bahasa melayu: satu tin]auan se]arah* · 2017. 3. 7. · malaysia dari ugi sejarah selamat dan...

16
BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* OTHMAN Y ATlM** PENGENALAN Berbicara mengenai bahasa Melayu kita juga secara tidak langsung akan terpanggil untuk memperkatakan, walaupun secara sepintas lalu. tentang asal usul orang Melayu yang merupakan pengguna utama bahasa itu dan tentang perubahan bentuk tulisan yang digunakan yang juga merupakan bukti pengucapan visual bahasa Melayu. Artikel ini akan cuba meninjau dan memper1ihatkan perkembangan bahasa Melayu mengikut perspektif sejarah. Oleh kerana ruang lingkup yang cuba dicakupi oleh artikel ini terlalu luas dan menjangkau zaman yang amat panjang. maka saya akan hanya mengkaji perkembangan bahasa Melayu berdasarkan sumber utama iaitu batu-batu bersurat dan manuskrip Melayu lama. ASAL USUL ORANG MELAYU Sehingga kini masih terdapat keserataan pendapat para saIjana tentang asal usul orang Melayu. Sekurang-kurangnya terdapat dua teori yang cuba menangani masalah ini. Thori yang pertama mengatakan bangsa Melayu berasal dari utara sementara teori kedua pula menyatakan bahawa bangsa Melayu memang telah sedia wujud di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Ini bermakna orang Melayu tidak datang dari mana-mana dan mereka adaIah orang tempatan. Mikel ini asa1nya sebuah kertas keJja yang dibeotangkan di Khemah BaJuua 11. Kapil, 13-15 Januari 1996. •• Profesor Madya Dr Othman yatim iaIah Pengarah Muzium Seni Asia, Universiti MlI1aya. 49

Upload: others

Post on 02-Dec-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH*

OTHMAN Y ATlM**

PENGENALAN Berbicara mengenai bahasa Melayu kita juga secara tidak langsung akan terpanggil untuk memperkatakan, walaupun secara sepintas lalu. tentang asal usul orang Melayu yang merupakan pengguna utama bahasa itu dan tentang perubahan bentuk tulisan yang digunakan yang juga merupakan bukti pengucapan visual bahasa Melayu.

Artikel ini akan cuba meninjau dan memper1ihatkan perkembangan bahasa Melayu mengikut perspektif sejarah. Oleh kerana ruang lingkup yang cuba dicakupi oleh artikel ini terlalu luas dan menjangkau zaman yang amat panjang. maka saya akan hanya mengkaji perkembangan bahasa Melayu berdasarkan sumber utama iaitu batu-batu bersurat dan manuskrip Melayu lama.

ASAL USUL ORANG MELAYU Sehingga kini masih terdapat keserataan pendapat para saIjana tentang asal usul orang Melayu. Sekurang-kurangnya terdapat dua teori yang cuba menangani masalah ini. Thori yang pertama mengatakan bangsa Melayu berasal dari utara sementara teori kedua pula menyatakan bahawa bangsa Melayu memang telah sedia wujud di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini . Ini bermakna orang Melayu tidak datang dari mana-mana dan mereka adaIah orang tempatan.

• Mikel ini asa1nya sebuah kertas keJja yang dibeotangkan di Khemah BaJuua 11. Kapil, 13-15 Januari 1996.

•• Profesor Madya Dr Othman yatim iaIah Pengarah Muzium Seni Asia, Universiti MlI1aya.

49

Page 2: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

MAlAYSIA dari •• gi SEJARMI

lOOn pertama dikaitkan dengan pendapat seorang tokoh pra sejarah berbangsa Austria, \i:>n Heine-Geldem, yang membuat penelitian terbadap artifak.-artifak. arkeologi, terutamanya kapak-kapak. batu segi-panjang (rectan­gular stone axes) yang pemah ditemui di lembah Sungai Hwang-ho, Yangtze, Salween, Irrawady dan Brahmaputra dan yang juga ditemui di hampir seluruh kepulauan Melayu (Ismail Hussein, 1993: 1).

Berdasarkan persamaan bentuk kapak-kapak batu itulah Heine-Geldem membuat kesimpulan bahawa kehadiran kapak-kapak itu di Nusantara adaIah kerana dibawa oleh orang-orang Asia Thngah. Seterusnya Heine-Geldem telah menyamakan kebudayaan kapak segi-panjang dengan Icebudayaan orang-orang Mon-Khmer dan beliau juga berpendapat bahawa orang-orang Neolitik yang rnembawa kehudayaan ini juga adaIah pengembang bahasa-bahasa Kepuluan Melayu.

Hendrick Kern pula yang merupakan pelopor penyeJidikan bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu melaporkan bahawa berdasarkan bukti-bukti basil penyelidikan bahasa bahawa Icebudayaan itu adaIah berasal dart daerah-daerah di Champa, Cochin-China dan Kampuchea. Sementara Heine-Geldem pula berpendapat Yunnan adaIah tempat lahirnya Icebudayaan itu. Untuk beberapa dekad ini pendapat itu menjadi ikutan kehanyakan para sarjana sehinggalah akhir-akhir ini pendapat itu disangkal oleh dua orang sarjana tempatan, Prof. Wan Hashim Wan Thh dan Prof. Nik Hassan Shuhairni, masing-masing Pengarah dan TImbalan Pengarah, Institul AJam dan Tarnadun Melayu (ATMA) , Universiti Kebangsaan Malaysia, yang menyertai rombongan GAPENA melawat Yunnan pada 21 - 28 Ogos 1994. Mereka berpendapat bahawa rumpun Melayu bukan berasal dart Yunnan.

Wan Hashim dan Nik Hasan membuat kesimpulan tersebut berdasarkan pemerhatian mereka terbadap artifak budaya yang terdapat di Muzium Institute of Minority Studies, Kunrning, pembentangan Icertas kelja sarjana Yunnan, kunjungan Ice kompleks perkampungan budaya rninoriti Yunnan serta interaksi dengan masyarakat Islam di Kunrning serta kunjungan ke perkampungan Islam di Na Jia Yin (Mingguan Malaysia, Ahad, 2 September 1994).

Seterusnya mereka berpendapat bahawa tidak terdapat bukti menunjukkan pertaIian ras atau keturunan di antara 26 kelompok rninonti wilayah Yunnan dengan rumpun bangsa Melayu - yang kini tinggal menetap di wilayah a1am melayu atau dunia Melayu - Polinesia. Kesimpulan itu juga dibuat

mengikut perspektif Jinguistik antropologi fizikal, kebudayaan selain pola irnigrasi umat manusia.

50

Page 3: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

lWMSA MEUYU: SAW TlNJAUAN SEJARAH

Dengan itu Ieori ATMA ialah ras Melayu - Polinesia sudah wujud eli a1am Melayu ini sejak ribuan tahun yang lalau iaitu sezaman dengan ras yang meneliami eli ballagian ulara benua Asia kini. Ia telall berkembang ke luar dari satu pusat eli dunia Melayu ini eli sekitar Semenanjung Melayu hingga ke Semenanjung Indo-China. Pulau Sumatera. Pulau Borneo dan Pulau Jawa serta sekitarnya yang dahulunya e1ikenali sebagai Penlas Sunda. Walau bagaimanapun penemuan itu yang e1ianggap oleh Lanang Sejagat itu sebagai dramatik dan sensasi ini perlukan satu penelitian yang lebih lanjut.

Sebenamya penggunaan istilah 'Melayu' hanya bennula pada abad ke-7 Masihi. Ini adalah berdasarkan bukti sumber-sumber China. Sumber China itu menyebut pada tahun 644 atau akhir 645 Maishi sebuah kerajaan bemama Mo-Io-yue telall mengirim utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Maharaja China. Di mana lokasi sebenar Mo-Io-yue masih menjadi tanda tanya tetapi ramai yang bersetuju ia terletak eli daerah Kota Jambi sekarang ini. Meskipun begitu lewamya penggunaan nama Melayu itu tidaklah bennakna Melayu hanya wujud pada abad ke-7 Masihi. Menurut Ismail Hussein (1993: 13) sudah menjadi kebiasaan bagi pengembara­pengembara China tidak menyebul semua bangsa dan ballasa yang mereka temui tetapi hanya menyaktakan negara-negara besar yang mempunyai perhubungan dengan negeri China. Pada tahun 644 Masihi ker:yaan Mo-Io­yue telah menjadi kerajaan besar dan mula mendapat perhatian mereka. Mulai itu juga negeri Melayu telall menjadi tempat persinggahan utama pengembara­pengembara China tadi dalam perjalanan mereka ke Inelia dan sebalikuya.

ASAL USUL BAHASA MELAYU Sejak berkurun lamanya penghuni-penghuni a1am Melayu ini hidup berkelompok dan terpencil tanpa perhubungan eli antara satu sama lain. Mereka e1ipisahkan gunung-ganang dan lautan luas. Lantaran itu setiap kelompok mengatur cara hidup dan bertutur sesuai dengan keadaan a1am sekeliling dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibatnya timbul sUku-suku bangsa dan ballasa-bahasa yang terdapat eli Indonesia dan pelbagai bahasa Melayu eli Semenanjung Thnah Melayu.

MengikutAbdullah Hassan (1993: 10) sebelum bukti-bukti sejarah dalam bentuk tulisan pada batu-batu bersurat (inscribed stone). bahasa Melayu telah lama e1igurtakan kerana bahasa yang terdapat pada batu-batu bersurat sudah tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat

51

Page 4: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

MALAYSIA doTi segi SEJARAH

pengaruhnya sehingga orang-orang India yang mengukir perkataan-perkataan pacta batu bersurat tersebut menggunakan hurus Sanskrit serta memasukkan perkataan-perkataan Melayu. Bahasa yang terukir pacta batu-batu bersurat tersebut dikenali sebagai bahasa Melayu kuno atau purba. Dan inilah satu bukti catatan yang terawaI tentang bahasa Melayu itu (Ismail Hussein, 1993: 14).

Secara umum apa yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu kuno alan

purba itu iaIah bahasa Melayu yang tertuIis pacta batu-batu bersurat yang telah ditemui di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka. Kesemua batu-batu bersurat itu bertarikh pacta abad ke-7 Masihi iaitu pacta zaman kerajaan Srivijaya (Asmah Haji Omar, 1985: 383). Pada peringkat awaI pertumbuhan bahasa Melayu tidak terdapat sistem tulisannya sendiri untuk merekodkan segaIa peristiwa yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Evolusi pertama yang ditemui oleh bahasa Melayu bermula apabila berlakunya penyerapan pengaruh bahasa Sanskrit ke bahasa Melayu iaitu pengenaIan sistem tulisan daIam bahasa Melayu kuno.

Pacta peringkat awal zaman telah adanya tulisan, sebahagian daripacta latar kehidupan orang Melayu dapat dikenali melaIui bahasa yang telah terbaku seperti pacta simpulan bahasa, perbilangan pepatah-pepatih, pantun, gurindam dan bahasa berirama. la merupakan pengekaIan bahasa yang diwarisi daripacta datuk nenek mereka tentang latar belakang masyarakat Melayu zaman silam.

Lokasi kepulauan Melayu di pertengahan jaIan maritim l1mur-Barat menjadikan tempat pertemuan pedagang-pedagang luar dan menyebabkan tersebarnya pengaruh bahasa dan kebudayaan mereka, terutamanya bahasa Sanskrit dari India yang datang bersekaIi dengan sistem tulisannya.

BAHASA MELAYU PADA BATU-BATU BERSURAT Kepentingan batu-batu bersurat awaI dan sumbangan epigrafinya telah lama disedari (Othman MoM. Yatim & Abdul Halim Nasir, 1989), khususnya apabila kita membicarakan sejarah bahasa dan tamadun Melayu itu sendiri. Pacta zaman pra-Islam di aIam Melayu telah ditemui empat batu bersurat yang masing-masing dikenali sebagai Batu Bersurat Kedukan Bukit, Batu Bersurat ThIang Thwo, Batu Bersurat Batu Kapor dan Batu Bersurat Karang Berahi. Batu bersurat pertama bertarikh 604 tahun Saka bersamaan 683 Masihi telah ditemui di PaIembang, pada kaki Bukit Siguntung di sebelah barat daya kota yang sekarang ini. Batu bersurat kedua juga ditemui di PaIembang dan

52

Page 5: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

BAHASA MEIAYU: SAW 11NJAUAN SEJARAH

diukir pada talmn berikutnya (605 talmn Saka bersamaan 684 Masihi). Batu bersurat yang dua lagi itu ditemui jauh dart Palembang dan juga betjauhan antara satu sama lain. Yang sebuah berasal dart Kola Kapor di Pulau Bangka, sementara yang sebuah lagi ditemui di Karang Berahi di Merangin dalam daerah hulu Jambi. Kedua-dua batu bersuratitu masing-masing bertarikh 686 dan 692 Masihi.

Thlisan yang terdapat pacta batu-batu bersurat itu semuanya menggunakan huruf Pallava iaitu sejenis tulisan purba dart India Selatan. OJ samping ia mengandungi informasi-informasi penting bagi pengkaji-pengkaji sejarah politik zaman silam, ia memberikan kita kesempatan untuk melihat perkembangan bahasa berdasarkan bentuk atau corak tulisan dan kala-kala yang digunakan. Sebagai contoh, berikut ialah bahasa yang tertulis pada Batu Bersurat Kedukan Bukit yang telah dirumikan serra ditetjemahkan ke bahasa Melayu moden;

Swasti syri Syakawarsatila 605 ekadasyi Syuldapaksa wulan WaisyaldJa dapunta hoyang naik disambau mengalap siddhayatra Oi Saptami Syuldapaksa Wulan Iyestha dapunta hiyang marlapas dart Minanga Tamvan (Tamvar?) memawa jang bala dua laksa dengan . . . dua ratus tsyara disambau dangan jalan Saribu tlu ratus sapuluh dua banyaknya. Datang di Matajap (Matanya?) sukhatsyitta Oi pantsyami syuldapaksa Wulan . . . laghu mudik datang marwuat manua ... Syiwijaya jayasiddhayatra subhiksa

Thijemahannya dalam bahasa Melayu moden adalah lebih kurang seperti berikut:

53

Page 6: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

MALAYSIA dari ugi SEJARAH

Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas haribulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik kapal mencari untungnya. Palla tujuh haribulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat dari Muara Tamvan (Tamvar?) membawa bala dua laksa dengan . .. dua ratus pawang di kapal dengan yang berjalan kaki seribu tiga ratus dua belas banyaknya Datang di lVIatajap (Matanya?) Pada lima haribulan terang dari bulan . . . belayar mudik. datang membuat benua . . . Sriwijaya kola yang jaya, yang berbahagia dan yang makmur.

(Dipetik dari [smail Hussein. 1993: 16-17. Perkalaan-perkalaan Melayu da1am teks asli

ditulis dengan hurnf condong).

Sebahagian dari tulisan yang terdapat palla batu bersurat kedua iaitu dari Talang Thwo adaIah seperti berikut:

di assannakala di antara marga lai (emu muwah ya ahara dengan ayer diminumnya sawanyaknya wuatnya huma pariak mancak muwah ya menghidupi pasu prakara marhulun tuwi werddhi muwah ya jangan ya nikenai Sawanyaknya yang upasarga pidana swapnawigna.

Ertinya lebih kurang:

54

Page 7: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

lMHASA MElAYU .. SAW T1NJAUAN SEJARAH

Apabila mereka (orang-orang itu) lapar di tempat perhentian atau di tengah-tengah pe1jalanan. haruslah mereka mendapatkan makanan dan ayer minum. Moga-moga segala perhumaan dan kebun-kebun yang mereka perbuat akan memberikan hasil yang banyak. Moga-moga selamat segal a macam ternak dan sekalian hamba sahaya mereka itu. Mudah-mudahan jangan mereka ditimpa oleh sesuatu mala petaka atau diseksa oleh penyakit tak dapat tidur.

(Dipetik dari Ismail Hussein 1993: 17. Perkataan·perkataan Melayo dalam teks asli ditulis dengan buruf condon g).

Satu pemerhatian terhadap tulisan dan bahasa yang terdapat pacta contoh­contoh batu bersurat tersebut di atas ialah bahasa itu penuh dengan kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit.

Tarikh-tarikh yang tercatat pacta batu bersurat itu bertepatan dengan zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya yang telah berjaya bukan sahaja mempengaruhi kepulauan Melayu tetapi juga beberapa daerah lain di Asia Thnggara. Empayar itu merupakan satu pengaruh politik dan ekonomi dan berjaya menguasai lalu !intas di laut. Kota Palembang sendiri menjadi tempat tumpuan segala bangsa dan kebudayaan dan sering dikunjungi oleh rahib-rahib Budha China dalam perjalanan mereka memperdalami ~aran Budha di India. Mereka singgah dan belajar tata bahasa Sanskrit terlebih dahulu di Srivijaya sebelum berangkat ke Universiti Nalanda. di India.

Apa yang dapat kita pelajari dari tulisan-tulisan pada batu-batu bersurat yang dijumpai di sekitar Empayar Srivijaya itu ialah bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pemerintah dan bahasa penyataan sastera yang indah. Pengaruh Srivijaya tersebar cukup luas dan dari segi bahasa Ismail Hussein (1993: 22) menamakan zaman itu sebagai zaman keemasan pertama bagi perkembangan bahasa Melayu.

Perkembangan sejarah berikutnya menunjukkan kemerosotan kuasa Empayar Srivijaya dan kemunculan Majapahit menggantikannya. Kerajaan Majapahit didirikan oleh Raden Wijaya pacta tahun 1293 dan berpusat di

55

Page 8: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

MAlAYSIA dDri .. gi SEJARAH

Kediri. Kerajaan Jawa Majapahit cuba untuk menyebarkan penggunaan bahasa ]awa dan ini tentulah mengancam bahasa Melayu yang telah berakar umbi di Selat Melaka. Ismail Hussein (1993: 24) berpendapat yang meskipun bahasa ]awa itu mempunyai sastera dan kebudayaan yang tinggi tetapi tidak mudah mengambil a1ih bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. sebalikoya bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penyebaran kebudayaan ]awa.

BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM Akhir abad ketiga belas dan awal abad keempat belas merupakan zaman peralihan HinduIBudha/Islam di Kepulauan Melayu. Dalam zaman peralihan ini telah diketemui juga beberapa buah batu bersurat yang penting yang boleh dikaitkan dengan perkembangan bahasa Melayu. Salah satu daripadanya telah dijumpai di Pagar Ruyong. Minangkabau dan bertarikh 1356 Masihi. Thlisannya mengandungi sedikit prosa Melayu kuno di antara beberapa sajak Sanskrit Thrdapat perbezaan dengan bahasa-bahasa di zaman Srivijaya tetapi isinya juga mengandungi perintah raja. Sekali gus ia membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi sama seperti di zaman Srivijaya.

Satu lagi batu bersurat yang mempunyai tarikh 1380 Masihi telah ditemui di Minye Thjuh. Aceh. Ia menggunakan huruf India. tetapi bahasanya telah banyak bertukar corak dan mengandungi banyak perkataan Arab. Warta dan doa yang terpahat itu dikarang dalam bentuk sajak Sanskrit iaitu bentuk yang sudah terkenal dalam kesusasteraan Jawa pada ketika itu. leks asalnya yang dirumikan berbunyi:

hijrat mungstapa yang prasida tujuh ratus asta puJuh sawarsa haji catur dna dasa wara sum raja iman warda (?) rahmat-A1lah gutta barubasa mpu hak kadah pase rna taruk tasih tanah samuha i1ahi ya rabbi tuhan samuha taruh dalam swarga tuhan tatuha

Perkataan-perkataan Melayunya bercetak dengan huruf condong. Makna teks ini dalam bahasa Melayu sekarang ialah:

56

Page 9: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

BAHASA MEU YU .. SAW T1NJA UIIN SEJARAH

Setelah hijrah Nabi, kkasih yang telah wafat tujuh ratus lapan puluh satu lallUn bulan Zulhijjah empat belas hari, Jumaat Ratu iman warda (rahmat Allah bagi baginda) dad sulcu Barubasa, emmpunyai hale atas Kedah dan Pasai, menaruk di laut dna darat semesta, Ya Allah, Ya Thhan Semesta, taruh1ah baginda dalam swarga Thhan.

(Dipetik dari Ismail Hussein1993: 27-28)

Ayat-ayal tersebut menunjukkan satu susunan bahasa sastera yang bail<. jika dilihat dalam konteks zamannya. Sek.ali gus turul membuktikan bahawa bahasa Melayu sudah begitu tinggi sehingga boleh menjadi bahasa penyataan puisi yang halus.

Sementara itu di Semenanjung Thnah Melayu pula telah ditemui sebuah batu bersurat yang amat penting dalam sejarah perkembangan Islam di Thnah Melayu. Ia ditemui <Ii Sungai Teresat dekat Kuala Berang, Threngganu. Thrikh yang tercatat padanya ialah 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Semua tulisannya dalam tuIisan Jawi dan merupakan bukti penama yang menunjukkan bahawa tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu. Satu batu nesan yang bertarikh lebih awal sedikit dad tarikh batu bersurat Terengganu telah ditemui di Samudera-Pasai. Ia mempunyai tarikh 1297 Masihi dan digunakan bagi menandakan makam Sultan Malik-al-Salleh. Batu-batu nesan jenis ini yang saya panggiJ Batu Aceh, hampir kesemuanya ditulis dalam bahasa Arab (Othman Mohd. Yatim, 1988). Ia juga mengandungi puisi-puisi Sufi yang amat menarik.

Batu bersurat Terengganu, secara umumnya, mengandungi satu perintah termasuk dendanya sek.ali jika perintah itu diengkari. Di bawah diperturunkan kata-kata yang terdapat pada batu tersebut yang telah dirurnikan, sementara kata-kata yang masih meragukan ditulis dengan huruf condong:

A

Rasul Allah dengan oarang ... bagi mereka . . . . ada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma meraksa bagi

57

Page 10: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

MAlAYSIA dari segi SEJARAH

sekalian hamba Dewata Mulia Raya di benuaku ini penentu agama Rasul Allah Salla'lIahu' a1aihi wa Sallama Raja mendalik yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Penetua itu fardu pada sekalian Raja mandalika islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara berbajiki benua penetua itu maka titah seri Paduka Thhan menundukkan tamra ini di benua Terengganu adi­pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun sarathan di sasanakala Baginda Rasul Allah telah Ialu tujuh ratus dua.

B

Keluarga di benua jauh . . . kiln . . . ul . . . datang berikan. Keemp- (at derma barang) orang berpihutang jangan mengambil k . . . (a) mbil hilangkan emas kelima derma barang orang . . . (mer) deka jangan mengambil tugal buat t emas-nya jika ia ambil hilangkan emas. Keenam derma barang orang berbuat balacara laki-Iaki perempuan setitah Dewata Mulia Raya jika merdeka bujan palu Seratus rantau. Jika merdeka beristeri atawa perempuan bersuami ditanam hinggan pinggang di hembalang dengan batu matikan jika inkar ba (lacara) hembalang jika anak mandalika

c

bujan dandanya sepuluh tengah tiga jika ia . . . . menteri bujan dandanya tujuh tahil sep (aha . . .

58

Page 11: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

IIMIASA MElAYU: SAW 11NJAUAN SEJAilAH

tangah tiga. Jika tetua bujan dandanya lima ta (hil . . . tujuh tahil sepaha masuk bendata. Jika orang (. . . merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak . . . tidak dapat bersuami jika ia berubat balacara . . . tidaa benar dandanya setahil sepaha kesembilan derma · .. Seri Paduka Thhan siapa tida . . . dandanya · . . kesepuluh der) ma jika anakku atawa pemain (?) ku atawa cucuku atawa keluargaku atawa anak · . . tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tida menurut tamra ini laknat Oewata Mulia Raya · .. dijadikan Oewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Batu-batu bersurat di pagar Ruyong, di Mainye lbjuh dan di Terengganu kesemuanya mempunyai kepentingannya tersendiri dalam sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Ketiga-tiga batu bersutat tersebut merupakan epigrafi terakhir

dalam tinjuan kita, kerana selepas abad keempat belas, kita mengalami zaman pertumbuhan kesusasteraan Melayu yang bertulis.

BAHASA MELAYU DALAM MANUSKRIP LAMA Kewujudan dan keungguIan bahasa Melayu terbukti dengan terdapatnya ribuan manuskrlp Melayu lama terutamanya manuskrlp bahasa Melayu k1asik dan zaman peralihan. Di Perpustakaan Negara Malaysia sendiri terdapat lebih daripada 1,900 naskah manuskrlp Melayu lama. Oi luar Malaysia masih banYak lagi tersimpan khazanah manuskrlp Melayu lama terutamanya di negara-negara Barat seperti United Kingdom, Belanda, Jerman, Perancis, Sepanyol, Portugis, Amerika Syarikat dan Rusia

Oaripada manuskrlp-manuskrlp ini kita dapat· mengenalpasti bahawa bahasa Melayu telah mencapai ke tahap yang tinggi dan terkenal di kawasan timur arnnya dan di Asia Tenggara khasnya. Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan di kawasan induk bahasa Melayu tetapi juga merentasi kawasan­kawasan yang di luarnya, bukan sahaja di kalangan orang-orang Melayu tetapi juga di kalangan orang-orang bukan Melayu, bahkan banyak kejadiao yang berlaku iaitu penggunaan bahasa Melayu di antara orang bukan Melayu

59

Page 12: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

A«lAl'SL4 dari legi SEJARAH

dengan orang bukan Melayu. Sebagai buktinya di bawah ini disenaraikan beberapa bahasa Melayu

dan penggunaannya yang dikutip daripada bahan-bahan manuskrip Melayu lama.

a. Manuskrip Melayu yang tertua dalam bentuk surat kiriman bertarilch pada talmn 1521 dan 1522. Thrdapat dua pucuk sural Kesemuanya ditulis oleh Sultan Thrnate, Maluku di lndonesia timur kepada Raja Portugal di Eropah Barat (Blagden, C.O. 1930). Temate ialah sebuah kerajaan yang di luar daerah induk bahasa Melayu, dan orang-orang Temate mempunyai bahasanya sendiri, sedangkan Raja Portugal adalah orang Portugis yang berbahasa Portugis. Namun dalam surat menyurat di antara mereka bahasa Melayu yang digunakan. lni menggambarkan kepada kita bahawa bahasa Melayu telah menjadi IUigua franca pada zaman itu.

b. Surat Raja Ambon yang bemama Kimelaha Salahak Abdul Kadir kepacta Gabenor lnggeris dan English East India Company atau Syarikat Hindia TImur lnggeris yang bertarikh pada 20 Sya'ban, 1068 Hijrah bersamaan dengan 1658 Masihi. Surat ini ditulis ketika Raja Ambon berada dalam buangan di Makasaar (A. T. Gallop and B. Arps, 1991 : 38).

c. Surat daripada Sultan Kaicil Nuku dari TIdore (sebuah kerajaan di Perpulauan Maluku di Indonesia TImur) kepada gabenor lnggeris di Bengkulu (di pantai barat Sumatera Selatan), bertarikh pacta 14 Jamadil-Akhir, 1199 bersamaan dengan 25 Mac, 1785 (ibid.).

d. Surat Emas daripada Sultan Iskandar Muda Mahkota A1am, Sultan dan Yang Dipertuan Kerajaan Aceh Darussalam kepada Raja Yaakub (King James 1) dari England yang bertarilchpada 1615 M (ibid, 1991 : 35-35).

e. Surat daripada Sultan Kaicil Patra Muhammad Yassin dari Kerajaan 'Rmate (di Kepulauan Maluku) kepada Kolonel J. Oliver, Pesurubjaya lnggeris di Ambon bertarikh pada 26 Zulhiiiah 1216 bersamaan dengan 19 April 1802 (ibid, 1991: 39).

f. Surat terbuka daripada Sir Stamford Raffles yang pada ketika itu berada di Melaka, kepadaraja-raja besar di Pulau Jawa UDtuk mendapatkan sokongan daripada raja-raja besar tersebut bagi menentang Belanda di Pulau Jawa yang bertarikh pada 22 Zulkaedah, 1225 bersamaan dengan 8 J anuari 1811 (ibid, 1991: 40).

60

Page 13: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

BAHASA MElAYU, S117V 71NJAUAN SEJARAH

g. Sural kebenaran bemiagaoleh SultanAlauddin Syah, SultanAceh Darussalam kepada Kapten Harry Middleton, dari English East India Company bertarikh pada tahun 1602 Masihi (ibid. 1991: 36).

h. Surat daripada Kapitan Laut Buton. Sulawesi Selatan kepada Gabenor Jenera! Belandadi Batavia (sekarang Jakarta) bertarikh pada 1080 Hijrah bersamaan 1670 Masihi (A. Samad Ahmad. 1958: 67-68).

i. Surat perisytiharan Stamford Raffles tentang penguasaan Kerajaan lnggeris terhadap Pulau Jawa. yang diambil daripada kerajaan Belanda Surat perisytiharan ini bertarikh pada 1811 (op. cit. : 1991:41).

j. Surat daripada Pangeran Ratu Jambi kepada Gabenor Jenera! Belanda di Batavia (Jakarta sekarang) yang diterima oleh Gabenor Jenera! tersebut pada 30 April. 1669 (A. Samad Ahmad, 1958: 70-73).

k. Surat daripada Raja Bulelang. Bali kepada Sir Stamford Raffles bertarikh pada 1811.

L Surat daripada Raja Bendahara Paduka Sen Maharaja Bernai kepada Kapitan Inggeris di Jambi bertarikh pada 1629 M. (A. Samad Ahmad. 1958: 73-74). Surat Sultan Syarif Kassirn dari Pontianak kepada Stamford Raffles bertarikh pada tahun 1811 (A.T. Gallop and B. Arps. 1991: 43).

m. Surat daripada Sultan Cakra Adinigrat Madura keapda van der Capellan. Gabenor Jeneral Belanda pada tahun 1826 (ibid.. 1991 :46).

n. Sural daripada Datuk Suliwatang. Lingga kepada van der Capellan. Gabenor Jeneral Belanda di Batavia. bertarikh pada 1824.

o. Surat daripada Gabenor Jeneral Reynier de KJerk, Belanda kepada Sultan Muhammad Baharuddin. Palembang. bertarikh pada 1782.

p. Surat daripada Sultan Brunei kepada Pemerintah Sepanyol di Manila. Filipina pada tahun 1599 Masihi (J.T. Collins. 1994: 484).

q. Silsilah Banda yang ditulis oleh Mboilila. isteri KetuaAdat Bancla,lndonesia timur pada tahun 1599 Masihi (J.T. Collins. 1994: 484).

61

Page 14: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

MALAYSIA dari ugi SEJARAH

Daripada tulisan dan surat-surat di atas dan masih banyak lagi surat dan tulisan lain yang tidak disebutkan di sini, jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi mempunyai kedudukan yang istimewa di Asia Tenggara pada suatu masa dahulu. Bahasa Melayu bukan sahaja oleh orang Melayu kepada orang bukan Melayu, tetapi juga oleh orang bukan Melayu pada orang bukan Melayu termasuk orang-orang Barat seperti King James I, Raja Inggeris, Raja Portugal , Gabenor Jeneral Belanda, pegawai kanan Inggeris seperti Raffles, Pembesar Sepanyol, Raja-raja bukan Melayu yang terdapat di Asia Tenggara seperu Raja Bali, Raja Madura, Raja­raja Jawa, Sultan Aceh, Sultan Ternate dan TIdore, dan lain-lain lagi. Bahkan mengikut Macknight (dalam J.T. Collins, 1994:488) orang-orang Makasar telah menggunakan Bahasa Melayu apabila berhubungan dengan penduduk asli Australia utara kerana bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan antara suku-suku peribumi Australia utara sebelum dihalang oleh kapal-kapal perang Inggeris pada abad yang lalu. Daripada peristiwa sejarah ini kita dapat membuat kesimpuIan tentang pentingnya bahasa Melayu sebagai lingua franca sebagai bahasa perantaraan untuk hubungan antarabangsa, hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan di Asia Tenggara.

MASA DEPAN BAHASA MELAYU Daripada segala faleta dan bukti yang dipaparkan di atas cukup jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai ke satu tahap yang tinggi dan luas serta menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca di dunia timur, khususnya di Asia Tenggara. Ia juga menjadi bahasa i1mu, bahasa agama, bahasa perhubungan antarabangsa, bahasa diplomatik, bahasa i1mu, bahasa agama, bahasa perhubungan antarabangsa, bahasa diplomatik, bahasa peIjanjian dan persetiaan dan bahasa pemerintahan negara. Keunggulan bahasa Melayu bermula pada abad keempat Masihi iaitu zaman bahasa Melayu kuno sehinggalah ke abad kesembilan belas iaitu pada zaman bahasa Melayu zaman peralihan. Puncak keunggulan berlaku pada pertengahan abad kelapan belas iaitu dalam zaman bahasa Melayu kJasik.

Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah nasib bahasa Melayu pada masa hadapan? Saya berasa optimistik dan yakin bahawa bahasa Melayu akan terns hidup seperti kala Hang Thah "Tak akan Melayu hilang di dunia". Pada masa kini pun terdapat banyak bahasa yang sangat sederhana, bahkan ada dialek yang keeil seperti gurem, yang dapat hidup terns, sekalipun ada

62

Page 15: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

BAHASA MEUYU: SAW TTNJAUAN SEJARAH

antaranya yang tidak mempunyai tradisi tulisan. Namun masalah yang memperhatikan kita ialah kedudukan atau taraf

bahasa Melayu. Adakah ia akan menjadi bahasa yang unggul, bahasa yang berwibawa dan bahasa yang berkudrat yang akan terus maju dalam zaman yang serba baru ini, yang berubah dengan pesat sesuai dengan perkembangan teknologi dan sarana informasi yang canggih dalam era globalisasi ini. Jawapannya bergantung kepada kita semua dan juga generasi penerus kita. Jika kita dan generasi penerus kita berpendirian yang istiqamah, bersemangat mandiri dan berjiwa merdeka, bahasa Melayu akan tetap terus hidup bahkan semakin membesar menjadi bahasa antarabangsa, bahasa ilmu, dna bahasa yang agung sebagaimana yang pemah berlaku pada zaman silam. Namun jika kita dan generasi penerus kita itu berjiwa kerdil, tidak bertenaga dna berjiwa hamba, bahasa Melayu akan menjadi lemah dan akhimya punah.

Dalam memajukan dan melestarikan bahasa Melayu, kita boleh mengambil iktibar daripada peristiwa dalam sejarah, kerana sejarah boleh dlibaratkan seperti cermin kereta yang digunakan untuk melihat ke belakang sebagai panduan untuk kita bergerak maju ke hadapan (Amat Juhari Moain, 1994).

PENUTUP Daripada perbincangan ringkas tadi dapat kita buat beberapa rumusan. Pertarna, besarnya sumbangan bam-batu bersurat dan manuskrip Melayu lama dalam percubaan kita untuk memaharni pertumbuhan bahasa Melayu di a1am Melayu. Justeru itu ia merupakan warisan budaya bangsa yang penting dan menagih usaha yang serius untuk memeliharanya.

Keduanya, dari segi bahasa, cataran-catatan tersebut memperlihatkan betapa cepatnya bahasa Melayu mengalami evolusinya, baik dalam per­bendaharaan kala mahupun dalam huruf tulisannya.

Ketiganya, tugas atau fungsi bahasa Melayu itu sendiri, berdasarkan catatan-catatan tersebut, telah membuktikan bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi negara, bahasa perantaraan dan bahasa kebudayaan. Penggunaaannya di seluruh a1am Melayu meyakinkan kita bahawa bahasa Melayu itu telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan di kepulauan Melayu.

Setelah sekian lama wujud dan berperanan sebagai bahasa terpenting di a1am Melayu, ironinya hingga kini ia masih belum mampu untuk menjadi bahasa i1mu di negara ini, hingga kita terpaksa berpatah balik untuk

63

Page 16: BAHASA MELAYU: SATU TIN]AUAN SE]ARAH* · 2017. 3. 7. · MALAYSIA dari ugi SEJARAH Selamat dan bahagia! Dalam Syaka 605. palla sebelas ... Empayar itu merupakan satu pengaruh politik

MAlAYSIA d4rl"g; SElMlltH

menggunakan bahasa Inggeris, khususnya dalam pengajaran mala pelajaran sains dan telrnologi. Di mana silapnya? Dengan penyataan ironi ini saya akhiri artikel ini untuk leita renungi dan tangani bersama.

RUJUKAN

Abdullah Hassan (1993), Bahasa Melayu SI'PM, Kertas 1 & 2, Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Amal Juhari Moain (1994), Sejarah Keagungan Bahasa Melayu, Syarahan Inaugural, Universiti Pertanian Malaysia, 6 Ogos 1994.

Asmah Haji Omar (1985), Susur Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustalca.

_____ (1992), Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustalca.

A. Samad Ahmad (1958), Sejarah Kesussasteraan Melayu lII, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustalca.

Blagden, D.O. (1930), Dilcutip Harimurti Kridalaksana (ed.) 1991, Masa Lampau Bahasa Indonesia: Sebuah Bunga Rampai, Yogjakarta: Penerbit Kanisus; dan Abdullah Ajmain Abu Samah, 1993 dalam Dewan Bahasa, Jil. 37, Bil: 2 dan 3.

COllins, J.T. (1994), Bahasa Melayu di Batas Zaman: Renungan Sejarah, Ramalan Arah dalam Dewan Bahasa, Jil. 38, Bil. 6: 484-495.

Gallop, A.T. & Bernard Arps (1991), Golden Letters Writing Traditions of Indonesia, London: The British Ubrary.

Ismail Hussein (1993), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustalca.

Lanang Sejagat (1994), Selayang Pandang: Thntang Asal Usul Melayu, Mingguan Malaysia, Ahad, 25 September 1994.

Othman Mohd Yatim (1988), Batu Aceh: Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia. Kuala lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Othman Mohd Yatim dan Abd. Halim Nasir (1989), Epigrafi Islam Terawal di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustalca.

64