank, Angel dan Saxon belum menganut agama Kristian pada masa itu. Puak-puak gasar menjadi minoriti populasi di merata tempat tetapi

Kerajaan Rom telah menjauhi puak gasar selama beberapa kurun lamanya dan melindungi pelbagai bangsa yang menetap di dalam kawasan jajahannya. Akan tetapi kini, beberapa puak Jerman memasuki kawasan Rom dan menetap di sana secara sesuka hati. Keamanan dan perpaduan politik di bahagian Barat Rom pun musnah. Pemerintahnya sudah lama berpindah ke bahagian Timur. Ketiadaan pemerintah di bahagian Barat bermaksud banyak ruang politik yang tidak diuruskan dengan baik. Ramai raja puak gasar cuba mengisi kekosongan tersebut namun gagal. Empayar Rom berada dalam kekacauan politik

mereka ingin bersatu dengan tamadun Rom untuk membentuk pemerintahan yang menguntungkan kedua-dua pihak. Percampuran darah serta budaya terjadi secara beransur-ansur. Selepas beberapa waktu, bahasa, agama dan budaya Jerman semakin hilang. Penakluk Rom sebaliknya ditakluki secara budaya oleh penduduk Rom dan mereka juga menganuti agama Kristian Roman Katolik5.

Kebanyakan kerajaan Jerman gagal untuk mengekalkan pengaruh budaya ke atas kerajaan baru yang dibentuk oleh peninggalan Empayar barat Rom. Tugas itu terpaksa digalas oleh Puak Frank yang bersatu di bawah raja mereka iaitu Raja Clovis.

dan sosial. Semakin banyak bahasa dituturkan dan banyak kawasan pemerintahan diwujudkan di seluruh kawasan tersebut.

Oleh kerana kestabilan sudah tiada, Gereja kini menjadi satu-satunya institusi yang menyatukan masyarakat di situ. Ia terpaksa memegang tanggungjawab menyatukan masyarakat dan mengekalkan kestabilan sehingga ke Zaman Pertengahan. Gereja menjadi penjaga saki-baki ketamadunan di bahagian empayar ini. Dari kehancuran ini, akan muncul pemerintahan baru – Eropah Barat4.

Kerajaan-kerajaan Gasar

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

4 Walaupun istilah ‘Eropah’ digunakan, kita harus ingat bahawa pada zaman ini, banyak negara yang berada di Eropah pada hari ini seperti Perancis, Sepanyol dan lain-lain masih belum wujud.5Setelah kejatuhan Empayar Rom, Gereja di Timur Empayar Byzantine dikenali sebagai Gereja Ortodoks Yunani atau Gereja Ortodoks Timur. Bahagian Barat masih kekal dikenali sebagai katolik atau gereja universal. Disebabkan ia berpusat di Rom, ia menjadi Gereja Roman Katolik (lihat Jilid I, Bab 12).

Puak Frank merupakan salah satu puak Jerman yang memeluk agama Kristian Katolik berikutan pembaptisan raja mereka iaitu Raja Clovis pada tahun 496. Peristiwa ini penting kerana puak Frank mempengaruhi puak Jerman yang lain di Gaul untuk memeluk agama Kristian. Ketika puak Frank menguasai Eropah Barat dari abad keenam hingga kesepuluh, kepercayaan Katolik membantu dalam perpaduan masyarakat di wilayah ini.

Clovis membentuk satu dinasti Frank baru yang dikenali sebagai dinasti Merovingi.6 Zaman Merovingia merupakan zaman keganasan dan ketidakstabilan. Raja bertengkar sesama sendiri untuk menguasai kawasan. Dalam keadaan yang sukar dan huru-hara itu, Gereja menjadi

Gereja pada permulaan Zaman pertengahan agak berbeza dengan gereja asalnya. Keadaan yang terpaksa dihadapi ketika Zaman Pertengahan berbeza daripada dahulu. Pada awal penubuhannya, Gereja merupakan kelompok yang kecil dan lemah tetapi mereka menjangkau orang-orang yang berpendidikan dan bertamadun. Kini, Gereja menjadi besar, mempunyai struktur yang teratur dan memiliki doktrin yang dicipta dengan baik. Walaupun begitu, orang-orang yang dihadapi oleh Gereja tidak terpelajar dan bertamadun seperti orang Rom. Tambahan lagi, walaupun ramai antara mereka adalah pagan,7

sebuah institusi stabil yang paling penting. Sepanjang zaman ini, ia memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat tempatan. Gereja menyediakan sistem keadilan serta pendidikan, melegakan ketegangan bagi mereka yang serba kekurangan dan menjaga kebajikan rohani penduduknya.

Clovis dan puak Frank menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap paus dan Gereja Katolik. Sokongan Gereja di barat memberikan kepausan sekutu kerana Empayar Timur tidak lagi mampu memberikan perlindungan ketika Gereja melangkah ke Zaman Pertengahan. Kita akan meneruskan kisah puak Frank di Bab Empat.

terdapat segelintir yang beragama Kristian Arian.

Gereja juga menghadapi cabaran disebabkan orang-orang dari luar kawasan Empayar Rom: Celt di Ireland dan Scotland, Skandinavia atau Viking yang berada di Denmark ketika itu, Norway dan Sweden, banyak puak Jerman di timur sungai Rhine dan kawasan seterusnya, puak di tempat yang kini dikenali sebagai Rusia. Jutaan orang ini masih belum mendengar Injil. Ketika Gereja memasuki Zaman Pertengahan, mereka mempunyai dua misi – mendidik kerajaan-kerajaan gasar yang baru dan

Bangkitnya Dinasti Frank dan Merovingia

Cabaran yang dihadapi oleh Gereja di Barat

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

6 Nama ‘Merovingia’ diambil daripada nama ‘Meroveous’, datuk kepada raja Clovis yang merupakan pemimpin puak Frank di pertengahan abad kelima.7 Perkataan ‘pagan’ diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘penghuni desa’. Gereja pada mulanya ditubuhkan di bandar-bandar. Penduduk-penduduk di kawasan kampung atau desa masih belum percaya ketika masyarakat di kawasan bandar memeluk agama Kristian. Oleh itu, mereka digelar penghuni desa atau ‘pagan’. Dalam buku ini, ia digunakan dengan maksud tersebut bukan untuk memandang rendah, tetapi sebagai istilah neutral untuk merujuk kepada mereka yang percaya kepada agama lain selain daripada Kristian dan Yahudi.

Page 4: Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan Hak Cipta Kandungan · 2020. 11. 6. · Bab 2: Kebangkitan Islam 32 Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45 Bab 4: Eropah dan kebangkitan

1716

menyebarkan injil supaya orang-orang pagan dan Arian memeluk kepercayaan Katolik.

Gereja berjaya mencapai misi yang mereka tetapkan. Dalam 1,000 tahun kemudian, seluruh

Eropah memeluk agama Kristian. Menjelang tahun 1000, semua kerajaan-kerajaan gasar yang baru telah memeluk agama Kristian. Ia mengambil masa selama 500 tahun. Pada tahun 1500, 500 tahun kemudian, negara-

negara Eropah baharu dengan budaya yang baru telah dibentuk. Semuanya dipengaruhi oleh tamadun Kristian Zaman Pertengahan8 yang telah diwarisi. Bagaimana Eropah memeluk kepercayaan Kristian dan bagaimana kemunculan tamadun barat terjadi? Dua institusi gereja memainkan peranan penting dalam hal ini- Kebiaraan dan kepausan.

Kebiaraan BaratPada abad ketiga dan keempat, ramai orang Kristian kecewa ketika melihat Gereja mula dipengaruhi oleh ketamakan kuasa dan kekayaan. Mereka membawa diri ke kawasan gersang untuk menjalankan ibadah mereka. Ini merupakan permulaan gerakan Kebiaraan di Timur dan juga mula diamalkan di Barat.

Pada zaman ini, bukan pendeta atau biskop tetapi para rahib yang mengekalkan kehidupan rohani Gereja. Para rahib juga merupakan barisan hadapan misi-misi yang telah dijalankan sehingga seluruh Eropah memeluk kepercayaan Kristian.

Eropah pada tahun 600 M

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

8 (note to editor: The word ‘medieval’ is translated to Zaman Pertengahan same as Middle Age.)

Patrick- Rasul IrelandTerdapat satu negara di Eropah yang mampu bertahan setelah kejatuhan Empayar Rom kerana ia tidak pernah dijajah oleh Rom. Negara tersebut ialah Ireland. Dari tanah inilah Tuhan memanggil seorang lelaki bernama Patrick untuk menyebarkan injil. Patrick, anak kepada pemimpin gereja di England telah diculik oleh penyerang Ireland ketika beliau berusia 16 tahun dan menjadi hamba di Ireland. Patrick mencatatkan bahawa dia menjumpai Tuhan sewaktu menggembala kambing ketika ditawan. Selepas kira-kira enam tahun, dia berjaya melarikan diri dan kembali ke tempat asalnya. Selepas itu, Tuhan memberikannya mimpi untuk memanggilnya kembali ke tempat dia ditawan.

Setelah persiapan selama beberapa tahun, Patrick kembali

ke Ireland pada tahun 432 sebagai seorang biskop dan melayani orang-orang yang pernah memperhambakannya. 30 tahun sehinggalah kematiannya, Patrick terus berkhutbah, mengajar serta menubuhkan gereja tempatan dan biara tanpa mengenal erti lelah. Setelah orang Ireland memeluk agama Kristian, dia mengajar mereka membaca, menulis dan melatih mereka dalam hal teologi. Usahanya yang luar biasa menghasilkan gerakan penginjilan di Ireland dan kemudiannya di Britain. Sewaktu kematiannya pada tahun 461, 9 puluhan ribu orang Ireland telah memeluk agama Kristian dan Gereja telah ditubuhkan di Ireland.

Kebiaraan menjadi faktor utama dalam penyebaran agama Kristian di Ireland. Peranan pemimpin rohani dan pentadbiran Gereja di Ireland bukan digalas oleh biskop tetapi ketua

Patrick Rasul Ireland

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

9 Beberapa sejarawan moden menganggarkan Patrick meninggal dunia pada tahun 493.

Selatan Ireland - berhampiran dengan Dublin.

© P

CTL

201

2

Page 5: Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan Hak Cipta Kandungan · 2020. 11. 6. · Bab 2: Kebangkitan Islam 32 Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45 Bab 4: Eropah dan kebangkitan

1918

biara. Para rahib di Ireland mementingkan karya intelektual dan pendidikan. Biara-biara di Ireland menjadi pusat pendidikan yang terkenal. Oleh kerana Ireland tidak disentuh oleh puak-puak gasar yang datang ke Eropah dan memusnahkan warisan Yunani-Latin, para rahib di Ireland berjaya mengekalkan pembelajaran Latin dan Yunani ketika permulaan Zaman Pertengahan. Mereka menghabiskan banyak masa membuat salinan karya sastera zaman lampau, Kristian dan bukan Kristian. Tanpa usaha gigih mereka, banyak karya sarjana teologi Kristian lampau akan hilang begitu sahaja.

Pada abad ke-6, sekolah Biara di Ireland menjadi terkenal dengan pendidikan sehingga ribuan pelajar dari negara luar datang untuk menuntut di sana. Mereka juga mulai menyertakan ilustrasi yang menggambarkan manuskrip ( dipanggil sebagai penerangan manuskrip) dan juga arca yang menghasilkan banyak buku cantik, barang perhiasan dan ukiran batu berbentuk salib yang masih wujud sehingga hari ini. Akan tetapi, mereka lebih dikenali melalui aktiviti misi. Mereka merupakan penginjil yang telah membawa agama Kristian ke Britain dan Eropah.

Salah satu institusi penting yang berasal dari biara di Ireland dan seterusnya diamalkan oleh Gereja Katolik ialah sistem penitensi peribadi, iaitu pengakuan dosa kepada seorang paderi yang kemudiannya akan mengenakan hukuman setimpal. Bagi membantu paderi mengetahui jenis-jenis hukuman, buku-buku panduan hukum pun ditulis. Pada ketika itu, Gereja hanya mengamalkan hukuman di khalayak ramai yang hanya dibenarkan sekali seumur hidup. Setelah dipengaruhi oleh orang Ireland, pengakuan dan hukuman menjadi lebih tertutup dan pengakuan dosa harus dilakukan lebih kerap.

amalan pengakuan dosa dimulakan oleh rahib di Ireland?

Tahukah Anda?...

Benedict dari Nursia (480-547) Benedict dari Nursia merupakan seorang lelaki yang banyak membantu membentuk institusi biara di Barat ketika ia berada di tahap awal. Sumbangannya yang paling penting adalah Hukum-Hukum yang ditulis untuk menetapkan cara hidup di biara. Kebanyakan orang berpendapat bahawa para rahib hanya berdoa dan bertafakur sepanjang hari di dalam biara. Perkara ini tidak benar sama sekali. Para rahib mempunyai doa harian, kerja-kerja berat, belajar dan rehat mengikut Peraturan Benedict. Kerja-kerja berat yang dilakukan adalah seperti

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

pekerjaan di ladang atau menyalin ayat-ayat Alkitab dan karya yang lain di dalam bilik.

Seperti rahib Ireland, rahib Benedict memainkan peranan penting dalam penyalinan dan pemeliharaan apa sahaja yang tidak dimusnahkan oleh puak-puak gasar. Dalam 300 tahun pertama selepas penaklukan, hanya sebilangan penduduk Jerman yang berminat tentang budaya dan kesusasteraan. Keupayaan para rahib membaca dan menulis menjadikan biara sebagai tempat mengajar

terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang dilatih untuk menjadi rahib. Hal ini berterusan sehingga ia berubah kepada pengajian teologi dan seterusnya turut diamalkan oleh pusat-biara sepanjang Zaman Pertengahan.

Dari Itali, Gerakan Benedict berkembang dengan pesat ke Eropah Barat bermula pada abad ketujuh. Menjelang abad kesembilan dan seterusnya, Hukum Benedict menjadi garis panduan umum bagi hampir semua biara di barat dan terus digunakan sehingga hari ini. Rahib Benedict menjadi penggerak misi yang

hebat dan biara mereka menjadi tempat perlindungan dan pengajian,

terutamanya pada abad berikutnya.

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

© P

ristin

e W

orld

201

2

Page 6: Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan Hak Cipta Kandungan · 2020. 11. 6. · Bab 2: Kebangkitan Islam 32 Bab 3: Agama Kristian sewaktu Empayar Byzantine 45 Bab 4: Eropah dan kebangkitan

2120

Fail FaktaPeguam Menjadi Rahib

Seorang peguam sebelum menjadi rahib, Benedict dari Nursia merupakan rahib yang paling terkenal di antara rahib di Barat. Pada masa mudanya, beliau tertarik dengan doa dan meditasi. Beliau hidup seperti pertapa di sebuah gua selama tiga tahun dan mendapat ramai pengikut. Benedict menubuhkan 12 biara sebelum mengasaskan sebuah biara di Monte Cassino pada tahun 529, berhampiran dengan Rom. Ia menjadi biara Benedict yang paling terkenal di Eropah. Di pusat inilah beliau menulis ‘Hukum Benedict’ yang telah membentuk perkembangan kebiaraan di Barat sehingga abad yang seterusnya.

Beberapa orang rahib pernah cuba meracuni Benedict?

Ketika Benedict hidup di dalam gua, beliau dijemput oleh biara yang berdekatan untuk menjadi ketua mereka. Beliau sangat tegas sehingga mereka cuba untuk meracuninya dengan mencalitkan racun pada cawannya. Khabar mengatakan bahawa ketika Benedict membuat tanda salib, cawan tersebut berkecai, menyelamatkan Benedict dari meminum racun tersebut.

Benedict mempunyai seorang adik kembar perempuan yang turut memulakan biara untuk biarawati?

Benedict dan Scholastica merupakan kembar yang sangat rapat dan berkongsi pedoman terhadap Tuhan. Scholastica menubuhkan pusat untuk biarawati kira-kira lima batu dari biara abangnya. Pusat ini dianggap sebagai pusat Benedict pertama yang didirikan untuk wanita dan Benedict sebagai ketua rohani mereka.

Tahukah anda..

Tahukah anda..

Kebangkitan KepausanSalah satu pembangunan penting di Gereja Barat yang berbahasa Latin ialah jawatan paus. Hal ini mempengaruhi budaya dan sosial Zaman Pertengahan. Pada awal abad kewujudan agama Kristian, gereja-gereja di Timur yang bertutur dalam bahasa Yunani seperti Antiokhia dan Alexandria dianggap

lebih penting daripada gereja di Rom kerana jumlah penganut Kristian yang ramai. Akan tetapi, setelah penaklukan puak-puak gasar di Empayar Rom dan gereja-gereja di Timur terputus hubungan dengan Barat, uskup di Rom menjadi semakin berpengaruh dan berkuasa.

1 Agama Kristian Berkembang di Barat

Sumbangan Rahib-Rahib Pada Zaman Pertengahan Pekerjaan PenginjilanPara rahib pergi ke tempat-tempat yang jauh untuk menyebarkan injil. Dari Empayar Rom ke wilayah yang lain di Eropah dan ke Timur untuk melayani orang yang miskin serta memerlukan.

Memelihara kesusasteraanMereka menyumbang kepada pemeliharaan dan penjagaan karya-karya sastera kuno. Para rahib menghabiskan masa menyalin ayat-ayat Alkitab serta karya sastera zaman kuno. Mereka merupakan sarjana yang hebat, menumpukan masa mereka dengan pelajaran. Setelah beberapa ketika, perpustakaan di biara-biara menjadi sumber pengetahuan yang besar.

PertanianMereka menyumbang kepada pemulihan pertanian di Eropah. Tempat yang didiami oleh mereka selalunya semak dan tidak diusahakan. Jadi mereka membersihkan kawasan tersebut dan menanam pelbagai jenis tanaman, membina jambatan dan jalan raya. Tidak lama kemudian, tempat-tempat gersang menjadi taman dan ladang.

PendidikanMereka menyediakan pendidikan kepada orang umum. Pada mulanya, hanya orang dewasa yang menjadi rahib, tetapi tidak lama kemudian, ibu bapa turut mendedikasikan anak-anak untuk menjadi rahib. Dengan itu, sekolah membangun secara beransur-ansur di biara untuk mengajar para kanak-kanak yang akan menjadi rahib.

Seni Bina dan LukisanPara rahib terpaksa menjadi pembina apabila mereka mula tinggal di biara. Secara tidak langsung, mereka mendapat kemahiran pembinaan. Pada Zaman Pertengahan, lukisan, ukiran dan kemahiran lain diamalkan oleh semua biara di Eropah. Banyak hasil kerja mereka masih boleh dilihat di gereja dan muzium pada hari ini.

1 Agama Kristian Berkembang di Barat