elm-kumpulan-2.pptx

45
Disediakan oleh Christina Cynthia Elaine Gan Yin ELM3033E PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Upload: yin-gan

Post on 11-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ELM-kumpulan-2.pptx

Disediakan oleh:ChristinaCynthiaElaineGan Yin

ELM3033EPENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Page 2: ELM-kumpulan-2.pptx

TUGASAN• Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Rukunegara.Peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Rukunegara.

• Wawasan 2020Peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Wawasan 2020

• Kod Etika PerguruanPeranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Kod Etika Perguruan

Page 3: ELM-kumpulan-2.pptx

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Page 4: ELM-kumpulan-2.pptx

• Tercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet• Mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan• Pentingnya kita mempunyai suatu falsafah

pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan• Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur

yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan• Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK• Rukunegara• Dasar Ekonomi Baru• Dasar Pendidikan Kebangsaan

Page 5: ELM-kumpulan-2.pptx

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.“

Page 6: ELM-kumpulan-2.pptx

Matlamat FPK• Bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang

sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

1. Percaya dan patuh kepada Tuhan2. Berilmu pengetahuan3. Berakhlak mulia4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,

agama dan negara5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat

berbilang kaum

Page 7: ELM-kumpulan-2.pptx

Implikasi terhadap pendidik

• Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

• Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan• Perubahan profesional dengan mengubah

strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

Page 8: ELM-kumpulan-2.pptx

• Secara umum, guru memikul tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan masyarakatnya. • Antara tanggungjawab yang dipikul oleh guru P. Moral

adalah:1. Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran yang

boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Contoh: Isu perkauman)

Peranan guru P. M dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Page 9: ELM-kumpulan-2.pptx

2. Memupuk sikap dan nilai yang terkandung di dalam sukatan dalam diri setiap pelajar supaya membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang mendorong kepada perkembangan kesemua aspek JERI, iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Page 10: ELM-kumpulan-2.pptx

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. (Contoh: Perjumpaan bersama ibu bapa)

5. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi contoh teladan kepada murid-murid.

Page 11: ELM-kumpulan-2.pptx

• Dalam  usaha  mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar pula memainkan peranan yang penting dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. • Guru besar perlu bertanggungjawab terhadap

segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang meliputi pentadbiran,  kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar.

Page 12: ELM-kumpulan-2.pptx

RUKUN NEGARA

Page 13: ELM-kumpulan-2.pptx

• Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.

• Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Page 14: ELM-kumpulan-2.pptx

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 15: ELM-kumpulan-2.pptx

• "Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Page 16: ELM-kumpulan-2.pptx

PERANAN GURU P. MORAL DALAM MEREALISASIKAN RUKUN

NEGARA

• Guru P. Moral haruslah memperkenalkan kelima-lima prinsip rukun negara kepada pelajar.• Guru juga perlu bersikap adil dan sensitif

terhadap pegangan agama pelajar. (Contoh: tidak menyebelahi atau mempertikaikan agama dan kepercayaan pelajar.)

Page 17: ELM-kumpulan-2.pptx

• Guru menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. (Contoh: menyelitkan elemen sejaran dalam proses P&P)• Guru menegaskan tentang kepentingan

mematuhi undang-undang. (Contoh: menggalakkan pelajar mematuhi undang-undang bermula dari peringkat kelas, sekolah seterusnya negara)• Guru haruskan menunjukkan contoh teladan

yang baik kepada pelajar dari segi adap sopan. (Contoh: berinteraksi secara berhemah dengan pelajar)

Page 18: ELM-kumpulan-2.pptx

• Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.

Page 19: ELM-kumpulan-2.pptx

WAWASAN 2020

Page 20: ELM-kumpulan-2.pptx

• Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. • Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".

Page 21: ELM-kumpulan-2.pptx

SEMBILAN CABARAN ‘WAWASAN 2020’

1)Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Page 22: ELM-kumpulan-2.pptx

2)Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Page 23: ELM-kumpulan-2.pptx

3)Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

Page 24: ELM-kumpulan-2.pptx

4)Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi

Page 25: ELM-kumpulan-2.pptx

5)Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Page 26: ELM-kumpulan-2.pptx

6)Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Page 27: ELM-kumpulan-2.pptx

7)Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

Page 28: ELM-kumpulan-2.pptx

8)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Page 29: ELM-kumpulan-2.pptx

9) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Page 30: ELM-kumpulan-2.pptx

PERANAN GURU P. MORAL DALAM MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

• Bagi merealisasikan cabaran Pertama, guru P. Moral boleh memupuk nilai seperti nilai hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara dengan memperkenalkan tokoh-tokoh negara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 31: ELM-kumpulan-2.pptx

• Untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, guru haruslah menguruskan kelas secara demokratik.

• Guru juga berperanan dalam memperkenalkan kepelbagaian kaum, agama, kepercayaan dan budaya dalam proses P&P untuk memupuk persefahaman antara pelajar seterusnya mewujudkan keharmonian .

Page 32: ELM-kumpulan-2.pptx

• Untuk merealisasikan cabaran Keenam, guru Pendidikan Moral harus mengintegrasikan pelbagai teknologi dan teknik pengajaran dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mewujudkan masyarakat yang saintifik.• Guru juga harus mengaplikasikan aktiviti

pembelajaran yang menggalakan perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan menaakul pelajar untuk memupuk daya perubahan tinggi dalam diri setiap pelajar.

Page 33: ELM-kumpulan-2.pptx

• Dalam merealisasikan cabaran Ketujuh, guru perlu melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara kemanusiaan• Guru juga harus mewujudkan budaya sayang

menyayangi, bekhudi, yakni berusaha bukan hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk kesempurnaan kumpulan.• Untuk menjayakan cabaran Kelapan, guru boleh

memupuk nilai semangat bermasyarakat melalui aktiviti yang melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum supaya menggalakkan persefahaman dan nilai kerjasama.

Page 34: ELM-kumpulan-2.pptx

KOD ETIKA PERGURUAN

Guru yang dimaksudkan dalam konteks kod etika ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

Page 35: ELM-kumpulan-2.pptx

• Kod etika perguruan - satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. • Kod ini merupakan satu panduan perlakuan

atau etika kerja untuk profesion perguruan. • Guru sebagai seorang profesional harus

mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. 

Page 36: ELM-kumpulan-2.pptx

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

• Tanggungjawab terhadap pelajar 1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program dan sekolah dengan Selamat) muka surat 245

2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Page 37: ELM-kumpulan-2.pptx

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS) 8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243.

6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Page 38: ELM-kumpulan-2.pptx

• Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara  institusi pendidikan dengan rumah tangga.

2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Page 39: ELM-kumpulan-2.pptx

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan utamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

Page 40: ELM-kumpulan-2.pptx

• Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Page 41: ELM-kumpulan-2.pptx

3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

Page 42: ELM-kumpulan-2.pptx

• Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Page 43: ELM-kumpulan-2.pptx

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru dan memberi kerjasama penuh.

Page 45: ELM-kumpulan-2.pptx

SEKIAN.TERIMA KASIH.