empayar terlajak laris - cfm.org.my 2016-bm-pdf (1)_1.pdfnota editor. m. enurut kajian ... (ict)....

16
DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN EMPAYAR TERLAJAK LARIS Menakluki Perniagaan Dalam Talian Di Malaysia 10 Usahawan AIMAN SALIM Peminat Adalah Kekuatan Saya Data Atau Panggilan Percuma? Terbitan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia www.cfm.my KDN PP 17752/11/2013 (033132) H1 2016 CFM_Malaysia consumer.forum.malaysia H1 2016 (Edisi Pertama Setengah Tahun 2016)

Upload: phungtuong

Post on 15-May-2018

238 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMANEMPAYAR TERLAJAK LARIS

Menakluki Perniagaan Dalam Talian Di Malaysia

10 UsahawanAIMAN SALIMPeminat Adalah Kekuatan Saya

Data Atau Panggilan Percuma?

Terbitan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysiawww.cfm.my

KDN PP 17752/11/2013 (033132)

H1 2016

CFM_Malaysiaconsumer.forum.malaysia

H1 20

16

(Edisi P

erta

ma

Sete

ngah

Tah

un 201

6)

Page 2: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

Nota Editor

Menurut kajian oleh badan antarabangsa, Alliance

for Affordable Internet (A4AI), Malaysia berada pada kedudukan keempat dalam indeks Internet Mampu Milik 2015, iaitu di hadapan Thailand (kedudukan ke-13), Vietnam (ke-22), China (ke-23), Pakistan (ke-25), Indonesia (ke-27), Filipina (ke-29) dan India di tangga (ke-30).

Malaysia turut diiktiraf sebagai peneraju global dalam penggunaan pemesejan segera (IM), di mana 77 peratus rakyat Malaysia menggunakannya pada setiap hari diikuti rapat oleh Singapura (76 peratus) dan Thailand (74 peratus).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, menerusi blognya, sskeruak.blogspot.my mengakui bahawa terdapat lebih 21 juta rakyat di negara ini menggunakan telefon pintar. Hal ini didorong oleh persaingan dalam pasaran yang membawa kepada pelbagai tawaran oleh syarikat telekomunikasi (Telco) yang akhirnya menjadikan internet mampu milik dapat disediakan.

Perkembangan ini sudah tentu memberikan gambaran yang jelas bahawa rakyat Malaysia ialah rakyat celik internet dan mesra teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google Barometer mendapati bahawa rakyat Malaysia menduduki tangga teratas (91 peratus) sebagai “multi-tasker” di dunia, iaitu menggunakan telefon bimbit ketika melakukan perkara lain, seperti menonton televisyen dan membuat kerja rumah. Kajian juga mendapati bahawa 58 peratus rakyat Malaysia memilih untuk membuat kajian tentang barangan yang dijual secara dalam talian. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 peratus daripada jumlah itu mengambil keputusan untuk membuat pembelian secara dalam talian. Telefon pintar juga sering digunakan untuk melayari media sosial (87 peratus) dan enjin carian (79 peratus).

Kajian dan peratusan yang dinyatakan ini bukan sahaja memberikan

Prospek Besar Perniagaan Dalam Talianpetanda yang jelas kepada

perubahan budaya berkomunikasi rakyat Malaysia, tetapi dalam konteks berbelanja; ternyata, mereka semakin terdedah kepada produk yang dijual secara

dalam talian. Hal ini sudah tentu menjadi

berita “emas” kepada para usahawan dalam talian di

Malaysia. Daripada situ, pelbagai jenis perniagaan dalam talian mula bertambah dan berkembang, malah terdapat usahawan muda yang bergelar jutawan walaupun menjalankan perniagaan dalam tempoh yang singkat.

SHOUT H1 2016 pada kali ini mendekati usahawan-usahawan muda dalam talian yang terkenal di negara ini. Nama mereka meniti di bibir rakyat Malaysia sehingga mempunyai jutaan pengikut di media sosial, berjaya membina jenama sendiri dan berani mencipta sesuatu yang luar biasa. Usahawan muda ini adalah golongan yang mencipta sejarah serta mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk menceburi bidang perniagaan yang sudah terbukti mempunyai prospek yang luar biasa.

Selamat datang ke dunia perniagaan dalam talian!

Megat Ishak Maamunor Rashid- Editor

KANDUNGAN3 — IKONEmpayar Terlajak Laris Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman

5 — IKON 10 Usahawan Menakluki Perniagaan Dalam Talian Di Malaysia9 — #InstafamousPeminat Adalah Kekuatan Saya – Aiman Salim11 — INSPIRASI MALAYSIAPerintis Dunia Penerbitan Alaf Baru – Amir Muhammad12 — KAEDAH MELAPORKAN ADUAN KE CFM13 — INSPIRASI MALAYSIAAgen Transformasi Luar Biasa – Sujana Mohd Rejab14 — INSPIRASI MALAYSIAAgen Transformasi Luar Biasa – Dr. Ruzaimi Mat Rani15 — PILIHAN ANDAData Atau Panggilan Percuma?

16 — TAHUKAH ANDA? Tips Memilih Pelan

2

SHOUT! H1 2016

Page 3: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

IKON

orang menganggap tiada lagi harapan untuk beliau berjaya dalam kehidupan. Namun, bagi anak muda ini, dia percaya itu bukanlah penamat dan titik noktah untuk masa depannya. Kerana minat berniaga, dia menyimpan angan-angan untuk menjalankan perniagaan yang besar. Dengan modal RM450.00 beliau membuka gerai menjual kosmetik di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya dan Sri Andalas pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Tanpa diduga, sambutan yang diterimanya cukup luar biasa. Keuntungan yang diperoleh mencecah ribuan ringgit dalam tempoh sebulan. Karakternya yang bermulut becok dan bersuara “kepit” berjaya menarik perhatian pelanggan. Minat beliau dalam dunia kosmetik membawanya untuk melebarkan perniagaannya dan beliau cuba-cuba untuk membuat permohonan pinjaman di bank, namun ditolak. Berkat bantuan kawan-kawannya yang membantu memberikan keyakinan kepada pihak bank, akhirnya beliau berjaya mendapatkan modal awal RM100,000. Wang itulah yang berjaya mengubah perjalanan hidup Dato’ Aliff Syukri. S

Pada ketika anak muda seusianya baru mencari-cari hala tuju hidup, mengenal dunia keseronokan dan bertungkus-lumus membina kekukuhan kewangan, Dato’ Aliff Syukri

Kamarzaman sudah berada jauh di hadapan. Di dada jejaka berusia 29 tahun dan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, ada tekad yang bulat, iltizam setinggi gunung, semangat nan membara, keberanian yang melangkaui segala-galanya dan cita-cita yang luar biasa untuk menggenggam kejayaan dalam perniagaan!

Meniti kisah perjalanan Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn. Bhd., sememangnya bagaikan mendengar sebuah storytelling, iaitu kisah anak kecil berusia lima hingga 12 tahun yang dicaci dan dipulaukan oleh kanak-kanak seusianya kerana dirinya dianggap bodoh, disebabkan beliau berada dalam kelas pemulihan bermula dari darjah satu hingga darjah enam. Kisah sedih Dato’ Aliff ini berlanjutan sehingga beliau berada di tingkatan satu hingga lima kerana beliau gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada ketika itu, semua

Dato’ Aliff Syukri KamarzamanEmpayar Terlajak Laris

3

SHOUT! H1 2016

Page 4: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

IKON

Kekuatan empayar Dato’ bukan hanya terletak pada produk tetapi pada personaliti Dato’?

Benar. Ada yang memanggil saya sebagai lelaki bersuara kepit, kecoh, makcik, orang kampung, dan pandai berlakon untuk menarik perhatian netizen. Tidak mengapa, saya tetap ok. Namun, semua pihak perlu faham bahawa saya seorang usahawan dan jurucakap merangkap model kepada produk yang saya hasilkan. Saya menghabiskan sekurang-kurangnya RM2 juta ringgit sebulan untuk tujuan pengiklanan dan muncul di kaca TV, radio, surat khabar dan majalah. Saya tidak melakukan perkara tersebut untuk suka-suka tetapi demi perniagaan. Bayangkan untuk saya muncul di kaca TV dalam tempoh dua minit, saya perlu membayar RM60,000. Saya perlu memastikan produk saya dikenali dan diyakini pengguna. Apabila orang mengenali saya, secara tidak langsung pengguna mengenali rangkaian produk D’Herbs. Personaliti saya adalah produk saya dan apabila saya mempunyai 1.2 juta orang pengikut di Facebook dan Instagram, produk saya akan lebih dekat dengan pengguna dan pelanggan. Saya telah melalui banyak “pintu”, jatuh bangun dan linangan air mata untuk membina empayar D’Herbs, maka saya mahu memastikan D’Herbs terus berkembang dan menguasai pasaran sebagai juara kosmetik di Malaysia dan Asia.

Usahawan dalam talian tumbuh bagai cendawan, apa komen Dato’?

Tujuh tahun yang lalu, ketika saya memulakan perniagaan, tidak ramai yang berniaga secara dalam talian. Begitu juga dengan saya. Namun, kira-kira tiga tahun yang lalu, muncul jenama Bella Ammara, Vivy Yusof dan Nealofar Hijab yang menjadi kegilaan ramai. Dalam sekelip mata, usahawan muda ini bergelar jutawan dan dikenali ramai. Kejayaan anak muda inilah yang mencetuskan lebih ramai usahawan dalam talian di negara ini, maka pada hari ini ramai yang mahu jadi seperti mereka. Ini perkembangan yang sihat bagi negara yang mengakses internet antara yang tertinggi di dunia.

Dato’ percaya kepada perniagaan secara dalam talian?

Ya. Sudah tentu. Pengaruh pemasaran perniagaan dalam talian berada pada kedudukan kedua selepas pemasaran di kaca TV. Tabiat membeli-belah rakyat Malaysia sudah berubah kepada dalam talian. Pelbagai jenis perniagaan dalam talian muncul. Usahawan yang bijak perlu mengikut peredaran masa, oleh itu sejak tiga tahun yang lalu, D’Herbs turut menguasai jualan secara dalam talian dan hasilnya cukup luar biasa.

Di mana letaknya kekuatan pemasaran dalam talian?

Sudah tentu kepada respons, reka letak, paparan produk, ayat, dan interaksi kepada pelanggan. Perniagaan dalam talian berjalan 24 jam tanpa henti. Maka, pelanggan sudah tentu mengharapkan respon yang cepat terhadap sebarang pertanyaan. Terus terang saya katakan bahawa, saya memiliki kumpulan yang menguruskan Facebook dan Instagram saya. Mereka perlu mengemas kini jenis produk, program dan aktiviti yang bukan sahaja melibatkan produk D’Herbs tetapi juga yang melibatkan saya. Kumpulan ini merupakan tulang belakang yang kuat untuk pemasaran dalam talian saya.

D’Herbs untuk 10 tahun akan datang?

D’Herbs berazam untuk menjadi jenama kosmetik yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Pada hari ini, saya memiliki 45 buah cawangan kosmetik dan 30,000 orang agen di seluruh Malaysia. Wisma yang dibina di Kota Damansara, saya beli dengan harga RM30 juta. Saya juga memiliki bangunan di Thailand, Cambodia dan Indonesia. Produk D’Herbs juga sudah menembusi pasaran Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Saya juga mempunyai dua buah spa (Selangor dan Negeri Sembilan), juga Aliff Syukri Properties Sdn. Bhd. yang memiliki lebih 200 hartanah di seluruh Malaysia, dan kilang sendiri yang dikenali sebagai Aliff Herbs Manufacturing Sdn. Bhd. Saya percaya tiada yang mustahil. Dahulu saya mahu produk saya menjadi “jaguh kampung” di Malaysia tetapi pada hari ini saya mahu negara Asia kagum dengan produk saya kerana kekuatan perniagaan secara dalam talian membawa kami untuk mencapai misi tersebut.

Dato’ terkenal dengan gimik dan ramai yang ingin mengikuti jejak Dato’. Komen Dato’?

Dalam perniagaan terdapat beberapa fasa. Saya melakukan gimik pada ketika saya berusia 23 tahun dan saya menganggap usia itu bersesuaian dengan gimik yang saya lakukan walaupun ada yang menjengkelkan. Gimik yang saya lakukan bukan untuk glamor tetapi untuk menjana pendapatan. Glamor tapi tiada duit, “you have nothing”. Saya suka membuat sesuatu kerja dengan pantas tetapi berhasil. Pada awal kemunculan saya di kaca TV, terlalu ramai yang mengecam saya seolah-olah ada 1000 orang “askar” yang mahu menjatuhkan saya. Oleh itu saya perlu memastikan saya berada di atas “bukit” bagi memastikan kecaman itu tidak menjatuhkan saya.

Tiga perkataan yang menggambarkan Dato’?

Orang kampung, cerewet dan kedekut. Saya tidak pernah lupa asal-usul saya sebagai anak kampung. Saya perlu menjadi cerewet untuk pastikan produk yang saya hasilkan berkualiti dan selamat. Saya hanya membeli barangan berjenama dan merasa menaiki penerbangan kelas perniagaan selepas wang simpanan saya mencecah RM30 juta.

Berapa banyak masa yang Dato’ peruntukkan untuk melayari internet pada setiap hari?

Setiap lima minit, saya akan mencapai laman Facebook dan Instagram menerusi telefon bimbit saya.

Dato’ memiliki 1.2 juta pengikut di Instagram, sejauh mana Dato’ mempercayai mereka?

Kejayaan saya pada hari ini kerana mereka mempercayai saya dan produk yang saya hasilkan. Oleh itu, saya juga meletakkan kepercayaan yang penuh kepada mereka. Tanpa mereka saya tidak akan berada di sini. Saya dan rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan membenarkan kita untuk mengakses internet tanpa sebarang sekatan. Kita bebas berniaga di Facebook dan Instagram. Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia, ambil peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya!

Pertemuan kumpulan editorial SHOUT dengan pemenang Anugerah Usahawan Ikon 2016 ini di Wisma D’Herbs, Kota Damansara adalah bertujuan untuk menyingkap rahsia kejayaan beliau. Ikuti temu bual eksklusif bersama usahawan, jutawan dan selebriti Terlajak Laris!

4

SHOUT! H1 2016

Page 5: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

MENAKLUKI PERNIAGAAN DALAM TALIAN DI MALAYSIATidak ramai yang tahu bagaimana mereka bermula. Bagaimana mereka membina nama, membina kepercayaan, dan membina kejayaan. Yang pasti, mereka meletakkan keyakinan yang besar kepada perniagaan secara dalam talian (online). Bagi mereka, perniagaan seumpamanya mampu mengubah masa depan dan mampu membina legasi serta empayar perniagaan. Mereka menggunakan kebijaksanaan sepenuhnya dalam mengemudi perniagaan berdasarkan kekuatan teknologi komunikasi dan multimedia. Kekuatan dunia tanpa sempadan itu membawa nama dan jenama yang mereka cetuskan merentas ruang maya. Mereka dikagumi, jenama mereka dipercayai, kehebatan mereka diakui, dan turut memiliki pengikut yang sangat ramai. SHOUT! H1 2016 menggelar mereka raja dan ratu e-dagang. Ayuh! Kenali 10 usahawan dalam talian yang cukup berjaya di Malaysia. Meskipun pilihan perniagaan mereka berbeza-beza, tetapi medium perniagaan mereka sama.

Semuanya bermula apabila wanita cantik manis ini terlalu meminati fesyen

dan berkongsi maklumat di blognya, ProudDuck.com. Ketika itu, usianya masih muda, 20 tahun. Berada jauh dari keluarganya kerana melanjutkan pengajian di London, gadis bernama Vivy Yusof ini cuba-cuba mengintai peluang yang ada.

Menerusi blognya, Vivy mengumpul pengikut dan apa yang diperkatakan dan dikongsinya pasti mengujakan pembaca. Dek perubahan gaya hidup dan kekangan masa, ramai yang mula melakukan urusan jual beli secara dalam talian. Oleh itu, Vivy merasakan mengapa tidak dia mencuba memulakan perniagaan dalam talian. Maka, pada tahun 2010, beliau dan suaminya, Fadzarudin Anuar menubuhkan FashionValet yang menjadi destinasi dalam talian bagi jenama fesyen Asia

VIVY YUSOF

NADHIR ASHAFIQ ZAINAL ABIDIN& GOH CHEE HAU ERIC CHENG & TEOH JIUN EE

TheLorry.com adalah laman

web menempah lori sewa yang mudah dan menyenangkan. Diasaskan oleh

dua orang anak muda, Nadhir Ashafiq Zainal Abidin dan Goh Chee Hau. Cetusan idea TheLorry.com bermula apabila Nadhir bekerja di ABDA Group dan mengetuai bahagian penghantaran dan logistik. Melihat kepada potensi yang ada pada industri logistik, Nadhir sengaja bereksperimen dengan pasaran menyewa lori dengan membuat pengiklanan ringkas dalam Majalah.com. Ternyata, sambutannya luar biasa. Pada mulanya, Nadhir membangunkan versi prototaip TheLorry.com menggunakan perkhidmatan Blogspot dan JotForm sebelum beralih ke web.

Carsome.my diasaskan oleh dua sahabat, iaitu

Eric Cheng dan Teoh Jiun Ee. Carsome.my adalah laman web automotif pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jualan kereta paling bijak,

cepat, telus, dan memberikan anda harga trade-in yang adil berdasarkan keadaan kereta sebenar anda. Carsome.my juga menyediakan peluang tawar-menawar dan pengalaman membeli kereta dengan cara yang paling mudah khususnya untuk pembeli kereta baru melakukan penyelidikan, perbandingan kereta, dan mendapatkan sebut harga. Kini sebagai portal automotif yang berpangkalan di Malaysia, Carsome.my bakal berkembang dan meletakkan misi untuk menjadi saluran nombor satu untuk membeli dan menjual kereta. Setakat ini, Carsome.my mampu menarik purata 200,000 pengguna aktif pada setiap bulan dan menyasarkan mendapat 1 juta pengguna aktif setiap bulan di seluruh rantau ini.

IKON

10 USAHAWAN

yang menjual pakaian, kasut, dan aksesori, yang bertujuan membawa aliran fesyen terkini ke pintu rumah pelanggan. FashionValet memperagakan lebih 500 jenama Asia Tenggara, yang separuh daripadanya hasil tangan pereka Malaysia dan 180 jenama dari Indonesia. Sungguhpun ditubuhkan di Malaysia, 40 peratus daripada jualan dalam talian diperoleh daripada pelanggan antarabangsa. Lebih membanggakan, portal fesyen e-perdagangan ini berjaya menjana dana Series B bernilai jutaan Dolar AS daripada Start Today Co Ltd yang merupakan pemilik dan pengendali pasar raya fesyen dalam talian terbesar Jepun, ZOZOTOWN. Pelaburan itu diperoleh setelah genap setahun kejayaan FashionValet meraih pelaburan Series A diterajui Elixir Capital yang berpangkalan di Lembah Silikon, Amerika Syarikat. Sudah tentu, pengalaman mereka dalam membangunkan ZOZOTOWN hingga berjaya menjadi portal e-perdagangan fesyen utama di Jepun yang amat bernilai kepada FahionValet.

TheLorry.com mengambil langkah mengurangkan pelbagai proses tempahan lori dan menyediakan hanya tiga soalan yang perlu dijawab oleh pengguna. Kelebihan TheLorry.com ialah mereka hanya mengambil keuntungan sebanyak 10 peratus daripada nilai sewaan yang dibuat, dijamin barang yang dihantar selamat sampai ke destinasi yang dituju, dan proses sebut harga yang pantas iaitu dalam masa 30 saat. Sehingga kini, sebanyak lima buah syarikat logistik bekerjasama dengan TheLorry iaitu Hanass Transport Services, Aspara Logistics, CASS Transport Movers, Zuridan Distribution dan Barakah Enterprise.

5

SHOUT! H1 2016

Page 6: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

ENGKU ISA AL-HUSAM

KHALIF SAMSUDIN & BELLE AL-YAHYA

Selepas berkahwin dengan Belle Al-Yahya, pada tahun 2012, Carl mengambil keputusan untuk berniaga secara

dalam talian dengan menggunakan modal RM1000 yang dipinjam daripada ibunya. Pasangan ini membuat sembilan pasang telekung berwarna. Pada 1 Julai 2013, butik Bella Ammara yang pertama beroperasi di Setapak, kemudian di Shah Alam (29 Ogos 2015), Bangi (28 Mac 2015), Sungai Petani (30 Mei 2015), dan kelima Johor Bahru (28 Ogos 2015). Daripada situ, pasangan ini membina jenama Bella Ammara yang berasal daripada gabungan terjemahan

Saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja sebagai Ahli Kimia di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Ahli Kimia -

Google, buku, blog dan YouTube adalah kawan baik saya. Dalam satu tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Saya sedar 99%

manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti sebagai Ahli Kimia kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh

miskin.- Khalif Samsudin atau lebih dikenali sebagai Carl.

Setiap daripada kita sudah tentu kecur air liur apabila tiba-tiba teringat

sambal tempoyak ikan masin, pekasam ikan lampam, atau cencaluk Melaka yang asli. Benar kan? Ya, kita akui sahaja bahawa semua itu bukan mudah untuk didapati. Bayangkan, berbaloikah untuk kita memandu ke Temerloh semata-mata untuk mendapatkan tempoyak ikan masin atau ke Melaka untuk membeli sebotol cencaluk? Dengan kesibukan masa, sudah pasti kita tercari-cari alternatif dengan cara termudah untuk memenuhi cita rasa kita. Foodmarket.com.my adalah penyelesaian kepada masalah mendapatkan makanan popular, etnik dan tradisional tempatan kerana syarikat milik anak muda ini berjaya menghimpunkan barangan daripada 200 produk yang terdiri daripada pelbagai

Dua anak muda ini,

iaitu Anthony Tan dan Hooi Ling Tan, dinobatkan sebagai finalis pertandingan

Harvard Business School’s 2011 Business Plan. Pada ketika itu, dua anak muda kelahiran Malaysia ini mengambil inspirasi daripada usaha menyelesaikan masalah

ANTHONY TAN & HOOI LING TAN

IKON

jenis sambal dan produk jenama tempatan yang lain. Foodmarket.com.my baru sahaja menginjak usia dua tahun apabila Engku Husam memulakan operasi perniagaannya pada tahun 2014. Bukan sahaja memasarkan produk tempatan, Foodmarket.com.my turut menapak ke satu tahap apabila turut menjual lebih 200 produk import. Kejayaan anak muda ini bermula pada tahun 2011 apabila beliau menerusi syarikatnya, Syarikat Husam Waksa Sdn. Bhd. mengambil keputusan untuk menumpukan pasaran di Arab Saudi dan berjaya

mengeksport lebih daripada 500 jenis produk makanan Malaysia ke Arab Saudi. Syarikatnya juga mempunyai akaun di pasar raya utama di negara tersebut dan memegang hak pengedaran untuk beberapa jenama besar di Malaysia seperti Yeo’s, Adabi, F&N, Faiza dan banyak lagi. Hari ini, Foodmarket.com.my menjadi sebuah e-dagang yang menarik dan berdaya maju serta menawarkan penghantaran meliputi seluruh ASEAN dan beberapa negara luar, seperti dari Brunei, London, Arab Saudi, Jerman dan banyak lagi.

Foodmarket telah menjadi satu gaya hidup baru membeli-belah dalam talian untuk rakyat Malaysia.

Jangan terkejut jika anda boleh membeli petai dan pada masa yang sama jenama dari UK daripada kami!

– Engku Isa Al-Husam.

Perancis dan Parsi yang bermaksud “wanita dengan iman yang kuat”. Selepas lima tahun Bella Ammara : 1. Pengeluaran 10 kali ganda sebulan dari tahun sebelumnya.2. Berjaya membina jenama lain - Pudore dan Osra3. Berjaya mempunyai studio fotografi sendiri.4. Berjaya membuka Bella Ammara di Shah Alam.5. Masih berjaya tidak lakukan pinjaman bank dan tidak mempunyai

kad kredit.

kurang efisiennya sistem perkhidmatan awam yang banyak berlaku. Maka, mereka membina aplikasi Grab dengan menawarkan pilihan pengangkutan iaitu teksi, kenderaan persendirian, dan motosikal. Pada tahun 2012, aplikasi GrabTaxi dilancarkan dan dalam sekelip mata, aplikasi tersebut mendapat 11000 muat turun. Kini, hanya dalam tempoh empat tahun, GrabTaxi berjaya beroperasi di Singapura, Malaysia, Thailand, Filippina, Vietnam dan Indonesia. Sejak ditubuhkan

pada tahun 2012, ribuan pemandu telah menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar GrabTaxi untuk menerima tempahan di Malaysia, Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Dengan lebih 6.1 juta muat turun aplikasi mudah alih GrabTaxi di rantau ini dan 11 tempahan sesaat, GrabTaxi telah menjadi peneraju pasaran di Asia Tenggara. GrabTaxi terus memperkembangkan perkhidmatannya dengan lebih 110,000 pemandu di bawah jenama itu di seluruh Asia Tenggara.

6

SHOUT! H1 2016

Page 7: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

IKON

Pernahkah anda terfikir makanan kegemaran anda dihantar di depan pintu rumah anda? Atau mendapatkan

lesen, memperbaharui lesen atau membayar denda tanpa perlu beratur di kaunter? Dengan NeonRunner, semua urusan itu menjadi mudah! Ditubuhkan pada September 2014, NeonRunner (www.neonrunner.com) muncul selepas M. Kanashan menyedari betapa kehidupan di kota dapat diseimbangkan sekiranya orang ramai memiliki lebih banyak masa bersama keluarga. Oleh itu, beliau dengan sahabat baiknya, Arvind Patmarajah, mengambil keputusan membina sebuah perniagaan untuk membantu orang ramai menyelesaikan pelbagai jenis urusan. Sejak penubuhannya, NeonRunner telah berkembang dan kini mempunyai kira-kira 150 orang “pelari” untuk menampung kira-kira 500 penghantaran pada hari biasa dan jumlah tersebut pernah mencecah 1000 penghantaran pada setiap hari. Semuanya dibuat dengan cara yang mudah, iaitu melalui dalam talian.

Semuanya bermula apabila Raja

Jesrina Arshad membina sebuah laman web untuk menjalani gaya hidup sihat yang mampan. Wanita ini percaya bahawa “kita adalah apa yang kita makan”. Pada awal tahun 2015, Raja Jesrina terserempak sekumpulan blogger makanan sihat yang membuat resipi gluten, tenusu, telur dan gandum secara percuma. Dengan melakukan kajian dan menyediakan makanan seperti burger, piza, kek keju dan brownies, iaitu menggunakan bahan semula jadi dan bahan-bahan yang sihat, Raja Jesrina percaya bahawa dia mampu membantu ramai orang untuk menjalani hidup yang lebih sihat. Maka beliau memutuskan untuk membina www.Purelyb.com.

Bermula daripada hanya sebuah Toyota Alphard, syarikat kereta sewa ini

berkembang sehingga berjaya memiliki 1100 buah kereta sewa hanya dalam tempoh tiga tahun. KLezCar, merupakan sebuah syarikat kereta sewa yang menawarkan pelbagai jenis kenderaan dan motosikal berkuasa besar yang dimiliki oleh anak muda, Shahril Sidek. Sebagai Ketua Pegawai Operasi, sudah tentu kejayaan anak muda ini tidak datang bergolek. Mengimbas kembali perjalanan kejayaannya, pada tahun 2012 beliau yang menjawat jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 (Air Traffic Controller) di KLIA, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan menubuhkan perniagaan dalam bidang penyewaan kenderaan yang dikenali sebagai KLezCar. Pada tahun 2015, KLezCar

Mengemudi belon udara panas bukan sahaja aktiviti yang dekat di hati dua wanita ini

kerana di situ terletaknya legasi perniagaan keluarga mereka. Dua beradik ini, Nur Izzati Khairudin, 29, dan adiknya, Nur Atiqah, 27, merealisasikan impian mereka pada November tahun lalu, dengan memperoleh lesen juruterbang peribadi (PPL) di Sepanyol. Nur Izzati yang juga Ketua Pegawai

Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd dan Nur Atiqah yang menggalas tugas sebagai Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam tidak mensia-siakan pengaruh media sosial dalam meluaskan perniagaan mereka. Menerusi www.myballoonfiesta.com, mereka menyasarkan untuk menerbangkan 60 penumpang pada setiap bulan, dengan bayaran antara RM850 hingga RM1,150 bagi pakej untuk dua, enam dan lapan orang pada ketinggian melebihi 1.2 meter, selain saiz dan kapasiti belon.

M. KANASHAN & ARVIND PATMARAJAH

1. Bill Gates Tokoh terhebat dalam revolusi komputer. Beliau ialah pengasas bersama Microsoft Inc, perusahaan software

yang diusahakan bersama Paul Allen. Nilai bersih kekayaannya mencecah US$86 bilion (2016).2. Pierre Omidyar Membangunkan eBay pada usia 28 tahun, iaitu pada tahun 1995 dan beliau menjadi jutawan pada usia 31.

Sebelum dikenali sebagai laman lelongan eBay, perniagaan dalam talian miliknya itu dikenali sebagai Auction Web. Nilai bersih kekayaannya mencecah US$7.2 bilion (2016).

3. Larry Page Pengasas Google dan merupakan CEO Google Inc. Google merupakan mesin pencari yang popular di

seluruh dunia. Perniagaan Google pada hari ini berkembang menjadi “raksasa” dunia internet hasil kerja keras Page dan sahabatnya Sergey Brin. Nilai bersih kekayaannya mencecah US$ $37 bilion in (2016).

4. JeffreyPreston atau lebih dikenali sebagai Jeff Bezos merupakan Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Amazon.com. Bezos ialah graduan Tau Beta Pi dari Universiti Princeton, bekerja sebagai penganalisis kewangan untuk D. E. Shaw & Co. sebelum mengasaskan Amazon.com pada tahun 1994. Nilai bersih kekayaannya mencecah US$65.8 bilion (2016).

NUR IZZATI KHAIRUDIN & NUR ATIQAH KHAIRUDIN

RAJA JESRINA ARSHAD

SHAHRIL SIDEK

Ingin Memulakan Perniagaan DALAM TALIAN?

IKON DUNIA PERNIAGAAN ONLINE

menakluki negeri di seluruh Malaysia dengan memiliki lebih daripada 80 cawangan. Shahril amat percaya bahawa sistem perniagaan secara dalam talian mampu menjana lebih banyak pendapatan kerana kepantasan proses perniagaan secara dalam talian mengatasi segala-galanya. Oleh itu, beliau membina Laman web KLezCar.com yang menggunakan sistem “real time booking”, iaitu pelanggan dapat memilih mana-mana lokasi di seluruh Malaysia dan memilih kenderaan yang dikehendaki pada tarikh yang sesuai tanpa menggunakan orang tengah.

Ikuti langkah ini… 1. Cari permintaan, masalah dan penyelesaian prospek.2. Tulis ayat jualan yang power.3. Bina laman web yang menarik dan mudah digunakan.4. Gunakan enjin carian untuk menarik trafik ke laman

web anda.5. Gunakan media sosial untuk penjenamaan.6. Tingkatkan kredibiliti anda, jadi seorang yang pakar.

7. Follow up pelanggan anda menggunakan pemasaran emel.

8. Tingkatkan jualan anda melalui back-end sales dan upselling.

9. Fokus dan konsisten.10. Jangan mudah mengaku kalah. (Sumber : Entrepreneur.com)

7

SHOUT! H1 2016

Page 8: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

Untuk Memanjangkan Tempoh

Telefon PintarBATERI

ANDA

@cfm_malaysia consumer.forum.malaysia cfm.my

8

SHOUT! H1 2016

Page 9: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

Pada zaman teknologi masa kini, siapa saja boleh terus dikenali dengan bakat tersendiri melalui bantuan aplikasi tertentu. Berjenaka di samping menghiburkan pengikut adalah trend masa kini. Walau sekadar hiburan, namun ia ternyata mampu untuk mempopularkan seseorang dari orang biasa sehingga menjadi terkenal persis artis terkemuka. Aiman Salim adalah antara bintang #instafamous yang semakin menonjol. Video jenaka yang dimuat naik ternyata mencuit hati. Kini, di laman Instagramnya, pengikut beliau sudah mencecah 73 ribu! Hebat bukan? Jom kita kenali dengan lebih dekat individu unik ini.

Bagaimana Aiman boleh terkenal dalam masa yang singkat?

Sejujurnya ia bermula dengan video yang saya rakam dan muat naik di laman Instagram peribadi saya. ‘‘If you hit a jackpot, you’ll win everything’’. Begitu juga dengan video saya. Dulu, tidak semua video saya muat naik orang akan terus meminatinya. Tapi, bila keluar satu video yang boleh dikatakan betul-betul lawak serta menghiburkan, ramai yang mula “melaburkan” masa untuk mengikuti instagram saya. Ia umpama “jackpot”, ataupun dengan istilah lain, rezeki. Alhamdulillah, ini boleh dikira rezeki untuk saya dikenali ramai. Saya tidak mahu jadi hipokrit. Pasti ramai yang berkata, ‘alah tidaklah popular mana dia ini’. Tidak, saya bukanlah orang yang begitu. Saya percaya pada diri sendiri di mana saya yakin saya bagus dengan apa yang saya buat, itu sudah cukup untuk saya teruskan.

Perhubungan dengan pengikut juga boleh dikatakan antara strategi utama personaliti #instafamous untuk terus dipuja. Perlu bijak mengawal situasi agar tidak dibenci di kemudian hari. Bagaimana pula dengan pandangan Aiman?

Jangan sesekali menghentam peminat. Macam saya, saya dinilai melalui video saya. Saya akui, tidak semua video saya best, malah banyak yang hambar. Tetapi apabila peminat memberi komen yang tidak sedap untuk dibaca, janganlah kita layan dan memendam rasa. Biarkan saja. Tunjukkan sifat profesional kita dalam menangani suatu perkara. Dari situ hati peminat akan dekat dengan kita. Satu lagi tip, saya selalu menjaga hati peminat

AIMAN SALIMPeminat Adalah Kekuatan Saya

#Instafamous

aimansalim_

saya dengan membuat video yang berkaitan dengan orang ramai. Dari situ juga, saya boleh tahu yang kehidupan saya dengan mereka tidak jauh beza.

Setiap kali video yang dimuat naiknya, pasti mendapat sambutan mencecah ribuan likes dalam masa yang singkat. Siapakah Aiman yang sebenarnya?

Saya Aiman, mak dan ayah saya panggil saya Aiman. Saya bukanlah sesiapa. Saya sebenarnya hanya mahu digelar seseorang yang merakam video sekadar untuk menghiburkan orang. Tiada niat lain, malah saya sendiri turut terhibur.

Perasaan Aiman sekarang?

Tipulah kalau saya kata tidak seronok. Siapa yang tidak suka menjadi terkenal, bukan? Tapi apa yang boleh saya katakan, saya masih lagi tidak biasa apabila ada orang datang menegur “eh awak yang buat video itu kan?” Masih janggal dengan situasi ini. Ya, ia sesuatu yang menggembirakan saya, tetapi penting untuk saya mengawal diri agar saya tidak lupa dari mana asal-usul saya. Selain dari menghiburkan orang, saya ingin bantu keluarga. Ibu bapa saya berkerah keringat untuk membesarkan saya dan adik beradik, jadi sudah sampai masanya untuk saya membantu keluarga pula.

Rugi sekiranya tidak menggunakan peluang ini untuk berniaga. Bagaimana Aiman mencipta peluang?

Ya, saya mempunyai sebuah perniagaan dalam talian, iaitu menjual pakaian tempatan sebagai “Young People”. Saya adalah seorang pelajar dan pastinya tidak lari dari masalah kekusutan bajet dan wang saku. Namun, dengan perniagaan ini, saya dapat menjana pendapatan sedikit untuk menyara kehidupan. Saya bertuah dengan adanya medium Instagram ini, saya dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Buat mereka di luar sana, lakukan apa saja yang anda minat. Jangan berputus asa. Akhir sekali, jangan lupa untuk ikuti akaun instagram perniagaan saya iaitu @youngpeopleclothing serta akaun peribadi saya @aimansalim_. S

9

SHOUT! H1 2016

Page 10: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

10

SHOUT! H1 2016

Page 11: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

Pada tahun 2010, apabila cetusan idea anak muda, Amir Muhammad untuk membina syarikat yang menerbitkan novel dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Buku Fixi, ramai yang menganggap usaha itu “biasa - biasa saja”. Tetapi, disebabkan Amir punya pengikut dan Amir sendiri punya bakat hebat dalam menghasilkan novel, namanya mula meniti di bibir pembaca novel. Ketika ramai orang tergila-gila menjual pelbagai produk kecantikan dan pakaian secara dalam talian, Amir mencuba sesuatu yang lain dan sudah tentunya tidak popular di mata kebanyakan orang. Namun, ternyata usahanya berbaloi. Buku Fixi mencetuskan fenomena. Kini, jejaka ini sudah boleh tersenyum, bukan kerana dia berbangga dengan dirinya sendiri, tetapi kerana dia berbangga melahirkan begitu ramai penulis sekaligus menjana pendapatan mereka dan paling penting memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Jom kita kenali siapakah Amir Muhamad dan Buku Fixi miliknya.

TERIMA KASIH FACEBOOK!Jika dilihat trend masa kini, dek kerana penggunaan telefon pintar dan media sosial yang semakin berleluasa, buku berbentuk fizikal bukan lagi pilihan utama masyarakat untuk mendidik mahupun berhibur. Jika ada sekalipun, hanya novel cinta remaja yang masih mengujakan pembaca. Itupun kerana banyak daripadanya menjadi pilihan penerbit filem dan drama untuk diadaptasi ke layar panggung mahupun kaca TV. Atas sebab itu, agak sukar untuk syarikat penerbitan menerbitkan sebarang naskhah yang diminati namun tidak bagi Buku Fixi. Ya, Buku Fixi merupakan medium penerbitan majalah alaf baru di mana ia memberikan peluang kepada penulis amatur menghasilkan karya yang “sedikit berbeza” dan menjualnya secara dalam talian mahupun di rangkaian kedai buku terkenal. Idea untuk menubuhkan Buku Fixi ini datang pada bulan Ogos 2010 di satu acara anjuran syarikat rangkaian buku Popular. Waktu itu, 10 novel Melayu yang paling laris untuk tahun sebelumnya disenaraikan, dan hampir kesemuanya terselit perkataan ‘cinta’ dan ‘kasih’ pada setiap tajuknya. Saat itu, saya terus terfikir untuk membuat satu kelainan. Call for entries. Ya, di situ saya menghantar mesej kepada kesemua ahli Facebook Matahari Books, iaitu syarikat pertama saya dan menyenaraikan cadangan buat sesiapa yang mahu menulis. Syarat yang saya letak, antaranya 60,000 perkataan sahaja, berbahasa slanga dan celupar, bertemakan urban dan kontemporari serta satu perkataan untuk setiap judul. Daripada 2500 ahli, 11 yang memberi respon, namun tiga novel (mengikut kriteria) melepasi tapisan iaitu Pecah, Cekik dan Kougar. Tanpa Facebook, Buku Fixi tidak mungkin dapat dilancarkan dan dikenali.

BERIDENTITI, UNIK DAN BERBEZAFixi nama unik seunik konsepnya. Nama syarikat diambil dari Bahasa Indonesia “fiksi” yang dicedok dari perkataan Bahasa Inggeris “fiction”. Pendek kata, menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang asli dalam dunia novel ini.

INSPIRASI MALAYSIA

Bagaimana pula dengan sasaran pembaca Buku Fixi? Sasaran pembaca kami adalah sesiapa saja yang boleh membaca bahasa kebangsaan kita, termasuk mereka yang lebih suka membaca dalam bahasa Inggeris. Malah ‘gaya Fixi’ berbeza dengan gaya Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami ingin menekankan plot dan gaya yang berbeza yang immediate dan in your face. Ayat lebih celupar, rojak dan berslanga. Jika di negara orang putih, ia digelar pulp fiction. Genre pulp-fiction ini tertumpu kepada elemen kehidupan yang gelap, sensasi dan panas, namun masih menjaga isu sensitiviti. Malahan, konsep kulit buku kami juga berbeza. Berbeza dengan kebanyakan novel yang menggunakan fotografi, kami menggunakan ilustrasi.Tidak gusar dengan industri penerbitan yang kian merundum dek minat membaca rakyat Malaysia yang semakin “mati”? Dan apa pula strategi Buku Fixi untuk kekal “hidup”? Kami percaya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sebenarnya minat membaca. Ya, Buku Fixi terilham dari deretan novel cinta yang terlampau banyak, namun kami bukan anti cinta. Cuma kehadiran kami adalah untuk menambah variasi dan seri dalam scene novel Melayu yang sememangnya masih lagi happening! Empat daripada buku kami telahpun dijual hak penerbitan ke Indonesia, dan tiga juga telah dijadikan filem, iaitu Pecah, KL Zombi (adaptasi novel Zombijaya) oleh Grand Brilliance yang telah keluar, dan Gantung oleh Red Films yang akan menemui penonton akhir tahun ini.Apa harapan terhadap Buku Fixi? Ya, saya ingin melihat Buku Fixi menjadi pilihan buat pembaca yang inginkan kelainan dalam rejim bacaan mereka. Kami juga berharap agar dapat melahirkan ramai penulis novel dan seterusnya ‘menghidupkan’ industri penerbitan. Pembaca boleh melayari laman web fixi.com.my untuk memilih pilihan bacaan yang kami tawarkan. Kami juga boleh diikuti di laman sosial dan juga melawati rangkaian kedai buku popular di seluruh tanah air. Akhir kata, selamat membaca! S

Perintis Dunia Penerbitan Alaf Baru

AMIR MUHAMMAD

11

SHOUT! H1 2016

Page 12: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

KAEDAH MELAPORKAN ADUAN KE CFM

consumer.forum.malaysia @cfm_malaysia

KAEDAH MEMBUAT ADUAN

TAHUKAH ANDA SEBAGAI PENGGUNA?Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, ketahui saluran yang betuluntuk menangani aduan anda. Pelbagai agensi & pihak berkuasa yangberlainan dilantik berdasarkan jenis perkhidmatan. Jadi, fahami dan

jimatkan masa anda dengan melaporkan aduan kepada saluran yang betul.

Bil Tinggi? SMS tidakdiminta?

TV tiadasiaran?

Telefontiada talian?

Isu penggunamengenai

perkhidmatankomunikasi &multimedia

Hubungipembekal

perkhidmatananda untuk

penyelesaian

Tiadapenyelesaian/

tiadamaklum balas

Rujuk kepadaCFM

aduan.cfm.org.my

Masih tidakberpuas hati?

Rujuk kepadaAduanMCMC

36668

@

Lodge a complaint directly to the Complaint Online Portal (COP) :www.complaint.cfm.org.myAjukan aduan kepada Portal Aduan Online (COP) :www.aduan.cfm.org.my

Email to/ Emel kepada :[email protected]

Call to Consumer Hotline /Hubungi Talian Hotline Pengguna :1-800-18-2222

Fax in to / Faks kepada : +603-8320 9083

Walk-in or write to /Laporkan terus kepada :Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC),Off Persiaran Multimedia, Jalan Impact63000 CyberjayaSelangor

Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia

cfm.my

12

SHOUT! H1 2016

Page 13: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

Agen Transformasi Luar Biasa -

Sujana Mohd Rejab

INSPIRASI MALAYSIA

Boleh ceritakan latar belakang projek transformasi yang dicetuskan? Sujana : Projek ini bermula secara suka-suka pada tahun 2014. Pada ketika itu saya sedang melihat-lihat cetakan 3D dan kemudiannya terjumpa sebuah artikel berkaitan seorang budak dari Amerika Syarikat yang mendapat “tangan 3D” secara percuma. Jadi, dari situlah saya mula terfikir untuk menghasilkan tangan cetakan 3D ini. Saya memuat naik satu reka bentuk tangan cetakan 3D di Facebook saya untuk mencari individu yang boleh mencuba ciptaan saya ini. Namun, tidak ramai yang berminat. Selepas lapan bulan, saya ambil keputusan untuk berikan tangan cetakan 3D itu kepada seorang kanak-kanak perempuan, Ainaa Amanda yang berumur tujuh tahun selepas menonton video Ainaa yang tiada tangan. Dari situlah tangan cetakan 3D saya menjadi viral dan mendapat perhatian media sosial. Apakah kelebihannya? Sujana : Terdapat dua jenis tangan ciptaan saya, iaitu mekanikal dan elektronik. Elektronik ini maksudnya kita pakai bateri dan lebih mahal. Bagi yang kurang berkemampuan, kita pakai mekanikal. Sesiapa sahaja boleh menghasilkan cetakan 3D ini sekiranya memiliki cetakan 3D dan software 3D. Sesiapa sahaja boleh cetak kemudian

Menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik harus ada pengorbanan. Tidak ramai yang mahu berkorban untuk sesuatu hasil yang belum pasti. Hanya indivdu yang benar-benar berbakat dan berjiwa besar yang akan mampu melakukan sesuatu di luar daripada kebiasaannya. Hasilnya, sudah pasti kejayaan akan berpihak kepada mereka. SHOUT! H1 2016 ini menyingkap kejayaan dua individu berbakat besar sehingga mereka diiktiraf sebagai salah seorang daripada pemenang Agen Transformasi Nasional 2015.

beri kepada orang lain. Ciptaan ini tidak boleh diandaikan seperti tangan manusia, ia cuma sebagai alat bantuan sahaja. Ia bukan sahaja dapat membantu tugasan individu tersebut, malah membantu dari segi psikologi. Contohnya, seorang budak sekolah yang cacat tangannya akan berasa malu dan tersisih. Dengan menghadiahkan tangan 3D ini kepadanya, dia seolah-olah seperti robot, dan kawan-kawannya akan datang berkawan dengannya semula seperti biasa. Mungkin, selepas dua atau tiga bulan, dia tidak lagi memakai tangan 3D tersebut kerana dia sudah berasa selesa seolah-olah seperti manusia normal. Sasaran kita sekarang kepada psikologi dia, bukan tangan tersebut.

Bagaimana ciptaan ini dapat membantu masyarakat? Sujana : Bayangkan anda tiada jari, kemudian saya berikan jari secara percuma. Apa perasaan anda? Gembira bukan? Apabila saya menciptanya saya sering letakkan diri saya dalam keadaan kekurangan seperti mereka.

Kos keseluruhan projek?Sujana : Bergantung pada jenis kecacatan, kos sekitar RM300 ke RM1,000 setiap tangan mekanikal dan jika jenis elektronik RM2,500 ke atas.

Bagaimana untuk kita lahirkan lebih ramai anak muda yang berbakat besar seperti tuan? Sujana : Sebenarnya, minat dan keprihatinan itu penting dalam melahirkan lebih ramai anak muda dalam bidang ini. Saya perhatikan ramai yang berminat untuk menceburi bidang ini. Walaupun mereka tidak berbakat tetapi mereka masih boleh menyumbang material dan tenaga untuk membuat tangan cetakan 3D ini. Mereka juga boleh berkongsi tentang hal ini di Facebook sebagai tanda sokongan kepada projek ini.

Tuan seorang guru Bahasa Inggeris, kenapa berhenti?Sujana : Ya, saya berhenti. Bukan kerana tidak minat mengajar tapi saya mahu mendapatkan pengalaman berlainan dalam menyampaikan ilmu.

Apa lagi yang tuan ingin capai? Sujana : Saya ingin menjadi pengeluar Printer 3D yang akan dipasang sendiri di sini. Sekarang pun sudah ada. Barang-barang mentah adalah 80 peratus dari luar negara dan 20 peratus dari dalam negara.

Idola dan inspirasi?Sujana : Idola saya hanyalah seorang – Nabi Muhammad S.A.W dan inspirasi saya ialah Steve Jobs. S

13

SHOUT! H1 2016

Page 14: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

Dr. Ruzaimi Mat RaniLatar belakang projekyang dijalankan?

Dr. Ruzaimi: Saya mengambil inisiatif untuk membudayakan kemahiran melukis dalam membentuk generasi celik kemahiran komunikasi visual. Generasi kini dan seterusnya perlu diperlengkapkan dengan kemahiran komunikasi visual bagi memastikan komunikasi efektif dapat dicapai secara optimum. Seterusnya menyumbang kepada produktiviti. Saya mewujudkan aktiviti inisiatif ini sejak tahun 2007 melalui penghasilan buku di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berkaitan teknik melukis mudah seperti SketchingMasterclass, Sketching Basics, Visual Presentation dan Siri Buku Jom Melukis. Sketching Masterclass (telah dialih kepada bahasa Jepun). Tiga daripada buku tersebut telah memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagaimana cara untuk melahirkan lebih ramai individu seperti Dr.?

Dr. Ruzaimi: Saya berasal dariTerengganu dan belajar di beberapa sekolah rendah di Terengganu. Seterusnya, saya menyambung pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Saya beruntung diberi peluang untuk mendapat pendidikan dalam perspektif yang amat berbeza. Di MCKK, kami diberi pendedahan tentang kejayaan bekas pelajar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pendedahan ini membuatkan saya menjadi lebih dinamik tentang sesuatu perkara. Apa yang saya cuba ketengahkan adalah anak-anak muda perlu diberikan peluang untuk mengenal lebih dekat individu yang berjaya ini dengan lebih dekat. Saya cadangkan diwujudkan program mentor yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ianya perlu dibuat secara program jangka masa panjang (10-20 tahun) di mana anak-anak muda ini didik oleh mentor yang terpilih untuk program tersebut.

Buku wajib baca Dr. Ruzaimi: Visual Meetings and Visual Leaders oleh David Sibbet.

Membeli belah secara dalam talian memudahkan hidup kita, Dr. setuju? Kenapa?Dr. Ruzaimi: Setuju. Menjimatkan masa, capaian barangan yang diperlukan lebih besar dan jimat kos (tetapi perlu dibuat secara berhemah).

Lima barang yang dibelisecara dalam talian? Dr. Ruzaimi: Buku, pendaftaran keahlian, software dan aplikasi.

Tanpa teknologi kita akan…?Dr. Ruzaimi: Lebih perlahan dalammelakukan sebarang aktiviti terutama melibatkan hal-hal yang kompleks.

Apa projek dalam talian yang dijalankan? Dr. Ruzaimi: Saya juga bermula dengan beberapa buah projek dalam talian seperti penghasilan blog: freedrawinglesson.blogspot.com yang dilancarkan pada tahun 2008 untuk kegunaan pelajar belajar melukis secara dalam talian. Usaha ini diteruskan sehingga kini. Setakat 9 Ogos 2016, blog ini telah mempunyai seramai 326 pengikut dan views melebihi 2 juta. Pada tahun 2009, saya wujudkan saluran “miandza” di YouTube untuk mengembangkan kemahiran melukis kepada lebih ramai orang di seluruh dunia. Lebih 800 demo video telah dihasilkan oleh saya dan sebanyak 4.7 juta views dicapai. Seramai 20,777 turut melanggannya. Pada 2010, laman Facebook, freedrawinglessons diwujudkan bagi membolehkan lebih ramai

orang dihubungkan dengan pengetahuan dan kemahiran melukis. Hasilnya seramai 16,000 lebih pengikut berjaya dikumpulkan dan jumlah tersebut terus meningkat. Manakala, di Facebook (drawzania) hampir 4000 orang. Pada tahun ini, salah satu demo video yang saya hasilkan menjadi viral di Facebook, di seluruh dunia terutamanya di Amerika Latin. Pada tahun 2014, saya menghasilkan satu platform e-pembelajaran secara komprehensif iaitu platform www.drawzania.com dengan dana e-content Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Visi platform ini adalah untuk menjadi rujukan utama dunia dalam e-pembelajaran bagi teknik melukis menggunakan video demo. Setakat ini, platform yang disediakan telah berjaya menghasilkan sebanyak 3000 video demo yang merangkumi 14 kategori utama. Sehingga kini, hampir 2000 orang telah berdaftar menggunakan platform ini.

.............................

.............................

.............................

INSPIRASI MALAYSIA

Agen Transformasi Luar Biasa -

14

SHOUT! H1 2016

Page 15: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

‘‘ Memandangkan saya bukan rakyat Malaysia, saya lebih memilih data kerana memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan keluarga di kampung halaman di Filipina. Saya boleh memeriksa jadual penerbangan dan apa yang berlaku di seluruh dunia dengan hanya menggunakan data. Oleh itu, saya perlukan isyarat yang stabil agar saya boleh melayari internet dengan lebih pantas. Tidak seperti panggilan percuma, dengan data saya boleh berhubung tanpa limitasi.- Dale Franciscus Dizon, Filipina, Anak Kapal / Pramugara

‘‘Sekiranya saya diberi pilihan, saya mahukan data percuma kerana saya banyak menghabiskan masa di dalam talian berbanding menelefon seseorang untuk tempoh masa yang tertentu. Sekarang, sudah ada banyak Telco yang menawarkan panggilan percuma menggunakan data. Jadi, tiada masalah bagi saya.’’- Hafizan Mohd, Shah Alam, Eksekutif Swasta

‘‘Saya memilih data. Ini kerana dengan data saya masih lagi boleh membuat panggilan. Lagipun, saya lebih banyak menghabiskan masa melayari internet dan menghubungi kawan-kawan serta kenalan melalui WhatsApp saja. – Ain Mathir, Shah Alam, Usahawan

Data Atau Panggilan Percuma?

‘‘Saya lebih memilih untuk menggunakan data. Ini kerana, saya jarang membuat panggilan untuk

berhubung. Saya lebih suka berkomunikasi melalui pesanan teks di WhatsApp.

Telco perlu lebih peka terhadap kawasan-kawasan

yang sering mengalami masalah gangguan internet.’’

- Azwa Rahman, Ipoh, Eksekutif Swasta

PILIHAN ANDA

‘‘Jika diberi pilihan, saya lebih mahukan data percuma berbanding prabayar untuk panggilan. Hobi saya pula adalah melayari laman sosial seperti Facebook. Saya juga menggunakan WhatsApp untuk berhubung. Jadi, saya perlukan lebih data. Data amat penting untuk penggunaan seharian contohnya untuk menggunakan aplikasi tertentu seperti Waze. Masalah yang saya hadapi adalah sambungan internet yang tidak stabil. Saya cadangkan agar setiap Telco menambah lebih banyak ‘wifi hotspot’ di kawasan yang sering mengalami masalah gangguan internet’’ – Lyana Dee, Klang, Jurusolek

Suka denganartikel

dalam SHOUT! H1 2016?

SNAP mana-manaartikel yang terbaik dan MUATNAIK

di Facebook & Instagram andaberserta #cfmshoutH12016

MENANGI

Barangan Istimewa Dari CFM

15

SHOUT! H1 2016

Page 16: EMPAYAR TERLAJAK LARIS - cfm.org.my 2016-BM-PDF (1)_1.pdfNota Editor. M. enurut kajian ... (ICT). Buktinya, pada Oktober 2015, kajian Google ... Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada

TipsMemilih Pelan

TAHUKAH ANDA?

BIJAK BERBELANJA DALAM TALIAN

Setiap syarikat telekomunikasi (Telco) mempunyai strategi perniagaan bagi menarik pelanggan dengan memberi tawaran yang berbeza-beza. Demografi yang berbeza

menyebabkan pelbagai pakej yang ditawarkan oleh Telco adalah mengikut keperluan dan kegunaan individu. Telco cuba untuk memenuhi keperluan pelanggan dari pelbagai latar

belakang dengan menawarkan bermacam-macam pelan tawaran.

Lakukan semakanmengenai produk syarikat atau perkhidmatan yang dipilih untuk memastikan sama ada syarikat tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak. Jika tidak, lupakan hasrat anda!

Pengguna perlu melihat status testimoni pada setiap barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Bukan hanya menerusi laman web syarikat yang terlibat, tetapi luaskan pencarian di laman web, blog atau laman maya yang lain. Jika testimoni yang diberikan positif, anda boleh meneruskan niat anda untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tersebut.

Pengguna juga dinasihatkan melakukan pembelian dengan memastikan laman web perniagaan dalam talian tersebut mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Logo tersebut merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan internet disahkan oleh pihak persatuan dan hal pengguna dapat dilindungi.

Sehingga April 2016, terdapat 3000 buah syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di internet yang telah mendapat logo PUIM. Sekiranya pelanggan berdepan penipuan atau masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan pihak PUIM akan membantu untuk menghubungi syarikat yang terlibat.

TIPS MEMILIH

Semak liputan (coverage) di

kawasan kediaman atau tempat

bekerja/ belajar.

Buat perbandingan harga dan pilih pelan mengikut

keperluan.

Sebelum melanggan data, rujuk kepada penafian (disclaimer) atau simbol bintang

(*) pada setiap promosi.

Rujuk laman web Telco bagi promosi yang ditawarkan

dengan merujuk FAQ (soalan

lazim).

Hubungi perkhidmatan

pelanggan Telco untuk

mendapatkan maklumat lanjut.

Tanya kepada Telco:

1. Tempoh kontrak?2. Bayaran

minimum komitmen bulanan

3. Had kredit

Bukan perkara baru apabila ada pengguna yang mendakwa mereka ditipu apabila melakukan pembelian produk dan perkhidmatan secara dalam talian. Di alam maya, banyak perkara yang boleh berlaku, khasnya penipuan. Oleh itu, pada keluaran kali ini, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), Mohd Azrul Mohd Nor, menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil kira oleh pengguna sebelum membuat sebarang pembelian produk dan perkhidmatan.

PELAN TERBAIK

16

SHOUT! H1 2016