empayar turki uthmaniyyah

11
7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 1/11 4sidis.blogspot.com Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: ﯿ و , al-Dawlaṭ al -'Uthmānīyyaṭ ) keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-  pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang  berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan". [1]  Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardenalles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul ) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian  besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah  pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus , dan bangsa Rusia. Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun  pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of  Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah  pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

Upload: loh-jer-ling

Post on 04-Mar-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 1/11

4sidis.blogspot.com

Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki

Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: ی ة ن ا مث ع ل ة ل ود ل , al-Dawlaṭ al -'Uthmānīyyaṭ )

keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki

yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang

lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang

Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-

 pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad  untuk menegakkan Islam, dan mengecapi

kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampungkerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka

sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah"penyatuan kebudayaan".[1] 

Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardenalles menuju ke semenanjung Gallipoli dan

sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaanByzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada

Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian

 besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan

Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakantugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera

mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah.

Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara,

menduduki Iraq  dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat,

kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa

Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah

 pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland  membekukan penerbitan

terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja inimembantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu

akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyahmulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun

1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuandari Austria, Poland , Venice dan Paus, dan bangsa Rusia.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian

damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepadaAustria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak

mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun

 pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayahtaklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan

Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of

 Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah

terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannyadalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah

Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluassampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki

di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk  telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah

 pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika 

dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

Page 2: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 2/11

4sidis.blogspot.com

Isi kandungan

[sorok ]

  1 Sejarah 

1.1 Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453) o  1.2 Perkembangan (1453-1683) o  1.3 Genangan (1683-1827) 

o  1.4 Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908) o  1.5 Pembubaran (1908-1922) 

o  1.6 Sejarah kebangsaan 

  2 Sejarah ekonomi 

  3 Negeri 

o  3.1 Sultan 

  4 Undang-undang 

  5 Ketenteraan 

  6 Kebudayaan 

 

7 Kronologi Empayar Uthmaniyyah   8 Nota dan rujukan 

  9 Lihat juga 

  10 Pautan luar  

[sunting] Sejarah

Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik  di dalam Kerajaan Turki Seljuk   pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah

Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

[sunting] Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)

 Rencana utama: Penubuhan Turki Uthmaniyyah 

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini

tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Halini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sultan Muhammad al-Fatih 

Page 3: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 3/11

4sidis.blogspot.com

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan

kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan

Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di

 barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I 

memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah

Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih

kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta padatahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga

merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan

menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).

Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran

 bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera

Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan

seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat

 pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453.

Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yangtinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan

dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau danlembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya

ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria  pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan

ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.

[sunting] Perkembangan (1453-1683)

 Rencana utama: Perkembangan Turki Uthmaniyyah 

Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 - 1683 

Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman

 pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan

Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent ) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya

zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula

menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun

1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.

Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan

kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I 

Page 4: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 4/11

4sidis.blogspot.com

menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian

menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di

timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad . Empayar Uthmaniyyah

menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam

 perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-

kuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya

 bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah 

dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya

menggunakan meriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar  telah

memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki Uthmaniyyah dengan meriam-

meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah

 juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestan 

Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katolik  Sepanyol. Tentera laut

Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ.

Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.

Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyahterhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap

campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengahsekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya

meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di sampingingin melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar

Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politikEropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar

Utmaniyyah.

[sunting] Genangan (1683-1827)

 Rencana utama: Genangan Empayar Uthmaniyyah 

Sultan Murad IV 

Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yangmenunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun

1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan

wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas

itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.

Page 5: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 5/11

4sidis.blogspot.com

Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan

luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi,

Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki ialah peperangan

antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi

(kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah

Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di

antara England  dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam PerangLepanto pada tahun 1571.

Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730.

Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yangakan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa

Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkancukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau

 bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi denganmusuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.

Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh

 berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir  juga mencapai

kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat

usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan

oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah

sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini

telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha

ini masih mendapat tentangan.

[sunting] Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908)

 Rencana utama: Kemerosotan Empayar Uthmaniyyah 

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan

semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun,

usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistemUthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula

menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negaraEropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Salah satu contoh yang nyata ialah

semasa Perang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentang

Tsar Rusia.

Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa

zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir

Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-

 bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinyadaripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir  diduduki Perancis pada 1798; Cyprus 

diduduki British pada 1876, dll.).

Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya

Page 6: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 6/11

4sidis.blogspot.com

yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan

mengugat Empayar Uthmaniyyah.

Pembukaan İttihat ve Terakki Cemiyeti 

Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang

enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada jugasekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa

konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. İttihat ve TerakkiCemiyeti (Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa

dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh İttihat ve Terakki Cemiyeti,kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik

Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, İttihat ve Terakki Cemiyetimemaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun,

Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan

syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur

 pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November  1876. Baginda mengubah nama

 perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah

 bermulanya Perang Krimea.

Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah

menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawareformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk

menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.

[sunting] Pembubaran (1908-1922)

 Rencana utama: Pembubaran Turki Uthmaniyyah 

Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi

menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri

 perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang manasultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan,

lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.

Page 7: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 7/11

4sidis.blogspot.com

Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah.

Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas.Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah

Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan

dorongan dari Rusia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria 

(Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan

Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang Balkan I.Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II.

Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan

Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Semasa

waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad  yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian

antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama.[2]

Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan

terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq  

dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas

dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon,

Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan

ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.

Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan

Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan

membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya

mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya

 perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini

mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru Turki.

Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober  1923.

Sejarah ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan

Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan bandar-

 bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak pedagang-pedagang untuk

mencipta satu metropolis baru.[3]

 Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan

dan menerima migrasi puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di

Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi

Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang

mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan

Page 8: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 8/11

4sidis.blogspot.com

 pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber

kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang.[4]

 Matlamat paling penting adalah

untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa merosakkan

kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan memastikan konsep

tradisional masyarakat terpelihara.

Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyyah berbandingkerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah adalah

organisasi peneraju berbanding yang lain.[5]

 Organisasi ini menghasilkan satu kumpulanmasyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional

kewangan.[5]

 

[sunting] Negeri

Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak

menunjukkan perubahan setelah sekian lama.

 Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang

kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah satu cara mengembangkankawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem

 pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka

ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia

kepada negara..

Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai عل ب  - Bâbبا

i-âlî, atau Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkapı dimana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak

menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna

Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki;yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negara Turki moden.

[sunting] Sultan

 Rencana utama: Dinasti Uthmaniyyah dan Senarai Sultan Empayar Uthmaniyyah 

Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar

ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.

Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah

 pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui

kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk . Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang

menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun

1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-

sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan

 pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin,

dan waris Rasulullah s.a.w.

Page 9: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 9/11

4sidis.blogspot.com

[sunting] Undang-undang

 Rencana utama: Undang-undang Uthmaniyyah 

Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang

Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang

tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini

ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk

menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[6]

 

Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun.

Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah

ialah berdasarkan Al Quran dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai

Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistemini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan

oleh seorang kadi yang dilantik sultan.

[sunting] Ketenteraan

 Rencana utama: Ketenteraan di Turki Uthmaniyyah 

Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan

satu sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit

utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan

taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi

tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan

khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris muskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah

tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17,

Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan

kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada

tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah

kekurangan senjata moden dan teknologi.

Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatantenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar

 pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan caraini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera

udara dan tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatantenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.

[sunting] Kebudayaan

 Rencana utama: Kebudayaan Uthmaniyyah 

Page 10: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 10/11

4sidis.blogspot.com

Taman Istanbul

Kajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan

kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan orang-

orang Asia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan kebudayaan Parsi dan Byzantine 

dalam kehidupan harian mereka. Apabila melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat

mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan

 banyak budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki

dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan Byzantine.

Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan lain-lain lagikerana empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan

 berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.

[sunting] Kronologi Empayar Uthmaniyyah

Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.

  1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.

  1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk  ditubuhkan

di barat Anatolia.

Page 11: Empayar Turki Uthmaniyyah

7/21/2019 Empayar Turki Uthmaniyyah

http://slidepdf.com/reader/full/empayar-turki-uthmaniyyah 11/11

4sidis.blogspot.com

  1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar

Turki Uthmaniyyah.

  1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.

  1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

  1402M- Timurlane, Raja Tartar  (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di

Ankara.

 

1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.  1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

  1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.  1526M- Perang Mohacs

  1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.  1571M- Perang Lepanto berlaku.

  1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV   1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

  1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

  1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.

  1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.

  1792M- Perjanjian Jassy.

 

1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".  1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir .

  1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

  1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

  1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

  1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut

Uthmaniyyah di Navarino.

  1829M- Perjanjian Adrianople.

  1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.  1841M- Konvensyen Selat.

  1853M- Bermulanya Perang Krimea.  1856M- Berakhirnya Perang Krimea.

 

1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.  1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi

kuasa autonomi.  1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki

Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang

Bosnia dan Herzegovina.

  1912M- Perang Balkan pertama.

  1913M- Perang Balkan kedua.

  1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa

tengah.

  1919M- Mustafa Kemal Ataturk  mendarat di Samsun.

 

1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.  1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki

Uthmaniyyah.

[sunting] Nota dan rujukan